Showing posts with label z-studio. Show all posts
Showing posts with label z-studio. Show all posts

Sepetang Di Master Jam Music Studio


28/2/2015 - Selepas kehilangan arah untuk jamming disebabkan penutupan 36 Studio, kami mencuba studio lain sebagai alternatif untuk melepas gian jamming, mungkin sessi jamming terakhir entiti 3-piece Hepi;) sebelum aku hiatus?


Azrol mencadangkan untuk mencuba Master Jam Music Studio, aku pada mulanya membantah atas sebab kadar sewa yang agak mahal iaitu RM45 sejam (kadar hujung minggu). Azrol memujuk supaya memberikan peluang kepada studio ni, jika tidak "sesuai" maka inilah sessi pertama dan terakhir.


Master Jam ni terletak di Li Hua Plaza yang juga sebenarnya merupakan bekas Z-Studio, mungkin bertukar pengurusan kot? Setiap langkah menaiki anak tangga menuju studio ni mengembalikan nostalgia ketika Metuk Ulau Project mula menggila penghujung 2011 dulu.

Terdapat dua buah bilik kecil untuk jamming, kami menggunakan studio B. Disediakan dua buah gitar Stratocaster jenama Squier dan Jazz Bazz juga jenama Squier, tapi seperti sessi jamming yang lain kami lebih selesa membawa gitar sendiri.


Amp pertama ialah Marshall MG50DFX (discontinued model), 50 watt sahaja, tapi aku rasa dah cukup kuat untuk saiz bilik. Dah biasa guna amp Marshall MG-series, setting untuk amp ini tiada masalah. Disediakan juga stompbox Behringer Ultra Metal UM300, jika anda tak berpuas hati dengan distortion/drive Marshall.


Amp kedua ialah Ibanez Toneblaster 50R (discontinued model), juga 50 watt. Amp ni lebih "straightforward" berbanding MG50DFX. Di bawah amp ni disediakan sebuah pedal Boss Distortion DS-1.


Drumset 5-piece ni macam pernah aku tengok, macam yang pernah digunakan ketika era Z-Studio dulu, yang berbeza cuma warna dah kuning emas berbanding hitam.


Untuk amp bass pula disediakan amp jenama Park, aku lupa model apa. Oleh kerana sessi kali ni tiada bassist, maka apa-apa yang berkaitan bass tidak diganggu.


Azrol semakin serasi dan kompeten menggunakan Zoom G7.1ut yang disambung pada clean channel amp Toneblaster 50R tadi.


Bob Kandar yang datang setengah jam kemudian kerana masih menyangkakan sessi bermula pukul 3.00 petang (kes tak baca SMS). Rasanya dah sebulan lebih tak jamming bersama Bob Kandar, walau bagaimanapun "chemistry" Hepi;) masih ada.


Masih kekok menggunakan Dark Moon (EC-256) yang masih bertali asal D'Addario 10-46 pada talaan standard. Buat masa ni, aku berpuas hati dengan pikap ESP LH-150 yang ada dan belum tergerak hati untuk menukarnya.


Setup aku pula agak ringkas (travelling light), EHX East River Drive sebagai booster drive channel amp MG50DFX tadi, dan Boss Mega Distortion MD-2 untuk distortion yang lebih "bassy" supaya serasi dengan muzik tanpa bass.

Ok, Master Jam Music Studio ni taklah seteruk yang disangka, tak jauh beza seperti zaman Z-Studio dulu. Cuma aku agak tak setuju dengan kadar sewa RM45 sejam. Jika kami yang dah berkerjaya ni pun mengeluh, apatah lagi budak-budak sekolah? Lebih berpatutuan sekiranya sewa sekitar RM30-35 sejam seperti Z-Studio dulu.

KLMJ, Daymare before Christmas - 24/12/2011
_____
Ada apa: Mungkin sebab kami dah biasa "bermewah" ketika di 36 Studio dulu kot...

Wordless Wednesday: Daymare Before Christmas, Three Years Ago...



24/12/2011
Gambar cilok.
_____
Ada apa: Menunggu versi "re-visited" MUP.

Daymare Before Christmas - Two Years Ago


Hari ini dalam sejarah - sekadar mengimbau kenangan lama dua tahun lepas... Sessi jamming versi "daymare before Christmas".

Geng topi baseball - imej cilok.
Entri juga boleh didapati dalam dua versi alternatif:
Tak sangka Metuk Ulau Project yang pada mulanya hanyalah sebuah "cover band" projek suka-suka (hence the word project) kini dah bergerak agak "aktif" (aktif la sangat) di persada muzik bawah tanah Bintulu hampir dua tahun.

Tapi kebelakangan ni line-up selalu berubah-ubah atas alasan komitmen dan sekali-sekala menggunakan khidmat seasonists untuk acara tertentu. Tengoklah tahun depan, jika hanya tinggal tiga orang (Aku, Azrol dan Bob Kandar) yang aktif, mungkin aku akan menggunakan semula nama Hepi;) - band 3-piece yang hepi, dan meneruskan semula projek lagu sendiri yang masih terbengkalai.

_____
Ada apa: Tiada idea? Kitar semula entri lama.

Sessi Jamming Pasca-Doomsday


Sabtu (22/12/2012) - Sessi jamming yang sebenarnya bukanlah sessi jamming yang serius, hanya untuk melepaskan gian setelah sekian lama tidak jamming semenjak Oktoberfest. Seperti biasa, Z-Studio merupakan studio pilihan.

Sessi kali ni hanya disertai oleh tiga orang; aku, Azrol dan drummer jemputan Rashid Malim dari kugiran Curse Of God (COG), yang juga merupakan drummer asal Metuk Ulau Project (MUP) ketika mula penubuhannya. Korawk, Adi Herman dan Bob Kandar ketika ini sedang bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga.


Seperti sessi-sessi jamming (dan rakaman) COG, Rashid akan membawa kelengkapan sendiri - Pearl Demon Drive double-pedal, Pearl M1440 piccolo snare drum, drumsticks dan kerusi drummer sendiri (tu dia!).

Memang terasa perbezaan yang ketara pukulan Rashid ni berbanding pukulan Bob Kandar, hampir setiap lagu di"double-pedal"kan oleh Rashid.


Azrol yang masih setia dengan Ibanez GRX40, katanya bakal memperolehi gitar baru sebelum OSG2013 nanti (sekiranya MUP turut serta), finally! Aku tak tau jenama/model apa yang ingin diperolehi, tapi yang pasti ia sebuah superstrat.

Selain melepas gian, tujuan sekunder sessi jamming kali ni ialah untuk mencuba dua "barang" baru. Pertama, ingin memandu-uji Mirage yang telah dipasang dengan pikap Bill Lawrence L-500XL dalam entri lepas.

Solitary Bill Lawrence L-500XL.
Untuk distortion, memang tidak dinafikan L-500XL ni memang mantap! Untuk clean agak kelam-kabut aku memulas-mulas tombol volume untuk mengawal ouput L-500XL ni yang agak "liar".

Kesimpulannya, perlu ada satu pikap medium/vintage-output di bahagian neck untuk versatiliti - mungkin aku akan memasang L-250 untuk dipadankan dengan tema Bill Lawrence (kalau ada bajet lebihan 2012), ataupun memasang semula kombinasi "tested-and-true" HSS Tesla sebelum ini.


Kedua, untuk memandu-uji multi-effects terbaru aku, Line 6 Pod HD300 - mengkalibrasi amaun bunyi yang sesuai supaya serasi dengan bunyi gitar utama (Azrol) dan juga untuk "menikmati" bunyi amp modelling HD yang disambung dengan amp besar (Kustom KG100FX212) Z-Studio. Kesimpulannya, L-500XL + Cali Tread modelling + 100W amp = superb!

Semasa sessi ni, aku dapat mengesan satu kelemahan pada Pod HD300, iaitu terdapat jurang "pause" untuk beberapa milisaat semasa pertukaran antara dua patch, untuk bab ni pedal-pedal Zoom menang (world's fastest patch changes).

Jamming "serius" seterusnya mungkin minggu kedua bulan Januari 2013.

_____
Ada apa: COG (ft. Korawk) bakal menyertai gig Awakening Of The Damned hujung bulan Januari 2013 nanti.

Prequel: Oktoberfest, La Bistro Has Been Maidenised!


Sekitar sessi "soundcheck" di La Bistro Cafe, Kemena Hotel pada petang Sabtu (20/10/2012). Sessi bermula sekitar 2.00 petang dihadiri oleh kumpulan-kumpulan yang bakal membuat persembahan pada sebelah malamnya, termasuklah Metuk Ulau Projekt Project (MUP).

Geng perut boboiboy bapa orang (+1 teruna?).
Gambar dicilok dari Facebook Ana & The Scene.
Out of tempo?
Peralatan yang digunakan (drums, amps, mixer) adalah disewa dari Z-Studio yang dah biasa kami gunakan, jadi kami tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari kombinasi "sweet-spot" bunyi yang dikehendaki.

Mencari chords yang hilang (lagi).
Macam bersantai di tepi pantai kan?
Cuma susunan amp dan speaker (semasa sessi ni) agak kurang optimum dari segi akustik dan sonik, aku langsung tak dapat dengar bunyi gitar dari amp sebelah (Azrol). Dan seperti OSG2012, monitor speaker juga tidak disediakan, kenapa penganjur jarang menitikberatkan kepentingan monitor speaker?

Tuning while performing (without muting the volume) = failed, haha~
Kali ni Korawk dapat belajar sesuatu yang baru, jangan tune gitar semasa lagu sedang dimainkan. Kalau terpaksa juga, sila "mute" volume pada Pod X3 (si kacang merah) tu sebelum ia masuk dalam amp/mixer.

Korawk, ada masa nanti kita cuba optimumkan penggunaan Pod X3 tu semasa jamming atau gig.

_____
Ada apa: Segan nak keluarkan So-Cal dari gigbag...

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt: Oktoberfest Training (Part 2)


Sessi jamming yang diadakan semalam (Sabtu, 6/10/2012) berlangsung hanya satu jam untuk memberi laluan kepada band The Once yang mengambil alih tempat latihan (Z-Studio) selepas itu.

Gambar hiasan - Korawk dan GRG270.
Disebabkan terlalu fokus dan jangkamasa jamming yang agak "singkat", aku tak sempat snap gambar semasa sessi sedang berlangsung.

Meniru aksi si Korawk (with neonised Mirage).
Seperti biasa, Metuk Ulau Projekt (MUP) hanya berlatih lagu-lagu dalam setlist Oktoberfest seperti sessi minggu lepas, fokus yang lebih kepada lagu Fear Of The Dark yang masih ada beberapa kesilapan drumbeat.


Sempat menjenguk band The Once sedang jamming, antara band yang bakal membuat persembahan semasa Oktoberfest nanti dengan lagu-lagu reggae yang mengasyikkan. Ya, Adi Herman main keyboard untuk band ini, bakal menggalas tugas berganda untuk Oktoberfest nanti (MUP dan The Once).


Rata-rata ahli The Once ni adalah geng-geng Bintulu Buskers - antaranya Nasuki Malim (tangan kosong?), Barangkali Marus (djembe), Rezal (gitar akustik) dan Adi sendiri, ahli yang lain aku tak kenal. Mungkin Adi boleh ulas secara ringkas pasal band ni.

Minggu depan tak pasti lagi sama ada sessi jamming atau tidak. Atau nak buat di tempat lain...

_____
Ada apa: Kesian si Korawk, jamming dalam keadaan yang kurang sihat.

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt: Oktoberfest Training


Sabtu (29/9/2012) - Sessi jamming Metuk Ulau Projekt (MUP) kali ni adalah sebagai persediaan untuk Oktoberfest pada 20/10/2012 nanti. Sessi bermula sekitar 7.00-7.30 malam.

Geng kaca mata?
Seperti biasa Z-Studio menjadi pilihan, tapi kami terpaksa menggunakan studio 2 disebabkan studio 1 telah disewa oleh kugiran yang datang 10 minit lebih awal daripada kami. Kami tak berapa suka studio 2 ni disebabkan kualiti sonik dan akustik yang agak kureng berbanding studio 1.


Disebabkan MUP lebih dikenali sebagai Bintulu Iron Maiden cover band di kalangan komuniti "bawah tanah" Bintulu, sudah pasti setlist yang dimainkan adalah lagu-lagu cover dari Iron Maiden (dan Bruce Dickinson) - Tears Of The Dragon, Coming Home, Wasted Years, Fear Of The Dark dan The Trooper.

"Fear of the duck! Fear of the duck!~" - Duck?
Sessi jamming kali ni kami hanya fokus kepada lagu-lagu yang ada dalam setlist sahaja (walaupun sekali sekala lari ke laut). Pemilihan setlist adalah sebagai tindakan "play safe", adalah lebih mudah membuat persembahan lagu-lagu yang dah biasa dimainkan berbanding lagu-lagu "pelik" (persembahan raya beberapa minggu lepas menjadi pengajaran).


Fokus yang lebih diberikan kepada lagu FOTD disebabkan Bob Kandar yang selalu salah drumbeat untuk lagu ni terutamanya bahagian chorus. Aku rasa lagu FOTD kami main dalam 4-5 kali kot?

Satu lagi cabaran ialah untuk membahagikan tugas untuk sesebuah lagu kepada tiga orang gitaris, supaya bunyinya lebih harmoni dan tidak berserabut. Aku memilih menjadi "ambient strummer" sahaja (bahagian senang le~) supaya dapat fokus lebih kepada vokal.


Korawk menggayakan t-shirt EOS Academy, yang pada sebelah petangya sibuk "menembak" gambar-gambar lentik Cik Mango di Bintulu Promenade (waterfront). Oh ya Korawk, kau perlukan lebih banyak latihan untuk menala (tuning) Edge-III gitar 1Malaysia biru tu.

Untuk sessi ni, Adi Herman berhempas pulas memainkan galloping bassline lagu-lagu Iron Maiden tanpa menggunakan pick, hanya menggunakan jari-jari ala Stevenson Steve Harris untuk mendapatkan rentak Maiden-esque. Ternyata ia amat memenatkan dan menyakitkan jari-jari.


Azrol, apa yang boleh aku ceritakan pasal Azrol ni? Sebagai ahli termuda (in his early 20s), Azrol sebelum ini lebih cenderung kepada muzik metal moden yang diminati oleh remaja seusia dengannya (those drop-tuned, lower-tuned, 7-string, screaming metal). Tapi semenjak menyertai Hepi;) dan MUP, dia mula meminati alternative, grunge, hard rock dan heavy metal - pengaruh kami yang rata-ratanya tua berusia 30an, hahaha~

Untuk sessi yang akan datang, mungkin aku akan meminjamkan Mirage aku kepada Azrol seperti OSG2012 yang lepas. GRX40 yang digunakannya sekarang selalu mengahadapi masalah suis dan tombol volume - a disastrous when playing live gig.

Goldie yang dah dibuka pickguard.
Dan untuk Oktoberfest, aku menyahut cabaran Azrol supaya berlatih solo pertama lagu The Trooper (Smith's part) dan Azrol memainkan solo kedua (Murray's part). Mungkin aku agak kekok, tapi DVD Danny Gill banyak membantu.

Sessi jamming berlarutan hingga 9.00-9.15 malam. Ada kebarangkalian minggu depan sessi akan disambung lagi...

_____
Ada apa: Terima kasih kepada Rashid Malim, kerana sudi menjadi jurufoto.

Sessi Jamming Z Studio (Part 4)


Sabtu (11/8/2012) - Sessi jamming kelolaan Korawk kali ni bukanlah sessi jamming Metuk Ulau Projekt (MUP) disebabkan tak cukup korum (tidak disertai oleh Adi Herman) jadi ia hanyalah sessi jamming biasa di Z Studio.

Ternyata sessi kali ni juga bukanlah sessi yang serius (mungkin disebabkan puasa), tapi lebih kepada platform untuk "memandu-uji" beberapa alatan muzik yang baru diperolehi. Jamming tanpa bassline dan mencuba lagu raya Sepasang Gitar Kurung Biru (haha!~).

Korawk dengan gitar barunya - Ibanez Gio GRG270 BMB (beam blue). Ya, dialah tuan punya gitar yang aku order dari Crinson Music beberapa minggu lepas (codename: Projek Engkol). Selamat datang ke kem Ibanez, dan selamat datang ke dunia jambatan terapung (floating bridge).

Aku pula ingin mencuba Tanglewood TSB-6 strat-copy (aka Tobi) sebelum dibawa balik ke Membakut minggu depan. Pikap-pikap Entwistle X1 yang ada pada gitar ni memang tidak menghampakan.

Dan disebabkan tahap ketidak-seriusan sessi kali ni, aku hanya menggunakan jamming rig yang paling ringkas iaitu Korg Pandora Mini, paling menang dari segi logistik. Sessi kali ni jugak tidak mempunyai setlist seperti sessi-sessi sebelumnya, semua lagu yang dimainkan ikut suka hati sajalah.

Bob Kandar menggayakan t-shirt Iron Maiden (bootleg) barunya. Menurut Bob Kandar memang susah nak cari saiz yang sesuai. Diskriminasi saiz, hahaha...

Azrol yang masih setia dengan GRX40, pernah suatu ketika beberapa bulan lepas ingin menaik-taraf kepada Schecter 7-stringer, tapi malangnya dana-dana yang ada terpaksa disalurkan kepada benda lain...

Korawk juga menggayakan strap Planet Lock Joe Satriani "Up In Flames" yang baru diperolehi beberapa hari lepas dari Pusak Muzik Reco (via yours truly, of course). Bila lagi nak buat ulasan bro? Blog GKS dah beberapa bulan terbengkalai...

Seperti sessi MUP yang lepas, sessi kali ni juga disertai oleh drummer Curse Of God, Rashid Malim yang juga merupakan drummer asal MUP. Bergilir-gilir dengan Bob Kandar main drum tatkala seorang kepenatan.

Yang pasti, jamming ketika puasa taklah seteruk yang disangkakan, tapi mungkin disebabkan sessi ni agak santai (tanpa bassline) ia lebih kepada sessi bersosial bersama rakan-rakan di hujung minggu.

_____
Ada apa: Balik jamming singgah bazaar Ramadhan, tapi terkejut sebab bazaar tutup!

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 5)


Rabu (11/4/2012) - Memandangkan hari ni merupakan cuti umum, ia merupakan hari yang sesuai untuk mengadakan sessi jamming Metuk Ulau Projekt. Seperti biasa, Z-Studio merupakan pilihan...

Sessi kali ni (dan mungkin sessi-sessi seterusnya) tidak disertai oleh Korawk disebabkan komitmen beliau untuk lebih fokus kepada dunia fotografi.

Sessi kali ni aku menggunakan jamming rig #1 dengan tambahan Pocket Metal Muff sebagai distortion utama, manakala jamming rig #2 (favourite rig) direhatkan.

Adi Herman dengan gembira menunjukkan gajet barunya (selipar?) yang baru diperolehi beberapa minggu lepas. Best ke bro? Hehehe...

Aku rasa sessi kali ni agak impromptu dan santai (banyak salah), aku sendiri pun tak sempat nak buat setlist, susunan lagu pun ikut hentam sajalah. Tapi kali ni ada beberapa tambahan lagu projek - Dajal, Half (versi tribute to Korawk) dan So What?

Azrol yang sentiasa Hepi;), dengar khabar angin Azrol ni nak beli gitar baru, atau mungkin nak "pimp" GRX40 tu dengan elektronik baru dan menggantikan pikap stok Ibanez PSND dengan pikap Tesla - yang ni aku yang racun sebab elektronik gitarnya (pikap, suis, pot) memang ada masalah.

Ritma ketukan drum Bob Kandar nampaknya ada kemajuan, mungkinkah ia disebabkan mood drumset digital yang baru diperolehinya semalam kot? Apa? Drumset digital? Fuiyooo!~

Senak pangkal perut, sensasi yang biasa dialami selepas meneran vokal tinggi untuk beberapa buah lagu (tembam?).

Bulan Mac lepas langsung tak ada sessi jamming (melanggar SKT 2012; jamming sekali sebulan), kali terakhir sessi jamming diadakan ialah pada penghujung bulan Februari lepas sebagai persediaan untuk Opening Season Gig 2012. Harap-harap hujung bulan ni nanti ada sessi jamming lagi sekali untuk "membayar" sessi jamming bulan Mac.

_____
Ada apa: Sessi yang akan datang mungkin aku nak guna Pod X3 lagi.

Sessi Jamming Metuk Ulau Projekt (Part 4)


Sabtu (18/2/2012) - Setelah mendapat persetujuan sebulat suara, Metuk Ulau Projekt akhirnya memutuskan untuk menyertai Opening Season Gig 2012 yang dijadualkan Sabtu depan (25/2/2012).

Sessi jamming kali ni boleh dikirakan sebagai persediaan awal untuk gig tersebut. Seperti biasa, Z Studio merupakan studio sewa pilihan kami.

Azrol, bila lagi nak masuk kem RG?

Kali ni Adi Herman tidak membawa bassnya (Craftsman P-Bass copy) atas sebab-sebab tertentu, jadi dia hanya menggunakan bass studio (Stagg J-bass copy). Main terlalu ganas sampai putus tali bass... Putus?

Bob Kandar muka lapar...

Dengan kuasa veto yang ada (dan persetujuan semua ahli), aku memilih tiga buah lagu cover Iron Maiden yang biasa dan selesa kami mainkan tiap kali sessi jamming (play safe) untuk dimainkan waktu gig kelak, iaitu:

  1. Caught Somewhere In Time (bahagian intro sahaja)
  2. Coming Home
  3. The Trooper
  4. Wasted Years

Metuk Ulau Projekt hanyalah sebuah projek cover band, jadi main lagu cover pun dah kira cukup, yang penting Hepi ;)

Korawk yang berpuas hati dengan output pikap Tesla Plasma-2 gold set yang baru dipasang pada gitar hibridnya beberapa minggu lepas. Kali ni Korawk dan aku berkongsi amp yang sama dengan bantuan mixer Behringer Xenyx 502.

Dengar-dengar tahun ni Korawk ada perancangan nak masuk kem Jackson dan DiMarzio, betul ke Korawk?

Sakit ulu hati (kebarangkalian otot-otot diafragma mengejang) kes terlalu tarik note tinggi lagu-lagu Maiden tanpa lagu "warm-up" seperti sessi-sessi jamming sebelum ni - suatu pengajaran yang berguna.

Oh ya, sessi kali ni aku menggunalan Goldie untuk mencuba prestasi kombo pikap DiMarzio (DP103/DP100) yang baru dipasang minggu lepas. Hasilnya memang memuaskan, dan pastinya untuk gig minggu depan aku akan menggunakan Goldie.

Sessi jamming kali ni memakan masa satu setengah jam dan diakhiri dengan sessi makan-makan sambil "bermesyuarat" di Restoran Mami (betul ke nama restoran ni Korawk?) terletak tidak jauh dari City Point.

Jumpa anda di Telaga Kumang minggu depan, and up the Irons! \m/

_____
Ada apa:
Sessi makan-makan ditaja oleh Korawk yang berhati murni.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (59) adrian smith (21) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (16) alice (12) amcorp mall (12) amplifier (167) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (165) anthrax (1) arlo (9) artis tempatan (157) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (20) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) bag/case (90) barbarik (2) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (14) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (347) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (40) blades (5) blaze bayley (31) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (74) botb (21) bourns (5) boxing (53) brado guitars (7) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (25) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (28) ck music (66) cleartone (3) cog (12) coke (5) coklat (20) cola (13) compilation (70) conception (2) console games (43) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (18) d'addario (63) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (31) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (7) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (52) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (19) ec-256 (28) ec-257 (20) eclipse-ii (27) edwards (1) ehem (37) eksperimen (94) electro-harmonix (32) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (41) emo (289) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (179) erectus (29) ernie ball (44) es-335 (2) esp/ltd (239) estock (72) evanescence (1) everlast (7) evh (2) exists (9) f-54 (9) f&n (19) fallout (18) family (86) fear factory (3) fender (20) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (50) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (25) fusion (3) g-hr3-68 (5) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (54) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (132) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (5) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (7) hammerfall (19) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (9) hillsburg (2) historical (17) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (32) ibanez (238) icb200ex (15) iced earth (10) icon (51) imago (73) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (3) iron maiden (175) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (302) j5 (15) jackson (77) jamming (163) jamtank (46) jepak (9) jim dunlop (84) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (26) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (7) kakis store (4) kamelot (28) karisma (4) kaset (37) kawan (392) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (112) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (111) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (19) kuala lumpur (42) kuala penyu (1) kuching (14) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (20) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (88) lil (38) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (6) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (94) m-50fr (28) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (618) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (21) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (68) melaka (13) membakut (47) memori (463) mercyful fate (11) metallica (100) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (109) mrs (61) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (169) music bliss (32) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (13) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (32) new gear (260) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (124) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (29) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (42) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (15) pandora mini (12) panik (5) pantai (8) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (76) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (365) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (65) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (14) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (102) pickups (223) pkp2020 (26) pkp2021 (22) pl1 (9) planet waves (19) playstation (39) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (23) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (9) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (35) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (30) restring therapy (115) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (5) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (12) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (59) shopee (47) sibu (11) sick puppies (5) signboard (17) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (33) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (31) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (15) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (190) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (14) super album (105) superlux (4) susu (20) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (21) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (37) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (44) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (17) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (51) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (137) tribute (65) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (33) ugly kid joe (3) ultra swede (7) usm (8) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (485) wrestling (14) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (127) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger