Ada Sesuatu Daripada Steward-MacDonald (Part 2)


Bungkusan daripada Steward-MacDonald ini mengambil masa hampir dua bulan (dihantar pada 28/12/2018) untuk sampai. Diterima dalam keadaan sudah dibuka(?) tanpa sebarang notis, posmen kata ia dibuka oleh kastam untuk pemeriksaan.


Sepatutnya untuk menjaga integriti, ia perlu dilekat semula dengan sellotape rasmi seperti yang KDN selalu buat (contohnya entri ini), ataupun paling cikai ada nota mengatakan dibuka untuk pemeriksaan kastam. Mujurlah semua barang yang dipesan masih ada. Tapi tak mengapa (parap-parap), kita teruskan entri...


Barangan yang dipesan kali ini; seunit ESP multi spanner, seunit CTS DPDT push-pull 500k pot solid shaft (lagi), dua unit CTS SPST push-pull 500k pot split shaft dan Golden Age wiring jig untuk Les Paul.

Apa yang menariknya pembelian kali ini dapat baucar "surprise gift" bernilai USD15.00 daripada StewMac bersempena Krismas dan Tahun Baru, yang aku kira sebagai penanggung kos penghantaran.


Hero utama kali ini ialah ESP multi spanner, antara tools yang terGAS sejak 2014 lagi. Kebetulan ketika ia dipesan ada diskaun 18% bersempena jualan hujung tahun. Aku dah ada versi tiruan Lazada, tetapi versi tersebut ada kelemahan, geriginya tumpul membuatkannya hampir langsung tidak boleh digunakan.


Wiring jig daripada Golden Age ini nampak lebih hipster dan trendy, kah kah kah... Tujuannya? Untuk memudahkan proses pematerian di luar kaviti gitar Les Paul. Lain cerita, sebelum ini aku pernah ada ada wiring jig Les Paul DIY daripada kadbod dan plywood, tapi kedua-duanya dibuang secara tidak sengaja oleh Mrs. Ijau, sedih...

_____
AADI: Next, radius gauge.

X2N Mirage


Curi-curi masa hujung minggu untuk memodifikasi Mirage (LTD M-103FM), kali ini dieksperimentasikan dengan memasang DiMarzio X2N secara tunggal. Set EMG SA/SA/89 sebelum ini akan disimpan dalam stok atau mungkin di-GLTL-kan.


Daripada konfigurasi HSS kini menjadi H, lubang kaviti SS asal dibiarkan lapang buat sementara waktu. Mungkin akan ditutup dengan *sticker sahaja semasa proses penukaran tali akan datang (sekarang tak ada masa). Tak sampai hati pula untuk menutupnya secara kekal dengan dempul (putty) seperti projek X-11 Azrul.


Suis tiga arah diguna untuk mendapatkan tiga konfigurasi berbeza untuk sebuah pikap yang memiliki 4-wayar konduktor - parallel/split/series - (deja vu projek Super 3 tahun 2015). Dengan konfigurasi begini, sekiranya output series agak melampau (it's the X2N after all), opsyen parallel ataupun split (singlecoil sound) sudah tersedia.

*Atau pasang spring tremolo dalam kaviti SS tadi, macam ESP Page Hamilton, hmmm...

_____
AADI: Bunyi? Masih lagi berbunyi gitar elektrik.

Flashback Friday: Duodecim Blogging Blues


Tatkala terlalu sibuk dengan kehidupan realiti (mostly day job and raising kids) sampai aku terlupa buat entri ulang tahun ke-12 blog aku seperti tahun-tahun lepas yang sepatutnya pertengahan Januari lepas.


Kebelakangan ini sumber idea untuk AADI (CD, gitar, jamming, gaming, wayang) semuanya semakin berkurang disebabkan perenggan pertama tadi. Kalau adapun, masa (ya masa) untuk menaip blog agak terhad.

Begitu juga dengan rakan-rakan bloggers kental yang biasanya menjadi pembakar semangat rivalry juga semakin menipis. Kepada rakan-rakan bloggers yang aku komen setakat "." dalam ruangan komentar, jangan risau, itu maknanya aku masih lagi menjengah dan membaca blog kalian tetapi tak tahu apa yang nak dikomen.

_____
AADI: Dah nak masuk bulan Mac.

Perginya X-Men


Antara yang dikeluarkan daripada arkib semasa bercuti CNY di kampung dua minggu lepas. Dibeli oleh orang yang sama memborong koleksi komik-komik manhua aku sebelum ini (Pembolos-Jengking, Raja Rimba, Jejak Wira).


Merupakan adaptasi daripada animasi TV (previously on X-Men). Lukisan oleh Ta-Ke Shobo Japan, diterjemah, dicetak dan diedarkan di Malaysia oleh Sang Suria Publication Sdn. Bhd.

Ada 13 isu sahaja (tamat), isu #3 hingga #13 dalam versi Bahasa Melayu, manakala isu #1 dan #2 yang dibeli kemudian untuk melengkapkan koleksi dalam versi English (reissued?). Isu pertama yang aku beli ialah #3 sekitar penghujung 1995 dan terakhir dibeli ialah #13 pertengahan 1997 ketika berada di USM.

_____
AADI: Balik modal.

IDK Gig Rig #6: Silenced Pulse


Silencer yang diterima minggu lepas cuba diasimilasikan bersama-sama IRT-Pulse dan beberapa pedal lain (AT Drive, MS-60B) dipasang atas Pedaltrain-longkang.


Untuk gigrig ini, Silencer diaplikasikan dengan keadah 4-wayar (input, send, return, output), AT Drive dan IRT-Pulse berada dalam effects loop Silencer. MS-60B digunakan hanya untuk fungsi EQ, delay, reverb dan tuner jika diperlukan, tak perlu masuk dalam loop.

Gitar -> (input) Silencer (send) -> AT Drive -> IRT-Pulse -> (return) Silencer (output) -> MS-60B -> IRT-X

Selain IRT-X, gigrig ini boleh juga disambung terus ke amp lain (front or effects return), PA system, mixer atau direct recording interface. Akan dicuba seoptimumnya untuk sessi jamming akan datang (yang entah bila).

_____
AADI: Ngam tema warna hitam-kemerahan.

Flashback Friday: 15 February 2011


15/2/2011 - Antara tarikh bersejarah dalam AADI yang tiap-tiap tahun akan ada entri throwback.


Masih adakah peluang untuk mereka singgah di rantau Asia Tenggara lagi sebelum mereka bersara? Banyak band yang dah "senja" telah mengumumkan untuk berhenti daripada tour dan/atau bersara terus daripada berkarya.

Salin entri tahun lepas.

_____
AADI: Angkat besi!

Wordless Wednesday: KNS Aeropod




_____
AADI: Datang dari Bintulu nak naik keretapi, keretapi rosak, sedih...

Ada Apa Dengan Nescafe Smoovlatte Caramel?


Asal nampak perisa baru, pasti akan dibeli untuk dicuba dan sebagai modal untuk entri AADI.


Harganya kini lebih kurang sama harga Nescafe tin, dan seperti Smoovlatte mocha, aku berpendapat ia lebih sesuai jika digelar minuman karamel berperisa kopi latte, berbanding kopi latte berperisa karamel.

_____
AADI: Isipadu 225 ml tak puas minum.

Rakan Senyap Anda


Antara yang terGAS sejak tahun lepas baru dapat ditunaikan tahun ini. Dengan berbekalkan dana-dana hasil jualan koleksi Jejak Wira bulan lepas (hobi lama mendana/menjana hobi baru), diperolehi daripada website Music Bliss.


Setelah mengalami beberapa situasi melibatkan bunyi-bunyian menjengkelkan di rumah, studio dan atas pentas, nampaknya aku perlukan sebuah pedal noise suppressor/gate yang praktikal. Sebelum ini hanya mengharapkan ZNR yang ada pada multi-stomp Zoom - MS-50G/60B/70CDR.


Electro Harmonix (EHX) Silencer dipilih kerana harganya yang tiba-tiba murah berbanding saingannya Boss NS-2. Lagipun penampilan Silencer ini lebih stealthy dan dengan kena dengan tema penggunaannya kelak.


Seperti pedal-pedal EHX lain yang pernah diperolehi, pedal ini juga dibekalkan dengan bateri 9V EHX dengan gambar Mike Matthews sebagai penyeri.

Pedal pertama untuk 2019. Senarai GAS 2019 pun belum terbuatkan entri.

_____
AADI: Cuma masuk kembali khemah EHX.

Tribute To Jim Dunlop Sr.


Bacaan lanjut. Aku letak gambar ni dulu...


Nanti kalau dah ada idea mungkin boleh buat beberapa perenggan karangan produk Jim Dunlop yang aku guna.

[Edited/updated 09/02/2019 12.30 am] Ok sambung cerita - Sebagai seorang penghobi gitar, aku juga tidak terlepas daripada menggunakan produk-produk Jim Dunlop.

Produk Jim Dunlop yang paling selalu aku gunakan sudah pastinya plectrum (aka pick). Pelbagai jenis, saiz dan material pick Dunlop pernah aku cuba (dan cuba kumpul).


Antara model yang pernah menjadi kegemaran ialah Tortex (cap kura-kura), Ultex (cap badak), Papahet Black Fang, Big Stubby dan model kegemaran semasa iaitu Max-Grip Jazz III (gambar atas sekali).


Strap? Ada dua utas strap Dunlop - Flambe dan Camo. Antara kelebihan strap Dunlop ialah ukurannya yang panjang berbanding jenama lain (namely Planet Waves). Sesuai untuk menggalas gitar-gitar jenis londeh - Les Paul, Explorer, bass.


Tali gitar Dunlop bukanlah kegemaran kerana ia meninggalkan residu kehitaman pada jari-jari aku berbanding jenama lain, harap maaf. Tapi yang pasti masih ada seunit 10-52 dalam stok peribadi.


Pedal MXR? Ya, ada M234 Analog Chorus.


Juga berjinak-jinak dengan Cry Baby standard wah GCB95, yang pada pendapat aku merupakan penanda aras untuk pedal wah. Tapi sampai sekarang kaki masih keras menge-wah.


Produk penjagaan gitar juga kebanyakkannya aku guna jenama Dunlop - string cleaner & conditioner, ultimate lemon oil, polish & cleaner, fingerboard cleaner & prep, fingerboard deep conditioner. Lain-lain, chrome slide, string winder, Straplok system... Apa lagi eh?

_____
AADI: Thank you sir.

Wordless Wednesday: CNY 2019




_____
AADI: Travel/holiday mode.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (78) 58 explorer (21) 724rocks (2) ac/dc (7) acoustic (16) adiwira (24) adrian smith (14) after forever (6) ais krim (4) alice (12) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (146) amplitude music (3) amplug (4) andy james (3) angker (2) anime (51) anniversary (80) anthrax (1) arlo (3) art200 (3) artis tempatan (128) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) autism (4) avril lavigne (4) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (8) badges/patches (8) bag/case (62) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (14) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (283) bintulu buskers (5) black friday (8) black sabbath (1) blackstar (26) blades (5) blaze bayley (27) blind guardian (21) blogging blues (57) blu-ray (4) bmf2013 (8) bon jovi (6) boss (61) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (15) brr2013 (21) bruce dickinson (23) buku/majalah (57) bumi putra rockers (3) bundaberg (15) cable (24) canon (2) cc24s (5) ccr (1) charvel (62) children of bodom (21) ck music (55) cog (8) coke (5) coklat (5) cola (5) compilation (63) conception (2) console games (10) converse (3) cort (46) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (40) dalat (19) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (28) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (90) dean (26) dean markley (5) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (41) digitech (22) dimarzio (44) dio (4) dismal euphony (2) disturbed (3) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (5) dream theater (13) drinho (5) drum asia (2) drums (18) dutch lady (4) dvd (71) earth hour (14) ebay (228) ec-256 (26) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (88) electro-harmonix (26) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (24) emo (207) energy drinks (31) engrish (3) entwistle (9) environment (35) epiphone (121) erectus (6) ernie ball (22) esp/ltd (168) estock (72) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (14) family (48) fear factory (3) fender (16) filler entry (48) first aid (1) fishman (3) flashback friday (15) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (20) footwear (2) fotografi (31) fozzy (1) fund-snatcher (15) fusion (3) gamer mode activated (23) gapnap (13) gartb20 (11) gary moore (2) gas (124) gator (14) gax010ltd (9) geeksup (3) ghs (26) gibson (16) gig (93) gigrig (14) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (8) green tea (17) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (13) guitar collection (11) guitar parts (68) guitar service (33) guitar talk (64) hammerfall (16) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (28) heaven and earth (4) hennessey (7) hepi;) (60) herbal tea (7) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (34) hotel/resort (27) ibanez (197) icb200ex (15) iced earth (9) icon (26) imago (68) imitation (3) in flames (4) instagram (22) inverno (19) iron maiden (143) irt-pulse (6) isolated gig (4) isu semasa (243) j5 (13) jackson (39) jamming (139) jamtank (30) jepak (9) jim dunlop (61) joe satriani (14) jotb (13) joyo (21) jr (10) js music (3) js32 king v (6) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (22) karisma (4) kaset (32) kawan (293) kazanna (1) kempen (34) kerja (73) kerly (2) kesihatan (40) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (24) king's studio (1) kkdn (6) koleksi (299) konsert (90) kopi (27) korg (51) kota kinabalu (15) kramer (1) kuala lumpur (33) kuala penyu (1) kuching (4) kucing (5) kustom (3) laney (27) larrong (6) lawas (4) lazada (18) lefthanded (5) lemon tea (12) letgo (48) lil (32) limbang (7) limited edition (32) line 6 (42) linkin park (4) lipton (1) live album (22) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (86) m-50fr (21) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (376) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (3) marshall (18) martial arts (3) martin (1) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (6) may (7) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (58) melaka (13) membakut (44) memori (328) mercyful fate (11) metallica (78) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (55) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (3) moody monday (11) mooer (1) motorhead (9) movie (56) mr diy (2) mrs (59) muf (1) mug (2) mukah (20) mup (124) music bliss (10) music master (41) music nomad (1) muuv (57) muww (1) mxr (10) my music (8) nanasmania (26) naruto (1) nat-geo (4) nestle (36) new album (28) new gear (189) newsted (3) nightfall (8) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (84) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (26) nylon maiden (2) of string (19) oishi (5) oktoberfest (9) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (38) osg2012 (4) ovation (6) ozzy osbourne (11) pandora mini (11) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (49) pc stuff (34) pc talk (16) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (308) pedaltrain (14) pemuzika (15) penang (37) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (14) pfg5 (7) phones (12) pic of the day (58) pick (60) pickup swap (61) pickups (139) planet waves (12) playstation (10) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (17) pod x3 (17) pokka (13) popcorn (5) popomania (6) post-apocalypse (15) pqot (4) preamp (6) prequel (5) prime domestic (3) promo disc (5) prs (3) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (46) radio (5) rajinikanth (3) ramadhan special (72) ramli sarip (2) randall (4) rare (96) ratm (2) reco (27) recording (12) reg studio (11) restring therapy (70) revamp (2) rex (1) rg331m (10) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) richter (2) riego (5) ritter (2) rock at large (33) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy khan (12) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (3) search (15) seymour duncan (33) shopee (11) sibu (6) sick puppies (6) signboard (14) silica gel (7) silvia (13) singapore (51) single/ep (7) sipitang (1) sit (9) skull strings (2) slayer (3) slipgate (5) smr (3) snark (9) so-cal (56) sonata arctica (3) sony (23) soundcloud (7) soundwave (1) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (22) sr300 (31) stagg (12) star wars (14) stewmac (6) sticker (6) strap (16) street jam (2) strings (120) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (13) super album (94) superlux (3) susu (4) sv guitars (3) swee lee (5) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (45) tahi suci (7) takamine (5) takstar (5) tamil (12) tanglewood (10) tarot (15) tc electronic (2) tech21 (1) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (37) tgs (2) the cranberries (2) the guitar addict (32) the iron maidens (3) thomas zwijsen (6) throwback thursday (13) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (9) tonelab ex (2) tong garden (3) tools (20) top 5 (4) tour de brunei (46) toys (6) trade (20) transformers (4) travel (125) tribute (42) trivium (13) tsb6 (7) tuner (32) tv (32) ugly kid joe (3) usm (3) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (72) warwick (12) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (28) wireless (4) wonda (3) wordless wednesday (305) wrestling (9) ww2 (6) x-11 (34) xpdc (5) yamaha (4) yeos (7) yNot (21) yogurt (9) yolo (4) yustech (3) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (112) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger