_____
AADI: Talur!
65 Driver
oleh Ijau D. Koceng 13 March 2023 pada 6:00 AM 2 komen:Terasa ingin untuk menonton filem ini atas sebab genre sci-fi angkasa lepas, dinosaur dan ada nama Sam Raimi. Menontonnya tayangan 10.15 pagi Sabtu lepas (11/03/2023) di TGV Bintulu untuk mengambil peluang tiket murah sebelah pagi.
Daripada trailer, aku menjangkakan ia sebuah filem bergenre time travelling, tapi amat jauh meleset bila diperkenalkan dengan planet Somaris yang dihuni oleh makhluk seperti manusia. Agak hairan juga kenapa watak Mills (Adam Driver) masih menggayakan fesyen rambut Kylo Ren untuk filem ini.
Tamadun Somaris yang dikira amat canggih kerana mampu melancarkan perjalanan angkasa lepas ulang-alik, tapi dalam filem ini kapal angkasa mereka terlalu rapuh dan peralatan yang digunakan masih seperti teknologi bumi abad ke-21. Sepatutnya teknologi mereka setaraf atau lebih canggih daripada alien dalam filem Battleship.
Juga terpalit dengan cliché franchise Jurassic Park/World yang mana dinosaur sentiasa dalam keadaan lapar walau dalam apapun jua keadaan.
_____
AADI: Mengingatkan aku kepada filem After Earth.
Throwback Thursday: Hantar Kedai
oleh Ijau D. Koceng 10 February 2022 pada 6:00 AM 0 commentsDalam entri RG331M Oktober 2017 aku pernah kata:
"Ini bukan wiring asal dari kilang Ibanez, sebelum dipasang semula dengan set pikap INF, gitar ini pernah dipasang dengan set Seymour Duncan Hot Rodded. Aku pernah terbaca resit servis, memang kena cas gila-gila - install pikap lain cas, wiring lain cas, darab dua pikap, cas pro-setup lagi fuh! Memang untung atas angin."
Beberapa hari lepas aku terjumpa resit yang dimaksudkan semasa mengemas dokumen-dokumen lama. Bila tengok cas yang dikenakan, aku bersyukur kerana semua eksperimentasi/projek pertukaran pikap gitar-gitar aku sejak 2011 adalah dilakukan sendiri (DIY).
Kalau gitar rakan-rakan pula, aku masih berpegang pada prinsip "jangan cas harga pro, kalau servis kita tak sampai tahap pro". Pernah juga servis gitar rakan, dibayar dengan karbon dioksida sahaja.
_____
AADI: Buka/pasang seketul humbucker saja dah RM20.
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
Terkejut membaca berita pagi Sabtu lepas bila isteri beliau (menggunakan akaun Facebook Joey BPR) mengumumkan berita kematian. Padahal mala...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-





















