StarCraft II Mode (Part 2)


Sabtu lepas (29/05/2021), dengan rasminya Sarawak sudah mula menjalani PKP penuh. Semenjak PKP 3.0 diumumkan (Sarawak masih PKPB), aku mula memainkan StarCraft II kempen Wings Of Liberty.

Bila dah habis kempen Wings Of Liberty dua kali pusingan, teringin untuk mengetahui sekuel kempen seterusnya iaitu Heart Of The Swarm. Seperti sedia maklum, hanya kempen Wings Of Liberty sahaja yang "free to play". Kempen-kempen seterusnya adalah berbayar.

Dek semangat gaming-PKP, kempen Heart Of The Swarm yang bernilai USD14.99 pun dibeli. Harapnya dengan pembelian ini dapatlah ber-StarCraft II lagi seminggu. Itupun tengah malam atau awal pagi sahaja dapat main, tatkala anak-anak kecil masih tidur.

_____
AADI: I am the swarm!

Let-Go: The Silencer


Musim PKP ni mana-mana gajet yang jarang digunakan, jika ada permintaan serta pulangan modal melebihi 90% lebih baik dilepaskan sahaja. Kali ini giliran pedal Electro-Harmonix The Silencer.

Berpindah milik kepada seorang kenalan Jamtank dari Kuching, kenalan yang sama tempat aku memperolehi Vox ToneLab EX beberapa tahun lepas. Ini tidak termasuk dalam kategori 2020 purge, kerana dana-dananya bakal menjadi modal pusingan gajet lain supaya "hobi lama mendana/menjana hobi baru" terus mengalir.

_____
AADI: Selamat ber-PKP warga Sarawak.

Ada Apa Dengan Three Tea Coffee Special?


Selepas versi teh C special perisa pandan & coconut dan caramel beberapa minggu lepas, kali ini terjumpa pula versi kopi untuk kedua-dua perisa.

Rasanya lebih kurang sama sahaja seperti versi teh C special, cukup manis, cukup lemak, tapi lebih pahit/kelat, terlupa sekejap ini merupakan kopi dan bukannya teh, hahaha...

_____
AADI: Lebih suka versi teh.

Wordless Wednesday: Infinite Tsukuyomi



_____
AADI: Peminat Naruto akan faham.

Ada Apa Dengan Pokka Green Tea Peppermint?


Antara lebihan entri minuman ketika bulan puasa lepas. Ini antara perisa yang boleh dikatakan edisi terhad, kalau aku jumpa memang aku beli.

Kebiasaan teh hijau Pokka adalah berperisa jasmin, edisi ini digantikan dengan pudina. Bagi mereka yang susah nak teguk teh hijau perisa jasmin, mungkin perisa pudina ini lebih mudah. Rasa pudinanya pun taklah sekuat ubat gigi.

_____
AADI: 40th anniversary katanya.

Ada Apa Dengan Nescafe White Coffee Kopitiam?


Nescafe tin versi kopitiam yang keenam dijumpai (kopi-c, kopi cham, tarik, kopi-o, tarik kaw) kali ni perisa white coffee.

Rasanya tak jauh beza dengan Nescafe Ipoh White Coffee versi tin. Tapi biasanya yang Ipoh tu mahal beberapa sen berbanding Nescafe tin biasa.

_____
AADI: Mungkin sebab bukan faktor Ipoh kot?

Ada Apa Dengan Carbon Masks? (Part 4)


Setelah memesan batch kedua set pelitup muka jenama Carbon Classic beberapa minggu lepas, keluar pula versi terbaharu iaitu Carbon Air Lite, yang katanya penambahbaikan daripada versi Carbon Air sebelum ini. Namun harganya masih sama seperti Carbon Air.

Seperti biasa, untuk percubaan dipesan seunit sahaja. Tapi bila diterima agak hampa kerana aku memesan warna jet black, tapi dapat space grey pula. Juga terdapat dalam warna pink mist dan denim blue.

Tiada beza ketara dengan versi Carbon Air, hanya kualiti fabrik sahaja yang ada penambahbaikan katanya lebih telus udara. Ear-loop pun lebih besar dan tegap.

Tapi kalau ikutkan pengalaman aku, batch baharu Carbon Classic yang diterima minggu lepas pun sudah kira cukup selesa untuk kegunaan harian. Dan bila sudah biasa dengan jenama ini, tidak teringin untuk mencuba jenama lain. Apatah lagi memakai pelitup muka pakai buang.

_____
AADI: Dan lebih ranggi metropolis.

Wordless Wednesday: M.2 Generation



_____
AADI: 20+ tahun setia dengan jenama WD.

D'Addario Pasca-Raya


Lagi stok tali gitar D'Addario daripada Swee Lee. Batch ini dipos dari Swee Lee Singapura walaupun dibeli menerusi website Swee Lee Malaysia, sama macam kes simbal Meinl.

Satu unit EXL130+ (8.5-39), dua unit EXL120+ (9.5-44) dan dua unit EXL120BT (9-40, balanced tension) menggantikan semula stok batch sebelum ini yang telah dibeli kesemuanya oleh rakan-rakan sebelum raya, termasuk Ernie Ball Turbo Slinky (good ridance).

_____
AADI: Da-dairy-oh!

StarCraft II Mode


Sejak PKP 3.0 diumumkan, gaming mode aku kembali membara dan mula mencari game apa yang boleh dimainkan pada rig Core i3 cikai aku untuk "mengisi masa lapang". Kali ini teringin untuk main game yang santai-santai, mungkin genre real time strategy (RTS).

Ok, sejak penghujung 2017 game StarCraft II boleh didapati secara "free to play" dan boleh dimuat-turun melalui website Battle.net. Tapi hanya kempen Wings Of Liberty dan versus mode sahaja dapat dimainkan, selebihnya dikunci dan berbayar.

Aku pernah memainkan kempen ini 10 tahun lepas (versi sedut), mungkin selepas pusingan kedua ini, kempen lain akan dipertimbangkan untuk "dibeli". Ah, selepas dimainkan beberapa hari, ternyata skill RTS aku juga sudah berkarat (faktor usia?).

Diablo III juga "free to play" tapi hanya dapat main Act I sahaja, selepas itu perlu "dibeli". Ini juga antara game Blizzard yang tak sempat dimainkan ketika ia mula-mula dirilis hampir 10 tahun lepas.

Sebenarnya rindu nak main Days Gone (PS4), disc masih ada cuma konsolnya dah jual, kah kah kah... Tengoklah nanti kalau akal gila-gila, mungkin akan cuba mendapatkan PS4 Pro terus kes harga PS4 turun mendadak kerana hype PS5.

_____
AADI: Game on!

Boomers So-Cal


Masih mood raya?

Charvel So-Cal Style 1 HH, gitar aku yang jarang bertukar tali, biasanya setahun sekali. Itupun kalau ada aktiviti yang memerlukan khidmatnya - gig atau persembahan umum. Kalau tak, kadang-kadang sampai dua tahun tak bertukar tali.

Baru sahaja dipasangkan dengan EXL115 (11-49, D-standard) awal Januari lepas, tapi disebabkan projek kolaborasi raya Dead Eye Guitars, ia digantikan dengan tali GHS Boomers GB9 1/2 (9.5-44) supaya lebih optimum untuk talaan E-standard.

Dalam kesempatan yang ada, fret-fret digilap dengan Dunlop System 65 Micro Fret Cloth, dan pertama kalinya aku meggunakan fret guard pemberian arwah YusTech tujuh tahun lepas.

Batch baharu Boomers ini menggunakan bungkusan plastik kedap udara berbanding kertas untuk setiap tali (sama seperti Boomers David Gilmour). Bungkusan begini berpotensi untuk tahan disimpan dalam jangka masa yang lama.

Selepas kolaborasi tadi ia dibiarkan dalam E-standard, akan ditala semula pada Eb-standard bila diperlukan. Inilah kelebihan saiz 9.5-44, perubahan kekenyalannya antara E dan Eb-standard tidak berapa ketara.

_____
AADI: Kembali masuk dalam peti buaya.

Raya PKP (Part 2)


Mahu tak mahu sekali lagi kita beraya dalam suasana PKP seperti tahun lepas. Situasinya mungkin berbeza-beza mengikut negeri/daerah, tapi bagi kami di negara Bintulu statusnya masih PKPB + SOP diperketat. Dek kecelaruan SOP, aku rasa sambutan raya tahun ini lebih celaru berbanding tahun lepas.

Kitar semula imej tahun lepas.

Sejak PKP(x) dan darurat diumumkan, kami sekeluarga tidak menaruh harapan untuk dapat balik beraya di Membakut lagi tahun ini dan sudahpun bersedia untuk beraya di Bintulu. Nak mengeluh pun tak guna, kami orang sains dan barisan kedua, faham-faham sajalah.

Tapi bagi aku asalkan dapat bersama isteri dan anak-anak, beraya di mana pun (dalam vault macam game Fallout sekalipun) sudah tak kisah. Yang selebihnya, gunakanlah teknologi yang ada...

Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan salam Aidilfitri 1442H kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap di luar sana yang meraikannya. Rayakah kita?

_____
AADI: #shramzb

Wordless Wednesday: You Shall Not Pass!



_____
AADI: Dah dua tahun tak guna buku ni.

Ada Apa Dengan Carbon Masks? (Part 3)


Ok, lari sekejap daripada tema entri minuman.

Hampir setahun aku menggunakan set topeng pelitup muka jenama Carbon Classic sebagai pelitup muka harian, ada yang sudah lusuh dan kendur earloop-nya kerana kerap dibasuh. Jadi, aku *memesan sekali lagi set Classic (tiga unit per set) terus dari websitenya.

Berbanding batch pertama yang ada ketiga-tiga warna - putih, hitam, kelabu - batch kali ini boleh dipilih warna apa yang kita suka, aku memilih satu hitam dan dua kelabu. Warna putih agak tidak ranggi untuk kegunaan harian selain cepat kotor dan susah dicuci.

Aku perasan untuk batch kali ini ada penambahbaikan dari segi ketelusan udara, keelastikan dan material fabrik yang digunakan, lebih-lebih lagi untuk fabrik yang berwarna hitam. Earloop pun lebih tegap berbanding sebelum ini.

*Selepas memesan set Classic ini, keluar pula versi Carbon Air Lite, yang katanya penambahbaikan daripada versi Carbon Air sebelum ini. Haish~ Bad timing...

_____
AADI: Selamat berPKP-raya.

Ada Apa Dengan Three Tea Teh C Special? (Part 2)


Jika entri beberapa minggu lepas berperisa pandan & coconut, kali ini terjumpa pula perisa caramel. Diperolehi di pasar raya M dijual dengan harga RM3.00 untuk tin berisipadu 240 ml.

Sama seperti perisa pandan & coconut, perisa karamel ini pun cukup pekat, cukup manis dan cukup lemak, menenggelamkan rasa "sintetik" yang sinonim dengan teh susu paket/botol/tin.

Memang berpotensi untuk pembelian berulang.

_____
AADI: Patut ada dalam isipadu lebih besar.

DEG Biggest Raya Guitar Collab, Yet?


Rabu lepas letak snippet, malam tadi video penuh sudah keluar.

*Projek kolaborasi lagu raya kelolaan Calvin Dead Eye Guitars, berlatar belakangkan lagu Suasana Hari Raya (Sharifah Aini). Disertai oleh 55 orang gitaris terdiri daripada gitaris bilik tidur, penghobi, YouTuber hinggalah pemuzik profesional. Setiap seorang diberi ruang 15 saat untuk solo mengikut kreativiti sendiri.


Yours truly @ 6:15.

Paling lawak bila tiba-tiba ada Chop Sudir (ATS) menyanyi @ 12:02. Oh tak lupa, juga ada disertai oleh rakan blogger kita Ezaidi MBA (lama dah tak buat entri bro?) @ 15:00.

Serius, aku sebenarnya paling tak suka rakam video sebegini, pasti akan ada saja kekucilan berbanding rakaman spontan (jamming, gig, dll). Inipun berbelas kali percubaan barulah dapat versi tanpa kekucilan. Tapi demi menyahut cabaran tauke DEG, ku beranikan diri jua...

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG . Seperti yang telah dijanjikan, berikutan adalah senarai nama pemenang 'ESP GIVEAWAY...

Posted by Music Bliss on Saturday, 8 May 2021

Lain cerita, aku dan Azrol antara yang sangkut dapat giveaway t-shirt ESP Malaysia kelolaan Music Bliss (pengedar terkini ESP di Malaysia). Terima kasih Music Bliss, in ESP we trust! \m/

_____
AADI: *Mungkin akan menjadi acara tahunan?

Antara Ernie Ball, D'Addario, Les Paul Dan Telecaster


Beberapa hari lepas diupah oleh Methodman untuk memasang set tali baharu pada kedua-dua mantan gitar aku iaitu Epiphone Les Paul Nightfall (ex-Nightfall) dan Squier J5 Telecaster (ex-Johnny) secara impromptu di tempatnya. Aku hanya perlu bawa clip-on tuner dan dua set tali gitar dalam stok peribadi.

Nightfall ini dipasangkan dengan Ernie Ball Turbo Slinky (9.5-46). Sambil-sambil itu memberi toturial kaedah memasang tali gitar pada sistem Floyd Rose dan teknik untuk menalanya. Tinggal satu set lagi Turbo Slinky ini dalam stok, perlu dipasang secepat mungkin sebelum ia berkarat dalam simpanan.

J5 pula dipasangkan dengan set D'Addario EXl120+ (9.5-44) dan dalam kesempatan yang ada mengopek lebihan sticker digicamo sebelum ini yang masih melekat di bawah pickguard, bridge dan panel tombol. Sekarang J5 ini kembali seperti penampilan asal.

_____
AADI: Da-dairy-o, ok?

Ada Apa Dengan Ais Krim Nestle, Coconut Gula Melaka?


Penjenguk berkala peti sejuk Walls, Nestle, Magnolia dan King's di pasar raya atau kedai runcit seperti aku pasti tidak akan melepaskan peluang jika terjumpa ais krim perisa baharu. Kali ini terjumpa ais krim kontena Nestle perisa coconut gula melaka.

Adakah ia perisa edisi terhad ataupun akan menjadi perisa biasa? Merujuk Facebook Nestle Ice Cream, perisa ini sudah ada sejak Januari 2021. Jadi ia bukanlah perisa bermusim sempena Ramadhan mahupun lebaran.

Tapi yang pasti rasanya pergh!~ Manis dan lemak gula Melaka memang ikonik, ditambah pula dengan aroma kelapa jelas terasa eksotiknya. Amatlah sesuai untuk pencuci mulut (dessert) selepas sungkei.

_____
AADI: Menunggu perisa cendol pula.

Ada Apa Dengan RM7.00? (Part 8)


Untuk lapan tahun berturut-turut (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020), Sarawak masih lagi mengekalkan nilai RM7.00 untuk zakat fitrah.

Terasa sedih sedikit bila tidak sempat merasa enam kupon seperti yang dijangkakan tahun lepas. Masih lagi lima kupon dan mungkin akan terus *lima sahaja untuk tahun-tahun mendatang.

Dengan keadaan isu semasa, ramai yang memilih untuk membayar zakat secara online. Tapi membayar zakat di depan amil lagi "feel" sebab ada baca akad, doa dan dapat resit (untuk modal blog), cuma tolak bersalamanlah. Soalan tahunan, berapa pula nilai zakat fitrah di tempat anda?

_____
AADI: *Tutup kilang terus.

Wordless Wednesday: DEG Hari Raya 2021 Music Collab Snippet



_____
AADI: Tunggu video penuh raya nanti.

Dystopia KL2017


Empat tahun lepas, mengimbau kenangan dalam entri ini, entri prekuelnya, entri Berteromber, entri Mus Speedrider dan entri D'Arsil. You've been great, we've been Mega sekuntum bunga sakura di Gurun Sahara!

Lain cerita, tahun ini tidak lagi ber"May The 4th", sila rujuk entri tahun lepas. Dah tawar hati dengan franchise Star Wars secara amnya.

Sumber: website Star Wars.

Walaupun sempat diberikan setitis harapan dalam season finale musim kedua The Mandalorian, tapi selagi KK duduk di atas, ia tidak akan ke mana-mana.

_____
AADI: Masih menyokong gerakan The Fandom Menace.

Ada Apa Dengan Nescafe Kopi-C Kopitiam?


Ini geng entri kopi cham minggu lepas, dijumpai di premis yang sama. Nescafe tin versi kopitam dengan perisa kopi-C. Apa itu kopi-C? Kopi susu yang dicampur sedikit dengan susu atau krimer sejat.

Ok, untuk perisa kopi-C ini agak unik. Rasanya mungkin seakan flat white tapi aroma lemak berkrim daripada susu sejat yang kimochi. Tidak seperti perisa kopi cham, perisa kopi-C ini berpotensi untuk pembelian berulang (jika dijumpai lagi).

_____
AADI: Kimochi ewah?

Sedekad Goldie


Rabu lepas (28/04/2021) genaplah 10 tahun abang long Goldie (Epiphone 1957 Les Paul Goldtop) dalam axology aku. Gitar aku yang pertama memegang pencapaian ini, teringat komen Berteromber dalam entri tersebut.

Cilok gambar Dead Eye Guitars.

Walaupun nilai fizikalnya tidaklah sepremium So-Cal mahupun Shiro, tapi dari segi nilai nostalgik, gitar ini paling menang. Mengimbau kembali beberapa pencapaian dan perbatuannya...

1) Gitar kahwin - Ia akan sentiasa digelar "gitar kahwin" kerana dirancang sebahagian daripada prop Projek Mega 2011, tapi disingkirkan saat-saat akhir atas sebab-sebab tertentu. Ya, tahun ini juga genap 10 tahun aku berumahtangga, alhamdulillah.

2) Gig pertama - Ketika mula menyertai Metuk Ulau Projekt (ejaan ketika itu) inilah gitar yang digunakan semasa gig pertama yang aku sertai iaitu Opening Season Gig 2012 pada 25/02/2012.

3) Eksperimentasi pikap - Gitar paling selalu bertukar-tukar pasangan pikap; Plasma-2 gold set, PAF 36th/Super Distortion, Liquifire/Crunch Lab, PAF 36th/Super Distortion #2, ProBucker set, Sentient/Pegasus, H4/H4A, Plasma-X1 set, PAF 36th/Super Distortion #3, Dark Star zebra set dan terkini Alumitone/Deathbucker awal Januari lepas.

4) Slinkiness - Dalam banyak-banyak gitar aku, gitar ini memiliki feel tali paling lembut berbanding gitar berskala 24.75" yang lain (ex-Korina, ex-Nightfall, Deluxe, Shiro). Aku tak pasti apakah faktornya, mungkin fret yang digunakan adalah jenis medium berbanding jumbo, extra jumbo pada gitar-gitar lain.

5) Mojo pentas - Apa itu mojo pentas? Perasaan ohsem, yakin dan bersemangat ketika di atas pentas disebabkan faktor-faktor luaran. Dalam kes ini, faktornya adalah gitar yang digunakan. Setakat ini ada tiga gitar yang memiliki mojo pentas iaitu gitar ini, So-Cal dan ex-Neon.

Gambar lama, Nighfall sudah dilepaskan tahun lepas.

Semasa buat entri ini, baru aku perasan, empat daripada lima gitar-gitar dalam axology terkini aku adalah berbentuk singlecut. Hanya So-Cal sahaja superstrat yang tak ada geng selepas Mr. Smith dilepaskan beberapa minggu lepas.

Cerita pasal So-Cal pula, tahun depan gilirannya pula menyambut ulang tahun ke-10. Sebaya dengan Lil'Ijau.

Bersempena point 2) di atas tadi, gitar ini dicadang untuk digunakan ketika sambutan ulang tahun ke-10 MUP kelak, mungkin selepas raya jika keadaan semasa kembali pulih, insya-Allah. Set pikap Alumitone/Deathbucker belum pernah lagi dipandu uji lagi untuk sessi jamming. Moga Goldie-senpai akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang untuk 10 tahun berikutnya.

_____
AADI: TerGAS pula dengan warna Pelham blue, hahaha...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger