Ada Apa Dengan Ji Bao Herbal Tea?


Terjumpa lagi satu teh herba dengan nama yang ranggi, Ji Bao.

Dijumpai di pasar raya M dengan harga RM2.40 untuk setin berisipadu 300 ml ini. Buatan NJ Natural Juice Sdn. Bhd. Kulai Johor. Warna merah kontras kuning dan imej dan nama ke-Cina-annya seakan-akan Cheng Bou Leong dan Wong Lo Kat. Katanya 25% kurang gula berbanding teh herba setaraf.

Rasanya sama sahaja seperti teh herba lain yang pernah dicuba - Ah Huat, Tan Ngan Lo, Pokka, Jia Duo Bao dan Cheers. Memang sesuai untuk juadah berbuka puasa.

_____
AADI: Dah lama tak jumpa Cool Tea.

Wordless Wednesday: Old Gloves



_____
AADI: Jumpa dalam stor ofis, tapi sayang tak muat.

Chapter 4: Super Wick


Dalam franchise John Wick aku tak sempat layan filem ketiga (Chapter 3 - Parabellum). Filem pertama dan kedua pula dilayan dalam bentuk DVD sahaja, itupun aku dah lupa jalan cerita untuk filem kedua. Kalau filem pertama straight to the point.

Melayan filem keempat franchise ini Jumaat lepas di TGV Bintulu tayangan 8.15 malam. John Wick kali ini semakin menjadi "super human" (aku tak pasti pula dalam filem ketiga) - jatuh bangunan, dilanggar kereta seperti tiada impak fizikal terutama pada tulang-temulang.

Watak Caine (Donnie Yen) dimaksimumkan dalam filem ini, tapi sayangnya tidak pada Shimazu Koji (Hiroyuki Sanada) yang hanya sementara. Watak Mr. Nobody (Shamier Anderson) pula seperti watak tempelan semata-mata, tiada impak besar selain untuk plot anjing.

Aksi tembak-menembak dan tumbuk-menumbuk memang tidak mengecewakan. Cuma ketika babak terakhir agak sedikit membosankan kerana seperti video game, ada saja halangan untuk sampai ke final boss fight.

_____
AADI: Setiap kali Hiroyuki Sanada pegang katana = coolness!

Death Alumitone Goldie 2023


Ini kali ketiga abang long Goldie dipasangkan dengan set pikap Lace Alumitone/Deathbucker (#1, #2) menggantikan set Epiphone Alnico Classic sebelum ini. Dan kali ke-16 (hah?!) ia bertukar-tukar pikap sejak diperolehi sedekad lepas.

Dalam axology aku, inilah singlecut yang paling ampuh dari segi feel, playability dan mojo, mengalahkan singlecut premium yang ada (ESP, Prestige). Walaupun sudah disimpan dalam peti, pasti akan dikeluarkan kembali selepas memainkan singlecut lain.

Sebagai abang long dan gitar paling nostalgik, ia selayaknya dipasangkan semula dengan set Alumitone/Deathbucker ini yang pasti akan mengingatkan aku pada penghujung 2020, tahun yang penuh dengan kenangan.

Pasak TOM bridge Epiphone inipun sudah rosak, sudah keras dan tidak dapat dipusing untuk melaras ketinggian action, jika dipaksa juga mungkin ia akan patah/pecah. Tapi selagi gitar ini masih menggunakan talaan dan saiz tali gitar yang sama, ia masih boleh dipakai.

Kalau sudah tak boleh pakai nanti barulah digantikan dengan bridge yang lebih berkualiti sedikit seperti Gotoh atau TonePros.

_____
AADI: Atau bridge original Epiphone sahaja.

Ijau D. Overdrive


MXR M193 GT-OD ini merupakan satu lagi pedal overdrive idaman selain Boss BD-2 Blues Driver dan TC Electronic MojoMojo Paul Gilbert. Sebelum ini tidak tertarik picu kerana harga runcit unit baharu yang agak premium sama seperti kes BD-2.

Galaxy A23.

Warna hijau metaliknya amat sukar ditangkap oleh lensa kamera, warna imej yang dipaparkan tidak sama seperti warna yang mata aku nampak (rujuk website). Contoh gambar di atas menggunakan Samsung Galaxy A23 dan di bawah pula Xiaomi Redmi Note 9 Pro. Senang cerita tak jauh beza dengan hijau gitar Candy aku,

Redmi Note 9 Pro.

Ini merupakan unit terpakai diperolehi daripada seorang kenalan Jamtank Facebook yang melepaskannya pada harga lebih kurang suku daripada harga runcit semasa. Walaupun pedal ini sudah lama dimilikinya, tapi masih dalam keadaan memuaskan, cuma tidak ada lagi kotak asal.

Seperti pedal-pedal MXR lain, ia amat tegap dan berat, setaraflah dengan harga runcitnya yang premium. Fungsinya sebagai overdrive itu tak perlulah aku jelaskan di sini. Dengan warna hijaunya, ia akan menggantikan EHX East River Drive dan Joyo JF-01 Vintage Overdrive sebelum ini sebagai overdrive IDK.

Aku dapat tahu daripada Euge Valovirta yang mengatakan ada suis dalaman yang bisa menjadikan litar pedal ini seperti MXR ZW44 overdrive. Bila dibuka, tak ada pun, mungkin ada di sebelah dalam papan litar tapi malas pula aku nak buka semua. Biarlah seadanya. (Edited - Ya betul, suisnya ada di sebelah dalam papan litar - rujukan).

_____
AADI: Tidak ter"hype" dengan pedal viral Digitech Bad Monkey.

Flashback Friday: Meteora 20


Esok album ini akan menyambut ulang tahun ke-20, sudah boleh dikira album klasik malar segar sepanjang zaman. Pernah diceritakan memorinya dalam entri sempena ulang tahunnya yang ke-15.

"Tidak seperti album Hybrid Theory yang agak rebellious sesuai dengan usiaku ketika ia dirilis, Meteora ini lebih tenang dan jiwa, juga sesuai dengan kehidupan aku ketika itu (2003) yang baru stabil dengan pekerjaan dan gaya hidup baru."
"Meteora ini juga aku kategorikan sebagai super album sama seperti Hybrid Theory, dan merupakan satu daripada soundtrack of my life of early 2000s. Hanya dua album ini yang aku layan, album Minutes To Midnight dan seterusnya aku dah mula cair dengan Linkin Park."

Kadang-kadang bukan setakat lagu/album tu best semata-mata, tapi disebabkan memori di sebalik lagu/album itu membuatkannya bertaraf soundtrack of my life. Dalam entri That 10 Albums Trending, album ini aku letak pada tangga ke-10.

Dalam entri itu juga aku tujukan album ini kepada seorang rakan bernama Eric Ho (Ah Kit). Malangnya bulan lepas aku baru dapat tahu yang Eric telah meninggal dunia pada 27 November 2022 kerana sakit jantung. Eric memang suka Linkin Park ketika era Hybrid Theory dan Meteora ni, sama macam aku. Antara hiburan kami dalam kereta semasa bekerja sebagai logistics/delivery ketika di Penang awal 2000an dahulu.

_____
AADI: Lepas ini tiap kali dengar lagu Linkin Park pasti akan teringat Eric.

Berocca Ramadhan 1444H


Ramadhan tiba lagi, ahlan wasahlan...

Untuk entri Ramadhan special tahun ini dimulakan dengan Berocca. Ini antara pemakanan tambahan (dietary supplement) aku kebelakangan ini menggantikan Brand's Ca'ya yang kini sukar dijumpai. Kalau Berocca pula mudah didapati di premis-premis farmasi franchise seperti Watson's dan Guardian.

Aku mula mencubanya ketika pemanduan jarak jauh trans-Borneo (aka tour de Brunei) Disember tahun lepas untuk mengimbangi sindrom post-COVID bila mana badan cepat penat kerana semput. Tapi semenjak bertinju, sindrom tadi beransur pulih dan sekarang hampir tiada langsung.

Bila dah berumur 40-an, mahu tak mahu perlukan supplement sebegini pada hari-hari tertentu bila ada aktiviti yang memerlukan tenaga tambahan dalam masa yang sama lambat penat/mengantuk seperti ketika gotong-royong, persembahan pentas/gig dan pemanduan jarak jauh. Tapi jangan terkejut bila tengok warna air kencing menjadi kuning pekat seperti warna Berocca.

Juga boleh didapati dalam peket tunggal begini sebagai percubaan, biasanya dijual sekitar RM5-6 untuk dua peket. Untuk bulan puasa ini sebaiknya jangan diamalkan selalu pengambilannya ketika bersahur, hanya untuk hari-hari tertentu contohnya ketika mengemas rumah, shopping baju raya dan memandu balik kampung. Risau badan kita terlalu bergantung pada Berocca ini (addicted) berbanding nutrien daripada hidangan sahur.

_____
AADI : #BersahurBersamaBerocca

Wordless Wednesday: Kalendar Koyak



_____
AADI: Tiga hari selepas.

Ruse De Guerre


Agak lama tak layan filem aksi bergenre genre espionage, black ops, heist dengan sedikit komedi. Mulanya agak khuatir ia seperti filem 65 minggu lepas yang meleset daripada dijangkaan, sebab itu aku memilih tayangan 11.15 pagi untuk klausa tiket murah. Tapi ternyata filem ini memang menghiburkan seperti filem Bullet Train tahun lepas.

Watak Orson Fortune (Jason Statham) memang ganas tipikal watak Lee Christmas franchise The Expendables, namun masih elegen seperti James Bond. Tapi pendapat aku lakonan paling menonjol dalam filem ini ialah watak Greg Simmonds (Hugh Grant) karismanya pasti mengingatkan kita pada watak Tony Stark.

Kehebatan watak tech expert Sarah Fidel (Aubrey Plaza) juga agak seimbang tanpa perlu memperbodohkan watak lelaki. Sesuatu yang agak janggal dalam filem-filem Hollywood mutakhir ini.

_____
AADI: Tunggu John Wick: Chapter 4 minggu ini.

Duncanised Praetor


Segala modifikasi yang ada pada Praetor sebelum ini (locking nut, locking bridge, locking tuner, pikap) dikeluarkan dan dipasang dengan parts asal, kecuali pikap.

Untuk pikap, kali ini dipasangkan dengan set "hot-rodded" Seymour Duncan JB Model TB-4 (JB kontot) dan Jazz SH-2N yang baru diperolehi bulan lepas. Kenapa? Rujuk perenggan terakhir...

Semenjak dimiliki, gitar ini belum sempat lagi dibawa jamming. Minggu depan dah masuk bulan puasa, nampaknya lepas raya baru dapat beraksi.

Akhirnya, ada juga gitar aku yang berkombo JB/Jazz, Jackson King V dengan set JB/Jazz pastinya akan mengingatkan pada seorang ikon thrash metal.

_____
AADI: Gitar ketiga ber-JB dalam axology.

Boxing Diaries: March 2023


Selepas dua bulan lebih menyertai sessi tinju di PS Boxing Club Bintulu, alhamdulillah berat aku turun sekitar 5 kg (tanpa ada kawalan pemakanan, hahaha). Badan pun terasa semakin sihat, tiada lagi sakit-sakit lenguh otot seperti dua minggu pertama menyertai. Hanya lutut masih menjadi kekangan, kalau sebelum ini lutut kiri bermasalah, sekarang lutut kanan pula menunjukkan tanda-tanda penuaan.

Walaupun sessi PS Boxing tidaklah se"happening" sessi PS Muay Thai (gym yang sama - Isnin, Khamis, Jumaat), tapi aku rasa selesa dengan kesederhanaan environment gym, jurulatih dan rakan-rakan boxer/fighter lain yang sporting. Cuma kadang-kadang terasa janggal bila dipanggil "uncle".

Beban latihan akupun kini sama dengan fighter/boxer lain yang rata-ratanya berumur 20an. Hanya warm-ups (skipping), push-ups, sit-ups dan squats sahaja masih separuh atau 3/4 beban atas tiket paling tua dan paling boroi obes. Jurulatih juga sudah membenarkan aku mencuba light sparring, dan yang lucu kadang-kadang terkeluar gerakan tangan Silat Cekak (kaedah ABCD) hahaha...

_____
AADI: Cabaran Mrs. Ijau untuk turun berat 10% hampir tercapai.

Nomad Gauges


Bersempena jualan Founder's Day CK Music aku ada memesan satu set barangan podcast yang aku rasa memang murah gila berbanding harga asal. Aku rasa macam tak munasabah kerana diskaunnya hampir 90%. Tapi tak salah mencuba dan terus masuk bakul, kot-kot macam kes B-stock Dinky.

Beberapa hari kemudian dihubungi oleh seller CK Music, orang yang sama aku deal ketika memesan ex-Celeb (Ovation Celebrity CC24S) dulu. Seperti yang dijangka mereka salah letak harga, terlupa letak satu digit, patutpun murah gila. Ada sesetengah seller mereka akan "honour the price" kalau mereka yang salah. Tapi tak mengapa, aku faham.


Jadi aku gantikan pembelian dengan produk Music Nomad iaitu Precision Nut Height Gauge dan Precision Truss Rod Gauge. Kedua-dua alatan ini amat berguna untuk mengetahui lurus, cekung, cembung fretboard yang optimum dan ketinggian nut untuk menentukan tinggi/rendah action dengan mudah dan jitu.

Sebelum ini untuk rujukan peribadi, aku hanya menggunakan pick 1.14 mm diletakkan di bawah tali GBE pada fret ke-12 dan action ditinggikan cukup-cukup sebelum pick itu jatuh. Untuk kelurusan fretboard pula biasanya aku pakai pembaris 1 meter. Semua main agak-agak sahaja secukup rasa.

_____
AADI: GHS Boomers 9.5-44 penggenap harga.

Wordless Wednesday: 14 Tahun Bergitar



Entri 2009.

_____
AADI: Tahun ni malas nak merapu...

65 Driver


Terasa ingin untuk menonton filem ini atas sebab genre sci-fi angkasa lepas, dinosaur dan ada nama Sam Raimi. Menontonnya tayangan 10.15 pagi Sabtu lepas (11/03/2023) di TGV Bintulu untuk mengambil peluang tiket murah sebelah pagi.

Daripada trailer, aku menjangkakan ia sebuah filem bergenre time travelling, tapi amat jauh meleset bila diperkenalkan dengan planet Somaris yang dihuni oleh makhluk seperti manusia. Agak hairan juga kenapa watak Mills (Adam Driver) masih menggayakan fesyen rambut Kylo Ren untuk filem ini.

Tamadun Somaris yang dikira amat canggih kerana mampu melancarkan perjalanan angkasa lepas ulang-alik, tapi dalam filem ini kapal angkasa mereka terlalu rapuh dan peralatan yang digunakan masih seperti teknologi bumi abad ke-21. Sepatutnya teknologi mereka setaraf atau lebih canggih daripada alien dalam filem Battleship.

Juga terpalit dengan cliché franchise Jurassic Park/World yang mana dinosaur sentiasa dalam keadaan lapar walau dalam apapun jua keadaan.

_____
AADI: Mengingatkan aku kepada filem After Earth.

Zon Logam 30 Tahun


Ketika pedal Boss MT-2-3A Metal Zone 30th Anniversary ini dirilis pada tahun 2021, aku teringin untuk mendapatkannya sebagai pedal koleksi. Tapi bila dapat tahu harganya jauh lebih mahal berbanding MT-2 biasa, maka hasrat itu terus dilupakan.

Dengan promosi 3.3 Lazada The Guitar Store, harga MT-2-3A ini kini menyamai harga MT-2 biasa. Dengan pantas terus masuk bakul. Untuk versi 3A ini didatangkan dengan tulisan berwarna kelabu dan skru warna perak, selebihnya pasti sama sahaja...

Aku pernah memiliki MT-2 dua kali (#1, #2) tapi kedua-duanya tidak bertahan lama dalam axology kerana ketika itu aku lebih ke arah multi-fx berbanding stompbox dan seperti biasa ia dilepaskan untuk modal pusingan GLTL.

Aku rasa ini antara model stompbox Boss terawal buatan Malaysia berbanding Taiwan sebelum ini. Tapi aku perasan, semenjak batch buatan Malaysia, harga stompbox Boss naik mendadak. Sepatutnya makin turun sebab buatan tempatan kan?

Sekarang bila sudah tahu rahsia MT-2 terutama tombol MID FREQ, pedal ini jauh lebih berpotensi berbanding pedal distorsi yang hanya memiliki dua (atau tiga) band EQ contohnya LT-Dual, LT-Metal, ML-2 dan Dark Matter. Dengan setting seperti di atas, distorsi pedal ini dapat menyamai ~98% bunyi distorsi amp Joyo BanTamP XL Zombie II.

Sudah boleh berbangga mengatakan "aku gitaris metal dan ada Metal Zone".

_____
AADI: Juga terGAS kembali BC-2 Combo Drive.

Ada Apa Dengan Three Legs Cooltopia Cooling Water?


Ketika aku demam panas beberapa minggu lepas, tabib Cina TCM tempat aku berurut menyarankan aku meminum air cap badak (Three Legs cooling water) untuk mengurangkan panas badan. Serius, dah berumur 40+ tahun inilah kali pertama aku meminum air ini.

Tapi aku terjumpa produk alternatif daripada jenama yang sama yang lebih ranggi iaitu Cooltopia cooling water. Meminum Cooltopia ini lebih "seronok" berbanding air cap badak biasa yang tawar, ia berasa sedikit manis selain memiliki beberapa perisa dan aroma buahan eksotik seperti limau, biabas (guava), pic dan laici.

Berharga sekitar RM2.60 di pasar raya D untuk sebotol berisipadu 320 ml. Selain untuk menyejukkan badan (subjektif), boleh juga menjadi minuman alternatif untuk pemanduan jarak jauh.

_____
AADI: Cool Rhino nampak lebih moden.

Throwback Thursday: Tomb Raider 10th Anniversary


Katanya beberapa hari lepas game Tomb Raider (2013) ini sudah berusia 10 tahun (rilisan 05/03/2013), franchise Tomb Raider secara amnya pun sudah berusia 25+ tahun. Aku pernah buat entri jangkaan game ini sekitar 2011 ketika ia mula-mula diumumkan dalam pembikinan.

Berjaya mendapatkan game ini versi Definitive Edition untuk konsol PlayStation 4 sekitar Januari 2017. Tapi kehangatan Fallout 4 ketika itu menenggelamkan nafsu untuk memainkan game ini sehinggalah aku mengalami PS4 fatigue untuk kali pertama sekitar Februari/Mac 2017. Dan game inipun tersadai dalam simpanan untuk beberapa tahun.

Sehinggalah musim pandemik PKP 2020, barulah ada peluang memainkan semula game ini sampai habis. Itupun hanya ketika fasa ketiga PKP selepas habis memainkan game The Last Of Us, Remastered dan Doom 2016 ketika PKP fasa pertama dan kedua. Aku masih ingat ketika itu awal bulan puasa 2020. Fasa keempat pula musim game Days Gone.

Sebagai peminat franchise Tomb Raider yang telah memainkan siri-siri game ini sejak 1997, game ini pastinya lebih ohsem dari segi gameplay dan grafiknya, tapi jalan cerita dan temanya amat jauh berbeza berbanding Tomb Raider sebelum ini, lebih-lebih lagi era Legend Trilogy (Legend, Anniversary dan Underworld). Ada yang mengatakan ini adalah soft reboot untuk cerita/watak Lara Croft.

Dan terbaharu agak risau dengan hala tuju franchise ini seperti yang dibincangkan oleh Melonie Mac dalam video di atas. Aku setuju dengan Melonie yang mengatakan Tomb Raider dan Lara Croft popular disebabkan siri game original Tomb Raider bawah Core Design (Classic, Dagger Of Xian, Adventures Of Lara Croft, The Last Revelations, Chronicles). Dan dalam era "wokeness" mutakhir ini, macam-macam boleh berlaku...

Juga belum ada peluang memainkan dua game era reboot - Rise Of The Tomb Raider dan Shadow Of The Tomb Raider. Tunggu ada PS5 atau PS4 Pro terpakai.

_____
AADI: Gaming fatigue?

Wordless Wednesday: Conouer The Mohent



_____
AADI: Fight the passion?

Nanoweb


Selama 13+ tahun berhobi gitar, aku tak pernah beli tali gitar jenama Elixir, kalau pernah guna pun yang memang sudah dipasang pada gitar tertentu contohnya pada ex-Black Ice dan Shiro. Elixir ini jenama yang hype dengan teknologi sadurannya (coating) - Nanoweb, Polyweb, Optiweb, pada harga yang premium.

Maknanya inilah kali pertama aku membeli jenama Elixir ini, itupun tertarik dengan promo 2+1 set Nanoweb 9-42 ini pada harga "boleh tahan". Diperolehi daripada website Swee Lee dengan pengeposan percuma.

Bila tengok kotak, ia tidak kedap atau bermateri (seal). Di dalamnya ada tiga set (18 sampul) tali gitar dan nasib baiklah tiada karat dikesan, kalau tidak memang hangit satu badan.

Disebabkan kandungannya terdedah begini, ia tidak akan disimpan lama dalam stok peribadi. Ada peluang akan terus dipasang pada gitar-gitar aku. Aku tak peduli adanya teknologi saduran yang hebat, kerana daripada apa yang aku dengar, hanya tali EAD (wound strings) sahaja yang disadur, tali GBE (plain strings) tidak disadur.

_____
AADI: Rindu jenama SIT, Curt Mangan dan Kerly.

Ada Apa Dengan Gorilla Shredd?


Dah lama aku tengok iklan minuma tenaga jenama Gorilla ini setiap kali ke PS Boxing Club, tapi tak pernah pula jumpa dijual di kedai runcit atau premis seperti 7-Eleven, Kedai Mesra Petronas atau Shell Select (setakat ini).

Tapi ia ada dijual di Vortex Gym yang berada di bawah PS Boxing Club (pengurusan yang sama) dan aku mencuba versi Shredd yang katanya memiliki L-carnitine untuk membantu memecahkan lemak ditukar menjadi tenaga. Perisa ini agak premium RM7.00 untuk setin 325 ml berbanding perisa lain. Tapi ini harga di Vortex Gym, tak pastilah kalau kedai runcit mungkin lebih murah sekitar RM5.00 kot?

Buatan Guerilla PLT, Klang, Selangor. Ia minuman tenaga jenis berkarbonat berperisa "electric grape" dengan hype "zero calories", "zero sugar" dan "1500 mg L-carnitine" dengan slogan "stop dreaming, start pumping". Dengan harga yang agak premium tadi, pembelian berulang dan berkala itu agak mustahil.

_____
AADI: Sekali-sekala bolehlah.

Flashback Friday: February Stars (Part 2)


Untuk bulan Februari 2023, AADI hanya ada lapan entri, paling sedikit sejak September 2018 yang ada sembilan entri. Selepas entri Jazz, hampir dua minggu tiada entri...

12/02/2023 - Sekeluarga balik Membakut tak sampai 24 jam selepas notis daripada kakak aku yang mengatakan ayah sedang nazak di kampung. Melalui jalan udara BTU-BKI yang hanya ada satu penerbangan pada pagi Ahad.

Kami terlambat sekitar 30 minit, tapi syukur alhamdulillah diberi kesempatan untuk turut serta menguruskan jenazah. Taklah begitu terkejut dengan pemergiaannya, kerana waktu kami balik bulan Disember lepas pun sudah ada tanda-tanda sakit tua.

15/02/2023 - Hari ini aku mula demam (bukan coov) yang berlarutan sehingga balik Bintulu. Juga tak terbuat entri ulang tahun Maiden Singapore 2011, mungkin sudah boleh move-on selepas 12 tahun.

19/02/2023 - Kembali ke Bintulu, sebelah malam Mrs. Ijau dan anak-anak pula demam (bukan coov), berkemungkinan besar influenza. Di kampung pun dengar-dengar keluarga kakak/abang aku pun ada yang demam.

22/02/2023 - Kembali bekerja selepas cuti seminggu, itupun "hati" masih di rumah mengenang Mrs. Ijau dan anak-anak yang masih demam.

26/02/2023 - Baru ada peluang menonton filem The First Slam Dunk yang eksklusif di pawagam GSC sahaja.

27/02/2023 - Balik kerja kepala sakit, sampai tahap air liur pekat dan muntah-muntah sebelah malam. Biasanya kalau simptom begini aku ada salah makan (food poisoning). Tak sempat tengok Marty Friedman/Megadeth secara live dari Bodukan.

28/02/2023 - Syukur alhamdulillah hari ini aku sihat, sebelah malam sudah dapat kembali menyertai sessi tinju di PS Boxing Club selepas "ponteng" dua minggu.

_____
AADI: Selamat 3.3

Steam Call Of Pripyat


Terlepas promosinya beberapa bulan lepas, ia kembali bulan ini dengan harga RM11.40 (harga asal RM38.00) dengan pantas terus masuk bakul dan dimuat turun. Game lama taklah besar saiz failnya.

STALKER: Call Of Pripyat merupakan sekuel kepada jalan cerita STALKER: Shadows Of Chernobyl. Aku pernah memainkan game ini (versi DVD-JS) sekitar 2010-2011, ketika itu ia merupakan versi berbahasa Russia dan bukannya versi global. Ketika itu aku hanya mampu bermain 3-5 jam pertama sahaja kerana sangkut pada misi utama kedua atas kekangan bahasa.

Sama seperti pengalaman memainkan game bergenre FPS lain ketika umur 40-an, ia tidak seseronok seperti ketika 20/30-an dulu. Faktor umur (penglihatan dan refleks) merupakan kekangan utama untuk memainkan game FPS manakala kekangan masa pula merupakan kekangan utama untuk apa-apa jenis PC games secara amnya.

_____
AADI: Kembali santai main genre RPG?

Wordless Wednesday: Twisties Nasi Goreng Berasap



_____
AADI: Tak sedap, hahaha...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger