EXL Korina


Antara projek sebelum balik bercuti raya, Korina (1958 Explorer Korina), dibelanja dengan set tali baru D'Addario EXL110 (10-46) dan ditala pada talaan E-standard. Set tali sebelum ini masih "bagus" tetapi agak tebal (11.5-56) untuk talaan E-standard, akan dikitar semula pada gitar lain kelak (mungkin Nightfall).



Sebelum itu ia juga dipasangkan semula pikap asal setelah set EMG 81/85 Metal Works gold dirobek oleh Sarge. Dipasangkan juga dengan potentiometer 500k (Lazada) baru, pot asal sudah tidak dapat digunakan lagi. Dan untuk rujukan peribadi, pot dipasang dengan konfigurasi "songsang" ala LTD EC-series iaitu BRIDGE VOL/NECK VOL/MASTER TONE berbanding konfigurasi asal Epiphone NECK VOL/BRIDGE VOL/MASTER TONE.

_____
AADI: Backdated.

Wordless Wednesday: Isolated Gig Vol. 2




_____
AADI: Gig kedua MUP untuk 2019.

Sekitar Metal United World Wide Bintulu


Sabtu (15/06/2019) - Metal United World Wide yang serentak di seluruh dunia, di Malaysia untuk 2019 hanya Bintulu dan Ipoh sahaja yang mengambil bahagian. Di Bintulu, ia di bawah kelolaan Sarawak Metal Regime.


Lokasi kejadian sama seperti gig Metuk Ulau Fest beberapa bulan lepas iaitu Teresang Bong Bi Bi. Seperti biasa hanya entri malas kosong, tiada apa-apa ulasan menarik. Mungkin blog Molotov Cocktailz bakal ada ulasan penuh.

Nogas.
Aku datang sekitar pukul 4.00 petang, acara bermula setengah jam kemudian dengan persembahan daripada Nogas dan Tahi Suci. Banyak merchandise yang menarik, tapi pasca-raya ni faham-faham sajalah.

Tahi Suci.
Selepas itu, giliran Curse Of God (COG), dah lama tak tengok persembahan COG semenjak gitaris/vokalis Donny yang agak kurang sihat sebelum ini.


Rashid Malim, tukang pukul COG merangkap "abang kawasan" (yang nampak semakin berisi) sedang memasang Pearl M1440 piccolo snare, pernah ada dalam entri AADI tujuh tahun lepas.

Curse Of God.
Selain piccolo snare tadi, ketiga-tiga axes yang digunakan COG juga memiliki cerita tersendiri dalam blog AADI. Pertama, bass Ibanez GSR200EX suatu ketika merupakan bass aku (ex-Clover). Kedua, superstrat Warnell putih pernah masuk untuk servis dan tukar pikap. Ketiga, Cort VX-2V Donny juga ada sejarahnya dalam AADI.


Juga menggamet memori ialah Boss DD-3 yang digunakan Donny, dilepaskan tahun lepas untuk dana-dana segera ketika anak ketiga aku beberapa kali keluar-masuk wad sebab G6PD dan jaundis. Habis persembahan COG, aku balik untuk mengejar curfew aku pukul 6.00 petang.

Larrong featuring Amunk.
Sebelah malam dapat keluar sekitar 8.30 malam, kali ini sempat menyaksikan persembahan Larrong. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tidak disertai oleh vokalis dan bassist menyebabkan setlist mereka menjadi pendek. Dengan vokalis jemputan Amunk (Koersive Forse) untuk lagu cover Slayer, Angel of Death kalau tak silap.

As-Sahar.
Ok, aku tak follow As-Sahar, cuma penghujung 90an atau awal 2000an dulu pernahlah juga dengar kompilasi As-Sahar bersama-sama beberapa band underground Malaysia lain (apa nama kompilasi tu?). Lagi satu aku ingat, waktu itu Takilala suka guna "Tinggam" sebagai nickname online, kah kah kah...


Seperti biasa, lepas habis persembahan utama akan ada sessi fotografi camaraderie metal Sarawakian gitu. Bak kata vokalis As-Sahar "korang tak ramai, tapi korang united". Carilah yang berjaket quantum realm Avengers dalam tu...

_____
AADI: Agi idup agi metal! Ai lemened anang kurang...

Penggalak Percikan


TC Electronic Spark Booster ini diperolehi daripada website Swee Lee berbekalkan dana-dana hasil jualan koleksi Dewata Raya. Sebelum dana-dananya dirampas, cepat-cepat dilaburkan untuk gajet kegitaran, serasi dengan tema "hobi lama mendana dan menjanakan hobi baru", sama seperti The Silencer dan Cry Baby sebelum ini.


Ini merupakan pedal jenama TC Electronic pertama aku, itupun disebabkan harga pasarannya yang telah turun mendadak (hampir 1/3 daripada harga lama), kalau tidak memang aku tidak terliur pun untuk mendapatkannya. Overdrive Mojomojo merupakan pilihan pertama (juga harga turun mendadak), malangnya kehabisan stok, maka Spark Booster menjadi pilihan kedua.

One screw easy access.
Spark Booster ini boleh digunakan sama ada sebelum atau selepas distortion/preamp. Jika sebelum distortion/preamp akan menambah gain, jika selepas pula akan menambah volume, dengan tiga mode berbeza - FAT/CLEAN/MID - yang ini tak perlulah aku cerita.


Circuitry cover, good call.
Diintegrasikan dalam gigrig IRT-Pulse sebagai booster (MID mode) menggantikan AT Drive. Dipandu-uji semasa sessi jamming petang semalam, disambung melalui effects loop return amp studio (Peavey lama).

So-Cal keluar keranda.
Gigrig eksperimentasi untuk *gig yang akan datang (penghujung Julai), cuba memberanikan diri dengan setup stompbox sebegini. Tapi jika setlist banyak perubahan patches (ada clean/chorus atau acoustic simulation), mungkin akan kembali menggunakan multi-effects.

_____
AADI: *Isolated Gig Volume 2.

Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 8)


Setahun tanpa entri Bundaberg, harga pasarannya antara faktor lama dah tak beli minuman santai ala Ostrolia ni. Kalau 10 tahun lepas boleh dapat sekitar RM3.40-4.20 sebotol 375 ml, sekarang paling murah pun RM5.00 sebotol.


Perisa kali ini pineapple & coconut dibeli waktu bulan puasa lepas, itupun sebab faktor nanas (nanasmania?). Terdapat sedimen-sedimen halus di dasar botol, sama seperti perisa LLB dan ginger beer sebelum ini.

Rasa? Ok untuk lidah aku, rasa masam manis nanas mula-mula dirasai, kemudian barulah rasa lemak yang *lucu dan aroma kelapa menyusul. Dua kombinasi yang eksotik.

_____
AADI: *Funny taste?

Wordless Wednesday: The Quintupleness Of Long Distant Driver



3 Syawal 1440H, CIQS Pandaruan, Limbang.
_____
AADI: Quintet.

Sepetang Di Limbang (Part 3)


Sedikit travelog balik raya - Amat jarang-jarang aku singgah berhenti di Limbang dalam pemanduan trans-Borneo balik kampung dari Bintulu ke Membakut (aka tour de Brunei). Zaman bujang dan berdua dulu bolehlah redah sehari suntuk memandu (10-12 jam). Sekarang dah berlima, mahu tidak mahu kena rehat, lebih-lebih lagi bila ada sikecil. Ini kali pertama bermalam di Limbang, selalunya bermalam di Miri.

Pemandangan dari Hotel Purnama.
Satu perkara yang biasa aku lupa bila berada di Limbang ialah bahasanya... Kadang-kadang tersasul guna bahasa Melayu Sarawak, padahal slang Brunei di sini inda jauh beza sama slang Brunei kami di Membakut - pekat, kasar, karau - jadinya bakulut tah lidah atu bebalik liau~

_____
AADI: Janpadul.

Perginya Dewata Raya


Meneruskan urusniaga jualan semula komik manhua oleh pembeli yang sama, yang sempat diselongkar daripada arkib semasa balik kampung cuti raya minggu lepas.


Batch kali ini ialah koleksi Dewata Raya musim pertama (#1-100) yang aku hanya terlepas satu isu #96 sahaja.


Alhamdulillah kesemuanya masih elok selepas 20+ tahun dalam simpanan, tiada yang berlubang dimakan anai-anai.


Musim kedua #101-151 akan dibeli secara berperingkat, musim ketiga aku cuma ada #152 dan #153 sahaja, selepas itu berhenti sebab cerita dah semakin mengarut.

Mana Gong Gong? Mana Zeus?
Berjaya dilepaskan dengan harga 85% daripada harga asal, not bad. Sekali lagi, hobi lama menjana dan mendanakan hobi baru, dengan dana-dana yang diperolehi, mungkin akan mendapatkan sebuah pedal booster atau overdrive.

_____
AADI: Juara-juara Elit?

Ada Apa Dengan Dubai Cola?


Baru ada masa untuk berblog setelah terikat dengan jadual Ramadhan yang ketat dan cuti raya balik kampung. Ini antara entri yang sepatutnya untuk bulan Ramadhan, terperap dalam draft.

+1 untuk label yang ringkas tapi menarik.
Dubai Cola dengan perisa kurma dan madu, merupakan pemberian seorang kenalan untuk dicuba. Nama saja ada "Dubai", tetapi ia merupakan produk buatan Eropah dengan logo halal Jerman. Untuk rantau Asia Tenggara, hanya Brunei sahaja ada dalam senarai pengedar, selebihnya Belanda, Amerika Utara, Afrika Selatan, Morocco, Romania dan Bulgaria.

Imej website.
Rasa kolanya lebih kurang rasa kola murahan generik (My Cola, Gardenia, 2More, Cap Itik) tetapi "diselamatkan" oleh rasa madu dan kurma yang membuatkannya agak eksotik. Bagi aku untuk kola, hanya Coca Cola dan Pepsi sahaja yang memiliki rasa kola tersendiri yang unik.

Aku rasa kalau ada dijual di Malaysia, mungkin harganya semahal Red Bull biru sebab barang import dari Eropah.

_____
AADI: Pandan Cola.

Wordless Wednesday: Baju Raya 2019




_____
AADI: Backdated.

Wordless Wednesday: Raya




_____
AADI: Scheduled entry...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger