Showing posts with label gigrig. Show all posts
Showing posts with label gigrig. Show all posts

IDK Gig Rig #8: TC'ed Fly Rig


Aku agak kurang mesra dengan gig-rig jenis stompbox, sudah beberapa kali dicuba (tujuh kali percubaan sebelum ini #1, #2, #3, #4, #5, #6, #7). Tetapi akan sentiasa kembali menggunakan multi-effects untuk persembahan pentas atau gig/live kerana posisi aku yang biasanya menggalas dua tugas vokalis + guitar/bass perlukan rig yang ringkas. Tapi sebagai pedal nerd, memang teringin juga gig-rig seketul-seketul begini.

Ada ruang untuk satu pedal mini lagi.

Hero utama rig ini ialah Fly Rig PL1, yang ternyata amat cemerlang untuk kegunaan gig. Pedal-pedal TC Electronic hanyalah sebagai sokongan dan Cry Baby pula sebagai "hiasan" aku bukannya pandai main wah pun hahaha...

Kesemuanya dipasang pada pedal-Drain longkang v2.0 sebagai percubaan. Jika serasi, barulah dibelanjakan dengan sebuah pedalboard yang sesuai (Pedaltrain Metro, Mooer TF-16/20, Nu-X Bumblebee, dll) dan kemudiannya memikirkan punca kuasa yang sesuai, sekarang ini masih menggunakan 9v adapter dan daisy-chain sahaja.

_____
AADI: Bila terasa makin kompleks, kembali guna multi-effects, pi mai pi mai tang tu.

IDK Gig Rig #7: The Guitar Addict Tribute


Gig rig yang dipasang pada pedalDrain (Pedaltrain-longkang) ini adalah sebagai tribute untuk Bro Sub The Guitar Addict, semoga cepat sembuh.

"Greetings, everyone. I'm down in the mean time, was diagnosed with blood complications with a high chance of it being cancerous. Spending time in the hospital as you read this. Watch this space for my re-bound & do keep me in your prayers. Cheers, out!"

Dua nadi utama dalam rig ini adalah gajet pemberian daripada Bro Sub iaitu Blackstar LT-Dual dan Laney IRT-Pulse. Sebagai tribute, rig ini akan aku gunakan semasa sessi jamming dan gig akan datang (ya, Krismas nanti ada gig).

Sama seperti konsep rig IRT-Pulse sebelum ini (#6, #5), cuma kali ini guna clean channel (edge of break-up) dan distorsi dibekalkan oleh LT-Dual. Silencer ditambah untuk menapis elemen noise daripada gitar dan MS-70CDR untuk efek CDR.

Sound samples? Tak payahlah, semua ini temberang saja... Atau tunggu nanti video sessi jamming/gig.

_____
AADI: Get well soon, bro...

Audit Gigrig 2019


Audit pedal dan multi-effects (MFX) yang diasing-asingkan mengikut kategori gigrig - rig yang digunakan semasa gig atau persembahan awam, untuk jamming lain ceritanya.


1) One pedal mobile gigrig - bila gig yang hanya memerlukan dua jenis patch (rhythm, solo) biasanya aku akan bawa MS-50G (berbateri) sahaja. Jika gig yang memerlukan lebih daripada dua jenis patch tapi masih ringkas (clean, rhythm, solo), aku akan bawa GT-1 (berbateri, adapter PSA sebagai backup).

2) Wireless RP360 gigrig - gabungan antara Digitech RP360 bersama-sama Takstar WGV-601 wireless system di dalam pedal case Stagg UPC-424. Gigrig ini biasanya untuk gig/persembahan yang agak lama (>30 minit) di atas pentas yang luas, contohnya semasa Bintulu Bike Week tahun lepas.

3) Real-men-use-three-pedals (RMU3P) gigrig - yang terdiri daripada tiga pedal stompbox Boss iaitu SD-1, ST-2 dan CH-1 di dalam pedal board BCB-30. Ini sahaja stompbox Boss aku yang masih tinggal. Dan ketika entri ini disiarkan, SD-1 sudahpun berpindah milik kepada seorang rakan dari Kuching beberapa hari lepas.


4) Dan yang paling terkini, gigrig berpedal yang baru aku eksperimentasikan untuk 2019 terdiri daripada IRT-Pulse (thanks Bro Sub) bersama-sama Silencer, Spark Booster dan MS-70CDR. Rig ini agak versatile boleh digunakan bersama-sama amp (front or loop) dan terus ke mixer atau PA system kerana IRT-Pulse memiliki opsyen cab simulation.


Tetapi sebenarnya aku paling selesa menggunakan MFX, kerana sebagai frontman aku kena fokus dua benda sekaligus - gitar dan vokal. Biasanya aku jadikan bab gitar seringkas boleh (sebab ada gitaris utama) supaya boleh fokus lebih kepada vokal. Aku akan gabra bila terpaksa tap-dance (memijak beberapa stompbox) untuk pertukaran bunyi-bunyian gitar.

Inilah masalahnya bila masuk kedua-dua khemah stompbox dan MFX. Kena muhasabah diri untuk melepaskan mana-mana pedal yang tidak digunakan langsung, kecuali yang bertaraf pemberian/hadiah contohnya LT-Dual (terima kasih Bro Sub sekali lagi).

_____
AADI: Jual pedal beli amp?

Penggalak Percikan


TC Electronic Spark Booster ini diperolehi daripada website Swee Lee berbekalkan dana-dana hasil jualan koleksi Dewata Raya. Sebelum dana-dananya dirampas, cepat-cepat dilaburkan untuk gajet kegitaran, serasi dengan tema "hobi lama mendana dan menjanakan hobi baru", sama seperti The Silencer dan Cry Baby sebelum ini.


Ini merupakan pedal jenama TC Electronic pertama aku, itupun disebabkan harga pasarannya yang telah turun mendadak (hampir 1/3 daripada harga lama), kalau tidak memang aku tidak terliur pun untuk mendapatkannya. Overdrive Mojomojo merupakan pilihan pertama (juga harga turun mendadak), malangnya kehabisan stok, maka Spark Booster menjadi pilihan kedua.

One screw easy access.
Spark Booster ini boleh digunakan sama ada sebelum atau selepas distortion/preamp. Jika sebelum distortion/preamp akan menambah gain, jika selepas pula akan menambah volume, dengan tiga mode berbeza - FAT/CLEAN/MID - yang ini tak perlulah aku cerita.


Circuitry cover, good call.
Diintegrasikan dalam gigrig IRT-Pulse sebagai booster (MID mode) menggantikan AT Drive. Dipandu-uji semasa sessi jamming petang semalam, disambung melalui effects loop return amp studio (Peavey lama).

So-Cal keluar keranda.
Gigrig eksperimentasi untuk *gig yang akan datang (penghujung Julai), cuba memberanikan diri dengan setup stompbox sebegini. Tapi jika setlist banyak perubahan patches (ada clean/chorus atau acoustic simulation), mungkin akan kembali menggunakan multi-effects.

_____
AADI: *Isolated Gig Volume 2.

IDK Gig Rig #6: Silenced Pulse


Silencer yang diterima minggu lepas cuba diasimilasikan bersama-sama IRT-Pulse dan beberapa pedal lain (AT Drive, MS-60B) dipasang atas Pedaltrain-longkang.


Untuk gigrig ini, Silencer diaplikasikan dengan keadah 4-wayar (input, send, return, output), AT Drive dan IRT-Pulse berada dalam effects loop Silencer. MS-60B digunakan hanya untuk fungsi EQ, delay, reverb dan tuner jika diperlukan, tak perlu masuk dalam loop.

Gitar -> (input) Silencer (send) -> AT Drive -> IRT-Pulse -> (return) Silencer (output) -> MS-60B -> IRT-X

Selain IRT-X, gigrig ini boleh juga disambung terus ke amp lain (front or effects return), PA system, mixer atau direct recording interface. Akan dicuba seoptimumnya untuk sessi jamming akan datang (yang entah bila).

_____
AADI: Ngam tema warna hitam-kemerahan.

Wordless Wednesday: IDK Gig Rig #5




_____
AADI: ST-2 as a backup.

IDK Dr. J Gig Rig


Sessi jamming persediaan untuk persembahan hujung minggu ini, yang diadakan pada petang Sabtu lepas bertukar menjadi sessi pandu uji, kerana Bob Kandar terpaksa tarik diri saat-saat akhir kerana ada urusan keluarga yang lebih penting.


Oh ya, *persembahan hujung minggu ini ialah untuk majlis makan malam (ala hari keluarga) dengan tema "Rock Nite". Kami menggunakan moniker Hepi;) dan bukan MUP kerana hanya bermain secara 3-piece, kebetulan aku, Bob dan Azrol merupakan sebahagian daripada "keluarga" tadi.

Seperti biasa, sessi sebegini dijadikan platform untuk mencuba barangan terbaru, contohnya gigrig bass terkini aku; Tommy (SR300) - WGV-601 wireless - MS-60B - Sparrow - PA system.


MS-60B hanya digunakan untuk fungsi compressor (M Comp), bass overdrive (Muff) dan noise gate (ZNR) sahaja, manakala fungsi preamp (dan DI) diambil alih oleh Sparrow. Kualiti bunyi Sparrow ini dapat menandingi VXL yang pernah dimiliki suatu ketika dahulu.

Setelah berpuas hati dengan prestasi Sparrow ini, maka GAS untuk mendapatkan Hartke Bass Attack 2 atau EHX Battalion dapat diredakan.


Azrol pula memandu-uji Neon aku yang kini bernadi Sentient/Pegasus secara terus ke amp Vypyr 30. Seperti yang dijangkakan, kedua-dua pikap ini amat cemerlang dengan teknologi modeling, pemprosesan bunyi dan pedal distortion (Dr. J Lancelot). Ulasan Lancelot mungkin akan dibuat dalam entri berasingan.

*Diberi slot persembahan selama 15 minit, cadangan setlist yang pendek, Enter Sandman (instrumental) untuk sessi soundcheck pembuka majlis dan medley Wings klasik (Opera Hidup, Bujang Senang, Jerangkung Dalam Almari), agak playsafe. Manakala Kabus dijadikan lagu encore (jika perlu).

_____
AADI: Nak cari rambut palsu lepas ni.

Sepetang Di Gig Terjun Part III Jepak


Sabtu (28/10/2017) - Bertolak sekitar 2.30 petang dari Bintulu, bersama-sama Azrol dan bassist jemputan Herman (NV Unity) menaiki Imago aku. Sudahpun kautim dengan Bob Kandar yang juga seorang daripada AJK penganjur untuk memilih slot pada sebelah petang untuk MUP.


Setibanya di Dewan Balairaya Kampung Jepak sekitar 3.00 petang agak terkejut kerana dewan seperti tidak ramai orang, yang ada hanyalah kru penganjur dan ahli beberapa buah kumpulan sedang menunggu giliran untuk soundcheck. Bob Kandar pun belum datang...

KIKOSP dan G7.1ut.
Rupanya ada sedikit miscommunication, ataupun mungkin perubahan pada saat-saat akhir kerana ada melibatkan VIP (akupun tak pasti). Gig sebenar akan berlangsung pada sebelah malam dan slot petang adalah untuk sessi soundcheck. Hello Bob, apa sudah jadi?

Kehilangan ahli kumpulan.
Aku dan Azrol memang tidak dapat datang kalau gig sebelah malam. Setelah berbincang sesama sendiri, kami memutuskan untuk membuat persembahan penuh semasa sessi soundcheck. Giliran MUP "soundcheck" bermula sekitar pukul 4.30 petang.


Ya, warna hijau Neon juga memang menyerlah, dapat menandingi warna hijau Calypso, sesuai dengan fungsinya sebagai gitar pentas, very, very 80's.

Setlist yang dimainkan - Pentagram Di Atas Pusara (lagu sendiri), Kabus, 2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Sepatutnya ada satu lagi lagu sendiri bakal dimainkan (working title: Mengkarung) semasa gig ini, tetapi disingkirkan daripada setlist kerana belum yakin arrangement belum mantap.

Foto kredit: Herman Akmal.
Bassist terjun jemputan, Herman Akmal daripada kumpulan NV Unity yang baru saja malam sebelumnya menang BOTB sempena Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak di Betong. Youth energy... Teringat stamina aku waktu aku 20an dulu.

Foto kredit: Herman Akmal.
Beraksi dengan hanya disaksikan oleh kru penganjur dan ahli kumpulan lain, kah kah kah memang janggal rasanya.

Juga ada sedikit masalah teknikal sebelum lagu 2MTM, tiba-tiba bekalan elektrik terputus (tripped?), ah sumpahan electric youth kembali! Tapi nasib baiklah terjadi perantaraan lagu dan bukannya semasa persembahan.


LTD vs. Ibanez.

Video pendek yang dirakam oleh seorang ahli kumpulan lain (Nawaitu Band kalau tak silap) kemudian dimuat-naik dalam Facebook Azrol. Solo aku improvised/simplified.


Habis "persembahan" sekitar pukul 5.00 petang, semasa lepak di luar dewan sambil mendengar kumpulan Jepak Buskers soundcheck, tiba-tiba muncul kelibat Ayahanda Pandan... Ah! Kau terlepas persembahan MUP tadi.

Post-mortem Gig Terjun:
  1. Jadual/tentatif patut diperjelaskan oleh penganjur, sekarang sudah moden, guna media sosial lagi cepat.
  2. Mengekalkan tradisi MUP yang mengambil masa soundcheck dalam tempoh ~5 minit.
  3. Backline (amp) tak seberapa, tapi disokong oleh FOH/PA system yang mantap.
  4. Field test Neon, lulus!

Entri Mini: Gigrig?

Reality check sebelum gig - memang teringin nak bawa full pedalbard atau flagship multi-fx, tapi bila fikir balik setlist cuma guna dua perubahan patches (heavy distortion dan solo) maka Zoom MS-50G pun sudah memadai.

Travel light, let's hunt some orcs!
_____
AADI: Terfikir nak cari vokalis wanita untuk MUP.

IDK Gig Rig #4


Mendapat idea untuk mengasimilasikan IRT-Pulse sebagai nadi utama gigrig selepas menonton video Youtube ini.


Suis kaki FS1 untuk remote bypass, MS-50G untuk front-amp effects (tuner, compressor, drive, noise reductions) dan Time Machine sebagai delay (duh~) disusun di atas Pedaltrain-longkang, cukup-cukup muat.

Walaupun bunyinya hebat (literally, musically, arrogantly), tapi rig ini ada kelemahan? Selain perlukan bekalan kuasa luar, IRT-Pulse kurang sesuai diletak pada pedalboard, kerana ruang tube/valve agak mudah terdedah kepada kotoran, habuk dan paling teruk kalau tertumpah air.


Oleh sebab itu, rig ini tidak sesuai dijadikan sebagai gigrig, lebih sesuai digunakan di rumah atau studio jamming. Jadi *malam ini aku hanya akan menggunakan MS-50G secara tunggal atau gigrig Boss.

_____
AADI: *Eh? Ada gig MUP malam ni?

Delayed Boss


Berjaya mendapatkan semula pedal Boss DD-3 yang beberapa bulan lepas ditukar (trade) dengan set pikap Seymour Duncan Hot-Rodded.


Pemiliknya sebelum ini (seorang rakan seGASan dari Miri) sudahpun memiliki beberapa ketul pedal delay, termasuk yang terbaru Boss DD-500 untuk menggantikan DD-3 ni. Jadi, masa yang sesuai untuk rujuk kembali, hahaha...


Pedal board BCB-30 aku kembali lengkap (BC-2, CH-1, DD-3), dan mungkin juga akan digunakan untuk BOTB Sebauh Ahad nanti menggantikan gigrig digital. Akan dibuat perbandingan semasa sessi jamming esok.

_____
Ada apa: Real men use three pedals?

Wordless Wednesday: IDK Gigrig #3




_____
Ada apa: Gigrig untuk BOTB Sebauh?

Transporting The Bosses


Bungkusan FedEx beralamat dari Bandar Singa diterima minggu lepas. Benda ni dipesan melalui website Swee Lee, berbekalkan dana-dana hadiah tempat ketiga BOTB (setelah dibahagi empat) beberapa minggu lepas. Sekurang-kurangnya bila dibelikan benda, ada kenang-kenangan, berbanding habis macam tu sahaja. Eh? Dah ke laut pulak~

Isinya ialah sebuah pedal board Boss BCB-30. Sebenarnya dah lama aku terGAS benda ni, tapi disebabkan harganya (ketika itu) yang kurang kompetetif, lebih baik aku dapatkan Pedaltrain-Nano.


Kenapa beli dari Singapura? Kerana harganya, walaupun ia dibeli ketika nilai ringgit rendah (SGD1 = ~MYR3) tetapi harganya termasuk penghantaran masih jauh lebih murah berbanding harga di Malaysia. Kenapa tak tunggu ringgit naik? Sebab perenggan pertama tadi.


Sekali imbas nampak macam peti/kotak tempat menyimpan powered tools (drill, grinder, etc.), materialnya pun sama, plastik jenis tahan lasak.

Boleh memuatkan tiga buah pedal stompbox Boss tanpa perlu dilekatkan velcro. Ya, eksklusif untuk Boss sahaja, aku dah cuba Zoom MS-50G dan Digitech Bass Squeeze memang tak muat, apatah lagi SC-2 yang lebih lebar. Behringer atau Beta Aivin aku tak pasti... Tapi tak mengapa (parap-parap), sejak tahun lepas aku dah mula suka dengan pedal stompbox jenama Boss, pedal jenama lain banyak dah aku let-go, only Boss should stay, chewah~


Pedal board ini disertakan dengan dua unit patch cable dan seunit daisy-chain cable, tapi tidak disertakan dengan AC adapter tidak seperti abangnya BCB-60.


Tapi tak mengapa (parap-parap lagi) aku dah ada adapter Roland/Boss PSA-230 yang diperolehi bersama-sama CS-3 beberapa bulan lepas. Adapter ni boleh membekalkan kuasa kepada 5-6 buah pedal stompbox Boss, dah kira cukup dah tu.


Walaupun hanya memuatkan tiga buah pedal, tapi bagi aku tiga pedal dah cukup untuk sessi rehearsal dan gig (atau BOTB hehehe), lebih grab-and-go berbanding Pedaltrain-Nano. Pedal apa yang akan diguna? Bergantung kepada situasi dan muzik yang dimainkan. Biasanya aku cuma perlukan distortion DS-1 (atau MD-2), chorus CH-1 dan delay DD-3. Sedikit ruang yang ada boleh menempatkan adapter, pick tambahan dan clip-on tuner.

_____
Ada apa: Teringin nak guna BC-2 atau ST-2 sebagai distortion utama.

Wordless Wednesday: IDK Gigrig #2




_____
Ada apa: Selamat berOktober (bukan berteromber).

IDK Gigrig #1 (Part 2)


Semasa gig Bintulu Bike Week 2013 minggu lepas, penganjur menyediakan dua buah amp gitar, satu daripadanya merupakan amp Marshall MG100HFX (MG4-series batch).

Tapi sayangnya penganjur tidak membekalkan footswitch untuk amp ni, jika dibekalkan sudah pasti aku tidak menggunakan gigrig #1 (gambar di bawah) dan hanya menggunakan amp secara terus (direct amp) seperti semasa gig Bintulu Music Fest 2013 yang lepas (with JF-01 as booster).

Iklan Veet.
Semenjak dah selalu jamming di 36 Studio yang menggunakan MG102FX (with footswitch), aku lebih selesa menggunakan empat channel (CLEAN, CRUNCH, OD1, OD2) yang ada pada amp tersebut berbanding stompbox atau multi-effects.


Semua amp MG4-series dari MG15 sehingga MG100 memiliki empat channel yang hampir sama settingnya. Dan selalunya aku akan menggunakan factory presets (refer manual for resetting presets) berbanding membuang masa terkial-kial mendail setting sendiri.

Apa kelebihannya?
  • Marshall growl - purely unadulterated Marshall iconic sound, not a mere modelling.
  • Five minutes setup/soundcheck - tak perlu terkial-kial mendail setting.
  • Travel light - tak perlu membawa stompbox atau multi-effects ke lokasi jamming/gig (bawa sebagai backup).
Tapi jika anda tak suka bunyi Marshall, tak dapat nak tolong...

_____
Ada apa: Racun untuk mendapatkan sebuah Marshall...

IDK Gigrig #1


Dengan perolehan CH-1 tempoh hari, maka gigrig utama aku (gigrig #1) dah lengkap. Ia terdiri daripada tiga buah pedal jenis stompbox (MT-2, CH-1 dan VXL) disusun dan divelcrokan di atas Pedaltrain-Nano.


Tiga pedal sudah memadai untuk lagu-lagu yang selalu kami mainkan ketika gig (bukan jamming ye). Lagipun aku cuma main bahagian yang kurang teknikal dan perlu fokus kepada vokal pada masa yang sama. Tugasan teknikal selebihnya digalas oleh shredder Azrol.

Ikut pengalaman, menggunakan pedal jenis stompbox semasa gig lebih mudah, ringkas dan tidak banyak membuang masa untuk soundcheck (biasanya hanya beberapa minit) berbanding pedal jenis multi-effects.


Ia sebenarnya merupakan versi naiktaraf daripada gigrig utama aku awal 2011 dulu (circa OSG2012), pedal-pedal Danelectro Coolcat CM-1 dan CC-1 digantikan dengan Boss MT-2 dan CH-1. Manakala VXL masih kekal (one of my favourite pedals).

Ya aku tau VXL tu pedal untuk bass, tapi ia juga sesuai digunakan untuk gitar kerana versatilitinya yang boleh digunakan sebagai preamp, booster, EQ dan juga DI unit.

_____
Ada apa: Cerita gigrig #2 ada dalam entri ni.

Cheap Gigrig


Menyusun pedal-pedal "murahan" yang aku ada untuk dijadikan gigrig #2 (aka cheap gigrig)...


Signal chain (from right to left): Guitar -> JF-01 -> JF-03 -> FX600 -> MO-BA -> amp (or PA/mixer via DI).

Disusun pada Pedaltrain-Nano untuk sementara waktu, esok aku akan mulakan projek membuat pedalboard sendiri (DIY) untuk gigrig #2 ni.

_____
Ada apa: Pedaltrain-Nano lepas ni akan digunakan untuk gigrig #1.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger