Showing posts with label street jam. Show all posts
Showing posts with label street jam. Show all posts

Bintulu Street Jam Vol. 4 (Part 2)


Ahad 16/9/2018 - Hari kedua Street Jam Vol. 4, aku datang lebih kurang sama seperti semalam sekitar pukul 3.00 petang.


Katanya hari ini ada perasmian oleh some VIP, apa yang menarik dikunjungi oleh Kelab Pemilik Harley-Davidson (HOG) Bintulu yang diketuai oleh setiausaha mereka Bro Eden REG. Motor besar dan muzik metal berpisah tiada.


Sedikit ucapan dan gimik pelancaran ketukan drum dan derumam Harley-Davidson. Dengan sambutan yang memberangsangkan, acara Street Jam sebegini mungkin akan berterusan.


Bro Eden disertai oleh 5-6 rakan lain pemilik jentera Harley-Davidson di Bintulu. Aku agak tertarik dengan battle jacket mereka.


Hari ini booth penganjur disertai oleh tauke CD On Demand dari Miri, membawa beberapa bakul CD kebanyakkannya CD metal. Banyak album-album yang menarik, nasib baik yang menarik itu kebanyakkannya aku sudah ada. Terjumpa album Happenstance (Fozzy) di sini.


Sambil membelek CD, dihiburkan dengan Persembahan band Pro-X yang membawakan lagu-lagu cover Rhythm Si Jantung Hati, Holy Diver, Forever And One (Neverland) dan Semangat Lamina.


Kemudian band Natas, yang aku ingat turut membawakan dua buah lagu cover Iron Maiden iaitu Losfer Words dan Phantom Of The Opera.


Seperti biasa, curfew aku sekitar pukul 6.00 petang. Sebelum balik sempat menapau chicken chop dan bolognese spaghetti daripada food truck My Little Kitchen ini. Sambil menunggu masakan siap, terhibur dengan sebuah band (aku lupa nama) yang memainkan lagu-lagu lama Nirvana, kebanyakkannya daripada album Bleach, memang KLMJ.

* * * * *

Slot malam - dapat pelepasan keluar untuk datang sekejap dengan alasan mengemas barang-barang dagangan dan menuai hasil jualan.


Datang sekitar pukul 9.00 malam, kebetulan band Nogas sedang beraksi. Persembahan yang bertenaga ditambah dengan sambutan penonton yang siap buat headbanging, moshing, whirlpool dan walls of death.

Tembok ratapan?

Nampaknya, suasana malam lebih happening dan sesuai untuk persembahan band-band dengan genre muzik yang berat.

Kelibat Goatfather Bintulu - Rashid Malim.
Sempat juga menonton persembahan D-Dropper Tuner yang turut disertai oleh Adi Herman dan Borhan ex-tauke 36 Studio lagu-lagu drop-D - Freak, Roots Bloody Roots.


Cukup sejam, masa untuk balik rumah. Khabarnya selepas D-Dropper Tuner, ada sebuah band lagi dari Miri yang juga agak happening.

Apa yang dapat aku simpulkan, lokasi area food-truck Tanjung Batu ini agak strategik untuk membuat gig terbuka sampai lewat malam, disebabkan ia mengadap laut dan tiada kawasan perumahan yang berdekatan.

_____
AADI: Bersemangat untuk aktif semula.

Bintulu Street Jam Vol. 4


Sabtu 15/9/2018 - Street Jam merupakan aktiviti jamming secara terbuka anjuran Riego Studio dan Pemuzika, sudahpun masuk kali keempat penganjurannya. Berkonsepkan seperti Jammed Of The Beast yang lebih kepada sessi jamming beramai-ramai berbanding gig, bermula jam 2.00 petang hingga 11.00 malam.


Disebabkan bertembung dengan Pesta Tanglung dan Hari Malaysia, semua venue major sedang digunakan, maka Pantai Tanjung Batu (area food truck) dipilih menjadi venue kali ini.

Katanya inilah Street Jam yang ter"happening" setakat ini berbanding tiga sessi sebelumnya dengan penyertaan 26 buah band, termasuk dari luar Bintulu dan Negara Brunei Darussalam, diadakan selama dua hari berturut-turut (15-16/9).

Silhouette Pendekar Mustar.
Lokasinya agak strategik, pentasnya berada di lerengan bahagian atas manakala kawasan berniaga di sebelah bawah. Selain food truck, juga terdapat car boot sale dan gerai-gerai biasa.

Harapnya lokasi berniaga ini lebih lama bertahan berbanding lokasi BCBS yang hanya HHTA. Lagipun lokasi Tanjung Batu yang memang menjadi tumpuan umum pada petang hujung minggu untuk bersosial, beriadah dan bersukan.


Aku yang baru sahaja dapat lesen keluar habis bercuti "paternity" pada mulanya datang hanya sebagai pengunjung, tetapi pada saat-saat akhir membuat keputusan untuk turut "berniaga" dengan menumpang booth khas yang disediakan oleh penganjur untuk band yang terlibat menjual merchandise mereka (t-shirt, CD, sticker, dll).

Flowers.
Datang sekitar pukul 3.00 petang, sempat menyaksikan persembahan band dangsanak dari Negara Brunei Darussalam iaitu Flowers, Pemuzik Kena Reject dan satu band lagi aku lupa nama, maaf.

Pemuzik Kena Reject.
Maaf jika tiada ulasan untuk setiap band yang membuat persembahan. Entri aku kali ini agak umum dari kacamata seorang pengunjung dan peniaga.


Booth penganjur yang strategik, betul-betul di bawah pentas. Sambil berniaga sambil layan gelagat penonton. Dan kadang-kadang menjadi responden soundcheck FOH untuk area bawah pentas.


Seperti biasa, scene Bintulu agak unik, pelbagai genre boleh bernaung di bawah penganjuran yang sama. Penonton, groupies dan pengunjung pun agak sporting walaupun malu-malu pada mulanya. Tapi untuk band yang muziknya lebih berat, dijadualkan untuk persembahan slot sebelah malam - contohnya Erectus dan Tahi Suci.


Oh ya, aku mencuba nasib menjual aksesori kegitaran seperti pick/plectrum, tali gitar, strap lock dan slide. Kebanyakkannya merupakan stok peribadi, dan tidak disangka atas sebab-sebab tertentu, jualan pick paling memberangsangkan. Meja sebelah merupakan barangan distro Metuk Ulau Underground Voices kelolaan Adi Herman Pendekar Mustar.


Nazre (team penganjur), Adi dan bassist band Flowers. Nazre berasal dari Limbang, Adi pula ada darah Kedayan, masuk lagi diaku... Nah kali ani tah, bisai kurapak biskita dangsanak...


Persembahan terakhir slot petang oleh band The Jagindas yang rata-ratanya merupakan ahli NV Unity. Aku tak pasti sama ada pertikaian nama atau penjenamaan semula.

Atas sebab-sebab curfew tanggungjawab kepada keluarga, aku balik sekitar pukul 6.00 petang. Barangan dagangan ditinggalkan dan bakal diteruskan oleh penganjur dan Adi. Slot malam dijadualkan bermula pukul 8.00, tapi aku tidak dapat datang atas sebab-sebab yang sama. Jadi, layan sajalah video persembahan Tahi Suci di bawah ini.



Bersambung...

_____
AADI: Segan dan terharu bila ramai yang bertanya bila MUP nak join gig.

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger