Ada Apa Dengan Yeo's, Soya Gula Perang?


Aku rasa jenama lain sudah lama mengasimilasikan gula perang dalam susu soya kotak mereka. Tapi aku baru terjumpa versi Yeo's ni.

Bagi aku, soya Yeo's antara soya kotak yang tersedap dalam pasaran berbanding soya kotak jenama lain dalam kategori harga yang sama (Seasons, Drinho, Marigold). Cukup manis, cukup lemak dan cukup pekat, ditambah dengan aroma gula perang untuk versi ini membuatkannya sesuai dijadikan juadah berbuka puasa. Eh? Salah bulan...

_____
AADI: Dah lama tak minum soya kotak, selalu beli yang ini.

Pocky Sunshine Paradise


Pocky perisa "pelik" atau edisi terhad? Pasti akan menjadi modal AADI. Edisi terhad kali ini dengan nama yang ranggi iaitu sunshine paradise (syurga cahaya matahari?).

Gabungan tiga perisa, buah pic, laici dan bunga elderflower. Bab bunga elderflower aku tak tahu macam mana rasanya, tapi gabungan rasa pic dan laici memang aromatik.

_____
AADI: "Gaya jantan gedik sebenar..."

Ada Apa Dengan Nuke Energy XXX?


Terjumpa minuman tenaga berjenama Nuke Energy XXX ini di premis Mr. Dollar dengan harga RM2.20 untuk setin berisipadu 300 ml.

Buatan JFC Food Industries Sdn. Bhd. Simpang Ampat, Penang. Rasanya mengingatkan aku pada Booster Blitz (air cap kuda) yang sudah lama tidak dijumpai.

_____
AADI: Nasib baik logo radioactive tu diolah lain sedikit daripada standard.

Outshock BG120


Sarung tangan tinju (gloves) kedua aku selepas hampir enam bulan menyertai sukan tinju. Outshock Boxing Training Gloves BG120 ini diperolehi terus daripada website Decathlon (juga ada pada platform Shopee, Lazada dan app Decathlon) dengan diskaun 22% dan penghantaran percuma menggunakan SkyNet.

Outshock merupakan divisi sukan kombat untuk jenama Decathlon, memiliki beberapa jenis gloves pada siri berbeza 100, 120, 500, 900 bergantung kepada jenis kombat, kualiti, material, padding dan harga. Seperti hobi-hobi lain, pasti tak akan puas hati jika hanya memiliki satu unit/set kelengkapan sahaja kan?

TRNG sebenarnya kependekkan untuk TRAINING dan bukannya Terengganu. Seperti namanya, gloves ini sesuai untuk "training" menumbuk beg atau pad. Tapi dengan saiz (berat) 14 oz yang dipilih, ia masih sesuai untuk sparring ringan. Lagipun tangan aku sudah biasa dengan beban 14 oz ini.

BG120 ini buatan Vietnam memiliki reka bentuk yang lebih moden dengan padding yang lebih tebal berbanding glove Everlast aku sebelum ini. Selepas menggunakannya untuk sessi malam tadi, ia terasa lebih selesa terutama di bahagian buku lima dan ibu jari. Tapi untuk sparring, aku rasa gloves Everlast aku lebih sesuai kerana padding yang lebih lembut agak mesra muka lawan.

Tali elastik pada glove sebelah kiri ini agak menjengkelkan. Tapi ia sebenarmya adalah untuk mengikat pasangan sebelah kanan ketika digantung. Tapi ada ikon "gunting" pada kedua-duanya, menyarankan ia perlu dipotong sebelum digunakan.

Untuk glove beginner dari segi kualiti, ketahanan, reka bentuk dan keselesaan, aku rasa BG120 ini lebih berbaloi berbanding gloves beginner jenama lain pada harga yang sama (julat RM60-80). Selepas ini akan mencuba produk Outshock lain seperti wrap, inner, mouth guard dan mungkin gloves siri 500/900.

_____
AADI: Fight your limits?

Straplok - Brass


Terbeli ria (joybought) Straplok model SLS1032BR dengan kemasan brass (loyang) daripada Guitar Collection melalui platform Lazada mereka, kerana jauh lebih murah berbanding seller lain yang harganya telah mencecah tiga digit.

Ini merupakan Straplok kelima aku selepas SLS1035VN vintage nickel, SLS1036BN black nickel, SLS1034GL gold dan SLS1033BK black. Kemasan brass ini lebih gelap berbanding kemasan gold, amat sesuai dipasang pada gitar lama yang memiliki gold hardware yang sudah pudar seperti gitar rimau aku Tigera.

_____
AADI: Ok tinggal nickel SLS1031N lagi, bagi cukup koleksi.

Ada Apa Dengan Nescafe Iced Chococino?


Nescafe Iced ketiga dicuba selepas perisa cappuccino dan caffe latte.

Perisa chococino ini rasanya seperti perisa caffe latte dicampur dengan Milo. Seperti biasa, sebotol 500 ml ini dikira sebagai dua hidangan kopi walaupun rasa kopinya tidaklah berapa ketara. Sejak tahun lepas mula menghadkan pengambilan kopi 1-2 hidangan sehari.

_____
AADI: Membuyuk (cheating) ambil kaffien daripada sumber lain pula.

18-String


Dua set tali gitar diperolehi daripada Swee Lee, Ernie Ball 12-String Light (9-42/9-26) dan Not Even Slinky (12-56). Pernah mendapatkan saiz 12-56 ini tahun lepas, tapi tak sempat diguna sebab telah dibeli oleh rakan sepergitaran.

Set 12-string? Aku tak ada gitar elektrik bertali 12, tapi ia boleh digunakan untuk dua set gitar. Satu set untuk saiz hibrid biasa (9, 12, 20p, 26, 36, 46), satu set lagi (9, 12, 9, 12, 20w, 26) untuk gitar talaan Nashville. Akan dibuatkan entri berasingan kelak.

_____
AADI: Mesti terus guna, tak boleh disimpan lama.

Throwback Thursday: POM 40


Dua hari lepas (16/05/2023) katanya album keempat Iron Maiden Piece Of Mind ini menyambut ulang tahun yang ke-40. Fuh lebih kurang umur Mus Mamu Vinyl ni... Seperti SSOASS, sebagai entiti album aku tiada apa-apa memori mengenainya (kecuali memori membeli CDnya ketika D-day 30).

Tapi jika cerita hampir setiap lagu di dalamnya pasti akan mengingatkan aku pada beberapa era. The Trooper sudah tentu dikenali melalui album kompilasi Best Of The Beast. Satu daripada anthem rock/metal yang malar segar sehingga kini.

Die With Your Boots On dikenali menerusi cover Sonata Arctica dalam album kompilasi A Tribute To The Beast. Where Eagles Dare, Flight Of Icarus, Quest For Fire dan To Tame A Land diperkenalkan melalui Braingell Radio. Versi Where Eagles Dare yang mula-mula didengar tadi adalah versi cover daripada band Fozzy. Manakala lagu Revelations pula mula diminati selepas menonton DVD Flight 666. Hanya lagu Still Life dan Sun And Steel sahaja yang tiada apa-apa memori.

Ikut pengalaman aku bersama MUP memainkan versi cover live The Trooper sejak 2012, ia merupakan lagu yang hampir semua rockers/metalhead akan sing-a-long, walaupun hanya bahagian chorus.

_____
AADI: Terasa nak cuba cover Quest For Fire.

Boxing Diaries: May 2023


Entri diari bulan lepas cerita pasal penurunan berat badan yang ketara, ditambah lagi dengan faktor puasa Ramadhan. Tapi penghujung April, graf berat badan aku seolah-olah statik tiada penurunan walaupun sessi latihan masih konsisten.


Tapi bila group photo, "uncle" masih tapok-tapok di belakang đŸ˜…

Juru latih kata sebenarnya berat lemak yang hilang telah diganti dengan berat otot yang membesar (gaining muscle mass). Sebab itu penurunan berat badan nampak seperti terhenti atau peliknya akan naik balik.

Memang aku perasan ada perubahan terutama otot bahagian dada, bahu dan lengan. Tapi semua seluar aku kini longgar-longgar belaka, bukti pengumpulan lemak di sana berkurangan. Target 10% (~10 kg) penurunan berat badan mungkin tidak akan dapat dicapai jika pola pemakanan aku masih sama.

_____
AADI: Dilemma, slim or bulky?

EXL Darth Sven


Hampir dua tahun Sven (LTD EC-257) aku tidak bertukar tali disebabkan jarang diguna. Mengikut *sticker rekod di belakang headstock kali terakhir ia ditukar tali pada bulan Ogos 2021 (tiada dalam entri AADI).

Dipasangkan dengan set tali baharu D'Addario EXL130+ (8.5-39) ditambah dengan saiz 52 daripada Cleartone Monster Heavy Series untuk tali ketujuh, baki daripada set yang dipasang pada Candy tahun lepas.

Seperti biasa, ditala dan diintonasi untuk drop-A (AEADGBE). Gitar ini berskala 25.5", tali bersaiz 8.5-39 cukup-cukup tegang untuk jari-jemari aku yang kini jarang bermain gitar.

Disebabkan bridge TOM 7-string LTD ini agak pelik sedikit, action terpaksa ditinggikan menyebabkan sudut tali ke arah stoptail (break angle) agak tirus. Untuk mengimbangi masalah ini, tali dipasang pada stoptail secara top-wrap. Ini kali pertama aku menggunakan kaedah top-wrap ini pada gitar-gitar ber-TOM aku.

Dan daripada apa yang aku belajar melalui video temuramah Mike Hickey (Joe Bonamassa's tech), petua supaya kaedah top-wrap ini lebih praktikal ialah ball-end tali terdahulu ditambah supaya bahagian tajam tali tidak menonjol keluar daripada stoptail mencederakan tangan dan juga untuk mengurangkan kebarangkalian tali cepat putus.

_____
AADI: *Setiap kali tukar tali akan direkod tarikh dan model.

Ada Apa Dengan Moccona Classic?


Dalam entri Nescafe Gold Decaf tahun lepas, Mus Mamu Vinyl ada komen pasal kopi Moccona. Ada kesempatan mencuba jenama ini beberapa bulan lepas di rumah mak mertua, fuh boleh tahan rasanya agak berbeza dengan rasa cliché kopi segera Nescafe.

Sampai Bintulu terus dicari, untuk permulaan ini versi classic ini dicuba dahulu. Warna dan fizikalnya seperti Nescafe Gold, harga pun taklah jauh beza dengan Nescafe Gold per isipadu.

Cuma agak menjengkelkan ialah penutupnya yang agak leceh dibuka, seperti membuka penutup kuih/biskut raya yang kedap udara. Silap teknik, pasti penutupnya akan terlepas atau lebih teruk, balang kopi terlepas dan pecah merata.

_____
AADI: Tunggu habis baru cuba versi dark.

Wordless Wednesday: Belait



_____
AADI: Teko?

Ada Apa Dengan Nestle Mochi Matcha Red Bean?


Ini antara saki-baki entri makan/minum untuk bulan puasa lepas. Seperti mochi boba dalam entri tahun lepas, ia sebenarnya bukanlah ais krim tapi lebih kepada mochi sejuk berperisa matcha dengan inti kacang merah.

Seperti biasa saiz hidangannya tidak memuaskan, tidak padan dengan harga yang agak premium iaitu RM3.50 di pasar raya B. Dengan harga yang sama lebih baik dapatkan ais krim Kit Kat atau Nescafe Gold. Tapi kalau dari segi rasa, mengunyah mochi sejuk yang kental memang satu perasaan yang kimochi~

_____
AADI: Kalaulah saiznya sebesar kuih pau.

Vox Boss


Sudah agak lama mengintai pedal Boss BC-2 Combo Drive ini di website The Guitar Store mahupun platform Shopee/Lazada mereka. Ini antara pedal stompbox Boss yang sudah discontinued, jadi agak sukar untuk mendapatkannya lagi. Bila ia dikategorikan sebagai B-stock dalam website TGS dan 20% lebih murah berbanding harga runcit, terus masuk bakul.

Pernah memiliki pedal ini pada awal 2016, setahun kemudian ditukarkan (trade) dengan ST-2 Power Stack. ST-2 pula telah dilepaskan penghujung 2019. Kemudian terasa menyesal pula melepaskan kedua-duanya. Berbekalkan dana-dana GLTL MG-30 beberapa minggu lepas, terus dilaburkan untuk pedal ini sebelum ia benar-benar discontinued.

Untuk kelebihan pedal ini boleh baca entri 2016 tadi. Seperti ML-2 dan MT-2-3A, pedal ini juga akan berstatus koleksi, hanya akan akan beraksi jika perlu.

_____
AADI: Menunggu peluang untuk DS-2 pula.

Galaxy Guardians


Menonton filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3 semasa tayangan awal Rabu lepas di TGV Bintulu, mengambil peluang tiket murah klausa MVC movie night (untuk hall Deluxe sahaja) sambil memakai t-shirt Awesome Mix Volume 2.

Untuk mengelak spoiler, aku hanya boleh cerita filem ketiga ini merupakan origin untuk Rocket Raccoon. Drax The Destroyer pula memakai baju sepanjang filem, tapi nampak sangat Dave Bautista agak tembam dalam filem ini. Nebula dan Mantis lebih menonjol berbanding Gamora. Dan akhir sekali Groot ada mengungkapkan frasa baharu selain "I am Groot".

Tatkala filem-filem fasa keempat dan kelima MCU sungguh mengecewakan dan banyak elemen wokeness (kecuali Spider-Man: No Way Home), membuatkan aku agak tawar hati dengan MCU. Selepas Avengers: Endgame, hanya filem SMNWH dan Doctor Strange In The Multiverse Of Madness sahaja yang ditonton di pawagam.

Tapi siri GOTG setakat ini belum lagi mengecewakan sama ada dalam filem sendiri mahupun dalam Avengers. Lawak tahap galaksi hanya serasi dengan watak-watak GOTG berbanding watak MCU lain.

Maka lengkaplah ketiga-tiga filem GOTG dilayan di pawagam, filem pertama ditonton di Star Cineplex manakala filem kedua di TGV Permaisuri Mall Miri. Hanya GOTG Holiday Special sahaja yang tidak terlayan kerana ia rilisan untuk Disney+.

_____
AADI: Hat-trick entri filem minggu ini.

Throwback Thursday: May The 4th 2023


Sudah putus asa dan tawar hati dengan franchise Star Wars, rujuk entri 2020 dan 2021.

Entri kali ni bukan pasal Star Wars, tapi hanyalah mengimbau ulang tahun konsert Megadeth di Stadium Negara enam tahun lepas pada tarikh yang sama. Tak perlulah diceritakan sekali lagi beserta prekuelnya.

Geng bloggers kaca mata.

Dan itulah kali terakhir aku menyeberang Laut China Selatan, baik untuk tujuan rasmi atau peribadi. Semenjak mengetahui anak kedua aku si Ijau Jr. adalah autistik, memang aku agak keberatan untuk berjauhan dengan Mrs. Ijau dan anak-anak. Mujurlah selepas itu tidak ditawarkan apa-apa kursus baik di Ibu Pejabat mahupun Melaka. Dan tahun-tahun berikutnya musim pandemik dan PKP.

_____
AADI: May the 4th? ¯\_(ăƒ„)_/¯

Layan Mario Sekeluarga


Semenjak menonton filem Sonic 2 tahun lepas, anak autistik aku si Ijau Jr. agak serik untuk ke pawagam, *katanya "cinema is too loud". Agak terkejut pula bila sebelum cuti raya dia sendiri yang ingin menonton filem The Super Mario Bros. Movie di pawagam. Dan aku berjanji membawanya selepas raya.

Kebetulan minggu lepas hari lahirnya yang kelapan dan minggu depan pula ke-11 kakaknya si Lil'Ijau, alang-alang bawa sekeluarga terus sebagai birthday treats. Memilih tanyangan 10.45 pagi Sabtu lepas di family friendly hall TGV Bintulu. Hanya ada tiga keluarga menonton sessi ini dan dewan terasa agak lapang. Juga merupakan kali pertama anak ketiga aku si Arlo masuk pawagam. Mrs. Ijau pun kali pertama menjejak kaki di TGV Bintulu, nampak sangat bukan kaki wayang hehehe... Zaman ehem-ehem dulu pernahlah dibawa ke Star Cineplex beberapa kali.

*Kali ini aku perasan 90-95% masa memang dia fokus menonton Mario sampai babak post-credits, selebihnya meronda-ronda dewan bersama adiknya si Arlo. Tidak seperti ketika Sonic 2 separuh jalan sudah bosan nak ajak balik.

Bijak juga untuk Nintendo menggunakan khidmat studio Illumination (Despicable Me, Minions) berbanding studio animasi lain (DreamWorks, Pixar), kerana gaya animasi dan lawak Illumination agak unik. Juga di bawah Universal, mesej wokeness tidaklah ketara walaupun ada sedikit, tidak seperti rilisan-rilisan kompeni tikus hitam tu.

Bukan setakat mengetengahkan elemen game Mario Bros., tapi apa-apa franchise Nintendo lain yang ada watak Mario di dalamnya; contohnya Mario Kart, Donkey Kong dan Wrecking Crew ada dalam filem ini. Sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman NES dulu (walaupun hanya memainkan Micro Genius).

Family friendly 5/5, bapa budak zaman NES 5/5.

_____
AADI: Harap suatu hari nanti mereka akan buat filem crossover Smash Bros pula.

Sisu


Menonton filem Sisu ini Jumaat lepas di TGV Bintulu (tiada di GSC Bintulu) tayangan 6.30 petang. Tertarik dengan filem ini selepas tertonton trailer di Facebook beberapa minggu lepas. Apa saja filem yang berlatar belakangkan Perang Dunia Kedua mahupun Pertama (contohnya 1917 dan War Horse) pasti akan masuk dalam senarai.

Ini antara filem yang menggunakan kaedah "show don't tell" untuk watak utama Aatami Korpi (Jorma Tommila) yang hanya berdialog pada awal dan akhir filem sahaja. Begitu juga dengan latar belakang filem ini yang diset ketika pengunduran tentera Nazi Jerman dari perspektif negara Finland (Perang Lapland). Lari daripada cliché filem-filem WW2 yang selalunya dari perspektif tentera Amerika ataupun British.

Seperti biasa, tidak akan ada ulasan untuk filem ini demi menjaga spoiler. Juga, akan ada beberapa perkara yang menjengkelkan walaupun filem ini jenis aksi straight to the point. Pertama; F-word terlalu kerap diungkapkan dalam dialog walaupun filem ini berlatar belakangkan era 1940-an, mengingatkan aku kepada filem Fury.

Kedua; latar belakang watak utama Korpi didedahkan terlalu awal iaitu ketika babak ketiga "The Legend", patutnya didedahkan penghujung filem barulah terasa mistik dan epik. Adakah Korpi seorang super soldier, mutan ataupun highlander?

Aksi 5/5, ngeri 5/5, logik 2/5.

_____
AADI: Filem WW2 kegemaranku masih lagi Kelly's Heroes.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger