Showing posts with label mercyful fate. Show all posts
Showing posts with label mercyful fate. Show all posts

Denner/Shermann - Masters Of Evil


Bagi peminat Mercyful Fate pastinya meremang bulu roma mendengarkan kerja gitar Michael Denner dan Hank Shermann dalam album-album klasik MF. Dan pastinya amat teruja bila mendengar berita rilisan album ini. Dah sebulan lebih diperolehi daripada Rock At Large, tapi baru nak terbuat entri.


Muka depannya seperti gabungan Melissa (tengkorak) dan Don't Break The Oath (tangan dan tema warna kuning). Tengok tajuk-tajuk lagu - Angel's Blood, Son Of Satan, The Wolf Feeds At Night, Pentagram Di Atas Pusara And The Cross, Masters Of Evil, Servants Of Dragon, Escape From Hell dan The Baroness - pun dah terasa lagu-lagu jahat, kesetanan dan black metal gitu.


Tapi aku agak sedikit kecewa, rasanya 4-5 lagu permulaan sahaja yang agak layan. Lagu seterusnya seolah-olah "filler". Vokal Sean Peck seakan-akan ingin mencuba dinamik ala King Diamond tapi tanpa falsetto. Oleh sebab itu vokalnya seolah-olah bertukar-tukar daripada vokal ala Ozzy Osbourne, kemudian Brent Hinds, tarik macam Rob Halford (imej/penampilan pun sama) atau Matt Barlow.


Dari segi muzik dan kerja gitar memang ampuh, memang terasa riff-riff "jahat" tanpa perlu talaan terlalu rendah, dual-harmony attack dan tona gitar yang biasa didengar dalam album-album klasik MF. Mereka membuktikan tak perlu riff yang kompleks atau solo yang bergulung-gulung untuk membuatkan sesebuah lagu itu "jahat" atau mudah diingati (memorable).


Tapi apa-apapun, pendapat peribadi aku masih sama seperti perenggan ketiga... Rasanya cukuplah dengan Mercyful Fate.

_____
AADI: Dengar saja, jangan terpengaruh dengan lirik-liriknya, kah kah kah...

Mercyful Fate - Don't Break The Oath


Mula-mula aku nak buat entri EP Bottlecapt, tapi bertepatan dengan tema Halloween [edit: dan bersempena ulangtahun ke-30 album ni] ada baiknya aku buat entri Mercyful Fate - Don't Break The Oath.


(P)(C) 1984, 1997 The All Black BV. Issued under license to Roadrunner Records. Seperti biasa diperolehi daripada estock_deutschland, tapi bukan pada harga tersenyum €6.37 (RM27.31). Walau bagaimanapun ia masih berbaloi untuk album yang masih baru dan berbungkus (new and sealed).


Berbanding album-album lain yang pernah dibeli melalui eBay, album sebegini sebenarnya merupakan pembelian yang agak "gamble", silap hari bulan jika bungkusan dibuka oleh KDN sudah pasti ia "tak lepas".

Memori silam di sebalik lagu-lagu Mercyful Fate pernah diceritakan dalam entri kompilasi The Best Of Mercyful Fate versi 2010 dan 2014.




[Clips added on 2/11/2014]

Dan untuk ulasan pakar mengenai album ni, bolehlah singgah blog Krenmaut Dr. Ben kita - "Yang belum pernah dengar, jangan berani-berani sangat. Nanti dah melekat, susah nak ditanggalkan".

Viral KD/MF kembali?

_____
Ada apa: I don't always listen to black metal, but when I do... It's Mercyful Fate!

Unmercyful Fate


Masih lagi dalam viral tema King Diamond/Mercyful Fate seminggu ni, walaupun entri ni agak jauh menyimpang daripada landasan muzik KD/MF.


Gambar ni sebenarnya gambar lama, tahun 2007. Ketika Imago aku (yang baru berusia setahun) memiliki sticker "Mercyful Fate" buatan sendiri (DIY). Kalau tak silap sticker ni pun baru 5-6 bulan ditampal.


Ni gara-gara rakan serumah (housemate) pinjam Imago aku terlanggar pili bomba semasa berundur daripada tempat letak kenderaan dalam kesibukan kami berpindah rumah.

Memang takdir tanpa belas kasihan (unmercyful fate) lah Imago aku ketika itu. Nasib baik juga rakan serumah tadi bertanggungjawab sepenuhnya (kopak juga RM250 untuk pembaikan) sebelum aku masuk fasa rage merciless.

_____
Ada apa: Sekarang ia telah digantikan dengan sticker Sarawak Metal Force.

The Best Of Mercyful Fate (Reloaded)


Dalam ruangan komen entri semalam, aku ada kata hari ni nak rehat buat entri mengenai King Diamond/Mercyful Fate kan? I lied~ muahahaha... Alang-alang biar penuh seminggu ni (lima hari) dengan entri KD/MF (viral yang tak menjadi walaupun Berteromber mula merasai simptomnya).


Hampir empat tahun lepas (2010) aku ada buat entri ulasan ringkas mengenai album kompilasi The Best Of Mercyful Fate ni, jadi kali ni tak payahlah aku buat ulasan sekali lagi. Cuma dah kebetulan sejak minggu lepas terkena viral KD/MF, aku mula mengorek arkib KD/MF yang aku ada. Hasilnya album kompilasi ni menjadi hiburan semasa pemanduan berulang-alik ke tempat kerja.


Memang menggamet memori bila mendengar lagu-lagu Mercyful Fate ni, lebih-lebih lagi lagu Nuns Have No Fun yang funky. Jika berkaraoke/sing-a-long dengan lagu-lagu KD/MF, harus ikut segala pertukaran vokal termasuk jeritan falsetto. Cuma sayangnya tiada lagu Melissa, walaupun hampir semua lagu-lagu dalam album Melissa ada dalam kompilasi ni.

_____
Ada apa: I don't always listen to black metal, but when I do, it's Mercyful Fate.

Mercyful Fate - Into The Unknown


Nampaknya tiada rakan-rakan bloggers yang terkena viral King Diamond/Mercyful Fate kecuali Dr. Ben, itupun mungkin secara kebetulan sahaja. Tapi tak mengapa (parap parap) aku teruskan entri viral KD/MF dengan kaset album kelima Mercyful Fate - Into The Unknown (satu daripada kaset KLMJ).


Kaset yang dibeli di premis dB Music Centre, Komtar (kedai Aunty Alice) pada 06/11/2000. Ketika itu aku baru berjinak-jinak dengan muzik KD/MF dan akan cuma mendapatkan apa saja material rilisan mereka yang dijumpai. (P)(C) 1996 Metal Blade Records Inc. Diedar dan dipasarkan di Malaysia oleh Rock Records & Tapes.


Disebabkan kaset ni merupakan cetakan Malaysia, beberapa tajuk lagu yang kurang sesuai telah ditapis contohnya lagu pertama Lucifer yang hanya ditulis ........ (sebelum adanya kemudahan internet aku agak musykil tajuk lagu ni) dan lagu kelima pada side B Kutulu (The Mad Arab, Part 2) yang hanya ditulis sebagai Kutulu...

Sekali dengar album ni, terutama lagu kedua The Uninvited Guest akan lebih terasa seperti lagu King Diamond (band) berbanding Mercyful Fate, yang membezakan hanyalah solo-solo Shermann/Denner yang agak berbeza dengan solo LaRocque.

Versi CD audio? Mungkin aku akan cuba lengkapkan diskografi King Diamond terlebih dahulu berbanding Mercyful Fate.

_____
Ada apa: Apa cerita dB Music Centre agaknya sekarang ni?

Metallicyful Fate


Entri tak ada idea dan video ni pun boleh kira lama...


Berbanding King Diamond yang dikenali menerusi rakan IRC, Mercyful Fate pula dikenali menerusi lagu cover/medley Mercyful Fate yang ada dalam album Garage Inc. Metallica.


Beberapa tahun kemudian, barulah aku tahu yang King Diamond (as a band, and the man) dan Mercyful Fate ni ada kaitan, hehehe... Yelah waktu tu agak naive, belum ada Wikipedia, info internet pun sesuatu yang agak premium dan terhad ketika itu (perlu ke cyber cafe, tapi main IRC pula).

Kepada Rafi Xyrus, entri macam ni pun boleh dikaitkan dengan KD/MF kan? Tapi saja nak merebakkan viral KD/MF, muahahaha!

_____
Ada apa: Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghh!~ (Diamond style)

Kaset KLMJ


Antara koleksi kaset-kaset (ori) yang dah lama terperap dalam arkib aku di kampung dan dibawa ke Bintulu atas dasar KLMJ dan nilai nostalgik.


Koleksi kaset aku taklah seberapa (jika dibandingkan dengan bloggers lain) kerana aku hanya mula membeli kaset sendiri selepas PMR (circa 1994). Sebelumnya aku hanya meminjam kaset rakan ataupun memiliki kaset versi copy dubbing.

Seingat aku, kaset Nirvana Eternal Legacy antara kaset pertama yang aku beli. Jika dikecualikan kaset-kaset yang berada di luar kotak (yang diperolehi semasa operasi mencari kaset lelong dalam entri ni), kaset terakhir yang aku beli ialah Roadrunner United awal tahun 2006. Selepas itu, aku mula fokus kepada audio CD.


Hampir semua kaset-kaset yang aku ada ni dah dinaiktaraf kepada versi CD audio (kecuali beberapa yang dah dilelong semula). Sekarang aku teringin sangat nak cari album pertama Awie solo dalam bentuk CD audio. Jika rakan-rakan bloggers ada menjumpainya dijual di mana-mana premis sekitar Malaysia ni, sila maklumkan aku.

Tapi yang pasti, aku tak terbabit dalam fenomena piring hitam (vinyl), kerana ia melibatkan tahap kesabaran dan pelaburan yang tinggi. Kumpul audio CD pun dah sekian pelaburannya...

_____
Ada apa: KLMJ = kenangan lalu/lama mengusik jiwa.

Mercyful Fate - The Best Of


Dah lama aku nak beli CD ni, semenjak ia dikeluarkan oleh Roadrunner Records tahun 2003 yang lepas. Tapi waktu tu harganya masih lagi mahal RM49.90 dan akupun belum serius mengumpul CD ori. Sekarang Sony Music dah dropped price untuk album-album kompilasi dengan harga yang agak berpatutan. CD ni aku beli kat Goblinz KK Plaza dengan harga RM35.00 (setelah diskaun 90 sen).

Tracklist

  1. Doomed By The Living Dead
  2. A Corpse Without Soul
  3. Nuns Have No Fun <- aku suka lagu ni, best dan enjoy sebab iramanya agak funky
  4. Evil
  5. Curse Of The Pharaohs
  6. Into The Coven
  7. Black Funeral
  8. Satan's Fall
  9. A Dangerous Meeting
  10. Desecration Of Souls
  11. Gypsy
  12. Come To The Sabbath
  13. Burning The Cross
  14. Return Of The Vampire

Dah namanya The Best Of Mercyful Fate, memang lagu-lagu dalam kompilasi ni merupakan lagu-lagu terbaik Mercyful Fate. Kebanyakkannya daripada album Melissa (yang selalu je aku kalah bid) hasil nukilan Hank Shermann. Tapi sayangnya lagu Melissa dan Is That You Melissa? tadak dalam kompilasi ni. Apa-apapun kompilasi ni memang best! Pastinya menggamet memori... Teringat zaman-zaman "gelap" dulu (bukan kekasih "gelap"). Btw, aku mengenali Mercyful Fate daripada lagu Mercyful Fate medley cover song dinyanyikan oleh Metallica dalam album Garage Inc.

Awal millennium dulu, memang banyak aku download mp3 Mercyful Fate (dan King Diamond) melalui napster dan mIRC. Waktu tu aku memang selalu layan Mercyful Fate/King Diamond, dan disebabkan Mercyful Fate inilah aku mula meminati muzik "gelap". Vocal style aku pun (waktu jamming atau karaoke) banyak dipengaruhi oleh vocal style King Diamond.

What say you?

_____
Ada apa: Rasa-rasa nanti nak try praktis medley Mercyful Fate (versi Garage Inc.) Harap-harap Azroy Hemmett tau lagu ni.

Mercyful Fate - Dead Again


Dah lama aku tak rancak order CD from eBay (bulan lepas ada dua CD - Dream Theater dan Joe Satriani, tapi belum buat entri lagi). Semalam 3/3/2010, sampai lagi bungkusan dari UK berisi CD album Dead Again daripada Mercyful Fate, yang sebenarnya aku joybid... dan menang dengan harga US$1.99+3.00 (f*ckin RM16.55!) sebab tadak orang lain bid.

Rasanya untuk entri-entri CD eBay tahun ni aku buat santai sajalah, malas nak taip panjang-panjang info itu ini. Dan tahun ni kena kurangkan dana-dana untuk koleksi CD atau DVD (paham-paham ajelah).

Seperti yang dinyatakan oleh seller (r4rock) CD ni cuma ada cover/inlay dan CD sahaja, tadak back cover (sebab tu kot tadak orang lain bid) dan datang dalam soft-cover plastik macam CD versi lanun. Tapi walau apapun, CD ni memang ori dan nampak baru walaupun statusnya used.

Tracklist

  1. Torture (1629)
  2. The Night
  3. Since Forever
  4. The Lady Who Cries
  5. Banshee
  6. Mandrake
  7. Sucking Your Blood
  8. Dead Again
  9. Fear
  10. Crossroads

Ntah dah berapa kali aku dengar lagu-lagu dalam album ni, dan tiap kali aku dengar terasa macam dengar album-album King Diamond (terutamanya album House Of God dan Voodoo), yang membezakannya hanya tajuk-tajuk lagu dan standard dark lyrics of Mercyful Fate berbanding story-driven concept album of King Diamond. Dan muziknya dah tak macam Mercyful Fate dulu-dulu, dah susah nak bezakan antara muzik Mercyful Fate dan King Diamond (kecuali solo-solo LaRocque untuk album-album King Diamond yang memang menyengat!).

Owh, btw ni merupakan album Mercyful Fate yang kedua dalam koleksi aku, Into The Unknown aku ada versi kaset, kalau versi MP3 rasanya complete discography kot? Tapi tak pernah dengar semua berbanding album-album King Diamond. Nanti-nanti kalau rajin nak cari album Melissa yang berhantu.

Kepada peminat-peminat tegar Mercyful Fate dan King Diamond, komen-komen anda diperlukan...

_____
Ada apa: Daripada album-album Mercyful Fate dan King Diamond la aku belajar vocal style howl, growl dan falsetto ala King Diamond.

metallica - garage inc


[byk cd2 ebay aku yg nak review dlm waiting list. yg ni pun dah lama dlm draft dan sepatutnya aku post sblm raya, tp ntah mcm mana bleh terlepas pandang] - bungkusan dari us yg diterima serentak dgn flight 666 1/9/2009 dulu. isi kat dlm ialah cd metallica - garage inc. yup, album cover metallica yg aku rasa mcm filler project perantaraan antara album reload dan s&m. tp oke jugak dorg buat konsep cover album ni... lagu pun best2. dah lama aku nak beli cd album ni, tp yg jual kat kedai muzik semua mahal2 (over RM60+) jd... cari yg used kat ebay

ebay purchase info

  • purchased from: reddysigns
  • location: usa
  • condition: used
  • price paid: US$3.00+6.49 (RM34.32) menang bid
  • ordered: 27/7/2009
  • received: 1/9/2009
  • label: (p)(c) 1998 e/m ventures
  • made in: usa
  • distributed by: elektra entertainment group, a division of warner communications inc.

tracklist

disc 1

  1. free speech for the dumb
  2. it's electric
  3. sabbra cadabra
  4. turn the page
  5. die, die my darling
  6. loverman
  7. mercyful fate
  8. astronomy
  9. whiskey in the jar
  10. tuesday's gone
  11. the more i see

disc 2

  1. helpless
  2. the small hours
  3. the wait
  4. crash course in brain surgery
  5. last caress/green hell
  6. am i evil?
  7. blitzkrieg
  8. breadfan
  9. the prince
  10. stone cold crazy
  11. so what
  12. killing time
  13. overkill
  14. damage case
  15. stone deaf forever
  16. too late too late

lagu febret? ofkos byk lagu2 cover dlm album ni best2, tp aku rasa aku suka medley mercyful fate (aku dgr lagu ni sblm aku kenal/minat king diamond & mercyful fate), astronomy, whiskey in the jar (aku ada byk dgr versi lagu ni, versi irish drinking song best... yg metallica cover ni versi thin lizzy yg dimetalkan), stone cold crazy, blitzkrieg, so what, dan lagu2 motorhead (sama jugak, dgr lagu2 ni sblm aku kenal/minat motorhead)

lawak gila pic "the metallicats" tu

versi kaset aku dah ada, aku beli somewhere in 1999 kat berjaya video, sg. dua penang. album ni kira byk memori... time tgh jiwang2 dgn junior usm hehehe, sama kes mcm album there is nothing left to loose

selain danzig/misfit yg dah lama aku tau (tempias2 takilala) album ni jugak secara xlangsung memperkenalkan aku kpd 2 band, iaitu mercyful fate dan motorhead melalui lagu2 yg dorg cover... sapa perasan ada camo intro lagu iron maiden run to the hills dlm album ni? klu xsilap lps lagu last caress/green hell

_____
p/s: bertambah lg koleksi metallica aku... apa lagu cover febret korg?

ada apa dgn raja intan?


bkn nak cerita pasal ebay stuff... just nak bukak topik pasal album2 king diamond yg aku ada, dan juga bbrp memori menarik di sebalik album2nya (nostalgic value). nak review setiap album aku xpandai mengolah kata2 nan indah lg tulus mulus spt geng2 metalterus yg lain (abg ben, berteromber, deaf_angel, takilala) so, aku akan taip apa yg terlintas kat kepala otak aku... bak tajuk blog jairo "luahan rasa mengikut kata hati sendiri"

house of god

(p)(c) 2000 metal blade records inc. edaran rock records (m) sdn. bhd. malaysian press, tajuk track no 10 dah kena censored drp passage to hell kpd passage shj. aku beli kat cd-rama popular, komtar 8/1/2001 (versi kaset beli somewhere in august 2000 kat bkt jambul). antara cd original yg terawal aku beli (slps fighting the world dan triumph of steel manowar) setelah tensen dgn kaset album yg sama tertekan 'record' selama 5 saat waktu pasang kat walkman (tab record blm patah)

album ni jugak album king diamond pertama yg aku beli slps diperkenalkan oleh geng irc syed fadzil al-edrus @ habsu (mamat ni byk perkenalkan aku kpd dark music, antaranya dismal euphony, dead can dance, dimmu borgir dan cradle of filth). great album, dark concept... enjoyable music dari mula smpi abis, byk memorable tunes dlm setiap lagu dan lbh2 lg killer instrumental peace of mind. bila aku dgr blk album ni mengingatkan aku time extended 1 semester kat usm + putus cinta hahaha... terus layan king diamond!

voodoo

(p)(c) 1998 metal blade records inc. album king diamond kedua dlm koleksi aku, beli kat central market 19/8/2001 waktu tgh tggu awek kg baru nak ajak dating hehehe (ni pun pasal aku belek2 rak cd, tersembunyi kat blkg skali). sblm aku beli album ni aku ada donlod bbrp lagu kat napster dan irc, mmg layan. spt house of god, album ni juga mmg enjoyable dari mula smpi abis... terutamanya guitar works drp andy la rocque (gitar bc rich?) dan herb simonsen. definately worthed cd to buy!

aku layan gila2 album ni time tgh recovery drp patah hidung (eksiden bas, 20 ogos 2001 sehari slps aku beli album ni) bersama2 dgn album digimortal dan lagu2 drp after forever. so bila dgr blk, teringat memori yg menyakitkan... patah hidung yg mengambil masa 4-5 bln utk pulih

the eye

(p)(c) 1990, 1997 the all blacks bv (remastered version) issued under license to roadrunner records, edaran sony bmg music entertainment (m) sdn. bhd. beli kat db music, komtar 31/8/2007 waktu lps blk drp induksi umum kat sg petani (versi kaset beli somewhere in april 2001 kat sunway pyramid). waktu beli kaset album ni ekceli tgh dating ngan awek kg baru (awek yg sama waktu beli album voodoo, still contact2 smpi skrg lg tau wlupun dah berjauhan~ hehehe, takilala pastinya tau)

album ni pun kira byk lagu2 best dan memorable tunes, tp aku minat alunan dan susunan muzik dlm album ni... classic king diamond spt album2 sblmnya (abigail, them, conspiracy). yg bestnya alunan pipe organ dan synth ala2 tema lagu katolik, disamping guitar works drp andy yg semmgnya lazat berkrim spt dlm instrumental insanity. xlupa alunan biola dlm bbrp lagu yg sememangnya menonjolkan tema klasik dlm album ni

btw, aku juga ada cd king diamond album the puppet master tp versi cd-r
hitam yg aku beli kat campbell's somewhere in 2004, tp ntah aku lupa kat mana
aku ltk... maybe kat kmpg kot



koleksi kaset king diamond aku yg x complete (semuanya aku tgglkan kat kmpg) - abigail in concert 1987 (kaset cap lanun), the dark side (ep), spider's lullabye, the eye, house of god, conspiracy (cd dubbed), abigail (cd dubbed), them (cd dubbed) dan into the unknown (mercyful fate) yg kini dlm proses nak upgrade to cd version. tp aku rasa, aku nak bg complete koleksi iron maiden aku dulu, baru aku tumpukan kat king diamond dan mercyful fate ni

more info at king diamond/mercyful fate official website

_____
p/s: drp album2 king diamond ni la aku blajar vocal 'kecik'

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger