Ada Apa Dengan Ribena? (Part 4)
oleh Ijau D. Koceng 16 February 2016 pada 8:00 AM 1 commentLightly Sparkling Ribena, aku lupa isipadunya 250 atau 365 ml. Harga? Sekitar RM2.00-2.80 untuk setin. Disebabkan namanya ada "lightly sparkling", maka kandungan karbonatnya pun agak kurang berbanding Sparkling Ribena, walaupun rasanya lebih kurang sama.
*Hanya Ribena Mobile dan Spritzer sahaja minuman "halal" yang dijual semasa konsert tersebut. Itupun harganya SGD4.00 (~RM9.84 ketika itu), menyesal tak beli di 7-Eleven bersebelahan SIS.
_____
Ada apa: #tengokkonsertmestiminumribena
Ada Apa Dengan Ribena? (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 04 March 2014 pada 9:00 AM 8 komen:Sempena ulang tahun ke-75, Ribena mengeluarkan perisa terhad - strawberry, blueberry dan epal. Aku tak pasti sejak bila dan sampai bila ia akan menjadi perisa terhad. Dan dengan semangat ingin mencuba (modal untuk entri AADI ni), bulan ini aku tidak membeli perisa klasik (blackcurrant) dan menggantikannya dengan perisa terhad ni.
Yang pelik, kordial perisa terhad ni nampak lebih jernih dan cair berbanding Ribena klasik. Rasanya juga taklah seberapa, rasa strawberry lebih menonjol berbanding rasa blueberry dan epal. Lepas ni pasti akan kembali memilih perisa klasik.
Kelas kau Jah~
_____
Ada apa: Teringat Ribena Mobile premium semasa menonton konsert Iron Maiden beberapa tahun lepas.
Ada Apa Dengan Ribena? (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 04 August 2012 pada 10:00 PM 4 komen:Beberapa hari lepas Ribena Mobile, kali ni Sparkling Ribena pula...

Sparkling Ribena ni dah lama wujud di Malaysia, kalau tak silap waktu aku darjah 5 (circa 1990) dah ada dijual, berbanding Ribena Mobile awal 2000 (masih ingat dengan iklan Ribena Sarimah Ibrahim?).
Harganya lebih kurang sama dengan Ribena Mobile @RM2.40-2.80 untuk sebotol 250 ml. Dari segi rasa, aku lebih suka Sparkling berbanding Mobile, sebab Sparkling ada gas (macam minuman berkarbonat) yang membuatkannya lebih *kimochi* berbanding Mobile. Amat sesuai untuk juadah berbuka puasa dan sahur...
_____
Ada apa: "Kelas nko Jah~"
Ada Apa Dengan Ribena?
oleh Ijau D. Koceng 02 August 2012 pada 5:00 AM 6 komen:Semalam teringin nak sungkei (iftar, berbuka puasa) dengan Ribena Mobile...

Sebenarnya aku lebih suka Sparkling Ribena, tapi atas sebab-sebab nostalgia aku memilih Ribena Mobile.
Harga runcit hanyalah dalam RM2.00-2.80, tapi aku pernah minum Ribena Mobile dengan harga hampir RM10.00 (SGD4.00 x RM2.46) di Singapore Indoor Stadium ketika menonton konsert Iron Maiden tahun lepas. Jairo dan Berteromber pastinya ingat...
_____
Ada apa: Scream for me Ribena!
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-






