![]() |
XA Classic |
![]() |
DM25/12 |
![]() |
ED20SC |
_____
Ada apa: Filler entry...
The Blog Of Ijau (ver 3.0) - kita sama-sama jahat, tak baik bergaduh...
![]() |
XA Classic |
![]() |
DM25/12 |
![]() |
ED20SC |
Sekarang dah pertengahan bulan November, tak lama lagi nak masuk dua tahun aku berkecimpung dalam dunia kegitaran sebagai hobi, yup I'm just a beginner with sub two years experience.
Selama setahun lebih ni aku pernah memiliki beberapa gitar yang sebahagiannya sudah berpindah milik (atau let-go) untuk mengejar model lain sama ada upgrade atau sekadar memuaskan nafsu *GAS aku yang membuak-buak (nafsu rakus bak kata Jairo). Jadi kali ni sebagai entri tadak idea, aku mengimbau kembali gitar-gitar yang pernah aku miliki, antaranya...
[Kiri] Pepatung XA Classic (Nandung) - My first guitar in general. Sebelum memiliki gitar elektrik, dengan gitar inilah terkial-kial aku belajar chords. Let-go kepada rakan sepejabat. The only thing I've regretted was to stick that Manowar sticker there hahaha... Setakat ni belum ada rasa GAS untuk memiliki gitar akustik/klasik yang lain.
[Tengah] Ibanez Gio GRG270 (Mephisto) - My first electric guitar. Belum pandai apa-apa dah beli gitar with floating bridge, akhirnya memang terkial-kial nak tune hahaha. Bila dah tau powerchords barulah rasa selesa dan confident untuk main gitar elektrik. Let-go kepada member sekampung merangkap gitaris kugiran Majestic East. Sebenarnya aku suka bentuk GRG/RG, sebab tu aku memilih RG350M (Replacement) untuk menggantikannya sebagai gitar utamaku.
[Kanan] Ibanez Gio GSR190J (Crows) - My first bass (my first axe in general), bought as a starter/jumpstart pack complete with 10W amp, gigbag, strap, tuner and pouch. Dengan bass inilah bermula segalanya, dari buta note sampai boleh jamming. Pernah digunakan oleh kugiran Manggas, Mi Scusi dan Celaru waktu Jairo's wedding opened-air gig. Let-go kepada bassist kugiran polis di Dalat, Mukah untuk upgrade kepada Black Ice, and never look back since then...
SX PEG2 Pirate Les Paul copy (Les Pirate) - Not your average Les Paul sound. Waktu beli dulu tak berapa serius, kira saja-saja beli sebab tension VMNTx yang diorder sejak Oktober 2009 tak sampai-sampai, lagipun harganya bawah RM600 sahaja. Let-go sebab perlukan dana-dana tambahan untuk Jackson JS32T Kelly (waktu tu tengah GAS extreme-shaped guitar).
Kadang-kadang rasa menyesal juga let-go sebab dah susah nak dapat gitar ni dengan harga bawah RM600 even for an SX brand. Sekarang gitar ni berada di Sibu, kalau tak silap dah berpindah tangan dua kali. Selalu sangat naik pentas Indie/Underground scene di Sibu.
Jackson JS32T Kelly (Kelly Kelly) - Well balanced guitar, my first extreme-shaped guitar, comes with cool deluxe gigbag too. Kalau bukan pasal tragedi Kelly Kelly memang aku tak let-go gitar ni. Sekarang ia berada di KK dan dimiliki oleh gitaris kugiran Pentuzera.
Kat website Jackson dah ada model JS3 series with floating bridge, kalau GAS Jackson datang melanda lagi maybe I'll go for another Kelly or Rhoads. But that was another story...
Ibanez Gio GAX010LTD "Law Of The Jurassic Period" 2010 limited edition (Dinoscars) - Hype 2010 limited edition, claw marks and in-fact it's green! Other than that, it's just a plain Gio GAX series. Gitar ni sebenarnya telah membeloti dana-dana untuk membeli bass amp yang sepatutnya aku beli pertengahan tahun ni.
Akhirnya setelah berpikir panjang dan atas sebab bass amp lebih diperlukan waktu jamming berbanding gitar, aku let-go kepada member atas member (geng KORawk). Dengan dana-dana yang ada, aku kembali melaburkannya kepada projek asal yang pernah dibeloti oleh gitar ni. Walaupun ia self-proclaim "Ijau D. Koceng IDK signature series", aku tak menyesal pun let-go gitar ni.
_____
Daripada keenam-enam gitar yang pernah aku miliki, cuma Les Pirate sahaja yang aku rasa agak menyesal sebab let-go... Walaupun ia cuma jenama SX (yang mungkin dilabel sebagai "cap ayam" oleh sesetengah orang) but for me SX brand was the best low budget guitar out there in terms of brand name, playability, quality and sound. Maybe someday I'll go for another SX Les Paul copy, maybe?
Sekarang aku cuma menghadkan semuanya kepada dua gitar dan satu bass sahaja. I'm not a guitar collector in the first place, but in future, who knows?... Hahaha!
*GAS - gear acquisition syndrome (Wiki).
_____
Ada apa: Sorry Bro Sub, sebab cilok idea untuk tajuk entri hehehe...
Sebenarnya dah lama Nandung aku ni melepak kat rumah member aku. Rasa-rasanya semenjak aku beli Black Ice bulan Disember tahun lepas kalau tak silap. Memandangkan aku pun tadak masa nak main gitar tong (I'm more to electric), sekurang-kurangnya kalau aku letak kat rumah member aku ada jugak yang guna/main daripada ia berkarat dan berkulat kat bilik aku.
Tengahari tadi tiba-tiba member aku ni kata dia nak beli Nandung aku, sebelum ia "hancur" hahaha!... Apa punya istilah daa?~ Sebenarnya bukan dia yang rajin main, tapi anak buahnya yang suatu ketika dulu pernah kami (aku dan Bob Kandar) ajak jamming tapi tak masuk line sebab dia main clean-strumming Indie, kitorang main high-gain Metal ;)
Disebabkan aku beli dulu pun taklah mahal mana, jadi aku let-go pun dengan harga yang lebih kurang sama dengan harga dua kotak string D'Addario. Btw, Nandung ni merupakan gitar pertama yang aku beli, beberapa bulan sebelum aku beli Mephisto. Good bye Nandung...
_____
Ada apa: Thinking of buying an electro-acoustic guitar... Ah! Jangan nak macam-macam!
hari ni aku buat lawatan sosial ke fotomax colour lab, li hua plaza (kedai ni aku review sket2 dlm entry ni) utk kali kedua, smlm pun melawat jugak saja nak tgk amoi yg layan aku tu (lama2 tgk nmpk comel la plak... hehehe) tujuan lawatan hari ni ialah utk membeli sebuah gitar klasik (aka gitar tong). kenapa aku beli gitar tong klasik? as a practice guitar - tmpt aku nak praktis sblm aku beli gitar letrik (bila bajet dah cukup, dijangka sblm bln puasa) yg ditarget - sama ada ibanez GAX30, GRX20, GRG121 atau ESP LTD F-10 pack. tp aku ekceli mmg xreti main gitar, sbb tu aku main bass
sblm aku pi fotomax ni aku dah pi zoso music survey hrga kat situ, tp kat zoso gitar2 klasik mmg mahal sbb dia jual brand yg 'keras' sket - washburn, sakura, fina, starsun, takamine... semua RM200 ke atas. kat fotomax ni gitar klasik cuma ada brand pepatung je, kalau akustik-letrik ada byk pilihan. apa? pepatung? jgn gelak... sbb smlm dah survey + deal hrga + ngorat amoi, so hari ni kira purchasing day la... dgn rasminya, aku tlhpun menambah koleksi gitar aku dgn ahli baru - pepatung XA classic guitar
sblm aku review, for comparison control aku akan compare dgn gitar kapok mr. jo (pic kat bwh) housemate aku
features - 18 fret, 6-string, the cheapest quality classic guitar around bintulu town (kapok jo RM75-80 tp xde yg jual hrga mcm tu skrg) body ala2 dreadnaught, saiz standard sama mcm kapok jo. stainless steel tuning head disaluti plastik
sound - lps tune guna ibanez automatic tuner (yg included dlm set bass aku), sapu jim dunlop ultraglide 65 kat string, aku test sound... mmg kasar sket berbanding kapok jo, maybe string masih baru. bila aku suruh jo test power, dia tergelak besar sbb dia kata bunyi best (maybe pasal baru kot) aku suruh dia test power sepuas2 hati smbl aku buat blog ni. mcm2 lagu dia cuba dari rokapak (search & wings) joget, pop, lagu p. ramlee (getaran jiwa)... so in my opinion, aku bg 8/10
action, fit & finish - utk hrga RM85 it's a decent classic guitar wlupun finishing nya kurg memuaskan, xbrapa glossy, fret board pun nmpk kecacatan yg di 'cover' guna marker hitam. tp yg bestnya gitar ni lebih ringan berbanding kapok jo. maybe nnti aku decorate bg nmpk happening sket. ofkos ada gitar yg lbh baik drp gitar ni tp what u pay is what u get... aku xnak beli gitar klasik yg hrga cecah ratus2 nnti xterbeli plak gitar letrik yg diidam2kan. 1 more thing, tuner headnya keras... sakit tangan waktu tune, maybe nak kena adjust sket2 bubuh WD40
reliability & durability - seperti gitar2 tong klasik yg lain, kalau pukul kat kepala org (mcm style honky tonk man) ofkos gitar yg pecah bkn kepala. string maybe bleh bertahan bbrp tahun. tuning maybe kena check seminggu skali. so what did u expect from this guitar? pandai jaga tahan lama la... klu x nnti senang tumbuh kulat
impression - bg aku yg best gitar ni sbb ia warna hitam (klu warna hijau lg gempak) seragam dgn bass crows aku. headstock pun nmpk wicked (pic kat bwh) sesuatu yg ganjil utk gitar klasik. aku consider gitar ni as my practice guitar, tp xdela smpi dianaktirikan. jaga ttp jaga...
headstock yg ada unsur2 ibanez, angle tulisan pepatung tu mcm angle tulisan gibson. klu ada logo pepatung between tuner tu kan lagi bagus
mungkin akan menjadi kebiasaan, aku akan bg nickname utk gitar aku (bass ibanez aku nick crows fly black @ crows shj) pepatung ni aku nak bg nick... hmm, apa eh? a'hah! sbb ia brand pepatung aku bg nick NANDUNG hahaha! (fyi nandung tu ertinya pepatung la dlm bahasa brunei) nak bg nick dragonfly xbest la plak... oke nandung selamat dtg ke dlm koleksi gitar aku
to be continued...
_____
p/s: jo kata nnti bleh main 2-piece unplugged ala2 style yuna band
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-