Bagi mereka yang rindukan kumpulan symphonic metal dari Belanda
After Forever (dan vokal
Floor Jansen) yang telah dibubarkan awal 2009, album ni sedikit sebanyak dapat mengubati rindu anda.
Pada tahun berikutnya (2010), Jansen kembali dengan kumpulan barunya
ReVamp bergenre progressive metal dengan album sulung mereka bertajuk yang sama (self-titled)
ReVamp. Dah lama aku intai album ni dalam katalog estock_deutschland, dan baru kini tiba gilirannya untuk diperolehi.
 |
The sticker says it all. |
Diperolehi dengan harga €4.78 (RM22.48) berserta pengeposan percuma dengan status masih baru dan berbungkus (new and still sealed). (P)(C) 2010 Nuclear Blast GmbH, made in Germany.
Secara peribadi, walaupun lagu-lagu dalam album ni ada terasa sedikit vibe After Forever dengan muzik yang lebih berat, ditambah dengan efek orkestra dan koir (lebih kepada symphonic berbanding progressive), tetapi dari segi susunan muzik agak mendatar seperti tiada klimaks. Tiada verse, chorus atau solo yang boleh membuatkan
kita aku bersiul secara otomatik selepas mendengarnya.
Juga ada tiga vokalis jemputan;
Russel Allen,
Bjorn "Speed" Strid dan
George Ossthoek untuk vokal tambahan dalam beberapa lagu. Senarai lagu dan cerita selebihnya boleh baca dalam
Wikipedia (kes malas).
Namun kekuatan vokal Jansen memang tidak dapat disangkal, walaupun dikategorikan sebagai suprano tapi julat vokalnya lebih natural jika dibandingkan dengan
Tarja Turunen, dan agak matang berbanding
Anette Olzon - eh silap, entri ni cerita pasal ReVamp bukan Nightwish (merapu dalam
entri ni) hehehe...
_____
Ada apa: Bagaimana pula album kedua mereka
Wild Card?