Showing posts with label sandman guitar. Show all posts
Showing posts with label sandman guitar. Show all posts

Pemacu Lampau Raya 40 Tahun


Tertambah satu lagi pedal stompbox dalam koleksi iaitu Boss SD-1-4A Super Overdrive 40th Anniversary. Pernah memiliki versi biasa SD-1 ini lapan tahun lepas, namun telah dilepaskan tahun berikutnya akibat dipaksa dipujuk oleh seorang rakan kegitaran yang teringin untuk memilikinya.

Unit terakhir daripada Sandman Guitar Centre, Batu Pahat melalui platform Shopee mereka. Menanti masa yang sesuai untuk menarik picu dengan diskaun dan baucar terhad Shopee, harganya kini lebih murah berbanding harga runcit versi biasa.

Tiada apa yang istimewa berbanding versi biasa, hanya kosmetik menjadi negatif (pedal hitam, tulisan kuning), tombol emas seperti OD-3 dan skru logam berwarna perak. Seperti MT-2-3A, ia akan menjadi pedal bertaraf koleksi.

Inilah kali pertama aku memperolehi pedal stompbox Boss unit baharu yang tidak dibekalkan dengan bateri 9V. Dan ia menjadi pedal overdrive keenam dalam axology semasa aku selepas AT Drive, MojoMojo, TO800, GT-OD dan MojoMojo Gilbert.

_____
AADI: Mencari DS-1-4A pula lepas ni?

Custom Plus


Sebagai seorang peminat gitar Epiphone Les Paul dan singlecut secara amnya, memiliki Les Paul Custom merupakan idaman, lebih-lebih lagi kemasan alpine white atau silverburst.

Imej cilok blog Dead Eye Guitars.

Ingin mencari model pra-2020 yang rata-ratanya sudah tiada dalam pasaran (platform online). Kebanyakan yang ada semua model baharu 2020 dengan harga yang melonjak naik disebabkan faktor headstock Kalamazoo terkini yang lebih trending, fretboard ebony dan isu global semasa.

Bernasib baik terjumpa seunit Les Paul Custom model 2008 di Sandman Guitar Centre, Batu Pahat. Bukan alpine white atau silverburst, tapi versi *Plus Top vintage sunburst yang juga rare (discontinued). Kotak dalam entri wordless wednesday yang lepas adalah kotak gitar ini.

Diperolehi dengan diskaun 20% kerana stok lama (new old stock) dengan hardware yang sedikit teroksida dan kemasan pikap yang sudah mula lusuh. Berbekalkan dana-dana jualan ex-Mr. Smith (Jackson SDX) aku terus menarik picu sebelum dirampas benda lain. GLTL, biasalah...

Tuning machine head Grover Rotomatic standard untuk gitar-gitar Epiphone. Menurut nombor siri 08101508616, gitar ini keluaran ke-8616 kilang Qingdao (15) bulan Oktober 2008 (0810). Lebih senior berbanding Goldie dan ex-Nightfall yang kedua-duanya keluaran 2010.

Aku menjangkakan gitar ini berat kerana full thickness dan double bound, tapi ironinya ia hanya 3.5 kg seberat sebuah Eclipse, lebih ringan berbanding Goldie 4.0 kg (atau 3.9 kg dengan pikap Alumitone). Adakah badannya chambered, weight relief?

Dan sebagai model 2008, ia masih lagi menggunakan pikap Alnico Classic, selepas 2012 model Custom digantikan dengan Custom Pro yang menggunakan pikap ProBucker. Taklah nampak lusuh dan teroksida sangat warna gold pada bridge dan stoptail.

Fretboard rosewood yang bersih tetapi kering kerana tergantung berbelas tahun tanpa sebarang rawatan, akan disapu minyak lemon kemudian. Material inlay pada fret ke-19 nampak seperti plastik berbanding pearloid pada inlay fret lain. Adakah ini kesilapan kilang atau disengajakan? Sebab Goldie aku pun ada kes macam ni, tapi pada inlay fret ke-15.

Standard pakej Epiphone disertakan dengan manual pengguna, poster besar Epiphone dan seunit kabel gitar. Seperti biasa, akan ada pembelian sampingan set tali gitar, kali ini GHS Boomers GBL dengan diskaun tambahan 5%.

Semasa proses servis dan setup, didapati sticker plastik penutup pikap bridge telah merosakkan saduran pikap akibat terlekat terlalu lama, pikap neck masih dapat diselamatkan. Tapi tak mengapa, yang penting kedua-duanya masih berfungsi.

Ya, set pikapnya ialah Epiphone Alnico Classic (57CH/HOTCH) buatan BHC. Route kaviti pikap yang kemas bercat konduktif. Tunggu sehingga ada sessi jamming untuk mengetahui prestasi pikap ini.

Manakala veneer flame maple nampak ke-3D-annya dan seakan-akan berombak. Tak nampak sangat berapa tebal maple top dek tertutup cat konduktif tadi.

Begitu juga dengan routing "isi perut" agak kemas juga bercat konduktif, hanya wayar-wayar yang diikat ala kadar. Untuk elektronik (pikap dan isi perut) akan dibiarkan seadanya selagi tiada masalah.

Pickguard dibuka supaya kemasan nampak lebih menyerlah. Dibersih, digilap, action direndahkan, ditala dan diintonasi pada talaan E-standard. Telahpun dipasangkan dengan set tali baharu Gibson Brite Wires 9-46 oleh Sandman sebelum penghantaran

Nickname? Dengan penampilannya kontras kuning-hitam dan berbelang seakan-akan harimau, ia akan digelar gitar rimau TIGERA. Gitar/bass dalam axology aku kembali menjadi sembilan, amat bertentangan dengan matlamat 2020 purge, bahaya ni, hehehe...

_____
AADI: *Pernah terGAS sebuah Les Paul Standard Plus Top vintage sunburst.

Suis Kaki Sanpera I


Pembelian yang tidak dapat dielakkan. Setelah berpuas hati dengan prestasi amp Vypyr 30 semasa beberapa sessi jamming Hepi;), maka aku perlukan suis kaki (footswitch) Sanpera I untuk mengoptimumkan lagi penggunaannya.


Dipesan daripada Sandman Guitar Centre penghujung Januari, dengan kemahiran membodek yang tinggi, aku masih dapat diskaun 40% harga promosi jualan akhir tahun. Itupun berbekalkan suntikan dana hasil jualan OD-3 (GLTL).


Fungsi utamanya sebagai penukar channel (bank-ABC, preset-1234) pada amp, expression pedal pula seperti biasa digunakan sebagai pengawal volume, wah atau pitch. Setakat ini, fungsi LOOPER belum lagi dicuba.

Badannya tegap diperbuat daripada logam (aluminium?), bentuknya pula lebih ranggi berbanding footswitch Vox VFS5. Tapi Sanpera I ni hanya serasi dengan amp Peavey siri Vypyr sahaja, tidak seperti Line 6 FBV Express Mk II yang boleh digunakan dengan hampir semua Pod dan amp Line 6.


Disambung dengan menggunakan kabel MIDI yang disertakan (tiga meter). Aku pernah baca dalam forum Peavey yang mengatakan amp siri Vypyr boleh guna footswitch MIDI lain dengan sedikit modifikasi. Tapi dari segi kos, rasanya Sanpera I ni lagi murah.

Studio Pro 112 sebagai hiasan sahaja.
Dengan adanya Sanpera I, dah tak perlu nak bawa efek luaran (stompbox, Pod HD300) semasa jamming Hepi;) nanti, cukuplah dengan modeling dan efek dalaman Vypyr 30. Tapi kalau jamming di tempat lain atau gig terpaksalah guna efek luaran, tak sanggup nak berangkut semua ni.

_____
Ada apa: HT5-RH boleh rehat di rumah.

Gelombang Bunyi Ibanez


Perolehan hujung tahun kedua juga daripada Sandman Guitar Centre (Batu Pahat), dituntut sendiri di pejabat pos Sabtu minggu lepas. Sebuah kotak yang sederhana besar tetapi agak berat berisi amp bass Ibanez Sound Wave SW35.

Dalam website Ibanez, siri Sound Wave yang tinggal hanyalah model SW15, tak lama lagi mungkin kesemua model dalam siri Sound Wave akan diberhenti (discontinued) dan digantikan sepenuhnya oleh siri Promethean.


Pada mulanya aku ingin mendapatkan amp Hartke A35, tapi YES tahun ini harganya melonjak naik menjadi RM8xx berbanding tahun lepas RM6xx.


SW35 dipilih menjadi alternatif kerana memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan A35 - berharga RM6xx (harga YES), speaker bersaiz 10", boleh berposisi condong (slanted, kickback), memiliki compressor dalaman dan ada line out. Cuma ia tidak memiliki effects loop di belakang seperti A35 (model lama SW35 "black panel" ada effects loop).


Empat tombol EQ (TREBLE, HI-MID, LOW-MID, BASS) sudah lebih daripada cukup untuk melaras bunyi yang diingini. Selain itu ia juga memiliki dua butang preset EQ iaitu SHAPE (scooped mids) dan ROLL OFF (treble cut) sekiranya malas untuk bermain dengan tombol-tombol EQ tadi.


Memiliki tiga efek dalaman (built-in) yang biasa digunakan oleh pemain bass - COMP (compressor), DIST (distortion) dan ENV FILTER (auto wah). Ketiga-tiga efek ini hanya ala kadar, tidak dapat dilaras, kecuali DIST yang berkadar terus dengan tombol GAIN.


Selain itu ada tiga lagi kelebihan amp ini:
  1. AUX (auxiliary input) - memiliki tombol kecil untuk melaras kekuatan input device (contohnya mp3 player). Kebiasaan auxiliary pada amp lain tidak memiliki tombol sebegini, volume hanya dikawal pada device.
  2. LINE OUT - sekiranya kekuatan output 35 Watt tidak memuaskan nafsu anda, amp ini boleh disambung pada amp lain (chaining), FOH atau PA system melalui LINE OUT tanpa perlu menggunakan DI untuk bunyi yang lebih ohsem dan mendebarkan dada.
  3. FOOTSWITCH - menggunakan IFS2 (dijual berasingan), DIST dan ENV FILTER boleh dikawal menggunakan suis kaki. Tapi aku rasa ini bukan kelebihan, kerana ia tidak dibekalkan.

Dengan kemahiran membodek (negotiate skill) aku yang tak seberapa, dengan pembelian amp tadi aku berjaya membodek hadiah percuma iaitu seutas kabel instrument Hot Wires 10'. Oklah kan?


Amp ni terasa besar bila digandingkan dengan bass aku SR300 (Tommy) juga daripada Ibanez. Di rumah, 35 Watt memang overkill (seperti Vypyr 30). Tapi amp ini bukanlah untuk digunakan di rumah, tetapi untuk kegunaan jamming di Hepi;) makeshift studio. Esok ada sessi jamming Hepi;), aku akan cuba amp ini seoptimumnya. Jika tidak puas hati dan dada tidak berdebar, boleh guna opsyen LINE OUT tadi.

_____
Ada apa: Kalau cukup barang, boleh disewakan bersama-sama HSE.

Amplifier Ular Kapak


Ok, perolehan hujung tahun yang pertama didatangkan dalam sebuah kotak yang agak besar (57 x 51 x 30 cm), beralamat daripada Sandman Guitar Centre (Batu Pahat).

Berisi sebuah amp Peavey Vypyr 30 (teaser in this entry), sebuah amp digital modeling dengan speaker 12" - agak besar untuk amp 30 Watt. Kebanyakkan amp 30 Watt lain guna speaker 10".

Pada mulanya aku ingin mendapatkan kabinet amp dengan speaker 12" (aka 1x12) seperti entri beberapa hari lepas untuk digandingkan dengan Blackstar HT-5RH. Tapi pada harga yang lebih kurang sama, ada baiknya aku terus pilih amp ini yang kebetulan memiliki speaker 12".


Siri Vypyr ni dah discontinued dan diganti dengan siri Vypyr VIP. Mungkin sebab itu, ia dijual dengan diskaun 40% sejak beberapa bulan lepas (tanpa perlu menunggu jualan akhir tahun) untuk menghabiskan stok.


Amp ni jenis open back, maka lebih mudah untuk dijadikan sebagai kabinet 1x12 dengan sedikit modifikasi.


Speaker yang digunakan ialah Peavey Blue Marvel 12" 8 ohm, kalau tak silap amp Peavey Bandit 112 pun guna speaker yang sama. Siapa yang pernah guna Bandit 112 faham-faham sajalah kebingitan amp tersebut.

Tombol-tombol yang tak tegap, looks fragile.
Ok, tinggalkan sejenak cerita sebagai kabinet 1x12. Sebagai sebuah amp kombo (as-is), bunyinya agak kuat untuk 30 Watt (faktor speaker?), di rumah biasanya aku hanya pulas tombol volume pada kadar 1-2 sahaja (full blast is 13).

12 amp models, 2 channels per amp.
Daripada 12 model amp yang ada, empat daripadanya adalah amp lagenda daripada jenama Peavey sendiri iaitu Classic, XXX, JSX (Joe Satriani signature) dan sudah pasti 6505 (post-5150).

Modeling amp lain - Rec (Mesa/Boogie Rectifier), K-Stein (Krank Krankenstein), Dzl (Diezel Herbert?), Twn (Fender Twin Reverb), Dlx (Fender Tweed Deluxe), Plxi (Marshall Plexi), Brit (Vox AC) dan B-Kat (Bad Cat?).


Di belakang, ada satu lubang REMOTE SWITCH untuk kegunaan footswitch Sanpera I atau II. Tapi saiznya sama dengan MIDI, agaknya controller MIDI lain pun boleh guna kot?

Spesifikasi selebihnya boleh layari website Peavey.

Stacking...
Ok, inilah kegunaan utamanya yang dirancang, sebagai sebuah kabinet 1x12 untuk HT-5RH aku. Jika menggunakan kabinet 1x10 (V110NT) pun dah kuat, aku pasti 1x12 akan lebih kick.

Prestasinya sebagai amp kombo akan dipandu-uji pada sessi jamming Hepi;) yang akan datang. Jika bunyinya sama kuat atau lebih berbanding Vox VT40+ (40-60 Watt) yang kini digunakan oleh Azrol, maka Vypyr 30 ini akan menjadi amp utama aku ketika jamming, tak perlu lagi bawa HT-5RH.

Bersambung...

_____
Ada apa: Ada orang kata modeling Vypyr lebih bagus daripada Spider IV Line 6.

Korina The Explorer


Sepanjang bulan September, Sandman Guitar Centre (Batu Pahat, Johor) mengadakan promosi jualan penghabisan stok, antaranya gitar jenama Epiphone yang satu daripadanya dah terbang ke Bintulu minggu lepas...


Ia diperolehi secara impromptu dan banyak "kebetulan":
  1. Kebetulan, model Explorer ni tinggal satu unit terakhir dalam stok.
  2. Kebetulan, ada diskaun 30% menjadikannya termasuk dalam julat harga mampu milik.
  3. Kebetulan, tengah masyuk lepas gali lubang tutup lubang yang serius, sebelum dirembat oleh orang lain, baik aku rembat dulu, hahaha...
  4. Kebetulan, si Korawk minat gitar berbentuk Explorer (nak jadi Hetfield celup, Eclipse dah ada), nak bagi dia rasa jeles *cemburu kaw-kaw punya! Hahaha jahat...
  5. Kebetulan, Mrs. Ijau pun tak bising-bising sebab ia hasil dana GLTL nombor (3) tadi.

Epiphone 1958 Explorer Korina, spesifikasi tak perlulah aku cerita, boleh layari website Epiphone. Dah lama aku tak ada gitar berbentuk ekstrim, kali terakhir tahun 2010 iaitu Dean VMNTx (Abominations) dan Jackson JS32T Kelly (Kelly Kelly).


Mengikut tag, ia dipasang dengan tali D'Addario saiz 10-46, dah berkarat pun, mungkin sebab dah lama disimpan. Tapi pihak Sandman berjanji akan menggantikannya dengan tali baru kelak.


Berdasarkan nombor siri U07021945 ia merupakan unit ke-1945 yang dibuat di kilang Unsung (Un Sung Musical Instrument Co.) Korea pada bulan Februari 2007. Lagi tua senior daripada gitar-gitar yang aku miliki (Goldie 2010, Mirage 2011, Calypso 2008, Tommy 2013).

2007 Korean batch, nice~


Pikap yang digunakan ialah in-house Epiphone Alnico Classic. Jika beberapa tahun lepas, sudah pasti aku tak suka bunyi pikap jenis klasik sebegini, waktu tu semua nak high output, pikap sebegini atau jenis single coil memang tak pandang pun.


Routing kaviti "isi perut" yang sempit, macam langsung tak ada ruang untuk maneuver pateri kecuali jika membuat pematerian di luar kaviti (pre-soldered). Tapi tak mengapa (parap-parap) pikap yang sedia ada pun memang serasi dengan HT-5RH, jadi buat masa ni tak ada "nafsu" untuk menukarnya, keep it in original specs.


Seperti biasa ada pembelian sampingan iaitu tali gitar berjenama Curt Mangan (dah lama aku nak cuba jenama ni) saiz 9-42 dan juga patch cable sebagai penggenap bayaran.


Pada kesempatan yang ada, aku terus tukar tali gitar D'Addario yang karat dengan set Martin Darco 9-42 (Curt Mangan tadi simpan dulu). Darco ni lembut macam GHS Boomers, boleh menyaingi kelembutan Ernie Ball Slinky, tapi pada harga yang murah, hampir semurah jenama Alice.

LaQonan semata-mata.
Selepas sessi traimming Hari Malaysia beberapa hari lepas, ternyata Explorer bukanlah gitar yang selesa digalas jika anda dah biasa dengan gitar bentuk konvensional (superstrat dan singlecut). Nak main Explorer ni kena main londeh, sudah pasti postur dan kualiti permainan akan sedikit terjejas, tapi tak mengapa (parap-parap, lagi) ia lebih kepada gitar koleksi berbanding gitar harian.

Nickname? Tak payah susah-susah, aku gelar KORINA sahaja, Korina The Explorer (tak ada kaitan dengan Dora The Explorer).

_____
Ada apa: *Ah? Korawk nak beli?

Ada Sesuatu Dari Sandman Guitar (Part 2)


Rabu lepas (21/12/2011) menerima satu bungkusan kecil dihantar oleh GDex, tak lain tak bukan dari Sandman Guitar, all the way from Batu Pahat, Johor.

Bulan Disember ni jangan hairan kalau aku banyak menerima bungkusan (bulan bonuslah katakan). Sana-sini premis-premis muzik mengadakan jualan akhir tahun. Dan dengan bonus yang ada sempatlah juga merembat beberapa barang-barang kecil (sahaja!) contohnya stompbox pedal. Minggu lepas dah dapat VXL Bass Attack dari CK Music, kali ni?

Pedal itself, box, manual, warranty card, Cool Cat mini

Kalau bulan lepas dah rembat pedal Danelectro Cool Cat Chorus CC-1, bulan ni Cool Cat Metal CM-1 pula menjadi pilihan. Ya, Sandman Guitar masih lagi mengadakan promosi hujung tahun sehingga 31/12/2011 diskaun 40% untuk pedal-pedal Danelectro terutamanya siri Cool Cat.

Aku perlukan sebuah pedal high-gain distortion yang murah, berkualiti dan tahan pukul pijak untuk kegunaan sessi jamming (malas dan leceh nak bawa Si Kacang Merah), pedal distortion yang aku ada sekarang Speedbox MT-DS agak kurang "berat" untuk lagu-lagu Metal.

GAIN, TREBLE/MID, VOL/BASS knobs, INPUT, OUTPUT , DC 9V jacks.
Agak leceh nak laras tombol-tombol pada kedudukan macam ni.

Berbanding Cool Cat Metal II CM-2, aku memilih CM-1 disebabkan ia mempunyai lima tombol (VOL, BASS, MID, TREBLE, GAIN) untuk pilihan variasi tona, berbanding CM-2 yang hanya ada dua tombol (VOL, DIST) dan scoop switch (HI, LO, OFF) ala-ala EHX Pocket Metal Muff.

Juga disertakan dengan bateri 9V berjenama Danelectro.

Kelebihan dan kelemahan aku rasa sama saja macam pedal CC-1. Bunyi? Setakat ni aku sempat mencubanya dengan konfigurasi tombol-tombol pada kedudukan 12 o'clock. Bunyi agak "berpasir" lebih kurang macam pedal Violent Metal MO-VM dulu.

Belum berkesempatan mencuba konfigurasi-konfigurasi lain, potensi sepenuhnya akan diuji pada sessi jamming Metuk Ulau Projekt v3 yang dirancang diadakan pagi/tengahari esok.

Ia juga disertakan dengan tiga jenis Cool Cat sticker.

Harga? Disebabkan harga promosi dengan diskaun 40%, ia tak sampai pun RM100. Dari segi kualiti per harga ia memang uber-berbaloi, dan murah RM20 daripada pedal CC-1. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pedal-pedal Danelectro Cool Cat yang terpilih pada harga yang murah (RM89-129), sila hubungi Sandman Guitar sebelum promosi berakhir pada 31/12/2011.

_____
Ada apa: Korawk, amacam dengan DD506?

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger