Showing posts with label dokken. Show all posts
Showing posts with label dokken. Show all posts

Flashback Friday: Dokken 2026


Entri ni patutnya aku post sebelum raya, waktu Bro Sub ada cerita pasal Dokken dalam entrinya. Lama benar tak cerita pasal Dokken, entri terakhir berkaitan Dokken tahun 2011. Kebetulan minggu sebelum raya lepas layan lagu-lagu Dokken versi live melalui Youtube - zaman 80an dan zaman 2010an.

Antara sebab aku mengeluarkan semula album kompilasi The Very Best Of Dokken ini. Ada beberapa lagu Dokken yang teringin aku nak cover sejak berkecimpung hobi bergitar, antaranya Breaking The Chains, In My Dreams, Dream Warrior, lagu berhantu Alone Again dan 1000 Miles Away (Don Dokken).

"aku pun bleh dikirakan baru jugak minat dgn dokken ni, xsengaja minat dorg, semuanya gara2 dgr braingell radio yg skali skala pasang lagu2 dokken. antara lagu dokken yg 1st aku enjoy dgr ialah lagu breaking the chain. lbh2 lg bila dgr killer solo oleh george lynch. dah kebetulan cerita pasal dokken, cd ni pun ada dlm koleksi aku - the very best of dokken"

- Entri 2009.

Fuh, masih wujud lagi Braingell Radio ni.

_____
AADI: Sekarang kalau audio CD harga RM43.90 dikira murah.

Dokken - Tooth And Nail


Semalam menerima "surat" bersetem dari Kanada, tak lain tak bukan hasil pembelian dari eBay, berisi CD album studio kedua Dokken - Tooth And Nail. Berteromber mesti suka ni kan?

Ia tidak dipos bersama-sama jewel case, alasan penjual adalah untuk mengurangkan kos penghantaran (postage cost). Tapi kalau ikut pengalaman eBay aku, kalau setakat US$5.55 memang dapat hantar CD bersama-sama jewel case.

Tapi tak kisahlah sebab CD yang diterima memang dalam keadaan memuaskan walaupun ia cuma berharga US$0.99 dan merupakan cetakan pertama (first pressing yo~). Sebenarnya aku joybid CD ni (max bid US$1.20), tapi disebabkan tak ada orang lain yang bid, paham-paham sajalah...

eBay purchase info

  • Purchased from: dalethewhale2008
  • Location: Canada
  • Condition: used
  • Price paid: US$0.99+5.55 (RM21.64) menang bid
  • Ordered: 2/10/2011
  • Received: 20/10/2011
  • Label: (P)(C) 1984 Elektra/Asylum Records
  • Made in: US
  • Manufacturer: WEA Manufacturing Inc.

Seperti aku pernah cerita dulu, aku mengenali Dokken bukanlah pada era kegemilangan mereka pertengahan 80an dulu, tapi pada awal millennium waktu rajin dengar Braingell Radio.

Gambar awal 80an, zaman ni Lynch belum lagi guna ESP, masih guna Charvel atau Aria kot? Fesyen 80's Rock macam ni aku boleh terima lagi (dan masih sesuai hingga sekarang) berbanding fesyen Glam Rock mereka macam dalam album Under Lock And Key.

Tracklist

  1. Without Warning (instrumental intro)
  2. Tooth And Nail
  3. Just Got Lucky
  4. Heartless Heart
  5. Don't Close Your Eyes
  6. When Heaven Comes Down
  7. Into The Fire
  8. Bullets To Spare
  9. Alone Again
  10. Turn On The Action

Aku suka lagu-lagu seperti yang terdapat dalam album kompilasi The Very Best Of Dokken iaitu Tooth And Nail, Just Got Lucky, When Heaven Comes Down, Into The Fire dan lagu berhantu Alone Again.

Lagu-lagu lain terasa janggal sebab pertama kali aku dengar, kecuali instrumental intro George Lynch - Without Warning yang memang menusuk kalbu, terasa macam ada lenggok solo gitar dalam lagu Alone Again.

Ini merupakan CD Dokken yang keempat selepas The Very Best Of Dokken, Beast From The East dan Erase The Slate. Hmm... Nak kumpul ke tak nak kumpul? Btw, aku memang jealous tengok boxset Dokken DarkShah si Awan Hitam ni!

_____
Ada apa: Sessi jamming esok nak cuma eksperimen lagu Alone Again guna standard tune.

Dokken - The Very Best Of Dokken


Bila tengok CD ni, memang aku teringat kat aunty dB Music Centre (Komtar, Penang)... Err, sapa namanya? Aunty Alice ke? (betul ke Mhagnoth?). Bulan Oktober/November tahun lepas aku berpeluang pi Penang (sebab kursus ada kat Balik Pulau), aku singgah melawat dB Music ni, konon-konon nak berborak dengan aunty ni (last sekali datang kedai ni tahun 2007) tapi malangnya aku datang awal, kedai belum bukak lagi...

CD apa? CD kompilasi The Very Best Of Dokken. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Dokken ni. Tapi dah selalu sangat dengar lagu diorang kat Braingell Radio macam best la pulak. Dan kebetulan CD ni album kompilasi, jadi paham-paham sajalah semua lagu memang best! Dan solo-solo George Lynch memang legendary...

Ada cerita sebalik CD ni, aku rasa Mhagnoth "akaijenuh" pun mungkin pernah mengalaminya... Aku memang berkenan dengan CD Dokken ni, tapi tak terniat pun nak beli memandangkan harganya RM43.90 (imported, German press) agak mahal bagi aku waktu tu (yang cuma kerja ketuk-ketuk casing kat kedai komputer). Jadi nak cover line, aku terlepas cakap suruh aunty tu simpankan CD ni untuk aku, nanti hujung bulan lepas gaji baru aku datang beli, memandangkan CD ni cuma ada satu unit sahaja... Tidak seperti yang di'janji'kan, memang aku tak datang pun hahaha! Lepas tu memang aku tak tunjuk muka lagi kat dB Music ni... (Sounds familiar Mhagnoth?)

Hahaha! Lucu je tengok dressing 80's dulu.

Selang beberapa bulan (aku rasa 4-5 bulan kot) time tu baru lepas PC Fair jadi banyak la income, barulah aku datang tunjuk muka kat db Music ni. Yup, kali ni memang aku datang nak beli CD Dokken ni (gamble je, kalau-kalau masih belum dijual). Guess what? Aunty tu memang masih simpan CD ni untuk aku. Dia tak lupa hahaha... Cuma dia sindir aku "hi, lama tak nampak?". (Don't worry aunty, kali ni memang datang mau beli CD Dokken).

Biasanya kalau kat dB Music sambil-sambil browse CD/kaset memang borak-borak dengan aunty tu, biasalah bab band-band Metal. Dan disebabkan aku ada sebut pasal "Iron Maiden", hasilnya aku dapat DVD Rock In Rio.

Aku sebenarnya dah ngantuk ni... Macam malas nak taip cerita panjang-panjang, nanti ada masa aku edit entri ni tambah apa-apa info yang patut (tracklist, label, pressing). Rasanya dalam entri Beast From The East aku ada cerita pasal CD Dokken ni.

To be edited...

_____
Ada apa: Breaking The Promise Chains...

The Last Jay And Marie Stuff


Sebenarnya bungkusan ni dah lama aku terima, 26/10/2009 yang lepas. Kali ni dalam bentuk kotak, dengan penampilan yang agak mudah dikenali tak lain tak bukan daripada tauke CD bundle eBay - Jay And Marie (jayandmarie). Tapi sayangnya mungkin ini merupakan pembelian terakhir aku daripada seller ni, sebab username aku dah kena banned daripada membida atau membeli CD/DVD daripada seller ni.

Kenapa ini terjadi? Ia disebabkan bungkusan ni yang lambat diterima (berada hampir dua bulan kat depot kastam) dan aku telahpun memfailkan laporan kat Paypal tapi masih belum membuat tuntutan wang semula sebab aku tau bungkusan ni pasti akan sampai walaupun lambat.

Seller telahpun banned username aku sebab aku tak tinggalkan komen dan rating dalam tempoh 30 hari yang diberikan selepas pembelian, yela macam mana aku nak letak komen kalau barang belum sampai, ngok!

Aku dah berbincang dengan seller melalui emel supaya unbanned username aku sebab aku nak beli lagi daripada seller ni (ntah dah berapa banyak dah aku beli CD daripada seller ni). Tapi malangnya seller bagitau yang dia tak boleh buat apa-apa untuk unbanned username aku (yeke?), tapi katanya kalau aku nak membida/membeli jugak, aku kena guna username lain - ah lecehla, nak register username baru lagi, setting Paypal lagi, leceh... Pedulik la, ada banyak lagi seller lain kat eBay tu.

Enough with the administrative problems, let's see what I've got this time? Kali ni aku beli tiga CD audio dan satu DVD muvi - sebab tu hantar dalam kotak :)

Sick Puppies - Tri-polar (sealed).

Dokken - Erase The Slate.

Children Of Bodom - Are You Dead Yet? (promo CD).

The Lord Of The Rings: Return Of The King (full screen version).
Yang ni aku joybid hehehe...

Nanti ada masa (dan rajin) aku buat entri satu persatu untuk CD/DVD kali ni. Dah agak lama aku tak buat entri pasal stuff eBay kan? Aku rasa ada beberapa CD yang masih belum ada entri. Antaranya Images And Words, Fallen, Hate Crew Deathroll, Rage Againts The Machine dan Best Of The Beast. But that was another story...

_____
Ada apa: LOTR:ROTK tu sebenarnya aku dah ada widescreen version yang aku beli tahun 2004, tapi cap lanun la ;)

(#28) down memory lane at jln bkt bintang


[entry #28 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]
2 more to go! wohooo!~

sambungan drp entry sepetang di amcorp mall

memandangkan aku pi btl2 rush hour org baru blk keje... putra lrt pun sesak, monorail pun sesak dan terpaksa jauh menapak sbb jln utk pi stesen monorail dari kl sentral dah kena blok. aku konon2 nak blend dgn environment berusaha menyusup masuk tren yg penuh sesak (terasa mcm drama jepun plak, berhimpit2 dlm tren). dipendekkan cerita, aku smpi bkt bintang dlm pkl 1905hrs... apa jd? tgk pic bwh

bentley cun2 baru tutup kedai, baru turunkan shutter roll separuh... staff2 bentley pun dah lepak isap2 rokok kat luar... aduih~ melepas lg la nak 'cuci mata'

utk meredakan kekecewaan hati (2 kali kecewa), aku pun pi tower records kat lot 10... mula2 saja nak browse cd, xde niat pun nak beli lg memandangkan td dah beli skeleton in the closet kat victoria

walauwei! kat tower records ni byk cd2 metal yg mmg susah nak cari (consider rare) kat kedai2 lain, jgnkan speedy video... even kat victoria pun xjual. antara cd2 'rare' yg aku jumpa... album2 drp motorhead, dokken, fear factory, ozzy osbourne, megadeth, nightwish... mmg jenis2 dlm koleksi aku ni (hehehe... mostly aku dah ada cd2 ni beli kat ebay dgn harga yg lg murah)

mula2 aku tertarik dgn album black rain abg ozzy (international version - cover art ada gmbr abg ozzy mandi hujan hitam), murah beb! RM29.90 je sbb extra stock (normal price RM42.90)... tp memandangkan aku dah ada us version (beli kat ebay - hongkong) so aku better cari cd lain

pic album dokken ni je (aku lupa tajuk album) yg smpt aku curi2 snap... sbb patron tower music ni asyik ikut aku je. dia tanya aku nak cari cd apa? aku slamba jawab children of bodom. abis semua cd dia belek, tp xjumpa jugak... dia check dlm sistem ada lg 1 album blooddrunk. in the end aku browse cd2 iron maiden... terjumpa plak album seventh son of a seventh son yg mmg dari dulu aku cari (xde kat victoria), xbyk cakap aku beli la lgpun harga RM37.90 murah sket drp piece of mind kat victoria td [akan direview kemudian]

kali ni aku xnak pi berjaya times square, sungei wang dan apatah lg low yat plaza... buat masa ni aku ban dulu tmpt2 ni sbb dlm poket aku cuma ada RM200 je hahaha... nnti biru pulak mata hitamku, especially klu masuk low yat

mls dah nak jln2, apa lg? balik sunway la... owh btw, scene kat stesen monorail bkt bintang ni (pic atas) mengingatkan aku zmn2 muda remaja dulu, byk memori stesen ni... slalu lepak, dating dan ngorat awek kiosk 1901 bwh stesen ni hehehe (yg skrg dah jd kiosk makanan arab, apa nama ntah)

stesen monorail hang tuah ni pun klu kira byk jugak memori daun pisang... tp plng byk memori kat stesen star hang tuah kat bwh monorail ni, zmn2 rajin pi cheras dulu2 hehehe... mls la nak cerita lebih2

smpi2 kat kl sentral lapar la plak, nnti blk rumah xde benda nak dimakan... mula2 teringin nak tapau mcd, tp ntah aku rasa nak try something else. jd aku cuba2 pi burger king dgn menu yg aku xbiasa... disebabkan malas nak pilih menu lama2, aku pilih la rodeo cheeseburger beli 2 ketul. tu pun sbb ada perkataan cheeseburger kat blkg [edited: blk rumah mkn burger ni mmg sedap! sos BBQnya yg sedap, no wonder namanya burger king, hail to the king!]

dah siap beli tiket komuter pi motorola (setia jaya - aku slalu lupa nama stesen ni, slalu aku sebut stesen motorola je akak jual tiket tu mesti tau, wlupun skrg dah xwujud dah motorola tu), apa lg? blk la... scene kat platform komuter ni plak (pic bwh) cliche mcm filem2 hollywood yg scene2 kat subway new york tu... gloomy smcm je (berbanding dgn platform kat stesen2 star, putra atau monorail terang benderang)

ntah bila lg aku ada peluang nak jln2 kat area bkt bintang ni... hajat nak pi bentley xkesampaian (ck music pun xsmpt nak round). well, tgkla thn dpn klu2 ditawarkan kursus kat pj lg

_____
p/s: somewhere 'back' in time...

dokken - beast from the east


bungkusan yg diterima serentak bersama2 bungkusan lain yg aku cerita kat entry ozzy & motorhead. setelah lbh 40+ hari menuggu akhirnya smpi jugak cd ni

kronologi - tarikh beli kat ebay 9/5/2009, cop custom declaration united states postal service 11/5/2009, cop pelepasan kastam 19/5/2009, cop pjbt pos bintulu 23/7/2009 mmg slalu camtu, biasanya sangkut lama kat kastam sblm release pi pjbt pos. ekceli cd ni aku menang bid 1 cent cd kat ebay user jayandmarie dgn harga US$1.36+3.90 (RM18.98)

bila dah bukak bungkusan aku kira terkejut jugak, because the cd was much better than i've expected! kat info item waktu bid dia bgtau cd ni used, lps tu aku pilih option ship without case utk jimatkan kos... tp, cd yg aku dpt ni dtg skali dgn jewel case yg bleh kira near mint or excellent condition. tgk cd kat dlm, cd was near mint cuma ada sket scratch... inlay pun near mint

lagi 1 yg bestnya, cd ni cd lama klu tgk printing atas cd pun masih lg style lama (old school cd) yg cuma print logo dan track listing, no graphics (pic kat bwh). printed in usa (p)(c) 1988 elektra/asylum records aku rasa cd ni 1st release press bkn remastered or reissued edition (us press) sama mcm cd manowar fighting the world aku (1987 press) kira aku bertuah la ni... dpt something rare (ni klu berteromber tau ni mesti dia jeles, muahahaha!~)

oke, album beast from the east ni merupakan album dokken perform live kat jepun somewhere in 1988 (huh! aku baru darjah 3 time ni)

tracklist

  1. unchain the night
  2. tooth and nail
  3. dream warriors
  4. kiss of death
  5. when heaven comes down
  6. into the fire
  7. mr. scary
  8. heaven sent
  9. it's not love
  10. alone again
  11. just got lucky
  12. breaking the chains
  13. in my dreams
  14. walk away (ni mcm lagu bonus je)

lagu febret? tooth and nail, dream warriors, into the fire, lagu ballad berhantu alone again, just got lucky, breaking the chains dan in my dreams. pernah skali aku rasa nyesal sbb terbeli cd ni kat ebay... tp bila dah dpt aku rasa bertuah plak, secara rasminya cd ni merupakan cd dokken ke-2 dlm koleksi aku (dan bukan utk dijual semula... hehehe)

mini entry: the very best of dokken

aku pun bleh dikirakan baru jugak minat dgn dokken ni, xsengaja minat dorg, semuanya gara2 dgr braingell radio yg skali skala pasang lagu2 dokken. antara lagu dokken yg 1st aku enjoy dgr ialah lagu breaking the chain. lbh2 lg bila dgr killer solo oleh george lynch. dah kebetulan cerita pasal dokken, cd ni pun ada dlm koleksi aku - the very best of dokken

cd ni aku beli 23/10/2005 kat db music, komtar (time tu still keje kat penang) dgn harga RM43.90. klu nak tau, db music ni satu2nya kedai kaset/cd (setau aku la) yg berkonsepkan rock/metal kat penang selain ada lg 1 kedai kat summit bkt mertajam (betulkan aku klu ada lg tmpt lain). tmpt aku slalu beli kaset/cd metal since 2000 kira regular kastemer la ni. aunty kedai ni pun dasat gak knowledge, lbh kurg mcm aunty kat campbell's tu. yg bestnya aunty ni... ada certain2 items dia x letak kat display, bila ada peminat tegar atau kastemer2 tertentu (mcm aku) baru dia kluarkan items yg bleh dikirakan limited edition atau special imported cd. kena pandai tanya la (but that was another story)

cd ni (p) & (c) 1999 elektra entertainment group, made in germany by warner music manufacturing europe (german press la ni, imported) seperti tajuknya, mmg semua lagu2 dlm album ni best2 blaka... semua lagu2 killer dokken, xpyh list down

kdg2 aku nak tergelak bila tgk pic dlm cd ni... tu style dressing glam/hair rock 80an, siap dgn rambut kembang, mekap, dressing feminin sket hehehe... ramai mat2 rock kat m'sia tiru pesen ni dulu2. but that was the 80s... and it rocks! more info about dokken on dokken official website or this wikipedia link. oke, jom layan dokken~

_____
p/s: alone again... without you~

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger