Showing posts with label bintulu. Show all posts
Showing posts with label bintulu. Show all posts

Sarawak Rock & Mob Kembali?


Dengar khabar komuniti muzik tempatan Bintulu ingin menghidupkan kembali aktiviti Sarawak Rock & Mob selepas lapan tahun menyepi.

Tapi kali ini dicadangkan secara kecil-kecilan dahulu, penyertaan hanyalah dalam lingkungan rakan-rakan terdekat dengan tema jamming santai beramai-ramai. Lokasi cadangan di Dewan Balairaya Kampung Jepak bulan Ogos atau September ini.

Namun, ia masih lagi dalam peringkat perbincangan.

_____
AADI: Masa untuk keluarkan IRT-X.

Throwback Thursday: Bintulu Dua Dekad


Hari ini genap dua 20 tahun aku bermastautin di Bintulu, cerita dekad pertama telahpun dibuatkan entri 10 tahun lepas. Dekad kedua hidupku di Bintulu lebih santai dan fokus menjadi family man, menguruskan tiga orang anak (seorang autistik) yang rasanya tak perlulah aku ceritakan lagi dalam AADI.

Imej cilok.

Bandar Bintulu pun pesat membangun, sudah jauh berbeza berbanding 10 tahun lepas, apatah lagi 20 tahun lepas. Cuma, kos sara hidup di Bintulu masih lagi tinggi berbanding bandar-bandar lain di Sarawak.

Setelah masuk fasa 4-series ketika musim pandemik lepas, barulah ada kesedaran tentang kesihatan diri, mula prihatin dengan penjagaan pemakanan (antara sebab kurang atau tiada entri makanan/minuman) dan paling gila-gila memilih sukan tinju dan menyertai PS Boxing Club awal 2023 lepas supaya ada bersenam dalam masa yang sama rasa enjoy. Alhamdulillah masih bertahan sehingga kini.

Seperti komuniti muzik, daripada komuniti sukan kombat ini juga kehidupan bersosial aku semakin berkembang. Jenis introvert macam aku ni agak sukar bergaul dengan masyarakat - hanya melalui muzik dan sukan kombat dapat aku bergaul dengan sebahagian komuniti di Bintulu yang sama minat.

#34.

Satu lagi cara radikal untuk aku kekal sihat ialah sentiasa menderma darah, cukup 3-4 bulan pasti aku akan menderma darah. Aku sentiasa follow Facebook Blood Bank Bintulu untuk mengetahui bila dan di mana mereka akan mengadakan program derma darah sekitar bandar Bintulu. Jika aku lepas saringan pra-derma, maknanya badan aku masih normal.

Ya, masih ada main muzik.

Muzik? Rakan-rakan lain pun sama seperti aku, bila sudah berumur dan berkeluarga, masa diluangkan untuk muzik semakin berkurangan. Tapi api aku masih menyala, kalau ada peluang untuk jamming, gig atau persembahan awam, memang aku tak lepaskan...

_____
AADI: Dwi-dasawarsa.

Ada Apa Dengan RM7.50? (Part 3)


Untuk tahun ketiga, Sarawak masih mengekalkan nilai RM7.50 untuk kadar zakat fitrah, lima kupon untuk kami sekeluarga. Seperti biasa, berapakah kadar zakat fitrah di tempat anda?

Dalam kesempatan ini AADI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI. Mungkin seminggu tidak ada entri.


Hasil kerja geng-geng ex-Bintulu Buskers dan REG Studio.

Tahun ini akan kembali beraya di Membakut beberapa hari, kemudian cuba untuk menghidupkan suasana hari raya di Bintulu pula.

_____
AADI: #shramzb

Boxing Diaries: September 2025


Bulan September masih menyertai sessi hanya seminggu sekali seperti bulan-bulan sebelumnya. Macam biasa kekangan masa dan kesihatan, kebelakangan ini asyik batuk. Dua minggu lepas, siap buat x-ray paru-paru sebab batuk berlarutan lebih sebulan. Nasib baiklah bukan sakit yang serius.


Paling muda 12 tahun, paling tua 45 tahun đŸ˜…

Lain cerita, Kejohanan Muaythai Piala Premier kembali lagi tahun ini berlangsung pada 19-21/09/2025 di lokasi yang sama Naim Paragon Street Mall. Namun tahun ini hanya sebagai penonton dan tidak terlibat (bawah panji PS Boxing) seperti tahun lepas dan 2023.

Agak sedikit berbelah-bagi kerana acara tahun ini berselisih dengan Pesta Layang-Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) 2025 yang berlangsung 17-21/09/2025. Dan malam Sabtu (20/09/2025) aku memilih untuk pergi ke Paragon kerana dah janji nak bawa anak-anak tengok muaythai berbanding menonton Battle Of The Band bersempena BIKF.

Apa yang menarik malam itu ialah ada perlawanan tag-team pro wrestling APAC antara The Retis Double K dan Bad Boy Hendo Ramli melawan Alpha Alfa Nazri dan Raga Ngadai. Yang pasti team Alpha dan Ngadai adalah face malam itu.

Bagi yang biasa tengok pro wrestling dan faham segala gimik dan kayfabe (seperti aku) memang terhibur. Segala taktik yang biasa kita tengok di TV semua keluar - referee pengsan, guna kerusi, lawan luar gelanggang. Secara amnya, sambutan penonton lebih meriah berbanding perlawanan muaythai.

Juga ada berlangsung Kejuaraan Silat Tertutup Bintulu 2025 yang menyaksikan persembahan pelbagai (sembilan?) persatuan silat seluruh Sarawak selain perlawanan silat olahraga. Cuma agak kesianlah segala kelengkapan ala kadar tidak segah muaythai di sebelah sana. Mungkin dana terhad atau tiada penaja? Teringat zaman-zaman aktif bersilat cekak (PSSCM) ketika siswa USM 1997-2000.

Selain itu juga ada perlawanan dart dan e-sports memeriahkan suasana Paragon yang sekian lama sunyi daripada pengunjung.

_____
AADI: Terhibur anak autis aku tengok wrestling.

Sepagi Di Pantai Tanjung Batu


Ahad (20/4/2025) - Tiap kali kalau anak-anak ajak ke Pantai Tanjung Batu Bintulu awal pagi untuk bermain pasir healing-healing, aku akan mengambil peluang untuk *jogging dan brisk walk sepanjang laluan pejalan kaki di kawasan ini.

Kali ini aku berjalan sampai ke area Pusat Falak Bintulu. Semenjak ia siap dibina penghujung 2022, inilah kali pertama aku meronda premis ini yang terletak di hujung Pantai Tanjung Batu. Ini merupakan antara tempat rasmi untuk mencerap anak bulan di Sarawak.

Kawasan pelantar bulat itu tempat untuk mencerap anak bulan, tak dapat naik sebab berpalang off-limits untuk orang awam. Mungkin dapat melawat atau masuk pada hari biasa dengan temu janji, mungkin.

Habis meronda area pantai, menyimpang pula naiki Bukit BDA sehingga ke atas Wisma BDA (rujuk entri 2010). Serius, bila badan dah biasa bersukan dan stamina pun tinggi (boxing beb), naik satu round memang belum terasa penat, teringin pusingan kedua tapi masa tidak mengizinkan dan turun kembali ke bawah.

Pantai ini dulunya pernah sekejap diberi nama Pantai Temasya Bintulu, tapi aku tak pasti kenapa ia kembali digelar Pantai Tanjung Batu. Termasuk bukit tadi, dapatlah bergerak dalam jarak 5-6 km dengan elevasi sekitar 10 meter (rujukan app).

Kemudian kembali bersarapan ala piknik dengan keluarga di tepi pantai. Mrs. Ijau memasak rendang kerbau (ya kerbau) yang dagingnya dibawa eksklusif dari Kampung Pimping stok raya beberapa minggu lepas. Dimakan bersama kelupis (sejenis variasi pulut) yang dibuat oleh kakak aku (mak Aizuddin Madani), juga stok raya disejuk-bekukan dan dibawa ke Bintulu.

_____
AADI: *Lutut tak tahan kalau jogging lebih 10 meter.

Ada Apa Dengan RM7.50? (Part 2)


Untuk tahun kedua, kadar zakat fitrah untuk negeri Sarawak ialah RM7.50 dan lima kupon untuk kami sekeluarga. Seperti biasa, berapakah kadar zakat fitrah di tempat anda?

Dalam kesempatan ini AADI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI. Mungkin seminggu tidak ada entri.

Tahun ini perancangan akan beraya di Mukah bersama adik-beradik Mrs. Ijau yang muslim, ada sedikit gathering keluarga di sana. Hari raya ketiga barulah perancangan balik Membakut.

_____
AADI: #shramzb

Banjir Bintulu 2025


Patutnya cuti CNY lepas kami balik Dalat bercuti, tapi terpaksa ditangguhkan kerana kami sekeluarga demam flu bergilir-gilir. Aku mula kena demam Jumaat 24/01/2025, sakitnya seperti kena C19. Kemudiannya Mrs. dan anak-anak. Sehingga entri ini ditaip, masih lagi batuk-batuk dan sakit kepala.

Selasa 28/01/2025 - Hujan mula turun dari sebelah petang berlarutan sampai malam, ditambah pula dengan air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan berhampiran sungai dan parit besar mula dinaiki air.

Rabu 29/01/2025 - Banjir mula melepasi paras bahaya di beberapa tempat, di kawasan perumahan aku lorong hujung sana jalan sudah dinaiki air, mujur bahagian hujung sebelah sini tinggi. Bekalan elektrik mula tiada sekitar 3.00 petang, maka bergelaplah kami sepanjang malam.

Bergilir-gilir dengan Mrs. sepanjang malam memantau paras air. Kami sudahpun bersedia sekiranya terpaksa bug-out. Syukur alhamdulillah, air tidak naik lagi di kawasan aku. Gambar di atas itulah paras paling tinggi yang aku rekodkan.

Khamis 30/01/2025 - Seawal 8.30 pagi aku sudah mula keluar mencari farmasi yang buka untuk stok bekalan ubat demam, batuk dan asma anak. Berkesempatan juga memantau kawasan kejiranan yang terjejas dengan banjir. Memang teruk banjir kali ini, kalah banjir pada penghujung 2013 (malam sebelum Rock Nite 2013).

_____
AADI: Memang seperti tiada sambutan CNY di Bintulu tahun ini.

Boxing Diaries: August 2024


Bulan Ogos ini hanya sempat menyertai empat sessi sahaja. Lebih kurang seminggu combat gym ditutup untuk memberi laluan kepada altet Muaythai SUKMA berlatih.

Beberapa orang jurulatih PS Boxing dan PS Muaythai juga bertugas semasa SUKMA.

Selain atlet Muaythai Sarawak, atlet dari negeri lain pun katanya ada berlatih di sini, kalau tak silap team Melaka dan Wilayah.

Cerita pasal Muaythai SUKMA pula, sempatlah menjenguk di Paragon Bintulu bersama keluarga pada sessi hari Sabtu 17/8/2024. Macam mana meriahnya seperti yang ditonton di TV dan media sosial, begitulah meriahnya suasana di sini.

Anak ketiga aku si Arlo (6 tahun) menunjukkan minat pada Muaythai, sejak hari pembukaan pun memang sudah dibawa oleh nenek (gelaran pengasuhnya) untuk menonton Muaythai SUKMA. Sampai-sampai di rumah memang dia terus mencari gloves kakaknya dan ajak ayah ber-Muaythai. Tunggulah nanti sampai umurnya lapan tahun kalau masih berminat, baru aku lepaskan untuk ber-Muaythai.

_____
AADI: Agi idup agi bebukut.

Wordless Wednesday: Cendoling @ Menyendol



_____
AADI: Lokasi premis di sini.

Ada Apa Dengan RM7.50?


Setelah sepuluh tahun dengan nilai RM7.00, tahun ini kadar zakat fitrah untuk negeri Sarawak bernilai RM7.50 pula, naik 50 sen sahaja tatkala kos sara hidup dan harga barangan makin naik.

Seperti biasa, lima kupon sahaja... Aku, Mrs., Lil, Jr. dan Arlo. Diselesaikan seawal mungkin sebelum balik beraya minggu depan.

Soalan tahunan, berapa kadar zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: #shramzb in advance.

Flashback Friday: Tiga Skrin, Tiga Memori


Gambar terakhir sebelum dihantar ke pusat pengumpulan barangan e-waste Sabtu minggu lepas. Tiga skrin yang memiliki tiga memori berbeza.

1) Monitor (aku lupa jenama) 16" - Monitor PC pertama aku ketika fasa menganggur di kampung Januari-April 2006. Gaming PC aku ketika di Penang aku bawa balik, tapi monitornya terpaksa dijual kerana tidak ekonomi untuk dibawa balik. Monitor inilah menjadi pengganti supaya aku dapat gaming beberapa bulan di kampung sebelum dapat tawaran bekerja di Bintulu.

Sebelum musim PKP aku bawa ke Bintulu kononnya untuk digunakan di sini, tapi akhirnya terbiar jua dalam stor kerana sudah tidak relevan menggunakan monitor CRT.

2) TV Ichiban 19" CRT - TV yang dibeli menggunakan gaji pertama aku bekerja di Bintulu, bersama-sama langganan pertama Astro Jun 2006. Waktu itu dengan bil bulanan hanya RM50 dapat layan tiga pakej - variety, learning, sports- selain pakej asas. Inilah TV fasa bujang, beberapa kali diusung kerana berpindah-pindah rumah sewa. Kenangan layan WWE, TNA, Akademi Fantasia, Maharaja Lawak, Piala Dunia dan Animax bersama rakan-rakan serumah sewa.

Masih berfungsi, tapi selepas perolehan item perenggan di bawah, ia menjadi penghuni tetap dalam stor.

3) Sharp Aquos 32" LCD - Pernah dibuatkan entri dalam AADI pada tahun 2012, penangan ketika mula-mula bertukar kepada Astro B.Yond dan tak puas hati dengan paparan TV Ichiban tadi. Inilah TV yang mengingatkan aku pada fasa bergelar ayah, kerana layan Astro Ceria, Disney XD dan Moonbug Kids bersama anak-anak.

Bertahan 11 tahun (sebaya anak dara aku si Lil'Ijau) sebelum paparannya kembang dan warna pudar pada tempat kembang tadi. Ditamatkan perkhidmatannya awal tahun ini dan digantikan dengan jenama dan model sama tapi berteknologi LED dan saiz yang lebih besar.

_____
AADI: 80-90an dulu TV 14" layan sekeluarga.

Boxing Diaries: November 2023


Bulan kedua PS Boxing beroperasi di gym baharu Sapphire Fitness Gym 69 & Combat Sports Gym. Kelengkapan gym kombat baharu termasuk gelanggang bersaiz standard berlabel Bintulu Fight Team sudahpun siap dipasang sepenuhnya minggu lepas, membuatkan gym ini nampak lebih profesional untuk kedua-dua kelab PS Boxing dan PS Muay Thai.

Dengan 10 buah heavy bags dengan tema yang seragam (logo Sapphire Gym x Bintulu Fight Team) digantung pada sistem landasan untuk lebih mudah alih, teringat aku akan filem-filem siri Never Back Down.

Lantai juga sudah dipasang dengan tikar tatami kombat tebal, dah boleh berguling-guling kalau nak main Brazilian Jiu-Jitsu. Jenis ini juga mudah dicuci dan disanitasi berbanding tatami yoga di gym lama.

Selain itu, terdapat juga dua unit speed bag, antara yang teringin aku nak cuba sejak menonton filem Rocky berpuluh tahun lepas. Benda alah ni agak tricky, kena ikut ritma tersendiri. Kalau tak malar tersasarlah tumbukan.

Replika gelanggang pun ada.

PS Boxing Club juga menjadi gym duta Deka Malaysia untuk acara Deka Mile yang akan berlangsung di Bintulu bulan Disember ini.

Sekarang sudah bulan November, tak terfikir pun aku mampu bertahan dengan rejim latihan tinju yang agak intensif sejak Januari. Jurulatih pun kini memberi aku beban latihan yang sama dengan beban fighter yang lain, termasuk sessi sparring, no more excuses. Tidak seperti ketika 2-3 bulan pertama menyertai, biasanya beban hanya 1/2 atau 1/3 daripada beban fighter. Faktor usia aku juga masih lagi menjadi motivasi untuk ahli-ahli baharu yang lain.


[Added @ 23/11/2023]

_____
AADI: Nanti buat entri sinopsis tinju 2023.

Wordless Wednesday: Squared Circle





_____
AADI: New gym, new ring.

Sekitar Kejohanan Muay Thai Piala Premier Sarawak


Sabtu (28/10/2023) - Kejohanan yang berlangsung 24-29/10/2023 di Naim Street Mall Paragon Bintulu, tapi yang menarik pada hari Sabtu ada slot khas lima perlawanan tinju pada sebelah pagi. PS Boxing menghantar empat orang fighters untuk bertanding.

Aku datang awal sekitar 8.30 pagi untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan sepertumbukan, dengan memakai t-shirt PS Boxing supaya senang menyelit-nyelit.

Sempatlah juga berjumpa dengan Jojo (Johan Ghazali) yang mempromosikan barangan One FC dan Rentap Muay Thai Gym. Belilah sehelai t-shirt Rentap FC sebagai tanda sokongan, akan dibuat entri berasingan kelak.

Acara tinju bermula sekitar 10.00 pagi. John (kategori 57 kg) dan Patrick (kategori 71 kg) antara fighter senior PS Boxing yang selalu menjadi rakan sepertumbukan ketika sessi sparring, umur mereka pun dikira masih muda (penghujung 20an).

Bunyi letup-letup tumbukan jelas kedengaran kerana tiada muzik runut dimainkan seperti ketika perlawanan Muay Thai.

Dengan sukan tinju, dapat berkenalan lagi dengan geng-geng Bintulu Fight Team yang terdiri daripada ahli PS Boxing dan PS Muay Thai yang *berkongsi gym yang sama. Dan ada beberapa ahli PS Muay Thai juga menyertai kelas tinju.

Introvert macam aku ni susah nak bergaul dengan orang, kecuali mereka-mereka yang memiliki hobi dan minat yang sama. Selain main muzik rock/metal, sukan tinju ini antara pembuka networking baharu...

_____
AADI: *Ngilu tulang keting tiap kali tengok latihan geng Muay Thai.

Boxing Diaries: October 2023


Bulan pertama PS Boxing beroperasi di gym baharu Sapphire Fitness Gym 69 & Combat Sports Gym. Lokasi yang lebih dekat dan strategik, premis pula lebih luas untuk menampung kedua-dua kelab PS Boxing dan PS Muay Thai.


"Uncle" cuba untuk low-profile di belakang mengelak lensa kamera.

Kebanyakkan peralatan yang dibawa dari gym lama seperti punching bag masih belum dipasang, gelanggang tinju bersaiz standard yang dipesan dari China pun masih belum sampai. Terasa janggal bila sessi pertama memakai kasut kerana lantai gym masih belum berlapik.

PS Boxing juga ada menganjurkan kelas percubaan percuma pada sessi Rabu 11/10/2023 yang lepas untuk menarik minat ahli-ahli baharu yang berpotensi. Tapi ketika itu "uncle" tiada kerana cuti seminggu balik Membakut menziarahi ibu yang kurang sihat di kampung.

*Agak seronok setiap kali ada muka-muka baharu turut serta sessi, mengingatkan aku seperti ketika aku mula-mula menyertai. Dan berteka-teki berapa lama agaknya mereka mampu bertahan dengan rejim latihan tinju yang ekstensif.

Juga berjaya membuktikan kepada Mrs. Ijau yang aku bertinju untuk kesihatan. Setelah membuat pemeriksaan kesihatan penghujung bulan lepas, banyak parameter kesihatan kembali ke paras normal terutamanya paras gula dalam darah berbanding tahun lepas pada paras prediabetes. Sasaran untuk lebih sihat, turun berat badan itu bonus.

_____
AADI: *"Uncle" masih memegang rekod paling tua veteran setakat ini.

Throwback Thursday: BIKF 2023


Festival Layang-Layang Antarabangsa Bintulu (BIKF) kembali lagi tahun ini setelah empat tahun menghilang akibat pandemik, kali terakhir BIKF 2019.

Tak banyak gambar yang menarik, inipun gambar-gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke GSC Bintulu untuk menonton filem The Creator minggu lepas.


Disebabkan peristiwa tragik minggu lepas, hanya sempat membawa anak-anak di area gerai-gerai jualan petang Sabtu sebagai cukup syarat.

Anak autistik aku memang takut gila dengan patung pneumatik gorila besar dan mereka-mereka yang memakai kostum haiwan di tengah-tengah tapak pesta.

_____
AADI: Lama tak main layang-layang.

Moody Monday: II


Seperti tidak percaya mendengar berita tragik pagi Jumaat lepas. Mangsa adalah rakan sepermainan anak-anakku ketika di kediaman lama, ayahnya merupakan rakan sekerja. 10+ tahun membesar depan mata sebaya anak dara aku si Lil'Ijau.

Kami berkesempatan menjaganya ketika masih kecil, terutama Mrs. Ijau yang rajin melayan anak-anak kejiranan seperti anak sendiri. Juga terikut-ikut memanggil kami dengan gelaran "ayah" dan "ibu" ketika itu atas pengaruh anak-anak kami.

Anak autistik aku si Ijau Jr. pula taknak sekolah sebab nak ikut perjalanan terakhir mengiringi jenazah dari rumah ke gereja St. Thomas dan seterusnya ke tanah perkuburan Anglican Bintulu pagi tadi. Sedih budak autistik ni lain macam, sampai demam dibuatnya.

_____
AADI: Tuhan lebih menyayangimu.

T-Shirt PS Boxing Club


T-shirt rasmi PS Boxing Club x Bintulu Boxing Association (BBA) yang sudah sekian lama dipesan sejak diiklankan sebelum bulan puasa. Tapi pembikinan dan penghantaran tertangguh kerana pihak yang menguruskan katanya terlibat dalam Sukan SEA Cambodia.

Nasib baiklah ada opsyen saiz gergasi 4XL, tapi bila dipakai aku rasa saiz 3XL lebih optimum untuk saiz aku sekarang (dah slim kot?). Warna hitam dan susunan logo-logo mengingatkan aku kepada design t-shirt ESP Malaysia yang selalu aku pakai ketika sessi latihan.

PS Boxing Club bernaung di bawah BBA, yang mana presiden BBA itu sendiri merupakan jurulatih kami, Coach Ting.

Di bahagian belakang pula ada logo beberapa entiti - Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Sukan Negeri Sarawak, PS Boxing Club, Persatuan Tinju Malaysia dan Sarawak Sports Corporation (lengan kiri). Aku pasti yang PS Boxing Club dan BBA adalah berdaftar di bawah kesemua entiti ini.

Sejak Januari sehingga kini, aku hanya turut serta sessi latihan di PS Boxing Club secara walk-in dan belum terlintas untuk menyertai secara rasmi (isi borang dan bayar yuran bulanan). Boleh diusahakan nanti, dapat juga diguna untuk pelepasan cukai klausa 8 iii. dan 9a ii. (ikut taksiran 2022).

_____
AADI: Selamat ber-September.

Pindah


Memulakan bulan Ogos dengan berpindah ke kediaman baharu, agak sedih juga meninggalkan kediaman lama kerana memori mendiaminya lebih 11 tahun, sebaya umur anak sulung aku si Lil'Ijau.

Di kediaman baharu, sengaja aku susun axology aku begini, selain sessi fotografi arkib (untuk entri ini) juga sebagai prank kepada Mrs. Ijau. Nampak banyak, tapi sebenarnya ada 10 unit sahaja - Goldie, Candy, Tommy, Francesco, Sven, Shiro, Tigera, Chucky, Swede, Dinky - selebihnya hanyalah gigbag dan hardcase kosong. Jika ada peluang, teringin untuk melepaskan beberapa unit lagi...

Ya, masih menyewa kerana harga hartanah di Bintulu ini memang tidak munasarawakbah, agak tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri. Nasib baiklah kami dikelilingi oleh insan-insan yang berhati mulia, segala proses perpindahan berjalan lancar dan dipermudahkan.

_____
AADI: Terkejut Mrs. Ijau.

Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 10)


Untuk sepuluh tahun berturut-turut (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022), Sarawak masih lagi mengekalkan nilai RM7.00 untuk kadar zakat fitrah.

Juga sudah "move-on" daripada mengenangkan peristiwa seperti yang diceritakan dalam entri zakat fitrah dua tahun berturut-turut sebelum ini. Lima kupon sahajalah...

Soalan tahunan, berapa kadar zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: #shramzb, rehat berblog beberapa hari.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger