Showing posts with label superlux. Show all posts
Showing posts with label superlux. Show all posts

Sedekad HD-330


Tak sangka headphone ini mampu bertahan 10 tahun, sama umur dengan anak autis aku si Junior. Antara item terawal (ketiga) yang dibeli melalui platform Lazada. Tidak pernah ada masalah, hanyalah wear and tear pada span headband dan pad telinga. Katanya serasi dan boleh diganti dengan span Beyerdynamic DT770.

Fungsi utamanya sebagai monitor headphone yang digunakan bersama-sama amp modeler/multi-effects (terutamanya Pod HD Desktop). Bab bunyi memang ampuh berbanding Behringer BH 770, terutama respon bass. Kelemahannya hanyalah kabel yang pendek.

Ia juga selesa digunakan berjam-jam ketika bermain PS4 dari zaman PS4 Slim hinggalah PS4 Pro berbanding beberapa headphone multimedia lain yang pernah diguna. Dengan klausa semi-opened, bunyi-bunyi luaran (ambient) masih jelas didengar dan tidak terasa klaustrofobik.

_____
AADI: Mungkin akan mencuba produk Superlux yang lain..

Un-Pimp My Telecaster


Atas sebab-sebab tertentu, set pikap Classic Rock DiMarzio (Super Distortion + PAF 36th Anniversary) yang dipasang pada Johnny (Squier J5 Telecaster) bulan Mei lepas dikeluarkan dan dipasang semula dengan pikap asal iaitu HBJ5N-DB (neck, alnico) dan HBJ5B-DB (bridge, ceramic).


Reka bentuk kedua-duanya pula seakan-akan reka bentuk pikap-pikap DiMarzio. Daripada apa yang aku Google pasal pikap HBJ5B-DB, ia merupakan imitasi(?) pikap Fender Enforcer seperti yang ada pada Telecaster John 5 versi Fender.



Sebelum dipasang DiMarzio, aku tidak berkesempatan mencuba kedua-dua pikap J5 ini bersama-sama pot B500k. Mungkinkah pot asal A250k penyebab bunyinya agak "gelap" (dark/gloomy)? Akupun tak pasti, yang itu perlukan jawapan teknikal daripada Yustech.


Masih menggunakan konfigurasi pot kegemaran iaitu 1 VOLUME + 1 TONE berbanding konfigurasi asal 2 VOLUME. Pot yang digunakan adalah jenama Gotoh dikitar-semula daripada gitar-gitar servis sebelum ini, walaupun hodoh berserabut timah lama, tapi masih berfungsi 100%.


Pot push/pull tidak digunakan sebab pikap J5 ini hanya ada dua wayar. Kali ni aku menggunakan kapasitor Mallory (.022uF) berbanding Sprague Orange Drop seperti projek-projek sebelum ini.


Setakat ini hanya dipandu-uji dengan Amplug2 Classic Rock terus ke headphone HD-330. Terkejut juga sebab bunyinya jauh berbeza berbanding ketika mula-mula dimiliki. Paling ketara lebih treble dan output, seolah-olah potensi penuh pikap-pikap ini terserlah dengan pot yang sesuai. These pickups will stay...

_____
AADI: Akan dipandu-uji seoptimumnya semasa sessi jamming malam ini.

Green Blackstar


Baru ada peluang menyelam dunia siber, cuti Maulid/Natal 3-4 hari balik kampung Mrs. Ijau memang agak terbatas masa (sebab itu tak ada entri). Harapkan telefon pintar setakat bermedia sosial (Facebook, Instagram, dll) bolehlah. Tapi keselesaan menyelam dunia siber menggunakan PC atau laptop memang tidak dapat ditandingi.


Ok, sambungan entri sebelum ini, sebuah pedal yang dihadiahkan oleh Bro Sub (theGUITARaddict) sebagai "rezeki seorang ayah yang telah bekerja keras menguruskan hal-ehwal keluarga tanpa mengorbankan minat pada muzik". Atau aku boleh anggap sebagai hadiah harijadi aku yang ke-(?) minggu depan, terima kasih sekali lagi Bro Sub.

Mojo warna hijau?
Beberapa bulan lepas aku pernah terGAS untuk mendapatkan pedal Blackstar LT-Dual ni setelah diprovok dengan harga promosi oleh Music Bliss. Tetapi akhirnya GAS tersebut telah reda seminggu kemudian dengan perolehan Hardwire SC-2 (traded with Pitchblack Poly) yang memuaskan hati kerana dapat mengemulasi bunyi distortion seakan-akan amp Blackstar HT-5RH.


Spesifikasi pedal ni rasanya tak perlulah aku jelaskan secara terperinci, boleh rujuk website rasmi atau video di bawah ni. Tapi secara amnya, ia merupakan dua pedal distortion dalam satu. Lebih kurang seperti konsep SC-2 atau Boss DS-2.



Dengan larasan pada tombol-tombol yang ada, terutamanya TONE dan ISF, LT-Dual ini mungkin juga dapat mengemulasi bunyi distortion HT-5RH (NWOBHM sound). Tapi dengan kekangan masa, aku belum berkesempatan membandingkannya secara side-by-side.


Jika dibandingkan dengan SC-2 dan LT-Dual pada setting EQ yang agak sama (all 12 o'clock), SC-2 lebih tinggi mid-range, manakala LT-Dual seakan-akan mampat (compressed) dan lebih low-range growl.

Eksperimen sebegini (SC-2 versus LT-Dual) akan dicuba sekali lagi dengan volume yang tinggi pada sessi jamming akan datang untuk memilih pedal mana yang bakal menjadi pedal distortion utama untuk gig (atau BOTB?) kelak.

Distortions 'R Us.
Membandingkan bunyi beberapa pedal distortion yang dimiliki; MD-2, DS-1, LT-Dual, SC-2 dan M104 (OD-3 tak masuk sebab overdrive) menggunakan modeling BLACK PANEL pada Micro Cube GX terus kepada monitor headphone HD-330. Kecuali M104 yang digunakan sebagai booster, setiap pedal distortion ada bunyi karekteristik tersendiri, tapi itu cerita untuk entri lain kot?

_____
Ada apa: Birthday comes early?

Superlux HD-330 Headphone


Setelah membuat sedikit pembacaan melalui forum dan review berkaitan headphone, hi-fi dan audiophile, serta perbandingan antara keperluan dan kemampuan, aku *memilih Superlux HD330 (juga melalui platform Lazada) sebagai pengganti Sony MDR-XB400 yang dipulangkan dalam entri semalam.


Ia merupakan headphone gred studio/monitoring jenis semi-open. Daripada ulasan dan forum yang aku baca, HD330 ni merupakan klon kepada Beyerdynamic DT770 (atau DT880 kot?), tapi dengan harga 1/10 daripada harga DT770 yang rata-rata dijual sekitar RM800-1200 (tak mampu sanggup aku).


Didatangkan dengan kotak plastik ringkas untuk penyimpanan dan logistik. Ia nampak tegap kerana bingkainya dibuat daripada logam dan bukannya plastik seperti MDR-XD100 yang dimiliki sebelum ini. Dan disebabkan ia merupakan klon DT770, ia serasi (compatible) dengan alat ganti DT770 seperti pad telinga (velour) dan pad bingkai.


Kualiti bunyi agak subjektif, tapi pada pendapat aku bunyi-bunyian memang jelas, treble tidak terlalu "tajam", bass yang secukup rasa (tidak melampau seperti MDR-XB400) lebih daripada memadai untuk kegunaan umum (audio CD, mp3, movie, gaming) dan menepati citarasaku untuk kegunaan monitoring.

Walaupun ia bukanlah headphone yang terbaik dalam kelasnya berbanding jenama-jenama besar seperti Beyerdynamic, Sennheiser, AKG dan Audio-Technica, tapi dengan harga sekitar RM140-170 per kualiti bunyi yang boleh tahan dan jelas, juga selesa dipakai dalam jangkamasa yang lama, ia amat berbaloi-baloi untuk layman seperti aku.


Juga mempunyai adapter untuk TRS 6.35 mm, membuatkannya serasi dengan peranti lain seperti pemain mp3, telefon pintar, tablet, laptop dan PC. Cuma mungkin kelemahan kecil, ia didatangkan dengan kabel bergulung yang panjangnya hanya ~1 meter tapi boleh mencecah ~3 meter jika ditarik.


Inilah kegunaan utama headphone ni di rumah. sebagai monitor semasa praktis bermain (atau rakaman) gitar/bass menggunakan multi-effects seperti Pod X3, Pod HD300 dan Pandora Mini. Amat berguna ketika praktis lewat malam.

MDR-XD100 (kanan) yang direhatkan.
Disebabkan ia merupakan headphone jenis semi-open, bunyi-bunyian "luar" masih boleh didengar. Karekteristik sebegini sesuai diaplikasikan semasa jamming, kerana bunyi-bunyi instrument lain masih boleh didengar semasa monitor bunyi instrument sendiri (pada volume yang berpatutan).

Dengan kata lain, aku juga masih boleh dengar suara anak menangis (atau ayat komplen Mrs. Ijau) semasa menggunakan headphone ni di rumah (juga pada volume yang berpatutan).

_____
Ada apa: *Model lain yang "tewas" ialah Behringer HPS3000 dan Audio-Technica ATH-T200.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger