Tali Gitar Gaya Pos (Part 6)


Tiga bungkus tali gitar berjenama GHS ini diperolehi daripada Guitar Collection melalui platform Shopee, clearance hampir 50% daripada harga asal.


Mungkin menghabiskan stok GHS mereka, kerana bukan lagi pengedar rasmi GHS di Malaysia, yang kini telah dipegang oleh CK Music.

Terdiri daripada Big Core Santana BCM (11.5-56), Nickel Rockers Eric Johnson R+EJM (11-52) dan set tujuh tali Boomers GB7M (10-60).


Walaupun semuanya stok lama, tapi syukur semuanya masih dalam keadaan yang memuaskan. Tiada tompok karat dikesan, mungkin disebabkan ia dibungkus dengan plastik tambahan beserta gel silika. Dan disebabkan faktor stok lama, ia akan diutamakan untuk pemasangan tali gitar yang akan datang.

_____
AADI: D'Addario, GHS dan SIT merupakan tiga jenama teratas kegemaran peribadi.

MUP & Friends At 4orty Mart Music Showcase?


Ada jemputan persembahan live band bersempena pembukaan 4orty Mart Bintulu...

Cilok daripada grup WhatsApp.
Short notice, takut MUP tak cukup korum kerana komitmen kerjaya dan keluarga... Kalau cukup korum, main setlist Bintulu Bike Week beberapa minggu lepas sajalah, sebab tak cukup masa latihan.

Edited @ 4:00 pm: MUP tarik diri kerana "kehilangan ahli kumpulan".

_____
AADI: Worst case scenario, tarik diri sajalah.

Duncanised Edan's RG7321


Ibanez RG7321 ini kepunyaan gitaris kedua Tahi Suci, Edan (ya, Tahi Suci sudah semakin membesar), dihantar untuk dipasangkan dengan set pikap Seymour Duncan Black Winter 7.


Antara gitar bertali tujuh idaman aku sekitar 2010 dahulu, ketika kemaruk dengan album Blaze Bayley Promise And Terror. Tapi sampai sekarang belum ada gitar bertali tujuh dalam axology.


Black Winter 7 set, yang katanya diperolehi daripada Dead Eye Guitars, begitu juga dengan RG7321 tadi. Tuan punya agak terkejut kerana dapat tahu yang aku telah memperolehi berbelas-belas gitar daripada DEG sebelum ini.


Masalah utama yang aku hadapi ialah membuka skru pikap jenis direct mount, terlalu ketat sehinggakan menjadi loose (busted). Jika menggunakan pickup ring, skru-skrunya lebih mudah dibuka.

Hanya satu skru sahaja yang berjaya aku buka, tiga lagi memang tak dapat aku buka tanpa menjejaskan badan gitar. Aku tak nak gamble, nanti rosak gitar orang. Aku hubungi tuan punya dan menceritakan masalah ini dan tuan punya bersetuju untuk mencabutnya sendiri.


Hari berikutnya tuan punya sendiri datang dan mencabut skru-skru menggunakan playar tirus. Ditambah dengan brute force, sudah pasti tidak dapat lari daripada merosakkan (sedikit) bucu kaviti pikap. Tapi, demi Black Winter, kerosakkan sebegini sanggup diterima berbanding membatalkan projek ini.


Pematerian pikap pada suis lebih mudah berbanding pematerian pada pot. Pendawaian suis lima arah berpandukan diagram daripada website Seymour Duncan (yang aku rasa macam ada yang tak kena?).

Daripada diagram (di bawah) adakah posisi (1) bridge (2) bridge/neck (3) neck (4) neck/bridge-split (5) neck-split/bridge-split? Bro Yustech, mohon pencerahan?


Tapi tak mengapa (parap-parap) asalkan semua posisi ada perbezaan bunyi dan tuan punya berpuas hati dengan pendawaian ini walaupun diberi opsyen untuk menggunakan diagram pendawaian asal Ibanez.


Bucu yang rosak tadi dihitamkan menggunakan marker pen sebagai restorasi kosmetik sahaja. Fret dicuci, action direndahkan (masih tinggi bagi pendapat peribadi aku) dan diintonasi untuk talaan B-standard. Fixed bridge begini lebih mudah diintonasi berbanding jenis TOM.

Hmmm... Perlukah aku ada gitar bertali tujuh dalam axology? Atau hanya gunakan opsyen talaan baritone pada geng-geng bertali enam?

_____
AADI: Lebih selesa dengan Sentient/Pegasus berbanding Black Winter.

Wordless Wednesday: To Pooh And Beyond




_____
AADI: Pixar kan bawah Disney...

Kunci Perang Putih Bertali Lima


TerGAS dengan bass bertali lima sejak beberapa tahun lepas semenjak Azrul mula menggalas gitar bertali tujuh (Schecter Demon 7 FR), deruman low B sungguh mengujakan. Pernah merisik beberapa model, antaranya Ibanez SR305E, LTD F-105 dan Squier VM Jazz Bass V. Tapi aku rasa model inilah yang paling berbaloi setakat ini...


Kenapa berbaloi? Sexy white with black bindings, extreme shaped, signature of someone, dan harga tersenyum, why not? Beberapa tahun lepas, aku pernah kata yang aku tak begitu berminat dengan jenama BC Rich, kan? But, come on!~ No bass screams more metal than Warlock bass, hahaha...


BC Rich PFG Signature 5 (discontinued), bass berbentuk Warlock yang ikonik ini merupakan *ex-signature kepada bassist Trivium, Paolo Gregolleto. Diperolehi daripada Mega Music World, dikategorikan sebagai NOS (new old stock) dengan diskaun 40%, dah hampir sama dengan harga pasaran bass hijau bertali empat aku.


Buatan China nombor siri J01091233 yang aku interpret sebagai keluaran Januari 2009 produk yang ke-1233. Pikap jenis soapbar pasif disokong oleh elektronik (preamp) aktif, dengan empat tombol VOLUME, BLEND, TREBLE dan BASS.

Berskala lebih panjang 35" berbanding 34" pada versi 4-string (PFG Signature 4), tuning Bb-standard pun terasa agak longgar tali-talinya.


Agak panjang dan berat 4.9 kg (lebih berat daripada ex-Johnny 4.7 kg), mengingatkan aku zaman-zaman menggalas Black Ice suatu ketika dahulu. Dengan dimensi, berat, bentuknya yang ekstrim dan transisi kepada lima tali, memerlukan masa untuk beradaptasi.


Preamp yang ringkas, aku tak pasti model apa, mungkin in-house model. Dengan pematerian yang agak kemas walaupun wayar berserabut tidak diikat. Yang ini aku biarkan sahaja (as-is) selagi tak ada masalah.


Satu-satunya kerosakan yang aku dapat kesan ialah cat terkopek sedikit di bahagian bucu bawah, yang aku rasa bukanlah akibat pengeposan. Selain itu, ada beberapa tempat warna putih dah menjadi kekuningan terutama pada bahagian belakang neck - agak normal untuk gitar putih yang lama terdedah pada cahaya.


Disertakan sekali (pembelian berasingan sebenarnya, diskaun 55%) dengan gigbag BC Rich Universal yang boleh memuatkan hampir kesemua bass bentuk ekstrim klasik BC Rich - Warlock, Virgin, Widow, Beast, Bich, dll. Tapi untuk travelling, hardcase adalah mandatori.

Aksesori yang dibekalkan.
Akan dipandu-uji semasa sessi jamming akan datang. Faktor-faktor seperti dimensi, berat, tona dan playability keterbolehmainan akan diambil kira kemudian (mungkin akan ada entri post-testdrive). Diberi nickname FRANCESCO, bersempena nama tengah Paolo Francesco Gregoletto, dan axe kesembilan dalam axology, kah kah kah~

*Paolo kini menggunakan bass Warwick dan bukan lagi BC Rich.

_____
AADI: Ramai pula rakan-rakan bassist Bintulu yang berminat dengan bass ni...

Antara YusTech GT Dan LK Picks


Ada kaitan dengan entri terkini YusTech, satu daripadanya telah selamat tiba di Bintulu pagi tadi.


Dihubungi oleh Bro Yus beberapa hari lepas, kerana ingin mengepos barangan misteri. Mulanya aku ingatkan tajaan alat ganti elektronik kegitaran macam entri beberapa tahun lepas. Akupun lupa bila Bro Yus ada menjanjikan pick sebegini...


Menerima sebiji LK Pick Teardrop 5, yang memiliki ketebalan umum 5 mm. Jari-jari aku tidak berapa janggal memegangnya, kerana pick kegemaran aku sekarang ialah Dunlop Big Stubby 3 mm. Kalau tengok proses pembuatan pick ini dalam blog YusTech, ia sememangnya dikategorikan sebagai pick premium.

Ini merupakan pick premium ketiga dimiliki, sebelum ini pernah menerima jenama Daw dan Gravity daripada Bro Sub. Biasanya pick sebegini akan masuk dalam koleksi, sayang nak guna, hehehe...

Terima kasih Bro Yus.

_____
AADI: Mungkin boleh buat entri pasal pick kegemaran lepas ni.

Ada Apa Dengan Headstock? (Part 22)


Dah lama tak buat entri teaser headstock macam ni...


Kononnya nak jadikan entri untuk Wordless Wednesday esok, tapi kira buffer mingguan dah lima hari tak ada entri baru.

_____
AADI: Bert, mana rakan bloggers lain?

Estranged, Bintulu Bike Week 2018


Sabtu (6/10/2018) - Malam kedua Bintulu Gig Empire bersempena Bintulu Bike Week 2018 diberhentikan untuk memberi laluan persembahan Estrange yang dijadualkan pada pukul 10.00 malam.


Dibawa khas oleh tuan rumah (Naim Paragon) bersempena Jelajah Misi Elektrik Borneo (round 3) mereka. Agak terkejut kerana persembahan Estranged agak awal setengah jam daripada yang dijadualkan, tentatif Bintulu Gig Empire bagitau pukul 10.00 malam, tetapi dalam media sosial Estranged pula pukul 9.00 malam.


Agak sedikit terkesima kerana bunyi FOH persembahan Estrange agak jauh berbeza berbanding ketika MUP dan band-band lain membuat persembahan malam sebelumnya.

Rupa-rupanya Estranged menggunakan khidmat Drum Asia Studio untuk mixing dan FOH. Jadi, tak hairanlah kenapa kualiti bunyi agak berbeza, kuat tetapi tidak bingit, setiap instrument jelas bunyinya walaupun sekecil tamborin dan shaker.


Serius, aku tak follow Estranged, kali terakhir layan muzik dan persembahan mereka ketika rancangan Versus di TV9 beberapa tahun lepas. Hanya dua lagu saja yang aku tau; Itu Kamu dan Hancur Aku.

Agak terkejut juga bila dapat tahu mereka sekarang hanyalah 3-piece band. Dan untuk persembahan live disokong oleh pemuzik tambahan untuk drum, bass, keyboard dan perkusi.


Tapi satu perkara yang aku respek mengenai Estrange ialah kerja amal mereka untuk projek Jelajah Misi Elekrtrik Borneo.

Selain itu, walaupun pernah menjadi Juara Lagu 2007 dan beberapa anugerah besar lain, mereka bertiga (Rich, Hanafi dan Din) begitu humble dan melayan segala karenah peminat semasa dan selepas persembahan.


Dan aku juga berterima kasih kerana booth merchandise Estranged ada menjual t-shirt bersaiz gergasi (XXL tag Gildan). Booth mereka berdepan dengan booth penganjur tempat aku melepak dengan Adi Herman dan Nazre.

Nazre dan Adi, geng berkurapak.
Seperti biasa Adi Herman berniaga barangan distro Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) di booth penganjur. Aku pula tak berniaga aksesori kegitaran seperti sebelum ini sebab kehabisan stok.


Selepas konsert ramailah peminat menyerbu booth ini bukan sebab barangan MUUV, tapi kerana ahli band Estranged ada berlegar-legar di area berdekatan. Dah Estranged depan mata ambillah peluang jadi fanboy sekejap, kah kah kah...


Sempatlah melawak dengan Rich, bagitau yang aku datang dari jauh, dari Membakut semata-mata nak tengok konsert Estranged. Mustahil dia tak tahu di mana Membakut kan? Geng alumni AF4 dia Lotter pun dari Membakut juga.


Merchandise yang dibeli, t-shirt Estranged edisi khas bersempena Bintulu Bike Week 2018 dan CD singles terbaru mereka Milik Ku yang katanya dirilis semasa konsert di Bintulu ini. Tak lengkap kalau tak ada tandatangan ketiga-tiga ahli Estranged kan?


Banyak yang dapat/patut dipelajari daripada konsert Estranged ni, terutamanya pengurusan bunyi-bunyian atas pentas (monitor) dan di hadapan pentas (FOH) oleh penganjur gig tempatan. Walaupun Estranged menggunakan sistem in-ear monitor, tetapi konsep monitor tu masih tidak berubah (merujuk kepada insiden MUP malam sebelumnya).

_____
AADI: Pemangkin untuk menyiapkan lagu kedua MUP.

Wordless Wednesday: Jelajah Misi Elektrik Borneo





_____
AADI: Entri penuh dijadualkan esok.

MUP & Friends - Bintulu Gig Empire, Bintulu Bike Week 2018


Jumaat (5/10/2018) - Malam pertama Bintulu Gig Empire bersempena Bintulu Bike Week 2018. Persembahan MUP dijadualkan slot kedua sekitar 8.25 malam, slot pertama dijadualkan sekitar 8.00 malam, tapi sehingga 8.30 masih masih belum bermula. Walaupun hiatus paternity sudah selesai, tetapi tiket untuk keluar malam agak terhad. Bila-bila masa boleh jadi Cinderella.

Susunan backline pentas yang masih klasik.
Seperti yang dikatakan dalam entri sessi latihan, MUP merekrut dua ahli iaitu Asri Copkids (bass) dan Jawank (gitar), beberapa hari sebelum hari kejadian kerana masalah line-up, terutama untuk menggantikan Azrul yang sedang tour bersama-sama Larrong.


Dan disebabkan masa latihan yang terhad, MUP mengambil keputusan hanya memainkan lagu-lagu cover "playsafe" seperti Kabus, 2 Minutes To Midnight, The Trooper dan Wasted Years. Lagu original MUP Pentagram Di Atas Pusara terpaksa disingkirkan daripada setlist.


Seperti biasa, untuk gig yang tidak banyak memerlukan pertukaran bunyi, rig aku antara yang seringkas mungkin - Neon, wireless Takstar dan MS-50G. Aku tiada gambar-gambar menarik mahupun video, hanya harapkan apa yang dikongsi oleh rakan-rakan dalam grup WhatsApp sahaja untuk dijadikan bahan entri.


Masalah stage monitor sedikit sebanyak membuatkan persembahan menjadi kelam-kabut dan tidak konsisten. Ini kali pertama persembahan pentas MUP terhenti seketika (semasa 2MTM) disebabkan drummer dan bassist ke laut, sesat dalam gabungan (lost in the mix).


Selesai persembahan aku tidak sempat untuk berada lama di area pentas, kerana telah menerima "panggilan pulau" menyuruh balik seawal mungkin untuk menjaga anak. Antara lumrah yang harus diterima dan dilalui.


Post-mortem BGE-BBW2018:
  1. Tiada power outlet/extension disediakan di hadapan pentas (sama seperti BOTB Sebauh), terpaksa tarik dari belakang (area amp). Sedikit-sebanyak menyukarkan spesies frontman yang main instrument seperti aku.
  2. tidak berapa serius menyediakan stage monitor dan lebih mementingkan FOH. Serius, stage monitor adalah medium untuk ahli band berkomunikasi
  3. Tiada sistem ventilasi (kipas siling/lantai) di atas pentas, bahang panas jelas terasa.
  4. Sistem wireless murahan Takstar berkhidmat cemerlang.
  5. Walaupun baru kenal beberapa minggu, tetapi keserasian dan persembahan Jawank memang di luar jangkaan, berkebarangkalian akan menjadi ahli tetap MUP selepas ini.
Kadang-kadang teringin juga untuk lari daripada cliche Iron Maiden cover band...

_____
AADI: Ice cream for me Bintulu...

Tali Gitar Gaya Pos (Part 5)


Seperti yang pernah aku katakan dalam entri pertama...
"Kesimpulannnya, selepas ini aku akan membeli menerusi Strings By Mail untuk tali gitar bersaiz pelik atau jenama/model yang sukar diperolehi di Malaysia sahaja. Untuk jenama/model/saiz yang biasa digunakan dan mudah diperolehi, ada baiknya dibeli melalui penjual tempatan sebagai tanda sokongan kepada mereka dan juga ekonomi negara."

Ok, jadi kali ini bukanlah pembelian daripada Strings By Mail, tetapi daripada Swee Lee Music Sdn. Bhd. secara terus melalui website mereka. Stok kali ini terdiri daripada tiga unit EXL125 (9-46), seunit EXL115-3D (11-49, 3 sets) dan seunit EXL116 (11-52).

Kelebihan Swee Lee, tali jenama D'Addario dijual lebih murah berbanding tempat lain ditambah dengan penghantaran percuma. Kelemahan, agak sukar mencari saiz pelik-pelik seperti EXL140 (10-52) dan EXL117 (11-56), kalau adapun harganya tidak semurah saiz yang dibeli ini.

_____
AADI: Dah lama tak guna 9-46.

Sessi Traimming Bintulu Bike Week 2018


Macam dah lama tak buat entri sessi jamming, lebih-lebih lagi sessi jamming di Hepi;) makeshift studio. Sessi ini adalah persediaan untuk persembahan semasa Bintulu Bike Week 2018. Slot MUP dijadualkan malam esok sekitar pukul 8.25.


Berjaya merekrut dua ahli pada saat-saat akhir untuk melengkapkan line-up, akan disertai oleh Bro Asri Cop Kids (bass) dan seorang kenalan Jamtank yang baru bertugas di Bintulu, Bro Jawank (gitar).

Dan disebabkan masa latihan dan jamming (traimming) yang terhad, maka kami hanya akan memainkan lagu-lagu cover "playsafe" pada malam kejadian, manakala lagu sendiri Pentagram Di Atas Pusara terpaksa disingkirkan daripada setlist.

_____
AADI: Risau dengan vokal, baru baik batuk dan sakit kerongkong.

Wordless Wednesday: ShockWatch Sticker



Apakebenda?
_____
AADI: Selalu tengok diguna dalam Mythbusters.

MUP & Friends At Bintulu Bike Week 2018?


Gig pertama MUP selepas aku bercuti paternity, iaitu semasa Bintulu Bike Week 2018, yang dijadualkan hujung minggu ini. MUP dapat slot persembahan pada malam Jumaat 5/10/2018.

Cilok dari grup WhatsApp.
Agak kelam-kabut kerana banyak masalah berkaitan line-up. Pada tarikh tersebut gitaris utama Azrul tidak dapat bersama kerana sedang tour bersama band Larrong di Penang dan KL. Adi Herman pula tarik diri, dan Korawk... Ah, bleach nevermind.


Deja vu seperti semasa Bintulu Bike Week 2013, kerana terpaksa mencari pengganti dalam masa terdekat. Kalau ikutkan hati, nak saja aku batalkan penyertaan, tetapi untuk tidak mematahkan semangat rakan-rakan lain, kita encang sajalah!

_____
AADI: TERjadi Oktober ni...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger