_____
AADI: Cantik hijau.
Wordless Wednesday: Solar Siepen
oleh Ijau D. Koceng 15 May 2024 pada 6:00 AM 0 commentsThrowback Thursday: That 10 Albums Trending
oleh Ijau D. Koceng 23 August 2018 pada 6:00 AM 1 comment"Day x of 10 days - 10 albums in no paricular order. Album that really made an impact and are still on your rotation list. Post the cover, no need to explain, and nominated a person each day."Akupun terjebak dengan trend semasa ini, tapi daripada dibuat hari-hari dalam media sosial, ada baiknya aku buatkan sebagai satu entri sahaja untuk kesepuluh album berserta nominee (diletak bukan nama sebenar).
- Bruce Dickinson - Tyranny Of Souls, nominee: Pojie.
- Blind Guardian - The Forgotten Tales, nominee: Nordin.
- Avril Lavigne - Let Go, nominee: Fer Fergie.
- Hootie And The Blowfish - Cracked Rear View, nominee: Shidin.
- Iron Maiden - Somewhere In Time, nominee: Gaban.
![]() |
| Pernah dibuat entri tahun 2015. |
7. Megadeth - Risk (versi asal bukan R&R), nominee: Zulk Zam.
8. King Diamond - House Of God, nominee: Habsu #rosak.
9. Foo Fighters - The Colour And The Shape, nominee: Zana Iskandar.
10. Linkin Park - Meteora, nominee: Eric Ho.
Aku terhadkan satu album per artis/band, kalau tak memang payahlah Iron Maiden saja akan tapau separuh slot.
_____
AADI: Tak ada album tempatan?
Blind Guardian - Beyond The Red Mirror (Limited Edition)
oleh Ijau D. Koceng 07 April 2017 pada 10:00 PM 3 komen:Apa yang "special edition" sangat berbanding versi biasa? Selain cover art yang berlainan, ia juga didatangkan dalam bentuk media book (digipak in disguise) dan sebuah lagu bonus Distant Memories. Album konsep dengan lapan sub-cerita, dan katanya merupakan sekuel kepada album kelima mereka iaitu Imagination From The Other Side.
Seperti album At The Edge Of Time, lagu-lagu dalam album ni best, cuma terlalu banyak elemen koir dan orkestra membuatkannya tepu ke arah melodic metal berbanding speed/power metal. Antara perubahan elemen muzik yang ketara berbanding material 80-90an mereka.
Ya, tambah sikit-sikit elemen orkestra memang boleh menaikkan atmosfera/runut lagu tersebut, tapi kalau dah tepu dah jadi macam Nightwish pula (atau Metallica S&M). Tapi yang pasti, vokal Hansi Kursch langsung tak berubah, tidak dipengaruhi faktor usia, yang ini patut dipuji.
_____
AADI: Meriki kompilasi Memories Of A Time To Come di eBay.
Hammer Guardian
oleh Ijau D. Koceng 17 March 2017 pada 11:00 AM 4 komen:Album studio ke-10 (2015) Blind Guardian Beyond The Red Mirror dalam versi limited digibook. Agak lama aku tak layan Blind Guardian, kali terakhir waktu album At The Edge Of Time hampir enam tahun lepas, itu pun aku tak berapa hadam lagu-lagunya berbanding era 90an dan awal 2000an.
Dan album studio ke-9 (2014) HammerFall (r)Evolution. Antara album yang selalu terlepas dan melepas daripada dibeli.
Ok, nanti aku buat entri berasingan...
_____
AADI: Dua-dua dah ada versi siput sedut.
Lima Album Yang Selalu Dicapai
oleh Ijau D. Koceng 01 June 2015 pada 8:00 AM 4 komen:In no particular order:
- Bruce Dickinson - Tyranny Of Souls.
- Blind Guardian - The Forgotten Tales.
- Avril Lavigne - Let Go.
- Hootie And The Blowfish - Cracked Rear View.
- Iron Maiden - Somewhere In Time.
Entri Mini: Gayu Guru Gerai Nyamai
Selamat berbulan Jun dan selamat menyambut Gawai Dayak kepada rakan-rakan dan pengikut AADI Sarawakian.
Walaupun bukan lagu Gawai, tapi ini antara lagu Iban paling best pernah aku dengar. Jauh berbeza daripada cliche lagu-lagu Iban yang selalu berkumandang di radio-radio tempatan yang rata-rata berirama joget atau rock and roll.
Teringat pernah buat persembahan bersama-sama Majestica semasa Oktoberfest 2012.
_____
Ada apa: [Extra 6th] May - Otai Jamm! Tapi aku cuma ada CD audio versi pasar malam.
Ada Apa Dengan Beyond The Red Mirror?
oleh Ijau D. Koceng 05 February 2015 pada 8:00 AM 5 komen:| Imej Wikipedia. |
Album studio mereka sebelum ini At The Edge Of Time pun aku belum hadam, hahaha...
_____
Ada apa: eBay time!
Kaset KLMJ (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 11 November 2014 pada 9:00 AM 5 komen:Blind Guardian - A Night At The Opera, Nightfall In Middle-Earth, And Then There Was Silence, Manowar - Kings Of Metal, Megadeth - Rude Awakening, Iced Earth - Tribute To The Gods, Enter The Realm dan Roadrunner United - The All Star Session. Harga? Tak mahal, harga masih munasabah RM16.00 setiap satu, kecuali RM20.00 untuk Rude Awakening kaset berkembar (masih boleh runding).
Aku tak banyak koleksi kaset, ini sahaja yang ada (gambar di atas). Semenjak awal 2000an aku mula bermigrasi kepada format audio CD. Faktor boleh ditukar (rip) kepada format mp3 dan mudah disalin (CD copy) sementara yang original disimpan rapi antara penyebab utama aku memilih format audio CD berbanding kaset, selain kualiti bunyi yang lebih unggul.
Walau bagaimanapun, bukan semua koleksi kaset aku nak let-go, selebihnya disimpan atas dasar nostalgik dan cerita di sebalik pembelian kaset itu sendiri (emotionally attached).
_____
Ada apa: Piring hitam? No No... Alhamdulillah aku masih lagi immune.
Demons & Wizards - Touched By The Crimson King (Limited Edition)
oleh Ijau D. Koceng 10 July 2014 pada 9:00 AM 6 komen:(P) & (C) 2005 Demons & Wizards, under exclusive license to Steamhammer, a division of SPV GmbH, made in Germany. Diperolehi dengan harga tersenyum €3.34 (RM15.29) seperti biasa dengan pengeposan percuma. Walaupun berstatus terpakai (used), tapi fizikalnya masih nampak 95% baru.
Seperti album pertama (self-titled) mereka yang telah dimiliki penghujung 2009 dulu (zaman rancak eBayholic), album kedua ni juga masih mengekalkan formula yang sama iaitu gabungan gitar rancak Iced Earth (demons) dan vokal berlapis Blind Guardian (wizards).
Satu kelemahan pakej jenis digipak berlipat-lipat dengan slipcase ni ia tidak sesuai untuk dipasang dalam kereta, kerana agak leceh untuk membukanya semasa sedang memandu (kecuali dah siap-siap letak dalam kocek CD).
Tracklist
CD1
- Crimson King
- Beneath These Waves
- Terror Train
- Seize The Day
- The Gunslinger
- Love's Tragedy Asunder
- Wicked Witch
DurianDorian- Down Where I Am
- Immigrant Song (Led Zeppelin cover)
- Lunar Lament
- Wicked Witch (slow version)
- Spatial Architects
- Beneath These Wave (edit)
![]() |
| Inlay sama seperti versi biasa. |
More info please visit official page.
_____
Ada apa: Belum terbeli album kompilasi Blind Guardian.
Kaset KLMJ
oleh Ijau D. Koceng 25 February 2014 pada 8:00 AM 11 komen:Koleksi kaset aku taklah seberapa (jika dibandingkan dengan bloggers lain) kerana aku hanya mula membeli kaset sendiri selepas PMR (circa 1994). Sebelumnya aku hanya meminjam kaset rakan ataupun memiliki kaset versi
Seingat aku, kaset Nirvana Eternal Legacy antara kaset pertama yang aku beli. Jika dikecualikan kaset-kaset yang berada di luar kotak (yang diperolehi semasa operasi mencari kaset lelong dalam entri ni), kaset terakhir yang aku beli ialah Roadrunner United awal tahun 2006. Selepas itu, aku mula fokus kepada audio CD.
Hampir semua kaset-kaset yang aku ada ni dah dinaiktaraf kepada versi CD audio (kecuali beberapa yang dah dilelong semula). Sekarang aku teringin sangat nak cari album pertama Awie solo dalam bentuk CD audio. Jika rakan-rakan bloggers ada menjumpainya dijual di mana-mana premis sekitar Malaysia ni, sila maklumkan aku.
Tapi yang pasti, aku tak terbabit dalam fenomena piring hitam (vinyl), kerana ia melibatkan tahap kesabaran dan pelaburan yang tinggi. Kumpul audio CD pun dah sekian pelaburannya...
_____
Ada apa: KLMJ = kenangan lalu/lama mengusik jiwa.
Blind Guardian - Live
oleh Ijau D. Koceng 21 March 2013 pada 2:00 PM 6 komen:![]() |
| Ada sedikit *pertikaian mengenai cover art album ni. |
- Purchased from: estock_deutschland
- Location: Germany
- Condition: used
- Price paid: €8.86 + free postage (RM38.28)
- Ordered: 14/2/2013
- Received: 20/3/2013
- Label: (P) + (C) 2003 Virgin Music, a division of EMI Music Germany GmbH & Co.
- Made in: Germany
![]() |
| Double |
CD1
- War Of Wrath
- Into The Storm
- Welcome To Dying
- Nightfall
- The Script Of My Requiem
HarvesterHarvest Of Sorrow- The Soulforged
- Valhalla
- Majesty
- Mordred's Song
- Born In A Mourning Hall
- Under The Ice
- Bright Eyes
- Punishment Divine
- The Bard's Song (In The Forest)
- Imaginations From The Other Side
- Lost In The Twilight Hall
- A Past And Future Secrets
- Time Stand Still (At The Iron Hill)
- Journey Through The Dark
- Lord Of The Rings
- Mirror Mirror
[Edited @ 4:50 pm] Hampir kesemua lagu dalam ni album dirakam sekali dengan suara puluhan ribu penonton, sama ada sing-a-long ataupun sebagai suara latar. Lebih kurang macam konsert Iron Maiden (ada ole ole ole~). Oh ya, part Valhalla yang penonton taknak berhenti tu memang best hahaha (thanks deaf-angel for mentioning this part).Antara lagu-lagu klasik Blind Guardian kegemaranku sepanjang zaman ada dalam album live ni; Mordred's Song, Bright Eyes, The Bard's Song, A Past And Future Secrets dan Lord Of The Rings. Bila dengar lagu-lagu ni memang akan KLMJ zaman-zaman "wasted years" aku di Penang dulu.
Aku dah ada album ni dalam versi kaset berkembar (double cassettes) yang diperolehi dari dB Music Komtar (aka kedai Aunty Alice), kalau tak silap sekitar 2004-2005. Sebelum ada kaset, aku ada sedut mp3 album ni guna mIRC ketika album ni mula-mula dikeluarkan dulu.
Tapi aku rasa kaset ni hanya pernah dimainkan 2-3 kali saja kot, semenjak Walkman aku rosak aku malas nak beli pemain kaset yang lain. Nak dengar lagu daripada album ni biasanya aku pasang mp3 pada PC saja. KLMJ la sangat...
*Dalam dunia D&D, kaum Dwarf biasanya lebih suka menggunakan kapak berbanding pedang.
_____
Ada apa: Next target, Blind Guardian compilation.
Ada Apa Dengan Memories Of A Time To Come?
oleh Ijau D. Koceng 12 February 2012 pada 1:00 AM 2 komen:Album kompilasi terbaru Blind Guardian yang katanya dah mula dipasarkan pada 20/1/2012 yang lepas...
Image linked from Blind Guardian official website.
Dengan 2 CD (atau versi 3 CD limited edition) yang mengumpulkan lagu-lagu terbaik Blind Guardian dari tahun 1987 hingga 2011. Bila kali terakhir Blind Guardian keluarkan album kompilasi? Agaknya cuma album The Forgotten Tales saja kot?
_____
Ada apa: Perlukah aku meng-eBay-nya?
Blind Guardian - At The Edge Of Time
oleh Ijau D. Koceng 04 April 2011 pada 1:00 AM 3 komen:Album ni dah agak lama aku terima, awal bulan Februari dulu (waktu tengah sibuk dengan persiapan nak pi konsert Iron Maiden Singapore) bersama-sama album Time To Be King. Album terbaru (9th studio album) Blind Guardian iaitu At The Edge Of Time (Wiki).

Kebelakangan ni, cover art album Blind Guardian mesti ada naga.
eBay purchase info
- Purchased from: fastdecision777
- Location: UK
- Condition: used, like new
- Price paid: $5.99+8.00/2 (RM31.49) menang bid
- Ordered: 9/1/2011
- Received: 10/2/2011
- Label: (P)+(C) 2010 Nuclear Blast GmbH
- Made in: Germany

Tracklist
- This World Is Sacred
- Tenelorn (Into The Void)
- Road Of No Release
- Ride Into Obsession
- Curse My Name
- Valkyrie
- Control To Divine
- War Of The Thrones
- A Voice In The Dark
- Wheel Of Time
Secara peribadi, album ni lebih mengancam berbanding album sebelum ini A Twist In The Myth, yang memang susah aku nak digest.

Lagu pertama The World Is Sacred yang agak epik, mengetengahkan unsur-unsur Orchestral dan Melodic Metal (macam bunyi Nightwish la pula), with whooping 9:19 playtime! Yang kononnya ditulis khas untuk PC game Sacred 2: Fallen Angel.
Lagu-lagu seterusnya adalah vintage Blind Guardian yang kebanyakkannya adalah diilhamkan dari novel-novel fiksyen dan fantasi, with Kürsch's legendary voice and Olbrich/Siepen signature guitar trade attacks. Blind Guardian juga tidak melupakan akar-umbi mereka signature bardic sound yang rata-ratanya diketengahkan dalam lagu Curse My Name. Lagu Wheel Of Time pula tepu dengan unsur irama padang pasir, aku rasa lagu ni sesuai kalau masuk dalam PC game Prince Of Persia hehehe.
Koleksi album studio Blind Guardian aku kini hanya kurang dua album saja lagi - Tales From The Twilight World dan Somewhere Far Beyond.
_____
Ada apa: Juga sedang mencari album Live.
Aku, CD dan eBay... (Part 7)
oleh Ijau D. Koceng 27 February 2011 pada 8:00 PM 2 komen:Entri terakhir pasal CD eBay ialah And Justice For All awal bulan Januari yang lepas. Pergh! Lama gila aku tak buat entri pasal CD eBay, padahal ada beberapa CD yang aku belum buat entri lagi (contohnya CD ni).
Khamis (10/2/2011) dua minggu yang lepas aku menerima bungkusan dari UK ni, berisi dua CD iaitu album terbaru daripada dua buah band Power Metal terkemuka Jerman:
- Masterplan - Time To Be King
- Blind Guardian - At The Edge Of Time
Waktu bungkusan ni sampai, biasalah dah dekat-dekat nak Konsert Iron Maiden. Hari-hari dengar lagu Iron Maiden (ambil angin konsert) baik dalam kereta, opis, rumah dan handphone. Memang tak sempat nak layan kedua-dua CD ni.

Baru awal minggu ni aku dapat layan kedua-dua CD ni, terutamanya album Time To Be King. Yup album keempat dan terbaru daripada Masterplan dengan Jørn Lande kembali semula sebagai vokalis. Ah nantilah aku buat entri lain...
_____
Ada apa: Sekarang tengah mood Power Metal...
Aku, CD dan eBay... (Part 5)
oleh Ijau D. Koceng 19 October 2010 pada 11:00 AM 4 komen:
Dah lama aku tak order tiga CD sekaligus, kali terakhir waktu black mood bulan April lepas.
Pagi tadi aku menerima bungkusan dari UK dihantar oleh brader posmen (bukan yang sengih-sengih). Aik? Sebelum-sebelum ni diorang bagi aku slip suruh tuntut kat kaunter pos, kali ni diorang hantar la pulak.
Dan seperti teori jangkaanku, bungkusan dari UK memang tidak "dijenguk" oleh KKDN (walaupun ketara isinya adalah CD), cuma ada cop pelepasan kastam sahaja. Agaknya KKDN percaya barang-barang dari UK atau negara-negara Commonwealth kot?
CD apa pulak kali ni?
- Blind Guardian - Follow The Blind
- Blind Guardian - Tokyo Tales
- Samson - Joint Forces

Bertambah lagi koleksi CD Blind Guardian aku (remastered version)... Btw, CD Samson tu sebenarnya aku joybid (lowest bidder), tup-tup menang bid la pulak sebab tadak orang lain bid. Aku ingatkan album zaman Abang Bruce, rupanya bukan hehehe... Patutnya aku buat homework dulu sebelum bid.
Nantilah aku buat entri berasingan untuk semua CD ni, memandangkan ada beberapa CD eBay yang lain aku belum buat entri (stok untuk entri 1h1e1m v2.0 yang akan datang).
_____
Ada apa: Tengah survey harga album baru Blind Guardian kat eBay...
Ada Apa Dengan At The Edge Of Time?
oleh Ijau D. Koceng 27 August 2010 pada 8:00 PM 0 commentsWaktu sibuk browse eBay mencari album-album lama Blind Guardian aku terkejut tengok cover art yang tak pernah aku tengok sebelum ni...
Imej link dari Wikipedia.
Rupa-rupanya Blind Guardian ada release album baru tahun ni bertajuk At The Edge Of Time. Ceh, ketinggalan zaman la aku, dah lama aku tak follow info-info Blind Guardian tup-tup dah ada album baru.
Menurut info Wikipedia, album ni released on 30/7/2010 kira baru lagilah tak sampai sebulan. Aku tak reti nak cerita panjang, apa-apa boleh lawat website rasmi Blind Guardian.
Aku tak rasa excited sangat pasal album At The Edge Of Time ni, sebab jiwa tengah meronta-ronta nak beli The Final Frontier, jealous tengok Abang Ben, wanwarlock dan deaf_angel dah ada. Lepas ni agaknya giliran Berteromber dan Portdy pulak kot?
_____
Ada apa: Nampaknya raya kali ni duit banyak habis lari pi maintenance Imago aku. Servis aircon, servis rutin, tukar tayar lagi... Aduih~
Blind Guardian - Battalions Of Fear
oleh Ijau D. Koceng 25 August 2010 pada 9:00 AM 2 komen:Bungkusan familiar dari UK diterima pada hari yang sama dengan Killers minggu lepas. Bungkusan familiar? Sebab ia dari r4rock - seller yang sama tempat aku beli Awake, Surfing With The Alien, Dead Again, Imagination From The Other Side, dan mungkin ada lagi beberapa CD yang aku lupa.
Aku suka beli dari r4rock ni sebab postage cost yang murah £1.99 sahaja berbanding seller lain dari UK yang dengan postage cost antara £2.50-4.00, padahal rata-rata kat setem (atau cop Royal Mail) tertera £2.xx sahaja. Walaupun CD yang dijual berstatus used, tapi semua dalam keadaan memuaskan.

Bungkusan kali ni berisi CD dari abang-abang Jerman kita, Blind Guardian dengan debut album Battalions Of Fear. Sebenarnya sebelum ni aku dah ada album ni tapi versi "CD-R hitam" beli kat Campbell's somewhere in 2004-2005 kot. But, as a collector and supporter, nak jugak cari versi ori kan?
eBay purchase info
- Purchased from: r4rock
- Location: UK
- Condition: used
- Price paid: £3.20+1.99 (RM26.92) menang bid
- Ordered: 04/08/2010
- Received: 20/08/2010
- Label: (P)(C) 1991 Virgin Schallplatten GmbH
- Publisher: Virgin Records
- Made in: Holland

Muda-muda lagi abang-abang Jerman kita ni.
Tracklist
- Majesty
- Guardian Of The Blind
- Trial By The Archon*
- Wizard's Crown
- Run For The Night
- The Martyr
- Battalions Of Fear
- By The Gates Of Moria*
- Gandalf's Rebirth* (CD bonus)
Lagu favourite? Semua kecuali Wizard's Crown dan The Martyr. Lagu yang bertanda * merupakan Instrumental. Moria? Gandalf? Rings any bell? Nampak sangat pada album pertama ni Blind Guardian dah mengetengahkan unsur-unsur Tolkien's The Lord Of The Rings kan? Mungkin dalam lirik lagu-lagu lain pun ada kaitan dengan LOTR atau karya Tolkien yang lain, tapi malaslah aku nak ulas.

Standard 90's CD
Walaupun bergenre Speed Metal atau Power Metal, tapi aku rasa album ni ada unsur-unsur Thrash, ini ketara dengan vokal Hansi yang penuh angst dan snare ala Abang Mus(taine), dan beberapa riff yang agak laju. Dan sepanjang album tadak satu pun lagu slow, semua jenis pecut highway 110 km/j, dengan beberapa memorable licks and solos. Jauh berbeza dengan album-album Blind Guardian terkemudian yang ada beberapa lagu slow dan akustik. Btw, zaman ni Hansi masih lagi memikul tanggungjawab sebagai pemain bass selain vokal.
Zaman Napster dan IRC dulu somewhere in early 2000's, lagu-lagu dari album ni seperti Trial By The Archon dan Battalions Of Fear merupakan antara lagu-lagu Blind Guardian yang mula-mula aku sedut (selain lagu The Lord Of The Rings). Punya main seksa nak sedut guna Napster dan IRC dulu-dulu sebab masih lagi guna modem dial-up 56k.
Lagi seksa kalau sedut guna Napster, once line disconnected kalau tak habis sedut memang lagu terbantut la sebab tak dapat sambung. Berbeza dengan IRC yang dapat sambung kemudian, jadi kebanyakkan aku sedut guna IRC.
Mungkin ada yang bertanya "Erk? Apa itu Napster dan IRC?", ia sejenis kumbang tanduk.
_____Ada apa: Bertambah lagi koleksi Blind Guardian aku...
Blind Guardian - Imaginations From The Other Side
oleh Ijau D. Koceng 22 July 2010 pada 12:00 PM 1 commentEntri CD ebay kembali lagi! (intonasi macam Tora datang lagi!). Kali ni album Imaginations From The Other Side dari brader-brader Jerman kita (*tadak kaitan dengan Piala Dunia) iaitu Blind Guardian. Pada pendapat aku, album ni merupaka antara album terbaik Blind Guardian selain The Forgotten Tales.
*Sebenarnya entri ni dah sebulan lebih dalam bentuk draft dari awal musim Piala Dunia lagi, tapi macam biasa aku malas nak mengolah ayat itu ini.
Seperti biasa, Blind Guardian antara band Jerman yang aku minat. Muzik dan lirik lagu-lagu diorang ni ada kelainan sikit dari band-band Power/Speed Metal yang lain. Walaupun kebanyakkan lirik-lirik lagu diorang bertemakan nukilan JRR Tolkien dan mitos-mitos barat yang lain, tapi setiap satunya diolah dengan begitu indah sehingga menjadi memorable tunes... Chewah~

CD diterima dalam keadaan kurang memuaskan, jewel case dah retak dan pecah, backlay ada sket renyuk terkena jewel case yang retak. Tapi CD dan inlay masih dalam keadaan memuaskan. Takpa, aku ada banyak jewel case baru.
eBay purchase info
- Purchased from: r4rock (banyak dah CD murah aku beli dengan mamat ni)
- Location: UK
- Condition: used
- Price paid: £3.15+1.99 (RM25.81) menang bid
- Ordered: 4/5/2010
- Received: 22/6/2010
- Label: (P)(C) 1995 Virgin Schallplatten GmbH (first pressing ni)
- Made in: Holland

Tracklist
- Imaginations From The Other Side
- I'm Alive
- A Past And Future Secret
- The Script For My Requiem
- Mordred's Song
- Born In The Mourning Hall
- Bright Eyes
- Another Holy War
- And The Story Ends
Banyak lagu-lagu best dalam album ni, antaranya Mordred's Song dan Bright Eyes - antara lagu Blind Guardian yang mula-mula aku dengar (selain Lord Of The Rings) dalam versi akustik seperti dalam album The Forgotten Tales. Tapi dalam album ni versi asal, versi Metal!
Tak kurang jugak dengan lagu Imaginations From The Other Side, I'm Alive, A Past And Future Secret dan Born In The Mourning Hall. Semua lagu ni biasanya wajib dinyanyikan dalam setiap konsert Bind Guardian.

CD decoration yang agak menarik.
A Past And Future Secret, taken from Imaginations Through The Looking Glass DVD - aku ada konsert ni tapi versi VCD (cap lanun hehehe), ada masa aku nak cari versi Official DVD kat eBay. Macam best je diorang main gitar akustik tu... Seakan-akan bunyi lute bard - trademark Blind Guardian.
Koleksi Blind Guardian aku bertambah lagi satu album studio. Koleksi ni pelan-pelanlah aku bagi lengkap, tak macam Iron Maiden, Bruce Dickinson dan Children Of Bodom yang dah lengkap (atau hampir lengkap)... Next target - Blind Guardian Live.
_____
Ada apa: Most call him "once a future king"...
Blind Guardian - Nightfall In Middle-Earth
oleh Ijau D. Koceng 19 April 2010 pada 1:00 AM 5 komen:Bungkusan yang diterima 29/3/2010 yang lepas. Bungkusan dari US berisi CD Blind Guardian Nightfall In Middle-Earth. CD diterima dalam keadaan masih sealed, walaupun jewel case ada retak sikit.
eBay purchase info
- Purchased from: black-plastik
- Location: USA
- Condition: new & selaed!
- Price paid: US$3.85+7.00 (RM37.02) menang bid
- Ordered: 16/3/2010
- Received: 29/3/2010
- Label: (C)(P) 1998 Century Media Records
- Under exclusive license from: Virgin Records
- Made in: USA
Yup, masih lagi sealed.

Tracklist
- War Of Wrath*
- Into The Storm
- Lammoth*
- Nightfall
- The Minstrel*
- The Curse Of Feanor
- Captured*
- Blood Tears
- Mirror Mirror
- Face The Truth*
- Noldor (Dead Winter Reigns)
- Battle Of Sudden Flame*
- Time Stands Still (At The Iron Hill)
- The Dark Elf*
- Thorn
- The Eldar
- Nom The Wise*
- When Sorrow Sang
- Out On The Water*
- The Steadfast*
- A Dark Passage
- Final Chapter (Thus Ends...)*
Gila! 22 tracks? Tak gila mana pun, banyak interlude antara lagu, yang bertanda * semuanya interlude... Tu yang jadi sampai 22 tracks tu. Banyak lagu best dalam album ni, Mirror Mirror antara lagu Blind Guardian yang terawal aku dengar. Antara lagu lain yang aku suka ialah Into The Storm, Nightfall dan Time Stands Still (At The Iron Hill). Keempat-empat lagu ni merupakan lagu wajib tiap kali Blind Guardian buat konsert.
Seperti biasa, lirik-lirik lagu Blind Guardian kebanyakannya adalah bertemakan dunia Tolkien (terutamanya novel Lord Of The Rings), dan album ni pulak adalah berdasarkan kepada cerita dalam novel The Silmarillion, aku tak pernah baca novel ni jadi aku tak tau ceritanya, ada orang kata ia merupakan sequel kepada The Lord Of The Rings.
Sebenarnya album ni merupakan album tribute kepada JRR Tolkien, seperti yang tertulis dalam inlay "This album is dedicated to JRR Tolkien".
Bila dengar balik lagu-lagu Blind Guardian ni, memang teringat zaman mula-mula minat Power/Speed Metal 2002-2003 dulu... Zaman ni la aku mula mengenali Blind Guardian, Hammerfall dan Kamelot. Semuanya bermula dengan zaman Napster dan mIRC (sedut mp3 la). Jom layan lagu Into The Storm versi live.
Aku dah ada album versi kaset yang aku beli sekali bersama dengan kaset album Night At The Opera kat Campbell's somewhere in 2004, masih ada aku simpan kat kampung... Kira upgrade pi versi CD la ni.
_____
Ada apa: Banyak jugak album Blind Guardian aku belum ada...
(#11) demons & wizards - self tittled (digipak)
oleh Ijau D. Koceng 04 November 2009 pada 7:30 AM 0 comments[entry #11 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]
bungkusan no. 10 drp 14 bungkusan 9/11 yg lps. bungkusan dari jerman berisi cd demons & wizards dgn tajuk album yg sama (err... bkn album uriah heep eh)
ebay purchase info
- purchased from: stefan schöberlein
- location: germany
- condition: used
- price paid: €1.00+7.00 (RM40.78) menang bid
- ordered: 10/8/2009
- received: 11/9/2009
- label: (c) 1999 demons & wizards (p) 1999 steamhammer, a division of SPV gmbh
- made in: germany
- distributed by: SPV gmbh
ni yg malas klu order cd dari jerman, postage mahal nak mampus... €7.00 = RM35.68 utk postage shj... isk isk isk
kat dpn ada sticker hype "feat. jon schaffer (iced earth) & hansi kursch (blind guardian)". cd diterima dlm keadaan memuaskan, comes in digipak limited edition with bonus track. blh consider still like new, digipak dan inlay dlm keadaan masih baru, cd cuma ada 1-2 calar yg halus
tracklist
- rites of passage
- heaven denies
- poor man's crusade
- fiddler on the green
- blood on my hands
- path of glory
- winter of souls
- the whistler
- tear down the hall
- gallows pole
- my last sunrise
- chant
- white room (bonus track)
since cd ni smpi 9/11 dulu, aku blm lg dgr lagu2 smpi abis. so blm ada lg yg blh dikatakan lagu febret
xbyk cerita pasal album ni, dulu aku ada donlod mp3 tp track 1-4 je. senang cerita la muzik trademark iced earth tp vocal trademark hansi blind guardian... so cuba2 bygkan fusionnya mcm mana?
buka2 je bhgn dlm, tiba2 ripper main biola ni pop-up! best best! 1st time dgr lagu2 demons & wizard ni kat braingell radio... aku mula2 ingtkan lagu drp album baru blind guardian, tp apsal muziknya keras semacam? check2 info rupanya band project jon schaffer (demons) & hansi kursch (wizards). bleh check lbh byk info kat website rasmi demons & wizards atau wikipedia
_____
p/s: aku ada usha2 album 2nd dorg ni touched by the crimson king tp nnti2la tggu koleksi lain complete dulu...
blind guardian - the forgotten tales
oleh Ijau D. Koceng 14 October 2009 pada 11:57 PM 1 commentbungkusan no. 2 drp 14 bungkusan cd2 ebay yg aku dpt jumaat 11/9/2009 lps (tragedi 9/11) sblm aku cuti raya. bungkusan dari uk yg mengandungi cd blind guardian album the forgotten tales
ebay purchase info
- purchased from: crimsonfrost666 (seller yg sama utk follow the reaper)
- location: uk
- condition: like new
- price paid: GBP3.71+2.50 (RM36.91) menang bid
- ordered: 26/7/2009
- received: 11/9/2009
- label: (p)(c) 2007 virgin music, a division of of emi music germany gmbh & co. kg
- made in: printed in eu (uk la kot? atau jerman?)
cd ni versi remastered 2007, aku xpasti bila versi asal album ni release, maybe somewhere in the late 90's kot? pi check kat website rasmi blind guardian
versi remastered, enhanced cd. cd diterima dlm keadaan memuaskan... sesuai dgn statusnya like new. jewel case dah nmpk season, inlay masih baru, cd ada 2-3 minor scratches. inlay kat dlm xde lirik, cuma cerita sket pasal lagu2 kat dlm album... kdg2 ckp english, kdg2 ckp jerman
tracklist
- mr. sandman
- surfin' usa
- bright eyes
- lord of the rings
- the wizard <- pnh tgk video clip ori uriah heep x? zmn hippies
- spread your wings <- ni lagu queen kan?
- mordred's song
- black chamber
- the bard's song (live)
- barbara ann/long tall sally
- a past and future secret
- to france
- theatre of pain <- versi orchestral instrumental
bonus tracks - hallelujah
- beyond the realms of death
- don't talk to strangers <- aku dgr versi ni dulu sblm versi ori dio enhanced video <- xdela enhanced mana pun~
- mr. sandman
- the bard's song <- xbest langsung video clip ni, xde unsur2 bard pun
kecuali mr. sandman, barbara ann/long tall sally, hallelujah dan beyond the realms of death, lagu2 lain mmg lagu febret aku... lebih2 lagi cover lagu dio don't talk to strangers
album blind guardian yg pertama aku dgr... mula2 dulu terdonlod lagu lord of the rings kat napster (time tu filem lord of the rings - fellowship baru release, 2001). klu aku xdonlod lagu tu rasanya aku xkenal band blind guardian ni (atau lmbt). lagu bright eyes dan mordred song dlm album ni versi akustik... aku dgr sblm aku dgr versi metal, mmg jauh beza namun kedua2 versi mmg best. lps dgr lagu2 dlm album ni, aku start mencari mp3 (*ehem* donlod) lagu2 lain drp blind guardian... mmg unik lagu2 dorg ni, kebanyakkan lirik berunsurkan cerita2 dlm novel jrr tolkien especially lord of the rings
bab memori, nostlagic value... in 2002 aku smpt keje kat kilang somewhere in prai, kilang buat fatty acid drp kelapa sawit, keje as a lab technician kat qc lab... xsmpi 2 mggu aku resign sbb keje xbest, bias dan racist... lgpun kena ulang-alik dari pulau ke prai. ptg2 lps blk keje aku dgr la lagu2 blind guardian ni
_____
p/s: talking about the past and future secrets, most calls him once a future king...
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-























