Showing posts with label new album. Show all posts
Showing posts with label new album. Show all posts

Billboard Dave


Tahniah Abang Mus dan kompeni kerana membuktikan bahawa metal dan subgenre thrash masih lagi bernadi dan relevan pada 2026.


Album studio terkini sebelum ini The Sick, The Dying... And The Dead! (2022) pun aku belum ada.

_____
AADI: Nak layan Risk balik.

Megadeth Pencen?


Selepas countdown clock sejak semalam, akhirnya berita pengumuman adalah rasmi - Megadeth akan pencen. Sebelum pencen, akan ada satu lagi *album studio terakhir, dan disusuli dengan konsert tour "farewell" seluruh dunia(?) tahun hadapan.

Aku harap untuk tour terakhir mereka ini Abang Mus dapat tarik ahli-ahli lama tak kisah rasmi atau sessionist - Loureiro, Ellefson, Adler, Broderick, Drovers, MacDonough, Pitrelli, DeGrasso, Friedman, Young, Behler, Poland, King - seramai mungkin, sekurang-kurangnya sebagai "featuring act" untuk beberapa lagu seperti Friedman beberapa tahun lepas.

Dan jika ada tour tersebut ada melewati sebelah nusantara, harapnya sangkut satu konsert di Kuala Lumpur (atau Kuching, keh keh keh) sekali lagi seperti tahun 2017.

*Album studio terkini sebelum ini The Sick, The Dying... And The Dead! (2022) pun aku belum ada.

_____
AADI: Ada legasi Abang Mus untuk simpanan.

Ada Apa Dengan Yesterwynde?


Endless Form Most Beautiful merupakan album terakhir Nightwish yang aku layan. Album seterusnya Human. :||: Nature. (kenapalah ditulis begitu?) rilisan 2020 langsung tak terlayan. Bila Abam Marco (Marko Hietala) umumkan *pencen daripada Nigthwish pada 2021, lagilah hilang minat untuk follow Nightwish walaupun masih ada Floor Jansen.


Baru layan seputar ketika entri ini ditaip.

Pagi tadi muncul pula video ini dalam algorithm YouTube aku, album penuh Yesterwynde dari channel rasmi Nightwish yang baru sahaja dirilis beberapa hari lepas (20/09/2024).

Serius memang aku terkejut rupa-rupanya album studio ke-10 ini sudah siap. Kali terakhir aku dengar berita mengenainya ketika mereka baru masuk studio rakaman. Nampak sangat aku jauh ketinggalan bas. Video Emppu Vuorinen baru terima ESP terbaharu daripada Musamaailma juga masuk dalam algorithm YouTube aku beberapa hari lepas.

Kebelakangan ini bukan setakat Nightwish sahaja, malah hampir semua band kegemaranku yang lain pun sudah tidak terlayan dan terlepas album-album terkini mereka. Faktor medium yang makin mahal (pilihanku CD audio) juga antara faktor ketinggalan, walaupun ada medium atas talian "percuma dan sah" sebagai alternatif.

Antaranya Megadeth (The Sick, The Dying... And The Dead! 2022), Metallica (72 Seasons 2023), Blind Guardian (Legacy Of The Dark Lands 2019, The God Machine 2022), Kamelot (The Awakening 2023), HammerFall (Hammer Of Dawn 2023), Blaze Bayley (Infinite Entanglement 2016, Endure And Survive 2017, War Within Me 2021, Circle Of Stones 2024).

_____
AADI: *Nasib baik Abam Marco kini kembali aktif bersama Tarot dan band solonya.

Batch Ke-18, Raijutsu (雷術)


Raijutsu (雷術), bukan nama jutsu dalam anime Naruto ye, cuma gabungan Raihan dan Senjutsu...

Perolehan batch ke-18 daripada Radin Music Centre, lepas ni dah boleh berhenti guna tajuk "batch", sebab Radin Music Centre kini sudah ada di platform Shopee, tak perlu lagi pesan secara manual guna Messengger/WhatsApp. Dengar cerita kembali bangkit untuk membuka kedai fizikal selepas musibah yang melanda bulan Mac lepas.

Dan sebagai peneman pembelian, DVD Koleksi Nasyid Terbaik Raihan khas untuk anak kecik aku si Arlo yang suka dengar lagu-lagu Raihan.

Seperti biasa, akan dibuat entri berasingan kelak.

_____
AADI: 雷遁・雷条網の術­ (Raiton: Raijōmō no Jutsu).

Ada Apa Dengan Senjutsu?


Tidak seperti album The Book Of Souls enam tahun lepas, bila mana album terbaharu Iron Maiden Senjutsu ini dapat diakses secara sah, aku terus mendengarnya melalui platform YouTube Music pagi tadi.

Malas nak buat ulasan terlebih dahulu, tunggulah bila sudah dapat album fizikal kelak. Mungkin melalui Rock At Large, Radin Music atau Inverno. Tunggulah hypetrain dah reda sedikit...

Pasti akan perasan ada banyak riff-riff dan irama "kitar semula" daripada album-album terdahulu. Dan ada juga beberapa lagu kalau dibuang faktor bass ketung-ketung trademark Steve Harris, pasti akan berbunyi seperti lagu-lagu album solo Bruce Dickinson.

Up the Irons! \m/

_____
AADI: Can't you see the writings on the wall?

Wordless Wednesday: The Shadow Theory



Source.
_____
AADI: Released date 06/04/2018?

Wordless Wednesday: Entangled Into Infinity



Image: Blaze Bayley Brasil
_____
Ada apa: Cabaran untuk mendapatkannya ketika mana ringgit masih lagi teruk.

Ada Apa Dengan Minute Maid Pulpy?


Entri ni (dan gambarnya) dah lama terperap dalam bentuk draft, sejak Oktober 2012.

Minute Maide Pulpy antara minuman jus oren yang mudah didapati di pasaran. Bagi aku, jenama Minute Maid ni sentiasa bersaing dengan Tropicana Twister.


Setahu aku, sebelum ia dipasarkan secara terbuka, jenama Minute Maid hanya boleh didapati di premis-premis francais seperti McDonald's jika anda memesan jus oren untuk menggantikan minuman berkarbonat.

Nak cerita pasal rasa, hmmm tak payahlah ye... Aku pasti ramai yang dah pernah minum Pulpy ni dan untuk mengurangkan rasa kecur air liur pada pagi Ramadhan sama ada perisa asli, mangga atau campuran buah-buahan.

Entri (tak berapa) Mini: Buku Jiwa Jiwa


Bukan buku jiwang...

Baru minggu lepas dalam entri DVD Death On The Road aku kata bakal ada viral Iron Maiden tahun ni. Pagi tadi lepas sahur terbaca pengumuman daripada Facebook Iron Maiden mengenai album studio ke-16 mereka The Book Of Souls.

Simple yet elegant cover art.
Dengan beberapa tajuk lagu yang agak "parody" seperti Speed Of Light (Tenth Dimension anyone?), The Book Of Thel Souls, Tears of The Dragon Clown dan The Man Of Sorrows (you left without a trace?). Dan yang menariknya, album ini dipanjangkan sehingga dua CD, fuh! Kaw-kaw diorang buat album kali ni.

Blog Xyrus Zone antara yang terawal buat entri pasal album ni (selamat hari lahir juge~), dan aku pasti viralnya akan merebak sama seperti ketika album The Final Frontier diumumkan lima tahun lepas.

_____
Ada apa: World tour next year?

Ada Apa Dengan Haven?


Selepas Blind Guardian dan Nightwish, tahun ini juga Kamelot bakal mengeluarkan album studio terbaru mereka bertajuk Haven (release date 5-8/5/2015).

Sumber imej: Kamelot Official.
Sudah menjadi kebiasaan, akan ada beberapa artis jemputan seperti album-album Kamelot sebelum ini. Untuk Haven ada Alissa White-Gluz (Arch Enemy) lagi, Troy Donockley (Nightwish) and Charlotte Wessels (Delain).

Harapnya album kali ni akan sehebat album Silverthorn (atau lebih) yang dapat mengekalkan "vibe" Kamelot walaupun tanpa vokal Roy Khan.

_____
Ada apa: Dulu guna vokal growl Shagrath, sekarang guna Alissa, hahaha!

Elan


Dalam perancangan hari ni nak buat entri pasal album Shogun Trivium (first eBay CD for 2015), tapi kes terkena "kick" single terbaru Nightwish Elan di YouTube, terasa nak merapu sikit pasal klip video ni...



1) Abang Marco (always be my influence, both vocals and bass) dah mula selesa menggunakan Buzzard semenjak Showtime, Storytime, tak nampak lagi Infinity dan Vampyre.

2) Sentuhan seruling Celtic Troy Donockley yang kini sebagai ahli tetap (dan bukan lagi pemuzik jemputan), menaikan lagi "feel" muzik Nightwish.

3) Vokal Floor Jansen memang serasi dan "natural" dengan muzik Nightwish, dan jika ditanya antara Turunen, Olzon dan Jansen, aku pilih Jansen mungkin disebabkan faktor lagu-lagu era After Forever yang banyak memori.

Entri lama.
Bab TH, EV dan drummer gantian tak payahlah aku cerita... Hmmm, few Finns, one Brit and one hightower Dutch.

_____
Ada apa: Dah jumpa album live Made In Hong Kong daripada estock_deutschland.

Ada Apa Dengan Beyond The Red Mirror?


Album studio terbaru Blind Guardian yang aku terlepas pandang, walaupun aku mengikuti perkembangan mereka melalui Facebook.

Imej Wikipedia.
Katanya (Pak Wiki) album studio ke-10 ni dikeluarkan pada 30/1/2015 yang lepas, masih dengan muzik konsep Blind Guardian sebagai tukang karut (bard).

Album studio mereka sebelum ini At The Edge Of Time pun aku belum hadam, hahaha...

_____
Ada apa: eBay time!

Ada Apa Dengan Endless Forms Most Beautiful?


Looking forward for this new Nightwish's eighth studio album, release date: 27/3/2015.

Endless Forms Most Beautiful.jpg
Cool cover art, source Wikipedia.
Dengan vokalis Floor Jansen (ReVamp, After Forever), pasti album kali ni lebih epik. Hai abang Marco~


"11 Finns and a Brit..." so says that high-tower Dutch lady.

Mat Salleh ni kalau buat album, Fuh! Memang serius sampai tahap sanggup redah salji. Harap semua episod "the making" dalam Youtube boleh dikompilasikan jadi bonus DVD.

By the way, love their Suomi slang...

_____
Ada apa: Darwinism?

Ada Apa Dengan Showtime, Storytime?


Nightwish bakal mengeluarkan DVD live bertajuk Showtime, Storytime yang dirakam semasa mereka menjadi headliner Wacken Open Air 2013.


Pada pendapat aku, suara Floor Jansen lebih "natural" berbanding Tarja Turunen yang terlalu operatik, dan juga lebih "matang" berbanding Anette Olzon yang agak gedik (sesuai untuk lagu pop/mainstream). Dan yang paling penting penampilan Jansen lebih metal berbanding Turunen dan Olzon, hahaha! (mungkin dah terbiasa dengan Jansen semasa dalam After Forever).

Dan mulai semalam (9/10/2013) Jansen telah menjadi penyanyi tetap Nightwish secara rasminya (sumber) dan bukan lagi sebagai seasonist, hell yeah! - Seperti mana yang aku jangkakan dalam entri ni.

_____
Ada apa: Abang Marco (Hietala) dah guna Warwick Buzzard wooo~ Infinity dan Vampyre dah tolak tepi ke bang?

Ada Apa Dengan Novum Initium?


Pejam celik pejam celik, aku dah terlepas pandang album studio terbaru Masterplan iaitu Novum Initium yang dikeluarkan beberapa bulan lepas (14/6/2013).

Image linked from Heavy Paradise blog.
Tapi malangnya sayangnya untuk album ni, sekali lagi ia tidak dialuni dengan suara epik Jorn Lande dan digantikan dengan vokalis baru Rick Altzi. Bila berganti vokalis, impaknya amat ketara berbanding pertukaran ahli muzik lain (sama kes album ketiga mereka MK II), sedikit sebanyak membuatkan aku kurang teruja untuk memiliki album ni.

Tengoklah kalau ia tersenarai dalam estock_deutschland, mungkin aku akan beli... More info please visit Masterplan official page.

_____
Ada apa: Time To Be King, album Masterplan yang bermakna :)

Ada Apa Dengan Connect?


Dah lama tak mengikuti perkembangan kumpulan rock Ostorlia Australia Sick Puppies ni. Album (EP) unplugged mereka Polar Opposite pun aku tak "cekidaut" lagi. Tup-tup sekarang dah ada album baru bertajuk Connect yang dirilis secara rasminya pada 16/7/2013 yang lepas.

Image linked somewhere from the net.
Dengar khabar album kali ni Emma Anzai juga menyanyi untuk beberapa buah lagu, rentetan daripada peminat Sick Puppies yang mahupan Emma menyanyi selepas lagu White Balloons dalam album Tri-Polar.


Ya, akupun sekali-sekala layan juga genre lain seperti alternative rock dan pop (Belinda Carlisle dan Nassier Wahab sebagai contoh), taklah metal sepanjang masa. Harap-harap Polar Opposite ada tersenarai estock_deutschland. Nanti nak cuba sedut sessi pra-dengar album Connect ni.

Info lebih lanjut boleh layari website rasmi Sick Puppies atau Facebook mereka.

_____
Ada apa: Oh Emma~

Ada Apa Dengan Super Collider?


Baru ada masa untuk berblog hari ni, semenjak minggu lepas tak ada masa nak menaip entri sebab sibuk travelling dengan kursus ICT di Melaka dan seterusnya cuti balik kampung Mrs. Ijau sempena cuti panjang Gawai Dayak. Entri terjadual (scheduled entry) pun berterabur sampai entri Wordless Wednesday keluar hari Selasa.

Hari ni pun Sarawak masih cuti (cuti gantian) disebabkan cuti Gawai bertindih dengan cuti Keputeraan SPB Yang Di-Pertuan Agong dan cuti hujung minggu.

Imej cilok.
Oh ya, cerita pasal album terbaru Megadeth Super Collider yang katanya dilancarkan secara rasmi semalam (4/6/2013) di bawah label Abang Mus sendiri Tradecraft (sebelum ni di bawah label Roadrunner).

Album terakhir Megadeth yang aku layan ialah Endgame, dan selebihnya layan album lama dan kompilasi. Album Th1rt3en sebelum ni pun aku belum berpeluang membeli atau pra-dengar (sedut) lagi. Tengoklah macam mana komen dan reaksi geng-geng bloggers lain yang kaki minat Megadeth (lebih-lebih lagi Doc Ben) mengenai album terbaru Megadeth ni.

Lagipun, seperti album-album Megadeth sebelum ni memang senang nak cari di pasaran Malaysia, sama seperti album-album Metallica dan Iron Maiden. Tak payah susah-susah cari di eBay, kecuali harga eBay lebih berbaloi dan murah di bawah RM40.

_____
Ada apa: Atau estock_deutschland?

Ada Apa Dengan Silverthorn?


Album studio ke-10 Kamelot - Silverthorn, yang katanya akan dipasarkan pada penghujung bulan Oktober ni (26th in Germany, 29th to the rest of Europe). Info lebih lanjut sila layari website rasmi Kamelot.

Aik? Dah 10 rupanya album studio Kamelot ni, aku cuma ada lima daripada album studio mereka dalam koleksi - Karma, Epica, The Black Halo, Ghost Opera dan Poetry For The Poisoned. Ya, antara album-album Kamelot zaman Roy Khan.

Cover art yang cantik - Imej Wikipedia.
Silverthorn merupakan album Kamelot pertama bersama vokalis baru Tommy Karevik. Aku tak pasti macam mana "kualiti" lagu-lagu Kamelot bersama vokalis baru ni, sebab aku minat Kamelot kerana vokal Roy Khan yang mendayu-dayu.

Tengoklah nanti kalau ada masa aku nak pra-dengar lagu-lagu daripada album ni, sama ada melalui youtube ataupun melalui aktiviti sedut-menyedut. Kalau melekat, pastinya masa untuk mencarinya di eBay.

_____
Ada apa: Ada masa aku nak cover lagu Abandoned...

Ada Apa Dengan British Lion?


Berapa banyak populasi singa di Britain?

Nampak macam serigala je...
Imej link dari Facebook Iron Maiden.

Agaknya bassline lagu-lagu dalam album ni bunyi "ketung-ketung" juga kot?

_____
Ada apa: Up the lions!

Ada Apa Dengan The King Of Metal?


Entri kali ni tak ada kaitan dengan album Manowar Kings Of Metal, tapi nak cerita sedikit pasal album terbaru Blaze Bayley (sebagai penyanyi solo) - The King Of Metal yang dirilis secara rasminya pada 8/3/2012.

Ya, sebagai penyanyi solo dan bukan lagi dengan band Blaze Bayley (The Man Who Would Not Die, Promise And Terror) mahupun Blaze (Silicon Messiah, Tenth Dimension, Blood And Believe).

Cover art yang ringkas, dan kita tahu sibotak tu ialah Bayley.
Imej link dari Wikipedia.

Menurut kata Bayley, album ni ditujukan khas kepada "raja metal" yang sejati - iaitu peminat, yang telah banyak menyokongnya sepanjang suka-duka karier bergelar penyanyi metal.

Daripada pra-dengar beberapa lagu di YouTube, lagu-lagu dalam album kali ni agak "longgar" berbanding Promise And Terror dan The Man Who Would Not Die. Tapi aku suka lagu di bawah ni...

Lagu yang agak tak metal, tapi dapat dirasakan kekuatan vokal Bayley yang penuh dengan emosi, kadang-kadang kedengaran seakan-akan suara Glenn Danzig ketika berteriak.

Walaupun terdapat pelbagai kritikan mengenai album ni, aku akan pasti berusaha untuk mendapatkannya. Masa untuk mencari album ni di eBay.

Nak cuba pra-dengar album Wolfsbane Save The World pula lepas ni.

_____
Ada apa: Dr. Ben, bila nak jual Tenth Dimension?

Ada Apa Dengan Imaginaerum?


Released in Europe on 30/11/2011, worldwide 6-16/1/2012 - aiseh macam mana aku boleh terlepas pandang album terbaru Nightwish ni? Sekali dengar pre-listen album ni mood muziknya tak jauh beza berbanding album sebelumnya, mungkin disebabkan faktor vokal Anette Olzon kot?

Imej Wikipedia.

Harap-harap boleh jumpa di Speedy Video (tapi kalau versi Malaysia Edition kirim salam sajalah), kalau boleh aku taknak order melalui eBay untuk album-album yang boleh didapati di Malaysia. But, if all else failed... eBay jugalah jawabnya.

_____
Ada apa: Marco! Marco!

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (55) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (41) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (60) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (485) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (46) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (23) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger