Ada Apa Dengan Leaves Pandan Coconut Milk Tea?


Entri makanan/minuman pertama pasca-C19, deria rasa dan bau walaupun belum pulih sepenuhnya tapi dah bolehlah cerita sikit-sikit untuk entri blog. Terjumpa perisa baharu untuk teh C special jenama Leaves iaitu perisa pandan kelapa di pasar raya E.

Mungkin perisa kali ini adalah untuk menyaingi jenama Three Tea yang sudahpun ada perisa pandan dan kelapa. Sama juga, rasa aromatik pandan dan lemak santan menenggelamkan rasa "sintetik" teh susu yang sinonim dengan teh susu paket/botol/tin.

_____
AADI: Selamat tinggal Mac, beberapa hari lagi nak puasa.

Wordless Wednesday: Bear + Deer



_____
AADI: Take beer hairy ray are.

JB Kontot (Part 2)


Seymour Duncan JB (TB-4) kontot dalam entri ini merupakan pikap yang sama dalam ex-Mr. Smith yang dilepaskan bulan April tahun lepas. Kenapa kontot? Ini kes tuan punya tak sabar nak tukar pikap, lalu mengambil keputusan untuk menyuruh "orang yang pandai elektrikal tapi tak ada pengalaman tukar pikap gitar". Jadinya, wayar pikap dipotong begini untuk "memudahkan kerja".

Biasanya pikap berjenama kalau dah kontot begini nilainya jauh menyusut, itupun nasib baik masih ada harga dan masih ada pembeli. Jadi aku dapat membelinya semula dengan harga yang murah (1/5 daripada harga asal).

Gambar atas sebagai rujukan panjang kabel asal JB ketika aku memasangnya. Ya secara sainsnya, kabel panjang dan bergelung begini akan memberi sedikit medan magnet pada litar (rujukan). Tapi nilai Tesla/Gauss yang dihasilkan tidaklah sampai tahap mengganggu medan magnet pikap dan litar secara amnya kerana voltan yang mengalir pun hanya beberapa mili Volt.

Ini juga sebenarnya merupakan projek semasa kuarantin, sama seperti restorasi Airbridge. Disambung dengan wayar 3-lead yang ada dalam stok aku (wayar untuk suis toggle 3-arah) panjang sekucupnya. Sempat dipasang sekejap pada Goldie (tak sempat gambar) untuk test power sebelum dikeluarkan dan diganti dengan set Alumitone/Deathbucker.

_____
AADI: Masih menunggu gitar perumah yang sesuai.

In Your Honour... Taylor Hawkins


Agak terkejut bila dapat berita tersebut, sebab aku follow Facebook/Instagram mereka dan hampir tiap-tiap hari ada info terkini tour mereka dari Amerika Selatan dan Australia/New Zealand sebelumnya.

FF yang baru saja menyambut ulang tahun yang ke-25 musim pandemik lepas. Dan baru sahaja mula tour pasca-pandemik tahun lepas bersempena album studio ke-10 mereka Medicine At Midnight (tajuk yang ironik) yang aku pun tak sempat jenguk lagi. Belum lagi cerita filem Studio 666 (tiada rilisan di Malaysia?).

Aku rasa Dave Grohl yang paling terkesan dalam band. Bromance antara mereka memang tidak dapat disangkal, terutama setiap kali ada temuramah. Lagipun Taylor pernah mengalami situasi begini seperti yang pernah diceritakan oleh Dave.

Menjadi drummer yang hebat dalam band yang sudahpun ada drummer yang hebat bukannya mudah...

RIP Oliver Taylor Hawkins, thanks for the music.

_____
AADI: Too alarming now to talk about...

Ada Apa Dengan Nestle Mochi Boba?


Kebelakanagan ini agak segan untuk buat entri makanan, sebab deria rasa dan bau aku belum betul-betul pulih pasca-C19.

Tapi ais krim Nestle Mochi Boba ini dibeli dan dinikmati awal Februari sebelum kena C19. Inipun kalau ikutkan istilah sebenarnya bukanlah ais krim, hanya mochi sejuk berinti boba. Mochinya lembut dan tak berapa melekit, inti boba taklah hype sangat, sebab kalau boba sejuk pastinya akan terasa sedikit keras dan mengecut seperti dalam ais krim Tealive Bobalicious.

Cuma kelemahannya, saiz hidangan yang kecil daripada tapak tangan, di dalam bungkusan ini ada lagi satu bekas plastik untuk memelihara bentuk bulat mochi. Sekali ngap boleh terus masuk mulut dan rasa tak puas mengunyah mochi yang kimochi~

_____
AADI: Harga pun tak berapa berbaloi untuk saiznya.

Throwback Thursday: TNOTB40


Selasa lepas (22/03/2022) album ini katanya menyambut ulang tahun yang ke-40.

Seperti yang aku katakan dalam entri 2010.

"...album ni tadak apa-apa nostalgic value, sekadar pelengkap koleksi aku walaupun ada beberapa lagu dalam album ni mempunyai memori tersendiri, tapi lagu tu semua aku dengar waktu dalam album kompilasi Best Of The Beast."
"Lagu favourite - Children Of The Damned, The Prisoner, 22 Acacia Avenue, Run To The Hills dan lagu epik Hallowed Be Thy Name. Lagu The Number Of The Beast aku tak berapa minat."

RTTH satu-satunya lagu dalam album ini yang pernah MUP cover dan dimainkan ketika Love & Peace Gig 2013 tribute kepada Cliff Burr yang baru meninggal ketika itu. HBTN pun pernah cover waktu jamming sahaja, tapi tak pernah lengkap mula sampai habis.

Mungkin ada masa nanti (dan bandmates lain sekepala) akan cuba cover The Prisoner dan/atau 22AA.

_____
AADI: I'm not a number, I'm a free man! Hahaha!...

Autism, Pencapaian Hidup


Isnin (21/03/2022) - Bermulalah sessi persekolahan 2022 dengan rasminya. Tahun ini agak mencabar sedikit kerana anak autistik aku Ijau Jr. kini masuk Tahun 1.

Gambar hiasan (sumber).

Mujurlah sekolah si kakak Lil'Ijau (dah Tahun 4, dah otai) ada kelas pendidikan khas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dapatlah dihantar kedua-dua mereka serentak. Tapi disebabkan kekangan isu semasa, hanya dapat menghantarnya sampai pintu pagar sekolah sahaja, tidak seperti ketika kakaknya tiga tahun lepas hantar sampai ke pintu kelas, hahaha...

Kiranya satu lagi pencapaian hidup (life's achievement) telah dilalui.

_____
AADI: Si kecik Arlo pula cemburu tengok abang dan kakak pergi sekolah.

The Pinetractor


Mengambil peluang klausa "tiket percuma" promosi VVVIP TGV minggu lepas, aku menebusnya untuk filem The Contractor.

30 minit pertama filem ini mungkin membosankan bagi sesetengah orang. Aku perasan 1-2 dengkuran dari belakang dan sebelah kanan aku semakin kuat. Tidak disangka ketika babak Berlin, cerita dan aksinya semakin menarik dan mendebarkan, ada bau-bau Bourne Identity.

Gambar cilok (sumber).

Tujuan sekunder pula semata-mata ingin menikmati *Royale Popcorn TGV yang pada pendapat aku popcorn yang paling sedap setakat ini. Selain 10% diskaun untuk ahli TGV Movie Club.

_____
AADI: *TGV Bintulu Boulevard cuma ada perisa double caramel sahaja.

Alumitone HSS Woody


Setelah lapan bulan tempoh bertenang, baru ada keinginan dan semangat untuk memasang set pikap Lace Alumitone HSS loaded pickguard yang tersadai ini pada Woody (Cort G200DX). Tujuan utama gitar ini diperolehi tahun lepas pun semata-mata untuk menjadi perumah kepada set ini.

Ironinya, kalau ikut harga pada website Lace, set pikap ini lebih mahal berbanding harga runcit Cort G200DX. Tapi mujurlah aku berjaya memperolehi kedua-duanya pada harga yang amat tersenyum.

Saiz dan dimensi pickguard G-series Cort tidak sama dengan pickguard Stratocaster Fender/Squier, jadi pickguard asal Lace tidak digunakan. Hanya elektronik sahaja dipindahkan ke pickguard G-series dengan sedikit modifikasi daripada konfigurasi volume/tone/tone kepada volume/tone sahaja.

Bila menjenguk bawah pickguard, tidak disangkal lagi pertukangan kayu kilang Cort memang ampuh sehingga ke dalam walaupun ia model murahan. Keseluruhan kaviti pikap siap dicat dengan cat konduktif (fungsi Faraday cage) dan juga mampu menampung konfigurasi HSH. Contoh kaviti pikap yang agak teruk boleh rujuk entri ini.

Set pikap asal Cort Powersound biasa-biasa sahaja. Aku tiada masalah dengan set single coil, tapi kurang berkenan dengan respons pikap bridge. Penyelesaiannya, kembali merujuk perenggan pertama tadi.

Pendawaian asal menggunakan komponen Alpha juga kemas. Hanya wayar output dan bumi (earth/ground) sahaja yang akan dinyahpateri. Selebihnya tidak diganggu, dibiarkan seadanya dan disimpan dalam arkib.

Dalam kesempatan yang ada, fret-fret yang agak kusam digilap sehingga berkilat menggunakan Dunlop System 65 Micro Fret Cloth. Ini akan menjadi rutin tahunan untuk kesemua gitar-gitar aku.

Sedikit modifikasi pada pickguard amat perlu untuk memuatkan pikap single coil Alumitone yang dimensinya berbeza berbanding single coil biasa. Pateri panas digunakan untuk potongan kasar, pisau untuk potongan halus dan diratakan dengan kikir.

Dan akhir sekali mengambil masa sekitar 10-15 minit untuk proses memasang elektronik, hanya perlu memateri wayar output dan bumi (earth/ground) sahaja. Masa lebih banyak dihabiskan ketika proses memotong pickguard dan menggilap fret tadi.

Dengan tambahan elektronik Amerika, gitar ini kini terasa semakin ampuh. Tema krom dan hitam Alumitone ini juga amat cocok dengan tema gitar, +1 dari segi penampilan. *Nak cerita pasal tona, rasanya tak perlulah, nanti temberang saja lebih. Tapi masalah yang dikesan seperti ketika set ini dipasang dalam ex-Mr. Smith (spacing related) tiada pada gitar ini - mengesahkan teori aku.

Juga dibelanja dengan set tali baharu GHS Boomers GB8.5 (8.5-40) diintonasi dan ditala E-standard. Gitar ini menjadi gitar bilik/harian yang sentiasa di atas stand. Juga akan dikhaskan untuk jamming dalaman atau persembahan bersama-sama geng tempat kerja yang lebih memainkan lagu-lagu mainstream sesuai dengan konfigurasi pikap HSS yang agak versatile.

_____
AADI: *Juga antara litar pasif yang senyap hampir tiada hum.

Throwback Thursday: 13 Tahun Berlalu


Pertengahan bulan Mac biasanya akan ada entri bragging rights milestone berhobi kegitaran aku. Paling banyak diceritakan dalam entri tahun 2019 bersempena #10yearschallenge (entri tahun terdahulu; 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2020 dan 2021).

Untuk tahun ke-13 ini ada tiga perancangan. Pertama, ingin kembali aktif bermuzika memandangkan isu semasa pun semakin pulih dan keadaan bertambah baik. Sudah ada lubang-lubang muzika terbuka, contohnya Gig Santai hujung minggu ini cuma MUP tak dapat turut serta kerana tak cukup korum.

Kedua, juga sudah mula berjinak-jinak menyertai kolaborasi YouTube Dead Eye Guitars (Calvin YiChen), yang mungkin akan menjadi acara tahunan bersempena perayaan dan sambutan tertentu.

Ketiga, yang tertangguh sejak awal 2020 iaitu menyiapkan 1-2 lagu yang setakat ini hanyalah cebisan-cebisan riff dan belum menjadi lagu yang sempurna. Lirik tu belakang kira...

_____
AADI: Entri GAS tahunan pun belum terbuat tahun ni.

Wordless Wednesday: Gig Santai Riego



_____
AADI: Dijemput, tapi terpaksa tolak sebab tak cukup korum.

The Battinson


Baru ada peluang menonton filem ini Jumaat lepas, seperti biasa di TGV Bintulu Boulevard. Itupun sebab mengambil peluang promosi VVVIP (yang sedang viral itu), selain masalah kesihatan pasca-C19.

Apa-apa filem Marvel atau DC yang masih menangani masalah tempatan dan tidak melibatkan masalah sejagat, super natural, makhluk asing atau entiti kosmik pasti terasa seronok. Contohnya filem ini yang lebih kepada filem thriller dan penyiasatan (hampir 3 jam!) berbanding filem adiwira.

Dan sebagai filem bertaraf reboot, aku berterima kasih kerana ia tidak menceritakan "origin" Batman itu sekali lagi. Pendapat aku Robert Pattinson amat cemerlang sebagai Batman, tapi agak janggal sebagai Bruce Wayne...

Adakah topeng Batman kali ini direka sebegitu semata-mata untuk menunjukkan garis rahang (jawline) Pattinson yang ikonik? Amat berbeza dengan topeng Affleck, Bale, Clooney, Kilmer, Keaton dan West sebelum ini.

Promosi VVVIP yang dimaksudkan, hujung minggu depan boleh guna untuk tengok filem lain hahaha...

*spoiler* kereta Penguin walaupun moden tetapi tiada air bag, atau air bag tidak berfungsi.

_____
AADI: Something in the way?

DiMarzioed Shiro


Set pikap DiMarzio PAF Pro/Super 3 dalam entri beberapa hari lepas adalah untuk dipasang pada Shiro (ESP Eclipse-II) menggantikan set EMG ALX/H1N yang telah dipindahkan ke dalam Deluxe bulan lepas. Ini merupakan kali ketiga Shiro ini bertukar pikap, ESP pun tidak terkecuali menjadi "mangsa" hahaha...

Gitar ini antara yang selalu berada dalam hardcase, dengan elektronik pasif sebegini tidak lagi perlu risau tentang kebajikan bateri jika disimpan lama berbanding ketika menggunakan EMG.

Masih mengekalkan potentiometer Bourns 500k dengan konfigurasi bridge volume/neck volume/master tone dan kapasitor Sprague Orange Drop 47nF (legasi YusTech) yang dipasang ketika menggunakan Alumitone/Deathbucker tahun lepas.

Aku tidak berkompromi kalau guna pikap DiMarzio, letaklah apa-apa kombinasi model high output pada bridge dan model medium/classic pada neck, pasti puas hati. Tapi set "heavy metal" PAF Pro/Super 3 ini dikhususkan untuk genre dan rig yang akan difokuskan untuk gitar ini.

Set EMG 81/60 asal disimpan dan tidak akan dilepaskan, mungkin boleh menjadi bahan eksperimentasi pada gitar lain.

_____
AADI: Ok, bila nak jamming?

Wordless Wednesday: MG-30 V3.1.7



_____
AADI: Ada 5150 modeling.

Sepasang DiMarzio Gelap


Ya kembali kepada jenama DiMarzio... Dua bungkusan diterima selang sehari, kurier berbeza tapi isinya jenama yang sama. Bungkusan pertama berisi DiMarzio Super 3 (DP152) F-spaced, merupakan unit terpakai diperolehi daripada seorang kenalan Jamtank Facebook yang pernah beberapa kali bertransaksi sebelum ini.

Pernah memiliki model ini tahun 2014, tapi seperti biasa bila sudah tidak ada gitar perumah dan perlu dana-dana segera, maka ia didagangkan semula. Kebelakangan ini amat sukar mencari model-model pelik pikap DiMarzio dalam pasaran (atas talian) termasuklah model ini. Mungkin disebabkan isu semasa dan pertukaran pengedar rasmi sedikit sebanyak mempengaruhi.

Bungkusan kedua berisi DiMarzio PAF Pro (DP151) diperolehi terus melalui website Bentley Music berbekalkan kupon Atome (bahaya skim BNPL ni). Sebelum ini aku hanya pernah menggunakan PAF 36th Anniversary (DP103) dan PAF Master (DP261), katanya karekter PAF Pro ini pula lebih moden berbanding PAF DiMarzio lain.

Bagi aku, PAF Pro ini merupakan pasangan yang sesuai dengan Super 3 di atas tadi baik dari segi sonik mahupun penampilan. Jika set classic rock PAF 36th/Super Distortion sebelum ini adalah team Jedi, set heavy metal PAF Pro/Super 3 ini pula team Sith. Hampir sama konsep, cuma pada sisi gelap...

_____
AADI: Rindu pula nak guna Super Distortion (DP100) dan D-Activator (DP220).

Antara Airbridge MP-1 Dan 603035


Juga antara projek semasa kuarantin. Pemancar sistem tanpa wayar Muslady Airbridge MP-1 ini rosak betul-betul sebelum persembahan Hi-Tea Kelab bulan November lepas. Baterinya tiba-tiba kembang sampai perumahnya merekah, nasib baiklah tak meletup.

Dibelikan bateri lithium-polymer baharu model yang sama 603035 melalui Shopee penghujung tahun lepas, tapi baru sekarang ada mood nak pasang. Mematerinya senang sahaja, cuma bila sudah berumur penglihatan agak merosot dan tempat memateri benda ini pun agak halus dan berbanding memateri elektronik gitar.

Sekarang ia sudah boleh digunakan, tapi hanya untuk di rumah atau jamming. Agak tidak sesuai untuk persembahan umum atau gig kerana perumahnya sudah retak, hanya dilekat menggunakan salotape. Sistem A8 pula memang tak boleh diharap langsung kah kah kah.

Mungkin tiba masa untuk melabur sistem tanpa wayar yang lebih berjenama, berbaloi tapi masih ekonomi contohnya Nu-X B-series.

_____
AADI: WGV-601 masih ok, cuma agak bulky dan masih guna teknologi FM.

Death Alumitone Goldie Reloaded


Mulanya set Lace Alumitone/Deathbucker ini ingin dipasang semula pada Shiro selepas set EMG ALX/H1N dikeluarkan. Tapi penampilan dan karekter bunyi set ini lebih unik untuk sebuah *Les Paul, maka ia dipasang semula pada abang long Goldie yang pernah menjadi perumahnya awal 2021.

Bersempena ulang tahunnya yang ke-10 tahun lepas, gitar ini kononnya direhatkan daripada tugas-tugas jamming untuk memberi laluan kepada gitar-gitar baharu beraksi contohnya Woody dan Tigera. Sebab itu ia dipasangkan dengan pikap murahan Epiphone Alnico Classic dan disimpan dalam hardcase.

Tapi aura/mojo gitar ini terlalu unik membuatkan ia akan sentiasa kembali dicapai. Dan selayaknya dipasangkan dengan set pikap yang setaraf mojonya.

Masih mengekalkan litar yang sama (50's wiring) tanpa modifikasi, keseluruhan projek hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit. Harapnya selepas ini aku tidak lagi gatal tangan menukar set pikap pada gitar ini. Ikut rekod, ini merupakan kali ke-13 gitar ini bertukar-tukar pikap sejak sedekad dalam axology aku.

Ini sebenarnya antara projek semasa kuarantin minggu lepas, hari ke 3-4 bila badan sudah tidak sakit-sakit mulalah mencari projek untuk menghilangkan kebosanan berkurung di bilik, selain bermain StarCraft II.

_____
AADI: *Dapat mengurangkan berat sekitar keseluruhan 100 gram.

Wordless Wednesday: Multi-FX Kuarantin



_____
AADI: B1Xon menang, sebab boleh guna bateri, tiada humming daripada adapter.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger