Showing posts with label pc talk. Show all posts
Showing posts with label pc talk. Show all posts

Perampas Dana: Core i3 Rig


Untuk pertama kalinya sejak 1997, inilah sistem PC klon pertama aku yang dipasang oleh orang lain (dibeli sebagai set). Sebelum ini semua PC klon aku dipasang sendiri dan dinaiktaraf secara berperingkat ikut keperluan, bajet, dan game semasa.

Kemas juga pemasangannya. Hmm, mana SSD?

Mahu tak mahu, aku perlu mendapatkan sebuah PC baharu menggantikan PC aku *sebelum ini yang sudah 10 tahun ketinggalan zaman, sudah tidak relevan untuk kegunaan online harian (browsing, Meet/Zoom, WFH). Offline mode tak ada masalah, masih cemerlang memainkan game Fallout: New Vegas pada setting maksimum.

Spesifikasi PC baharu ini tidaklah segah mana - Core i3-10100F, H410M H V2, 8GB DDR4, GT710-SL-2GD5-BRK, 240GB SSD - hanya cukup-cukup makan untuk gaming kasual. Tapi sistem ini lebih kepada kegunaan online berbanding gaming. Bukan apa, segan nak guna laptop keluarga (Dell Vostro, AMD A8) yang diguna oleh Mrs. Ijau (WFH) dan sekolah online Lil'Ijau.

Ya, masih ada FDD di sana

*Spesifikasi PC aku sebelum ini - C2Q Q9550 LGA775, GA-EP41-UD3L, 3GB DDR2, GV-N440-2GI, 500GB HDD - adalah sistem yang dinaiktaraf secara berperingkat mengikut keperluan gaming sejak 2007. Dalam casing yang sama pernah menggunakan Athlon 64 X2, AN7S, E5700 dan beberapa graphic card seperti yang pernah diceritakan dalam entri ini.

Pernah tergerak hati untuk menaiktaraf PC di atas penghujung 2015 semata-mata ingin memainkan game Fallout 4, tetapi mengambil keputusan untuk melabur sebuah PS4 Slim dengan kos yang hampir sama.

Owh, SSD main sembunyi di belakang.

Nampak sangat aku sudah banyak ketinggalan teknologi baharu dunia PC. Paling ketara ialah kepantasan teknologi solid state drive (SSD), boot-up Windows 10 tak sampai 10 saat berbanding 25-30 saat pada Dell Vostro yang masih menggunakan HDD. Itu baru interface SATA III, belum lagi M.2 NVMe.

Sebenarnya dana-dana hasil jualan Mr. Smith beberapa minggu lepas telahpun dirampas disalurkan untuk perolehan sistem ini. Selepas muhasabah diri, PC ini lebih penting (keperluan) berbanding sebuah GRGR131EX atau MG-30 (kemahuan).

_____
AADI: Mampukah ia memainkan The Outer Worlds?

IDK E-Waste


Antara gajet-gajet ICT aku yang dihantar ke pusat pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (e-waste) seperti yang disebut dalam entri semalam. Semuanya sudah rosak ataupun ketinggalan zaman (outdated) dan tidak relevan digunakan lagi.

Antaranya gaming PC (circa 2004-2007) bernadi Pentium 4 1.8GHz yang dibina sejak aku kerja di Penang, dibawa balik ke Membakut dan kemudiannya diangkut ke Bintulu ketika mana aku mula bekerja di sini. Penghujung 2007 telah digantikan dengan gaming PC baharu bernadi AMD Athlon X2.

Begitu juga dengan netbook Lenovo S10-2 (circa 2009-2017) yang selalu muncul dalam entri-entri AADI awal 2010-an dulu. Telah kaput beberapa tahun lepas, hanya HDD sahaja yang diselamatkan kerana memiliki banyak gambar zaman bujang dan anime sedut.

Sampai jam 12 tengah hari jak gaisss Gambaran sekitar dewan Serbaguna Kampung Baru, Bintulu. ♻️ KEMPEN KE-3...

Posted by Bintulu News Page on Saturday, 7 November 2020

Bab telefon bimbit pun banyak memori. Nokia 6600 (circa 2005-2010) dimiliki sejak zaman kerja di Penang. Zaman mula-mula ada telefon berkamera walaupun resolusi hanya 640x480 tapi sudah cukup untuk menangkap gambar-gambar epik nostalgik. Sony Ericsson K618i (2007-2015) menjadi modem 3G serta menangkap gambar-gambar untuk blog AADI tatkala belum ada kamera digital khusus. W200 (2008-2010) yang lebih digunakan untuk me"Walkman"kan mp3 dan W810i (2014-2017) pula ada dibuatkan entrinya di sini.

Bila masuk zaman telefon pintar, model-model yang aku miliki biasanya model bawahan kerana aku tahu teknologi telefon pintar amat pantas berubah. Bermula dengan Ninetology Stealth (2013), Asus Zenfone C (2015) dan Zenfone Go 4.5 (2017). Hanya Lenovo A369 (2014) sahaja yang "hilang" dimain anak-anak. Jenama/model yang tidak disebut merupakan telefon Mrs. Ijau.

Memang kena keraskan hati untuk melepaskan gajet-gajet sebegini walaupun rata-ratanya memiliki nilai nostalgik. Hasil yang diperolehi daripada "jualan" e-waste ini tak sampai pun RM50, tapi sebagai orang sains, ini antara tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

_____
AADI: Cuba untuk tidak menjadi seorang hoarder.

Wordless Wednesday - 404 Error




_____
AADI: T-shirt untuk geek.

Throwback Thursday: Windows 3.11


Satu daripada mesin analisis di tempat kerja aku masih lagi menggunakan sistem operasi Microsoft Windows 3.11. Maknanya mesin tersebut dan komputernya sudah berusia lebih 20 tahun.


Syukurlah aku sempat belajar guna Win 3.11 dan MS-DOS 6.22 pertengahan 90an dulu, sebelum platform diambil alih oleh Windows 95 yang lebih mesra pengguna. Juga sempat belajar perisian DOS-based lain seperti WordStar dan dBase.


Bilakah kali terakhir anda menggunakan OS ini? Atau soalannya, sempatkah anda menggunakannya? Hahaha... Aku yakin Berteromber antara yang sempat guna.

Command.com, autoexec.bat, config.sys, mscdex.exe - ini semua setting nostalgia.

_____
AADI: Juga sempat guna disket 5.25".

Throwback Thursday: PC Niaga


Terjumpa PC pertama aku di dalam stor rumah kakak aku semasa cuti raya yang lepas. Paling nostalgia ialah logonya "PC Niaga".


*PC Niaga terletak di Jalan Sungai Dua (not to be confused with this or this), Gelugor, Penang, merupakan tempat mula-mula aku bekerja sambilan semasa menuntut tahun pertama di USM (circa 1997). Malangnya ia bankrupt pada tahun 1998 atas masalah-masalah dalaman.

Merupakan PC klon yang dipasang sendiri setelah diperolehi secara berperingkat (part by part) hasil gaji bulanan dan dana-dana biasiswa. Sambil bekerja di situ, sambil belajar servis dan pasang PC klon.

Sayangnya aku tak sempat snap gambar keseluruhan PC, tapi aku masih ingat spesifikasinya - AT system, Pentium MMX 166MHz, 32MB EDO RAM, 1.7GB Maxtor HDD, 24x LG CDROM, TsengLab ET6000 PCI - yang ketika itu sudah cukup hebat untuk memainkan tajuk-tajuk PC game yang "trending" ketika itu seperti Doom, Nuke Nukem, Warcraft, Diablo, Quake, Red Alert, Tomb Raider, dll.

_____
AADI: *Atas Lai Photostat (ketika itu).

Wordless Wednesday: Mouse Pad?




_____
AADI: Bila kali terakhir anda menggunakannya?

Wordless Wednesday: Protect Your PC, Low Cost Style...




_____
AADI: Lazada jual RM18 je seunit~

Wordless Wednesday: Wanna Play Fallout 4?



Source: Bethesda Support Center.
_____
Ada apa: #Jilake, bagus beli konsol terus daripada upgrade PC semata-mata nak main Fallout 4.

PC Talk: Display Upgrade


Dah lama aku teringin nak upgrade display card pada komputer aku (outdated AMD Athon 64 X2 "Brisbane" system) yang sekarang ni masih lagi menggunakan Gigabyte GV-N95TOC-512I (GeForce 9500 GT) yang dah berusia empat tahun.

Setelah sabar menanti hampir enam bulan, akhirnya hari ni aku memperolehi display card baru iaitu Gigabyte GV-N440-2GI (GeForce GT 440). Ia bukanlah display card yang paling hebat ataupun yang terkini, tapi hanya dalam kategori "cukup-cukup makan" untuk standard PC games sekarang.

Heatsink dan kipas yang agak besar (80mm). Mempunyai tiga jenis output - DVI, D-sub dan HDMI. Monitor widescreen LCD aku jenis low-end masih lagi menggunakan D-sub.

Owh, rupanya sekarang produk Gigabyte diedarkan oleh ScanArt Data System (SDS). Produk edaran ScanArt antara yang tak leceh untuk proses tuntutan RMA (commonly known as warranty claim), ikut pengalaman aku kerja di Penang dulu la. Begitu juga dengan M-Link, AMT dan Intranet. Kompeni lain kebanyakkannya lambat dan leceh, tapi tu semua cerita lain...

Bila nak pasang display card ni? Entahlah, aku masih dalam proses memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru secara berperingkat. Komputer aku masih lagi dalam kotak, dan barang-barang di rumah baru ni pun masih belum dikemas sepenuhnya, online pun cuma guna netbook.

_____
Ada apa: Gamer mode will be activated again?

PC Talk: Radeon Or GeForce?


Kebelakangan ni atas provokasi Gamer Sayur, sedikit sebanyak aku telah kembali mengaktifkan "gamer mode" aku yang dah lama agak dorman. Seperti yang aku merapu dalam entri PC Games VS Graphic Card tahun lepas, setiap kali ada game baru yang perlukan powerful graphic processor, setiap kali juga gamers akan dalam dilema - nak upgrade display card atau tak?

Nak masuk kem AMD Radeon?

Atau kem nVidia GeForce?

Cerita pasal display card, berikut senarai display card yang pernah aku pakai (dan sedikit sebanyak sejarahnya) semenjak aku jadi PC gamer:

1) 1997-1998 - Tseng Lab ET6000 PCI. Waktu aku mula-mula beli customised PC, inilah display card yang aku guna. Waktu tu display card 4MB VRAM sudah kira hebat, dah boleh support full motion VCD tanpa perlukan MPEG card tambahan.

Tseng Lab ET6000 PCI, imej Wikipedia.

2) 1999 - Diamond Monster 3D add-on PCI 3D card (3dfx Voodoo2 chipset) + S3 ViRGE built-in. Yang ni aku pinjam member punya, kebetulan dia balik kampung cuti semester dan PCnya tinggal di rumah aku. Pengalaman pertama main PC game dengan grafik 3D yang hebat (ketika itu).

Generic 3Dfx Voodoo 2 PCI add-on card, imej Wikipedia.

3) 1999-2000 - Gigabyte (lupa apa model) with Intel 740 chipset. Display card pertama aku yang menggunakan AGP bus. Aku beli waktu PC Fair 1999 di Dome Komtar, Penang. Disebabkan heatsink display card ni cepat panas dan tidak disertakan dengan kipas, aku modified tambah kipas tambahan yang diambil daripada heatsink CPU lama bersaiz 486 - kira DIY-mod pertama yang aku buat ketika itu.

Generic Intel 740 AGP card, imej Wikipedia.

4) 2001-2003 - Generic nVidia Riva TNT2. Ketika itu display card dengan 32MB VRAM dah boleh kira tahap dewa.

5) 2003-2004 - Generic GeForce4 MX 440. Aku tak sempat merasa guna GeForce 256, GeForce 2 series dan GeForce 3 series, lepas Riva TNT2 aku upgrade terus kepada GeForce 4 series.

6) 2004 - GeCube Radeon 9200SE. Sempat guna display card ni sekejap saja, pada mulanya nak guna Radeon 9800 tapi harganya waktu itu memang mahal.

7) 2004 - Gigabyte GV-N55128D (GeForce FX5500 chipset). Lepas guna Radeon 9200SE, aku guna display card ni, ia juga mengalami nasib yang sama seperti Radeon 9200 aku guna beberapa bulan saja. Tapi disebabkan ketika itu aku bekerja di premis servis komputer, aku mempunyai kelebihan untuk "memandu-uji" setiap display card yang ada dalam stok sebelum membelinya.

8) 2004-2007 - Gigabyte GV-R966128D (Radeon 9550 chipset). Kes tak puas hati dengan Radeon 9200 dan FX5500, aku upgrade terus kepada Radeon 9550 yang pada ketika itu agak ekonomi (berbanding Radeon 9800) dan cukup untuk memainkan game 3D yang ada di pasaran ketika itu. Sama seperti kes i740, heatsink display card ni tidak mempunyai kipas. Some DIY-mod required.

9) 2007 - Galaxy GeForce FX5500. Pengganti kepada GV-R966128D yang tiba-tiba bermasalah penghujung tahun 2007. Sempat guna beberapa bulan sebelum aku upgrade PC dari sistem Pentium 4 yang menggunakan display AGP kepada sistem AMD Athlon 64 X2 yang menggunakan display PCI express (PCIe).

10) 2007-2008 - Inno3D GeForce 7100GS . Display card pertama aku yang menggunakan PCI express (PCIe). Yang ni boleh dikatakan display card sementara, sebab dah terlebih bajet waktu beli CPU AMD Athlon 64 X2, motherboard Abit AN52S, DDR2 RAM dan casing baru, upgrade semata-mata pasal nak main Crysis.

11) 2008-kini - Gigabyte GV-N95TOC-512l (GeForce 9500 GT chipset). Pengganti kepada GeForce 7100GS tadi, upgrade semata-mata pasal nak main Fallout 3 dan Far Cry 2. Sehingga kini aku masih lagi menggunakan display card ni, dan ia masih lagi mampu memainkan game semasa (Fallout: New Vegas, Starcraft II: Wings Of Liberty, Prince Of Persia: The Forgotten Sands, F3AR), walaupun kadang-kadang terpaksa menggunakan low setting untuk beberapa game.

Trivia:

  1. Nampaknya aku memang lebih cenderung kepada jenama Gigabyte.
  2. Display card boleh bertahan (dari segi kepuasan) purata dua tahun.
  3. Korang ingat aku suka bertukar-tukar gitar je? Sebelum ni sama juga kesnya dengan display card, hahaha!~

Game on!

_____
Ada apa: Adakah tahun 2012 ni tahun gaming?

PC Talk: Canon BJC-1000SP


Beberapa minggu lepas waktu aku menjalankan pemeriksaan aset tahunan, aku terjumpa printer ni di dalam stor Jabatan - Canon BJC-1000SP bubblejet printer. Yang pastinya printer ni tak rosak tapi disimpan di dalam stor sebab tidak digunakan lagi, memandangkan kakitangan telah dibekalkan dengan printer laser.

Aku cuba membersihkan printer ni dan cuba mencetaknya dengan katrij BX-3 (katrij stok untuk mesin faks), hasilnya ia masih lagi 100% berfungsi, cuma perlu menjalani proses pembersihan katrij (cartridge cleaning process). Mungkin lepas ni aku akan guna printer ni sebagai printer backup, nostalgia beb...

Aku rasa BJC-1000SP ni merupakan model printer Canon terakhir yang menggunakan katrij jenis BX-3, BC-03 dan BC-05. Jenis printer bubble-jet yang tahan lasak, kalau rosak printer head (disebabkan selalu refill ink) kita cuma perlu beli katrij baru saja. Tidak seperti printer bubble-jet yang menggunakan printer head berasingan dengan katrij (contohnya model BJC-2100), biasanya printer head lebih mahal berbanding katrij.

Aku teringat pengalaman pertama membeli printer Canon BJC-210 dengan harga RM6xx pada awal 1997 dulu di sebuah kedai komputer di Beaufort. Beberapa bulan kemudian bila aku masuk USM aku terkejut bila mengetahui harga model terbaru ketika itu BJC-255SP hanyalah RM3xx! Tapi tak hairanlah sebab harga barang-barang ICT di Sabah penghujung 90an dulu memang hampir dua kali ganda dengan harga di Semenanjung.

_____
Ada apa: Printer aku sekarang Epson Stylus C45 pun dah beberapa tahun tak pakai.

PC Talk: Microsoft Windows For Workgroups


[Filler entry] Aku terjumpa buku ni sewaktu mengemas bilik AAS aka Hepi ;) makeshift studio, buku yang agak klasik membuatkan aku teringat kisah-kisah lama.

Microsoft Windows for Workgroups & MS-DOS user's guide.

Aku bersyukur sebab sempat belajar asas MS-DOS (version 6.22) pada pertengahan 1996 dan juga sempat menggunakan komputer yang mempunyai sistem pengoperasian (operating system) Windows 3.1x sebelum Windows 95 mengambil alih dan popular penghujung tahun tersebut.

Dan cara memasang (installation) sistem pengoperasian MS-DOS dan Windows 3.1x agak leceh dan semuanya melibatkan penggunakan cakera liut (floppy disc). Semenjak adanya Windows 95 dan adik-beradiknya kemudian (Windows 98, ME, 2000, XP) pemasangan sistem pengoperasian menjadi semakin mudah.

_____
Ada apa: Aku pun sempat merasa menggunakan cakera liut bersaiz 5.25"

PC Talk: PC Games Vs Graphic Cards


[Filler entry] Conspiracy between game developer (GD) and graphic card manufacturer (GCM)?

  • GD developed a new game (with new game engine) which demands cutting edge graphic technology from GCM.
  • GCM manufactured a new cutting edge technology in graphic cards (so called X chip), it needs to be tested out (to the limit), so they ask GD to develop a new game suitable for it.

Screenshot CryEngine 3 - dah tak nampak macam imej PC game
(imej link dari Wikipedia)

Akhirnya, yang menjadi mangsa ialah gamers... Tiap kali ada PC game baru, soalan pertama yang akan ditanya "adakah PC aku mampu untuk memainkannya pada tahap optimum?" dan "Perlukah aku upgrade graphic card supaya dapat mencapai tahap klimaks semasa bermain?".

Aku? Aku masih lagi guna Gigabyte GV-N95TOC-512I (nVidia GeForce 9500 GT chipset) sejak pertengahan tahun 2008. Dulu aku upgrade semata-mata sebab nak main Fallout 3. Sebelum tu aku guna Inno3D nVidia GeForce 7100 GS.

Imej link dari website Gigabyte.

Kenapa kebanyakkan GD berlumba-lumba membuat game yang mempunyai grafik yang amat hebat, tapi terlupa faktor gameplay dan storyline. Apa guna grafik cantik mengalahkan filem animasi 3D Hollywood kalau jalan cerita agak hambar, linear and predictable.

Sebenarnya aku tak puas hati dengan game Crysis 2 (achieved with CryEngine 3), dalam seminggu aku main manjang je system crash! Setelah post-mortem dijalankan, didapati masalahnya berpunca dari graphic card yang tidak berapa serasi (compatible) dengan grafik 3D game terkini, bukan masalah game... See what I mean? Upgrade or not? Upgrade or not? Kalau aku upgrade, melepas lagilah dana-dana untuk Hartke VXL...

Semenjak aku berkecimpung dalam hobi baru (gitar/bass) dua tahun lepas, dah lama aku tak enjoy main PC games. Kali terakhir aku enjoy main PC games waktu main Tomb Raider Underworld awal 2009 dulu...

Lepas ni nak cuba Fallout: New Vegas pula, harap-harap sistem stabil, bukan begitu ke Encik KORawk?

_____
Ada apa: Hardcore gamer since 1997...

Ada Apa Dengan Hotmail?


[Filler entry, PC talk] Petang tadi korek inbox Hotmail aku, saja nak check rekod akaun Paypal/eBay, sebab resit-resit transaksi Paypal/eBay semua masuk dalam inbox Hotmail. Baru aku perasan ada emel daripada Windows Live bertarikh awal Januari 2010, dulu aku pernah buka baca sekali imbas, tapi baru sekarang ada masa membaca isi kandungannya. Lebih kurang macam ni dia punya screenshot...

Windows 98? Spice Girls? Large mobile phone? Hahaha...

Bila dah baca, baru aku perasan dah lebih 10 tahun aku guna Hotmail (sekarang dikenali sebagai Windows Live Mail). Mula-mula guna Hotmail tahun 1997 waktu mula-mula masuk USM dulu. Maknanya sekarang dah 13 tahun aku guna, kalau Yahoo! Mail pula kalau tak silap 1998-1999 dan masih aktif sehingga hari ini, cuma jarang guna sebab sekarang aku lebih suka guna Gmail.

Nak baca sejarah Hotmail ni boleh baca kat Wikipedia. Dulu-dulu zaman aku student USM, nak buka Hotmail ada dua cara:

  1. Akses free kat perpustakaan USM, tapi kena tunggu giliran dan seorang hanya dibenarkan dalam 10 minit sahaja.
  2. Pi cyber cafe, port utama aku ialah CyberHut (depan gate Sungai Dua, USM). Waktu tu cas memang mahal, 50 sen per 5 minit = RM6.00 sejam! (RM5.00 untuk ahli). Tapi selalu kalau pi CyberHut ni bukan nak buka Internet, tapi nak main network games! Waktu tu tengah gila main Quake.

Sekarang ni aku dah jarang guna Hotmail Windows Live Mail kecuali untuk perkara yang berkaitan dengan Paypal/eBay. Seperti yang aku nyatakan tadi, aku lebih suka guna Gmail berbanding Hotmail Windows Live Mail atau Yahoo! Mail yang kedua-duanya sekarang ni dah sesak padat dengan macam-macam gadget, tak macam dulu - simple...

Bila kita ingat kembali teknologi ICT dari zaman mula-mula kita berkecimpung sehingga ke hari ini, kadang-kadang terasa lucu juga ye? Operating system, PC games, hardware, Internet connections, dll. Sapa masih ingat lagi MS-DOS 6.22? Windows 3.11? 8x speed CDROM drive? Pentium MMX? Doom? Duke Nukem 3D? 1GB HDD? anti-glare screen filter? 3dfx Voodoo card? Dial-up 56k modem? Linda & Edry? Baby Rina? Damn I missed the pre-2k era! Well, that was another story...

Old animated Hotmail logo link from supersploosh blog.

_____
Ada apa: Selamat berbulan Disember.

PC Talk: Non-Halal Spam


[Filler entry] Semalam tadak kerja saja-saja browse spam folder dalam emel aku, ada satu spam emel daripada "Facebook" yang menarik perhatian aku...

"You haven't been back to Facebook recently..." ayat pertama ni dah nampak sangat penipu, aku yang jenis online 10-20 jam sehari memang tak pernah miss online (kecuali waktu Kursus Kenegaraan tahun lepas). Hari-hari buka emel, Facebook, Blogger, eBay, Metalterus, Bitcomet, browse website kegitaran dan kadang-kadang layan porno. Dan semenjak aku join Facebook since 2008 aku tak pernah tak login Facebook bila online.

Dan yang paling obvious sangat, setiap hyperlink dalam gambar kat atas tadi semuanya menuju ke acpharmacy.info (aku tak buat hyperlink) ini adalah teknik terbaru spam jual ubat - those viagra and stuff like that. Bagi kita yang jenis celik IT memang tak kisah sangat benda ni dan biasanya kita akan ignore benda-benda dalam spam folder (trash or junk folder in certain email). Tapi aku kesian kepada mereka yang buta IT baru berjinak-jinak dengan dunia siber ni (lebih-lebih lagi dengan kempen jalur-lebar yang ada sekarang), golongan beginilah yang selalu tertipu.

_____

Jadi, ada apa dengan spam? Aku rasa spam ni hukumnya haram tak halal. Tak caya? Cuba tengok gambar kat bawah ni...

Gambar hiasan - Spam was non-halal!

Hehehe... Just another filler entry ;)

_____
Ada apa: Tapi kalau dah tak halal, haram lah kan?

PC Talk: Shutdown Screen


Bila kali terakhir korang tengok skrin ni? Mungkin budak-budak zaman sekarang dah tak sempat tengok...

Sapa-sapa yang masih guna Windows 98 (or worst Windows 95) kat PC yang masih guna power supply without power management (AT power supply not ATX), pastinya masih lagi berpeluang melihat skrin lagenda ni.

Kat opis aku masih ada yang guna Windows 98 dan PC antik ni (Pentium III 667MHz)... Masih berfungsi dengan baik dan sayang nak buang/lupuskan (sebab banyak karenah birokrasi kalau nak buat pelupusan barangan ICT).

_____
Ada apa: Dulu-dulu aku rajin edit fail logo.sys, logow.sys dan logos.sys Windows.

PC Talk: 2010 PC Games Excitement!


2010 will be a year for PC gamers, because this year some of the big titled games from reknowned game developers will be released, mostly sequels. Sebagai seorang PC gamers (not console gamers) yang tak berapa terlampau, aku pastinya begitu teruja... Berikut merupakan lima PC games yang aku tunggu-tunggu. Let the excitement begins!

1. Command & Conquer 4: Tiberian Twilight

Genre: Real time strategy (RTS)
Release date: 16/3/2010 (aik? Dah released ke?) [Edited: Dah main, tapi rasa macam tak best sebab tak seperti siri-siri C&C sebelumnya...]

One Vision! One Purpose!

Info lanjut: Wikipedia, C&C Wikia.

2. Starcraft II

Genre: Real time strategy (RTS)
Release date: 27/7/2010

Malas aku nak cerita, harap-harap kali ni Jim Raynor cool macam Superstar Rajinikanth!

Info lanjut: Wikipedia, Blizzard Entertainment, Starcraft II Official Website.

3. Prince Of Persia: The Forgotten Sands

Genre: Action
Release date: 12/6/2010

Game ni tadak kaitan dengan muvi Prince Of Persia: The Sands Of Time yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Walaupun release date muvi dan game dekat-dekat sama.

Pada sapa-sapa yang mengikuti trilogi Prince Of Persia: The Sands Of Time ni (The Sands Of Time, Warrior Within, The Two Thrones) pastinya akan kembali teruja sebab "the real douche Prince" kembali! Tak seperti "the Prince wannabe" dalam game Prince Of Persia tahun 2008 (gloved Prince). The original trilogy (zaman MS-DOS) tak payah ceritalah... Rasanya nanti aku nak buat entri berasingan pasal Prince Of Persia ni.

Info lanjut: Wikipedia, Prince Of Persia Game Official Website.

4. Crysis 2

Genre: First person shooter (FPS)
Release date: Holiday 2010 (biasanya dekat-dekat Krismas la tu)

Hah! Kali ni kita tak main sorok-sorok dalam hutan, sebaliknya kita makan angin kat bandar metropolitan New York!

Info lanjut: Wikipedia, Crysis 2 Official Website.

5. Fallout: New Vegas

Genre: Hybrid role playing game (RPG) + first person shooter (FPS)
Release date: 22/10/2010

Argh! Game ni yang aku tak sabar dan tak tahan nak main! Sapa-sapa peminat Fallout series, tengok teaser video kat bawah ni pun dah kira berdebar-debar sebab ada nampak bendera New Californian Republic, NCR.

"War, war never changes..." - Ayat standard Fallout series.

Info lanjut: Fallout Wikia, Wikipedia, Fallout Official Website.


*Semua imej aku link dari Wikipedia.

_____
Ada apa: Sekarang ni aku tengah main Bioshock 2...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger