Agak kecewa pada mulanya! Bukan kecewa pasal BoBoiBoy (payahlah nak taip macam ni, aku taip Boboiboy dahlah~), tapi kecewa sebab filemnya tidak ditayangkan di
Star Cineplex, City Point Bintulu (satu-satunya pawagam di Bintulu, setakat ini) pada bulan Mac lepas.
Bila Radin Music mengiklankan DVD rasmi filem animasi ni beberapa hari lepas di Facebook, aku terus order satu. Diterima beberapa hari lepas bersama
Fanatisme. Memang tak berganjak Lil'Ijau (dan si ayah) hampir dua jam layan Boboiboy ni, esoknya ulang lagi...
Ya, aku dulu kira selalu juga layan siri Boboiboy ni tiap-tiap minggu (
entri lama). Tapi semenjak TV3
suku mengubah siarannya ke sebelah petang, aku dah jauh ketinggalan, rasanya satu musim kot? Kali terakhir aku layan, sampai episod
BuBaDiBaKo. Jadi aku agak samar-samar bagaimana Boboiboy dapat menguasai
suiton elemen air dan
katon elemen api.
Tapi tak mengapa (parap-parap), bak kata
Berteromber dalam entrinya beberapa bulan lepas - "
Tak rasa pun kalau anda tak pernah menonton siri tv nya anda akan "lost". Cuma mungkin akan kurang "feel"nya. Kerana movie ini adalah kesinambungan dari siri tv".
Dan betul kata
Zul D'Arsil, penghujung cerita Boboiboy buat
kage bunshin kuasa tujuh (bukan lima). Ada dua elemen baru; daun/duri dan solar (spoiler ke ni?), mungkin akan diterangkan dalam musim akan datang -
Boboiboy Galaxy(?).
Kembali kepada pakej DVD, memiliki tiga bonus material; di sebalik tabir (the making of) dan dua video muzik
Masih Di Sini (Bunkface) dan
Di Bawah Langit Yang Sama (D'Masiv). Bab di sebalik tabir tu baru dapat tau yang suara "kebenaran" Papa Zola sebenarnya adalah suara pengarahnya Nizam Razak (juga suara untuk Bago Go) kes jimat bang hahaha...
Tahniah kepada team
Animonsta serta pihak-pihak lain yang terlibat (ada sentuhan
Imagica) kerana berjaya menerbitkan sebuah filem animasi 3D bertaraf antarabangsa. Akhir sekali, kalau nak beli, belilah DVD yang original edaran
Rusa Music.
_____
Ada apa: Tak nak bandingkan dengan
Upin & Ipin, sebab lain kategori/genre.