Showing posts with label hammerfall. Show all posts
Showing posts with label hammerfall. Show all posts

HammerFall - Glory To The Brave (Reloaded Version)


Akhirnya pecah juga rekod "tiada pembelian CD audio untuk tahun ini" dengan pembelian album pertama HammerFall Glory To The Brave, diperolehi daripada Garage Palakbesi.

Album rilisan 1997 tapi CD ini versi Reloaded rilisan 2011 Nuclear Blast Records. Kandungannya sama seperti versi Deluxe Edition rilisan 2003 yang mengandungi lagu bonus Ravenlord dan videoclip Glory To The Brave, photo gallery, e-Card dan wallpaper.

The Dragon Lies Bleeding merupakan lagu yang memperkenalkan aku kepada HammerFall awal tahun 2000 ketika era gila Napster. Selain HammerFall, aku juga mengenali After Forever, Kamelot dan Blind Guardian melalui platform yang sama.

Ini sebenarnya hanya pelengkap koleksi kerana sekitar tahun 2009 dulu aku pernah buat entri ulasan panjang untuk album ni, tapi waktu itu aku cuma ada versi Asialink. Dan setelah mengetahui versi Asialink merupakan versi cetak rompak, entri tersebut sudah dikeluarkan daripada AADI.

Kini lengkaplah diskografi 11 album studio HammerFall - Legacy Of Kings, Renegade, Crimson Thunder, Chapter V: Unbent, Unbowed, Unbroken, Threshold, No Sacrifice, No Victory, Infected, (r)Evolution, Built To Last dan Dominion. Album studio ke-12 mereka Hammer Of Dawn rilisan 2022 masih belum dipradengar dari mana-mana platform termasuklah Spotify.

____
AADI: Juga ada album cover Masterpieces dan kompilasi Steel Meets Steel.

HammerFall - Dominion


*Ini antara album yang teringin dimiliki sejak beberapa tahun lepas selain The Shadow Theory (Kamelot), Firepower (Judas Priest), Hexed (Children Of Bodom) dan The Sin And The Sentence (Trivium). Diperolehi daripada Rock At Large melalui platform Shopee untuk mengambil peluang menebus Shopee coins serta kupon pengeposan percuma.

Proses pembikinan album studio ke-11 (ya, dah 11) HammerFall ini agak senyap-senyap dan tidak berapa diwar-warkan dalam media sosial berbanding dua album sebelum ini iaitu (r)Evolution dan Built To Last. Tiba-tiba sahaja Sweden Rock berkumandang serata platform digital ketika itu (2019).

Kembali mendapatkan khidmat Samwise Didier (Blizzard, Warcraft, Diablo) untuk cover art. Pada pendapat aku, lukisan Dider lebih cocok dan majestik untuk cover art album-album HammerFall berbanding lukisan Andreas Marschall yang lebih kelam (dark) sesuai untuk album-album black/death metal.

Masih mengekalkan formula power metal seperti album-album mereka sebelum ini - powerful vocal, epic guitar solo, all-male chants/choirs (aka gang vocals) - ada lagu straight forward power metal (Sweden Rock), ada lagu anthem (Dominion, One Against The World, Chain Of Command) dan diselitkan power ballad (Second To One, And Yet I Smile).

Muzik keras dan berat, solo pantas dan bergulung Norgren, solo perlahan dan melodik Dronjak dan vokal Cans yang immortal, itulah trademark HammerFall.

Kini tinggal album pertama mereka Glory To The Brave sahaja yang masih belum ada untuk melengkapkan diskografi HammerFall. Sebenarnya ada, tapi versi AsiaLink, tak acilah.


*Nak dijadikan cerita, bulan November tahun lepas aku ada memesan album Dominion ini melalui eBay daripada seller grooves-land (seller yang sama The Man Who Would Not Die, Damnation dan Lamentations), tapi sehingga kini tak sampai-sampai. Kekangan C19 juga membuatkan proses dispute terbantut, akhirnya £8.09 (RM45.53) dibiarkan hangus begitu sahaja. Harapnya suatu hari nanti, dengan sedikit keajaiban ia tiba-tiba sampai...

Dan itulah pembelian terakhir eBay aku setakat ini. Pembelian terakhir sebelumnya merupakan album Inhuman Rampage pada November 2017 daripada musicMagpie. Dah hilang kehangatan untuk ber-eBay kebelakangan ini, ditambah lagi dengan isu C19.

_____
AADI: Berteromber ada buat entri pasal album ini hampir dua tahun lepas.

Throwback Thursday: 20th Anniversary 2020


Bersempena 20/02/2020, tergerak hati nak buat entri album-album yang ada dalam koleksi aku yang tak seberapa ni yang menyambut ulang tahun ke-20 tahun ini (in alphabetical order). Entri cerita berkaitan setiap album boleh klik pada kapsyennya.

Blaze - Silicon Messiah.
Bon Jovi - Crush.
Children Of Bodom - Follow The Reaper.
Demons & Wizards - Demons & Wizards.
HammerFall - Renegade.
*Iron Maiden - Brave New World.
Kamelot - The Fourth Legacy.
King Diamond - House Of God.
Linkin Park - Hybrid Theory.
*Untuk album Brave New World aku dah ada buat draf untuk entri berasingan bersempena ulang tahunnya bulan Mei nanti.

_____
AADI: 20 tahun lepas, di manakah anda ketika itu?

HammerFall - Renegade


Lagi album HammerFall yang diperolehi daripada Rock At Large yang menjadi peneman The Book Of Souls: Live Chapters penghujung tahun lepas.


Kali ini album studio ketiga mereka Renegade yang merupakan rilisan tahun 2000. Dalam keghairahan nu-metal ketika itu, mereka masih cemerlang membawakan genre power metal. Ini menunjukkan muzik metal sebegini malar segar dari 80an (Manowar, Helloween, Blind Guardian) dan masih relevan sehingga kini.

Masih mengekalkan resepi power metal dengan lagu-lagu pembakar semangat seperti Renegade, The Way Of The Warrior, balad Always Will Be dan anthem Templars Of Steel. Katanya album ini pernah mendapat tempat pertama dalam carta muzik Sweden, pencapaian yang hebat untuk muzik metal.


Dengan adanya album ini, hanya tinggal album pertama *Glory To The Brave sahaja lagi untuk melengkapkan diskografi album studio HammerFall aku; Legacy Of Kings, Crimson Thunder, Chapter V: 3U, Threshold, No Sacrifice, No Victory, Infected, (r)Evolution, Build To Last. Juga memiliki dua album kompilasi Steel Meets Steel, Masterpieces.

*Sebenarnya sudah ada, tapi cuma versi AsiaLink.


Teringin nak dapatkan DVD Gates Of Dalhalla.

Aku suka solo-solo menyengat Stefan Elmgren dalam album ni. Aku harap suatu hari nanti Elmgren akan sertai semula HammerFall (full time, not seasonist) dan Pontus Norgren masih kekal. Jadi 3-amigos macam Iron Maiden, tak mustahil kan?

_____
AADI: Selamat tinggal Januari.

Undecim Blogging Blues


Entri bersempena ulang tahun ke-11 aku ber-Blogger (formerly Blogspot) bulan ini.

Pernah ditanya macam mana aku konsisten dengan blog 10+ tahun lebih, macam mana dapat idea dan motivasi untuk terus berblog hampir setiap hari ada entri. Ok, ini cuma kaedah peribadi aku, blogger lain mungkin dengan kaedah mereka.

Imej cilok.
1) Golongan sasar - AADI adalah blog untuk mereka yang sehobi dengan aku - pengumpul CD, mat metal, gamers, peminat dan pemain gitar, pengkritik makanan, peminat manga/anime dan kadang-kadang kaki wayang. Jadi ada sesetengah istilah, sejarah atau cerita asal tak perlu dijelaskan lagi dan anggap golongan sasar ini sudahpun mengetahuinya.

Pancingan Radin Music.
2) Motivasi - Bak kata Deaf-Angel, blog ni sebenarnya medium untuk kita meluahkan perasaan dan riak berbangga dengan pencapaian dan apa yang kita ada (sort of). Itulah motivasi utama untuk berblog, selain rivalry dengan blogger lain (kau ada, akupun ada gitu, hahaha~).

Dan bergantung kepada tema blog dan golongan sasar, amat mudah untuk menapis mana yang perlu diceritakan dan mana yang tak perlu. Sebab itu ada beberapa entri lama aku sudah digugurkan kerana kandungannya sudah tidak sesuai dengan AADI sekarang.

Pancingan Rock At Large.
3) Masa - Faktor yang selalu menjadi penghalang, lebih-lebih lagi kalau sudah berkeluarga dan dengan ledakan laman sosial yang lebih trendy. Perlu tetapkan (atau curi-curi) masa untuk berblog, dan kalau ada masa lebih/terluang boleh usahakan poin ke- 5) dan 7) yang akan diceritakan di bawah.

4) Entri pendek - Biasanya satu entri AADI tak panjang, satu perenggan dalam 40-50 perkataan. Aku tak akan letak satu perenggan melebih 100+ perkataan. Setiap perenggan juga akan diselang-selikan dengan gambar supaya mata boleh "berehat" membaca sekejap. Serius, mata aku akan mula sakit/berair bila fokus lama pada satu-satu perenggan yang panjang.


Aku lebih suka jika entri aku dibaca santai seperti artikel majalah dan bukannya serius seperti cerpen/novel. Lagipun bukan semua golongan sasar orang adalah jenis akademik/sastera yang suka membaca. Mungkin ada yang jenis malas (macam aku) yang membaca secara imbasan.

Jika entri panjang berjela, jadikan ia dalam beberapa bahagian. Mungkin bahagian kedua boleh dijadikan entri esok, lusa atau minggu depan dan seterusnya. Juga boleh buat stail Star Wars, ada prekuel selain sekuel.

5) Banyak idea - Jika tiba-tiba ada banyak idea, tapi masa belum sesuai untuk dirilis sebagai entri, taiplah siap-siap atau buat dalam bentuk poin dan simpan dahulu sebagai deraf (draft). Ia mungkin boleh dirilis sebagai entri tatkala suatu masa nanti tiada idea untuk dibuatkan entri.


6) Ejaan dan bahasa - Mulai 2010, entri-entri aku biasanya akan ditaip dalam *Bahasa Melayu standard dengan ejaan dan tatabahasa sebaik mungkin, menyahut seruan Rais Yatim ketika itu. Aku bukanlah mahir dalam English, berbeza dengan Bahasa Melayu satu-satunya bahasa penghantar yang boleh dikatakan aku mahir.

*Aku ambil LKM400 tiga kali~ (imej cilok).
Kenapa? Teknologi Google Translate sekarang semakin bagus berbanding 5-10 tahun lepas, jika entri anda menggunakan Bahasa Melayu yang betul, Google Translate akan dapat menterjemahkannya ke dalam bahasa lain hampir 100% tepat. Kalau tak percaya, cuba "Translate to English" entri ini dan baca. Secara tidak langsung, pembaca yang tidak bertutur Bahasa Melayu juga akan dapat faham entri-entri AADI.

7) Entri penampan (buffer) - Entri-entri mini, sampingan atau pengisi (filler) tatkala belum ada idea untuk entri utama. Untuk AADI, entri makanana dan minuman biasanya menjadi entri "buffer" selain entri "Wordless Wednesday" untuk hari Rabu. Dengan adanya entri-entri sebegini, tajuk blog kita akan sentiasa berada di atas blog roll harian rakan-rakan blogger.

Makan Pocky?
8) Trend, tular, isu semasa - Antara pencetus idea utama, ikuti trend semasa rakan-rakan blogger lain selagi isu tersebut masih panas - gajet terbaru, CD rilisan semula, album terkini, ulasan konsert, dll. Contohnya; takkan baru sekarang nak buat entri ulasan konsert Megadeth KL kan? Agak seronok bila hampir semua geng-geng blogger berlumba-lumba buat entri yang sama.

Jangan salah masuk ye~
9) Sumber - Jika idea, ayat, frasa, gambar/imej atau apa-apa sekalipun yang diperolehi menerusi media sosial, blog, atau website orang lain, jangan lupa untuk menyatakan sumbernya. Lagi bagus jika disertakan dengan hyperlink. Ia bukanlah mandatori, tapi sebagai etika berblog dan sekurang-kurangnya cara kita berterima kasih.

10) Blog idola - [added @ 9.45 am] Cuba libatkan diri dalam blog idola anda, blog idola aku ialah The Guitar Addict dan Yustech GT untuk entri yang berkaitan gitar dan teknikal. Untuk blog CD dan metal, rakan-rakan blogger lain seperti Berteromber, Deaf-Angel, Rafi Xyrus, Mus Speedrider (to name a few) merupakan idola, kah kah kah... Kadang-kadang tercilok juga idea mereka.

Rasanya itu saja untuk kali ini, dah lama aku tak buat entri panjang, terasa hipokrit pula dengan poin ke 4) di atas. Kepada rakan-rakan blogger, anggap sahaja ini sebagai pembakar semangat dan rivalry camaraderie dalam kalangan kita. Tunggu bulan Mac nanti insya-Allah nak buat entri "bragging rights" bersempena sembilan tahun berhobi gitar, kah kah kah~

Blog on! \m/

_____
AADI: Wow, Hawaii hampir jadi tajuk Fallout baru.

HammerFall - Legacy Of Kings


Kebelakangan ini jadi trend untuk mendapatkan album-album HammerFall melalui Rock At Large, contohnya (r)Evolution dan Built To Last. Kali ini album studio kedua mereka Legacy Of Kings menjadi pilihan, diperolehi beberapa minggu lepas bersama-sama The Graveyard.


Jika album pertama Glory To The Brave (aku cuma ada versi AsiaLink) memperkenalkan HammerFall, album kedua ini pula mematerikan nama mereka dalam persada muzik metal antarabangsa - a new force to be reckoned with.


Aku kategorikan super album kerana hampir semua lagu-lagu best, termasuk lagu Back To Back (Pretty Maid cover) yang juga dimuatkan dalam kompilasi Masterpieces mereka. Lagu kegemaran dalam album ini pastinya Heading The Call, Legacy Of Kings, Let The Hammer Fall dan anthem At The End Of Rainbow.

Imej silhouettes tu teringat inlay The Final Frontier.
Album terakhir bersama-sama Patrick Raffling, selepas ini digantikan oleh Anders Johannson yang lebih popular.

Sekarang tinggal album Renegade dan Glory To The Brave saja lagi untuk melengkapkan diskografi album studio HammerFall aku. Lepas tu bolehlah cuba layan band power metal lain, kah kah kah...

_____
AADI: Teringin juga nak cover lagu HammerFall.

Wordless Wednesday: Graveyard Of Kings



Pancingan Rock At Large
_____
AADI: Selamat Deepavali, kami kerja...

HammerFall - (r)Evolution


Seperti yang aku katakan dalam entri Built To Last, album (r)Evolution merupakan target seterusnya. Terima kasih kepada iaitu Rock At Large (kedai CD/DVD/LP Dr. Bentara kita) kerana membawa masuk album ni, tak perlu aku bersusah-payah membelinya menerusi eBay (yang masih mahal).


Album studio kesembilan HammerFall ini kembali menggunakan khidmat Andreas Marschall sebagai pelukis cover album. Pada pendapat aku, tema cover ni mungkin ada kaitan dengan album sebelum ini iaitu Infected satu-satunya album HammerFall (setakat ini) yang tidak menggunakan imej Hector sebagai cover.


Album terakhir bersama tukang pukul Anders Johannsen yang pencen selepas tamat proses album ni.

Masih mengekalkan formula power metal seperti album-album mereka sebelum ini - powerful vocal, epic guitar solo, all-male chants/choirs - ada lagu straight forward power metal (Hector's Hymn, We Won't Back Down), ada lagu anthem (Live Life Loud) dan diselitkan power ballad (Winter Is Coming). Formula metal yang tidak akan mengecewakan peminat, tak perlulah nak bereksperimen dengan menambah elemen orkestra yang ke laut.


Kini hanya tinggal tiga album pertama HammerFall sahaja (*Glory To The Brave, Legacy Of Kings, Renegade) yang belum ada untuk melengkapkan diskografi album-album studio HammerFall.

_____
AADI: *Walaupun sebenarnya aku dah ada versi AsiaLink.

Hammer Guardian


Dua album yang tak berapa terkini daripada kumpulan power metal (antara yang) terbaik dari Jerman dan Sweden, diperolehi daripada Rock At Large, kedai CD/LP Dr. Bentara kita yang baru saja diterima pagi tadi.


Album studio ke-10 (2015) Blind Guardian Beyond The Red Mirror dalam versi limited digibook. Agak lama aku tak layan Blind Guardian, kali terakhir waktu album At The Edge Of Time hampir enam tahun lepas, itu pun aku tak berapa hadam lagu-lagunya berbanding era 90an dan awal 2000an.

Dan album studio ke-9 (2014) HammerFall (r)Evolution. Antara album yang selalu terlepas dan melepas daripada dibeli.

Ok, nanti aku buat entri berasingan...

_____
AADI: Dua-dua dah ada versi siput sedut.

HammerFall - Built To Last


Album studio ke-10 HammerFall, Built To Last merupakan rilisan penghujung 2016. Aku terlepas album sebelumnya (r)Evolution, yang selalu sold-out di kedai CD/DVD Dr. Bentara kita, Rock At Large. Cari di eBay pun mahal-mahal belaka (bukan "mahal kita").


Selain media sosial rasmi HammerFall (Facebook, Instagram), aku juga mengikuti media sosial dua tunggak utama HammerFall iaitu Joacim Cans dan Oscar Dronjak. Jadi, sebarang perkembangan semasa proses rakaman album ni memang sentiasa diikuti.


Masih mengekalkan formula power metal seperti album-album mereka sebelum ini - powerful vocal, epic guitar solo, all-male chants/choirs - ada lagu straight forward power metal (Bring It!), ada lagu anthem (Hammer High, Built To Last) dan diselitkan power ballad (Twilight Princess). Formula yang tidak akan mengecewakan peminat.

Ok, selain konsert Iron Maiden (sudah), Metallica (sudah), Megadeth (akan datang), Nightwish (melepas), menonton konsert HammerFall (selain Blind Guardian dan Kamelot) juga antara yang masuk dalam senarai baldi (bucket list) aku yang entah bilalah akan tercapai...

Lepas ni nak cari DVD Gates Of Dalhalla pula.

_____
AADI: Verse lagu Second To None macam ada iras Swords In The Wind.

HammerWish


Album-album terkini daripada kumpulan metal (antara yang) terbaik dari Finland dan Sweden, diperolehi daripada Rock At Large, kedai CD/LP Dr. Bentara kita.


Album studio kelapan (2015) Nightwish Endless Form Most Beautiful dalam versi digibook 2CD yang mengetengahkan Floor Jansen (After Forever, ReVamp) sebagai vokalis baru mereka. Dan album studio ke-10 (2016) HammerFall Built To Last.

Ok, nanti aku buat entri berasingan...

_____
AADI: Terlompat satu album untuk HammerFall - (r)Evolution.

HammerFall - Infected


Ini merupakan perolehan terakhir daripada estock_deutschland sebelum senarai katalognya "kosong", album studio HammerFall yang kelapan - Infected.


Diperolehi dengan harga sedikit tersenyum €5.40 (RM22.96). (P)+(C) 2011 Nuclear Blast GmbH, sudah pasti ia adalah cetakan Jerman.


Ini merupakan versi special edition digipak (duh~) yang didatangkan sekali bersama DVD All Guts, No Glory yang mengandungi persembahan lima buah lagu secara "live" di studio (tapi aku rasa macam miming saja).


Macam videoclip Iron Maiden 80an je...

Cover art album ni pernah menjadi kontroversi, kerana imej asal merupakan logo biohazard yang kemudiannya diganti dengan imej tangan zomba zombie ala Left 4 Dead.


HammerFall juga mungkin terikut-ikut trend semasa (ketika itu) dengan memilih tema zombie dan wabak penyakit sebagai konsep album mereka kali ini, sehinggakan cover art album ni tidak menampilkan maskot templar mereka iaitu Hector. Walau bagaimanapun, muzik mereka dalam album ni tidak berubah, vokal Cans pun masih maintain...

_____
Ada apa: Bang your head!

HammerFall - Crimson Thunder


Terpancing sebuah lagi album HammerFall daripada katalog estock_deutschland pada harga agak tersenyum €5.82 (RM24.76), album studio HammerFall yang keempat, Crimson Thunder.


Juga menggunakan hasil karya Samwise Didier untuk cover art, sama seperti album Threshold dan 3U. Jika anda peminat siri-siri game WarCraft, StarCraft dan Diablo, anda mungkin perasan seni lukis Didier ni.


Walaupun album ni keluaran tahun 2002 ketika mana aku belum mengikuti HammerFall, tetapi beberapa lagu dalam album ni antara lagu-lagu HammerFall kegemaran seperti Riders Of The Storm, Hearts On Fire, Crimson Thunder dan Hero's Return disebabkan DVD konsert One Crimson Night.


Terdapat dua lagu cover dalam album ni Angel Of Mercy (Chastain) dan Rising Force (YJM Rising Force) yang kemudiannya dimuatkan dalam kompilasi Masterpieces.



Lagu instrumental In Memoriam hasil sentuhan Stefan Elmgren juga amat menusuk kalbu, dan sekali lagi aku berharap agar Elmgren akan kembali kekal dalam HammerFall dan bukan hanya sebagai bassist gantian untuk tour album baru.

_____
Ada apa: Riders Of The Storm akan di"cover" selepas hiatus.

HammerFall - Threshold


Satu lagi album HammerFall - Threshold, berjaya diperolehi dengan harga tersenyum €5.59 (RM24.07) selepas diintai daripada katalog estock_deutschland. Album ni sebenarnya diterima pada hari yang sama dengan album Shogun, tapi entrinya dipotong oleh kompilasi Bore Us, Chorus minggu lepas.


Threshold merupakan album studio keenam, dan merupakan album terakhir bersama-sama Stefan Elmgren dan Magnus Rosen, masing-masing keluar daripada HammerFall pada 2007 dan 2008.

Tetapi Elmgren kini kembali bersama-sama HammerFall sebagai bassist undangan (untuk tour) menggantikan Fredrik Larsson yang sedang cuti bersalin (paternity leave). Harap-harap selepas Larsson habis bercuti, Elmgren kekal dan kembali kepada posisi gitaris supaya HammerFall jadi "three-amigos" - Dronjak/Norgren/Elmgren.


Seperti album 3U, album Threshold ini juga masih menggunakan khidmat Samwise Didier untuk lukisan cover art.

Memandangkan album ini dikeluarkan tahun 2006 ketika aku masih belum mengikuti HammerFall (mula rancak selepas era Masterpieces), ia hanyalah sebagai pelengkap koleksi kerana tiada lagu-lagu yang meninggalkan memori. Walau bagaimanapun, muzik HammerFall tetap epik seperti album sebelumnya.

_____
Ada apa: Next, Crimson Thunder.

HammerFall - Chapter V: Unbent, Unbowed, Unbroken


Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFall - Chapter V: Unbent, Unbowed, Unbroken (aka 3U).


Aku sentiasa membelek katalog estock dengan kekerapan 2-3 kali seminggu, sekiranya ada album-album HammerFall dan band power/symphonic metal lain (yang aku kumpul, contohnya Manowar, Kamelot, Nightwish, Blind Guardian) disenaraikan dengan harga di bawah RM30, pasti akan aku rembat terus.

Album 3U ni diperolehi dengan harga tersenyum €5.06 (RM23.14) dengan fizikal yang seakan baru. (P)(C) 2005 Nuclear Blast GmbH - manufactured in Germany.


Menggunakan khidmat Samwise Didier (art director of Blizzard Entertainment) untuk lukisan cover art. Aku lebih suka hasil seni Samwise berbanding Andreas Marschall (Glory To The Brave, Legacy Of Kings, Renegade) yang agak "gloomy". Untuk album studio terbaru mereka (r)Evolution yang bakal diriliskan bulan Ogos/September nanti, HammerFall kembali menggunakan khidmat Marschall untuk cover art.

Album yang boleh aku katakan "straight forward, easy listening heavy metal " sebab dah kurang elemen double-pedal power metal (pendapat peribadi). Riff-riff yang senang hadam dan solo-solo gitar (mostly Elmgren) yang tak berapa nak gulung membuatkan album ni sesuai menjadi peneman semasa pemanduan jarak jauh.


Tak lupa juga sebuah lagu ballad Never, Ever, sebuah lagu instrumental Imperial dan faktor Cronos, vokalis jemputan untuk lagu ke-10; Knights Of The 21st Century ("Waargh!~ Aaargh!~ The prophecy~").

Teringat ketika mengunjungi kompleks Campbell's pertengahan 2005, kiri kanan premis CD/kaset mengiklankan poster album ni. Tapi ketika itu aku tak berapa mengikuti HammerFall, dan memilih untuk mendapatkan album Nightwish Once versi Asialink (versi mampu milik) daripada aunty Campbell's yang juga kebetulan keluaran tahun 2005 (dan aku rasa itulah kali terakhir aku ke Campbell's).

_____
Ada apa: Next target - Infected.

HammerFall - Masterpieces


Antara album HammerFall (dan album metal secara amnya) yang tersenarai dalam senarai "most wanted" yang akhirnya diperolehi tak lain tak bukan daripada eBay seller estock_deutschland, dengan harga yang agak menarik €5.97 (RM28.07) termasuk pengeposan percuma.


Sudah menjadi kebiasaan HammerFall untuk menyelitkan sekurang-kurangnya sebuah lagu cover dalam setiap album/singles/EP mereka. 15 buah lagu cover telah dikompilasikan menjadi sebuah album istimewa dan dengan tambahan tiga buah lagu cover lagi (bertanda *) yang belum pernah dirilis dalam mana-mana album mereka terdahulu.


Tracklist
  1. Child Of The Damned (Warlord)
  2. Ravenlord (Stormwitch)
  3. Eternal Dark (Picture)
  4. Back To Back (Pretty Maids)
  5. I Want Out (Helloween)
  6. Man On The Silver Mountain (Rainbow)
  7. Head Over Heels (Accept)
  8. Run With The Devil (Heavy Load)
  9. We're Gonna Make It (Twisted Sister)
  10. Breaking The Law (Judas Priest)
  11. Angel Of Mercy (Chastain)
  12. Rising Force (YJM Rising Force)
  13. Detroit Rock City (KISS)
  14. Crazy Nights (Loudness)
  15. Nar Vindarna Viskar Mitt Namn (Roger Pontare)
  16. Flight Of The Warrior (Riot)*
  17. Youth Gone Wild (Skid Row)*
  18. Aphasia (Europe)*
Jika disuruh pilih satu lagu sahaja dalam album ni, aku akan pilih lagu Man On The Silver Mountain kerana versi HammerFall agak berat dengan tempo yang sederhana laju, tetapi pada masa yang sama vokal Cans masih lagi mengekalkan julat vokal asal RJD.

Elmgren tu ada iras-iras Kane C&C.
Sekali-sekala cover lagu band/orang lain best juga kan? Sama macam album Skeleton In The Closet Children Of Bodom.

Trivia yang menarik
  1. Cover art album yang menarik, logo/metafora/simbolik band yang dicover, contoh; bendera banzai (Loudness), kepala labu (Helloween), pisau cukur (Judas Priest) dan selebihnya boleh baca dalam Wikipedia.
  2. Kai Hansen dan Udo Dirkschneider terlibat secara langsung dalam lagu-lagu I Want Out dan Head Over Heels.
  3. Untuk lagu Breaking The Law, semua ahli HammerFall "melanggar undang-undang" dengan bertukar instrument/tugas sesama sendiri - Dronjak (vokal), Cans/Rosen (gitar), Elmgren (drums), Rafling (bass).
Dengar-dengar tahun 2014 ni HammerFall bakal meriliskan album baru.

_____
Ada apa: Next target - Infected.

HammerFall - No Sacrifice, No Victory (3D Cover)


Terpancing lagi CD audio HammerFall melalui eBay estock_deutschland (mana lagi?) dengan harga yang agak seronok berbaloi iaitu €6.10 (RM24.71). Kali ni album studio ketujuh mereka iaitu No Sacrifice, No Victory dalam versi digipak dengan covert art imej 3D (lenticular), ni special/limited edition kot?.


Sebenarnya bungkusan CD ni diterima serentak dengan bungkusan yang berisi CD Danzig III: How The Gods Kill semalam. Dan aku agak gabra bila mendapati satu daripadanya mempunyai sticker KDN, dengan kata lain pernah dibuka untuk pemeriksaan.


Nasib baik bungkusan yang diperiksa KDN merupakan bungkusan yang berisi CD HammerFall dan bukannya Danzig. Ini merupakan CD kelima yang diperiksa oleh KDN, empat CD sebelumnya ialah S&M, The Man Who Would Not Die, Hatebreeder dan A Night At The Opera. Dan alhamdulillah setakat ni semua dilepaskan dan tidak menerima nasib malang seperti Takilala.


Tracklist
  1. Any Means Necessary
  2. Life Is Now
  3. Punish And Enslave
  4. Legion
  5. Between Two Worlds
  6. Hallowed Be Thy My Name
  7. Something For The Ages (instrumental)
  8. No Sacrifice, No Victory
  9. Bring The Hammer Down
  10. One Of A kind
  11. My Sharona (cover The Knack)
(P)+(C) Nuclear Blast GmbH, manufactured in Germany. Jika anda meminati heavy/power metal, pasti anda akan terhibur dengan semua lagu yang ada dalam album ni (kecuali intro lagu Legion dan Between Two Worlds yang menjengkelkan), oleh yang demikian ia layak dikategorikan sebagai super album dalam koleksi AADI.


Walaupun Stefan Elmgren tidak lagi bersama HammerFall untuk album ni (yang digantikan oleh Pontus Norgren), tetapi ia masih lagi mengekalkan bunyi metal klasik trademark HammerFall - mid tempo and simple riffs - membuatkan lagu-lagu HammerFall senang "dihadam" telinga seperti lagu-lagu Manowar era 80-90an.


Sekitar tahun 2009 dulu aku pernah buat entri ulasan panjang untuk album ni, tapi waktu tu aku cuma ada versi Asialink. Dan setelah mengetahui versi Asialink merupakan versi cetak rompak, entri tersebut (dan semua entri ulasan CD Asialink) aku dah keluarkan daripada AADI.

_____
Ada apa: Versi Asialink untuk dipasang dalam Imago, versi original untuk simpanan di rumah :)

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger