Showing posts with label nat-geo. Show all posts
Showing posts with label nat-geo. Show all posts

Moody Monday: The 90s


Imej cilok.
Setelah menonton episod ketiga dokumentari The 90s: The Decade That Connected Us (kesinambungan The 80s: The Decade That Made Us) di saluran National Geographic malam tadi, membuatkan aku terkesima seketika...

Jika 80an merupakan dekad berfantasi (budak-budak lah katakan), 90an pula boleh aku katakan dekad pembelajaran dan menimba ilmu secara serius - UPSR 1991, PMR 1994, SPM 1996 dan seterusnya diploma 1997-2000 (tak sambung ijazah sebab GCPA diploma cukup-cukup makan).

Begitu juga dengan dunia ICT, dekad 90an aku mula mengenali DOS, Windows, Office, Internet, PC gaming, dll. Tak lupa dengan ilmu perkakasan (hardware installation, troubleshoot, maintenance) yang diperolehi semasa bekerja sambilan sebagai technician di sebuah premis jualan dan servis komputer di Sungai Dua, Penang.

Nostalgik.
Muzik dan hiburan? Aku mula meminati muzik selepas memasuki sekolah menengah (faktor rakan sebaya tidak dapat dinafikan). Bermula dengan pop semasa, new jack swing, bertukar menjadi alternatives, grunge, heavy metal. Hiburan lain? Mungkin sebagai seorang PC gamer terutamanya yang bergenre FPS, mula menjadi-jadi pada penghujung 90an.

Somehow, someway?
Kesimpulannya, bagi mereka yang sebaya dengan aku (3-series), dekad 90an merupakan dekad acuan personaliti, dekad yang bertanggungjawab menjadikan siapa kita pada hari ini.

Bersambung?...

_____
Ada apa: Bangga menjadi generasi X.

Kacang Pengunci Gotoh


Terjemahan langsung daripada "Gotoh locking nut".

Salah label ni, patutnya GHL-2-G.
Menyahut cabaran cadangan Yustech dan Hisham D dalam entri dilema yang lepas. Setelah meredah katalog eBay, akhirnya aku terjumpa locking nut Gotoh GHL-2 yang dilelong dengan harga yang agak menarik US$15.00 (RM50.16) termasuk kos pengeposan (harga runcit di Malaysia sekitar RM100-120).

Gold set.
Set ini disertakan lengkap dengan penahan tali (string retainer), tiga keping shim berlainan ketebalan dan sebatang hex (Allen) key.


Entri Mikro: Selamat ulang tahun D-Day yang ke-70.
Entri lama.


Lebar nut pada Mirage aku berukuran 43 mm, sepatutnya lebih sesuai menggunakan model FGR-2 berbanding model GHL-2 yang berukuran 41 mm. Tapi disebabkan hanya model GHL-2 berwarna emas sahaja yang ada dilelong, hentam sajalah asalkan neck lebar berbanding nut, jangan sebaliknya...


Gitar-gitar ESP George Lynch pun lebih kurang begini keadaannya, lebar nut (43 mm) lebih kecil daripada lebar neck (45 mm). Cuba perhatikan gambar di bawah, nampak ada gap dalam 1 mm?

Imej Bmusic.
Secara teorinya dengan setup begini tali pertama dan keenam susah untuk "terkeluar" fret semasa bending - mungkin begitulah pendapat Mr. Scary kot?

Buat masa ni ia disimpan sebagai stok, guna locking nut cap ayam dulu. Atau kalau ada masa (tak malas) aku akan memasangnya semasa proses pemasangan tali gitar baru pada Mirage kelak.

_____
Ada apa: Beberapa hari ni pasti ada rancangan menarik berkaitan D-Day di saluran History, Nat-Geo dan Discovery.

Antara Nat-Geo Dan D-Day


Entri ringkas hari ni bersempena dengan ulangtahun ke-68 D-Day (6/6/1944), satu daripada "back-issue" majalah National Geographic (Nat-Geo) dalam arkib aku yang sempat aku snap waktu mengorek koleksi PC Gamer awal Januari lepas.

Ia merupakan keluaran Jun 2002, tapi aku membelinya tahun 2005 di sebuah kiosk menjual buku terpakai di Ampang Point. Tak dapat nak buat ulasan pasal majalah ni, sebab ia ada di kampung - tapi yang pasti, ceritanya lebih kurang macam beberapa dokumentari mengenai D-Day yang disiarkan di saluran Discovery, National Geographic dan History sepanjang minggu ni.

_____
Ada apa: Esok pula, ulang tahun pertama pertabalan di-Raja.

green day - dookie & used nat-geo magazine


isnin lps 27/7/2009 bungkusan ni smpi, tp bkn dari luar negara... local je, guna pos ekspress. brader posmen yg sengih2 jmpa aku tu pun kata kali ni xpyh sain, heh. ekceli brg dlm bungkusan ni pun brg yg aku order kat ebay, tp user local la aribooktrader from selangor

apa isi kat dlm? used cd green day - dookie yg aku beli dgn hrga RM20.00 dan majalah national geographic magazine back issue keluaran october 2000 hrga RM3.00 dan RM2.00 utk kos penghantaran. kronologi? xpyhla, mggu lps aku order duit bank-in kat bank cap rimau then emel sket2 xsmpi smggu dah smpi, yela kan local... pos ekspress dia hntr hari jumaat, isnin dah smpi

green day - dookie

dah lama aku cari album ni. slalu bid kat 1 cent cd ebay asyik kalah je, aku mls nak bid tggi2 lgpun xnak beli yg baru sbb aku bkn kumpul pun album2 green day ni. aku cuma minat album green day yg ni dan album 2nd insomniac, album2 slps tu aku mcm dah xberminat

(c)(p) reprise records, a time warner company, made in usa. eh? us press... aku ingatkan m'sian press. jewel case dah seasoned sket tp inlay dah cd dlm keadaan like new

tracklist

  1. burnout
  2. having a blast
  3. chump
  4. longview
  5. welcome to paradise
  6. pulling teeth
  7. basket case
  8. she
  9. sassafras roots
  10. when i come around
  11. coming clean
  12. enemius sleepus
  13. in the end
  14. fod
  15. all by myself (hidden track)

lagu febret? hmpr semua lagu dlm album ni best... era alternative aku bermula dgn lagu2 green day yg selamba bersahaja dan simple tune. aku rasa selain lagu2 nirvana, ramai yg blajar jamming dgn lagu2 green day, btl x?

nostalgic value - antara album pertama yg mendedahkan aku kpd muzik alternative (selain the offspring - smash) back in 1994-95. time tu baru lps pmr nak masuk form 4, tgh tercari2 identiti diri dan self esteem. tp dulu2 slalu pinjam kaset classmate aku (ayie) atau pinjam takilala punya

lagu2 green day ni terutamanya basket case dan when i come around slalu masuk radio muzik (skrg muzik.fm) dan radio 4 (skrg ni traxx.fm) 1994-95 zmn ledakan lagu2 alternative. kira mmg best la dgr lagu2 alternative time tu, termasukla local scene oag - 60's tv dan saturnine - grey (nak cari cd saturnine)

bila dah bosan layan alternative, aku try plak layan grunge, hard rock dan seterusnya metal... makin keras, keras dan keras...

ada apa dgn majalah national geographic?

aku jugak beli majalah national geographic (nat-geo) ni drp user yg sama, back issue keluaran oktober 2000. dia ada byk nat-geo back issue, mula2 nak borong semua sbb dia jual RM3.00 per issue... tp aku rasa yg ni mcm menarik covernya, yg lain tu maybe next time la

antara bahan bacaan aku selain chip, max-it dan pc gamer. pd pndpt aku, majalah nat-geo ni wlupun dah jd back issue tp artikel2nya masih lg sesuai dibaca (xmcm majalah2 pc, yg artikelnya cpt obsolete). klu nak beli yg latest issue ofkos mahal, kat bintulu ni hrga yg latest mencecah RM15, tp klu cari yg back issue dorg jual dlm RM4.90 biasanya isu2 thn lps

btw, tanamkan minat suka membaca... hehehe. tp aku rasa yg ada background sains je minat bahan bacaan mcm ni. lgpun bila baca nat-geo ni byk fakta2 sains, sejarah, geografi, fotografi dan pengetahuan am yg kita bleh tau selain memperkukuhkan pemahaman bahasa inggeris kita (klu malas baca, buka je astro channel 553)

_____
p/s: hmmm... green day, nak try cover bassline lagu2 dlm album dookie ni

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger