Showing posts with label stewmac. Show all posts
Showing posts with label stewmac. Show all posts

EMG ALX Les Paul


Menggodek set EMG H1N/ALX yang dikeluarkan daripada LTD EC-1000VB Azrol (ex-Deluxe) minggu lepas. Mulanya dirancang untuk dipasang pada Horizon, tapi kerana logo EMG sudah lusuh aku rasa ia amat serasi dipadankan dengan gitar rimau Tigera yang mana warna hardware pun sudah nampak lusuh (gitar keluaran 2008) untuk penampilan gitar bermusim.

Tapi sebelum dipasang pada gitar tersebut, aku ingin cuba mengeksperimentasikan set ini dengan konfigurasi 2V2T Les Paul, konfigurasi yang tiada skematiknya dalam website EMG. Secara teori, hanya pikap bridge ALX sahaja yang akan dipengaruhi oleh ABQ EQ/boost. Manakala pikap neck hanyalah H1N seadaanya (pasif).

Menggunakan templet kayu Golden Age wiring jig Les Paul yang diperolehi daripada StewMac beberapa tahun lepas sebagai platform eksperimentasi. Pikap-pikap akan didekatkan atas tali gitar, cukup-cukup untuk mengesan getaran tali gitar. Output pula disambung pada amPlug2 Metal dan headphone HD-330.

Hasilnya? Menjadi, tiada perbezaan volume yang ketara jika gain pada ABQ diset sekitar 30-35% sahaja. Mengikut spesifikasi, H1 memiliki DC resistance yang lebih tinggi sekitar 13.52 kΩ berbanding 8.40 kΩ pada ALX (rujukan manual EMG HZ dan ALX). ALX pada asasnya merupakan sebuah H2.

Bersambung...

_____
AADI: Teringat set EMG-HZ H4 pada ex-Nightfall.

Ada Sesuatu Daripada Steward-MacDonald (Part 2)


Bungkusan daripada Steward-MacDonald ini mengambil masa hampir dua bulan (dihantar pada 28/12/2018) untuk sampai. Diterima dalam keadaan sudah dibuka(?) tanpa sebarang notis, posmen kata ia dibuka oleh kastam untuk pemeriksaan.


Sepatutnya untuk menjaga integriti, ia perlu dilekat semula dengan sellotape rasmi seperti yang KDN selalu buat (contohnya entri ini), ataupun paling cikai ada nota mengatakan dibuka untuk pemeriksaan kastam. Mujurlah semua barang yang dipesan masih ada. Tapi tak mengapa (parap-parap), kita teruskan entri...


Barangan yang dipesan kali ini; seunit ESP multi spanner, seunit CTS DPDT push-pull 500k pot solid shaft (lagi), dua unit CTS SPST push-pull 500k pot split shaft dan Golden Age wiring jig untuk Les Paul.

Apa yang menariknya pembelian kali ini dapat baucar "surprise gift" bernilai USD15.00 daripada StewMac bersempena Krismas dan Tahun Baru, yang aku kira sebagai penanggung kos penghantaran.


Hero utama kali ini ialah ESP multi spanner, antara tools yang terGAS sejak 2014 lagi. Kebetulan ketika ia dipesan ada diskaun 18% bersempena jualan hujung tahun. Aku dah ada versi tiruan Lazada, tetapi versi tersebut ada kelemahan, geriginya tumpul membuatkannya hampir langsung tidak boleh digunakan.


Wiring jig daripada Golden Age ini nampak lebih hipster dan trendy, kah kah kah... Tujuannya? Untuk memudahkan proses pematerian di luar kaviti gitar Les Paul. Lain cerita, sebelum ini aku pernah ada ada wiring jig Les Paul DIY daripada kadbod dan plywood, tapi kedua-duanya dibuang secara tidak sengaja oleh Mrs. Ijau, sedih...

_____
AADI: Next, radius gauge.

Push-Pull So-Cal


Setelah projek memasang EMG SA/SA/SA sebelum ini menemui jalan buntu, So-Cal dipasangkan semula dengan pickguard dan set pikap asal (Evolution/Tone Zone). Tetapi dengan sedikit modifikasi, menggantikan CTS 500k pot asal dengan model push-pull (DPDT) yang diperolehi daripada StewMac untuk opsyen coil-split (aka single-coil sound).


Pernah dicuba modifikasi sebegini lima tahun lepas, tetapi ketika itu pot yang digunakan ialah DiMarzio EP1201PP. Selain bersaiz Alpha, ia juga jenis audio taper A500k yang (pada pendapat aku) lebih sesuai untuk TONE berbanding VOLUME.

DiMarzio EP1201PP.
Pot push-pull CTS StewMac ini agak berbeza dengan push-pull CTS lain ataupun Alpha, kerana kedudukan enam terminal DPDT yang agak radikal (rujuk di sini), tetapi sebenarnya ia lebih senang dipateri. Jika forex ringgit dah kukuh kelak, mungkin aku akan beli lagi pot sebegini daripada StewMac.


Untuk kali ini proses mengambil masa lebih lama berbanding biasa, walaupun pendawaiannya ringkas, tetapi pematerian dicuba sekemas dan sepremium yang mungkin termasuk menggunakan penebat tiub heat shrink.


Dibelanja dengan tali baru SIT Rock Light (9.5-44) dan ditala pada talaan E-standard yang lebih sesuai untuk gitar ini. Tali GHS PRDM yang dipasang dua bulan lepas masih bagus dan akan dikitar semula untuk gitar lain (mungkin Nightfall).


Mungkin juga akan direhatkan daripada "tugasan rasmi" seperti Goldie dalam entri semalam. Gitar utama sekarang ialah Nightfall dan Neon. Tetapi akan sentiasa dalam keadaan siap sedia (standby) jika mojo Charvel diperlukan.

_____
AADI: Bereksperimen dengan fungsi detune pada multi-effects.

Ada Sesuatu Daripada Steward-MacDonald


Pembelian sulung melalui Steward-MacDonald (StewMac) ini mengambil masa hampir sebulan untuk tiba (snail mail), lebih kurang sama standard seperti barangan Strings By Mail.


Kotaknya kemas tetapi tidak berdaftar seperti bungkusan STM, agak berisiko untuk tidak sampai seperti kes pikap Entwistle dalam entri ini. StewMac merupakan pilihan terakhir untuk mendapatkan item atau alat ganti gitar yang tidak dapat diperolehi melalui eBay, Lazada atau Shopee.


Untuk permulaan ini hanya memesan tiga item - CTS push-pull 500k pot, switch tip (CRL Oak Grigsby size) dan The Key. Harap-harap nanti bila nilai forex ringgit dah stabil, mungkin akan cuba memesan beberapa item lain lagi.


The Key merupakan item utama untuk pembelian kali ini, sudah sekian lama ingin memilikinya. Disebabkan 80% daripada gitar elektrik yang aku ada memiliki sistem tremolo (Floyd Rose dan setaraf), maka alat ini perlu ada untuk membuat intonasi.


Walaupun ia dikhaskan untuk tremolo Floyd Rose (FRO, FR1k, FRS), tetapi ia juga serasi dengan tremolo Gotoh GE1996T seperti yang ada pada Mirage. Kalau tremolo Ibanez Edge III atau Edge Zero II aku rasa ia tidak serasi.

Juga akan digunakan untuk servis intonasi gitar bertremolo rakan-rakan di Bintulu.

_____
AADI: Item lain, tak payah ceritalah kan?

Alat Ganti Elektronik Gitar Gaya Lazada (Part 2)


Lagi alat ganti elektronik kegitaran daripada Lazada, China mari...


Dua unit potentiometer Alpha jenis push-pull A500k dan B500k untuk stok, sesuai untuk tone dan volume masing-masing. Dua unit suis jenis toggle, satu dipesan untuk menggantikan suis pada ex-EC-256 si Korawk, satu untuk stok simpanan.


Dan multi-spanner OEM yang mengikut spesifikasi jenama ESP. Dah lama mencari alat ni, nak beli yang original ESP memang mencecah RM50 (StewMac) sebelum masuk kos penghantaran.



Cuma tinggal alat yang dipanggil "The Key" saja lagi belum kesampaian, kalau ada memang senang nak buat intonasi gitar ber-Floyd Rose.

_____
AADI: Remeh tapi berguna.

Wordless Wednesday: Tools Dilemma





Images linked from STEWMAC.COM

_____
Ada apa: Good tools for the job, but...

Pematerian Yang Kemas


Mempelahari sesuatu yang baru melalui website Stewart MacDonald (or rather their YouTube channel), cara mendapatkan pematerian yang kemas pada komponen elektronik (khasnya untuk kegitaran).


Nampaknya aku kena beli pateri baru la lepas ni, dua pateri yang ada sekarang satu dah lambat panas, satu lagi arus bocor...

_____
Ada apa: Bro Yus, pateri 40W dah kira cukup kan?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger