DEG Merdeka Tanggal 31 Metal Cover


Video ini dirilis oleh Calvin Dead Eye Guitars petang semalam...


Yours truly @ 25:48.

Sekali lagi dijemput (dan sempat) untuk berkolaborasi Merdeka 64 berlatar belakangkan lagu Tanggal 31 (versi Sudirman). Kali ini lebih mega kerana disertai oleh *64 (ya, nombor itu) gitaris seluruh Malaysia terdiri daripada gitaris bilik tidur, penghobi, YouTuber hinggalah pemuzik semi-pro.

Setiap seorang diberi ruang 30-60 saat untuk menyumbangkan kreativiti sendiri (termasuk vokal) membuatkan durasi video ini mencecah 37 minit!

Signal path: So-Cal - Pod HD Desktop (Soldano modelling) - DAW (Audacity) - HT-5RH (effects return). Macam biasa, aku sebenarnya paling tak suka rakam video sebegini, pasti akan ada saja kekucilan berbanding rakaman spontan (jamming, gig, dll).

Selamat Hari Merdeka ke-64.

_____
AADI: *Memecahkan rekod kolaborasi raya 55 orang.

Ada Apa Dengan F&N Sparkling?


Terjumpa minuman F&N Sparkling di pasar raya TK beberapa minggu lepas. Ada beberapa perisa, tapi untuk permulaan ini perisa espresso dan apple barley dicuba. Aku tak pasti apakah kategorinya, adakah ia minuman berkarbonat atau sparkling water berperisa, tapi macam sama saja kan?

Perisa espresso agak lucu, dah biasa kopi espresso berwarna gelap tapi minuman ini berwarna seperti air kencing pekat F&N Zappel. Ternyata ia hanyalah perisa esen kopi yang ditambah dalam sparkling water.

Berbeza pula untuk perisa apple barley, vibe F&N Zappel masih ada tapi dengan tambahan perisa barli membuatkan rasanya agak eksotik. Yang ini aku suka, ditambah dengan pedas-pedas karbonat mengingatkan aku kepada minuman Gabu-Gabu yang kimochi~

Walaupun berlogo pilihan lebih sihat, tapi untuk tahap aku rasa manis kedua-dua minuman masih tinggi.

_____
AADI: Tidak disarankan untuk menjadi minuman harian.

Alnico Classic Goldie


Untuk kali yang ke-entah abang long Goldie bertukar pasangan pikap lagi. Kali ini dipasangkan dengan set Epiphone Alnico Classic menggantikan set Lace Alumitone/Deathbucker yang dipasang pada awal tahun ini.

Pemasangan hanya mengambil masa sekitar 20-30 minit, kerana isi perutnya sebelum ini (50's wiring) telah disusun supaya mudah untuk dipateri tanpa perlu membuka dan mengeluarkan kesemua potentiometer.

Pickguard juga dipasang menjadikannya seperti "Les Paul Standard Goldtop" berbanding "1957 Les Paul Goldtop" kerana pikap asalnya adalah Gibson 57 Classic/Classic Plus versi 4-conductor dan bukannya Alnico Classic ini.

Pikap asal, 2011.

Prestasi pikap Alnico Classic ini jenis "hit and miss" seperti set ProBucker beberapa tahun lepas. Pendapat peribadi, setakat ini ia amat ampuh jika disambung terus ke amp berbanding pemproses bunyi (modeling, multi-fx).

ProBucker, 2016.

Tapi untuk harga RM60+ satu set, ia memang berbaloi dan membuatkan mindaku mula mempertikaikan harga pikap aftermarket lain yang 5-10 kali ganda mahalnya.

Kini, kedua-dua Les Paul aku bernadi Alnico Classic, dan setiap perincian pada Goldie cuba untuk direplikasi pada Tigera supaya feel keduanya terasa sama - kecuali penampilan dan berat (Goldie 4.0 kg, Tigera 3.5 kg).

Termasuklah tinggi action, sekitar 1.00-1.14 mm pada fret ke-12. Rujukan aku amat senang, cukup-cukup untuk pick berketebalan 1.14 mm tidak jatuh jika diletak pada perantaraan fret ke-11 dan 12.

Sebagai abang long, Goldie dirancang untuk direhatkan daripada tugas jamming/gig dan digantikan dengan Tigera yang lebih ringan. Kecuali untuk ulang tahun ke-10 MUP seperti yang telah dirancang, selepas semuanya kembali *stabil.

_____
AADI: *Itupun entah bila...

Ada Apa Dengan Wonda Mixed Spice Milk Coffee?


Satu lagi kopi tin pelik jenama Wonda yang aku jumpa di Kedai Mesra Petronas, Wonda Mixed Spice Milk Coffee.

Katanya mengandungi ekstrak kayu manis, buah pala, halia, bunga cengkih dan allspark allspice. Walaupun agak eksotik, tetapi harganya tetap sama seperti harga kopi tin Wonda biasa sekitar RM2.50 untuk setin 240 ml.

Sekali teguk, aku terus ketawa... Serius, rasa dan aroma kayu manis dan cengkih paling awal terasa, kemudian baru ada rasa kopi, dan akhirnya rasa dan aroma rempah-rempah lainnya seakan-akan aroma rendang, kah kah kah... Tapi disebabkan ini adalah kopi susu, aku tiada masalah meneguk dan menghabiskannya.

_____
AADI: Dengar-dengar, juga ada perisa masala.

Ada Apa Dengan Aik Cheong Cappuccino?


Selepas flat white, perisa kedua produk kopi gelas segera Aik Cheong yang dicuba ialah cappuccino. Seperti biasa diperolehi di pasar raya MG dengan harga RM3.80 segelas kertas besar.

Di dalamnya juga ada beberapa paket berasingan, serbuk besar kopi utama, serbuk kecil choco topping, dua paket gula perang dan sebatang kayu pengacau.

Tidak seperti flat wihite, untuk perisa cappuccino aku belum ada penanda aras, jadi tiada perbandingan. Namun rasanya pasti akan memikat peminat cappuccino dan peminat kopi amnya. Sesuai untuk dinikmati sambil menonton TV tak kisah apapun rancangannya.

_____
AADI: Choco topping membuatkannya istimewa.

Wordless Wednesday: Neurobion



_____
AADI: Ikhtiar.

Ada Apa Dengan Pepsi Bold Lime?


Selepas halia dan vanilla, terjumpa satu lagi perisa Pepsi Bold, iaitu perisa limau.

Rasa limaunya jelas terasa, dan seakan-akan minuman limau nipis berkarbonat ditambah perisa kola. Tapi tidak dapat lawan rasa lemon Pepsi Twist yang nostalgik, bersama-sama Vanilla Coke pasti akan mengingatkan aku era awal 2000an.

Cerita pasal Pepsi Bold, nah versi ini katanya edisi terhad dan eksklusif di 7-Eleven sahaja, tapi tengok berlambak lagi di pasar raya F.

_____
AADI: Berteromber katanya ada kumpul Pepsi Blackpink ni, betul ke?

Let-Go: Gold EMGs


Melepaskan pikap EMG 81/85 Metal Works Gold Set kepada seorang kenalan Jamtank Facebook yang berusaha mencari model spesifik ini. Dalam entri asalnya tiga tahun lepas, aku mengesyaki set ini dikeluarkan daripada gitar Epiphone Björn Gelotte dan bukannya LTD KH-DC seperti yang diceritakan oleh penjual asal.

Dan setelah bertukar-tukar cerita, kenalan tadi rupa-rupanya adalah pemilik ketiga gitar Epiphone Björn Gelotte tersebut, tatkala pemilik pertama telah menjual pikap asal secara berasingan (penjual yang sama).

Ketika gitar tersebut dibeli daripada pemilik kedua, ia bernadi Seymour Duncan 59/JB. Kenalan ini tadi ingin mengembalikan kegemilangan gitar tersebut kepada spesifikasi asal. Macam jejak kasih pula ceritanya, kira happy ending lah...

Set ini pernah dipasang pada tiga gitar berbeza - ex-Korina (Epiphone 1958 Explorer), ex-Sarge (Jackson JS32 King V) dan terakhir pada Deluxe (LTD EC-1000VB).

2018.
2019.
2020.

Deluxe kembali "bogel" tanpa sebarang set pikap, dibiarkan dalam peti dahulu sebelum mengambil keputusan pikap apa yang bakal menjadi pengganti.

Walaupun sebenarnya set ini memang ampuh pada ketiga-tiga gitar tersebut, tapi aku tidak keberatan melepaskannya. Yang penting aku dapat balik modal (atau lebih sikit, kira rezekilah), bolehlah dilaburkan untuk benda lain...

_____
AADI: GLTL.

Projek Kolaborasi Kerja 2021


Idea gila-gila daripada Methodman untuk menggabungkan rakan-rakan sekerja yang pandai bermain alat muzik untuk berkolaborasi main muzik suka-suka di studio Hepi;) yang sudah lama suram.

*Pandu uji Woodie dan Tigera.

Perancangannya akan memainkan lagu-lagu cover yang lebih mainstream termasuk lagu-lagu tempatan (Iban) yang trending. Aku sekarang tak kisahpun apa genrenya, asalkan ia berpaksikan gitar (guitar oriented) aku sedia mencuba.

Harapnya kelolaan Methodman kali ini menjadi kerana ada 2-3 orang staff generasi baharu, kalau yang lama tu buang masa saja kalau ajak. Sebab aku pernah ajak mereka lebih 10 tahun lepas (ketika baru berjinak-jinak hobi bergitar), tapi tiada komitmen. Hanya aku dan Bob Kandar sahaja yang serasi dan bertahan sehingga kini.

*Kedua-dua gitar baharu dalam axology aku ini agak cemerlang dalam situasi jamming, maka buat masa ini tak perlu fikir untuk menukar elektronik terutamanya pikap.

Tunggu selepas isu semasa makin reda barulah boleh mengusung "big guns".

_____
AADI: Bekikis bulu betis?

Custom Plus


Sebagai seorang peminat gitar Epiphone Les Paul dan singlecut secara amnya, memiliki Les Paul Custom merupakan idaman, lebih-lebih lagi kemasan alpine white atau silverburst.

Imej cilok blog Dead Eye Guitars.

Ingin mencari model pra-2020 yang rata-ratanya sudah tiada dalam pasaran (platform online). Kebanyakan yang ada semua model baharu 2020 dengan harga yang melonjak naik disebabkan faktor headstock Kalamazoo terkini yang lebih trending, fretboard ebony dan isu global semasa.

Bernasib baik terjumpa seunit Les Paul Custom model 2008 di Sandman Guitar Centre, Batu Pahat. Bukan alpine white atau silverburst, tapi versi *Plus Top vintage sunburst yang juga rare (discontinued). Kotak dalam entri wordless wednesday yang lepas adalah kotak gitar ini.

Diperolehi dengan diskaun 20% kerana stok lama (new old stock) dengan hardware yang sedikit teroksida dan kemasan pikap yang sudah mula lusuh. Berbekalkan dana-dana jualan ex-Mr. Smith (Jackson SDX) aku terus menarik picu sebelum dirampas benda lain. GLTL, biasalah...

Tuning machine head Grover Rotomatic standard untuk gitar-gitar Epiphone. Menurut nombor siri 08101508616, gitar ini keluaran ke-8616 kilang Qingdao (15) bulan Oktober 2008 (0810). Lebih senior berbanding Goldie dan ex-Nightfall yang kedua-duanya keluaran 2010.

Aku menjangkakan gitar ini berat kerana full thickness dan double bound, tapi ironinya ia hanya 3.5 kg seberat sebuah Eclipse, lebih ringan berbanding Goldie 4.0 kg (atau 3.9 kg dengan pikap Alumitone). Adakah badannya chambered, weight relief?

Dan sebagai model 2008, ia masih lagi menggunakan pikap Alnico Classic, selepas 2012 model Custom digantikan dengan Custom Pro yang menggunakan pikap ProBucker. Taklah nampak lusuh dan teroksida sangat warna gold pada bridge dan stoptail.

Fretboard rosewood yang bersih tetapi kering kerana tergantung berbelas tahun tanpa sebarang rawatan, akan disapu minyak lemon kemudian. Material inlay pada fret ke-19 nampak seperti plastik berbanding pearloid pada inlay fret lain. Adakah ini kesilapan kilang atau disengajakan? Sebab Goldie aku pun ada kes macam ni, tapi pada inlay fret ke-15.

Standard pakej Epiphone disertakan dengan manual pengguna, poster besar Epiphone dan seunit kabel gitar. Seperti biasa, akan ada pembelian sampingan set tali gitar, kali ini GHS Boomers GBL dengan diskaun tambahan 5%.

Semasa proses servis dan setup, didapati sticker plastik penutup pikap bridge telah merosakkan saduran pikap akibat terlekat terlalu lama, pikap neck masih dapat diselamatkan. Tapi tak mengapa, yang penting kedua-duanya masih berfungsi.

Ya, set pikapnya ialah Epiphone Alnico Classic (57CH/HOTCH) buatan BHC. Route kaviti pikap yang kemas bercat konduktif. Tunggu sehingga ada sessi jamming untuk mengetahui prestasi pikap ini.

Manakala veneer flame maple nampak ke-3D-annya dan seakan-akan berombak. Tak nampak sangat berapa tebal maple top dek tertutup cat konduktif tadi.

Begitu juga dengan routing "isi perut" agak kemas juga bercat konduktif, hanya wayar-wayar yang diikat ala kadar. Untuk elektronik (pikap dan isi perut) akan dibiarkan seadanya selagi tiada masalah.

Pickguard dibuka supaya kemasan nampak lebih menyerlah. Dibersih, digilap, action direndahkan, ditala dan diintonasi pada talaan E-standard. Telahpun dipasangkan dengan set tali baharu Gibson Brite Wires 9-46 oleh Sandman sebelum penghantaran

Nickname? Dengan penampilannya kontras kuning-hitam dan berbelang seakan-akan harimau, ia akan digelar gitar rimau TIGERA. Gitar/bass dalam axology aku kembali menjadi sembilan, amat bertentangan dengan matlamat 2020 purge, bahaya ni, hehehe...

_____
AADI: *Pernah terGAS sebuah Les Paul Standard Plus Top vintage sunburst.

Ada Apa Dengan Pokka Premium Matcha Milk Tea?


Pokka lagi hari ini, kalau dua hari lepas dengan entri kopi premium (milk coffee, cappuccino), hari ini entri teh premium Pokka pula - premium matcha milk tea.

Rasa teh susunya sama generik sintetik seperti teh susu botol/tin lain, cuma rasa matcha sedikit sebanyak menutup rasa sintetik tadi. Dan rasa matchanya tidaklah sehanyir rasa matcha dalam minuman matcha Justea matcha latte (rasa sayur petola?).

_____
AADI: Esok entri Pokka lagi?

Wordless Wednesday: Inbox Unboxing





Gotcha! Ada kotak Epi di dalam.

_____
AADI: Umpama mimpi kotak dalam mimpi kotak.

Ada Apa Dengan Pokka Premium Cappuccino? (Part 2)


Seperti entri semalam, entri kopi Pokka hari ini pun pernah dibuatkan entri enam tahun lepas.

Ya, kopi-kopi premium Pokka kesemuanya telah berwajah baharu, tiada lagi gambar ikonik mamat tersengih tu. Rasa masih sama, tapi harga makin premium.

_____
AADI: Banyak entri kopi dalam draft.

Ada Apa Dengan Pokka Premium Milk Coffee? (Part 2)


Pernah dibuatkan entri hampir tujuh tahun lepas, kali ini dibuatkan entri lagi kerana telah berwajah baharu.

Rasanya masih sama, cuma harganya sekarang makin premium mencecah RM4.00+ untuk sebotol 500 ml ini berbanding hanya sekitar RM3.00+ dahulu.

_____
AADI: Kopi jenama Pokka masih pilihan ketiga selepas Nescafe dan Wonda.

Flashback Friday: 30th Black


Katanya semalam 12/08/2021 genap 30 tahun album ini, aku tak buat entri semalam sebab ada entri yang lebih throwback.

Seperti cerita dalam entri 2013, inilah album yang memperkenalkan aku kepada Metallica pertengahan 90an dulu (ya, aku lambat kenal Metallica) selepas mula bosan dengan muzik alternative dan grunge yang trending ketika itu.

Walaupun bukan album heavy metal pertama yang aku dengar dan terus layan (jatuh kepada Fighting The World, Manowar) tapi album ini memberi impak besar kepada kehidupan metal aku untuk tahun-tahun seterusnya.

_____
AADI: My friend of misery.

Throwback Thursday: Dua Dekad Yang Lepas


Dah lama aku snap gambar ni, rasanya 2-3 tahun lepas sebab masih ada Korg Pitchblack Mini. Terjumpa ketika memindahkan gambar-gambar lama ke pemacu baharu.

12/8/2001 - Diploma Teknologi Makmal, ya hanya diploma. Sebab tu tak pakai topi empat segi.

Sepatutnya aku berkonvo tahun 2000, tapi banyak keputusan yang "kurang bijak" dibuat ketika itu, terpaksa menambah satu semester lagi untuk mengulangi dua mata pelajaran yang kantoi selain mencantikkan nombor CGPA sebelum berkonvo.

Berat sekitar 60+ kg, saiz pinggang seluar pun 30-32" kah kah kah...

_____
AADI: Rindu nak pergi USM dan Penang amnya.

Wordless Wednesday: Sila Mengenal Pasti



_____
AADI: Apa kau cakap ni Labu?

Seminggu Tanpa Entri (Part 3)


Lebih seminggu tanpa entri? Sembilan hari, tak pecah rekod tahun lepas.

COVID-19 itu benar, impaknya memang terasa. Kalau ia tak ganggu kesihatan, ia akan ganggu benda lain contohnya rezeki, mata pencarian sesetengah orang dan untuk kes aku terganggu dari segi masa.

Gambar hiasan - beli online pengganti yang rosak.

Dua minggu lepas Mrs. Ijau antara kontak rapat kes COVID-19 di tempat kerja, dan telah dikuarantin hari berikutnya. Tinggallah aku dan anak-anak - Lil'Ijau (9), Ijau Jr. (6, autistik) dan Arlo (3) - di rumah. Nasib baiklah boss bagi pelepasan untuk bekerja dari rumah (BDR/WFH) sepanjang tempoh Mrs. Ijau dikuarantin. Dapatlah aku fokus kepada penjagaan dan kebajikan anak-anak.

Gambar hiasan - hobi yang tersadai.

Kalau ikutkan kami anak beranak boleh dikira kontak sekunder/tertier. Walaupun tiada arahan, tapi sebagai "orang sains" aku mengambil keputusan untuk kuarantin kendiri di rumah bersama anak-anak sehingga keputusan swap test Mrs. diterima - alhamdulillah negatif. Walau bagaimanapun tempoh kuarantinnya tetap sama.

Gambar hiasan - terapi fretboard, kekal siuman.

Menjadi "single parent" secara berterusan 14 hari memang mencabar kesabaran dan minda. Stress itu biasalah, pernah juga beberapa kali terasa burnout, bukan sebab penat buat kerja rumah, tapi penat menahan marah dek perangai anak-anak. Tapi faktor anak-anak jugalah yang menjadi motivasi untuk terus bertahan...

Hari ini hari yang ke-12 atau 13, akupun dah lupa.

_____
AADI: Endure, in enduring, grow strong.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger