Showing posts with label muf. Show all posts
Showing posts with label muf. Show all posts

Erectus - Saqang (EP)


Ini antara rilisan yang ditunggu sejak 2020...

Ketika aku menjadi bassist bidan terjun Erectus untuk gig Metuk Ulau Fest 2020, aku tiada rujukan rasmi untuk lagu-lagu mereka selain YouTube dan mp3 kualiti rendah rakaman awal. Ketika itu EP ini masih dalam proses mastering.

Batch terawal EP ini ingin didapati daripada distro Metuk Ulau Underground Voices atau Luk Lalai Studio, tapi terdapat masalah pada cetakan CD batch tersebut dan terpaksa dipulangkan semula kepada pihak pencetak.

Untuk batch seterusnya agak sukar didapati di Bintulu kerana selalu sold-out. Inipun diperolehi melalui platform Shopee dari distro Garage Palakbesi yang diusahakan oleh seorang rakan kepada rakan di Miri.

Bernaung di bawah MeNJREX NeRTO Production, proses rakaman di Luk Lalai Studio Bintulu, mixed and mastered oleh Dark-E (Sil Khannaz, Vociferation Eternity, Dissectomy) di Fingers Work Studio KL.

Memuatkan empat buah lagu - Komander Teragung, Saqang, The Ancient Throne Of Metal dan Gemersik Ritma. Hanya TATOM sahaja yang aku tak pernah dengar sebelum ini.

Bangga juga kerana ada nama aku dinyatakan dalam inlay. Dan menjadikannya pembelian CD pertama aku (walaupun cuma EP) untuk tahun 2022.

Juga disertakan dengan beberapa keping freebies antaranya gambar band Erectus bersaiz poskad dan beberapa flyers untuk rilisan tempatan yang boleh didapati daripada Garage Palakbesi.

_____
AADI: Jangan serik jika perlukan khidmat bassist bidan terjun lagi, hahaha...

Throwback Thursday: Erectus At Metuk Ulau Fest 2020


Terjumpa imej-imej ini di Facebook Daybad Lensa. Imej-imej persembahan Erectus semasa Metuk Ulau Fest 2020 paling jelas setakat ini.

Ini merupakan gig terakhir sebelum pandemik, bertarikh 12/01/2020 hampir dua tahun lepas. Juga gig tier paling tinggi aku setakat ini, menjadi pembuka untuk Pisuljer Insulter walaupun hanya menjadi bassist terjun Erectus.

_____
AADI: Azrul pun sekarang dah berambut pendek dan badan berisi.

Sekitar Metuk Ulau Fest 2020


Ahad (12/01/2020) - Aku cuba datang awal sekitar 12.30 tengahari untuk sessi soundcheck, tapi agak hampa kerana pentas dimonopoli oleh sebuah band (malas aku nak sebut nama) yang mengambil masa yang agak lama untuk soundcheck. Peralatan mahal dan canggih bukan alasan untuk soundcheck lama.


Erectus, nama yang agak otai dalam scene bawah tanah Bintulu. Tak pernah terfikir pun akan terbidan-terjun bersama-sama mereka sebagai session bassist untuk gig Metuk Ulau Fest 2020 ini.



Acara dijadualkan bermula pukul 3.00 petang, tapi aku balik rumah sekitar 3.15 petang untuk menguruskan hal keluarga dan anak-anak, menggantikan curfew yang biasanya pukul 6.00 petang. Kali ni ada pelepasan, sebab persembahan Erectus dijadualkan pukul 6.45 petang.


Kembali semula ke tempat kejadian sekitar 6.15 petang, sempatlah sekejap layan persembahan band Coregirun. Walaupun persembahan Erectus dijadualkan sekitar 6.45 petang tetapi diberi masa rehat 15 minit lagi sehingga pukul 7.00 malam.


Selesai persembahan, diberitahu pihak Insulter mengalami masalah bagasi (dari KK) dan equipment mereka tidak sempat sampai untuk persembahan. Sama seperti kes Suaka tahun lepas, Insulter terpaksa membuat persembahan dengan equipment pinjaman.


Bass ex-Tommy aku antara yang menjadi "mangsa", nasib baiklah tuan punya (si Korawk) memberi kebenaran (asalkan tiada battlescars). Michi amat bersopan santun ketika ingin meminjam bass tersebut.


Gitaris/vokalis mereka (aku lupa nama, nanti aku Google) nampak iras-iras James Hetfield waktu muda (era KEA). Persembahan mereka memang bertenaga, almaklumlah main thrash kena tip-top stamina.

Tapi penonton agak kurang bertenaga, mungkin sudah penat headbang dan moshing sejak petang. Waktu persembahan Erectus pun aku dah perasan, sebab aku kenal muka-muka yang kaki banging, kah kah kah...


Untuk satu lagu, mereka disertai oleh seorang gitaris tempatan, muka yang macam familiar tapi aku tak kenal (akhirnya dapat info, Jorn of Thrashit).


Selepas persembahan Insulter, aku cuba usaha untuk mendapatkan otograf Michi pada ex-Tommy tapi tak jumpa marker pen pula. Jadinya wefie sajalah sebagai pengganti ekspress.


Aku sebenarnya nak balik awal, tapi ditahan oleh Azrul untuk sessi fotografi bersama-sama Insulter. Dalam hati memang ada rasa nak ikut serta tradisi lepak-lepak makan pasca-gig. Tapi mengenangkan anak-anak di rumah dan hari esok kerja, jadilah Cinderella sebelum pukul 10.00 malam.


Juga berjaya mengepau merch Insulter daripada penganjur sebagai "sewa" bass. Dapatlah sekeping woven patch Insulter, kah kah kah... Kamon, akupun "sewa" bass ni daripada si Korawk, kira win-win lah kan? Patch ini akan diserahkan kepada Korawk, sebab kalau dengan aku tak ke manapun benda ni.

Ok, permulaan muzika 2020 yang memberangsangkan walaupun hanya session bassist. Untuk "band yang satu lagi", itu simpan untuk entri lain...

_____
AADI: Tak tahan asap rokok berkepul-kepul.

Wordless Wednesday: Michi And Tommy




_____
AADI: Gara-gara masalah bagasi...

Grooving Erectus


Aku letak gambar/video daripada Instagram Eternal Zine dulu bersempena gig Metuk Ulau Fest 2020 (headlined by Insulter). Nanti dah ada idea dan gambar, aku edit entri ni...



_____
AADI: Dengar-dengar gig Insulter di Keningau ada spekulasi...

Please Learn The Setlist In Five Days...


Sebelum ini sekitar penghujung 2018 pernah dijemput oleh Azrul untuk menyertai Erectus sebagai session bassist untuk rakaman EP terbaru mereka dan touring, kerana bassist asal Erectus telah "menghilangkan diri".

Tapi aku terpaksa menolak tawaran tersebut (terutama untuk touring) atas alasan keluarga, ketika itu baru menyambut cahaya mata ketiga.

Cilok dari Facebook MUUV.
Fast forward untuk gig Metuk Ulau Fest 2020, bassist baru mereka (dari Miri) pula tidak dapat hadir ke Bintulu. Worst case scenario, mereka akan bermain tanpa bassist jika tiada bassist gantian. Dan sekali lagi (minggu lepas) Azrul menjemput aku untuk mengisi kekosongan tersebut, dengan dua kekangan/cabaran:
  1. Aku perlu belajar dan berlatih bassline lagu-lagu mereka dalam masa kurang seminggu, tiga lagu baru dan dua lagu lama. Serius, sebelum ini aku tak pernah dengar lagu-lagu lama Erectus secara penuh.
  2. Aku sudah tiada bass, kedua-dua ex-Francesco dan ex-Tommy telahpun dilepaskan tahun lepas.

Erectus ada menyediakan bass, tapi aku agak ego segan untuk menggunakan bass orang lain. Semasa latihan di rumah aku menggunakan Nightfall (D-tuning) dengan patch "PlayYerBass" pada RP360 untuk bunyi emulasi bass, dan bercadang menggunakan rig sebegini pada hari kejadian.


Tapi beberapa hari sebelum full rehearsal aku berjaya meminjam *menyewa ex-Tommy aku daripada Korawk. Rindu pula dengan bass ni, dengan mojo warna "metallic forest" membuatkan aku lebih selesa. Fly Rig PL1 digunakan, semata-mata untuk fungsi compressor yang ada pada channel wasser.

*Ya kira sewa, nanti akan dibelanja dengan set tali baru...

_____
AADI: Idea tajuk entri daripada video Nightwish.

Wordless Wednesday: Fest, Without Project (Part 2)



Cilok dari Facebook MUUV.
_____
AADI: Überheblich, überlegen, übernehmen, übergeben, überraschen, überfallen, Metuk Ulau über allen.

Sekitar Metuk Ulau Fest


Sabtu (20/04/2019) - Dikatakan sebagai gantian untuk dua gig yang (terpaksa) dibatalkan iaitu Sarawak Metal Regime, Miri (20/04/2019) dan Rock In Sibu (21/04/2019). Band highlights - Suaka, Vociferation Eternity, Larrong - sepatutnya beraksi semasa SMR/RIS ada beraksi dalam gig ini. Dan jika tidak melibatkan masalah birokrasi, mungkin band Defiled juga dapat beraksi.

Tahi Suci.
Di Bintulu, pengurusan diserahkan kepada Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) dan Teresang Bong Bi Bi Club menjadi lokasi kejadian. Untuk entri ini, aku tidak mengulas, hanya entri malas kosong. Nantikan ulasan penuh dalam blog Geng Kereta Sapu atau Molotov Cocktailz.

Koersive Forse.
Pintu dibuka sekitar 2.30-3.00 petang, aku tiba sekitar 3.30 sempatlah mencari muka-muka yang dikenali untuk menempel. Persembahan bermula sekitar 4.00 petang oleh band penganjur *Tahi Suci sebagai pembuka gelanggang.

Nogas.
Kemudian diikuti oleh Koersive Forse dan Nogas, satu merupakan nama baru yang mula menunjukkan taring dan satu lagi merupakan taring besar dalam scene bawah tanah Bintulu mutakhir ini.

Nimang Ensera.
Sebelum habis persembahan Nimang Ensera, aku balik sekitar pukul 6.30 petang (terlepas curfew pukul 6.00) untuk menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.

Sebelah malam sempat menyempat untuk keluar, sampai sekitar 8.30 malam, terlepas pula persembahan Larrong.

Suaka.
Atas sebab-sebab tertentu, dikatakan equipment Suaka masih di Miri. Maka mereka membuat persembahan dengan equipment pinjaman.


Antaranya bass Warlock PFG5 (ex-Francesco) milik Herman Akmal dan RG7321 milik Edan (Tahi Suci).

Vociferation Eternity.
Dan persembahan Vociferation Eternity menjadi penamat. Kali ini line-up tidak disertai oleh Dr. Bentara dan Deadzid seperti gig mereka di Sibu beberapa tahun lepas.


Sempatlah juga masuk dalam family photo. Satu-satunya gesture "peace" dalam puluhan (ratusan?) gesture "cornas/maloik". Dan senyap-senyap meloloskan diri sekitar pukul 10.00 malam selepas mendapat talian hayat. Tamat.

*Kenapa bukan MUP? Metuk Ulau Fest tanpa Metuk Ulau Project? How ironic. MUP hanyalah cover band tanpa material sendiri selain PDAP, masih belum layak untuk beraksi dalam liga sebesar ini.

_____
AADI: Tak tahan asap rokok berkepul-kepul.

Wordless Wednesday: Fest, Without Project



Cilok dari Facebook MUUV.
_____
AADI: Backdated.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger