Ada Sesuatu Dari yNot Studio (Part 6)


Dah lama aku terima bungkusan ni, diterima pada hari yang sama dengan pickup Tesla AH-1 iaitu pada Khamis 27/1/2011. Dan entri ni pun dah hampir masuk tiga bulan dalam bentuk draft. Bungkusan dari Engbok of yNot Studio yang berisi Behringer FX600 Digital Multi-FX pedal.

Seperti biasa, yNot Studio (aka MMO Music) merupakan tempat aku memperolehi produk-produk Behringer, disebabkan yNot Studio menjualnya agak murah jika dibandingkan dengan tempat lain, dan servis pun cepat. Kalau ada stok, hari ni order dan bayar, paling cepat barang akan sampai esok atau lusa.

"Studio effects processors sound really good, but they can bulky, complicated and expensive. Now you can have all the power and great sound of studio-grade, stereo effects processing, thanks to the ultra-affordable, and easy-to-use FX600." - hype website Behringer.

Behringer FX600 Digital Multi-FX - digital stereo multi-effects pedal, info lebih lanjut sila layari website rasmi Behringer. Dah lama aku berkenan dengan pedal ni, untuk digandingkan dengan [insert overdrive/distortion pedal name here] as a simple guitar rig hooked-up with clean channel of Cube-15. Dan pada harga yang tak sampai RM150, kita akan memperolehi enam efek digital dalam satu pedal - flanger, chorus, phaser, delay, tremolo dan pitch shifter.

Empat tombol - LEVEL, PAR 1, PAR 2 dan FX.

Sebenarnya aku cuma perlukan fungsi CHORUS sahaja. DELAY dan PITCH SHIFTER pada pedal boleh dikirakan sebagai bonus. Fungsi-fungsi lain; FLANGER, PHASER dan TREMOLO aku tak guna pun. Mungkin TREMOLO tu ada juga la terguna untuk main Twang clean. Malas nak review panjang-panjang, tengok sajalah video YouTube di bawah ni.

Oke, ni pendapat peribadi aku pasal FX600 ni.

Kelebihan

  • Multi-effects pedal at stompbox simplicity.
  • Stereo output.
  • Juga boleh digunakan sebagai vocal effects, PITCH SHIFTER amat sesuai untuk vokal ala-ala duet (harmonics).
  • It's a Behringer stompbox pedal = cheap.

Kelemahan

  • Hanya satu efek saja yang dapat digunakan pada satu-satu masa.
  • It's a Behringer stompbox pedal = plastic, somewhat not very durable nor battle worthy (paham-paham sajalah).

Dan satu masalah yang agak besar, pedal ni agak leceh bab power supply. Kalau guna bateri 9V memang tak sampai lima minit pasti akan ada masalah - LED mula berkelip-kelip kemudian bunyi pada output pun akan hilang.

Aku cuba guna AC adapter Zoom AD-0006E (9V 300mA) dan Roland ACR-230E (9V 500mA, adapter Micro-Cube), juga masih mengalami masalah yang sama. Aku mula suspek masalah arus (ampere) tak cukup kuat, jadi aku hantar semula ke yNot Studio untuk kepastian.

Menurut kata Engbok, setelah mencuba pelbagai jenis AC adapter, ternyata pedal FX600 ni memang leceh, ia hanya memilih AC adapter original Behringer PSU-SB (100mA) atau PSU-HSB-ALL (1.7A) sahaja untuk berfungsi dengan baik. Hahaha good marketing! Engbok juga bagitau ia bukan masalah ampere sebab dia pernah cuba dengan adapter berarus 2A, juga mengalami masalah yang sama.

Memandangkan aku ada beberapa pedal/stompbox, mungkin agak berbaloi juga kalau aku gunakan adapter ampere tinggi (daisy-chained). Well, that might be another story...

_____
Ada apa: Kalaulah semua pedal/stompbox Behringer diperbuat daripada logam (macam Beta-Aivin, Moen, Joyo) kan bagus...

Iron Maiden - Death On The Road


Angin-angin konsert Iron Maiden Singapore rasanya dah kurang (atau dah habis?), bla bla bla... Sementara menunggu album kompilasi terbaru Iron Maiden, nah satu lagi album live Iron Maiden baru aku terima pagi tadi.

Bungkusan dari UK ni berisi album live Iron Maiden iaitu Death On The Road yang dirakam di Westenfalenhalle, Dortmund, Germany pada 24/11/2003 sewaktu Dance Of Death World Tour, konsert bersempena album ke-13 Dance Of Death (Wiki).

Seperti yang selalu aku katakan, album-album kompilasi dan live Iron Maiden bukanlah priority dalam koleksi aku. Tapi disebabkan koleksi album-album studio dah lengkap (15 album), kini masa untuk mencari album-album kompilasi dan live pula. CD diterima dalam keadaan memuaskan. Selain jewel case yang dah calar-calar, inlay dan kedua-dua CD di dalam masih nampak baru.

Edward & Son Undertakers. Macam cover art Abigail kan?

eBay purchase info

  • Purchased from: daisyduckegg
  • Location: UK
  • Condition: used
  • Price paid: £4.20+2.60 (RM34.53) menang bid
  • Ordered: 20/3/2011
  • Received: 30/3/2011
  • Label: (P)(C) 2005 Iron Maiden Holdings Ltd. Under exclusive license to EMI Records Ltd.
  • Made in: EU (UK la kot?)

Tracklist

Disc 1

  1. Wildest Dream
  2. Wrathchild
  3. Can I Play With Madness
  4. The Trooper
  5. Dance Of Death
  6. Rainmaker
  7. Brave New World
  8. Paschendale
  9. Lord Of The Flies

Disc 2

  1. No More Lies
  2. Hallowed Be Thy Name
  3. Fear Of The Dark
  4. Iron Maiden
  5. Journeyman
  6. The Number Of The Beast
  7. Run To The Hills

Lagu-lagu dari album Dance Of Death seperti Wildest Dream, Dance Of Death, Rainmaker, Paschendale, No More Lies dan Journeyman antara lagu kegemaranku dalam album live ni, sebab lagu-lagu yang lain tu macam dah selalu sangat dengar dalam konsert Iron Maiden yang lain.

Lagu Lord Of The Flies dari album X-Factor yang agak kureng sikit bila dinyanyikan oleh Abang Bruce, sebab vokal lagu ni agak rendah dan sesuai dengan suara Blaze Bayley yang agak garau.

Posing yang stylo. Aku rasa aku pernah baca artikel geng-geng Bloggers pasal posing ni. Nanti kalau aku jumpa, aku buat link di sini.

Penghujung 2009 yang lepas aku hampir-hampir membeli album ni di Victoria Music Centre, Amcorp Mall. Tapi disebabkan harganya agak mahal mencecah RM60, aku terpikir ada baiknya aku mencari di eBay dan inilah hasilnya. Lepas ni nak cari album live Death On The Road ni versi DVD pula...

Angkat Besi! \m/

_____
Ada apa: The Final Frontier World Tour dah sampai mana dah sekarang ni eh?

Guitar Talk: Cort KX5-FR White Pearl


Aku bukanlah peminat tegar gitar-gitar jenama Cort, setakat ni hanya *tiga model/siri gitar Cort yang aku minat. Tapi model KX5-FR White Pearl ni memang menusuk kalbu (terdapat juga dalam warna Metallic Black yang kurang menarik). Spesifikasi dan info tambahan sila layari website rasmi Cort Guitars

Imej link dari website Euroguitar.fr

Archtop, body binding, matching headstock, Motherbucker pickups (kalau bernasib baik dapat versi Zebra) dan split-coil push/pull pot antara yang membuatkan aku berminat. Aku pernah "pandu uji" model KX5 (versi fixed bridge) di Zoso Music, ia tak jauh beza daripada Ibanez RG dari segi feel dan playability (pendapat tak rasmi).

Harganya pun boleh membuatkan peminat gitar-gitar superstrat (macam aku) tersengih macam kerang busuk - harga pasaran Semenanjung Malaysia tak sampai pun RM1k. Harga untuk Borneo tak payah ceritalah, buat sakit hati je...

Simple review from The Tone King himself! TTK rocks!

*Selain model KX5-FR ni, aku juga meminati model CR200 (goldtop) dan siri gitar jahat. Mungkin KX5-FR ni masuk dalam wishlist 2011, tapi yang pastinya bukan dalam masa terdekat ni. Sebenarnya dah lama aku mengidam nak gitar warna putih, dulu hampir terbeli RG350DX atau PGM3 sebelum buat keputusan beli RG350M aka Replacement - yup, I'm an Ibanez RG fan.

_____
Ada apa: Minta-minta hujung tahun ni dapat bonus :)

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 3)


Beberapa hari yang lepas, Jo NoobAxe ada iklankan GHS Fast Fret (limited units) di Facebook pada harga yang agak murah RM18 termasuk kos penghantaran (paling murah aku pernah beli @ RM23), tak banyak tanya (macam komen orang lain) aku terus beli.

"GHS FAST FRET™ - String and Neck Lubricant/String Cleaner for All Stringed Instruments. Free Counter Display Box With 12 Cans. Not a spray! Contains no silicone. It’s a liquid in an applicator. Use it on strings, fretboard, back of neck. Lets fingers slide freely, keeps strings clean, is good for wood. Product ID: A87" - hype dari website GHS Strings.

Jumaat lepas (25/3/2011) aku menerima bungkusan poslaju lagi (pura-pura terkejut) - bila masa aku ada order barang guna poslaju? Tengok-tengok bungkusan dari JB, aku tak sangka pula Jo NoobAxe hantar barang remeh macam ni guna poslaju.

Aik? Bila masa aku order string Martin & Co. Darco? Bila aku tanya Jo NoobAxe minta penjelasan, dia kata string Darco tu kira sebagai rasuah "complimentary gift" sebab tolong promote NoobAxe Guitar di Facebook dan blog ni.

Sebenarnya aku dah ada Fast Fret ni yang aku beli di yNot Studio penghujung 2009 dulu, tapi semenjak dah pindah rumah awal November lepas, aku tak tau di mana aku simpan Fast Fret aku. Jangan-jangan dah ditapau oleh member waktu jamming kot? [Edited 29/3/2011 @ 2.30 pm] Tadi dah jumpa Fast Fret lama aku, waktu kemaskan bilik UV/AAS [aka Hepi ;) makeshift studio]. Hahaha rupa-rupanya terselit belakang PA system.

Walaupun ada yang mempertikaikan fungsi Fast Fret ni, tapi bagi aku ia memang best. Sebab senang digunakan dan tak leceh, ia juga amat berkesan untuk penjagaan strings. Buktinya, string Dean Markley dapat bertahan hampir enam bulan tanpa karat dengan penggunaan Fast Fret ni (tapi kenalah rajin menggosok lepas main, terutamanya lepas jamming). Juga sesuai untuk disapu pada belakang neck gitar (unfinished maple neck) sebagai pelincir dan wax. Lama-kelamaan, belakang neck gitar pastinya berkilat!

_____
Ada apa: Baru balik jamming, jari-jari sakit lama tak main bass...

Ada Apa Dengan Earth Hour 2011? (Part 2)


Agaknya berapa ramai yang sedar kempen Earth Hour 2011 telahpun berlangsung beberapa jam tadi? Tapi yang pasti, housemate aku langsung tak ambil tau (ataupun tak tau langsung). Seperti tahun lepas, rasanya kempen Earth Hour Malaysia tahun ni kurang mendapat perhatian dan sambutan (sama seperti kempen hari Sabtu tanpa beg plastik).

Aku? Sepanjang satu jam Earth Hour aku bergelap dalam bilik, hanya bertemankan cahaya dari monitor LCD sambil main gitar lagu Fear Of The Dark (kebetulan) menggunakan Replacement secara unplugged. Terkial-kial main dalam gelap, manjang je salah tekan fret hehehe... Waktu ni lah rasanya best kalau ada Amplug, Pocket Pod atau Pandora Mini.

Walaupun kempen ni impaknya tak seberapa, ia lebih menjurus kepada kesedaran orang ramai tentang penjimatan tenaga elektrik. Terutama golongan macam aku ni (surfer, gamer, guitar/bass enthusiast) pastinya merupakan antara pengguna elektrik yang tinggi. Kempen, kempen juga, tapi akhirnya kena pada diri sendiri hehehe...

Sempat menjenguk keluar tingkap sekejap tengok blok sebelah... Selain daripada dua-tiga buah rumah yang terang, hanya lampu jalan dan lampu tangga sahaja (those were essential lights) yang menyala, rasa-rasanya dalam 70-80% bergelap. Mungkin disebabkan kawasan perumahan tempat aku tinggal ni majoritinya adalah dari golongan pendidik (kawasan perumahan guru), agaknya kesedaran tentang Earth Hour ni amat tinggi.

Sama ada kempen tahun ni berjaya atau tidak, terpulang kepada diri kita sendiri untuk menilainya. At least I've done my part, what about yours?

_____
Ada apa: Teringat waktu awal 80an dulu... Cahaya lampu pam minyak tanah paling kvlt!

Masterplan - Aeronautics


Ketika masih lagi "sibuk" melayan album Time To Be King, satu lagi album Masterplan menyusul, album kedua Masteplan iaitu Aeronautics. Bungkusan dari US yang diterima Selasa minggu lepas (15/3/2011) dihantar menggunakan pos daftar, posmen (bukan brader posmen yang sengih-sengih dulu tu) siap hantar bungkusan ni sampai ke meja aku sebab nak minta otograf, cayalah Pos Malaysia!

Satu perkara yang aku perasan waktu mencari album-album Masterplan di eBay dari dulu - memang susah mau cari yang berstatus used dan pada harga yang murah tahap lelong.

"Aeronautics - means the science, art, theory and practice of designing, building and operating aircraft" - hype dari dalam inlay.

eBay purchase info

  • Purchased from: madrushmedia
  • Location: US
  • Condition: new & sealed!
  • Price paid: US$5.89+5.99 (RM37.20)
  • Ordered: 28/2/2011
  • Received: 15/3/2011
  • Label: (P) 2005 AFM Records (C) 2005 Candlelight Records
  • Made in: US

Kokpit pesawat hangus?

Tracklist

  1. Crimson Rider
  2. Back For My Life
  3. Wounds
  4. I'm Not Afraid
  5. Headbanger's Ballroom
  6. After This War
  7. Into The Arena
  8. Dark From The Dying
  9. Falling Sparrow
  10. Black In The Burn

Album ni memang aku kategorikan sebagai super album, sebab semua lagu-lagu dalam album ni memang layan habis! Lagu paling aku layan ialah Crimson Rider, Back For My Life dan Falling Grapow Sparrow. Seperti yang aku cerita dalam entri Time To Be King, jika anda peminat genre Power Metal, pastinya anda akan menyukai Masterplan.

Cool CD design!

Awal 2005 dulu waktu mula-mula kenal Masterplan, aku download kedua-dua album Masterplan (self-titled) dan Aeronautics sekaligus. Ternyata kedua-dua album memang layan, semenjak tu lagu-lagu Masterplan memang selalu ada dalam playlist mp3 aku. Aku juga pernah convert mp3 Masterplan menjadi format audio CD semata-mata untuk dipasang dan dilayan dalam Imago. Nah sekarang aku dah ada CD original - mission accomplished.

Aku lebih suka imej Lande sekarang (berjambang/berjanggut)
berbanding macam dalam video ni.

Next target, Masterplan self-titled debut album... Album ketiga, MKII bukanlah priority.

_____
Ada apa: Jangan lupa malam ni Earth Hour 2011!

Ada Apa Dengan Walkman? (Part 2)


Minggu lepas waktu balik kampung, waktu kemas-kemas kaset lama (sebenarnya mencari kaset Awie, ala album yang ada lagu Tragedi Oktober tu) aku terjumpa khazanah 90an ni...

Sony Walkman model WM-GX320

Inilah Sony Walkman pertamaku, yang dibeli di Yaohan Komtar, somewhere in August 1997. Harga aku lupa, tapi mungkin dalam RM170-200 yang boleh dikira agak premium untuk taraf seorang student USM.

Dibeli pada hari yang sama selepas dapat gaji pertamaku waktu bekerja part-time di sebuah kedai komputer di depan USM (gate Sungai Dua). Tup-tup dapat gaji RM600+ beb! Dah boleh dikira cukup mewah untuk seorang student dengan hanya bekerja part-time sebelah malam.

It comes with cool pouch too...

Kaset-kaset Iron Maiden, Manowar, Nirvana, Foo Fighters dan Metallica antara yang selalu dibelasah guna Walkman ni. Waktu di bilik asrama (Desa Fajar rules!), aku sambung dengan multimedia speaker (speaker PC bentuk telur), bunyinya memang kuat, kalah bunyi mini-compo member bilik sebelah.

Memang banyak memori Walkman ni - Ia amat berguna untuk merakam ceramah dua jam kuliah Tamadun Islam yang mebosankan. Aku juga pernah bertengkar dengan lecturer kimia gara-gara earphone Walkman ni terjuntai dari kolar baju aku waktu tengah kuliah.

Akhirnya ia rosak pada tahun 1999, fungsi auto-reverse rosak (patah kat dalam kot?). Untuk menggantikannya, aku beli Sony Walkman model lain, aku lupa model apa tapi model murahan seperti imej di sebelah (minus the bulky headphone), tanpa fungsi recording atau auto-reverse. Beli di Kompleks Bukit Jambul, harga dalam RM80+ gitu (imej link dari Techjaws).

Tahun 2001 aku cuba hantar Walkman yang rosak tu ke Pusat Servis Sony di Bayan Baru, kena cas RM80+ tukar ntah apa barang kat dalam, yang hanya dapat bertahan setahun lebih. Itulah kali terakhir aku menggunakan Sony Walkman (kaset). 2002 dan seterusnya aku dah mula menggunakan mp3 player (cap ayam M-Walker kot?), mp3 player pada Sony Ericsson k618i (bukan model Walkman) dan kini Sony Walkman NWZ-B152F.

_____
Ada apa: Aku tak sempat merasa teknologi Sony Discman...

Ada Apa Dengan Korg Pandora Mini?


Aha~ Freshly new from NAMM 2011 - Korg Pandora Mini personal multi-effects processor for guitar and bass, the reincarnation of Korg's famous (discontinued?) Pandora PX5D, now in miniature scale. Bayangkan sebuah Korg AX3000G sebesar telefon bimbit...

More info please checkout Korg's website.

Shipment pertama Pandora Mini ni akan (dah?) masuk pasaran Malaysia hujung bulan ni. Minggu lepas, Bro Amizan (of CK Music) ada tanya aku kalau-kalau aku teringin menjadi antara pemilik terawal Pandora ni di Malaysia, pada promosi harga pengenalan yang memang sukar untuk ditolak @ RM3xx!

Tapi disebabkan aku ada komitmen lain, aku terpaksa tolak tawaran tersebut. Sabar-sabarlah dulu, KIV untuk CK Music's 2011 Year End Sale nanti, hah!

_____
Ada apa: Rasa-rasanya lebih berbaloi daripada Vox Amplug kan?

Let-Go: Dean VMNTx United Abominations


Atas sebab-sebab tertentu yang rasanya tak perlu aku ceritakan, Sabtu lepas waktu aku balik kampung, aku dah let-go Abominations (equipped with Tesla AH-1 and GHS PRDM, plus GC-V bag) kepada seorang member bernama Mr. M, yang sangat-sangat berminat dengan gitar berbentuk ekstrim (guitar collector enthusiast macam aku juga).

Mr. M sedang khusyuk main lagu Alleycats.

Memang ramai yang terkejut kenapa aku let-go Abominations aku ni, dah siap upgrade pickup Tesla AH-1, pasang GHS PRDM, tup-tup nak let-go? *Ehem-ehem* aku pun terkejut bila dia dapat tau yang aku nak let-go gitar ni beberapa minggu lepas. Mungkin ada masa nanti baru aku ceritakan...

Gambar hiasan dari entri yang lepas.

Dan yang ironinya, Mr. M ni memiliki Dean MLVZ lightweight case. Lightweight case yang sama aku let-go waktu raya lepas (setelah berpindah milik dari pembeli pertama). Mungkin dah jodoh Mr. M dan nasib Abominations aku yang berjejak kasih semula dengan "keranda" asalnya.

Kepada Mr. M - disebabkan anda pun seorang guitar enthusiast, pastinya nasib Abominations aku ni akan terbela di tangan anda. Dan kepada Oriaj yang menjadi saksi transaksi kami, terima kasih sebab pinjamkan Laney LX35D untuk sessi "pandu uji" hari tu.

Well, let's move on...

_____
Ada apa: Rehatlah dulu beberapa bulan...

Guitar Talk: Roland Cube-15


Malam tadi sempat pandu uji Cube-15 ni secara impromptu. Tak sangka dengan tombol volume pada kedudukan suku dah cukup kuat untuk bedroom player macam aku ni, it's 15-watt on 8" speaker (kalau tak silap di belakang tulis 18-watt). Aku tak berani nak pulas tombol volume lebih daripada suku, nanti jiran-jiran dan housemate yang lain tak berselera nak makan malam (antara sebab aku tak guna VT40+ di rumah).

Biasanya kalau di rumah (in my bedroom that is) aku cuma guna Micro-Cube (volume pada kedudukan suku pun dah cukup kuat) atau kalau dah lebih dari 10.00 malam aku sambung headphone (Sony MDR-XD100) pada output G1u.

Cute Cube brothers - bergandingan dengan Micro-Cube.

Menggunakan Replacement (freshly equipped with gauge-10 string set) untuk sessi "pandu uji" kali ni. Disebabkan aku belum pandai main gitar, aku cuma strum beberapa powerchords pada LEAD channel dan simple picking (Tears Of The Dragon) pada CLEAN channel.

Secara fizikalnya, Cube-15 ni nampak oke cuma ada sedikit retak pada satu daripada bucunya, selain berbau buaya dan berdebu. 8/10 - as rated by Jo NoobAxe.

Input, CLEAN and LEAD channel with separate VOLUME (and GAIN on LEAD channel), 4-channel drive on LEAD channel (OVERDRIVE, DISTORTION, METAL, METAL STACK), 3-band EQ (BASS, MIDDLE, TREBLE), Aux In, Recording Out/Phones, power switch. More specifications, please refer to Roland website.

Empat jenis LEAD channel(s), from mild overdrive to heavy distortion! Adakah ia klon pedal-pedal Boss (Roland dan Boss kan adik-beradik):

  • OVERDRIVE - Boss OD-1 Overdrive?
  • DISTORTION - Boss DS-1 Distortion?
  • METAL - Boss MT-2 Metal Zone?
  • METAL STACK - Boss ST-2 Power Stack? Channel METAL STACK ni tidak sesuai dimainkan pada volume yang rendah, sebab bunyinya kurang menyerlah.

Kelebihan

  • RM2xx je beb! Dah status pun used, kira berbaloilah dengan harga tu. Harga baru (Cube-15XL) mungkin mencecah RM6xx
  • Empat jenis LEAD channels yang dah kira cukup untuk main variasi jenis muzik Rock/Metal.
  • Seperti adiknya Micro-Cube, Cube-15 ni cukup kuat tak padan dengan saiz.

Kelemahan

  • Beli benda used, tadak kotak, manual atau apa-apa dokumentasi lain.
  • Tidak mempunyai on-board effects seperti delay, reverb, chorus, dll.
  • Fixed power cabel, tak boleh dicabut macam Oren dan VT40+

Sessi "pandu uji" kali ni adalah jenis impromptu (tak sampai 30 minit) tak serius pun. Dan perlu diingat tombol volume hanya pada kedudukan suku sahaja, so results may vary on high volume level. G1u through clean channel pun aku belum cuba lagi, tengoklah hujung minggu ni kalau-kalau Bob Kandar ajak jamming, boleh aku test lagi... Kalau ada apa-apa tambahan positif/negatif, aku akan edit lagi entri ni.

_____
Ada apa: Yang pastinya, macam keberatan pula aku nak jual benda ni kalau budak Ganu tu merayu lagi.

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars (Part 2)


Awal pagi tadi aku menerima satu bungkusan besar (parcel post). Bungkusan dari JB yang pastinya tak lain tak bukan dari Berteromber NoobAxe Guitar.

Selain menjual gitar/amp baru, NoobAxe mempunyai kelebihan "Pawn Stars" berbanding tempat lain - menjual barang-barang kegitaran terpakai la (used, second-hand).

Kalau minggu lepas aku dapat gigbag Gator bau buaya pada harga yang amat murah, kali ni aku dapat sesuatu yang agak berbaloi pada harga yang agak murah, mungkin 1/2 atau 1/3 daripada harga asal - Roland Cube-15 guitar amplifier!

Aku suka design Roland Cube series ni, nampak rugged.

Cube-15 ni merupakan model lama, ia kini digantikan dengan model baru Cube-15XL dengan beberapa penambahbaikan.

"Don't let its diminutive size fool you-the Cube-15 sounds BIG! This 15-watt guitar practice amp includes an 8-inch speaker and a two-channel configuration with four popular overdrive and distortion colors, ranging from “Overdrive” to “Metal Stack.” Three-band EQ, plus a built-in Recording/Headphone output and Auxiliary input make this little amp a great value!"

- Hype dari website Roland

Aik? Awat tiba-tiba beli amp gitar lagi ni? Kan aku dah ada VT40+ dan Micro-Cube? Sebenarnya aku trade Cube-15 ni dengan generic Dean DMT pickup set, dengan tambahan beberapa puluh ringgit untuk perbezaan harga dan kos penghantaran. Used (condition 8/10)

Btw, ada seorang mamat dari Ganu ni mesej aku di Facebook merayu-rayu sebab dia nak beli Cube-15 ni daripada aku. Dia nak sangat-sangat amp ni, katanya memang dia mula-mula nak beli amp ni waktu NoobAxe iklankan di Facebook/blog, tapi aku dah rembat dulu... Well, sapa suruh lambat buat pengesahan dan pembayaran dengan Jo NoobAxe?

Ulasan (review) pasal amp ni? Nantilah bila aku dah "pandu uji" amp ni malam nanti baru aku buat ulasan. Kalau oke aku simpan untuk bedroom amp (menggantikan Micro-Cube yang bakal menjadi mobile amp), kalau kurang menyengat aku jual la dengan mamat Ganu tu nanti hahaha... [Harap-harap dia pun ada baca entri ni].

_____
Ada apa: Micro-Cube aku sekarang dah ada geng...

Ada Apa Dengan Earth Hour 2011?


Seperti tahun-tahun lepas (2010, 2009) blog Ada Apa Dengan Ijau? pastinya turut serta berkempen. Tahun ni aku terlambat sedikit nak berkempen, enam hari terakhir baru nak buat entri pasal Earth Hour.

Nevertheless, here goes...

On 26th March 2011 8.30 pm local time,
show the world Malaysians are united!
Come together to fight global warming,
turn off your (non-essential) lights for one hour!

Info lebih lanjut sila layari laman web rasmi Earth Hour, WWF Malaysia atau Wikipedia.

_____
Ada apa: Apa cerita kempen hari Sabtu tanpa beg plastik?

Ada Apa Dengan From Fear To Eternity?


From Fear To Eternity: The Best Of Iron Maiden 1990-2010 - Album kompilasi terbaru Iron Maiden yang bakal berada di pasaran 23/5/2011 nanti.

Album kompilasi lagu-lagu terbaik Iron Maiden sepanjang 20 tahun dari 1990 hingga 2010, iaitu lapan album terkini dari album No Prayer For The Dying sehingga album terkini The Final Frontier.

Imej link dari Wikipedia.

Walaupun ia cuma album kompilasi (katanya album ni akan dikeluarkan dalam dua CD), sebagai seorang peminat Iron Maiden dan pengumpul tegar, pastinya album ni bakal dibeli bila ia berada di pasaran Malaysia kelak (tak perlu cari kat eBay).

Info lebih lanjut sila layari website rasmi Iron Maiden atau Wikipedia.

Angkat besi! \m/

_____
Ada apa: Macam cover art album terbaru Children Of Bodom je...

Ada Apa Dengan Walkman?


Dah lama aku nak beli benda ni (sejak 2009), tapi tiap kali nak beli mesti tertunda atau dana-dananya telah dipotong/dibelot oleh benda lain (selalunya dipotong oleh pedal/stompbox gitar).

Semalam sebelum bertolak ke airport Bintulu, aku sempat singgah di Kuan Sing Enterprise (owner of Sony Style, Parkcity Mall, Bintulu - tempat aku selalu beli produk-produk Sony; MDR-XD100, DSC-S930, F-V120) untuk membeli benda ni...

Sony Walkman NWZ-B152F (gold cap) 2GB.

Harga standard RM159 untuk yang berkapasiti 2GB. Kenapa aku tak beli yang berkapasiti 4GB atau versi yang boleh main video? Bagi aku semua tu tak perlu, sebab aku cuma perlukan pemain mp3 sahaja, dan aku hanya akan transfer mp3 album/lagu tertentu sahaja ikut mood (sekarang mood Time To Be King dan saki-baki angin Iron Maiden Singapore) bukannya nak sumbat semua mp3 dalam ni.

Biasanya aku akan dengar mp3 bila menunggu nak boarding atau dalam flight yang membosankan (so you know the reason why I bought it in the first place).

Sebelum ni aku gunakan telefon bimbit aku Sony Ericsson K618i (yang kuno) untuk dengar lagu-lagu mp3. Tapi sekarang port untuk sambung charger/headphone dah longgar, selalu je tercabut, memang menjengkelkan tiap kali aku nak dengar mp3 (terpaksa ikat dengan getah nak bagi ketat hehehe).

To be continued...

_____
Ada apa: Teringat zaman-zaman student USM dulu, Walkman (kaset) merupakan keperluan mandatori.

Membakut, Here I Come! (Part 8)


Lewat tengahari nanti aku nak balik Sabah, menggunakan penerbangan MAS Wings guna tiket tahunan "mengunjungi wilayah asal" tahun lepas (penjawat awam pastinya tau).

Balik kampung sampai hari Ahad je, kalau memandu Imago (tour de Brunei) memang tak berbaloi la balik 2-3 hari je. Nak berbincang dengan keluarga mengenai Projek Mega 2011 yang bakal berlangsung beberapa bulan saja lagi.

Gambar hiasan dari entri CNY tahun lepas.

Waktu inilah peluang yang sesuai untuk membaca buku Tun Dr. Mahathir, sebab ada banyak masa terluang waktu menunggu sebelum boarding dan sejam lebih duduk dalam pesawat.

Dengan perasaan sedikit sedih bercampur gembira, kali ni aku membawa satu daripada gitar aku yang bakal bertemu dengan tuan barunya di kampung nanti. Esok nak lepak dengan Oriaj dan Mr. M (bakal tuan baru gitar aku), mungkin ada sessi jamming ringkas di rumah Oriaj sambil memandu uji beberapa "equipment baru" yang ada.

_____
Ada apa: Oriaj, kali ni giliran ko blanja aku burger mega...

A Doctor In The House - The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad


Tengahari tadi aku menerima satu lagi bungkusan (awal pagi dapat bungkusan plastik biru), tapi kali ni bungkusan poslaju.

Seperti yang diemokan pada entri sebelum ni, dua hari lepas aku dah order buku ni dari MPH secara online setelah fed-up dengan kedai-kedai buku tempatan yang masih belum menerima stok buku ni.

  • Title: A Doctor In The House - The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • Author: The Doctor himself!
  • ISBN-13: 9789675997228
  • Publication Date: March 2011
  • Publisher: MPH Group Publishing
  • Format: Hardcover, 844 pages
  • Price: RM100 + RM23.95 (postage)

Terus terang aku katakan, aku bukanlah seorang yang rajin membaca (kecuali majalah yang banyak gambar) lebih-lebih lagi buku yang jenis tebal macam ni (844 muka surat!). Kali terakhir aku membaca buku tebal ialah buku Sun Tzu: The Art Of War.

Setelah menonton dokumentari biografi Mahathir yang disiarkan di History Channel (Astro Channel 555) tidak lama dahulu, aku teringin untuk mengetahui lebih lanjut cerita pasal Tun dari perspektif Tun sendiri. Dan inilah hasilnya...

Setakat ni aku baru baca 20 muka surat pertama, aku ni jenis lambat membaca, bukan lambat pasal baca seketul-seketul tapi baca satu dua bab mesti berhenti. Sebab kalau aku membaca buku macam ni lama-lama (berterusan lebih daripada 15-20 minit), berkebarangkalian besar aku akan pening, loya atau migrain - kes tak boleh menghadap benda monokrom lama-lama. Antara yang membuatkan aku malas membaca.

Ulasan? Pastinya aku tak akan buat ulasan (review) pasal buku ni. Kalau korang nak tau, sila dapatkannya di kedai-kedai tayar buku yang berhampiran, beli dan baca sendiri.

Cukuplah setakat aku salin sinopsis yang terdapat pada belakang buku ni:

The West has called him recalcitrant, racist, anti-Semitic and arrogant. The developing world, however, sees former Malaysian Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad as a visionary champion, the rare leader who gave every Third World individual reason to stand tall. Even his harshest critics cannot deny that, above all else, he gave some of the most neglected countries courage, showing the way to a more hopeful future.

But it was not without controversy. His 22 years at the country's helm has been characterised as both dictatorial and inspiring. Few leaders have been able to turn an entire country from a predominantly agrarian economy into an industrial powerhouse - fewer still have been able to do so within a short two decades.

Here, with surgical precision, Dr. Mahathir explores a nuanced history and scrutinises his won role in the shaping of modern Malaysia.

Dan aku berterima kasih kepada MHI TV3, minggu lepas diorang ada cerita pasal buku ni, dari sanalah aku dapat tau tentang kewujudan buku ni, kalau tak memang akupun tak tau.

_____
Ada apa: Lepas ni nak cari buku The Malay Dilemma.

Ada Sesuatu Dari NoobAxe Guitars


Harta rampasan perang yang diperoleh daripada NoobAxe Guitar clearance, diterima awal pagi tadi. Ini merupakan urusniaga pertamaku dengan Jo @ NoobAxe.

Bungkusan plastik berwana biru seakan-akan bantal peluk mini dikirim menggunakan parcel post (okela ekonomi, akupun bukannya nak benda ni segera).

Berisi tak lain tak bukan, gigbag Gator - Eh? Aku order gigbag cap ayam, tapi awat dapat gigbag cap buaya? Oke, Jo NoobAxe dah terangkan dalam SMS.

Aku tak pasti gigbag Gator ni model apa (maybe old model), tapi padding memang tebal. Gigbag ni bukanlah gigbag baru, seperti yang diterangkan dalam entri blog NoobAxe "All item dun have any tear or broken zip.. just aged..". Tapi pada harga yang amat murah, memang berbaloi-baloi.

Secara fizikalnya, gigbag ni nampak oke. Jahitan dan zip masih kukuh walaupun nampak agak berumur dan berbau buaya... Lepas ni aku nak spray dengan Febreeze anti-bacteria. Ruang front pouch pun memang luas, cukup untuk simpan G1u bersama-sama beberapa set kabel. Belah belakang ada adjustable shoulder strap untuk memudahkan ia dibawa seperti backpack.

Padding belah dalam memang marvellous! Macam baldu yo~ Tak macam padding dalam gigbag Gator GBE-EXTREME-1, mungkin model ni model medium-end, tidak seperti model GBE-EXTREME-1 yang merupakan model ekonomi (GBE = Gig Bag Economy).

Seluk punya seluk, aku terjumpa sekeping pick ni dalam front pouch,
Ibanez Paul Gilbert signature medium pick.

Disebabkan gigbag ni berbentuk universal, apa-apa gitar elektrik berbentuk biasa - strat, superstrat, tele dan singlecut ala Les Paul memang boleh masuk, tapi jenis semi-hollow aku tak pasti. Dan ia bakal menjadi transport vessel untuk Replacement menggantikan Ibanez economy gigbag (gigbag zaman Mephisto dulu) yang agak nipis.

_____
Ada apa: Darkstone pun boleh muat ni...

Guitar Talk: VFS5's Labels


Sessi menampal label pada VFS5 menggunakan sticker Dymo LabelManager 210D yang kalis air. Nanti senang untuk aku, Azrol atau gitaris jemputan Hepi ;) yang lain memilih banks/channels yang dah siap-siap aku save pada VT40+ waktu sessi jamming nanti.

Hampir semua setting yang aku save dalam 4+4 user setting banks/channels adalah preset (patches) daripada song presets dalam VT40+ yang aku modified sikit-sikit biasanya tambah efek chorus, delay atau reverb (kes malas mau edit sound sendiri).

Hujung minggu ni aku balik kampung (naik "belon", bukannya drive tour de Brunei) ada urusan berkaitan Projek Mega 2011 yang nak dibincangkan dengan keluarga aku. Kalau tak, memang aku dah ajak geng-geng Hepi ;), Adi MUUV dan KORawk berjamming sambil "pandu uji" VFS5 ni.

_____
Ada apa: Apalah agaknya khabar orang tengah ber"Survivor Pandan" sepanjang minggu ni?

Halfway Through March


Beremosi seketika...

1) Buku Mahathir

Seperti Abang Ben, akupun teringin untuk memiliki memoir Tun Dr. Mahathir ni - A Doctor In The House. Semalam aku ronda-ronda di Popular (Parkcity Mall, Bintulu) kot-kot terjumpa, tapi yang ada cuma buku-buku lain mengenai Mahathir (Conversations With Mahathir Mohamad, Malaysian Maverick, etc).

Takpelah, nanti ada masa aku order online melalui MPH Online (retail price RM100 + RM23.94 postage, not bad!).

Aku bukanlah minat membaca bahan bacaan serius yang tebal-tebal macam ni, aku lebih suka bahan bacaan santai yang banyak gambar seperti majalah (Nat-Geo dan majalah ICT, bukannya Mangga atau Mastika). Tapi seperti Sun Tzu: The Art Of War aku memang teringin untuk memiliki dan membacanya.

Well, say what ever you wanna say about Mahathir, for some of us out there, he's still the Prime Minister in our hearts.

2) Blogger's Life

Kebelakangan ni aku perasan, semangat beberapa geng-geng bloggers untuk memblog dah mula menurun, tak serancak dulu. Setakat ni belum ada lagi entri viral (entri berjangkit) yang baru, selain cerita pasal konsert Iron Maiden Singapore sebulan yang lepas (sedar tak sedar dah sebulan rupanya peristiwa ni berlalu). Mana semangat perjuangan harmoni korang wei~

Aku tak berapa suka nak baca blog yang jenis ada background music dan terlampau banyak widget canggih dan iklan - slow loading and quite annoying, hilang mood nak baca.

Imej cilok dari blog seseorang, hahaha...

3) Dunia gusti dan WWE

Semenjak HBK Shawn Michaels pencen daripada bergusti hampir setahun yang lepas, aku dah malas nak mengikuti perkembangan dunia WWE. Dan akhirnya selepas raya tahun lepas, aku dah potong pakej sukan Astro aku. Akupun bukannya tengok bola, dahla pakej sukan tu mahal (sapa nak tengok Golf Channel?).

Minggu lepas aku cuba-cuba layan web WWE, tak sangka pula aku dah terlepas Royal Rumble dan tak lama lagi musim Wrestlemania XXVII, antara acara tahunan (yang sepatutnya) tak pernah aku miss sejak aku gila layan gusti.

Tambahan pula baru-baru ni, Triple H dah kembali selepas cuti rehat daripada kecederaan. Dwayne Johnson @ The Rock pun dah masuk balik dunia WWE (hahaha I miss his attitude). Agaknya dah tak sibuk buat filem kot? Nak cari duit, masuk balik WWE. (Imej HBK link dari Wikipedia)

Damn, I miss Jim Ross' and Jerry Lawler's commentary... Takpelah, nanti lepas ni nak lepak kedai mamak pastinya diorang akan pasang gusti (macam zaman kerja di Penang dulu).

4) Bala di Jepun

Gempa bumi + tsunami + malapetaka nuklear = 2012 2011.
Kenapalah tak jadi kat Israel nun?

Agak-agak minggu ni ada keluar manga/anime One Piece dan Naruto tak?

5) Guitar and life

Hujung minggu ni aku dah bersedia untuk mengorbankan satu daripada gitar aku (macamlah banyak sangat gitar aku ni), yang satu lagi tu pula dah ada orang booked siap berdeposit lagi.

Dua pedal Behringer aku pula (BOD100, BDI21) dah selamat sampai kepada tuan barunya di Papar, Sabah.

Tauke DEG pula tak habis-habis menabur racun berbisa... Waktu-waktu gawat macam ni lah dia nak meracun, apa daaa~

Imej-imej link dari blog Dead Eye Guitars.

6) Collector's Agony

Seperti yang aku iklankan di GrĂ¼ne Katze Corner dan Facebook, aku sedang melelong beberapa koleksi audio CD.

Sebahagian daripada yang aku lelong.

Sekarang aku cuma tinggalkan koleksi yang betul-betul serius sahaja (contohnya Iron Maiden, Metallica, Megadeth, dll). Tak sangka pula sambutan di kalangan member amat memberangsangkan dan di luar jangkaan, boleh kira berebut juga diorang nak beli koleksi RARE aku.

7) Time To Be King

Bukan cerita pasal album Masterplan, tapi menghitung hari untuk Projek Mega 2011. Kesian pula dengar keluhan *ehem-ehem* aku turun naik JAIS dan Mahkamah Syariah Mukah menguruskan wali hakim.

Minggu depan mungkin aku pula akan turun naik JAIS Bintulu, hujung minggu ni nak balik kampung (flight, bukan drive) nak bermusyawarah dengan family aku. Harap-harap dipermudahkan segala urusan, insya-Allah~

_____
Ada apa: Asal barang jadi duit... Jual sajalah~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger