Throwback Thursday: Somewhere, 35 Years Later


Sementara menunggu peluang untuk mendapatkan format fizikal album ke-17 Iron Maiden Senjutsu (entah bila), mengimbau kembali album keenam mereka Somewhere In Time yang menyambut ulang tahun ke-35 semalam (29/09/2021), terlepas untuk membuat entri ulang tahun ke-30 lima tahun lepas.

Cover art agak futuristik untuk zamannya (1986).

Aku hanya menyedari keohseman album ini 15 tahun selepas ia dirilis, sekitar 2000-2002 dilayan melalui format MP3. Bertaraf soundtrack of my life disebabkan memori dan nilai nostalgik ketika album ini dilayan. Muzik dan liriknya masih relevan sehingga kini walaupun didengar ketika 2020an.

Dan otomatik masuk dalam senarai lima teratas album Iron Maiden kegemaran peribadi selain FOTD, VIX , BNW dan DOD, satu-satunya album 80an mereka yang tersenarai. Selain itu, juga satu daripada lima lbum yang selalu dicapai.

Untuk album ini aku cuma ada CD versi remastered 1998 yang diperolehi di Victoria Music Centre, Amcorp Mall pada 12/3/2008.


"Nostalgic value? Waktu kecik-kecik dulu, aku selalu pi rumah Takilala main sama-sama since we're cousins. Abang-abangnya (Gaban & Cimca) selalu pasang lagu-lagu rock (dan beberapa lagu Duran-Duran dan Modern Talking hehehe). During those years 1986-1987 maybe... Aku ingat ada beberapa catchy tunes dari lagu rock yang diorang pasang yang menjadi siulan aku waktu tu, walaupun aku tak tau lagu apa (budak kecik umur 6-7 tahun) - bila dah minat Iron Maiden baru aku tau lagu tu ialah lagu Deja Vu."
"Preserved in time for all to see..." - sumber.
"Second nostalgic value bila aku menunggu konvokesyen USM somewhere in 2000-2001, aku kerja part-time kat cyber-cafe. Memang aku selalu pasang mp3 Iron Maiden especially album Somewhere In Time dan No Prayer For The Dying. Waktu tu aku mula meminati lagu Wasted Years bila aku perasan liriknya memang lebih kurang macam nasib aku, suka membuang masa, malas study kat USM, terpaksa extended lagi satu semester."

- Entri 2010.


Dalam entri trivia Iron Maiden aku (2011) pula:

1. First IM song/album heard: Deja Vu/Somewhere In Time (1986-1987 tak kenal IM lagi waktu ni)
7. Best IM album: Somewhere In Time
8. IM song with most nostalgic value: Wasted Years
14. Best IM solo: Stranger In A Strange Land - Adrian Smith

Album ini juga bertaraf "lullaby" untuk menidurkan anak-anak tatkala pemanduan jarak jauh balik kampung. Dalam masa yang sama sebagai anti-mengantuk untuk aku yang memandu, kerana aku akan berkaraoke dari lagu Caught Somewhere In Time sehingga Alexander The Great. Efek yang berlawanan.


Jawank oh Jawank.

Wasted Years akan sentiasa ada tempat dalam hati (rujuk perenggan keenam) sebagai lagu "man of the match" dalam album ini. Antara lagu terawal yang aku pelajari ketika mula-mula berhobi bass/gitar 10+ tahun lepas selain lagu The Trooper. Dan kadang-kadang menjadi lagu wajib MUP ketika jamming atau gig.

Up the Irons! \m/

_____
AADI: Perasaan deja vu memang pelik tapi seronok.

Wordless Wednesday: Aku, Kau Dan Maggi



_____
AADI: Antara makanan paling sedap di dunia, kan?

HammerFall - Dominion


*Ini antara album yang teringin dimiliki sejak beberapa tahun lepas selain The Shadow Theory (Kamelot), Firepower (Judas Priest), Hexed (Children Of Bodom) dan The Sin And The Sentence (Trivium). Diperolehi daripada Rock At Large melalui platform Shopee untuk mengambil peluang menebus Shopee coins serta kupon pengeposan percuma.

Proses pembikinan album studio ke-11 (ya, dah 11) HammerFall ini agak senyap-senyap dan tidak berapa diwar-warkan dalam media sosial berbanding dua album sebelum ini iaitu (r)Evolution dan Built To Last. Tiba-tiba sahaja Sweden Rock berkumandang serata platform digital ketika itu (2019).

Kembali mendapatkan khidmat Samwise Didier (Blizzard, Warcraft, Diablo) untuk cover art. Pada pendapat aku, lukisan Dider lebih cocok dan majestik untuk cover art album-album HammerFall berbanding lukisan Andreas Marschall yang lebih kelam (dark) sesuai untuk album-album black/death metal.

Masih mengekalkan formula power metal seperti album-album mereka sebelum ini - powerful vocal, epic guitar solo, all-male chants/choirs (aka gang vocals) - ada lagu straight forward power metal (Sweden Rock), ada lagu anthem (Dominion, One Against The World, Chain Of Command) dan diselitkan power ballad (Second To One, And Yet I Smile).

Muzik keras dan berat, solo pantas dan bergulung Norgren, solo perlahan dan melodik Dronjak dan vokal Cans yang immortal, itulah trademark HammerFall.

Kini tinggal album pertama mereka Glory To The Brave sahaja yang masih belum ada untuk melengkapkan diskografi HammerFall. Sebenarnya ada, tapi versi AsiaLink, tak acilah.


*Nak dijadikan cerita, bulan November tahun lepas aku ada memesan album Dominion ini melalui eBay daripada seller grooves-land (seller yang sama The Man Who Would Not Die, Damnation dan Lamentations), tapi sehingga kini tak sampai-sampai. Kekangan C19 juga membuatkan proses dispute terbantut, akhirnya £8.09 (RM45.53) dibiarkan hangus begitu sahaja. Harapnya suatu hari nanti, dengan sedikit keajaiban ia tiba-tiba sampai...

Dan itulah pembelian terakhir eBay aku setakat ini. Pembelian terakhir sebelumnya merupakan album Inhuman Rampage pada November 2017 daripada musicMagpie. Dah hilang kehangatan untuk ber-eBay kebelakangan ini, ditambah lagi dengan isu C19.

_____
AADI: Berteromber ada buat entri pasal album ini hampir dua tahun lepas.

Ada Apa Dengan Alicafe Honey Dates?


Antara entri kopi yang terlepas pandang dalam draft. Alicafe kopi pracampur dengan tongkat ali, ginseng dan kurma madu yang katanya edisi terhad.

Pahitnya standard Alicafe tin classic, tapi ditambah dengan rasa dan aroma manis kurma madu membuatkan rasanya agak unik. Disarankan dinikmati secara sejuk, kalau suam bagi aku agak susah untuk diterima tekak.

_____
AADI: Sudah tidak se-world seperti pertengahan 2000an dulu.

Death Alumitone Shiro


Selepas setahun memilikinya, barulah aku "berani" membuat modifikasi ke atas Shiro ini (ESP pun tak terlepas daripada mangsa modifikasi) walaupun telah dirancang sejak set Lace Alumitone/Deathbucker diperolehi hujung tahun lepas. Inipun terpicu projek selepas set EMG 81/60 asalnya telah dirobek oleh Deluxe.

Kerja-kerja pemasangan mengambil masa hampir sejam, walaupun dengan bantuan solder station baharu yang melancarkan proses pematerian, namun proses lain perlu dilakukan dengan cermat dan disusun sepremium mungkin.

Kedua-dua Alumitone dan Deathbucker ini disyor menggunakan pot 250k. Tapi aku ada banyak stok pot 500k dalam simpanan, pot B500k Gotoh digunakan untuk kedua-dua volume neck dan bridge.

Manakala pot 500k DiMarzio EP1201PP push-pull pula untuk tone yang juga berfungsi sebagai coil-splitter (yes, split-able). Kapasitor Sprague 0.0473uF Orange Drop besar itu pula antara legasi NoobAxe yang hampir 10 tahun dalam simpanan.

Sebelum ini set Alumitone/Deathbucker pernah dipasang pada Goldie, tapi aku berpendapat ia terlalu metal untuk gitar tersebut. Goldie juga akan direhatkan daripada tugasan luar (jamming/gig) digantikan oleh Tigra yang lebih ringan.

Antara kelemahan menggunakan pot 500k tadi ialah karekter bunyinya agak nyaring (bright), tapi dapat diseimbangkan dengan tombol tone sama ada pada gitar, pedal, amp atau menggunakan kabel yang panjang. Penampilannya juga agak unik berbanding ESP lain yang menggunakan EMG atau Seymour Duncan.

Selebihnya, temberang saja yang lebih, kah kah kah...

_____
AADI: Juga menjadi lebih ringan, kurang 200 gram.

Flashback Friday: 30th Nevermind


Selepas black album, satu lagi album berpengaruh tahap soundtrack of my life menyambut ulang tahunnya yang ke-30 hari ini, album kedua Nirvana Nevermind.

Budak tu katanya nak saman Nirvana.

Album ini mengingatkan aku kepada dua zaman "teenage angst", pertama pra-SPM (1995-1996), waktu itu selalu pinjam kaset-kaset Nirvana daripada koleksi Takilala & Bros. atau member-member lain. Belum mampu beli kaset sendiri, duit selalu habis beli komik manhua.

Kedua, ketika bergelar siswa USM, Penang (1997-1998), kaset di atas dibeli di Komtar pada 23/01/1998 (seperti yang tertulis pada inlay). Versi CD pula pernah dibeli dua kali, tahun 2010 dan 2014.

_____
AADI: Thank you Nirvana.

Ada Apa Dengan F&N Teh Tarik Kurang Manis?


Ok, ini merupakan versi "kurang manis" untuk teh tarik ori dalam entri beberapa bulan lepas.

Sama seperti teh susu paket/botol/tin jenama lain, rasanya agak sintetik. Dan mungkin disebabkan kekurangan rasa manis menyebabkan rasa kelatnya lebih ketara berbanding versi biasa. Dinikmati sejuk supaya mudah diteguk berbanding suam.

_____
AADI: Teh jenama Three Tea masih menang setakat ini.

Wordless Wednesday: Solder Of Fortune (Part 6)



_____
AADI: Hako je, bukan Hakko.

T-Shirt Orange


Nama aku dan abang mamu vinyl kita Mus Speedrider antara yang sangkut dapat giveaway t-shirt Orange kelolaan Music Bliss (pengedar rasmi Orange di Malaysia) bulan Julai lepas.

Tidak seperti giveaway t-shirt ESP sebelumnya, giveaway t-shirt Orange ini seperti tidak banyak penyertaan. Walaupun pengeposannya tertangguh beberapa kali atas alasan kekeliruan stok, akhirnya diterima jua, terima kasih Music Bliss.

Hanya memperagakan amp kecik Orange Micro Crush hadiah kahwin daripada Dead Eye Guitars 10 tahun lepas sebagai penyertaan. Satu-satunya produk Orange yang masih ada dalam axology.

Pernah memiliki beberapa produk Orange lain sebelum ini seperti CR50BXT (2010) dan dua kali Micro Terror (2014 dan 2018) tapi macam biasa, semuanya sudah dilepaskan.

Nasib baik juga ada saiz gergasi XXL (European) tidak mendiskriminasi saiz, dapatlah ia diperagakan semasa gig atau persembahan awam kelak. Itupun entah bila...

Ini merupakan t-shirt rasmi "official merchandise" Orange Amplification dengan motif 50th Anniversary 1958-2018. Sebagai pengedar rasmi jenama Orange di Malaysia, Music Bliss juga ada menjual t-shirt dan barangan Orange lain di website mereka.

_____
AADI: Pernah terGAS Bax Bangeetar.

Let-Go: RP360


Mengucapkan selamat tinggal kepada *multi-effects yang paling senior dalam axology semasa aku iaitu Digitech RP360. Berpindah milik kepada seorang rakan gitaris yang juga pembeli ex-Mr. Smith, ex-Sarge, ex-Neon aku sebelum ini.

Berada dalam axology aku sejak 2016, merupakan multi-effects "go-to" aku untuk sessi impromptu seperti jamming, persembahan awam, gig dan BOTB antaranya BOTB Sebauh 2016, Busking Listrik, Isolated Gig Vol. 2, DGR2019 dan Various Evo Band Challenge.


Isolated Gig Vol. 2, RP360 digunakan di situ.

Sekarang dengan dana-dana jualannya ditambah dengan dana jualan komik entri semalam mula berbelah bahagi, sama ada ingin dilaburkan untuk sebuah multi-effects baharu (seperti GAS awal tahun) atau pedal stompbox untuk bass. Kalau lambat bertindak biasanya dana akan dirampas benda lain, kah kah kah...

_____
AADI: *Masih ada Pod HD dan PL1.

Perginya Dewata Raya (Part 2)


Meneruskan urusniaga jualan semula komik manhua dengan pembeli yang sama selepas dua tahun "terputus hubungan" dek PKPx. Inipun lebihan yang dibawa ke Bintulu selepas balik raya tahun 2019.

Batch kali ini ialah koleksi Dewata Raya musim kedua #101-151 yang hanya terlepas dua isu iaitu #115 dan #129 sahaja. Dan tambahan dua isu musim ketiga yang aku cuma ada #152 dan #153 sahaja, selepas itu berhenti mengumpul sebab ceritanya semakin mengarut.

Isu #151 merupakan penutup musim kedua yang anti-klimaks, masuk isu #152 ceritanya mula memasuki musim ketiga yang seperti aku katakan tadi semakin mengarut.

Anti-klimaks musim kedua, big bad Raja Angkasa yang over-powered tapi akhirnya dikalahkan oleh Penakluk Viktor dengan kuasa "cinta dan sayang". Seolah-olah Thanos dikalahkan oleh Captain America dalam filem Avengers: Endgame dengan hanya penumbuk "I can do this all day".

Who's CPFoo? đŸ¤”

Sempat membelek beberapa isu, pertama kali yang aku akan tengok ialah tarikh dan masa ia dibeli. Paling banyak dibeli di kafe Desasiswa Bakti, Kompleks Bukit Jambul dan Smiling Store (sekarang dah jadi Lucky Star?) Jalan Helang, Sungai Dua. Otomatik terpicu memori ketika zaman siswa USM penghujung 90an.

Juga turut dilepaskan ialah sembilan isu Jejak Wira Versi Baru (reboot) #1-2, #8-14 yang ketika itu (2002) aku sudahpun hilang mood untuk mengumpul komik-komik manhua. Yang berjaya bertahan lama hanyalah tajuk Raja Rimba sehingga penghujung 2005.

Kesemuanya berjaya dilepaskan dengan harga 82-85% daripada harga asal, not bad. Sekali lagi, hobi lama menjana dan mendanakan hobi baru. Dengan dana-dana yang diperolehi, mungkin akan dilaburkan untuk beberapa produk Behringer.

_____
AADI: 18 tendangan penunduk naga.

Ada Apa Dengan Nescafe Edisi Terhad? (Part 2)


Seperti tahun lepas, tahun ini terjumpa lagi Nescafe tin original edisi terhad di premis Kedai Mesra Petronas.

Tahun ini imej Menara Berkembar Petronas lebih besar, berwarna kekuningan pada bahagian English.

Dan kebiruan pada bahagian Bahasa Melayu. Rasanya tetap sama seperti rasa Nescafe tin original harian.

Selamat Hari Malaysia.

_____
AADI: Adakah ini acara tahunan Nescafe?

Wordless Wednesday: Tiger Balm On Tigera



_____
AADI: Teringat zaman rajin berfutsal 10+ tahun lepas.

Ada Apa Dengan Aik Cheong Matcha Latte?


Terjumpa pula perisa unik Aik Cheong iaitu matcha latte dengan nata de coco. Warna hijaunya otomatik menarik perhatianku.

Ia bukanlah minuman kopi bancuh, tetapi lebih kepada matcha (sejenis teh hijau) bertenusu (hence, latte).

Ini kali pertama aku menikmati minuman berasaskan matcha secara panas, sebelum ini semua sejuk (ini dan ini). Rasa dan aromanya agak unik, seakan cendol panas yang baru diperah keluar acuan, dan dengan tambahan nata de coco membuatkannya lebih kimochi~

_____
AADI: Kegemaran kedua selepas flat white.

Dinky Biru


Jackson JS32 DKA (Archtop Dinky) ini diperolehi daripada website Swee Lee, seperti biasa dengan pengeposan percuma (DHL) dapatlah jimat RM100-150 berbanding platform lain.

Sebagai sebuah siri JS32 kualiti buatannya tidak jauh beza dengan ex-Sarge (JS32 King V) aku sebelum ini, cukup-cukup tegap untuk sebuah "player's guitar". Jika inginkan lebih "road worthy" perlukan sedikit modifikasi.

Headstock ikonik Jackson.

Cuma kemasan birunya agak unik sikit, namanya bright blue tapi dalam gambar dan depan mata memang agak berbeza. *Eh kenapa biru?

Badannya adalah varian archtop iaitu melengkung seperti LTD MH atau Ibanez RGA, nampak agak kecil berbanding saiz standard Stratrocaster. Diperbuat daripada kayu poplar dengan berat keseluruhan sekitar 3.1 kg sahaja.

Bridge in-house "Jackson by Floyd Rose" yang aku rasa tarafnya di bawah Floyd Rose Special. Seperti ex-Sarge, pikap berkembar "Jackson" yang digunakan sudah pasti pikap Belcat yang dijenama semula, tak perlu dijenguk.

Buatan China dari kilang yang sama (Guangzhou Weibo Musical Instruments?) dan adalah produk ke #78549 pada tahun 2020.

Pendawaian yang kemas, cuma kualiti komponen elektronik di dalamnya nampak ala kadar. Ruang kaviti "isi perut" juga agak luas dan boleh menempatkan sebiji bateri 9V jika ingin dipasangkan dengan sistem pikap aktif seperti EMG.

*Ok, ini sebenarnya bukanlah gitar aku, ia adalah gitar rakan sekerja Methodman yang baru saja diperolehi dan terus dihantar ke tempat aku pada hari yang sama untuk diservis dan dipasangkan set tali baharu. Tak sabar untuk dipandu-uji semasa sessi jamming hari berikutnya.

Antara servis yang dilakukan ialah merawat fretboard yang kering dengan lemon oil. Dalam spesifikasi, material fretboard gitar ini adalah kayu amaranth (teringat lagu Nightwish) tapi nampak gelap seakan rosewood.

Selepas dicuci dan dirawat dengan lemon oil, penampilannya agak kemerahan. Mungkinlah kot kayu amaranth, setakat ini aku pernah tengok kayu maple, rosewood, ebony dan jatoba untuk material fretboard.

Servis utama ialah memasang set tali D'Addario EXL120BT (balanced tension, 9-40) menggantikan set tali asal yang nampak kusam. Action direndahkan seoptimumnya, intonasi dan ditala pada E-standard.

Gitar ini akan menjadi gitar utama Methodman untuk jamming menggantikan ex-Johnny yang agak berat dan ex-Nightfall yang sudah dilepaskannya demi mendapatkan gitar biru ini.

_____
AADI: Tercemburu pula sekejap sebab aku sudah tak ada gitar Jackson.

Antara Swee Lee Dan Behringer


Sudah lama tidak memiliki barangan berjenama Behringer. Swee Lee kini menjadi pengedar rasmi jenama Behringer (dan semua jenama di bawah Music Tribe), maka barangan Behringer boleh didapati dengan harga yang lebih murah beserta pengeposan percuma.

Memesan tiga barangan Behringer iaitu Xenyx 502 mixer, SL 75C dynamic cardioid microphone dan NR300 Noise Reducer. Selain kegunaan utama untuk perhobian, barangan ini juga dapat diasimilasikan untuk kegunaan aplikasi seperti Zoom dan Google Meet semasa WFH atau podcast.

1) Xenyx 502 - Aku pernah memiliki mixer model yang sama sembilan tahun lepas, zaman rajin jamming di Z-Studio. Kemudiannya dilepaskan tahun berikutnya untuk kegunaan Hepi Sound Entertainment (HSE). Versi terbaharu ini fizikalnya terasa lebih berat berbanding versi lama.

Versi 2012.

Perancangan kegunaannya, mikrofon pada input pertama (vokal), manakala input-input lain untuk multi-effects gitar seperti RP360 dan/atau Pod HD. Output ke IRT-X cab untuk monitoring, manakala line-out IRT-X ke input PA system atau mixer utama.

2) SL 75C - Musim pandemik ini, agak cuak untuk berkongsi mikrofon. Setakat ini aku cuma ada mikrofon Sony F-V120 dan Zoom H2 (USB mic) juga untuk kegunaan di rumah. Mikrofon Wharfedale Pro DM4.0S sebelum ini juga telah dilepaskan kepada HSE.

Daripada fizikalnya ramai yang berpendapat ia adalah klon Shure SM57, tapi daripada review di YouTube, rata-rata mengatakan kualiti bunyinya tidaklah 100% sama dengan SM57.

Walau bagaimanapun ia masih lagi berbaloi sebagai sebuah mikrofon untuk vokal dan amplifier gitar. Jika semakin menjadi-jadi, akan cuba mendapatkan model B 906 dan/atau SL 85S pula selepas ini.

3) NR300 - Pengganti kepada Silencer yang dilepaskan beberapa bulan lepas. Ini adalah pedal klon dan alternatif kepada Boss NS-2 yang berharga lima kali ganda mahal.

Pedal-pedal stompbox Behringer kini didatangkan dengan kotak sepeti Boss, tidak lagi bungkusan plastik seperti 10 tahun lepas yang nampak seperti barang mainan.

Pedal jenis noise suppressor/reducer/gate sebegini antara pedal yang jarang dipijak, jadi fizikalnya yang diperbuat daripada plastik tidak menjadi penghalang untuk dimiliki. Setakat ini ia amat cemerlang digunakan bersama-sama amp HT-5RH.

Akan datang, ingin memesan beberapa pedal Behringer lagi, buat masa ini kebanyakkannya telah laris dijual dan kehabisan stok dalam website Swee Lee.

_____
AADI: Up the Behr!

Throwback Thursday: 9/9/2020


Baru ada kesempatan melawat pusaranya beberapa hari lepas. Hampir lima bulan tidak berpeluang sedemikian dek kekangan PKPx. Hari ini genap setahun anak syurga aku lahir dan meninggalkan kami pada masa yang sama.

Assalamualaikum nak...

Tiap kali aku cuba menaip perenggan cerita untuk blog pasti meleleh air mata, rasa tak sanggup nak habiskan perenggan. Biarlah video YouTube di bawah ini menerangkan komplikasi yang dialami iaitu oligohydramnios dan Potter Sequence.

Dan disebabkan komplikasi tadi organ pernafasan dan perkumuhannya tidak terbentuk dengan sempurna. Secara biologi jantinanya juga tidak dapat dikenalpasti, sebab itu tiada Mohammad/Nur atau Bin/Binti pada batu nisan. Nama yang dipilih pun agak "gender-neural", tapi bagi aku, dia adalah Nur...

_____
AADI: Semoga kita akan bertemu lagi di sana.

Ada Apa Dengan Aik Cheong White Coffee?


Perisa ketiga kopi segera cawan Aik Cheong yang dicuba, white coffee. Diperolehi seperti biasa di pasar raya M dengan harga RM3.80 walaupun tertulis di situ "exclusively on 7-Eleven", tidak seperti dua perisa sebelum ini cappuccino dan flat white.

Untuk perisa white coffee ini, rasa kopinya tak jauh beza dengan kopi putih 3-in-1 Nescafe yang terasa begitu generic white coffee. Bukanlah calon untuk pembelian berulang.

Tapi kalau pernah minum kopi putih Oldtown, fuh!~ Yang itu paling menang setakat ni, baik yang di restoran ataupun yang segera 3-in-1 (versi tin tak menang pula).

_____
AADI: Terjumpa versi teh tarik pula.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger