Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 2)


Sudah menjadi kebiasaanku untuk membayar zakat fitrah seawal mungkin...


Tahun ni Sarawak masih mengekalkan nilai RM7.00 untuk zakat fitrah sama seperti tahun lepas, mungkin bukan lagi antara yang termurah di Malaysia.

Cuma tahun ni ada sedikit perubahan, dapat empat kupon berbanding tiga seperti tahun-tahun sebelumnya, hehehe... Alhamdulillah~

_____
Ada apa: Berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda tahun ni?

Superlux HD-330 Headphone


Setelah membuat sedikit pembacaan melalui forum dan review berkaitan headphone, hi-fi dan audiophile, serta perbandingan antara keperluan dan kemampuan, aku *memilih Superlux HD330 (juga melalui platform Lazada) sebagai pengganti Sony MDR-XB400 yang dipulangkan dalam entri semalam.


Ia merupakan headphone gred studio/monitoring jenis semi-open. Daripada ulasan dan forum yang aku baca, HD330 ni merupakan klon kepada Beyerdynamic DT770 (atau DT880 kot?), tapi dengan harga 1/10 daripada harga DT770 yang rata-rata dijual sekitar RM800-1200 (tak mampu sanggup aku).


Didatangkan dengan kotak plastik ringkas untuk penyimpanan dan logistik. Ia nampak tegap kerana bingkainya dibuat daripada logam dan bukannya plastik seperti MDR-XD100 yang dimiliki sebelum ini. Dan disebabkan ia merupakan klon DT770, ia serasi (compatible) dengan alat ganti DT770 seperti pad telinga (velour) dan pad bingkai.


Kualiti bunyi agak subjektif, tapi pada pendapat aku bunyi-bunyian memang jelas, treble tidak terlalu "tajam", bass yang secukup rasa (tidak melampau seperti MDR-XB400) lebih daripada memadai untuk kegunaan umum (audio CD, mp3, movie, gaming) dan menepati citarasaku untuk kegunaan monitoring.

Walaupun ia bukanlah headphone yang terbaik dalam kelasnya berbanding jenama-jenama besar seperti Beyerdynamic, Sennheiser, AKG dan Audio-Technica, tapi dengan harga sekitar RM140-170 per kualiti bunyi yang boleh tahan dan jelas, juga selesa dipakai dalam jangkamasa yang lama, ia amat berbaloi-baloi untuk layman seperti aku.


Juga mempunyai adapter untuk TRS 6.35 mm, membuatkannya serasi dengan peranti lain seperti pemain mp3, telefon pintar, tablet, laptop dan PC. Cuma mungkin kelemahan kecil, ia didatangkan dengan kabel bergulung yang panjangnya hanya ~1 meter tapi boleh mencecah ~3 meter jika ditarik.


Inilah kegunaan utama headphone ni di rumah. sebagai monitor semasa praktis bermain (atau rakaman) gitar/bass menggunakan multi-effects seperti Pod X3, Pod HD300 dan Pandora Mini. Amat berguna ketika praktis lewat malam.

MDR-XD100 (kanan) yang direhatkan.
Disebabkan ia merupakan headphone jenis semi-open, bunyi-bunyian "luar" masih boleh didengar. Karekteristik sebegini sesuai diaplikasikan semasa jamming, kerana bunyi-bunyi instrument lain masih boleh didengar semasa monitor bunyi instrument sendiri (pada volume yang berpatutan).

Dengan kata lain, aku juga masih boleh dengar suara anak menangis (atau ayat komplen Mrs. Ijau) semasa menggunakan headphone ni di rumah (juga pada volume yang berpatutan).

_____
Ada apa: *Model lain yang "tewas" ialah Behringer HPS3000 dan Audio-Technica ATH-T200.

Antara Earphone Dan Headphone


Minggu lepas aku mencuba pembelian atas talian (online) menggunakan platform Lazada pula. Itupun setelah membuat perbandingan dengan platform lain seperti eBay, Lelong, Mudah dan Lowyat.Net.

Pembelian kali ini ialah headphone Sony MDR-XB400, untuk menggantikan headphone lama aku (Sony MDR-XD100) yang dah bermasalah pada cuping kanan setelah berkhidmat 5-6 tahun. Manakala earphone Edifier H180 adalah sebagai pembelian sampingan.

H180 dan MDR-XB400.
Berbanding earphone Philips (aku lupa apa model) yang digunakan sekarang untuk Sony Walkman NWZ-B152F (menggantikan earphone asal Sony yang dah rosak sejak 2013), H180 ni bunyinya lebih mantap dari segala aspek. Amat berbaloi dengan harganya yang cuma RM20+, dan aku lebih selesa menggunakan earphone jenis "earbud" sebegini berbanding jenis "in-ear" yang disumbat dalam lubang telinga.


Berbalik pula pada MDR-XB400, walaupun ia boleh dikatakan model agak premium (harga runcit RM296), tapi rata-rata ia dijual murah pada harga sekitar RM70-80 di Lazada. Mungkin disebabkan ingin menghabiskan stok, kerana ia merupakan model lama yang telah diberhentikan pengeluarannya (discontinued) mengikut website Sony Asia Pacific (bukan Sony Malaysia).

MDR-XB400 vs MDR-XD100.
Tapi secara peribadi aku agak sedikit kecewa dengan MDR-XB400 ni. Pertama, ia merupakan headphone mobile yang dikhususkan untuk pemain muzik seperti Walkman dan iPod atau untuk kegunaan bersama telefon pintar, tablet dan laptop, bukannya untuk kegunaan audiophile atau studio/monitoring (aku perlukan headphone sebegini). Kedua, kabelnya pendek (1.2 meter), mungkin disebabkan faktor di atas tadi.


Ketiga, ia hanya memiliki jack TRS 3.5 mm dan tidak memiliki adapter untuk TRS 6.35 mm yang biasa didapati pada peralatan studio dan multi-effects. Juga mungkin disebabkan faktor pertama tadi.

Keempat, dari segi bunyi bassnya yang agak melampau (overwhelming) mungkin disebabkan hype XB (Extra Bass) model ini. Tapi yang membuatkan aku paling kecewa ialah kekuatan bunyi pada channel kiri dan kanan tidak seragam.

TRS 3.5 mm.
Antara kelebihan pembelian melalui Lazada, hampir semua barangan kecil disertakan dengan pengeposan percuma menggunakan kurier GD Express. Selain itu, pembeli juga dilindungi dengan waranti dan jaminan "satisfaction guaranteed".

Dengan klausa "satisfaction guaranteed" inilah aku memulangkan semula (kos pemulangan ditanggung sendiri) headphone ini untuk digantikan dengan jenama dan model lain. Dan gantiannya telahpun sampai petang tadi.

Bersambung...

_____
Ada apa: Aku perlukan headphone jenis studio/monitoring.

Wordless Wednesday: Tandas Kakitangan Rosak




_____
Ada apa: Budaya... Soalannya, di mana nak berak ni?

Teslarised Dark Moon


Meluangkan masa menunggu waktu sungkei (berbuka puasa, iftar) Sabtu lepas dengan memasang pikap Tesla Plasma-2 gold set pada gitar LTD EC-256 (Dark Moon) aku.

ESP LH-150s (G&B pickups)
Seperti LTD M-103FM (Mirage), gitar ini juga menggunakan pikap G&B sebagai pikap asal (factory, stock). Dalam katalog ESP ia dikenali dengan nama LH-150.

Bukannya pikap LH-150 ni tak bagus, tapi ada satu perasaan riakwi puas bila gitar dipasang dengan pikap jenis aftermarket. Lagipun buat apa beli pikap aftermarket kalau tak pasang/guna, kan?


Kaviti routing pikap sebegini walaupun bersih, tapi permukaannya agak kasar kerana tidak digosok dengan kertas pasir.

Pengabaian perincian sebegini membuatkan seni pertukangan gitar Vietnam nampak agak sedikit teruk (sloppy) berbanding Indonesia.


Begitu juga dengan kaviti potentiometer (pot) yang menyedihkan. Itu belum cerita lagi pasal pendawaian dan pematerian yang comot.



Sebagai perbandingan, berikut kaviti gitar-gitar buatan Indonesia yang pernah dijenguk sebelum ini...

My ex-Dinoscar (Ibanez GAX010LTD).
My own Mirage (LTD M-103FM).
Donny's Cort VX-2V.
Azrol's Cort X-11.
My own Tommy (Ibanez SR300).


Mungkin QC Vietnam hanya mementingkan luaran sahaja kot? Tapi tak mengapa (parap-parap) dalam perancangan Dark Moon selepas ini akan dijadikan gitar belasahan utama (workhorse) menggantikan Mirage yang direhatkan atas masalah teknikal.


Untuk menjimatkan masa, pematerian asal tidak diganggu. Hanya sambungan dari pikap ke pot sahaja yang diubahsuai sedikit seperti berikut...


Aku dapat idea ni daripada Seymour Duncan Blackouts Modular Preamp dan Liberator. Dengan menggunakan *apakebenda-namanya-benda-plastik-putih-ni* untuk menyambung wayar pikap dan pot.


Dengan kaedah sebegini, aku tidak perlu lagi bermain dengan pateri jika gatal tangan ingin menukar pikap lain pada masa akan datang. Ia juga boleh dijadikan sebagai platform eksperimen pikap-pikap pasif yang lain.


Terasa semakin kompetan bermain pateri, masa yang diambil (jika ditolak curi-curi masa layan anak), rasanya tak sampai sejam kot...


Bunyi? Jangan tanya pasal bunyi, seperti biasa blog AADI ni kalau bab gitar hanyalah blog yang temberang, hahaha...

_____
Ada apa: Up the Tesla! \m/

Tesla Plasma 2 Gold Set Returns


Berjaya memperolehi semula Tesla Plasma 2 gold set pada harga Pawn Star (serendah yang mungkin).


Ia merupakan set pikap yang sama pernah dipasang pada Goldie dan kemudiannya pada gitar hibrid si Korawk beberapa tahun lepas.


Tapi kini ia berada dalam keadaan yang sedikit menyedihkan, agak kotor dan sedikit berkarat. Pemiliknya sebelum ini tidak begitu mementingkan kebersihan gitar apatah lagi pikapnya.


Tapi tak mengapa (parap-parap), aku anggap ia sebagai kosmetik "relic" yang kini menjadi trend untuk pikap-pikap custom shop.

Yang penting ia masih 100% berfungsi, lagipun sekarang dah susah untuk mendapatkan pikap jenama Tesla di Malaysia.


Wayar masih lagi dengan kepanjangan asal, sudah pasti, sebab aku yang pasang dan aku juga yang buka daripada gitar sebelumnya.

Dalam perancangan akan dipasang pada LTD EC-256 (Dark Moon) jika ada masa terluang.

Entri Mini: Selamat Hari Ayah (Part 4)


Tahun keempat "menyambutnya" dan tahun ini dalam versi 3.1 (father of two). Tak sah entri Hari Ayah tanpa gambar bersama anak kan?

[image removed]

Nak tiru gaya posing gambar tahun pertama tapi tak berapa menjadi. Agak candid, tapi "father and son moments" tu masih ada...

_____
Ada apa: Hari Ayah ni taklah segah Hari Ibu, sedih™

Ada Apa Dengan Minute Maid Pulpy?


Entri ni (dan gambarnya) dah lama terperap dalam bentuk draft, sejak Oktober 2012.

Minute Maide Pulpy antara minuman jus oren yang mudah didapati di pasaran. Bagi aku, jenama Minute Maid ni sentiasa bersaing dengan Tropicana Twister.


Setahu aku, sebelum ia dipasarkan secara terbuka, jenama Minute Maid hanya boleh didapati di premis-premis francais seperti McDonald's jika anda memesan jus oren untuk menggantikan minuman berkarbonat.

Nak cerita pasal rasa, hmmm tak payahlah ye... Aku pasti ramai yang dah pernah minum Pulpy ni dan untuk mengurangkan rasa kecur air liur pada pagi Ramadhan sama ada perisa asli, mangga atau campuran buah-buahan.

Entri (tak berapa) Mini: Buku Jiwa Jiwa


Bukan buku jiwang...

Baru minggu lepas dalam entri DVD Death On The Road aku kata bakal ada viral Iron Maiden tahun ni. Pagi tadi lepas sahur terbaca pengumuman daripada Facebook Iron Maiden mengenai album studio ke-16 mereka The Book Of Souls.

Simple yet elegant cover art.
Dengan beberapa tajuk lagu yang agak "parody" seperti Speed Of Light (Tenth Dimension anyone?), The Book Of Thel Souls, Tears of The Dragon Clown dan The Man Of Sorrows (you left without a trace?). Dan yang menariknya, album ini dipanjangkan sehingga dua CD, fuh! Kaw-kaw diorang buat album kali ni.

Blog Xyrus Zone antara yang terawal buat entri pasal album ni (selamat hari lahir juge~), dan aku pasti viralnya akan merebak sama seperti ketika album The Final Frontier diumumkan lima tahun lepas.

_____
Ada apa: World tour next year?

Thirsty Thursday


Sengaja diberi tajuk yang sensasi...

Ramadhan datang lagi, ahlan wasahlan. Begitu cepat masa berlalu, rasanya macam baru beberapa bulan lepas (ye, 12 bulan) bangun bersahur sambil layan Piala Dunia.


Masih banyak entri minuman dalam bentuk draft, dan yang belum dimuatnaik gambarnya. Dan sudah menjadi kebiasaan AADI seperti tahun-tahun sebelumnya, walaupun puasa akan ada entri pasal makanan dan minuman, hehehe...

Dr. Ben atau Muspeed tak ada nak anjurkan blog marathon diari Ramadhan tahun ni?

_____
Ada apa: Syukur, bonus raya bayaran bantuan khas kewangan pun dapat awal tahun ni.

Wordless Wednesday: Cara Penggunaan Tak Berguna




_____
Ada apa: Tapi, macam mana?

Sick Puppies - Connect


Setelah mencari peluang hampir dua tahun di eBay (pada harga yang munasabah), akhirnya berjaya juga memiliki album studio keempat Sick Puppies, Connect.


Kali ni diperolehi bukan daripada estock, tapi seller dari Hong Kong hitmusic1988 dengan harga US$4.99+3.00 (RM30.51). Harga yang masih berbaloi untuk seunit CD audio yang baru dan berbungkus (new and sealed).

Still sealed.
Walaupun dari Hong Kong, tapi CD ni merupakan cetakan US (ada logo FBI anti-piracy warning) dan bukan cetakan Asia.(P)(C) 2013 Capitol Records, ini merupakan versi PA (parental advisory), juga terdapat dalam versi "clean".


Masih mengekalkan muzik alternative rock dan post-grunge seperti album-album sebelum ini (Tri-Polar, Dressed Up As Life) yang ada sedikit lenggok seperti Silverchair dan Foo Fighters era 90an.


Seperti yang dicanangkan sebelum ini, Emma Anzai (hotchix bassist) juga turut menyumbangkan vokal dalam beberapa lagu, tapi hanya menyelit-nyelit. Ok, mungkin boleh dikira vokal penuh pada lagu terakhir Under A Very Black Sky.

Oh Emma~
Tapi sayangnya ini merupakan album terakhir bersama-sama gitaris/vokalis Shimon Moore, kerana ditendang keluar Oktober tahun lepas atas sebab-sebab entah akupun malas nak follow~

Dengar-dengar sekarang Sick Puppies sedang dalam proses pembikinan album terbaru, tapi apalah ertinya Sick Puppies tanpa Shim...

_____
Ada apa: Mencari album studio pertama mereka jika bernasib baik.

Iron Maiden - Death On The Road (Part 2)


Mungkin sekarang masih belum musim viral Iron Maiden kot? Tapi tak mengapa (parap-parap), tak lama lagi album baru mereka (yang ke-16!) akan menjelang...


Sementara itu, beberapa hari lepas menerima bungkusan eBay daripada estock (UK) bukan *estock_deutschland (DE), berisi DVD konsert Iron Maiden - Death On The Road. Walaupun berstatus terpakai (used), ia masih lagi nampak 90% seperti baru.

Apa beza estock UK dan DE? UK ada postage (tak mahal pun, £1.50 sahaja), DE free postage! Tapi malangnya DE tak jual DVD.


Perolehan yang tertunda lebih empat tahun semenjak merapu dalam entri versi CD audio. Itupun nasib baik ada estock yang menjualnya dengan harga tersenyum £3.96+1.50 (RM31.61), kalau harapkan seller lain, agak susah untuk diperolehi dengan harga sedemikian.


Ini merupakan versi 3-DVD (ada versi 2-DVD sahaja). Untuk konsert terdapat dua DVD yang berbeza format audio, satu adalah stereo dan satu lagi 5.1 Dolby Digital. Jika anda tidak mempunyai sistem teater rumah yang canggih, sila pasang versi stereo.


Bagi aku highlights untuk konsert ini ialah semasa lagu Journeyman. Rasanya tak pernah Iron Maiden buat persembahan full acoustic sebelum ini (betulkan kalau aku salah ye Deaf-Angel) kan?

Dengan sedikit tambahan solo Adrian Smith berbanding tiada solo dalam versi album. Harap-harap untuk album baru nanti adalah melekat satu lagu dalam mood sebegini.


Apa yang menarik dengan DVD konsert Iron Maiden (semenjak DVD Rock In Rio kot?), biasanya akan didatangkan dengan DVD bonus "special features".

Mengandungi dokumentari yang menceritakan pembikinan album Dance Of Death dan cerita di belakang tabir konsert jelajah Death On The Road mereka. Juga mengandungi klip video Wildest Dream dan Rainmaker serta galeri gambar.


Versi audio CD dah ada, versi DVD pun dah ada, dah boleh tutup akaun Death On The Road. Apa? Piring hitam? Tak apalah, lakum hobikum wa bagi kamu hobi kamu, bagi aku hobi aku...

Next target, mungkin nak cari DVD konsert Live After Death atau Maiden England '88.

_____
Ada apa: *Sejak minggu lepas katalog estock_deutschland "bermasalah"...

Ada Apa Dengan Pokka Chrysanthemum White Tea?


Cerita pasal minuman berjenama Pokka lagi, kali ni krisantemum dengan teh putih.


Tidak seperti teh krisantemum (teh bunga) jenama lain yang biasa kita minum, minuman ini menggunakan teh putih. Oleh sebab itu rasa tehnya agak kureng, tetapi pada masa yang sama, ia merupakan minuman yang menenangkan (calming drinks).

Di premis F ia dijual dengan harga promosi RM1.60 untuk sekotak 1 liter, biasanya aku akan beli 2-3 kotak sekali.

Entri Mini: No More Mr. Bad Guy


Dracula, Summerisle, Scaramanga, Saruman, Count Dooku, you name it... "Hero" yang sentiasa memegang watak penjahat, bad-ass actor for bad-ass character(s). Dan yang paling best, beliau juga menyanyi lagu metal! Yeah~ \m/




RIP Sir Christopher Lee 27/5/1922-7/6/2015.

Patutlah minggu lepas aku bebenar layan watak Count Dooku waktu Disney XD (CH617/637) tayangkan dua filem Star Wars (Episode II & III) tengahari Sabtu dan Ahad 6-7/6/2015, rupanya beliau meninggal pada hari tersebut. Thanks to Bro Sub for mentioning it in Facebook, kalau tak akupun tak tau.

_____
Ada apa: Manowar pun ada guna suara beliau dalam album Battle Hymns MMXI.

Ada Apa Dengan Aquarius?


Satu lagi minuman jenis isotonik berkarbonat yang aku baru terjumpa di pasaran tempatan, Aquarius.


Rasanya sedikit lembut berbanding 100 Plus, mungkin lebih kurang rasa isotonik Wilson suatu ketika dahulu (masih wujud lagi minuman jenama ni?). Dengan harga sekitar RM1.20-1.50 untuk setin 325 ml, lebih murah daripada 100 Plus.

Oh ya, Aquarius ni produk The Coca-Cola Company, dibuat oleh Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd. Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Sebenarnya aku ada banyak lagi entri pasal minuman dalam bentuk draft (ada 8-10 entri kot), tak sempat habis sebelum bulan puasa, hahaha...

_____
Ada apa: Darkside Of Aquarius.

Wordless Wednesday: Man Of Supreme




_____
Ada apa: Parody atau geng Dordenon?

Les Paul 100th Birthday


Lester William Polsfuss aka Les Paul (9/6/1915-12/8/2009), jika beliau masih hidup, hari ini merupakan hari lahir beliau yang ke-100.

Rock and Roll Hall of Fame.
Walaupun jasa beliau dalam dunia gitar elektrik memang tidak dapat dinafikan (sila Google/Wiki), tapi serius, aku tak pernah dengar nama beliau sehinggalah aku mula terjerumus dalam hobi kegitaran pada tahun 2009, beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia.

Kalau nak cerita pasal Les Paul (the man) aku tak tau, tapi kalau cerita pasal Les Paul (the guitar) mungkin aku boleh karang beberapa perenggan...


Sebagai seorang peminat, penghobi dan juga pemain gitar elektrik (enthusiast, hobbyist, guitarist), sudah pasti aku juga memiliki gitar Les Paul walaupun hanya sebuah Epiphone (tak mampu ber-Gibson) iaitu Les Paul 1957 Goldtop (aka Goldie).

Imej cilok blog KDHR.
Pengaruh gitaris idola memang tak dapat dinafikan dalam faktor pemilihan gitar. Dalam kes di atas tadi pastinya dipengaruihi oleh Gibson Les Paul 1970s Deluxe Goldtop kepunyaan Adrian Smith yang selalu digunakan semasa konsert Iron Maiden. Aku juga telah memasang pikap DiMarzio Super Distortion disebabkan faktor yang sama.


Les Paul bukanlah gitar yang selesa digalas, ia berat dengan kayu mahogany padu, tak berapa ergonomik seperti Stratocaster. Kalau tak biasa galas gitar yang berat, setengah jam dah rasa sakit bahu. Tapi, ada satu perasaan puas hati bila menggenggam neck yang tebal dan mula strum open E chord pada crunch/dirty channel amp Marshall (atau modelling).

My singlecuts: Eclipse and Les Paul.
Sekarang aku lebih menggunakan ESP LTD EC-256 (aka Dark Moon) berbanding gitar lain (yang direhatkan). Walaupun ia sebuah Eclipse yang lebih nipis, ringan dan sedikit ergonomik, tetapi karekteristik asas Les Paul masih ada.

Err... Apa aku merepek pagi-pagi ni?

_____
Ada apa: Tak lupa SX PEG2 dan Ibanez GARTB20. yang pernah dimiliki.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger