_____
AADI: Macam mana saya nak elak?
Throwback Thursday: February Stars (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 29 February 2024 pada 6:00 AM 1 commentJuga menjadi bulan yang kurang entri seperti tahun lepas, cuma ada tujuh entri termasuk entri ini.
9/2/2024 - Memang sudah merancang untuk balik Membakut sekeluarga cuti seminggu melalui jalan darat trans-Borneo (aka tour de Brunei) bersempena CNY dan cuti sekolah. Lagipun ingin melawat ibu yang kesihatannya mula merosot sejak bulan Ogos tahun lepas.
![]() |
| Singgah Lawas, rehat dan makan. |
Tiba di kampung rumah kakakku (mak Aizuddin Madani) sekitar 7.30 malam dan amat tak sangka ibu kini dalam fasa tenat. Sejak bulan September tahun lepas keluar-masuk wad hospital Beaufort, Kuala Penyu dan Queen Elizabeth atas pelbagai komplikasi kesihatan.
11/2/2024 - Dipendekkan cerita, ibu menghembuskan nafas terakhir sekitar 4.40 petang dan pengurusaan jenazah dijalankan keesokkan paginya 12/2/2024, genap setahun selepas pemergian ayah. Bak kata abang sulungku, cinta orang dulu-dulu berjanji sehidup semati. Memang aku perasan sejak pemergian ayah, ibu sudah tidak sesihat dan seceria sebelumnya.
14/2/2024 - Baru ada peluang menukar sebiji tayar Silvia aku yang menjadi mangsa jalan Pa(i)n Borneo semasa perjalanan lima hari lepas. Memang sudah ada perancangan untuk menukar kedua-dua tayar hadapan yang sudah berkhidmat empat tahun selepas balik cuti. Tak sangka pula terpaksa ditukar awal. Maka terkoreklah dana-dana kecemasan dirampas dari tabung perhobian.
15/2/2023 - Sudah tidak membuat entri ulang tahun berteriak di Singapura selepas entri tahun ke-11, sudah boleh move-on seperti tahun lepas.
Dalam perjalanan balik dari Taman Firdaus (tanah perkuburan), sempat singgah di sini untuk mengambil gambar sekolah rendahku SK Pengiran Jaya (1986-1991) yang kini sudah jauh berbeza berbanding era aku dahulu. Katanya pemenang sekolah rendah tercantik daerah Membakut.
Bangga juga kerana aku produk sekolah ini. Cuma mural "Wawasan 2020" yang aku lukis dan cat bersama-sama rakan dan guru besar ketika itu (1991) sudah tiada.
Selamat tinggal Februari...
_____
AADI: Aku ada beberapa orang rakan yang lahir pada 29 Februari.
Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien
oleh Ijau D. Koceng 18 December 2022 pada 6:00 AM 0 commentsKali terakhir kami ber"tour de Brunei" bulan Jun 2019, kemudian semasa dan selepas pandemik sempadan Malaysia-Brunei menjadi agak mustahil untuk dilalui.
Setelah syarat kemasukan ke Negara Brunei Darussalam semakin longgar terutama selepas 12.12, inilah peluang untuk kami kembali menggunakan laluan ini untuk bercuti balik kampung di Membakut bersempena majlis perkahwinan anak buahku si Aizuddin Madani. Inipun perjalanan terpaksa ditangguh beberapa hari kerana aku positif COVID-19.
Dan dengan pembukaan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (aka Jambatan Temburong) untuk kenderaan luar, dapat menjimatkan tempoh perjalanan sekitar 2-3 jam kerana tidak lagi perlu melalui Limbang. Jambatan ini menghubungkan bahagian Muara dengan Temburong melalui Teluk Brunei dengan jarak sekitar 30 km. Sebelum bulan Ogos tahun ini, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan tempatan.
Ketika melalui jambatan ini terasa nostalgia melalui Jambatan Pulau Pinang zaman-zaman wasted years dulu...
_____
AADI: Sayangnya, jalan Pa(i)n-Borneo Sindumin-Beaufort pula bermasalah.
Wordless Wednesday: The Quintupleness Of Long Distant Driver
oleh Ijau D. Koceng 19 June 2019 pada 6:00 AM 2 komen:Sepetang Di Limbang (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 17 June 2019 pada 6:00 AM 1 comment![]() |
| Pemandangan dari Hotel Purnama. |
_____
AADI: Janpadul.
Kembali Ke Bintulu (Part 14)
oleh Ijau D. Koceng 22 June 2018 pada 6:00 AM 0 comments![]() |
| Sungai Tujoh, Brunei. |
_____
AADI: Masih mood raya?
The Quadrupleness Of Long Distance Driver (Final Part?)
oleh Ijau D. Koceng 12 June 2018 pada 6:00 AM 0 comments![]() |
| Gambar hiasan - CIQS Mengkalap, Lawas. |
Kepada geng-geng bloggers (yang makin nipis), pengikut setia dan pembaca senyap (silent reader) blog AADI, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin (tersinggung sebab baca AADI?).
_____
AADI: Mungkin kali terakhir berempat, insya-Allah lepas ni berlima.
Sepetang Di Pekan Sipitang
oleh Ijau D. Koceng 24 June 2017 pada 5:00 AM 3 komen:Khamis, 22/6/2017 - Singgah sebentar di Pekan Sipitang semasa perjalanan balik dari Miri ke Membakut (bermalam di Miri, dari Bintulu hari sebelumnya). Bercadang untuk singgah di Pekan Beaufort lagi 30 km+ tapi disebabkan anak-anak dah mula menunjukkan tanda-tanda kebosanan setelah sehari suntuk dalam kereta, jam pun sudah menunjukkan sekitar pukul 4.00 petang, maka Sipitang jadi pilihan.
Kali terakhir aku meronda Pekan Sipitang ni tahun 2001/2002, fuh~ dah belasan tahun. Biasanya kalau balik kampung jalan darat (trans-Borneo) aku jarang singgah Sipitang, paling-paling pun singgah stesen minyak atau KFC Sipitang sahaja.
Lokasi pilihan ialah GATA Square bersebelahan stadium Sipitang, lokasi Festival dwi-tahunan *GATA. yang juga menjadi lokasi bazaar Ramadhan Pekan Sipitang.
Hari ke-27 Ramadhan, bazaar ni masih meriah, walaupun ada beberapa gerai yang dah tutup. Juadah yang dijual lebih kurang sama sahaja seperti bazaar Ramadhan lain di Pantai Barat Sabah - kepak ayam BBQ, sate, soto, rojak, pelbagai jenis minuman dan kuih-muih. Tapi dari segi harga, lebih tersenyum berbanding Bintulu, kah kah kah...
"Kaansayan ra rataan mih" - ini bahasa Murut, aku tak berapa tau pasal bahasa dan kebudayaan suku kaum Murut ni, jadi sila Google sajalah, hehehe...
*GATA? Macam pernah dengar kan? Jairo pernah buat entri pasal Festival GATA ni sekitar tahun 2009 dalam entri ni, tapi sayangnya gambar-gambar dah tak ada... Juga boleh rujuk di sini. untuk sambutan terkini.
_____
AADI: Ok, #shramzb sekali lagi.
Sangkut 3 Jam Di Sempadan
oleh Ijau D. Koceng 12 July 2016 pada 1:00 AM 5 komen:Balik ke Bintulu Sabtu lepas (9/7/2016). Dari Membakut sampai Limbang tiada masalah, segalanya lancar. Tapi 3 km sebelum Kompleks CIQS Tedungan (sempadan Malaysia-Brunei) kenderaan dah mula berbaris panjang. Ikut pengalaman aku sebelum ni, kalau traffic jam di sempadan, bergerak 1 km biasanya akan mengambil masa 1 jam...
Yang bikin panas hati tu, ramai juga yang selamba potong barisan ikut tepi,
Syukur kenderaan yang digunakan sekarang lebih luas dan selesa. Anak-anak boleh layan DVD Barney & Friends, taklah bosan (biasanya pilotlah yang paling bosan).
Tapi apa yang peliknya, bila giliran aku pasang lagu rock/metal (especially Iron Maiden) untuk menghilangkan mengantuk sambil karaoke, anak-anak dan isteri pula akan cepat mengantuk. Seolah-olah lagu Iron Maiden tadi (The Red And The Black paling berkesan) adalah lullaby buat mereka...
_____
Ada apa: Harapnya lebuhraya Pan-Borneo nanti tidak melalui Brunei (bypass).
The Quadrupleness Of Long Distance Driver (Advance Version)
oleh Ijau D. Koceng 01 July 2016 pada 1:00 AM 5 komen:Tidak seperti tahun lepas, raya tahun ni kembali kepada tradisi balik Sabah melalui jalan darat (aka tour de Brunei). Alhamdulillah, syukur tahun ni rezeki anak, dapatlah merasai pemanduan yang sedikit selesa.
Kepada geng-geng bloggers, pengikut setia dan pembaca senyap (silent reader) blog AADI, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin (tersinggung sebab baca AADI?). Seminggu akan datang mungkin tiada entri atas alasan kekangan masa.
Bagi yang memandu balik kampung (macam aku), jangan lupa servis kereta (paling cikai pun periksa tekanan tayar) sebelum balik dan berhati-hati semasa memandu. Bawa banyak-banyak CD rock/metal sebagai peneman pemanduan...
_____
Ada apa: #shramzb
February Stars (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 01 February 2015 pada 8:00 PM 4 komen:Tidak seperti pemanduan trans-Borneo (aka tour de Brunei) sebelum ini, faktor keluarga dan usia membuatkan aku mengambil keputusan untuk berhenti bermalam di Pekan Lawas setelah memandu sehari suntuk dari Bintulu.
![]() |
| Jambatan baru Lawas (kiri), jambatan lama (kanan). |
Lain cerita, pejam celik rupanya dah lapan tahun aku menjadi pengguna blogspot (dan enam tahun berAADI) pada 15 Januari lepas, lupa nak buat entri seperti tahun-tahun sebelumnya. Untuk tahun 2015 mungkin akan kurangkan kekerapan entri kepada 3-4 entri seminggu, juga disebabkan faktor keluarga dan usia...
_____
Ada apa: Dah setahun aku tak memandu trans-Borneo.
Tandas Angker CIQS Tedungan, Limbang
oleh Ijau D. Koceng 10 February 2014 pada 9:00 AM 5 komen:Tandas awam ni terletak berdekatan dengan kawasan kompleks kediaman imigresen (Google Maps) bersebelahan dengan surau dan kantin, dan bukannya di laluan utama kenderaan keluar-masuk. Ini merupakan kali kedua aku menggunakan tandas ni, kali pertama kalau tak silap tahun 2011.
Walaupun keadaan tandas bersih dan tiada unsur-unsur vandalisme, tapi lantai, mangkuk tandas, urinal dan sinki agak berdebu seperti telah lama tidak digunakan (nasib baik bekalan air masih ada), keadaan yang masih sama seperti ketika aku singgah beberapa tahun lepas.
Adakah ia jarang atau tidak pernah digunakan walaupun ia berlabel "tandas awam"? Ataupun mungkin juga disebabkan lokasinya yang bukan di laluan utama membuatkannya jarang digunakan? Tapi, bila aku melangkah keluar, aku ternampak notis yang agak pelik ni dengan anak panah menunjuk ke bawah.
Oh patutpun tandas ni nampak seperti tidak digunakan, rupanya ada notis "jangan ganggu". Harap maaflah kepada Jabatan Kesihatan sekiranya kunjungan aku mengganggu proses kajian anda.
Aku tak pasti kajian apa yang dijalankan, mungkin kajian paranormal kot? Ataupun notis ni sebenarnya notis tempat lain tapi ditampal di sini oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab?
_____
Ada apa: Tempat persembunyian Ryujin Juwara kot?
Jambatan Pererat Hubungan
oleh Ijau D. Koceng 10 December 2013 pada 9:00 AM 6 komen:![]() |
| Versi online boleh baca di sini. |
"Jambatan Persahabatan bernilai RM25 juta yang berukuran 189 meter panjang dan 14 meter lebar menghubungkan Limbang di Sarawak dan Daerah Temburong di Brunei merupakan jambatan yang dinanti-nantikan lebih 40,000 penduduk di daerah ini yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan feri untuk ke Lawas mahupun Sabah."
Sebelum ini, rekod paling lama aku pernah "sangkut" menunggu giliran menaiki feri Sungai Pandaruan setakat ni ialah tiga jam.
![]() |
| Sekadar gambar hiasan. |
Antara tanda-tanda pos kawalan imigresen yang tidak efisyen ialah hanya membuka 1-2 kaunter/kiosk ketika waktu puncak (musim perayaan atau cuti sekolah) sedangkan pos tersebut mempunyai 5-6 kaunter/kiosk. Apa-apapun, aku memang respek dengan imigresen kita, buat kerja memang efisyen tak kira di pejabat mahupun di persempadanan...
_____
Ada apa: Bulan depan rasa macam nak cuti-cuti balik Sabah.
Kembali Ke Bintulu (Part 13)
oleh Ijau D. Koceng 13 August 2013 pada 10:00 PM 6 komen:![]() |
| Sangkut tiga jam di sempadan. |
- Metallica Stadium Merdeka (minggu depan)
- Audit dalaman (awal September)
- Gig Bintulu Rockers Reunion (pertengahan September)
_____
Ada apa: Esok kerja...
Antara Pemanduan Dan CD Metal (Part 6)
oleh Ijau D. Koceng 04 August 2013 pada 8:00 AM 9 komen:Untuk kali ni aku hanya berbekalkan lima sahaja - Let Go, From Fear To Eternity, Risk, Bikin Wilayah dan Metallica (aka black album). Aku rasa cukuplah dengan lima album ni, memandangkan pemanduan kali ni tidak sama seperti sebelumnya (baby on board).
Kepada rakan-rakan bloggers dan pembaca AADI yang juga ingin memulakan perjalanan balik kampung dalam beberapa hari ni, pandulah dengan selamat, ingat orang yang tersayang dan disayangi.
_____
Ada apa: Jangan sesekali dengar lagu Highway Star, Fuel atau 1320 semasa memandu.
Membakut, Here I Come! (Part 10)
oleh Ijau D. Koceng 01 August 2013 pada 8:00 PM 4 komen:Sebelum memulakan perjalanan jauh, seperti biasa aku menghantar Imago aku untuk diservis tayar (balancing, alignment). Enjin? Enjin baru sahaja diservis major (80k) beberapa bulan lepas, hanya perlu beberapa servis kecil-kecilan (periksa radiator, air bateri, dll) yang boleh dilakukan sendiri.
Dah hampir dua tahun aku tak memandu trans-Borneo (aka tour de Brunei) untuk balik ke Membakut, kali terakhir waktu raya tahun 2011. Semenjak "musim panik" sehingga cuti CNY awal tahun ni, penerbangan Maswings merupakan alternatif pilihan untuk kami sekeluarga balik Sabah. Sekarang Lil'Ijau dah cukup besar untuk dibawa bersama-sama melalui jalan darat.
_____
Ada apa: Cuti Krismas baru balik Dalat...
Kembali Ke Bintulu (Part 12)
oleh Ijau D. Koceng 05 September 2011 pada 10:00 PM 3 komen:Selamat tiba di Bintulu dalam 6.30 petang tadi setelah bercuti raya selama 10 hari di kampung. Kali ni perjalanan trans-Borneo (±550 km) mengambil masa hampir 12 jam, minus sejam lebih rehat makan-makan di McD Permyjaya, Miri.

Sekadar gambar hiasan.
Esok dah mula bekerja, banyak kerja yang agak "terbengkalai" perlu diselesaikan. Dan yang penting kena kemaskini fail-fail sebelum audit dalaman (yang kebiasaannya dijadualkan selepas raya). Welcome back to the reality...
_____
Ada apa: Korawk, hujung minggu nanti aku akan cuba adakan sessi Hepi ;) kalau dapat.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Terkejut membaca berita pagi Sabtu lepas bila isteri beliau (menggunakan akaun Facebook Joey BPR) mengumumkan berita kematian. Padahal mala...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-
































