Showing posts with label tahi suci. Show all posts
Showing posts with label tahi suci. Show all posts

Sekitar Metal United World Wide Bintulu


Sabtu (15/06/2019) - Metal United World Wide yang serentak di seluruh dunia, di Malaysia untuk 2019 hanya Bintulu dan Ipoh sahaja yang mengambil bahagian. Di Bintulu, ia di bawah kelolaan Sarawak Metal Regime.


Lokasi kejadian sama seperti gig Metuk Ulau Fest beberapa bulan lepas iaitu Teresang Bong Bi Bi. Seperti biasa hanya entri malas kosong, tiada apa-apa ulasan menarik. Mungkin blog Molotov Cocktailz bakal ada ulasan penuh.

Nogas.
Aku datang sekitar pukul 4.00 petang, acara bermula setengah jam kemudian dengan persembahan daripada Nogas dan Tahi Suci. Banyak merchandise yang menarik, tapi pasca-raya ni faham-faham sajalah.

Tahi Suci.
Selepas itu, giliran Curse Of God (COG), dah lama tak tengok persembahan COG semenjak gitaris/vokalis Donny yang agak kurang sihat sebelum ini.


Rashid Malim, tukang pukul COG merangkap "abang kawasan" (yang nampak semakin berisi) sedang memasang Pearl M1440 piccolo snare, pernah ada dalam entri AADI tujuh tahun lepas.

Curse Of God.
Selain piccolo snare tadi, ketiga-tiga axes yang digunakan COG juga memiliki cerita tersendiri dalam blog AADI. Pertama, bass Ibanez GSR200EX suatu ketika merupakan bass aku (ex-Clover). Kedua, superstrat Warnell putih pernah masuk untuk servis dan tukar pikap. Ketiga, Cort VX-2V Donny juga ada sejarahnya dalam AADI.


Juga menggamet memori ialah Boss DD-3 yang digunakan Donny, dilepaskan tahun lepas untuk dana-dana segera ketika anak ketiga aku beberapa kali keluar-masuk wad sebab G6PD dan jaundis. Habis persembahan COG, aku balik untuk mengejar curfew aku pukul 6.00 petang.

Larrong featuring Amunk.
Sebelah malam dapat keluar sekitar 8.30 malam, kali ini sempat menyaksikan persembahan Larrong. Tapi atas sebab-sebab tertentu, tidak disertai oleh vokalis dan bassist menyebabkan setlist mereka menjadi pendek. Dengan vokalis jemputan Amunk (Koersive Forse) untuk lagu cover Slayer, Angel of Death kalau tak silap.

As-Sahar.
Ok, aku tak follow As-Sahar, cuma penghujung 90an atau awal 2000an dulu pernahlah juga dengar kompilasi As-Sahar bersama-sama beberapa band underground Malaysia lain (apa nama kompilasi tu?). Lagi satu aku ingat, waktu itu Takilala suka guna "Tinggam" sebagai nickname online, kah kah kah...


Seperti biasa, lepas habis persembahan utama akan ada sessi fotografi camaraderie metal Sarawakian gitu. Bak kata vokalis As-Sahar "korang tak ramai, tapi korang united". Carilah yang berjaket quantum realm Avengers dalam tu...

_____
AADI: Agi idup agi metal! Ai lemened anang kurang...

Sekitar Metuk Ulau Fest


Sabtu (20/04/2019) - Dikatakan sebagai gantian untuk dua gig yang (terpaksa) dibatalkan iaitu Sarawak Metal Regime, Miri (20/04/2019) dan Rock In Sibu (21/04/2019). Band highlights - Suaka, Vociferation Eternity, Larrong - sepatutnya beraksi semasa SMR/RIS ada beraksi dalam gig ini. Dan jika tidak melibatkan masalah birokrasi, mungkin band Defiled juga dapat beraksi.

Tahi Suci.
Di Bintulu, pengurusan diserahkan kepada Metuk Ulau Underground Voices (MUUV) dan Teresang Bong Bi Bi Club menjadi lokasi kejadian. Untuk entri ini, aku tidak mengulas, hanya entri malas kosong. Nantikan ulasan penuh dalam blog Geng Kereta Sapu atau Molotov Cocktailz.

Koersive Forse.
Pintu dibuka sekitar 2.30-3.00 petang, aku tiba sekitar 3.30 sempatlah mencari muka-muka yang dikenali untuk menempel. Persembahan bermula sekitar 4.00 petang oleh band penganjur *Tahi Suci sebagai pembuka gelanggang.

Nogas.
Kemudian diikuti oleh Koersive Forse dan Nogas, satu merupakan nama baru yang mula menunjukkan taring dan satu lagi merupakan taring besar dalam scene bawah tanah Bintulu mutakhir ini.

Nimang Ensera.
Sebelum habis persembahan Nimang Ensera, aku balik sekitar pukul 6.30 petang (terlepas curfew pukul 6.00) untuk menguruskan anak-anak dan hal rumah tangga.

Sebelah malam sempat menyempat untuk keluar, sampai sekitar 8.30 malam, terlepas pula persembahan Larrong.

Suaka.
Atas sebab-sebab tertentu, dikatakan equipment Suaka masih di Miri. Maka mereka membuat persembahan dengan equipment pinjaman.


Antaranya bass Warlock PFG5 (ex-Francesco) milik Herman Akmal dan RG7321 milik Edan (Tahi Suci).

Vociferation Eternity.
Dan persembahan Vociferation Eternity menjadi penamat. Kali ini line-up tidak disertai oleh Dr. Bentara dan Deadzid seperti gig mereka di Sibu beberapa tahun lepas.


Sempatlah juga masuk dalam family photo. Satu-satunya gesture "peace" dalam puluhan (ratusan?) gesture "cornas/maloik". Dan senyap-senyap meloloskan diri sekitar pukul 10.00 malam selepas mendapat talian hayat. Tamat.

*Kenapa bukan MUP? Metuk Ulau Fest tanpa Metuk Ulau Project? How ironic. MUP hanyalah cover band tanpa material sendiri selain PDAP, masih belum layak untuk beraksi dalam liga sebesar ini.

_____
AADI: Tak tahan asap rokok berkepul-kepul.

Wordless Wednesday: Fest, Without Project



Cilok dari Facebook MUUV.
_____
AADI: Backdated.

Duncanised Edan's RG7321


Ibanez RG7321 ini kepunyaan gitaris kedua Tahi Suci, Edan (ya, Tahi Suci sudah semakin membesar), dihantar untuk dipasangkan dengan set pikap Seymour Duncan Black Winter 7.


Antara gitar bertali tujuh idaman aku sekitar 2010 dahulu, ketika kemaruk dengan album Blaze Bayley Promise And Terror. Tapi sampai sekarang belum ada gitar bertali tujuh dalam axology.


Black Winter 7 set, yang katanya diperolehi daripada Dead Eye Guitars, begitu juga dengan RG7321 tadi. Tuan punya agak terkejut kerana dapat tahu yang aku telah memperolehi berbelas-belas gitar daripada DEG sebelum ini.


Masalah utama yang aku hadapi ialah membuka skru pikap jenis direct mount, terlalu ketat sehinggakan menjadi loose (busted). Jika menggunakan pickup ring, skru-skrunya lebih mudah dibuka.

Hanya satu skru sahaja yang berjaya aku buka, tiga lagi memang tak dapat aku buka tanpa menjejaskan badan gitar. Aku tak nak gamble, nanti rosak gitar orang. Aku hubungi tuan punya dan menceritakan masalah ini dan tuan punya bersetuju untuk mencabutnya sendiri.


Hari berikutnya tuan punya sendiri datang dan mencabut skru-skru menggunakan playar tirus. Ditambah dengan brute force, sudah pasti tidak dapat lari daripada merosakkan (sedikit) bucu kaviti pikap. Tapi, demi Black Winter, kerosakkan sebegini sanggup diterima berbanding membatalkan projek ini.


Pematerian pikap pada suis lebih mudah berbanding pematerian pada pot. Pendawaian suis lima arah berpandukan diagram daripada website Seymour Duncan (yang aku rasa macam ada yang tak kena?).

Daripada diagram (di bawah) adakah posisi (1) bridge (2) bridge/neck (3) neck (4) neck/bridge-split (5) neck-split/bridge-split? Bro Yustech, mohon pencerahan?


Tapi tak mengapa (parap-parap) asalkan semua posisi ada perbezaan bunyi dan tuan punya berpuas hati dengan pendawaian ini walaupun diberi opsyen untuk menggunakan diagram pendawaian asal Ibanez.


Bucu yang rosak tadi dihitamkan menggunakan marker pen sebagai restorasi kosmetik sahaja. Fret dicuci, action direndahkan (masih tinggi bagi pendapat peribadi aku) dan diintonasi untuk talaan B-standard. Fixed bridge begini lebih mudah diintonasi berbanding jenis TOM.

Hmmm... Perlukah aku ada gitar bertali tujuh dalam axology? Atau hanya gunakan opsyen talaan baritone pada geng-geng bertali enam?

_____
AADI: Lebih selesa dengan Sentient/Pegasus berbanding Black Winter.

Bintulu Street Jam Vol. 4


Sabtu 15/9/2018 - Street Jam merupakan aktiviti jamming secara terbuka anjuran Riego Studio dan Pemuzika, sudahpun masuk kali keempat penganjurannya. Berkonsepkan seperti Jammed Of The Beast yang lebih kepada sessi jamming beramai-ramai berbanding gig, bermula jam 2.00 petang hingga 11.00 malam.


Disebabkan bertembung dengan Pesta Tanglung dan Hari Malaysia, semua venue major sedang digunakan, maka Pantai Tanjung Batu (area food truck) dipilih menjadi venue kali ini.

Katanya inilah Street Jam yang ter"happening" setakat ini berbanding tiga sessi sebelumnya dengan penyertaan 26 buah band, termasuk dari luar Bintulu dan Negara Brunei Darussalam, diadakan selama dua hari berturut-turut (15-16/9).

Silhouette Pendekar Mustar.
Lokasinya agak strategik, pentasnya berada di lerengan bahagian atas manakala kawasan berniaga di sebelah bawah. Selain food truck, juga terdapat car boot sale dan gerai-gerai biasa.

Harapnya lokasi berniaga ini lebih lama bertahan berbanding lokasi BCBS yang hanya HHTA. Lagipun lokasi Tanjung Batu yang memang menjadi tumpuan umum pada petang hujung minggu untuk bersosial, beriadah dan bersukan.


Aku yang baru sahaja dapat lesen keluar habis bercuti "paternity" pada mulanya datang hanya sebagai pengunjung, tetapi pada saat-saat akhir membuat keputusan untuk turut "berniaga" dengan menumpang booth khas yang disediakan oleh penganjur untuk band yang terlibat menjual merchandise mereka (t-shirt, CD, sticker, dll).

Flowers.
Datang sekitar pukul 3.00 petang, sempat menyaksikan persembahan band dangsanak dari Negara Brunei Darussalam iaitu Flowers, Pemuzik Kena Reject dan satu band lagi aku lupa nama, maaf.

Pemuzik Kena Reject.
Maaf jika tiada ulasan untuk setiap band yang membuat persembahan. Entri aku kali ini agak umum dari kacamata seorang pengunjung dan peniaga.


Booth penganjur yang strategik, betul-betul di bawah pentas. Sambil berniaga sambil layan gelagat penonton. Dan kadang-kadang menjadi responden soundcheck FOH untuk area bawah pentas.


Seperti biasa, scene Bintulu agak unik, pelbagai genre boleh bernaung di bawah penganjuran yang sama. Penonton, groupies dan pengunjung pun agak sporting walaupun malu-malu pada mulanya. Tapi untuk band yang muziknya lebih berat, dijadualkan untuk persembahan slot sebelah malam - contohnya Erectus dan Tahi Suci.


Oh ya, aku mencuba nasib menjual aksesori kegitaran seperti pick/plectrum, tali gitar, strap lock dan slide. Kebanyakkannya merupakan stok peribadi, dan tidak disangka atas sebab-sebab tertentu, jualan pick paling memberangsangkan. Meja sebelah merupakan barangan distro Metuk Ulau Underground Voices kelolaan Adi Herman Pendekar Mustar.


Nazre (team penganjur), Adi dan bassist band Flowers. Nazre berasal dari Limbang, Adi pula ada darah Kedayan, masuk lagi diaku... Nah kali ani tah, bisai kurapak biskita dangsanak...


Persembahan terakhir slot petang oleh band The Jagindas yang rata-ratanya merupakan ahli NV Unity. Aku tak pasti sama ada pertikaian nama atau penjenamaan semula.

Atas sebab-sebab curfew tanggungjawab kepada keluarga, aku balik sekitar pukul 6.00 petang. Barangan dagangan ditinggalkan dan bakal diteruskan oleh penganjur dan Adi. Slot malam dijadualkan bermula pukul 8.00, tapi aku tidak dapat datang atas sebab-sebab yang sama. Jadi, layan sajalah video persembahan Tahi Suci di bawah ini.



Bersambung...

_____
AADI: Segan dan terharu bila ramai yang bertanya bila MUP nak join gig.

T-Shirt Tengkorak (Part 7)


T-shirt SMR bersempena gig Sarawak Metal Regime 2018 pada 5/8/2018 yang lepas di Black Box Borneo, Kuching. Kali ini versi emas, aku terlepas versi hijau gig sebelum ini.


Diperolehi menerusi perantaraan Azrul yang menyertai band Tahi Suci, satu daripada band yang membuat persembahan semasa gig tersebut. Ulasan gig ini kita tunggu entri blog Molotov Cocktailz Adi Herman yang juga merupakan frontman Tahi Suci.


Oleh kerana saiz gergasi sudah habis lebih awal, Azrul hanya berjaya mendapatkan saiz XL untuk aku yang cukup-cukup muat perut boroi aku bagai pembungkus nangka, kah kah kah...


Woven patch SMR, antara merch yang teringin untuk dimiliki, sebahagian daripada kombo pembelian Azrul. Aku tidak ada battle jacket, dan mungkin tidak akan memilikinya. Tetapi patch ini akan dilekat pada gigbag gitar.


Juga disertakan dengan dua flyer gig tersebut, satu daripadanya memiliki autograf daripada ahli kumpulan Impiety yang juga merupakan persembahan utama pada gig tersebut.

Rajin membeli t-shirt SMR sebegini kerana boleh dijadikan uniform semasa persembahan pentas MUP, contohnya di sini, di sini dan di sini. Hampir kesemua ahli MUP memiliki t-shirt SMR, dan sebagai tanda MUP merupakan wakil SMR untuk scene upper-ground (yes, upper) Bintulu.

_____
AADI: Kalau scene underground Bintulu, dah banyak band wakil SMR.

TxSx Yang Masih Suci


TxSx - gelaran yang lebih "mesra dan suci" untuk Tahi Suci.


Gambar diambil selepas persembahan mereka semasa gig Borneo Attack 2 yang berlangsung di Telaga Kumang Sabtu lepas.

Harap maaf kerana AADI tidak ada liputan dan gambar-gambar menarik sekitar gig ini kerana aku hanya dapat datang sekitar 4.00 petang setelah selesai tugasan di rumah. Di tempat kejadian pun aku hanya lepak di luar dan tak masuk atas sebab-sebab peribadi.

Liputan, cerita dan gambar-gambar menarik ada disiarkan dalam blog Molotov Cocktailz.

_____
Ada apa: Dah istinjak?

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (171) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (72) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (2) arlo (10) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (5) bag/case (91) barbarik (4) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (13) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (15) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (341) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (33) blind guardian (22) blogging blues (79) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (78) botb (21) bourns (5) boxing (68) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (83) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (49) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (25) dean markley (5) decathlon (9) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (69) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (29) edwards (1) ehem (36) eksperimen (94) electro-harmonix (34) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (286) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (39) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (46) es-335 (2) esp/ltd (246) estock (72) evanescence (1) everlast (12) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (21) filler entry (47) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (9) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (57) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (26) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (39) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (9) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (9) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (239) icb200ex (15) iced earth (10) icon (55) imago (71) imitation (3) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (7) iron maiden (178) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (300) j5 (15) jackson (78) james hetfield (1) jamming (165) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (6) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (26) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (38) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (117) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (115) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (16) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (21) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (89) lil (31) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (597) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (28) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (12) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (9) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (475) mercyful fate (11) metallica (104) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (21) muf (9) mug (3) mukah (19) mup (171) music bliss (35) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (15) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (265) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (9) nylon maiden (2) of string (30) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (9) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (83) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (373) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (70) pepatung (4) peristiwa (36) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (65) pick (72) pickup swap (105) pickups (231) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (40) plustop pro (1) pm2011 (18) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (44) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (33) restring therapy (116) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (3) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (13) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (52) sibu (11) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (77) solar (1) sonata arctica (3) sony (34) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (19) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (193) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (13) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (34) sx (10) sze chan (1) t-shirt (68) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (24) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (48) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (19) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (129) tribute (66) trivium (21) tsb6 (7) tuner (38) tv (34) ugly kid joe (4) ultra swede (9) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) when wife cooks (1) wilkinson (1) wings (35) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (490) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger