_____
AADI: Baru meminimumkan bilik hobi.
DEG Raya 2022 Collab
oleh Ijau D. Koceng 07 May 2022 pada 6:00 AM 0 commentsSekali lagi dijemput untuk berkolaborasi Raya 2022 Anjuran Dead Eye Guitars (Calvin YiChen YouTube). Kali ni ada banyak lagu latar belakang raya dan aku memilih Salam Dunia M. Nasir yang lebih santai (56 bpm).
Yours truly @ 6:12 (dan 0:18).
Kolaborasi kali ini rasanya agak ramai penyertaan juga (tak kira pun) untuk perbandingan 28 ketika CNY, 64 ketika Merdeka 2011 dan 55 ketika Raya 2011.
Maaf jika bahagian aku tidak berapa synchronised dengan time-signature lagu runut terutama drum pattern yang agak pelik buatku bingung. Tapi tak mengapa, yang penting ia sudah masuk dalam perbatuan (milestone) kegitaran tahun ini.
Tidak menggunakan gitar "signature" So-Cal kali ini untuk memberi peluang kepada Shiro (ESP Eclipse-II) beraksi. Signal path: Shiro - Pod HD Desktop (Ăœberschall modelling) - DAW (Audacity).
_____
AADI: Selamat berbulan Mei.
DEG CNY 2022 Collab
oleh Ijau D. Koceng 20 January 2022 pada 6:00 AM 0 commentsSekali lagi dijemput (dan sempat) untuk berkolaborasi CNY 2022 Anjuran Dead Eye Guitars berlatar belakangkan lagu Gong Xi Ni dan Bai Nian. Kolaborasi kali ini agak kurang penyertaan, hanya 28 orang sahaja berbanding 64 ketika Merdeka dan 55 ketika Raya.
Yours truly @ 14:05.
Selain kurang penyertaan, kolaborasi kali ni terasa agak kelam-kabut (rushed), bahagian aku (dan beberapa pemain lain) tidak selari dengan muzik latar dan menjadi double-tracked. Tapi tak mengapa, yang penting ia sudah masuk dalam perbatuan (milestone) kegitaran tahun ini.
Signal path: So-Cal - Pod HD Desktop (Fireball modelling) - DAW (Audacity). Mulanya ingin menggunakan Goldie untuk tema CNY sebab aku tak ada gitar merah, tapi gitar "signature" ini juga yang terasa ampuh, hehehe...
_____
AADI: Gong Xi Fa Chai in advance.
Sepetang Di REG Studio (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 29 November 2021 pada 6:00 AM 0 commentsSabtu (27/11/2021) - Kalau ikutkan, hari ini merupakan D-day untuk MUP 10th Anniversary FB livestream di REG Studio ini, tapi terpaksa ditunda Sabtu berikutnya 4/12/2021 kerana penganjur (si Korawk) berada di luar Bintulu atas urusan keluarga. Slot minggu ini kami jadikan sebagai sessi jamming dan soundcheck kerana studio telahpun ditempah.
Minggu ini aku membawa bass Tommy (fresh strings) dan Pod HD Desktop si kacang hitam sebagai dual-rig efek untuk vokal (compressor/preamp/reverb) dan compressor untuk bass. Mixer Xenyx 502 pula sebagai monitor aku terus ke headphone HD-330, tanpa mengganggu output amp dan mixer utama.
Baru ada kesempatan menjenguk "command centre" REG Studio ini. Di sinilah tempat rakaman audio dan video digabungkan untuk livestream terus ke Facebook atau apa-apa aplikasi streaming lain - YouTube, Twitch, Zoom, Google Meet, dll.
Digital mixer Allen & Heath SQ-7 menjadi nadi utama studio ini digabungkan bersama KRK Rockit 5 (G2) dan sebuah iMac. Untuk sessi rehearsal terakhir minggu depan (sebelum livestream), rasanya tak perlu lagi aku bawa Pod HD untuk efek vokal. Akan cuba menggodek efek vokal yang ada pada SQ-7 ini.
Ikuti Facebook Metuk Ulau Projek, untuk info semasa...
_____
AADI: #simfonikemusnahan.
Jamming Dalaman
oleh Ijau D. Koceng 05 September 2021 pada 6:00 AM 0 commentsSambungan entri lepas, untuk sessi jamming pertama ini boleh dikatakan agak berjaya, dengan hanya memfokuskan tiga lagu sahaja untuk mencari keserasian - Biar Bekikis Bulu Betis, Sinu dan Kamelia.
Dan dengan tambahan seorang staff baharu, Ken sebagai pemain keyboard, spektrum muzik terasa lebih luas berbanding hanya gitar, bass dan drum sebelum ini.
Mengambil peluang untuk mencuba prestasi pikap Alnico Classic yang baru dipasang pada Goldie. Cuma patches peribadi yang ada pada Pod HD agak metal (Mesa/ENGL/Soldano modeling) untuk lagu-lagu tadi. Sessi seterusnya mungkin akan cuba buat patches hard rock (Marshall/Vox modeling) atau angkut amp HT-5RH terus.
_____
AADI: Seronok, dah lama tak jamming.
DEG Merdeka Tanggal 31 Metal Cover
oleh Ijau D. Koceng 31 August 2021 pada 6:00 AM 2 komen:Video ini dirilis oleh Calvin Dead Eye Guitars petang semalam...
Yours truly @ 25:48.
Sekali lagi dijemput (dan sempat) untuk berkolaborasi Merdeka 64 berlatar belakangkan lagu Tanggal 31 (versi Sudirman). Kali ini lebih mega kerana disertai oleh *64 (ya, nombor itu) gitaris seluruh Malaysia terdiri daripada gitaris bilik tidur, penghobi, YouTuber hinggalah pemuzik semi-pro.
Setiap seorang diberi ruang 30-60 saat untuk menyumbangkan kreativiti sendiri (termasuk vokal) membuatkan durasi video ini mencecah 37 minit!
Signal path: So-Cal - Pod HD Desktop (Soldano modelling) - DAW (Audacity) - HT-5RH (effects return). Macam biasa, aku sebenarnya paling tak suka rakam video sebegini, pasti akan ada saja kekucilan berbanding rakaman spontan (jamming, gig, dll).
Selamat Hari Merdeka ke-64.
_____
AADI: *Memecahkan rekod kolaborasi raya 55 orang.
DEG Biggest Raya Guitar Collab, Yet?
oleh Ijau D. Koceng 09 May 2021 pada 6:00 AM 0 commentsRabu lepas letak snippet, malam tadi video penuh sudah keluar.
*Projek kolaborasi lagu raya kelolaan Calvin Dead Eye Guitars, berlatar belakangkan lagu Suasana Hari Raya (Sharifah Aini). Disertai oleh 55 orang gitaris terdiri daripada gitaris bilik tidur, penghobi, YouTuber hinggalah pemuzik profesional. Setiap seorang diberi ruang 15 saat untuk solo mengikut kreativiti sendiri.
Yours truly @ 6:15.
Paling lawak bila tiba-tiba ada Chop Sudir (ATS) menyanyi @ 12:02. Oh tak lupa, juga ada disertai oleh rakan blogger kita Ezaidi MBA (lama dah tak buat entri bro?) @ 15:00.
Serius, aku sebenarnya paling tak suka rakam video sebegini, pasti akan ada saja kekucilan berbanding rakaman spontan (jamming, gig, dll). Inipun berbelas kali percubaan barulah dapat versi tanpa kekucilan. Tapi demi menyahut cabaran tauke DEG, ku beranikan diri jua...
TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG . Seperti yang telah dijanjikan, berikutan adalah senarai nama pemenang 'ESP GIVEAWAY...
Posted by Music Bliss on Saturday, 8 May 2021
Lain cerita, aku dan Azrol antara yang sangkut dapat giveaway t-shirt ESP Malaysia kelolaan Music Bliss (pengedar terkini ESP di Malaysia). Terima kasih Music Bliss, in ESP we trust! \m/
_____
AADI: *Mungkin akan menjadi acara tahunan?
GAS 2021...
oleh Ijau D. Koceng 01 February 2021 pada 6:00 AM 0 commentsHari ke-32 2021, mula memikirkan halatuju dan perancangan materialistik perhobian tahunan. PKP 2.0 dah pengisytiharan darurat sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan supaya berhati-hati untuk menarik picu pembelian.
1) Kegitaran - jika tiada aktiviti seperti Santai Muzikal bulan Disember lepas, pasti tidak banyak yang terGAS tahun ini.
i) Line 6 FBV Express atau FBV Shortboard - Setelah berpuas hati dengan prestasi Fly Rig PL1 sebagai peneman gig dan jamming untuk tahun lepas, tahun ini ia akan direhatkan dan akan cuba menggunakan Pod HD pula.
Dan untuk prestasi seoptimumnya, akan cuba mendapatkan FBV Express atau FBV Shortboard untuk kegunaan gig/jamming, keutamaan kepada unit terpakai tak kisahlah Mark II atau Mark III.
ii) Multi-FX - juga terGAS untuk mendapatkan multi-fx gedabak yang memiliki opsyen effects loop jika projek di atas tidak menjadi, sama ada Line 6 Pod HD500X, Boss GT-100 atau Mooer GE-250. Dan amat berharap untuk tidak TERbeli pedal jenis stompbox lagi tahun ini.
iii) In-ear monitor system - ikut pengalaman aku beberapa kali buat persembahan pentas, wedges monitor yang disediakan biasanya tidak memuaskan hati. Kadang-kadang mixing dan volume tidak optimum, kadang-kadang posisi monitor itu sendiri jauh nun di depan/tepi pentas dan bukannya di depan pemain.
| Takstar pun dah kira ok. |
Bagi yang menggalas dua tugas sebagai seorang vokalis+gitaris seperti aku, amat kritikal supaya dapat mendengar vokal, bunyi gitar sendiri dan instrument asas lain (bass, kick/snare drum) dalam mix, kalau tidak sudah pasti akan "lost" dan persembahan pun ke laut - true story, pernah terjadi ketika Bintulu Bike Week 2018.
Posted by Bentley Music Sdn Bhd on Wednesday, 6 January 2021
iv) Ibanez GRGR131EX - ini boleh dikira "sudden GAS", aku jarang terlirik mata pada model-model Ibanez kebelakangan ini, apatah lagi siri-siri GIO. Tapi baru untuk 2021 model GRGR131EX dengan tema all-black (seperti konsep siri LTD Black Metal), dark sharktooth inlays(!) dan reversed headstock sudah cukup untuk menarik perhatianku.
![]() |
| Imej Ibanez. |
Tapi bab-bab menambah gitar yang bertahap "sudden GAS" memang perlu muhasabah diri, jika dibawa bersabar pasti GASnya akan reda. Lagipun ada jenama/model lain yang telah disasarkan tahun ini, hanya menunggu dana GLTL dan stok masuk Malaysia sahaja.
| Imej Sony. |
2) Console gaming - semenjak hype PS5 aku amat berharap agar harga PS4 turun mendadak, selalu mengintai harga PS4 Pro (ya versi Pro) untuk menggantikan PS4 Slim yang telah dilepaskan penangan gaming fatigue. Ingin kembali berkonsul, keinginan seperti tahun lepas yang terpicu akibat PKP 2.0 dan darurat. Kalau tidak termain pun, ia akan dijadikan blu-ray player atau peranti streaming services.
Sekali lagi, kesemuanya perlu dibawa muhasabah, difikirkan masak-masak dan perlu berhati-hati untuk menarik picu pembelian. Selagi musim pandemik belum berakhir dan dengan pengalaman tahun 2020, keperluan perlu didahulukan berbanding kemahuan.
_____
AADI: Selamat berbulan Februari.
Hepi;) Makeshift Studio Reloaded (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 09 July 2020 pada 6:00 AM 0 commentsCuma perlu sedikit kerja untuk mengemas bilik ini yang berbau busuk kerana telah lama dijadikan stor, aircon perlu diservis, dan barangan yang masih ada perlu dipindah, dikemas, disusun semula atau dibuang.
Barangan studio mula dibawa masuk secara berperingkat sejak minggu lepas, terutama drumset dan PA system kepunyaan Bob Kandar. Sessi kali ini hanyalah sessi percubaan, kerana studio belum disetup sepenuhnya.
Hanya tiga orang sahaja terlibat kali ini (sosial distancing?); aku, Bob Kandar dan seorang rakan sekerja (dalam AADI akan dikenali sebagai Methodman) yang memiliki gitar Squier J5 Telecaster (ex-Johnny) aku yang dilepaskan beberapa tahun lepas. Menggunakan amp LX65R aku tanpa sebarang efek. Amp ini akan ditinggalkan di studio ini sahaja, kalau di rumah pun bukannya dapat guna seoptimumnya.
Aku pula mengambil peluang untuk mencuba Pod HD sikacang hitam ini disambung terus ke mixer. Sejak diperolehi beberapa bulan lepas baru ada peluang untuk dipandu-uji secara optimum. Sessi akan datang mungkin akan mencuba Fly Rig PL1 pula, atau bawa HT-5RH terus?
Juga memandu-uji Mr. Smith, selain tidak pernah dibawa jamming sejak diperolehi tahun lepas. Ia juga merupakan satu-satunya gitar aku dalam talaan E-standard ketika ini. Seperti dijangka, bunyi pikap humbucker agak tidak menepati citarasaku (X2N menanti), berbeza pula dengan kedua-dua bunyi pikap singlecoil yang agak ohsem.
Post-mortem
- Bilik ini kekurangan soket elektrik, hanya ada dua point berbanding kelengkapan yang bakal digunakan - PA system, power amp, amp gitar, multi-effects.
- Dengan bau yang kurang menyenangkan, berada di dalamnya untuk jangka masa yang lama amat meloyakan. Nasib baiklah aircon masih sejuk, tetapi tetap perlu diservis.
- Ia studio jenis peribadi, dan bukannya untuk komersil/sewaan.
AADI: Buat masa ini lokasinya masih dirahsiakan, hahaha...
Pod HD, Si Kacang Hitam
oleh Ijau D. Koceng 18 April 2020 pada 6:00 AM 0 commentsPembelian sampingan ialah dua unit tali gitar jenama GHS, Boomers GB9 1/2 (9.5-44) dan Burnished Nickel Rockers BNR-L (10-46). Kebetulan juga ketika itu CK Music ada promosi GHS 20%.
Diterima dalam keadaan yang memuaskan, cuma kotak asal sahaja agak kemek akibat transit. Kandungan di dalam lebih ringkas berbanding Pod X3, cuma ada manual ringkas dan adapter. Tiada apa-apa CD atau manual tebal disertakan, semuanya disuruh muat-turun dari website Line 6, juga tidak disertakan dengan kabel USB (duh~).
Unit ini berstatus new old stock dan bukannya display unit, katanya masih ada 1-2 unit lagi dalam stok mereka. Cuma, tiada lagi waranti kerana perenggan pertama di atas. Diperolehi berbekalkan dana-dana hasil jualan Micro Terror dan SC58, aku cuba mendapatkannya awal bulan Mac tetapi tertangguh kerana PKP.
![]() |
| Second input, XLR version. |
Fungsi-fungsi utamanya iaitu amp modeling lebih kurang sama seperti yang ada pada Pod HD300, tetapi lebih banyak opsyen contohnya dual-tone dan dual-rig sama seperti Pod X3. Setelah dicuba secara spontan, ia terus dikemaskini dengan flash memory terkini v2.62 untuk mendapatkan tujuh lagi model amp tambahan.
Seperti Pod X3, ia lebih digunakan sebagai mainan di rumah (*lebih-lebih lagi musim PKP ini) berbanding dibawa jamming, gig atau persembahan pentas. Akan dipadankan dengan Laney IRT-X atau menggunakan headphone HD-330 untuk mod senyap. Selain hanya memainkan patches yang tersedia ada (kes malas buat patch sendiri), juga akan cuba download patches yang ada pada website custom tone Line 6.
*Tapi serius ketika musim PKP ini serius kehangatannya telah dipotong oleh PS4...
_____
AADI: Beg Line 6 FG5 sudah boleh digunakan semula :)
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Kenapa A&W tidak menjual lagi A&W root beer seperti dahulu? Sekarang yang banyak di pasaran ialah A&W sarsaparilla... Ya, sarsa...
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Selasa lepas (29/1/2013) terjumpa buku ni di premis Reissued Magazine, Amcorp Mall - An Oral/Visual History By The Red Hot Chili Peppers Wit...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-























