Doom 2016 (PS4) Germany


Pembelian impulsif atas tiga faktor; pertama, hype rilisan terkini Doom Eternal (released 20/03/2020), aku baru terhegeh-hegeh nak main Doom 2016 reboot or simply Doom 2016. Kedua, game dah basi harga lebih murah. Ketiga, kononnya untuk dimainkan semasa tempoh PKP dua minggu (yang kini menjadi empat).


Dipesan melalui Shopee dua hari sebelum PKP bermula dan seller dari Miri dipilih dengan harapan sampai keesokan hari. Tapi atas sebab-sebab PKP tadi juga proses pengeposan menjadi lambat dan hanya diterima selepas seminggu. Itupun terpaksa dituntut sendiri di pejabat pos kerana aku guna alamat pejabat. Mujurlah ada game The Last Of Us, Remastered yang dimainkan pada minggu pertama.


Antara game yang teringin untuk dimainkan ketika mula-mula berkonsul tapi keghairahannya dipotong oleh Fallout 4 yang lebih dinanti-nantikan. Dan selepas habis main Fallout 4 masa untuk berkonsul semakin kurang dan lama-kelamaan keghairahannya mula reda. Kalau bukan pasal PKP memang tak terfikir pun untuk kembali berkonsul.


Ini merupakan rilisan Jerman berdasarkan tulisan di belakang kotak "Schicken sie die Dämonen zurĂ¼ck in die Hölle!" dan manualnya. Tapi tak mengapa, seperti Fallout 4 yang merupakan rilisan Belanda, bahasa dalam game dan sarikata (subtitle) adalah bahasa Inggeris.

Cuma ada dua kekangan ketika memainkan game FPS sebegini; pertama, aku lebih mahir menggunakan keyboard + mouse ketika zaman PC gamer, tapi bila menggunakan DualShock, kemahiran aku jauh menurun dan terpaksa menggunakan kesukaran "hurt me plenty" berbanding "ultra-violence" (atau "nightmare").

Kedua, tak dapat main lama-lama, setiap dua jam kena berhenti sekejap... Pening, hehehe~ Ini lebih kepada faktor usia, bila dah masuk krisis pertengahan hidup banyak kemahiran dan kehebatan semakin *menurun.

Stay safe, stay at home. Rip and tear!

_____
AADI: *Berat sahaja yang tak turun-turun lagi.

Let-Go: SKB SC58 V-Style


Dengan perginya ex-Sarge (Jackson JS32 King V) bulan lepas, maka secara rasminya soft case V ini tidak lagi berfungsi dalam axology aku, maka ia perlu dilepaskan (2020 purge).


Dibeli oleh rakan yang sama pembeli ex-Sarge tadi, yang telah berjanji ingin membelinya selang sebulan. Dana-dana GLTL-nya boleh dilaburkan untuk beli game PS4 lain, hehehe...

_____
AADI: Tengah main The Last Of Us.

Ada Apa Dengan F&N Sarsi Classic?


Penemuan yang agak basi kerana tin versi klasik ini katanya bersempena CNY yang lepas. Juga ada versi klasik Orange Crush tapi aku memilih sarsi untuk modal entri AADI kali ini.


Harganya sekitar RM2.00 untuk setin 240 ml, agak mahal jika dibandingkan dengan versi tin biasa 365/360 ml dengan harga yang hampir sama.


Pendapat aku, jika dihidangkan dengan pelbagai jenis sarsi berkarbonat daripada jenama yang berbeza, rasa trademark sarsi F&N ini paling mudah untuk dikenalpasti.

_____
AADI: Tak ada bekalan sarsi di rumah.

Ernie Ball Cables, Strings And Blocks


Beberapa aksesori kegitaran berjenama Ernie Ball diperolehi beberapa hari lepas menerusi website Swee Lee Malaysia. Pembelian utama kali ini ialah set patch cable 6", paling murah berbanding jenama besar lain (MXR, Planet Waves dan Hosa).


Pembelian sampingan pula ialah set Strap Blocks dan set tali Super Slinky 7-string (9-52). Strap Blocks ini akan digunakan pada strap button yang besar contohnya strap button BC Rich dan Jackson.


Pantang gitar-gitar aku kalau tak ada pengunci strap, tak kisahlah apa jua teknologi dan jenamanya - dari secanggih-canggih Dunlop Straplok, Hennessey atau Loxx sehinggalah low-tech plastik Dunlop Lok Strap dan getah Strap Blocks ini. Semenjak peristiwa ini, ia wajib ada.


Mulanya agak cuak bila dapat Super Slinky batch lama, merujuk kepada warna plastik pembungkus dan nama-nama artis di belakangnya yang belum ada nama-nama artis YouTube (Chappers, Jared, Stevie T, Fluff).


Ikut pengalaman beberapa kali sebelum ini, bila dapat batch lama kebarangkalian tali plain GBE berkarat di dalam adalah tinggi. Tapi mujurlah kali ini bernasib baik semuanya masih berkilat tanpa sebarang tompokan karat.


Dengan pantas ia terus dipasang pada Sven pada sebelah malamnya dan masih mengekalkan talaan drop-A (AEADGBE). Gitar ini berskala 25.5" dan bukannya 24.75", maka saiz 9-52 ini optimum untuk talaan tadi serta citarasa peribadi semasa (tatkala callus masih nipis).

_____
AADI: Tak keluar rumah, main gitar dan PS4.

Stay Calm And PlayStation


Musim-musim PKP ini amat sesuai untuk kembali berkonsol...


Hanya Fallout 4 saja yang pernah main sampai habis (3 of 4 endings) setakat ini, The Last Of Us, Remastered dan Tomb Raider Definitive Edition rasanya hanya sempat main 5-10% sahaja. Sesuai untuk dimainkan semula...

_____
AADI: Teringin nak main Doom (2016) sebelum Doom Eternal menular.

Dah 11 Tahun...


Entri bragging rights milestone berhobi kegitaran tahunan. Paling banyak diceritakan dalam entri tahun lepas bersempena #10yearschallenge (tahun terdahulu; 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018).

Gambar hiasan, projek Pedaldrain XL.
Selama 11 tahun ini aku sempat melalui tiga fasa - bujang, suami dan ayah. Ketiga-tiganya memberi impak yang berbeza terhadap hobi. Paling ketara bila masuk fasa ayah, makin bertambah bilangan anak, makin berkurang masa untuk berhobi. *Insya-Allah, hujung tahun ni bertambah lagi seorang... Amin~ :)

Untuk tahun ke-11 ini, azamku berbeza sedikit berbanding tahun lepas. Fokus utama ialah untuk melepaskan gajet-gajet kegitaran yang jarang/tidak digunakan secara berperingkat (aka 2020 purge). Mungkin juga akan mengembalikan haluan bass (ya, perlu ada bass) dengan syarat keseluruhan gitar tidak melebihi enam buah.


Juga tahun ini ingin menyiapkan lagu projek Hepi 2020 yang bakal dijadikan single untuk band Hepi;) Paling mencabar ialah mencari idea untuk lirik.

_____
AADI: *Masa berhobi di luar terpaksa dikurangkan, selain isu semasa.

T-Shirt Autism Awareness (Part 3)


Tiap kali ada design baru t-shirt autism awareness, pasti Mrs. Ijau akan uruskan pembeliannya daripada kompeni/persatuan yang sama seperti t-shirt tahun lepas dan tahun 2018. Seperti biasa, ada saiz gergasi 4XL untuk aku dan kali ini warna rasmi AADI dipilih.

Depan.
Pembelian t-shirt ini sedikit sebanyak sebagai tanda sokongan kepada apa-apa komuniti kesedaran autism di Malaysia, secara amnya.

Belakang.
Jarang aku nak cerita pasal ASD di sini, tapi syukur mulai bulan ini Ijau Jr. sudah boleh discharged daripada menjalani sessi terapi carakerja (occupational therapy) bulanan setelah dua tahun menjalaninya. Juru terapi juga berpuas hati dengan perkembangan Ijau Jr. sepanjang dua tahun terapi. Tapi bagi aku, paling banyak membawa perubahan adalah semenjak dia bersekolah di TASKA.

_____
AADI: Different, not less!

Primo Mr. Smith


Pada mulanya Mr. Smith (Jackson SDX) ini dirancang untuk dipasangkan dengan set Ernie Ball Paradigm 9-46 yang diperolehi minggu lepas. Tapi selepas memikirkan beberapa faktor, ia dipasang dengan Primo Slinky (9.5-44).


Satu daripada faktornya ialah untuk menambah sedikit rintangan kekenyalan pada talaan E-standard berbanding saiz 9-42 sebelum ini yang terasa sedikit lembut.

Dan sebelum proses penukaran tali, aku mengambil peluang untuk mengintai kaviti pikap dan elektronik.


Untuk membuka pickguard model SDX ini ini, bolt-on neck terpaksa dibuka kerana pickguard dikepit ketat antara badan dan bawah fretboard, tidak seperti pada So-Cal yang hanya diselit masuk.

Begitu juga sekiranya ingin melaras truss rod, kerana tempat melarasnya terletak di pangkal neck.


Ya, kualiti pertukangan kilang Cort Indonesia memang tidak dapat dinafikan. Kaviti pikapnya dengan route HSS nampak kemas dan dicat keseluruhannya dengan cat konduktif hitam.


Wayar bumi (ground/earth) juga disambungkan pada permukaan cat konduktif tadi. Pada yang bertanya, cat konduktif tadi berfungsi seperti Faraday cage (sila Google/Wiki untuk lebih lanjut).


Pikap-pikap yang digunakan bukanlah jenama G&B atau Belcat, tetapi BHK (Boo Heung Precision Machinery, Korea).

Singlecoil adalah jenis stacked humbucker, sesuai dengan fungsinya sebagai pikap "noiseless" yang mereplikasi Fender SCN yang ada pada model USA Adrian Smith. Ironinya aku suka karekter pikap singlecoil ini...


Pendawaian dan pematerian juga nampak berkualiti dan kemas, menggunakan komponen Cortek dengan pot 500k bersaiz besar, kapasitor "Chiclets" dan suis 5-arah.


Dengan kaviti kemas dan kualiti pendawaian serta elektronik yang ampuh, buat masa ini belum ada keinginan untuk menukarnya dengan komponen aftermarket. Dibiarkan dalam konfigurasi stok seadanya dan dikhaskan sebagai gitar talaan E-standard utama.

Serius, dah lama tak jamming lagu Iron Maiden... Lebih serius, dah lama tak jamming.

_____
AADI: Pernah juga beberapa kali terfikir untuk di"let-go".

Ada Apa Dengan Starbucks Doubleshot?


Dah lama aku intai minuman kopi tin Starbucks Doubleshot ni dijual di pasar raya dengan harga runcit premium sekitar RM7.00+ setin 228 ml. Pernah juga ada promosi 50% RM3.00+ setin, tapi masih tak tergerak hati untuk membelinya.


Inipun terbeli semasa memesan bento Kenny Rogers menggunakan Grab Food, ada opsyen tukar minuman kepada kopi Starbucks (espresso, americano, macchiato, mocha). Dipendekkan cerita, bila diterima bento, rupa-rupanya dapat versi tin Doubleshot ini, duh~

Rasa? Oklah untuk versi dalam tin, tapi tak se-hipster kalau beli terus dari kaunter *Starbucks. Bagi aku, jika ia dibeli seadanya dengan harga runcit RM7.00+ agak tidak berbaloi, lagipun ini produk import dari China (halal Shandong) yang belakangnya dilabel semula dengan sticker.

_____
AADI: *Bila kali terakhir anda singgah Starbucks?

Paradigm Deluxe


Ernie Ball Paradigm saiz 10-52 yang diterima beberapa hari lepas terus dipasang pada Deluxe, ditala dan diintonasi untuk talaan drop-C (jadi D-standard jika perlu) bersesuaian dengan projek Hepi;) terkini.


Ok, masih sedikit fobia bila membuka apa-apa paket Ernie Ball (sumpahannya), tapi kali ini agak teruja sedikit kerana set Paradigm 10-52 ini masih "segar" tanpa karat walaupun ia batch lama (2015).

Ada lagi satu set Paradigm 9-46 akan dipasang dalam masa terdekat. Tak nak simpan lama-lama dalam stok sesuai dengan waranti 90 hari dari tarikh pembelian (bukan pemasangan).

_____
AADI: Ingin mencuba D'Addario XT pula.

Let-Go: Micro Terror


Walaupun amp ini lebih kepada tahap koleksi, tetapi ia amat jarang digunakan (redundant) maka ia dilepaskan jua bersesuaian dengan motivasi entri 2020 purge.


Selama setahun lebih dalam axology, hanya pernah dua kali dibawa jamming bersama-sama kabinet Vox V110NT dan Blackstar HT112. Ia agak overkill untuk kegunaan di rumah walaupun berkuasa 20 Watt sahaja.

Telahpun berpindah milik kepada seorang rakan sepergitaran otai yang juga terGAS sebagaimana aku terGAS untuk kali pertama dan kedua.

_____
AADI: 2020 purge #2.

Anjakan Paradigma Ernie Ball


Tertarik dengan promosi "buy 1 free 1" tali gitar Ernie Ball Paradigm oleh JS Music minggu lepas melalui Facebook. Walaupun harga yang ditawarkan sedikit mahal berbanding harga runcit, tapi selepas mengambil kira faktor "free 1" dan kos pengeposan, ia masih jauh lebih murah.

Batch lama tak ada kotak.
Pernah beberapa kali tawar hati dengan Ernie Ball biasa, tapi teringin pula untuk mencuba siri Paradigm ini dengan hype "tahan karat dan tahan putus" yang diwar-warkan. Nak beli seadanya (tanpa promosi) agak premium dan bagi aku ia tidak berbaloi.

Batch baru ada kotak, tapi isi dalam sama saja.
Ernie Ball katanya memberi jaminan set Paradigm ini tidak karat atau putus selama 90 hari bermula tarikh pembelian (daripada resit) dan bukan tarikh dipasang. Adakah promosi ini untuk menghabiskan stok batch lama yang berlabel 2015?

Batch lama ada "2015".
Kedua-dua set ini akan dipasang terus pada gitar-gitar yang selalu digunakan dalam masa terdekat dan akan "dibelasah" secukup-cukupnya untuk membongkar hype Paradigm tadi. Adakah batch 2015 ini mampu bertahan lima tahun tanpa karat sebelum dibuka? Kita tunggu dan lihat nanti.

_____
AADI: Satu set dipesan oleh Nuing.

Ada Apa Dengan Sundrop Black Coffee?


Berbanding kopi susu, versi kopi-O Sundrop ini bukanlah kegemaranku. Tekak aku agak sukar untuk menelan kopi-O lebih-lebih lagi kalau suam atau sejuk, tak kiralah apa jenamanya.


Mungkin ini pertama dan terakhir aku membeli versi kopi-O, dibeli pun atas dasar ingin mencuba dan untuk modal entri AADI. Tapi, bagi mereka yang meminati kopi-O, mungkin pendapat kita berbeza.

_____
AADI: Dapat teguk 3/4 tin sahaja.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (170) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger