Showing posts with label grg270. Show all posts
Showing posts with label grg270. Show all posts

Sessi Traimming Jepak Mini Gig


Minggu lepas tak jadi jamming, diganti dengan minggu ni (semalam)...

Sessi traimming (training + jamming) pertama MUP untuk persiapan Jepak Mini Gig yang dijadualkan pada 1 Mei nanti. Mencari kembali keserasian yang dah lama ke laut, itu yang penting sebelum menetapkan setlist.

Imej cilok Facebook Bob Kandar.
Ya, bila ada tiga gitaris, kebarangkalian satu atau beberapa bunyi gitar tak "cut through the mix" (potong-melalui-campuran?) adalah tinggi. Nampaknya latihan pertama ialah mempelajari semula kaedah untuk membuang ego masing-masing dan membahagikan EQ supaya semua bunyi gitar dapat didengar dengan jelas ala Oktoberfest 2012.

_____
Ada apa: Korawk juga dibuli supaya berlatih solo...

Sessi Jamming Amp Baru


Bila ada perkakasan (equipment) baru, biasanya akan dipandu-uji seoptimumnya semasa sessi jamming Hepi;) makeshift studio. Sessi terkini diadakan pada petang Ahad beberapa minggu lepas (6/12/2015) adalah untuk memandu-uji dua buah amp yang baru diperolehi iaitu Peavey Vypyr 30 dan Ibanez Sound Wave SW35.


Peavey Vypyr 30

Kelebihan
  1. Bunyinya terlalu kuat untuk amp 30 Watt, boleh menyaingi amp Peavey Studio Pro 112 (60 Watt) kepunyaan si Korawk. Untuk sessi jamming Hepi;) master volume tak sampai separuh pun dah terlalu kuat. Agaknya di kilang Peavey mereka salah pasang power amp 75 Watt pada Vypyr 30 aku ni kot?
  2. Modeling untuk amp Peavey sendiri (6505, XXX, JSX, Classic) memang ohsem berbanding modeling amp jenama/model lain. Senang-senang saja dapat tona gitar lagu Strife (Trivium) guna modeling 6505.
Butang bank/presets yang kecil.
Kelemahan
  1. Bunyinya terlalu kuat tapi kurang headroom. Mungkin boleh bereksperimentasi mencari kombinasi optimum antara tombol EQ, post-gain dan master volume untuk mendapatkan bunyi yang kuat dan jelas (loud and clear).
  2. Butang bank/channel terlalu kecil, susah untuk menukar channel secara pantas. Perlukan footswitch Sanpera berasingan untuk fungsi sebegini.
Ibanez Sound Wave SW35

Kelebihan
  1. Tombol-tombol yang tegap, tidak seperti tombol-tombol pada Vypyr 30.
  2. Posisi condong (slanted, kickback) sesuai dijadikan sebagai monitor amp.
  3. Bunyi yang mantap.

Kelemahan
  1. Amp bass 35 Watt memang tidak mencukupi untuk sessi jamming Hepi;), sekurang-kurangnya 50 Watt seperti Orange CR50BXT yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu. Kecuali disokong oleh FOH/PA system melalui LINE OUT untuk bunyi yang lebih mendebarkan dada.
  2. Walaupun memiliki efek dalaman (compressor, distortion, envelope filter), tapi semuanya ala kadar sahaja. Lebih sesuai menggunakan efek luaran (pedal/stompbox) jika ada.
  3. Berat, lebih berat daripada Vypyr 30.

[Selingan] Ibanez GRG270 biru kini telah menjadi milik Azrol. Antara Cort X-11 dan GRG270 aku tak pasti yang mana satu telah ditala pada talaan D-standard.

Konklusi?
  1. Daripada membelanjakan RM4xx untuk footswitch Sanpera I, adalah lebih ekonomik jika aku menggunakan efek luaran yang aku ada (stompboxes, Pod HD300) pada clean channel modeling Classic.
  2. Kalau ada orang nak Sound Wave 35 ni, aku jual... Hahahaha! GLTL untuk amp bass lebih besar atau class-D power amp.
Eksperimen sebagai kabinet 112 untuk HT-5RH masih belum dapat dijalankan kerana kekurangan alat ganti (untuk modifikasi).

_____
Ada apa: Hujung minggu ni mungkin ada lagi sessi jamming Hepi;)

De-Petruccised Korawk's GRG270


Sabtu lepas Korawk menghantar gitar "1Malaysia"nya (Ibanez GRG270) untuk diservis, dibaikpulih dan dipasang dengan tali baru GHS Boomers (GBCL 9-46). Ketika dihantar, gitar ini penuh dengan debu dan sticker merata (lupa nak ambil gambar sebelum diservis).


Selain dibuang segala kotoran, debu-debu liar, karat dan sticker yang menjengkelkan, Korawk juga meminta supaya pikap DiMarzio Petrucci Set (Liquifire/Crunch Lab) yang dipasang dua tahun lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal Ibanez Powersound. Dengan kata lain, ia menjalani proses baikpulih (restoration) kepada konfigurasi asal.


Dengar-dengar Korawk ingin menjual gitar ni kerana dah bosan dengan karenah floating bridge, selain alasan mencari dana-dana tambahan "gali lobang tutup lobang" untuk GAS gitar raya baru.

_____
Ada apa: Petrucci set juga ingin dijual secara berasingan, hmmm...

FRS Saddle Set


Setelah bengang dengan saddle double-locking II pada gitar Cort X-11 yang selalu bermasalah (retak, pecah, loose) sejak tahun lepas, Azrol menggantikan kesemua saddle yang ada dengan set saddle Floyd Rose Special (FRS).


Sekarang Azrol dah boleh melakukan selenggaraan dan baikpulih ringkas pada gitarnya (setelah diajar oleh mentornya, *ehem*), cuma hanya perlu memesan alat ganti daripada Nonuz melalui aku.

Azrol's Cort X-11.
Sebahagian daripada persiapan Azrol untuk mengikuti gig Shout It Right 2.0 bersama Ana & The Scene (sebagai gitaris seasonist) di Kuching hujung minggu nanti.

Sebagai peringatan kepada aku dan juga rakan-rakan supaya tidak membeli gitar yang mempunyai floating bridge murahan yang diperbuat daripada aloi rapuh - termasuk FRS, Ibanez ILT, Cort Double-Locking II/III dan mana-mana "licensed FR" yang tidak berjenama.

ILT bridge on Ibanez GRG270 (pre-2010 batch).
Nak puas hati, beli gitar yang mempunyai sekurang-kurangnya Floyd Rose 1000 atau Ibanez Edge-III (walaupun ramai yang kata Edge-III pun bermasalah). Jika tidak mampu, tunggu sampai bajet mencukupi atau pilih sahaja gitar jenis fixed bridge atau vintage tremolo.

Entri Mini: Tribute To Abang Ajis


Linked from somewhere on the net.
Al-fatihah atas pemergian Bujang Lapok yang terakhir - Datuk Aziz Sattar aka Abang Ajis (laporan Berita Harian). Babak lakonan beliau yang paling aku suka ialah babak Abang Ajis keluar dari perigi buta dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

_____
Ada apa: Beliau juga pernah berlakon dalam rancangan Upin & Ipin, tak percaya?

Metukulucifer Atau Metukulaullica?


Oke seperti yang dijanjikan, entri bias berasingan untuk persembahan Metuk Ulau Project semasa gig YOLO tempoh hari.


Seperti yang aku nyatakan dalam entri ni, ada sedikit rombakan line-up untuk gig kali ni. Aku dan Korawk bertukar posisi - aku menggalas tugas sebagai bassist (menggunakan Silver Wings) manakala Korawk sebagai vokal utama dan gitaris kedua.


Bukan apa, nak bagi peluang Korawk untuk beraksi dengan gitar 1Malaysianya (Ibanez GRG270) yang dah dipasang dengan pikap DiMarzio Petrucci set.

X-11 beraksi lagi!
Setlist
  1. Project Madness
  2. Warriors Ride On The Chariots
  3. Seek Creeping Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Dimulakan dengan lagu Project Madness (working title, final title may differ) lagu sendiri MUP hasil nukilan aku dan Azrol yang masih belum ada lirik, dimainkan secara instrumental sebagai intro persembahan.


Lagu kedua merupakan lagu cover Metalucifer iaitu Warriors Ride On The Chariots. Lagu yang disarankan oleh Korawk untuk dicover oleh MUP sebulan sebelum gig.


Tapi yang amat menyedihkan, vokalis tidak hafal lirik lagu sehingga saat-saat akhir, dan terpaksa mempertaruhkan maruah diri dengan membawa helaian lirik, hahaha...

Warriors Ride On The Chariots - featuring Korawk as vocalist.

Lagu ketiga merupakan lagu medley Seek Creeping Puppets sempena demam Metallica nusantara bulan depan. Bak kata Korawk "...lagu ini ditujukan untuk mereka yang tak pergi Metallica".


Bahagian Seek dinyanyikan oleh Korawk, manakala selebihnya by yours truly... Sekali-sekala MUP cover Metallica enjoy juga kan?


Seperti lagu Chariots, medley Seek Creeping Puppets ni juga turut dinyanyikan beramai-ramai oleh penonton yang rata-ratanya merupakan rakan-rakan MUUV dan 3-series club yang dipelopori oleh Adi Herman.


Sambutan penonton yang agak mengejutkan, tak sangka lagu-lagu Metallica masih diminati di Bintulu tak kira peringkat umur.


Rakan sepermetalan Olee dari Eternal Zine yang headbang tak ingat dunia dari mula lagu medley sampai habis (f*cking 7.00+ minutes!) esok pagi pasti sakit tengkuk.


Tahniah kepada Bob Kandar yang akhirnya dapat memainkan medley Seek Creeping Puppets dengan jayanya walaupun sebelum ni (semasa jamming) pernah putus asa sebab hilang keyakinan diri memainkan lagu Metallica.


Dan untuk tidak menghampakan permintaan penonton yang inginkan lagu Iron Maiden, maka keluarlah lagu The Trooper sebagai encore. Bagi mereka, mungkin agak janggal gig MUP tanpa lagu cover Iron Maiden kot?


Akibat solo maut yang berbisa, tali gitar X-11 Azrol putus semasa solo lagu The Trooper. Walau bagaimanapun lagu tetap diteruskan sampai habis walaupun tanpa solo. Soalan, kenapa Korawk tak ganti solo?


Pendapat peribadi? Sambutan penonton kali ni lebih meriah berbanding Oktoberfest. Mungkin disebabkan lokasi yang sempit dan dihadiri oleh dari pelbagai peringkat umur (daripada budak sekolah hinggalah kepada bapa orang).

Video persembahan link daripada Facebook Korawk, dirakam menggunakan Zoom Q3HD.

_____
Ada apa: Next, Bintulu 80's Rockers Reunion Concert.

Suffocated Saturday: Metukulaullica!


Selesai aktiviti menyemputkan nafas di Telaga Kumang petang tadi sempena gig You Only Live Once (aka YOLO gig).

Headbanging tak ingat dunia, hahaha! Salute~
Setlist Metuk Ulau Project kali ni:
  1. Project Madness - lagu projek (yang masih belum ada lirik)
  2. Warriors Ride On The Chariots (Metallucifer cover)
  3. Seek-Creeping-Puppets medley
  4. The Trooper (encore)
Entri bias penuh menyusul kemudian bila dah hilang semput. Seriously, memang aku tak tahan lepak lama-lama di dalam tempat yang penuh dengan asap rokok.

_____
Ada apa: Gig baca lirik, epic fail...

Sekitar Love & Peace Gig #santaibersamaREG (Part 2)


Sambungan entri semalam...

Selepas Erectus, giliran Ana & The Scene pula membuat persembahan. Kali ni boleh dikatakan A&TS agak popular berbanding gig Oktoberfest dan OSG2012 sebelumnya. Mungkin disebabkan lagu mereka Sebalik Cahaya telah berada dalam top-10 carta CATS Xposed Cats.FM selama beberapa minggu.


Untuk gig kali ni Chop menggunakan Squier Modified Telecaster Custom II (discontinued model) dan tidak menggunakan Teslarised GAX30. Dengan perubahan drastik pada rig pedal (Zoom G3X, MS-50G) berbanding gig sebelumnya (hanya G1N).


Ya, ada Azrol di situ... Selepas Bintulu Music Fest Azrol menjadi gitaris pinjaman seasonist untuk A&TS menggantikan gitaris asal yang "grounded" atas sebab-sebab tertentu.


Untuk gig kali ni mereka juga menyanyikan lagu "etnik" baru mereka Aok duet bersama Aishah Chong. Penyanyi duet asal lagu ni Nia Roslia (Wantwojuice) tidak dapat hadir kerana berada di Semenanjung.

Line-up A&TS
Selesai A&TS, giliran satu lagi kumpulan black metal otai Bintulu Curse Of God (atau dikenali dengan COG sahaja sepanjang gig) untuk beraksi. Kali ni mereka beraksi dengan full line-up tidak seperti gig mereka di KK beberapa bulan lepas hanya bermain 3-piece tanpa Fadel yang tak dapat datang atas masalah-masalah birokrasi.


Donny menggunakan gitar Ibanez GRG270 (aka gitar 1Malaysia) kepunyaan Korawk, yang baru sahaja dimodifikasi dengan DiMarzio Petrucci Set minggu lepas.

Rashid aka Abang Long.

Gitar Cort VX-2V kepunyaan Donny pula digunakan oleh Fadel. Walaupun menjadi "makhluk bertopeng", tapi pasti ramai yang kenal pemain bass ni.

Mahkluk bertopeng?

Sayangnya potensi sebenar Petrucci Set pada gitar ni tak dapat "dinikmati" sepenuhnya disebabkan masalah pada amp. Aku perasan sepanjang gig, beberapa orang pemain gitar (termasuk aku) mengalami masalah yang sama dengan amp Marshall AVT50 kepunyaan REG Studio - kadang-kadang bunyinya tak kuat, kadang-kadang gain rendah.

Line-up COG, akhirnya "makhluk bertopeng" kantoi.
Selesai persembahan COG, seterusnya giliran kumpulan Tresno pula membuat persembahan (untuk kali kedua?). Tresno merupakan kumpulan indie yang diketuai oleh Adi Herman. Untuk gig kali ni Adi juga menyertai Regiment Of Kid-Do-Wrong (seperti OSG2012) pada sebelah petang/malam, tapi waktu tu aku dah balik. Kita tunggu entri dalam blog Molotov Cocktailz nanti...


Ini persembahan pertama Tresno pada permulaan gig (sekitar pukul 1.00 petang), adalah ia hanya sebagai sessi soundcheck atau warm-up?


Ini pula persembahan "kali kedua" Tresno pada sebelah petang, perhatikan drummer mereka pun menjadi "makhluk bertopeng" hehehe...

Katanya Adi nak tiru gaya Elyana waktu atas pentas.
Dah ada Zoom G7.1ut wooo~
Aku terpaksa balik sekitar pukul 5.00 petang disebabkan ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di rumah. Jadi untuk persembahan selepas 5.00 petang kita tunggu entri daripada blog Molotov Cocktailz, Geng Kereta Sapu atau Bintulu Buskers.


Sebelum beredar, sempat memerhatikan bouncer pub tauke kedai Rezal (orang kuat BIMM) sedang menala gitar menggunakan Vox StompLab IG, Rezal juga beraksi pada gig tersebut bersama kumpulannya Now@Days. Daripada cerita yang aku dengar, Rezal antara mangsa pertama yang terkena "sumpahan" COG pada hari itu, hehehe... Aku juga dengar cerita ada rakan yang terkena "sumpahan" tertidur di bawah pokok kelapa sampai pukul 2.00 pagi hahaha~

Post-mortem AADI mengenai gig ni:
  1. Lokasi yang strategik dan sesuai, tidak terlalu sempit seperti OSG2012 dan tidak juga terlampau luas seperti BMF2013.
  2. Amp Marshall AVT50 bermasalah, menyebabkan beberapa gitaris agak frust semasa persembahan (termasuk aku).
  3. Sound system pub memang bagus, vokal tak tenggelam oleh muzik.
  4. Pengacara majlis, Barangkali Marus (yang juga pengacara BMF2012) memang santai dan bersahaja sempat juga mempromosikan blog AADI ni hehehe...
  5. Pengunjung gig memang sporting kali ni, setiap persembahan tak terasa "forever alone".
  6. Pelbagai genre muzik boleh berada dalam gig yang sama, scene Bintulu memang unik.
  7. Ice cream for me Bintulu! \m/
_____
Ada apa: Oh ya, aku juga memperolehi tshirt BIMM pada gig tersebut, nasib baik ada saiz XXL...

Petruccised Korawk's GRG270


Atas sebab-sebab tertentu, Korawk yang pada mulanya ingin memesan Jackson SDX (sebagai pembelian gila-gila sebelum mengakhiri zaman bujang) akhirnya bertukar fikiran untuk menyalurkan dana-dana yang ada untuk projek modifikasi gitar "1Malaysia"nya iaitu Ibanez GRG270.


Projek yang bakal dilaksanakan - pasang pikap baru, servis masalah Edge-III bridge, bersihkan fretboard, pasang tali baru (Ernie Ball Super Slinky) dan polish badan sampai berkilat. Gitar ni baru berusia sekitar 6-7 bulan, tapi dah berkarat pada beberapa tempat, macam mana kau jaga gitar ni Korawk?


Korawk merupakan seorang peminat tegar Dream Theater, sudah pasti John Petrucci menjadi gitaris idolanya. Antara sebab dia memilih DiMarzio Petrucci Set - Liquifire (DP227) dan Crunch Lab (DP228) untuk dipasang pada gitar ni.

Ironinya, Korawklah yang pada mulanya memesan DiMarzio Petrucci set ni dulu (dalam entri ni) tapi tak jadi beli pada saat-saat akhir menyebabkannya berada beberapa bulan dalam entri GKC ni.


Kaviti pikap (routing) yang bersih dan kemas, walaupun ia versi Gio dan buatan China, tapi seni pertukangan (craftsmanship) Ibanez pasti tidak mengecewakan.


Kaviti "isi perut" pun agak kemas, aku tidak menggunakan pendawaian litar asal untuk pikap baru, tapi menggunakan pendawaian mengikut skematik pada fail PDF ni, yang agak sedikit berbeza.


Bahagian belakang Liquifire dan Crunch Lab berwarna hitam, berbeza dengan PAF 36th Anniversary (DP103) dan Super Distortion (DP100) berwarna kuning tembaga seperti dalam entri ni. Ia juga kurang berbau jeruk masam.


Antara teknik memasang tali pada gitar jenis floating bridge yang aku pelajari dari blog Bro Sub. Letak sekeping logam di bawah bridge, supaya ia berada dalam kedudukan "seimbang". Lapik dengan kain supaya  logam tadi tidak meninggalkan kesan tekanan pada badan gitar.

Keseluruhan proses mengambil masa sekitar tiga jam (tanpa sebarang kesilapan/pengulangan pematerian), ini termasuk proses servis/pelarasan Edge-III bridge, pembersihan fretboard dan pemasangan tali baru.


Cuma aku agak kecewa dengan kualiti tali Ernie Ball ni, terdapat beberapa tompok karat pada tali GBE padahal ia dibungkus dalam bungkusan yang kedap udara (tali Gibson dalam entri ni lagi teruk). Ini merupakan kali ketiga aku mengalami masalah yang sama dengan tali Ernie Ball, secara automatik Ernie Ball tidak akan menjadi jenama tali gitar kegemaranku.

Bunyi? Entah... Ia masih lagi berbunyi seperti gitar elektrik dan tidak mengeluarkan bunyi trompet mahupun tamborin. Ikut pengalaman aku (yang amatur ni), sukar untuk membezakan bunyi dengan hanya menggunakan amp kecil 10 watt ataupun menggunakan headphone disambung pada multi-effects. Karekter sebenar pikap-pikap sebegini hanya akan dapat diketahui jika menggunakan amp besar pada volume yang tinggi (alasan untuk dibawa jamming).

Dan supaya tidak berasa cemburu, aku dah reset minda yang aku lebih suka kombo DiMarzio DP103/DP100 seperti yang ada pada Goldie aku.

_____
Ada apa: Korawk, are you ready?

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt: Oktoberfest Training (Part 2)


Sessi jamming yang diadakan semalam (Sabtu, 6/10/2012) berlangsung hanya satu jam untuk memberi laluan kepada band The Once yang mengambil alih tempat latihan (Z-Studio) selepas itu.

Gambar hiasan - Korawk dan GRG270.
Disebabkan terlalu fokus dan jangkamasa jamming yang agak "singkat", aku tak sempat snap gambar semasa sessi sedang berlangsung.

Meniru aksi si Korawk (with neonised Mirage).
Seperti biasa, Metuk Ulau Projekt (MUP) hanya berlatih lagu-lagu dalam setlist Oktoberfest seperti sessi minggu lepas, fokus yang lebih kepada lagu Fear Of The Dark yang masih ada beberapa kesilapan drumbeat.


Sempat menjenguk band The Once sedang jamming, antara band yang bakal membuat persembahan semasa Oktoberfest nanti dengan lagu-lagu reggae yang mengasyikkan. Ya, Adi Herman main keyboard untuk band ini, bakal menggalas tugas berganda untuk Oktoberfest nanti (MUP dan The Once).


Rata-rata ahli The Once ni adalah geng-geng Bintulu Buskers - antaranya Nasuki Malim (tangan kosong?), Barangkali Marus (djembe), Rezal (gitar akustik) dan Adi sendiri, ahli yang lain aku tak kenal. Mungkin Adi boleh ulas secara ringkas pasal band ni.

Minggu depan tak pasti lagi sama ada sessi jamming atau tidak. Atau nak buat di tempat lain...

_____
Ada apa: Kesian si Korawk, jamming dalam keadaan yang kurang sihat.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (34) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (116) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger