Showing posts with label vcd. Show all posts
Showing posts with label vcd. Show all posts

Wings - 21st Anniversary Live @ Planet Hollywood


Ya! Viral Wings kembali menular lagi hahaha! Setelah provokasi dalam entri Takilala beberapa hari yang lepas, petang tadi lepas balik kerja aku ronda-ronda kat Parkcity Mall (dengan *ehem-ehem*). Aku sempat singgah kat Chin Chin Music (tempat aku beli One Cold Winter's Night). Saya begitu yakin... Lihatlah hasilnya!

Wings - 21st Anniversary Live @ Planet Hollywood versi VCD, aku tak jumpa versi CD (kat bintulu ni VCD dan MTV karaoke memang belambak, kalau CD audio nasiblah kalau dapat jumpa~) dengan harga standard RM26.90 aku terus beli...

Kat kedai ni jugak aku jumpa VCD versi lanun! Dengan harga RM10.00 tapi korang hanya akan dapat satu CD sahaja, diulangi SATU CD SAHAJA! Tracklist pun dah banyak yang kurang, boleh check-out pic kat atas.

Imej link dari blog Takilala.

Gitar beraura biru kat cover art versi lanun tu nampak macam Gibson Dot semi-hollow (ada vibrato arm) sedangkan yang ori Gibson LP Custom Lefty trademark Joe (atau memang betul ke ada cover art versi Gibson Dot ni Muspeeda?) aku check kat entri Takilala cover art untuk versi CD audio memang beraura biru tapi gitarnya masih lagi Gibson LP Custom.

Aku mula-mula menaruh harapan tinggi pada album ni, tapi malangnya jauh meleset... Kualiti gambar VCD ni agak teruk jika dibandingkan dengan kualiti gambar VCD Alive 2006 @ Orange Club yang lebih sharp (almost DVD-like quality). Dari segi bunyi takde masalah cuma vokal Awie, nyanyi macam tak serius. Dari segi keseluruhan Alive 2006 aku boleh bagi 9.8/10 manakala 21st Anniversary ni aku bagi 7/10 sahaja. Patutlah Portdy kata Alive 2006 merupakan show Wings yang terbaik.

Dan kelebihan VCD Alive 2006, setiap lagu diasingkan mengikut track tersendiri jadi senang nak skip (macam VCD karaoke). Manakala 21st Anniversary ni sama macam VCD Teori Domino Revisited Jamming Session, semua lagu main sekali redah! Nak skip lagu kena manual la, untuk pengguna PC tak menjadi masalah, tapi untuk pengguna VCD player? Seksa!

Seperti biasa, beberapa pemerhatian peribadi:

  1. Awie banyak guna vokal falsetto scream berbanding Alive 2006 @ Orange Club. Dan vokal Awie kali ni agak teruk...
  2. Gitar Gibson LP Custom mengalami masalah teknikal semasa lagu Biru Mata Hitamku.
  3. Memang ada sebotol ubat batuk Cap Ibu Dan Anak kat depan drumset Black, jugak dinyatakan dalam inlay ruangan equipment.
  4. Ito ketara lupa lirik waktu nyanyi lagu Bernafas Dalam Lumpur, patutnya diorang sediakan alkitab (buku lirik).
  5. Waktu Jojet tengah drum solo, Awie ada buat sesuatu yang aku rasa agak racist.
  6. Mel ubah lirik "sewaktu bersamamu Intan, gilai tawamu terpancarlah oh sinaran..." kepada "sewaktu bersamamu Tuhan, hidupkan aku terpancarlah oh sinaran..." dalam chorus rangkap kedua lagu Lena Diulit Intan (VCD2 26:47). Disengajakan atau tersalah lirik?
  7. Aku tengok Mel dah macam iras-iras Ahmad Busu >:) susah aku nak set minda yang itu ialah Mel bukannya Ahmad Busu.
  8. Bila tengok Hillary main, aku teringat macam cara Azroy Hemmett main... Dengan memek muka, mata sepet, clumsy body language (tapi main tak clumsy) dan cara hangguk yang hampir-hampir sama.
  9. Guitar works untuk lagu Belenggu Irama dan Biarkan Berlalu memang ngam dengan cara mainan Sham, memang tak jauh beza macam dalam album Belenggu Irama.
  10. Alahai diorang tak main lagu kegemaran aku, Sejati dan Anugerah.
  11. Jojet ada, Sham ada, Mel ada, tapi kalau diorang jemput Mus (Mus May, bukan Mus Speedrider) join skali barulah complete rasanya Wings versi 21st Anniversary ni kan?

Nanti kalau aku tengok untuk round kedua, kalau aku dapat perhatikan apa-apa yang best, aku akan update ruangan ni.

Sambil-sambil layan VCD Wings ni, aku layan set Marrybrown Tower Burger (tapau), sampai rumah baru perasan kat gelas tu ada muka Sawi, menyampah aku tengok!

_____
Ada apa: Rasanya untuk album ni tak payahlah cari versi CD audio, versi VCD pun dah cukup.

Wings - Alive 2006 @ Orange Club


Masih lagi dalam mood Wings (ada orang kata aku yang bawa viral Wings yang merebak di kalangan bloggers), minggu lepas waktu raiding dan borong sakan kaset-kaset Wings untuk Muspeeda aku ada beli VCD ni (Check out this entry). Wings - Alive 2006 @ Orange Club versi VCD dengan harga RM23.90 (kautim jadi RM22.00), aku ada jugak jumpa versi CD tapi bagi aku kalau album-album live macam ni aku lebih prefer VCD (atau DVD kalau ada) sebab boleh layan tengok konsert dan perhatikan macam mana diorang perform on stage.

The Legend Arises, dari dulu lagi aku nak beli VCD/CD album ni tapi baru sekarang kesampaian. VCD ni ada tiga set, tak payahla nak list down kan? Aku bukan nak review pun, saja nak tambah viral >:)

Disebabkan aku dianugerahkan daya pemerhatian yang agak tajam (chewah) aku perasan beberapa scene best yang nak kata lawak pun ada, antaranya:

  • T-shirt naga/rimau yang dipakai oleh Awie tu aku rasa dia beli kat pasar malam kot? Sebab aku selalu nampak t-shirt macam tu jual kat pasar malam.
  • Ada sebotol ubat batuk Cap Ibu Dan Anak kat depan drumset Black.
  • Pick Planet Waves warna hitam yang melekat kat gitar Killer dan Gibson Joe dia tak pernah pakai, dia guna pick merah yang melekat kat mic stand.
  • Cable bass Eddie hampir-hampir tercabut gara-gara cable tu sangkut kat mic stand "jerangkung" Awie.
  • Waktu Awie sebut nama kumpulan Spoon dan Scoin, macam ada niat mengejek je hahaha...
  • Awie salah lirik waktu intro lagu Hukum Karma - Tengok, Awie pun boleh salah lirik walaupun dia baca buku lirik (alkitab) ada kat depan monitor speakers, inikan pulak aku yang silap lirik waktu nyanyi lagu Sejati.

Dan banyak lagi la kalau nak list, tapi yang paling best, cuba tengok screenshot kat bawah ni...

Hahaha! Eddie guna wristband NARUTO!
Aku pernah beli wristband ni dulu kat kedai RM2.00

Ada beberapa lagu dalam konsert ni yang penyanyi asalnya bukan Awie, iaitu Julang Timur Tengah (Mus), Enigma (Mus) dan Semalam Yang Hangat (Mel) dan Awie dapat menyampaikannya dengan baik. Ni kira macam kes Abang Bruce nyanyi lagu-lagu Maiden yang dinyanyikan oleh D'Anno dan Bayley.

Okela, aku memang enjoy tengok VCD ni, macam aku enjoy tengok VCD Teori Domino Revisit. Terutamanya waktu diorang perform lagu Sejati (yang dah menjadi projek lagu wajib cover waktu kitorang jamming), jadi aku kena perhatikan macam mana Eddie main lagu ni dan teknik lontaran vokal Awie. Lepas ni nak cari VCD 21th Anniversary seperti yang direview oleh Takilala.

Harap-harap viral Wings ni terus merebak lagi hahaha...

_____
Ada apa: Sayangnya dalam album ni dorang tak main lagu Anugerah.

Raider Of The Lost Cassettes (Part 4)


Tengahari tadi waktu lunch hour aku pi semula ke kedai Sun Yun Music House, nak borong kaset-kaset Wings yang dipesan oleh Mus Speedrider (RM15.00 x 3 kaset = RM45.00). Sempat lagi aku snap beberapa kaset yang agak rare...

Search - Rock 'N' Roll Pie.
(Takilala - ko sudah ada kaset ni kah?)

Search - Gema Di Timur Jauh.

Search - Rockestra.

Rusty Blade - Awas! (remastered edition).

Sebelah petang waktu lepas balik kerja, aku ronda lagi kedai-kedai kat area old town Bintulu. Aku singgah satu kedai ni, dah lupa apa nama kedai ni. Tapi memang tak best pun sebab kat dalam ni cuma jual CD/VCD/DVD cap lanun. Yang ada ori pun semua VCD muvi-muvi hits 80-90an dulu (macam VCD stok kat Speedy Video).

Yang tak bestnya, CD audio cap lanun dorang bungkus elok-elok bagi jewel case, sealed dengan plastik lepas tu jual dengan harga RM19.90! Letak kat showcase depan kedai lagi tu!

Kemudian aku pi seberang jalan daripada kedai tadi, menuju City Point.

Target pertama, Chin Chin Music Centre (tingkat bawah) tempat aku beli DVD Chaos Ridden Years. Yang tak best kedai ni, aku pi mana-mana mesti ada orang yang ikut. Padahal aku belek-belek VCD belajar gitar arwah Samad yang memang betul-betul depan kaunter... Aku paling tak suka kalau kedai jenis macam ni.

Nah! Area kaset-kaset... Mahal nak mampus RM19.90! Sapa nak beli mahal-mahal macam ni? Kalau zaman 90an dulu okela jugak jual harga asal. Aku ada jumpa beberapa kaset Megadeth, antaranya Risk dan Capitol Punishment yang memang aku dah ada kedua-dua versi kaset dan CD.

Target raid seterusnya... Ntah apa nama kedai ni, signboard tulis "Music Centre", kat price tag kaset/CD tulis "welcome, thank you". Tapi sekurang-kurangnya kedai tak macam Chin Chin tadi, pekerjanya cuma perhatikan aku dari jauh sahaja. Mesti dia hairan "gila apa mamat ni? Abis semua CD/VCD dibelek-belek tanpa rasa jemu".

Yang ni semua CD lagu-lagu kompilasi yang baru, bukan rare CD... Aku dari tahun lepas nak beli koleksi Alleycats tu tapi tiap kali nak beli mesti terbeli CD lain hahaha... Btw, VCD Teori Domino Revisited aku beli kat kedai ni .

Kat area VCD aku jumpa dua VCD menarik daripada Wings... Hukum Karma (ni mesti karaoke ni) dan Alive 2006 @ Orange Club. Dah lama aku nak beli Alive 2006 ni, mula-mula nak beli versi CD tapi better aku beli versi VCD memandangkan album ni album live, bleh layan konsert malam nanti!

Target seterusnya, Chin Chin Music Centre (tingkat 2). Yang kat tingkat 2 ni oke sikit berbanding kat tingkat bawah tadi. Tauke kedai ni dah tau aku selalu beli DVD kat kedainya, antara DVD yang aku beli kat sini - Guitar Techniques Of Metallica, One Crimson Night dan Blood On The Water.

Kaset-kaset kat kedai ni semua dah kena longgok kat satu penjuru dah dilelong dengan harga RM5.00 per kaset. Tapi memandangkan diorang dah longgok macam ni, malas la aku nak selongkar... Lagipun kebanyakkan yang aku nampak semuanya album-album pop/dance/country mat salleh (tapi tak tau la kat area bawah-bawah).

Rasa-rasa dah lewat, aku pun macam dah malas nak raid gila-gila petang ni... Jadi cuma VCD Wings Alive 2006 @ Orange Club saja yang aku beli. Lepas ni nak pi belikan kaset Puisi Aidilfitri kat untuk Mus Speedrider kat kedai semalam.

To be continued...

_____

Dalam beberapa hari aku raiding kedai-kedai kaset/CD sekitar area Bintulu ni, berikut adalah hasil-hasilnya...

Kecuali Rude Awakening dan M. Nasir Solo, semua kaset-kaset Sofea dan Wings aku belikan untuk Mus Speedrider, malam tadi dia suruh aku borong gila-gila kaset-kaset Sofea dan Wings (katanya dia ni bukan peminat tegar Wings dan tak pandai nyanyi atau main gitar lagu-lagu Wings, selalu lupa lirik... Yeah right!)

_____
Ada apa: Aku beli M. Nasir Solo tu sebab teringat kaset yang abang aku beli 21 tahun yang lepas, memang kaset ni pun first pressing (c) 1989 BMG Pacific Sdn. Bhd. Rare beb!

ada apa dgn superstar rajinikanth?


sapa brani lawan?

malas aku nak cerita byk, a pic worth more than a thousand words... yg pastinya, sapa brani lawan?

sivaji - the boss

format: vcd 3-disc
released: 2007
purchased at: somewhere in klang (order via my officemate yg tgh kursus) in early 2008
price paid: RM26.90 (diskaun jd RM25.00)
pro: fight scene best2! complex moves, byk unsur2 matrix, he's da bada$$ boss! promote mentos, punch line yg pasal "singa" yg mmg power
con: subtitle ikut suka dia je nak tulis, ayat tonggeng terbalik, ckp putar2 mcm ckp...

chandramukhi

format: vcd 3-disc
released: 2005
purchased at: jaya video, glugoq penang (dpn nasik kandaq shariff) somewhere in 2005
price paid: RM18.90
pro: fight scenes byk efek cgi, unsur2 matrix pun ada
con: xde subtitle, 3-4 kali tgk baru phm apa dia ckp... jln cerita xbest langsung! just another rajini muvi, fight scene xbyk dan ada 1 fight scene rajini teruk kena blasah sblm menang... hey! rajini should be undefeated in any fight scenes! coz he's da man!

btw, dua2 vcd tu ori tau!

_____
p/s: padaiyappa pun aku ada dulu 3-disc vcd, tp dah ilang member pinjam xpulang2 @ kena tapau

asas bermain guitar ija medicine


mggu lps waktu aku tgh tggu order mee kolok kat food court sing kwong, aku smpt belek2 cd/vcd yg jual kat area dpn... aku belek2 area ori je, yg pirate aku dah xberminat dah... belek punya belek aku terjumpa 1 vcd ni, tajuknya asas bermain guitar ija medicine - jam gitar dalam bentuk karaoke (salah ejaan ni, kejap guitar kejap gitar, tp dah mmg mcm tulis kat cover), dlm hati aku best jugak vcd ni kalau aku beli utk blajar main gitar (gitar yg bakal dibeli)... so ptg td dlm pkl 7+ lps abis main futsal, aku sggh sing kwong... lps shopping brg mingguan aku beli la vcd (ori) ni dgn harga RM19.90

sblm bacaan lanjut, ada sdkt nota - kpd pembaca yg dah kira masuk taraf guitar hero, shredder, ada kugiran sendiri, ada lagu2 sendiri, album, singles @ ep... disarankan skip entry blog ni, xsesuai utk anda. tp kalau nak terus membaca jugak @ nak baca review aku terpulangla... sokongan anda amat dihargai... tp, paham2 ajela "saya budak baru belajar.. kalau salah jgn jolokkan"

terbitan & edaran NSR (P) & (C) 2008 new southern records sdn. bhd. (kira baru dlm pasaran lg la vcd ni) kepada yg xkenal ija, beliau merupakan gitaris utk kumpulan rock medicine (bekas gitaris? medicine dah disbanded ke blm?) yg popular suatu ketika dahulu dgn lagu2 seperti tika dan saat ini, rimba cintaku, kerana cinta, cinta mistik, titian... time lagu2 ni top klu xsilap dlm thn 1988-1989 kot time tu aku baru darjah 3. beliau jugak pnh mendpt gelaran pemain gitar terbaik dlm pertandingan juara2 rock pd thn 1986. isi kat dlm 1 cd je, lbh kurg 1 jam kuliah gitar. berikut bbrp snapshop drp vcd ni:

intro splash page vcd

gitar gibson les paul

lagu2 selingan jamming dgn kawan2

berikut adalah antara kandungan vcd ni (mata pelajaran)
01 ulasan vcd dan pembelajaran
02 jam "ija and friends" - lagu i
03 tuning
04 teknik posisi tangan kanan dan tangan kiri
05 kod-kod asas
- major
- minor
- kod-kod principal dan family
- cara-cara menggabung kod
06 skaling-skaling asas
- major
- minor
- pentatonic
- cara-cara menggunakan skaling di dalam kod
07 kod dan skaling "tika dan saat ini"
08 jam lagu "tika dan saat ini"
09 latihan-latihan asas
- latihan chromatic
- latihan petikan (picking)
- cara menggunakan "metronome"
10 penutup
11 jam "ija and friends" - lagu ii

sdkt ulasan kt blakang cd ni "vcd ni adalah pembuka jalan dan buah tangan saya kepada peminat gitar yg ingin belajar bermain gitar dan insya-allah akan diteruskan hingga ke peringkat yg seterusnya... [truncated] ...kerjasama anda amat saya hargai. akhir kata kpd peminat belilah yg original"

ulasan aku? vcd ni amat sesuai kpd mereka2 yg ingin blajar main gitar dr tahap asas (start from scratch... abc, doremi) tp xde mentor (mcm kes aku la)... cara penyampaian ija yg slamba kira mcm borak dgn mmbr2... klu tlps satu bab @ cara ija ajar laju sgt, apa susah rewind blk la... so, slamat blajar & slamat maju jaya, yakin boleh!

_____
p/s: kat city point plak aku ada jumpa dvd guitar techniques of metallica, dvd ori hrga RM20+ nnti kalau aku dah beli aku review

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger