Ada Apa Dengan Nescafe Mobile Legend? (Part 2)


Tin dengan imej watak Aamon ini katanya paling biasa (common) kerana boleh didapati di premis-premis kedai runcit dan pasar raya biasa, tidak seperti Brody sebelum ini yang hanya eksklusif di Kedai Mesra Petronas.

Menurut web site Nescafe, ada dua lagi imej watak yang eksklusif di 7-Eleven (Badang) dan Shell Select (Valir). Kalau Shell Select mungkinlah tersinggah kelak...

_____
AADI: Semata-mata untuk modal entri AADI sahaja.

Wordless Wednesday: Electric Flying Iguana



_____
AADI: Backdated.

Ada Apa Dengan Tora Cafe Iced Milky Latte?


Ini antara kopi latte botol yang sedap aku pernah rasa, cukup pahit, cukup manis dan cukup lemak. Aku lupa di mana aku beli, mungkin pasar raya F. Harganya pun aku dah lupa, tapi tak sampai RM2.00 untuk sebotol berisipadu 180 ml.

Buatan PT Tirta Fresindo Jaya, Indonesia, geng-geng Kopiko Lucky Day dan Latte 78°C ni. Diimport oleh Mayora Malaysia Sdn. Bhd. Shah Alam.

Dengan saiznya yang kecil, ia mudah "diseludup" masuk ke dalam pawagam, hehehe... Saiznya juga merupakan kelemahannya, kerana 180 ml rasa tak puas sekali teguk dah habis.

_____
AADI: Ada satu lagi perisa cappuccino.

IDK Gig Rig #8: TC'ed Fly Rig


Aku agak kurang mesra dengan gig-rig jenis stompbox, sudah beberapa kali dicuba (tujuh kali percubaan sebelum ini #1, #2, #3, #4, #5, #6, #7). Tetapi akan sentiasa kembali menggunakan multi-effects untuk persembahan pentas atau gig/live kerana posisi aku yang biasanya menggalas dua tugas vokalis + guitar/bass perlukan rig yang ringkas. Tapi sebagai pedal nerd, memang teringin juga gig-rig seketul-seketul begini.

Ada ruang untuk satu pedal mini lagi.

Hero utama rig ini ialah Fly Rig PL1, yang ternyata amat cemerlang untuk kegunaan gig. Pedal-pedal TC Electronic hanyalah sebagai sokongan dan Cry Baby pula sebagai "hiasan" aku bukannya pandai main wah pun hahaha...

Kesemuanya dipasang pada pedal-Drain longkang v2.0 sebagai percubaan. Jika serasi, barulah dibelanjakan dengan sebuah pedalboard yang sesuai (Pedaltrain Metro, Mooer TF-16/20, Nu-X Bumblebee, dll) dan kemudiannya memikirkan punca kuasa yang sesuai, sekarang ini masih menggunakan 9v adapter dan daisy-chain sahaja.

_____
AADI: Bila terasa makin kompleks, kembali guna multi-effects, pi mai pi mai tang tu.

Ada Apa Dengan Nescafe Mobile Legend?


Terjumpa satu lagi Nescafe tin perisa original dengan imej yang menarik di Kedai Mesra Petronas. Edisi khas kolaborasi dengan Mobile Legend: Bang Bang. Jangan tanya aku pasal game ini atau apa-apa game mobile, aku tak tahu.

Menurut website Nescafe, ada empat imej watak hero dan setiap satunya eksklusif untuk premis-premis tertentu. Untuk premis Kedai Mesra Petronas eksklusif imej watak Brody. Untuk premis lain (Shell Select, 7-Eleven, dll) aku tak pasti, cuba rujuk website Nescafe tadi.

_____
AADI: Rasa? Ini Nescafe tin biasa (perisa original)..

Wordless Wednesday: Maggi Udang



_____
AADI: Ok, sedap!

Jurassic Porak


Jurassic World Dominion juga tidak terlepas daripada radar wajib tonton aku. Kali ini ditemani oleh Lil'Ijau untuk tayangan 8.30 malam Jumaat lepas, kononnya sempena sambutan Hari Ayah. Si autistik Ijau Jr. pula tidak jiwa dengan alam pawagam selepas pengalaman pertama minggu lepas menonton Sonic 2, awal-awal lagi dia kata tak nak ikut padahal alam dinosaur merupakan kegemarannya.

Menggabungkan watak-watak daripada trilogy Jurassic Park dan Jurassic World semata-mata umpanan nostalgia. Walaupun filem ini banyak elemen dan plot yang kadang-kadang tidak logik, tapi tak kisah pun sebab ia merupakan filem jenis "escapism" layan semata-mata nak tengok manusia dikejar dinosaur.

Seperti biasa filem ini tidak dapat lari daripada elemen wokeness (diversity, rainbow people, strong female character, etc.) yang seperti sudah menjadi kemestian dalam filem-filem Hollywood mutakhir ini. Tapi yang paling aku rasa menyampah ialah semua dinosaur jenis karnivor dalam setiap filem Jurassic World pasti akan sentiasa lapar walau apapun situasinya, asyik-asyik nak makan orang...

*Spoiler* ada babak kaiju battle.

_____
AADI: Kegemaran aku setakat ini ialah Jurassic Park III (2001).

Antara Swee Lee Dan Behringer (Part 3)


Dengan situasi semasa aku dan kekangan dana, mendapatkan sebuah headphone gred studio yang tegap, berkualiti, murah dan selesa dipakai dalam jangka masa yang lama lebih relevan berbanding sepasang speaker gred studio monitor untuk kegunaan multi-fx, modeler dan/atau plugins.

Dengan klausa perenggan di atas tadi, Behringer BH 770 ini dipilih, katanya klon Beyerdynamic DT 770 walaupun banyak review mengatakan ia hanya klon luaran dan bukan klon bunyi. Tapi dengan harga 1/6 daripada DT 770 apa nak dikomplen kan? Diperolehi daripada Swee Lee kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pengedar Behringer lain.

*Sudahpun memiliki Superlux HD-330 yang masih bertahan sejak 2015 (antara item terawal aku beli melalui Lazada) yang fizikalnya juga lebih kurang DT 770. HD-330 merupakan headphone aku paling ampuh setakat ini dan selesa dipakai berjam-jam untuk gaming PS4 ketika musim pandemik lepas. Cuma kelemahannya wayar bergulung (coiled) yang agak pendek (~1.0-1.5 meter) dan ia jenis semi-open.

Kualiti bunyi BH 770 juga agak subjektif, tapi pada pendapat aku bunyi-bunyian setakat ini (belum habis burn-in) memang jelas, treble tidak terlalu tajam, bass pula yang sedikit rendah berbanding HD-330, tapi lebih daripada memadai untuk kegunaan harian bersama-sama multi-fx/modeler. Kabel yang panjang (~3 meter) merupakan bonus untuk BH 770, tidak perlu lagi kabel sokongan Hosa HPE-310.

Set tali gitar Rotosound Roto Orange RH9 (9-46) pula sebagai pembelian sampingan. Swee Lee kini menjadi pengedar rasmi jenama Rotosound dan seperti biasa lebih murah berbanding pengedar/peruncit lain.

_____
AADI: *Mungkin boleh buat entri berasingan pasal headphone.

Tomb Raider Underworld Mode


Sejak beberapa hari lepas mula memainkan kembali game klasik Tomb Raider era Crystal Dynamics' Legend Trilogy (Legend, Anniversary, Underworld). Ketiga-tiga game ini masih relevan dimainkan ketika 2020an kerana gameplay dan grafiknya, tidak seperti era Core Design.

Memulakan dengan Tomb Raider: Underworld kerana aku rasa aku pernah menghabiskan game ini hanya sekali sahaja sekitar 2009 (versi lanun ketika itu). Tahun-tahun berikutnya pernah cuma untuk ulang main (versi ori, eBay) tapi biasanya sampai area kraken dah mula bosan.

Entri 2014.

Underworld ini walaupun grafiknya lebih ampuh dan Lara lebih yummy, tapi dari segi jalan cerita, puzzles dan kepuasan bermain lebih memihak kepada Legend dan Anniversary. Underworld terasa sekejap sahaja habis, dan malam tadi mula memainkan Legend.

_____
AADI: Sedang muat turun Shadow Of The Tomb Raider free trial.

Wordless Wednesday: MG-30 V3.2.3



_____
AADI: Modeling 5150 sudah diperbaiki.

6.6 #WorldStringChangeDay


Semalam (6/6/2022) katanya hari menukar tali gitar sedunia (belum rasmi) yang diterajui oleh D'Addario.

"Join us in celebrating #WorldStringChangeDay, our annual salute to the ritual of winding up a fresh set. Nothing beats the tone, feel, and renewed sense of inspiration that comes with a new string change, and there's no better time to refresh your instrument than World String Change Day!"

- Hype website D'Addario.

Tak ada pula gitar-gitar aku yang perlukan pertukaran tali baharu dalam masa terdekat ini. Kali terakhir pun abang long Goldie beberapa minggu lepas tapi dengan set Turbo Slinky (9.5-46) Ernie Ball. Kalau jenama D'Addario pula, yang terkini ialah tali bass EXL170-6 pada Francesco bulan Mei lepas.

Aku berani menyimpan stok banyak tali gitar berjenama D'Addario berbanding jenama lain kerana ia terbukti tahan lama dalam simpanan. Jenama kegemaran seterusnya ialah GHS dan Rotosound. Kalau Ernie Ball tu faham-faham sajalah, kalau nak guna baru beli.

_____
AADI: SIT pun ok, tapi susah cari.

Sonic Boom


Menunaikan janji membawa anak-anak Lil'Ijau dan Ijau Jr. menonton filem *Sonic The Hedgehog 2 di pawagam sejak ia dirilis seminggu sebelum raya (21/04/2022). Aku ingatkan filem ini sudah tiada dalam tayangan sebab sudah basi sebulan lebih, rupa-rupanya TGV Bintulu Boulevard masih menayangkannya tapi hanya eksklusif untuk Hall 7 iaitu family friendly hall.

Antara sebab utama untuk mencuba Hall 7 kerana ini merupakan kali pertama anak autistik aku si Jr. masuk pawagam, kakaknya sudah pernah dibawa menonton Frozen 2 sebelum musim pandemik dulu. Mula-mula memang dia teruja sebab skrin besar dan ramai "kawan" (budak-budak lain). Tapi selepas sejam pertama mula mundar-mandir dan berkali-kali tanya bila nak balik sebab bosan katanya, hahaha...

Spoiler - Sonic jadi Captain Marvel.

_____
AADI: *Kalau tak sempat Sonic, tunggu Minions la.

Let Go 20


Bukan cerita pasal let-go barangan kegitaran, tapi Let Go album pertama Avril Lavigne yang menyambut ulang tahun ke-20 hari ini.

Pernah diceritakan memorinya beberapa kali dalam AADI, juga satu daripada lima album yang selalu dicapai dan 10 album trending AADI.

"bila dgr lagu2 dlm album ni mcm2 memori 2003 berlegar2 kat otak aku... dahla zmn tu zmn liar aku, hehehe... time tu jugak aku tgh gila main game no one lives forever 2: spy in the HARMs way dan baldur's gate II: shadows of amn (blk keje smbg main game berjam2)"

- entri 2009.

"Rilisan tahun 2002 tetapi dilayan awal 2003, Let Go merupakan memori ketika bekerja (semula) di sebuah premis perkomputeran di Sungai Dua, Penang. Tahun 2003 baru nak stabil selepas bergelut dengan masalah pekerjaan/kewangan dan percintaan tahun sebelumnya... Tahun 2002 memang aku agak down."
"Selain itu, imej Avril (2002-2003) juga boleh aku katakan "image of a perfect girlfriend". Tiba-tiba aku teringat awek Kampung Baru yang selalu aku ceritakan tu, hehehe... Ironinya, ini sajalah album Avril yang aku ada, album kedua macam tak masuk, lepas tu terus tak follow."

- entri 2017.

Juga pernah karaoke lagu I'm With You.

_____
AADI: Juga ulang tahun ke-26 album Load.

Flashback Friday: DALnet Gathering 2000


Terjumpa flyer gathering ini semasa mengemas bilik aku di kampung semasa cuti raya lepas.

Seperti cerita memori kaset Brave New World dalam entri ini:

"Memori di sebalik album ini, kasetnya dibeli pada 03/06/2000 di sebuah kedai kaset/CD dalam Kompleks PKNS Shah Alam. Waktu itu beli kaset pun boleh dapat poster besar percuma. Pada sebelah malamnya pula ada gathering besar-besaran channel DALnet mIRC Malaysia di Intekma Shah Alam. Aku antara chatters tegar channel #rosak, satu daripada channel yang menyertai gathering tersebut. Ini merupakan kali pertama aku ke Shah Alam."

Bila tengok balik tarikh gathering 04/06/2000, rupa-rupanya kaset BNW aku beli pada hari sebelumnya.

Team #rosak yang hadir ketika itu - Jaie, Habsu (perkenalkan aku King Diamond), SheManja, Yunnie (adik SheManja), KucingPink (adik Habsu) Jogho^Kuba, Carlos.K dan Prince Lee Jr.

Gathering kedua berjumpa geng #rosak ketika gathering di Port Dickson sekitar awal 2001. Dan kali terakhir aku berjumpa dengan geng #rosak ketika perkahwinan Habsu di Sunway sekitar 2003. Kalau aku ada jumpa gambar-gambar lama, mungkin boleh buat entri throwback/flashback lagi.

Sekiranya anda ada turut serta gathering DALnet tadi tak kiralah channel apa, atau anda pernah menyertai channel #rosak (DALnet/webnet) 1999-2005 sila komen.

_____
AADI: Kali terakhir main mIRC tahun 2006.

Ada Apa Dengan Pokka Peach Oolong Tea?


Teh oolong (oolong tea) agak berbeza dengan teh hijau atau teh hitam, tapi kalau dah biasa minum teh pekat tak kisahlah hijau atau hitam, meneguk teh oolong memang tiada masalah.

Pernah nampak perisa original (tanpa gula) tapi tak ter... bila jumpa berperisa pic (peach) dan kurang gula (masih ada manis sikit) terus dibeli untuk entri AADI. Buatan Pokka Singapura dengan harga RM2.80 di pasar raya F untuk sebotol berisi pada 500 ml.

Rasa teh oolongnya agak pekat, jika tidak biasa meneguk teh hijau Jepun, memang susah nak lepas tekak. Tapi dengan rasa dan aroma pic tadi sedikit sebanyak membantu. Kalau ia manis lagi, aku rasa mungkin lebih seronok menikmatinya. Tapi sudah bertentangan dengan tujuan meminum teh oolong itu sendiri.

_____
AADI: Selamat menyambut Pesta Menuai dan Gawai Dayak untuk warga Borneo.

Wordless Wednesday: Pocky Doremart



_____
AADI: Banyak Pocky import (Jepun).

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (3) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (350) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (74) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (30) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (19) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (31) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (64) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (280) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (171) erectus (17) ernie ball (42) es-335 (2) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (91) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (49) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (129) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (23) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (44) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (52) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (310) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (99) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (19) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (72) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (611) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (48) memori (433) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (27) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (86) new album (30) new gear (242) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (356) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (204) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (29) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (20) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (113) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (52) shopee (40) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (16) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (16) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (463) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger