Showing posts with label strings by mail. Show all posts
Showing posts with label strings by mail. Show all posts

Tali Gitar Gaya Pos (Part 4)


Batch keempat pembelian tali gitar melalui Strings By Mail, batch kali ini kesemuanya adalah jenama SIT Strings dalam pelbagai saiz. Pembelian utama ialah tiga unit bersaiz 9.5-44, selebihnya merupakan pembelian sampingan.


SIT Power Wound merupakan antara jenama/model termurah dalam katalog SBM. Juga percuma dua sticker decal SBM seperti pembelian batch pertama.

Saiz 9.5-44 merupakan saiz perantaraan 9-42 dan 10-46, bukan semua jenama ada saiz perantaraan begini. Ia sesuai untuk mereka yang melalui proses peralihan (transition) daripada gitar berskala 25.5" kepada 24.75", atau daripada talaan E-standard kepada Eb-standard jika merasakan saiz 10-46 agak keras.

Biasanya aku memperolehi dalam 4-5 unit per batch sebelum kos pengeposannya menjadi tidak munasabah, daripada USD5+ kepada USD14+ (2-3 kali ganda lebih mahal). Jika batch sebelum ini hanya empat dan lima unit sahaja, kali ini dapat menyelit sampai enam unit.

_____
AADI: Juga boleh didagangkan semula.

Tali Gitar Gaya Pos (Part 3)


Satu lagi pembelian bersempena Black Friday tahun lepas, batch ketiga daripada Strings By Mail. Dan seperti keputusan dalam entri batch pertama, aku hanya akan membuat pembelian melalui SBM untuk tali gitar bersaiz pelik, jenama/model yang susah dicari dan tambahan signature series pada harga yang murah.


Batch kali ini terdiri daripada GHS David Gilmour Signature Series Blue (10-48), Red (10.5-50), Dean Markley Signature Series LTHB (10-52) dan D'Addario EXL115BT (11-50). Biasanya aku akan membeli dalam 4-5 unit sahaja per batch, jika lebih daripada lima unit, kos pengeposannya akan berganda-ganda daripada US$4.69 menjadi US$13.24, sudah tidak berbaloi.


Selain SIT, Dean Markley juga antara jenama yang susah diperolehi atau langsung tidak dijual di sini, kenal jenama ini pun melalui Bro Sub. Tertarik dengan kaedah pembungkusan terbaru Dean Markley yang seakan-akan D'Addario. Mungkin kaedah sebegini terbukti tahan karat dan juga jimat dari segi kos berbanding kaedah klasik?


Tidak seperti siri Boomers dalam paket plastik, siri signature David Gilmour ini menggunakan kotak seperti sigtanure Santana. Yang berbeza kali ini ialah penggunaan paket plastik kedap udara dan tidak lagi cara klasik dalam sampul kertas. Adakah kaedah ini tahan karat jika disimpan lama? Kita tunggu dan lihat...

_____
AADI: Perlu habiskan stok lama.

Tali Gitar Gaya Pos (Part 2)


Kali kedua membeli tali gitar daripada Strings By Mail yang diterima Rabu lepas. Seperti yang aku kata dalam entri pembelian pertama, SBM hanya untuk membeli tali-tali gitar yang susah diperolehi di Malaysia dan/atau pelik saiznya.


Untuk kali ini GHS Progressive Dave Mustaine signature PRDM (10-52) diborong lima unit, dengan diskaun 20% penghabisan stok, mungkin disebabkan Dave Mustaine dah masuk kem Cleartone. Dalam website GHS, model ini masih wujud, tapi tanpa nama Dave Mustaine walaupun masih mengekalkan kod PRDM (bukan PDRM).


Pernah menggunakan PRDM ni enam tahun lepas, dibeli di premis Davis GMC Peninsula sebelum ke konsert Iron Maiden Singapore. Sekarang saiz 10-52 merupakan saiz kegemaran untuk talaan Drop-D atau D-standard.


Lain cerita, tapi masih cerita tali gitar GHS. Dimaklumkan oleh Azrol beberapa hari lepas menerusi Whatsapp yang premis My Music Bintulu juga ada penghabisan stok diskaun 50% untuk GHS Boomers 7-String stok lama.

Belum ada gitar bertali tujuh, tapi tak mengapa (parap-parap) enam tali pertama (EADGBE) pada GB7L/M adalah bersaiz sama seperti set 9-42 dan 10-46. Jadi ia boleh digunakan pada gitar-gitar bertali enam yang biasa, tali ketujuh (B besar) boleh disimpan untuk kegunaan kemudian hari.

_____
AADI: Minat jenama GHS selain D'Addario.

Tali Gitar Gaya Pos


Percubaan membeli tali gitar melalui website Strings By Mail, yang diperkenalkan melalui Jamtank. Diterima dua minggu selepas dipesan (sama macam CD eBay), masih dikira oklah sebab aku memilih opsyen pos ekonomi.


Ada beberapa jenama/siri/model yang dijual lebih murah berbanding harga pasaraan di Malaysia walaupun sudah ditambah dengan kos penghantaran. Juga terdapat beberapa saiz (gauge) pelik yang susah didapati (atau tiada langsung) di Malaysia.


Untuk permulaan ini aku ingin mencuba beberapa model D'Addario XL yang belum pernah aku guna sebelum ini iaitu EXL120+ Nickel Wound (9.5-44), EXL120BT Balanced Tension (9-40) dan EPS520 Pro Steels (9-42).

Juga ingin mencuba tali jenama SIT Power Wound S942 Extra Light (9-42), antara tali termurah dalam katalog. Sebelum ini cuma pernah sekali guna jenama SIT, tali asal yang dipasang pada Mirage.


Aku tak pasti kompeni mana yang mengedar jenama SIT di Malaysia, sebab jenama ni macam tak pernah aku jumpa di kedai-kedai alat muzik yang pernah aku lawati.

Kesimpulannnya, selepas ini aku akan membeli menerusi Strings By Mail untuk tali gitar bersaiz pelik atau jenama/model yang sukar diperolehi di Malaysia sahaja. Untuk jenama/model/saiz yang biasa digunakan dan mudah diperolehi, ada baiknya dibeli melalui penjual tempatan sebagai tanda sokongan kepada mereka dan juga ekonomi negara.

_____
Ada apa: Untuk stok peribadi dan servis gitar rakan-rakan.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger