Ada Apa Dengan Drinho? (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 04 September 2015 pada 8:00 AM 4 komen:Ia merupakan variasi daripada teh lemon ais Drinho, perisa lemon digantikan dengan perisa pic. Rasanya? Jika lemon masam, pic pula rasa kelat, rasa yang eksotik... Tapi itulah, isipadu 250 ml macam tak puas.
_____
Ada apa: The Book Of Souls? Aku mungkin bulan depan baru dapat memburu..
Ada Apa Dengan Drinho? (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 08 July 2014 pada 9:00 AM 5 komen:Rasanya pula agak kelat dan masam berbanding Yeo's, perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan rasa sebegini. Jika terasa kreatif, boleh tambah 100 plus, Revive atau air soda lain dengan nisbah secukup rasa... Voila! Instant "imitation" Long Island tea (hehehe).
Beberapa tahun lepas ia cuma boleh didapati dalam versi tin 300 ml (gambar ni tersadai dalam draft sejak 2012), sekarang dah ada versi kotak 1 liter
_____
Ada apa: Aku paling suka produk teh hijau jasmine Drinho.
Ada Apa Dengan Drinho?
oleh Ijau D. Koceng 02 July 2011 pada 10:00 PM 2 komen:Drinho? Too common right? Takpelah dah selalu sangat buat entri pasal minuman import, kali ni kita sokong barangan buatan tempatan pula.
Jenama Drinho ni terkenal dengan variasi dalam kategori minuman susu kacang soya keluaran mereka, contohnya soya perisa jagung, soya Omega, soya Gold, soya dengan gula Melaka (brown sugar), soya organik dan macam-macam lagilah. Kali ni soya berperisa kurma pula!

Drinho soya milk with dates juice. Kurma? Mungkin disebabkan angin-angin bulan Ramadhan yang tak lama lagi menyebabkan Drinho mengeluarkan perisa kurma ni. Dengan harga yang sama seperti soya perisa jagung pada RM2.20-2.50 sekotak 1 liter.
Rasa? Tak jauh beza dengan soya gula Melaka, lemak soya masih sama tapi rasa kurma hanya ada sedikit sahaja. Adakah disebabkan rasa manis gula Melaka tak jauh beza dengan rasa manis kurma?
Apa-apapun aku masih lagi suka soya gula Melaka keluaran Delite sebab rasanya lebih lemak dan harganya pun murah berbanding Drinho.
_____
Ada apa: Drinho green tea with jasmine antara kegemaranku juga.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-








