Katanya beberapa hari lepas (22/07/2026) game Quake menyambut ulang tahunnya yang ke-30. Game bergenre FPS yang ketiga aku kenal selepas Doom dan Heretic.
Mula memainkan versi shareware penghujung 1996 daripada CD demo majalah PC UK (aku lupa apa tajuk) yang dipinjam daripada Cimmat (abang Takilala), kemudian memiliki versi penuh awal 1997. Dan antara game terawal yang dimainkan secara deathmatch bersama rakan-rakan di sebuah cyber cafe di Sungai Dua, Penang bernama *Cyber Hut sekitar 1997-1998 dulu.
_____ AADI: *Tempat aku mula-mula buat emel Hotmail/Yahoo.
Album yang menyambut ulang tahunnya yang ke-30 semalam (29/4/2026) - Louder (seperti yang ditulis pada kaset versi Malaysia, keh keh keh).
Aku mula layan album ini versi kaset yang dipinjam daripada Gaban (abang Takilala) selepas aku habis SPM penghujung 1996 dan aku masih ingat ia musim taufan Greg. Kemudian bila masuk USM tahun berikutnya, aku membelinya sendiri di Berjaya Video Sungai Dua.
"Antara album yang dilayan berabis (versi kaset) ketika bulan-bulan pertama aku menjejakkan kaki di USM pertengahan 1997. Ketika itu (naively) aku berpendapat Manowar adalah lebih heavy daripada Metallica (ironinya, dua-dua mengalami sindrom kecairan metal). Oh ya, dengan album ini juga aku berjaya me"metal"kan rakan sebilik aku yang agak nerd, hahaha..."
Kecuali dua lagu instrumental (Today Is a Good Day To Die, My Spirit Lives On), hampir kesemua lagu-lagu aku masih boleh sing-a-long lirik-liriknya walaupun dah lama tak dengar. Pasti akan mengembalikan memori menghuni Desasiswa Fajar USM 1997. Courage merupakan anthem kami (geng-geng nerd) yang juga kebetulan selari dengan hobi kami ketika itu; game Diablo dan buku-buku Ian Livingstone Deathtrap Dungeon dan Trial Of Champions.
Aku rasa inilah album terakhir Manowar yang aku rasa enjoy didengar. Selepas album Warriors Of The World, aku seperti sudah berhenti mendengar Manowar.
_____ AADI: Battles are fought by those with the courage to believe...
Terjumpa video ini di YouTube beberapa hari lepas, adalah juga modal untuk dibuatkan entri. Video tersebut dimuat naik sekitar September 2024, jadi boleh dikirakan masih baharulah suasananya berbanding Google Street View yang ada sesetengah lorong masih bertarikh Januari 2021.
*Tahun 2000-2004 hampir setiap hari aku melalui jalan yang sama dari Sunny Point (Batu Uban) sehingga ke shoplot University Heights kerana bekerja di sebuah premis ICT sekitar minit @6:35 yang kini sudah diganti oleh premis Safina.
Januari 2021.
Jun 2014.
Jalan utama @ September 2024.
Ada beberapa premis lain sezaman aku di shoplot University Heights yang aku nampak (signboard) masih bertahan; antaranya Lai Photostat, Micro Ram (dah tutup?), Mindmaker, Sri Saujana Stationeries, Ghee Motor dan Cheah Optometrist.
Kalau selepas Lorong Sungai Dua sehingga Jalan Helang pula juga ada beberapa premis di shoplot Sri Saujana, Golden Phoenix, Desa University dan Vanda yang masih bertahan.
Sri Saujana - KFC, Purple Red Studio, Poliklinik Perdana.
Golden Phoenix (dulunya Cafe Mandarin/Bali Bali Cafe) tempat Abu Nasi Kandar, Brothers barber.
Desa University - McDonald's, Pizza Hut, Baskin-Robbins, 7-Eleven.
Fuh, tempat-tempat ni semua menggamet kenangan. Ini semua neighbourhood aku zaman remaja awal 20-an, zaman liar, zaman "independent", zaman "wasted years"...
"Kali terakhir aku turun Penang penghujung tahun 2009, sebab ada Kursus Kenegaraan. Tahun-tahun sebelumnya memang aku akan turun Penang setiap kali musim Konvokesyen USM. Mungkin suatu hari nanti aku akan bawa Mrs. Ijau dan anak-anak melancong ke Penang."
Sudah lama tidak membeli game Steam, kali terakhir The Bard's Tale setahun yang lepas. Itupun hamya sempat dimainkan 2-3 jam sahaja, lepas tu "PC gaming fatigue", kembali berkonsol PS4.
Tergerak hati mendapatkan game Black Mesa yang kebetulan ada promosi pada harga RM12.25 (harga asal RM49.00). Ia merupakan game fan-made remake Half-Life (original 1998) menggunakan enjin Half-Life 2 (Source) dan dirilis sekitar 2020. Cerita lanjut boleh rujuk Wiki.
Selepas habis dimuat turun, sedar tak sedar leka memainkannya berlarutan hingga empat jam. Mungkin akan dapat dihabiskan hujung minggu ni. Setiap level mengingatkan aku mula-mula memainkan Half-Life ketika musim cuti semester 1999, seperti yang selalu aku ceritakan jika ada throwback gaming zaman student USM dulu.
"Yeah, yeah... Half-Life, another hit game from the 90's (1998 to be precise), PC game yang mula-mula mencatatkan benchmark rekod non-stop gaming aku - 13 hours non-stop! This record was later broken in 2008 when I played Fallout 3 - staggering 15 hours!"
Album ke-10 Iron Maiden The X-Factor menyambut ulang tahun yang ke-30 hari ini. Sudahpun dirapukan dalam entri ulang tahunnya ke-26 empat tahun lepas. Entri dan gambar kali inipun aku kitar semula daripada entri tersebut.
Versi kaset dibeli pada 27/08/1998.
"cerita nostalgia di sebalik album ni... kaset album ni aku beli somewhere in sept-nov 1998 kat sunshine square, penang. aku beli time cuti semester, semua housemate rmh sewa blk kmpg tggl aku je sorg2 kt rmh... lyn lagu2 dlm album ni time kesunyian smbl menghabiskan masa cuti semester dgn bermain game carmageddon, tomb raider ii dan half-life... keje part-time plak belah malam"
Lagu-lagu dalam album ini sememangnya menggamet memori-memori yang tertulis pada perenggan di atas tadi, haih~ c'est la vie!
Dalam media sosial dan website Blaze Bayley pun sudah mula mempromosikan tour ulang tahun ke-30, katanya akan memainkan lagu penuh daripada album ini. T-shirt rasmi tour pun nampak menarik, mungkin akan cuba mendapatkannya kalau ada bajet.
Akan cuba cover lagu Man On The Edge bersama MUP, kali ini bikin jadi oh!~
Terasa macam baru saja aku buat entri sedekad album ini, pejam celik pejak celik, hari ini sudah dua dekad jadinya album solo Bruce Dickinson kegemaranku ini - Tyranny Of Souls.
Bukan lagi menjadi album "terkini" Bruce Dickinson kerana tahun lepas sudahpun dirilis album The Mandrake Project. Dan seperti album-album terkini artis/band lain kegemaranku, juga belum tergerak hati atau berusaha untuk mendapatkannya.
Ia akan sentiasa dalam sirkulasi album-album yang selalu dipasang dalam kereta (Silvia - versi mp3, Imago - versi JSCD) untuk pemanduan harian mahupun jarak jauh. Maka akan terpiculah memori tahun-tahun terakhir "wasted years" aku di Penang.
_____ AADI: Belum tercapai hajat untuk cover Abduction dan/atau The Power Of The Sun.
Terjumpa relik zaman menuntut di USM Penang dulu ketika mengemas bilik di rumah kampung beberapa minggu lepas. Koleksi tiket kapal terbang dan pas masuk Malaysia Airlines (MAS) BKI-KUL, KUL-PEN sekitar 1997-2001.
Dulu menaiki MAS terasa eksklusif kerana penghujung 90an terbang sana-sini belum lagi menjadi kebiasaan. Ketika itu Air Asia belum lagi gah seperti awal 2000an, masih logo kepala helang. Orang Borneo terpaksa berbelanja besar jika menuntut di Semenanjung.
Kalau guna duit sendiri hanya mampu balik setahun sekali, mujurlah pihak biasiswa juga ada menyediakan tambang ulang-alik setahun sekali. Dapatlah balik dua kali setahun, sekali waktu cuti panjang semester dan sekali waktu raya.
FYI, harga tiket Kelas Golden Club (business class) untuk penerbangan malam lebih kurang sama seperti harga tiket Kelas Ekonomi penerbangan siang. Kalau ada peluang memang aku pilih Golden Club. Lagilah terasa eksklusif, lebih-lebih lagi untuk remaja bawah 20 tahun merantau solo. Ya, dulu ada penerbangan malam dan awal pagi yang harganya lebih murah.
Diambil gambar kenang-kenangan untuk modal entri AADI ini sebelum dilupuskan bersama-sama barangan lain yang sudah 30 tahun terperap dalam laci dan almari bujang aku.
Ini sebenarnya entri yang dibuat bersempena ulang tahun ke-20 album ini (2019) tapi terperap beberapa tahun dalam bentuk draft. Dikorek dan diolah semula untuk entri ulang tahunnya yang ke-25, esok (23/11/2024).
Pernah memiliki album ini beberapa kali dalam pelbagai format - VCD (versi JS, 1999/2000), audio CD dan DVD (Speedy Video, 2010 dan 2013).
Bagi aku, lagu yang sinonim dengan S&M ialah lagu No Leaf Clover, radio Hitz FM hampir tiap-tiap hari pasang lagu ni (ketika itu). Lagu yang otomatik mengimbau era awal tahun 2000 di Penang ketika bergelut dengan pelbagai masalah - pelajaran, kewangan, percintaan, tempat tinggal, dll.
"Dilayan sehingga awal 2000, akan mengingatkan aku pada dan musim aku ambil lesen motosikal dan layan VCD filem-filem koboi Clint Eastwood, seterusnya dapat tahu lagu runut Ecstasy Of Gold adalah daripada filem The Good, The Bad And The Ugly yang selalu menjadi intro konsert Metallica."
Beberapa hari lepas (02/11/2024) album ketiga Foo Fighters ini pula menyambut ulang tahun ke-25.
Memorinya telahpun dibuatkan entri beberapa tahun lepas semasa ulang tahun yang ke-20, jadi tak perlu diceritakan kembali.
Aku tertarik dengan satu komentar daripada netizen berkaitan isu terkini Dave Grohl;
"Dave cancels himself and we're all just like, whatever, we love you guys. Your music has done so much good, given so much inspiration and healing that no one really cares. Heal yourselves, learn to fly and come back to us."
_____ AADI: You make me dizzy, running circles in my head.
Bukan cerita pasal lagu Blind Guardian, tapi cerita pasal game rilisan 2004 The Bard's Tale yang baru sahaja dimuat turun daripada Steam setelah diiklankan harga promo RM9.75 (harga asal RM39.00) beberapa hari lepas.
Ini antara game terakhir (selain POPT2T) yang aku mainkan di Penang penghujung 2005 (versi JS) sebelum kembali ke Membakut dan menganggur pada awal 2006. Versi yang dimuat turun ini merupakan versi "remastered and resnarkled" yang juga disertakan dengan game zaman kuno The Bard's Tale I, II dan III (rilisan 1985, 1986 dan 1988).
Game paling bubar, lawak nak mampus, agak parodi kepada game RPG dan Dungeons & Dragons lain . Dengan watak utama "The Bard" yang begitu sarkastik selalu bertekak dengan tukang karut (narrator) ala Deadpool yang memecahkan tembok keempat (breaking the fourth wall). Kadang-kadang akan memberikan opsyen sarkastik ketiga untuk menyelesaikan tugasan selain dua opsyen biasa (yes/no, good/bad).
Agak janggal kerana kembali PC gaming setelah berkonsul PS4 beberapa bulan.
_____ AADI: *Katanya juga ada pada platform lain termasuk android.
Terpanggil untuk membuat entri berkaitan isu semasa Linkin Park. Biasalah kalau band ada ahli baharu, peminat mula berbelah bahagi.
Seperti yang aku pernah cerita dalam entri ini, era aku meminati LP hanya pada ketika album Hybrid Theory dan Meteora (dan tempias sikit Live In Texas). Selepas itu aku tak ambil peduli pun...
"Dalam entri itu juga aku tujukan album ini kepada seorang rakan bernama Eric Ho (Ah Kit). Malangnya bulan lepas aku baru dapat tahu yang Eric telah meninggal dunia pada 27 November 2022 kerana sakit jantung. Eric memang suka Linkin Park ketika era Hybrid Theory dan Meteora ni, sama macam aku. Antara hiburan kami dalam kereta semasa bekerja sebagai logistics/delivery ketika di Penang awal 2000an dahulu."
Giliran album studio kelima Nightwish, Once pula menyambut ulang tahun ke-20 hari ini.
Album yang memperkenalkan aku pada muzik Nightwish menerusi videoclip lagu Wish I Had An Angel yang tertonton di Yahoo! Music Nuclear Blast (ketika itu belum ada YouTube) awal 2005. Sebelum itu aku hanya kenal nama Nightwish melalui kaset album Century Child housemate aku, tapi tak ambil kisah dan tak pernah dengar pun muzik mereka ketika itu.
Aku ada dua versi CD album ini, versi AsiaLink yang dibeli di dB Music Komtar dan versi limited Edition melalui eBay. Sebuah super album yang lagu-lagunya pasti akan mengingatkan aku pada tahun-tahun akhir aku di Penang.
Satu daripada album lagu-lagu "cover" yang bertaraf soundtrack of my life (selain Masterpieces HammerFall), album Garage Inc. Metallica sudahpun berusia 25 tahun Jumaat lepas (rilisan 24/11/1998).
"lagu febret? ofkos byk lagu2 cover dlm album ni best2, tp aku rasa aku suka medley mercyful fate (aku dgr lagu ni sblm aku kenal/minat king diamond & mercyful fate), astronomy, whiskey in the jar (aku ada byk dgr versi lagu ni, versi irish drinking song best... yg metallica cover ni versi thin lizzy yg dimetalkan), stone cold crazy, blitzkrieg, so what, dan lagu2 motorhead (sama jugak, dgr lagu2 ni sblm aku kenal/minat motorhead)
versi kaset aku dah ada, aku beli somewhere in 1999 kat berjaya video, sg. dua penang. album ni kira byk memori... time tgh jiwang2 dgn junior usm hehehe, sama kes mcm album there is nothing left to loose"
Versi kaset dibeli pada 13/06/1999 manakala CDnya di-eBay dua kali - 2009 dan 2013 sebagai pelengkap koleksi. Memorinya seperti mana perenggan di atas yang dipetik daripada entri 2009 dengan gaya penulisan blog yang berbeza ketika itu.
Terima kasih kepada geng blogger Mus Speedrider aka Mamu Vinyl yang menunaikan permintaan aku untuk motovlog lagu Jalan Sungai Dua (USM) Penang. Walaupun tak seperinci butiran yang diminta, tapi bila dapat melihat tempat-tempat yang dikenali, rasa sebak pun ada...
Minit ke-14 bila masuk area bulatan Bukit Jambul ke Sg. Nibong, masuk ke Jalan Sungai Dua, Batu Uban dan terus ke Gelugor Glugoq, memang area paling banyak memori suka-duka selama lapan tahun aku di Penang (student USM 1997-2001, kerja 2002-2005).
Kali terakhir aku turun Penang penghujung tahun 2009, sebab ada Kursus Kenegaraan. Tahun-tahun sebelumnya memang aku akan turun Penang setiap kali musim Konvokesyen USM. Mungkin suatu hari nanti aku akan bawa Mrs. Ijau dan anak-anak melancong ke Penang.
_____ AADI: Juga terima kasih sebab tag dalam video Abu Mamu.
Sejak minggu lepas tergerak hati mendengar kembali album Voodoo ini melalui platform Spotify. Rupa-rupanya ia telahpun berusia 25 tahun pada bulan Februari lepas (rilisan 24/02/1998), terlepas buat entri anniversary.
Bila dengar balik lagu-lagunya otomatik teringat memori di sebaliknya. Pertama, ketika dalam proses pulih daripada patah hidung selepas eksiden bas 20/08/2001, sehari selepas aku beli CD album ini dan seminggu selepas aku konvo USM.
"aku layan gila2 album ni time tgh recovery drp patah hidung (eksiden bas, 20 ogos 2001 sehari slps aku beli album ni) bersama2 dgn album digimortal dan lagu2 drp after forever. so bila dgr blk, teringat memori yg menyakitkan... patah hidung yg mengambil masa 4-5 bln utk pulih"
Kedua, 10 tahun lepas album ini menjadi peneman pemanduan aku berulang-alik ke Hospital Bintulu setiap hari ketika Mrs. Ijau masuk wad kerana mengalami komplikasi janin dan terpaksa digugurkan.
Ciri-ciri begini yang membuatkan sesuatu album itu bertaraf soundtrack of my life.
Terpanggil untuk mendengar semula lagu-lagu Lefthanded yang aku ada selepas menonton temuramah Youtube Kerusi Dj Nazz bersama Datuk Nash beberapa hari lepas.
Aku cuma ada satu album studio Fanatisme dan dua kompilasi Lefthanded. Bila korek entri-entri lama, memang aku tak pernah buatkan entri pasal dua album kompilasi tersebut. Kedua-duanya sudahpun berusia 20 (Reunion - 2003) dan 31 (Seleksi Lagenda - 1992) tahun masing-masing.
Kaset Reunion dibeli di Kompleks Bukit Jambul, mungkin sekali dengan kaset St. Anger penghujung 2003. Manakala CD Seleksi Lagenda di Midvalley Megamall pada 31/5/2005 (tarikh dalam inlay) selepas balik majlis perkahwinan Joad Takilala di Kajang.
Lagu-lagu Lefthanded berbeza berbanding kumpulan rock lain pada ketika itu. Liriknya lebih berkonsep ketuhanan dan keinsanan walaupun muziknya yang agak berat.
Selepas mendengar kembali lagu-lagu dalam kompilasi tersebut, mengingatkan aku pada dua musim. Pertama, musim lagu-lagu itu hits di radio sekitar 80an, zaman kanak-kanak riang. Kedua, memori tahun-tahun terakhir "wasted years" aku di Penang (2005-2006) peneman layan perasaan bersendirian ketika itu.
_____ AADI: Tapau karaoke lima lagu Lefthanded berturut-turut.
Album ke-13 Iron Maiden ini pula menyambut ulang tahun yang ke-20 hari ini (rilisan Jepun awal seminggu 02/09/2003). Teringat entri 14 tahun lepas dengan gaya penulisan yang berbeza ketika itu...
"album dance of death plak aku beli cd pirated (hehehe... sori harris) kat kompleks bkt jambul penang (dkt2 nak bln puasa) bbrp minggu sblm album ni release kat msia (sbb dah release awal kat uk & europe, the power of the internet sharing) tp xpe, aku dah menebus kesalahan dgn mmbeli cd album yg ori ;) lagu febret dlm album ni - wildest dreams, rainmaker dan journeyman"
Tahun 2003 amat banyak memori positif, tahun yang mana kehidupan aku di Penang mulai tenang dan stabil selepas tahun 2002 yang agak mencabar kerana pernah tersungkur dan kecundang dari segi kerjaya, kewangan dan percintaan.
Jika Meteora mengingatkan aku pada kehidupan awal 2003, album ini pula untuk penghujung 2003. Bertahap soundtrack of my life dan satu daripada lima album Iron Maiden kegemaran peribadi selain SIT, FOTD, VIX dan BNW.
_____ AADI: Teringin nak cover lagu Wildest Dream dan Rainmaker.
Aku tak follow XPDC apatah lagi Mael sebagai individu. Tapi lagu-lagu era Kita Peng-Yu dan Brutal antara yang pasti akan menggamet memori tahun-tahun pertama aku di USM (1997-1998). Era Samurai dan V6 pun ada memori ke-Penang-annya, tapi itu era Ali.
"Walaupun album ni keluaran 1994, tapi aku hanya terlayan album ni bersama album Brutal apabila menjejakkan kaki di USM sekitar 1997-1998. Ketika mana mereka-mereka di sekeliling aku meminati XPDC, dari rakan bilik sebelah (yang kemudiannya jadi rakan serumah sewa) sehinggalah pakcik supervisor tempat aku bekerja sambilan di Sungai Dua (Penang)."
Tak nak cerita banyak, aku hanya dapat tahu beritanya daripada Facebook Joe Branko/Barbarik pagi tadi. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Terima kasih untuk muzik, memori zaman remaja dan menjadikan metal itu mainstream di Malaysia.
Esok album ini akan menyambut ulang tahun ke-20, sudah boleh dikira album klasik malar segar sepanjang zaman. Pernah diceritakan memorinya dalam entri sempena ulang tahunnya yang ke-15.
"Tidak seperti album Hybrid Theory yang agak rebellious sesuai dengan usiaku ketika ia dirilis, Meteora ini lebih tenang dan jiwa, juga sesuai dengan kehidupan aku ketika itu (2003) yang baru stabil dengan pekerjaan dan gaya hidup baru."
"Meteora ini juga aku kategorikan sebagai super album sama seperti Hybrid Theory, dan merupakan satu daripada soundtrack of my life of early 2000s. Hanya dua album ini yang aku layan, album Minutes To Midnight dan seterusnya aku dah mula cair dengan Linkin Park."
Kadang-kadang bukan setakat lagu/album tu best semata-mata, tapi disebabkan memori di sebalik lagu/album itu membuatkannya bertaraf soundtrack of my life. Dalam entri That 10 Albums Trending, album ini aku letak pada tangga ke-10.
Dalam entri itu juga aku tujukan album ini kepada seorang rakan bernama Eric Ho (Ah Kit). Malangnya bulan lepas aku baru dapat tahu yang Eric telah meninggal dunia pada 27 November 2022 kerana sakit jantung. Eric memang suka Linkin Park ketika era Hybrid Theory dan Meteora ni, sama macam aku. Antara hiburan kami dalam kereta semasa bekerja sebagai logistics/delivery ketika di Penang awal 2000an dahulu.
_____ AADI: Lepas ini tiap kali dengar lagu Linkin Park pasti akan teringat Eric.
Terkejut membaca berita pagi Sabtu lepas bila isteri beliau (menggunakan akaun Facebook Joey BPR) mengumumkan berita kematian. Padahal mala...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?