Selasa 22/1/2019 - Sessi jamming lepas gian lagi, kali ini bertempat di Soundwave, antara studio jamming yang agak hype dalam kalangan kaki jamming Bintulu mutakhir ini. Dan ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Selain studio jamming, Soundwave juga menjual alat-ganti kegitaran dan menyediakan servis membaiki alat muzik (mostly guitars).
Agak jarang aku bawa
So-Cal keluar untuk jamming sejak ada alternatif lain (namely
Neon), tapi untuk sessi kali ini dibawa atas permintaan oleh Bro Jawank.
Sebab utama, ingin menggandingkannya dengan gitar Charvel terpakai yang baru diperolehinya melalui Jamtank. Biasalah equipment baru, kena bawa jamming untuk dipandu-uji seoptimumnya.
Gitar yang dimaksudkan ialah model
San Dimas Style 1 HH. Ini merupakan model keluaran tahun 2016 (Mexico) kerana menggunakan suis 3-way blade dan memiliki tombol TONE berbanding San Dimas lama (US/Japan) yang menggunakan suis 3-way toggle dan ada tombol VOLUME sahaja, sama seperti So-Cal aku.
 |
| Kelihatan juga strap Mono Betty di situ. |
Bro Jawank ni kaki gitar juga, tapi untuk di Bintulu hanya rig ringkas yang dibawa - Mooer
Red Truck. Gitar-gitar lain yang dibawa ke Bintulu - Fender
Telecaster, Gibson
Les Paul Studio (patah) dan PRS
SE Custom 22.
 |
| Abang Kandar si tukang pukul. |
Sebagai sessi lepas gian, tiada apa-apa yang menarik selain main lagu-lagu playsafe dan memperhalusi lagi cover
Caught Somewhere In Time. Bassist yang dijemput tidak dapat hadir kerana lambat balik kerja selain masalah cuaca (hujan lebat). Serius, kalau main lagu maiden, bass perlu letup-letup, tak ada bass memang senang ke laut.
Oh ya, studio ni juga pernah digunakan oleh band Estranged sebagai tempat rehearsal sebelum persembahan mereka semasa
Bintulu Bike Week 2018 bulan Oktober lepas.
Perancangan MUP untuk tahun ini, hanya teruskan sebagai "just another cover band", macam malas dah nak buat lagu sendiri tatkala trend band Bintulu lain berebut buat demo/EP. Selain kekangan masa, faktor line-up yang berubah-ubah juga sedikit sebanyak membantutkan mood.
_____
AADI: In standard tune, setelah sekian lama guna Eb.