Roadrunner United - The All-Star Sessions
oleh Ijau D. Koceng 17 April 2014 pada 9:00 AM 7 komen:Versi kaset diperolehi daripada dB Music, Komtar (kedai Aunty Alice) penghujung tahun 2005, rasanya kaset ni cuma pernah dipasang sekali sahaja semenjak ia dibeli (kes tiada pemain kaset). Versi CD pula diperolehi beberapa tahun lepas daripada LYN Street Mart seperti dalam entri ni.
More info at Wikipedia.
_____
Ada apa: Kalau ada yang berminat, aku boleh letgo kedua-duanya.
Mercyful Fate - Into The Unknown
oleh Ijau D. Koceng 13 March 2014 pada 9:00 AM 8 komen:Kaset yang dibeli di premis dB Music Centre, Komtar (kedai Aunty Alice) pada 06/11/2000. Ketika itu aku baru berjinak-jinak dengan muzik KD/MF dan akan cuma mendapatkan apa saja material rilisan mereka yang dijumpai. (P)(C) 1996 Metal Blade Records Inc. Diedar dan dipasarkan di Malaysia oleh Rock Records & Tapes.
Disebabkan kaset ni merupakan cetakan Malaysia, beberapa tajuk lagu yang kurang sesuai telah ditapis contohnya lagu pertama Lucifer yang hanya ditulis ........ (sebelum adanya kemudahan internet aku agak musykil tajuk lagu ni) dan lagu kelima pada side B Kutulu (The Mad Arab, Part 2) yang hanya ditulis sebagai Kutulu...
Sekali dengar album ni, terutama lagu kedua The Uninvited Guest akan lebih terasa seperti lagu King Diamond (band) berbanding Mercyful Fate, yang membezakan hanyalah solo-solo Shermann/Denner yang agak berbeza dengan solo LaRocque.
Versi CD audio? Mungkin aku akan cuba lengkapkan diskografi King Diamond terlebih dahulu berbanding Mercyful Fate.
_____
Ada apa: Apa cerita dB Music Centre agaknya sekarang ni?
King Diamond - The Eye
oleh Ijau D. Koceng 10 March 2014 pada 10:00 AM 8 komen:Sebelum terperangkap dengan Voodoo, aku terperangkap dengan album kelima King Diamond - The Eye.
The Eye juga pernah diulas secara ringkas dalam entri tahun 2009 ni (
Selebihnya, korang sajalah yang cerita...
_____
Ada apa: Instrumental Insanity LaRocque memang berhantu.
Blind Guardian - Live
oleh Ijau D. Koceng 21 March 2013 pada 2:00 PM 6 komen:![]() |
| Ada sedikit *pertikaian mengenai cover art album ni. |
- Purchased from: estock_deutschland
- Location: Germany
- Condition: used
- Price paid: €8.86 + free postage (RM38.28)
- Ordered: 14/2/2013
- Received: 20/3/2013
- Label: (P) + (C) 2003 Virgin Music, a division of EMI Music Germany GmbH & Co.
- Made in: Germany
![]() |
| Double |
CD1
- War Of Wrath
- Into The Storm
- Welcome To Dying
- Nightfall
- The Script Of My Requiem
HarvesterHarvest Of Sorrow- The Soulforged
- Valhalla
- Majesty
- Mordred's Song
- Born In A Mourning Hall
- Under The Ice
- Bright Eyes
- Punishment Divine
- The Bard's Song (In The Forest)
- Imaginations From The Other Side
- Lost In The Twilight Hall
- A Past And Future Secrets
- Time Stand Still (At The Iron Hill)
- Journey Through The Dark
- Lord Of The Rings
- Mirror Mirror
[Edited @ 4:50 pm] Hampir kesemua lagu dalam ni album dirakam sekali dengan suara puluhan ribu penonton, sama ada sing-a-long ataupun sebagai suara latar. Lebih kurang macam konsert Iron Maiden (ada ole ole ole~). Oh ya, part Valhalla yang penonton taknak berhenti tu memang best hahaha (thanks deaf-angel for mentioning this part).Antara lagu-lagu klasik Blind Guardian kegemaranku sepanjang zaman ada dalam album live ni; Mordred's Song, Bright Eyes, The Bard's Song, A Past And Future Secrets dan Lord Of The Rings. Bila dengar lagu-lagu ni memang akan KLMJ zaman-zaman "wasted years" aku di Penang dulu.
Aku dah ada album ni dalam versi kaset berkembar (double cassettes) yang diperolehi dari dB Music Komtar (aka kedai Aunty Alice), kalau tak silap sekitar 2004-2005. Sebelum ada kaset, aku ada sedut mp3 album ni guna mIRC ketika album ni mula-mula dikeluarkan dulu.
Tapi aku rasa kaset ni hanya pernah dimainkan 2-3 kali saja kot, semenjak Walkman aku rosak aku malas nak beli pemain kaset yang lain. Nak dengar lagu daripada album ni biasanya aku pasang mp3 pada PC saja. KLMJ la sangat...
*Dalam dunia D&D, kaum Dwarf biasanya lebih suka menggunakan kapak berbanding pedang.
_____
Ada apa: Next target, Blind Guardian compilation.
Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 25 October 2011 pada 11:00 PM 1 commentIsnin (24/10/2011) - Satu lagi "pembelian" melalui Lowyat.Net (LYN) Street Mart. Bukan, kali ni bukan pedal/stompbox gitar macam minggu lepas, tapi sebuah audio CD Roadrunner United The All-Star Sessions diperolehi dari user baldiajaib. Dengan keadaan yang agak memuaskan (8/10) pada harga RM20 termasuk kos pos, kira boleh tahan jugalah.

Issued under license to Roadrunner Records from The All Blacks BV. (P)&(C) 2005 The All Blacks BV. Manufactured and distributed by The Island Def Jam Music Group. Edaran di Malaysia oleh Sony BMG Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.
Tracklist
- The Dagger
- The Enemy
- Annihilation By The Hands Of God
- In The Fire
- The End
- Tired 'N Lonely
- Independent (Voice Of The Voiceless)
- Dawn Of A Golden Age
- The Rich Man
- No Way Out
- Baptized In The Redemption
- Roads
- Blood & Flames
- Constitution Down
- I Don't Wanna Be (A Superhero)
- Army Of The Sun
- No Mas Control
- Enemy Of The State
Waktu album ni dirilis pada tahun 2005 dulu, aku hanya mampu membeli versi kaset (sekarang ada di kampung) dari dB Music Komtar (kedai Aunty Alice), Penang. Waktu tu versi CD harganya dalam lingkungan RM40 memang aku tak berapa mampu nak beli.
Dan yang lucunya, kaset tu tak pernah aku pasang sampai sekarang, cuma pernah pasang sekali saja di premis dB Music enam tahun yang lepas...
Ulasan? Yang tu kena tanya yang pakar... Atau layari website Roadrunner. Tengah sakit selesema, tekak perit, sakit kepala, tak ada mood nak menaip lama-lama.
[Entri Mini] Selamat Deepavali
Selamat Deepavali kepada pembaca AADI yang merayakannya (atau yang tak merayakannya tapi dapat cuti). Mesti 2-3 hari ni banyak muvi Tamil yang best di TV! Disyumm!~
Tapi Sarawak tak cuti :(
_____
Ada apa: Susah dah nak layan lagu-lagu yang jenis growl sekarang ni.
Nightwish - Highest Hope (Imported)
oleh Ijau D. Koceng 24 January 2011 pada 1:00 AM 1 commentEntri yang dah lama berperap dalam bentuk draft (sejak bulan Ogos tahun lepas). Entri pasal album kompilasi Nightwish Highest Hopes - The Best Of Nightwish limited edition includes bonus DVD. Dah lama aku beli beli CD/DVD ni, 21/8/2006 di dB Music, Komtar (aka Kedai Aunty Alice) dengan harga RM69.90, aku rasa dulu aku dapat diskaun daripada Aunty Alice tapi aku lupa berapa.

Kompilasi lagu-lagu best Nightwish dari album pertama Angel Falls First sehingga album terakhir bersama Tarja Turunen iaitu album Once (aku ada album ni tapi versi Asia Link, sebab tu aku tak buat entri hehehe). Termasuk satu lagu live High Hopes (cover lagu Pink Floyd) nyanyian Marco Hietala.

Imported version (sebab tu mahal kot?). (P)(C) 2005 Spinefarm Records, a Universal Music Company. Diimport oleh Universal Music Sdn. Bhd.
Tracklist:
- Wish I Had An Angel
- Stargazers
- The Kinslayer
- Ever Dream
- Elvenpath
- Bless The Child
- Nemo
- Sleeping Sun (2005 version)
- Dead To The World
- Over The Hills And Far Away
- Deep Silent Complete
- Sacrament Of Wilderness
- Walking In The Air
- Wishmaster
- Dead Boy's Poem
- High Hopes
Bonus DVD mempunyai video tiga buah lagu versi live iaitu She Is My Sin, Dead To The World dan The Kinslayer. Tak best pun video live semua tu walaupun gambar clear macam official tapi sound kureng, macam sound bootleg.

Nightwish, antara band yang memperkenalkan aku kepada genre Symphonic Metal (selain After Forever), dan memperkenalkan aku kepada bassist/vocalist lagenda Finland - Marco Hietala, yang secara tidak langsung antara penyebab utama aku mula belajar dan bermain bass :)
Dah namanya album kompilasi "the best of..." sememangnya lagu-lagu dalam kompilasi ni merupakan lagu-lagu "killer" daripada Nightwish (era Turunen). Boleh dikatakan aku suka semua lagu kecuali Dead Boy's Poem. Dan lagu Wish I Had An Angel dan Nemo (dari album Once) yang memperkenalkan aku kepada band Nightwish ni suatu ketika dulu. Bagi aku, aku suka dengar lagu-lagu dalam kompilasi ni waktu pemanduan jarak jauh.
Nemo versi live End Of An Era DVD.
_____
Ada apa: Nemo my name forever more...
Dokken - The Very Best Of Dokken
oleh Ijau D. Koceng 28 April 2010 pada 3:30 AM 7 komen:
Bila tengok CD ni, memang aku teringat kat aunty dB Music Centre (Komtar, Penang)... Err, sapa namanya? Aunty Alice ke? (betul ke Mhagnoth?). Bulan Oktober/November tahun lepas aku berpeluang pi Penang (sebab kursus ada kat Balik Pulau), aku singgah melawat dB Music ni, konon-konon nak berborak dengan aunty ni (last sekali datang kedai ni tahun 2007) tapi malangnya aku datang awal, kedai belum bukak lagi...
CD apa? CD kompilasi The Very Best Of Dokken. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar Dokken ni. Tapi dah selalu sangat dengar lagu diorang kat Braingell Radio macam best la pulak. Dan kebetulan CD ni album kompilasi, jadi paham-paham sajalah semua lagu memang best! Dan solo-solo George Lynch memang legendary...
Ada cerita sebalik CD ni, aku rasa Mhagnoth "akaijenuh" pun mungkin pernah mengalaminya... Aku memang berkenan dengan CD Dokken ni, tapi tak terniat pun nak beli memandangkan harganya RM43.90 (imported, German press) agak mahal bagi aku waktu tu (yang cuma kerja ketuk-ketuk casing kat kedai komputer). Jadi nak cover line, aku terlepas cakap suruh aunty tu simpankan CD ni untuk aku, nanti hujung bulan lepas gaji baru aku datang beli, memandangkan CD ni cuma ada satu unit sahaja... Tidak seperti yang di'janji'kan, memang aku tak datang pun hahaha! Lepas tu memang aku tak tunjuk muka lagi kat dB Music ni... (Sounds familiar Mhagnoth?)
Hahaha! Lucu je tengok dressing 80's dulu.
Selang beberapa bulan (aku rasa 4-5 bulan kot) time tu baru lepas PC Fair jadi banyak la income, barulah aku datang tunjuk muka kat db Music ni. Yup, kali ni memang aku datang nak beli CD Dokken ni (gamble je, kalau-kalau masih belum dijual). Guess what? Aunty tu memang masih simpan CD ni untuk aku. Dia tak lupa hahaha... Cuma dia sindir aku "hi, lama tak nampak?". (Don't worry aunty, kali ni memang datang mau beli CD Dokken).
Biasanya kalau kat dB Music sambil-sambil browse CD/kaset memang borak-borak dengan aunty tu, biasalah bab band-band Metal. Dan disebabkan aku ada sebut pasal "Iron Maiden", hasilnya aku dapat DVD Rock In Rio.
Aku sebenarnya dah ngantuk ni... Macam malas nak taip cerita panjang-panjang, nanti ada masa aku edit entri ni tambah apa-apa info yang patut (tracklist, label, pressing). Rasanya dalam entri Beast From The East aku ada cerita pasal CD Dokken ni.
To be edited...
_____
Ada apa: Breaking The Promise Chains...
(#8) down memory lane at penang road
oleh Ijau D. Koceng 30 October 2009 pada 11:30 PM 3 komen:[entry #8 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]
khamis 29/10/2009 - dkt2 1000hrs aku turun from hotel oriental. pagi ni je ada peluang nak jln2 sbb ptg nnti lps 1400hrs aku kena pi balik pulau kursus kenegaraan BTN. pi jln2 sepanjang penang road, tujuan aku nak pi db music centre (komtar) and then on the way balik nnti bleh sggh2 beli souvenir, jeruk dan lunch. btw, last skali aku lalu kat penang road ni was back in 2007, time tu ada kursus kat sg petani then kursus lg kat langkawi, so aku lepak bbrp hari kat penang (hotel yg sama)

campbell street... ada gerbang apa ntah
zmn aku tggl kat penang dulu (1997-2005) jarang2 aku lalu penang road ni kecuali klu nak pi beli jeruk buah pala kat chowrasta tiap2 kali nak cuti blk kmpg... kira mcm down memory lane la ni. btw, penang road ni mmg tmpt yg unik... apa yg ada kat sini, itulah 1st impression about penang secara amnya (pelbagai kaum, makanan, kebudayaan, senibina bangunan) 1 malaysia la katakan~
klu xsilap, plaque ni kat kimberly street dkt dgn nasik kandaq line clear (sblm campbell street), klu smpi skrg trem ni masih ada kan best... mcm kat san francisco nun
jejantas crossroad antara penang road dan burma road... once upon a time, sepanjang jejantas ni dipenuhi dgn pengemis membuatkan aku mls nak naik jejantas ni, tp skrg 'bersih' dah sorg pun xnmpk... i wonder
lps turun jejantas on the way pi komtar... semuanya dah jauh berbeza. aku xtau apa nama laluan ni, dulunya xberbumbung dan dipenuhi dgn penjaja jalanan (dan 2-3 org pengemis)
tangga2 ni agak familiar... dulu2 slalu naik kat atas nun ada food court, bersebelahan dgn super komtar yg skrg dah tutup (sama nasib mcm yaohan) diganti dgn pacific komtar. sepanjang laluan pejalan kaki dari jejantas ke prangin mall mmg dah berubah... yg aku prasan ada deretan gerai2 berhiasan ala siam, ada yg masih blm buka dan ada yg tgh renovation, sehinggalah aku terserempak dgn benda kat bawah ni!
aku ingatkan mmg betul2 sami buddha ni bertapa dlm kaca... rupa2nya patung replika yg diukir drp kayu, diulangi PATUNG. wtf? mmg detail gila ukirannya... kecuali kain kaler oren tu la, yg tu kain betul2. time aku tgh snap pic ni ada 2 org aunty india ni borak2 dorg ckp org ni mmg betul2 wujud tp dah meninggal, umurnya 100+ thn
yg ni papan tanda detail cerita pasal patung replika tu, sapa sami buddha tu, kehidupannya, bla bla bla... mls nak baca sbb pnjg sgt
smpi2 je kat komtar, aku terus pi db music centre... tp hampanya hatiku, kedai ni tutup (or belum bukak lg). fyi, db music centre ni dulu tmpt aku slalu beli kaset/cd metal (antaranya rock in rio, the eye, ruh zaman, the very best of dokken)
lbh kurg mcm kat campbell's jugakla, aunty yg jaga kedai ni knowledge pasal metal pun power jugak, dia tau apa yg dia jual... sket2 info pasal band, album dan perkembangan semasa. konon2 kali ni aku dtg nak jumpa aunty ni borak2 sambil cari kot2 ada cd metal yg berkenan di hati... tp apakan daya, dgn perasaan yg sdkt hampa akupun balik pi hotel (xnak sggh kat prangin mall, awal lg kedai2 blm buka)
persimpangan penang road, dato kramat road dan gurdwara road. gama yg dah xbest, cravan cafe pun mcm dah xde org dtg... bangunan tggi kat background tu klu xsilap penang times square (corrects me if i'm wrong). kat dpn gama dulu ada restoran nasik kandaq bleh kira sedap jugak la namanya nasi kandar bakar... tp skrg dah tadak, diganti dgn nasi kandar kassim (bkn kassim mustafa)
on the way balik, dpn balai polis berhampiran chowrasta aku tgk ada bbrp buah beca tgh parking tersusun, pengayuh2nya tgh dgr briefing... rupanya2 ada rombongan pelancong (tempatan) nak naik beca beramai2 keliling penang road
aku rasa aku stop smpi sini dulu. ada lg smbgn utk entry ni... bab chowrasta dgn buah palanya, nasik kandaq line clear dan odeon cinema. but that was another story... (ngantuk ni)
to be continued...
_____
p/s: time deepavali kat penang road ni jd musim kelapa
(#6) penang, the wasted years... (part 2)
oleh Ijau D. Koceng 28 October 2009 pada 11:45 PM 6 komen:[entry #6 utk cabaran 1 hari = 1 entry = 1 malaysia abg ben]
part 2 - penang, i'm back!
hari ni (once again) aku menjejakkan kaki di bumi penang (sbb esok kursus BTN)... everything was a trip down memory lane, thanks to my AIA agent, miss CLSz sbb jmpt aku kat airport then pi farlim (pi yNot studio) then hntr smpi dpn hotel oriental kat penang road
gmbr hiasan, pic link drp website wikipedia
klu dikirakan byk idea aku nak buat entry2 blog pasal penang ni (so far - db music, line clear, komtar/prangin, penang road). tp disebabkan kesuntukan masa (netbook pun dah low-bat) dan ptg esok start 1630hrs aku dah berkursus BTN kat balik pulau, maybe there will be no new blog entries until monday/tuesday next week... lgpun aku tgglkan netbook aku ni kat CLSz, xnak bawa pi kem BTN. see u next week [edited 6/11/2009: aku dah edit posting date supaya entry nmpk lebih teratur ikut kronologi]
to be continued...
_____
p/s: mmg btl mcm lirik lagu iron maiden wasted years...
ada apa dgn raja intan?
oleh Ijau D. Koceng 20 August 2009 pada 4:21 PM 2 komen:bkn nak cerita pasal ebay stuff... just nak bukak topik pasal album2 king diamond yg aku ada, dan juga bbrp memori menarik di sebalik album2nya (nostalgic value). nak review setiap album aku xpandai mengolah kata2 nan indah lg tulus mulus spt geng2 metalterus yg lain (abg ben, berteromber, deaf_angel, takilala) so, aku akan taip apa yg terlintas kat kepala otak aku... bak tajuk blog jairo "luahan rasa mengikut kata hati sendiri"
house of god
(p)(c) 2000 metal blade records inc. edaran rock records (m) sdn. bhd. malaysian press, tajuk track no 10 dah kena censored drp passage to hell kpd passage shj. aku beli kat cd-rama popular, komtar 8/1/2001 (versi kaset beli somewhere in august 2000 kat bkt jambul). antara cd original yg terawal aku beli (slps fighting the world dan triumph of steel manowar) setelah tensen dgn kaset album yg sama tertekan 'record' selama 5 saat waktu pasang kat walkman (tab record blm patah)
album ni jugak album king diamond pertama yg aku beli slps diperkenalkan oleh geng irc syed fadzil al-edrus @ habsu (mamat ni byk perkenalkan aku kpd dark music, antaranya dismal euphony, dead can dance, dimmu borgir dan cradle of filth). great album, dark concept... enjoyable music dari mula smpi abis, byk memorable tunes dlm setiap lagu dan lbh2 lg killer instrumental peace of mind. bila aku dgr blk album ni mengingatkan aku time extended 1 semester kat usm + putus cinta hahaha... terus layan king diamond!
voodoo
(p)(c) 1998 metal blade records inc. album king diamond kedua dlm koleksi aku, beli kat central market 19/8/2001 waktu tgh tggu awek kg baru nak ajak dating hehehe (ni pun pasal aku belek2 rak cd, tersembunyi kat blkg skali). sblm aku beli album ni aku ada donlod bbrp lagu kat napster dan irc, mmg layan. spt house of god, album ni juga mmg enjoyable dari mula smpi abis... terutamanya guitar works drp andy la rocque (gitar bc rich?) dan herb simonsen. definately worthed cd to buy!
aku layan gila2 album ni time tgh recovery drp patah hidung (eksiden bas, 20 ogos 2001 sehari slps aku beli album ni) bersama2 dgn album digimortal dan lagu2 drp after forever. so bila dgr blk, teringat memori yg menyakitkan... patah hidung yg mengambil masa 4-5 bln utk pulih
the eye
(p)(c) 1990, 1997 the all blacks bv (remastered version) issued under license to roadrunner records, edaran sony bmg music entertainment (m) sdn. bhd. beli kat db music, komtar 31/8/2007 waktu lps blk drp induksi umum kat sg petani (versi kaset beli somewhere in april 2001 kat sunway pyramid). waktu beli kaset album ni ekceli tgh dating ngan awek kg baru (awek yg sama waktu beli album voodoo, still contact2 smpi skrg lg tau wlupun dah berjauhan~ hehehe, takilala pastinya tau)
album ni pun kira byk lagu2 best dan memorable tunes, tp aku minat alunan dan susunan muzik dlm album ni... classic king diamond spt album2 sblmnya (abigail, them, conspiracy). yg bestnya alunan pipe organ dan synth ala2 tema lagu katolik, disamping guitar works drp andy yg semmgnya lazat berkrim spt dlm instrumental insanity. xlupa alunan biola dlm bbrp lagu yg sememangnya menonjolkan tema klasik dlm album ni
btw, aku juga ada cd king diamond album the puppet master tp versi cd-r
hitam yg aku beli kat campbell's somewhere in 2004, tp ntah aku lupa kat mana
aku ltk... maybe kat kmpg kot

koleksi kaset king diamond aku yg x complete (semuanya aku tgglkan kat kmpg) - abigail in concert 1987 (kaset cap lanun), the dark side (ep), spider's lullabye, the eye, house of god, conspiracy (cd dubbed), abigail (cd dubbed), them (cd dubbed) dan into the unknown (mercyful fate) yg kini dlm proses nak upgrade to cd version. tp aku rasa, aku nak bg complete koleksi iron maiden aku dulu, baru aku tumpukan kat king diamond dan mercyful fate ni
more info at king diamond/mercyful fate official website
_____
p/s: drp album2 king diamond ni la aku blajar vocal 'kecik'
iron maiden - rock in rio (part 2)
oleh Ijau D. Koceng 01 August 2009 pada 1:53 AM 6 komen:kesinambungan drp entry dvd iron maiden - rock in rio. ada member yg msg aku "bila nak smbg cerita disc 2 rock in rio?" aisehmen... aku pun dah lupa, hehehe maklumla telampau bz review cd2 ebay lupa plak bab disc 2 ni. oke aku go through secara ringkas je... nak lebih lg, kena beli la dvd ni hehehe
ekceli disc 2 dlm dvd iron maiden - rock in rio ni special features, cerita pasal the band (interview band members secara selamba), dokumentari day in the life dan ross halfin photo diary (spt pic main menu kat atas)
dlm setiap menu dvd ada hidden link yg diwakili oleh logo eddie (mcm pic kat atas). klu guna pc kena rajin gerak2an cursor mouse smpi jmpa logo tu, klu guna dvd player aku xtau la, maybe tekan directions button smpi dpt kot? ada apa dgn hidden link ni? link kepada hidden video2 yg kebanyakkannya adalah candid moments
the band - cerita pasal days off, apa yg dorg buat waktu lapang (more to hobby) semasa south america tour, smbl2 cerita pasal zmn muda remaja dulu, influnces dlm muzik dll. ni ada sket2 screen shot...
adrian smith - morning person dan memancing
dave murray & nicko mcbrain - main golf, siap ada official iron maiden golf ball tau, nicko plak ada official iron maiden nicko mcbrain caddybag
bruce dickinson - main pedang (kidal) dan training flight simulator (yela kan dia ni pilot)
steve harris - gila bola, klu xmain bola... tgk bola
janick gers - jln2 kat pasar mlm rio
day in the life - cerita dokumentari iron maiden south america tour. cerita dari mula2 arrival kat airport, preparations, crew, photo session, sblm dan slps konsert, blk hotel, minum2 dan lawatan ke tmpt2 menarik. sbb aku blm tgk lg dvd flight 666, jd aku agak maybe lbh kurg je kot ceritanya... cuma dlm konsert yg berlainan
ross halfin photo diary - slideshow pic2 iron maiden kat lokasi2 yg menarik dan diulas oleh ross halfin sendiri. sapa ross halfin ni? klu nak tau ni dia punya official website ross halfin - rock photography
_____
p/s: huh! bila la dvd flight 666 ltd edition aku nak smpi ni?
iron maiden - rock in rio
oleh Ijau D. Koceng 08 July 2009 pada 4:40 PM 5 komen:entry ni dah lama aku smpn dlm draft, baru arini aku rasa nak post. sementara menunggu dvd flight 666 aku dari nottingham (ntah bila la minah tu nak pos)... ada satu member ni suruh aku review dvd konsert iron maiden - rock in rio... xsmpt aku nak review semua skali, so entry ni aku review part konsert je

dvd boxset ni aku beli kat db music, komtar 23/10/2005 dgn hrga RM39.90 (waktu aku beli tu masih lg sealed) aunty kedai db music ni xletak dvd ni kat showcase dia smpn tmpt lain, dia cuma jual kpd true maiden fans je... hohoho! dia cuma ada limited stock dlm 2-3 set, so kira aku bernasib baik la sbb mengeluarkan ayat iron maiden waktu browsing kat kedai ni. released by panorama distribution co. ltd. under exlusive lisence from eagle rock entertainment ltd. distributed in m'sia by wayang tinggi distribution sdn. bhd.
sket info kat blkg box dvd set ni - "rock in rio festival 2001 - iron maiden headlines one of the biggest shows on earth to a massive sell out 250,000 crowd and a global tv audience of millions. the explosive two hour set, shot using 18 cameras and edited by steve harris is maiden at its best, performing their biggest show ever on the final date of thier brave new world tour. this double dvd captures the band's energy and massive stage production with both dolby digital 5.1 and full rate dts surround tracks to take you to the front row. in depth personal interviews with each band member and a documentary showing "a day in the life" of what it's like to be a part of iron maiden makes this, their first ever dvd release, the best record to date of one of the world's premier rock bands"
boxset ni mengandungi 2 dvd, dics 1 - live concert, disc 2 - special features, candid interviews, a day in the life (dokumentari) dan ross halfin photo diary
concert tracklist
intro
the wicker man
ghost of the navigator
brave new world
wrathchild
2 minutes to midnight
blood brothers
sign of the cross
the mercenary
the trooper
dream of mirrors
the clansman
the evil that man do
fear of the dark
iron maiden
the number of the beast
hallowed be thy name
sanctuary
dics 1 - live concert merupakan dvd9 double layer, so kualiti pic dan sound mmg tiptop, telampau detail siap bulu tangan dave murray pun nmpk detail hahaha! disc 2 - special features cuma dvd5 single layer... nnti ada masa aku upload bbrp pic screenshot utk disc 2, buat masa ni mcm malas2 lg hehehe (jari2 mcm nak bengkak smlm open-air jamming/training session 3 jam)
as expected from iron maiden concert, mmg bertenaga dan sound mmg xjauh beza drp studio version. mmg klu iron maiden buat konsert semuanya sesuai utk rakaman sbg live album. yup south american fans mmg fanatic (mcm abg ben dan geng2 metalterus mention dlm review flight 666) dlm konsert ni 250k lautan manusia nyanyi bersama2 bab chorus atau solo gitar dan abg bruce suka sgt bermain2 dgn crowds
sound? triple fender guitars attack drp smith, murray dan gers (adrian smith time ni belum endorsed by jackson lg, masih guna fender) + harris galloping fender bass mmg 'memeriahkan suasana muzik' strum, pick dan solo... multiple sonic attack, dan xlupa uncle nikko kita yg bleh kira umur dah nak masuk warga emas masih bertenaga bermain drum selama 2 jam. dvd ni aku layan guna pc aku je dgn sound system 2.1 drp creative labs, tp agak2 camna la klu dgr guna 5.1 surround sound ye?
lagu febret dlm konsert ni? xpyh mention la sng cerita semuanya best2, kat bwh ni ada sket sample drp youtube lagu the trooper... layan~ nnti ada masa aku smbg lg review utk dics 2
to be continued...
_____
p/s: klu dah tgk dvd konsert rock in rio ni + dokumentari dan interview dlm disc 2, mmg aku bleh agak camna meriahnya nnti utk dvd flight 666... sabar2~
dokken - beast from the east
oleh Ijau D. Koceng 25 June 2009 pada 1:35 AM 3 komen:bungkusan yg diterima serentak bersama2 bungkusan lain yg aku cerita kat entry ozzy & motorhead. setelah lbh 40+ hari menuggu akhirnya smpi jugak cd ni
kronologi - tarikh beli kat ebay 9/5/2009, cop custom declaration united states postal service 11/5/2009, cop pelepasan kastam 19/5/2009, cop pjbt pos bintulu 23/7/2009 mmg slalu camtu, biasanya sangkut lama kat kastam sblm release pi pjbt pos. ekceli cd ni aku menang bid 1 cent cd kat ebay user jayandmarie dgn harga US$1.36+3.90 (RM18.98)

bila dah bukak bungkusan aku kira terkejut jugak, because the cd was much better than i've expected! kat info item waktu bid dia bgtau cd ni used, lps tu aku pilih option ship without case utk jimatkan kos... tp, cd yg aku dpt ni dtg skali dgn jewel case yg bleh kira near mint or excellent condition. tgk cd kat dlm, cd was near mint cuma ada sket scratch... inlay pun near mint
lagi 1 yg bestnya, cd ni cd lama klu tgk printing atas cd pun masih lg style lama (old school cd) yg cuma print logo dan track listing, no graphics (pic kat bwh). printed in usa (p)(c) 1988 elektra/asylum records aku rasa cd ni 1st release press bkn remastered or reissued edition (us press) sama mcm cd manowar fighting the world aku (1987 press) kira aku bertuah la ni... dpt something rare (ni klu berteromber tau ni mesti dia jeles, muahahaha!~)
oke, album beast from the east ni merupakan album dokken perform live kat jepun somewhere in 1988 (huh! aku baru darjah 3 time ni)
tracklist
- unchain the night
- tooth and nail
- dream warriors
- kiss of death
- when heaven comes down
- into the fire
- mr. scary
- heaven sent
- it's not love
- alone again
- just got lucky
- breaking the chains
- in my dreams
- walk away (ni mcm lagu bonus je)
lagu febret? tooth and nail, dream warriors, into the fire, lagu ballad berhantu alone again, just got lucky, breaking the chains dan in my dreams. pernah skali aku rasa nyesal sbb terbeli cd ni kat ebay... tp bila dah dpt aku rasa bertuah plak, secara rasminya cd ni merupakan cd dokken ke-2 dlm koleksi aku (dan bukan utk dijual semula... hehehe)
mini entry: the very best of dokken
aku pun bleh dikirakan baru jugak minat dgn dokken ni, xsengaja minat dorg, semuanya gara2 dgr braingell radio yg skali skala pasang lagu2 dokken. antara lagu dokken yg 1st aku enjoy dgr ialah lagu breaking the chain. lbh2 lg bila dgr killer solo oleh george lynch. dah kebetulan cerita pasal dokken, cd ni pun ada dlm koleksi aku - the very best of dokken
cd ni aku beli 23/10/2005 kat db music, komtar (time tu still keje kat penang) dgn harga RM43.90. klu nak tau, db music ni satu2nya kedai kaset/cd (setau aku la) yg berkonsepkan rock/metal kat penang selain ada lg 1 kedai kat summit bkt mertajam (betulkan aku klu ada lg tmpt lain). tmpt aku slalu beli kaset/cd metal since 2000 kira regular kastemer la ni. aunty kedai ni pun dasat gak knowledge, lbh kurg mcm aunty kat campbell's tu. yg bestnya aunty ni... ada certain2 items dia x letak kat display, bila ada peminat tegar atau kastemer2 tertentu (mcm aku) baru dia kluarkan items yg bleh dikirakan limited edition atau special imported cd. kena pandai tanya la (but that was another story)
cd ni (p) & (c) 1999 elektra entertainment group, made in germany by warner music manufacturing europe (german press la ni, imported) seperti tajuknya, mmg semua lagu2 dlm album ni best2 blaka... semua lagu2 killer dokken, xpyh list down
kdg2 aku nak tergelak bila tgk pic dlm cd ni... tu style dressing glam/hair rock 80an, siap dgn rambut kembang, mekap, dressing feminin sket hehehe... ramai mat2 rock kat m'sia tiru pesen ni dulu2. but that was the 80s... and it rocks! more info about dokken on dokken official website or this wikipedia link. oke, jom layan dokken~
_____
p/s: alone again... without you~
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
[Filler entry] Tatkala blogger lain tengah sibuk cerita pasal konsert Iron Maiden kat Singapore bulan Februari nanti, aku dah mati akal......
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
-
seperti yg dirancang, arini ada sessi jamming/latihan kitorg start pkl 10.30pg. sessi kali ni dan sessi2 seterusnya akan diadakan dlm bilik ...
-
Bungkusan eBay dari UK yang diterima pada pagi Jumaat minggu lepas, diterima beberapa minit selepas aku siarkan entri mengenai konsert Metal...
-
Antara buah tangan pi Miri hari Sabtu lepas 3/4/2010. Beli kat Speedy Video, Bintang Plaza dengan harga standard RM12.90... Tapi malangnya p...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-
















