Showing posts with label soya. Show all posts
Showing posts with label soya. Show all posts

Ada Apa Dengan Yeo's, Soya Gula Perang?


Aku rasa jenama lain sudah lama mengasimilasikan gula perang dalam susu soya kotak mereka. Tapi aku baru terjumpa versi Yeo's ni.

Bagi aku, soya Yeo's antara soya kotak yang tersedap dalam pasaran berbanding soya kotak jenama lain dalam kategori harga yang sama (Seasons, Drinho, Marigold). Cukup manis, cukup lemak dan cukup pekat, ditambah dengan aroma gula perang untuk versi ini membuatkannya sesuai dijadikan juadah berbuka puasa. Eh? Salah bulan...

_____
AADI: Dah lama tak minum soya kotak, selalu beli yang ini.

Ada Apa Dengan Susu Soya Handy Tofu?


Tertarik dengan minuman soya jenama Handy Tofu yang dijual di Kedai Mesra Petronas siap dalam peti sejuk eksklusif dengan harga ntah akupun dah lupa, isipadu pun aku lupa, mungkin 500 ml kot?

Rasanya lebih kurang macam rasa soya pasar malam Sungai Dua Penang (area Jalan Helang), tidak pekat dan tidak pula terlalu cair, just nice. Dulu soya dan taufufah (yang kimochi dan tanpa was-was) antara juadah yang sukar dicari di Bintulu, tapi kini aku dah jumpa lubuknya...

Ya, produk ini memiliki logo dan sijil halal JAKIM, good to know. Selain minuman susu soya, juga terdapat taufufah dengan jenama yang sama (akan dicuba kemudian).

_____
AADI: Juga boleh didapati menerusi Foodpanda (Bintulu) terus dari premisnya.

Ada Apa Dengan V-Soy? (Part 2)


Ini antara perisa V-Soy yang agak *susah dijumpai di pasar raya sekitar Bintulu. Mula terjumpa ketika awal PKP dulu dan selalu dibeli semasa bulan Ramadhan yang lepas untuk juadah iftar.

Katanya kurang manis (low sugar) tapi langsung tak ada rasa manis. Aroma soyanya pun yang agak kurang, membuatkannya sesuai sebagai alternatif kepada susu. Biasanya akan dibancuh bersama-sama kopi (terutamanya Frenché Roast iced French latté) untuk rasa kopi yang agak eksotik.

_____
AADI: *Kalau jumpa memang aku beli 2-3 kotak.

Ada Apa Dengan V-Soy?


Jika perut anda tidak dapat menerima makanan pepejal (macam kes aku beberapa minggu lepas), atau anda seorang *vegan/vegetarian yang perlukan makanan tambahan untuk membuatkan anda rasa kenyang, maka susu kacang soya V-Soy multi-grain adalah jawapannya.


Khasiat soya dengan tambahan beras perang, bijan hitam, ekstrak malt dan barli. Soya V-Soy ni memiliki pepejal terampai (suspended solids) pada kadar yang tinggi berbanding soya biasa. Inilah yang membuatkan perut cepat merasa kenyang.

Berbanding V-Soy perisa asli yang sememangnya soya premium, perisa multi-grain ini mempunyai rasa yang lebih kimochi lucu (funny taste?), membuatkan ia dua kali ganda lebih premium. Harganya juga agak premium RM4.50-4.80 untuk pek UHT 1 liter.

*Vegan - strict vegetarian, tak makan daging dan apa-apa produk daripada binatang termasuklah telur, lemak dan produk tenusu (susu, mentega, keju, dll).

_____
Ada apa: Juga sesuai untuk minuman semasa pemanduan jarak jauh.

Ada Apa Dengan Soyfresh Hershey's? (Part 2)


Jika minggu lepas perisa coklat, kali ni perisa mocha.


Juga diperolehi di premis M dengan harga yang sama. Kali ni aku ada juga terjumpa versi 1 liter untuk kedua-dua perisa (coklat dan mocha), tapi harganya agak premium RM5.XX (macam harga Milo kotak 1 liter) membuatkan niat agak terbantut untuk membeli.

Rasanya? Tidak seperti perisa coklat, perisa mocha ni tidak dapat menyembunyikan rasa soya - lebih kurang macam susu kacang soya campur dengan Nescafe kotak (bukan tin). Dan disebabkan ia berasaskan soya, ia sesuai sebagai alternatif kepada susu bagi mereka yang kuat kentut/berak lepas minum susu.

_____
Ada apa: Sesuai untuk minuman ketika sahur.

Ada Apa Dengan Soyfresh Hershey's?


Jika beberapa hari lepas cerita pasal minuman kopi dalam tin, hari ni cerita pasal susu kacang soya.

Ahad lepas terjumpa Soyfresh berperisa coklat Hershey's ni di premis M dengan harga RM1.50 untuk sepaket 236 ml. Malangnya tiada versi 1 liter dijumpai di premis ni. Dibuat oleh Ace Canning Corporation Sdn. Bhd. (a member of the Lam Soon group).


Walaupun dengan hype "menggunakan serbuk koko Hersey's", tapi rasanya tak jauh beza seperti susu UHT Dutch Lady berperisa coklat. Membuatkan kita terlupa sebenarnya ia merupakan minuman berasaskan kacang soya dan bukannya tenusu, amat sesuai bagi mereka yang jenis perut tak ngam laktosa dan vegetarian.

Sebenarnya ada banyak entri draft pasal makanan, kalau boleh aku nak siarkan sebelum bermulanya Ramadhan. Kalau tak nanti ada yang komen pagi-pagi dah kecur air liur macam entri Ramadhan tahun-tahun lepas.

_____
Ada apa: Dr. Ben tak nak buat viral diari Ramadhan lagi?

Ada Apa Dengan Taufufah?


Taufufah (soya bean curd in thick syrup) antara makanan "pembasuh mulut" (dessert) kegemaranku. Waktu aku di Penang dulu taufufah ni memang senang nak cari, pi saja mana-mana pasar malam pasti akan ada yang menjualnya. Ia mudah didapati dengan harga yang murah RM1.00-1.50 semangkuk.

Tapi berbeza keadaannya di Bintulu... Memang susah nak cari taufufah (yang halal) di Bintulu, terutamanya di pasar malam, pasar tani, tamu hujung minggu, kedai runcit (versi komersil) mahupun bazaar Ramadhan.

Nasib baik ia ada dijual di Membakut, jadi bila aku balik kampung sekurang-kurangnya tau di mana nak cari. Kebiasaannya taufufah yang dijual akan diisi dalam bekas berbentuk mangkuk, tapi di tamu mingguan Pekan Membakut, ia diisi dalam bekas berbentuk gelas dengan harga RM1.50 segelas.

Ada apa dengan taufufah hijau?

Cuma sirap yang digunakan agak cair dan tidak semanis seperti yang dijual di Penang. Ikut pengalaman aku, taufufah yang paling "kimochi" ialah taufufah yang dituang dengan gula pekat, sebaik-baiknya gula merah, gula nipah (gula pong) atau gula Melaka.

_____
Ada apa: Roti jala - Satu lagi makanan yang agak "rare" dan susah nak cari di Bintulu (except by special order/request).

Ada Apa Dengan Drinho?


Drinho? Too common right? Takpelah dah selalu sangat buat entri pasal minuman import, kali ni kita sokong barangan buatan tempatan pula.

Jenama Drinho ni terkenal dengan variasi dalam kategori minuman susu kacang soya keluaran mereka, contohnya soya perisa jagung, soya Omega, soya Gold, soya dengan gula Melaka (brown sugar), soya organik dan macam-macam lagilah. Kali ni soya berperisa kurma pula!

Drinho soya milk with dates juice. Kurma? Mungkin disebabkan angin-angin bulan Ramadhan yang tak lama lagi menyebabkan Drinho mengeluarkan perisa kurma ni. Dengan harga yang sama seperti soya perisa jagung pada RM2.20-2.50 sekotak 1 liter.

Rasa? Tak jauh beza dengan soya gula Melaka, lemak soya masih sama tapi rasa kurma hanya ada sedikit sahaja. Adakah disebabkan rasa manis gula Melaka tak jauh beza dengan rasa manis kurma?

Apa-apapun aku masih lagi suka soya gula Melaka keluaran Delite sebab rasanya lebih lemak dan harganya pun murah berbanding Drinho.

_____
Ada apa: Drinho green tea with jasmine antara kegemaranku juga.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger