Selasa 14/12/2010 - Sessi makan besar staff Seksyen Alam Sekitar, Air & Mikrobiologi bertempat di Restoran Seribu Bintang, Kampung Baru, Bintulu. Sekali-sekala nak juga merasa makan ramai-ramai di luar, selalu-selalu belanja (bergilir-gilir) makan pizza di pejabat je, kadang-kadang bosan juga.
Restoran yang agak stylo (info MAS Traveller), dengan bangunan utama ala-ala warung kopi kampungan, di belakangnya rumah kampung (tempat memasak), di kelilingi oleh beberapa sulap (pondok kecil) tempat makan bersila yang agak privacy dan romantik (jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang). Kitorang memilih untuk makan di atas pentas. Pentas? Ya kalau ada apa-apa acara tertentu (karaoke atau live band), tempat kami makan ni akan ditukar menjadi pentas.
Oops!~ Kabur lagi...
Pusingan Pertama!
Nasi ayam paprik - ah biasa saja.
Nasi goreng Pattaya - *yawn~* too common.
(apalah diorang ni order makanan yang biasa-biasa).
Sayur kailan masak belacan - aku tak makan sayur (karnivor).
Nasi lalapan, versi biasa dengan ayam penyet - nampak menarik.
Nasi lalapan udang - makin menarik!
Nasi lalapan ayam tandoori! - Wohoo! Ini aku punya~
Nasi daging cendawan versi sizzling! - Chait!~ *ehem-ehem* aku order lagi advance!
In the end, aku juga yang jadi "majlis perbandaran".
Pusingan Kedua!
Sate 1Malaysia - Wtf? Dua cocok je satenya? Aku rasa hidangan ni salah nama.
Mee goreng pedas - berair mata nak habiskan beb!
Tomyam campur - yang tak tahan pedas tu, dua kali hirup dah surrender...
Roti nan keju (cheese nan) - One of my favourite, tapi awat rotinya kecik?
Nasib baik aku tak termakan kunci Imago aku,
kalau tak naya je balik rumah jalan kaki...
Muka-muka pelahap! Lebih-lebih lagi yang baju hijau tu...
Harganya? Memang berbaloi, lebih berbaloi daripada harga makan pizza hidangan untuk 10 orang yang belum tentu habis (sebab muak) atau kenyang. Mungkin selepas ni, sessi makan besar ni akan diteruskan menjadi acara bulanan seksyen kitorang.
_____
Ada apa: Sebenarnya entri ni berjangkit dari entri makan-makan Penunggang Laju.