Showing posts with label korg. Show all posts
Showing posts with label korg. Show all posts

Let-Go: IRT-Pulse


Gajet ini dimiliki sejak 2017 hasil *pemberian daripada Bro Sub The Guitar Addict, tapi hanya pernah digunakan beberapa kali. Ia lebih optimum untuk kegunaan rakaman rumah atau studio berbanding kegunaan live semasa jamming atau gig.

Aku tidak memiliki masa dan kepakaran untuk rakaman, beberapa kali ia cuba diasimilasikannya untuk jamming, dipasang pada pedalbord dan disokong oleh beberapa pedal lain. Disebabkan rekabentuknya yang mendedahkan litar dan tiub-tiub di dalam kepada elemen persekitaran, ia tidaklah sesuai diletak di atas lantai.

Atas sebab-sebab di atas, aku mengambil keputusan untuk melepaskan gajet ini kepada mereka yang lebih seronok menggunakannya untuk rakaman. Untuk meneruskan legasi *pemberian, ia tidak dijual, sebaliknya diwariskan kepada anak buahku si Aizuddin Madani (AM) yang namanya kini makin naik dalam scene indie di Sabah.

Selain sudah ada EP sendiri, AM juga kini menjadi FB streamer dan producer untuk beberapa orang artis DIY di sana.


TSB6 masih digunakan di situ.

Juga diselitkan dengan beberapa warisan pemberian sampingan iaitu tuner Sledgehammer Pro, amPlug Night Train dan beberapa unit tali gitar dan pick sebagai tanda sokongan pakcikmu di sini, moga barangan ini lebih bermanfaat di sana.

[Updated 24/02/2021] Dah sampai, siap buat unboxing video lagi...

_____
AADI: Hampir dua tahun tak dapat balik Sabah, gara-gara PKPx.

Let-Go: Korg Pandora Mini


Satu lagi gajet kegitaran yang sudah lama tidak digunakan berjaya dilepaskan. Kali ini Korg Pandora Mini (PX-Mini). *Antara gajet kegitaran yang bertahan lama dalam axology aku, dimiliki sejak 2011 lagi.


Selepas berjaya melepaskan MS-60B dua hari lepas, ada pula user mencari Pandora Mini ini di Jamtank. Selaras dengan azam untuk melepaskan gajet yang tidak digunakan, maka aku tawarkan unit ini. Urusan berjalan lancar dan ia berjaya dilepaskan dengan nilai susut 25% daripada harga asal. Kira oklah untuk unit yang berusia lapan tahun.

Ok, bertambah modal GLTL.

_____
AADI: *Gajet paling lama bertahan setakat ini ialah Korg GA-1.

Mini Hitam Kelam


Sambungan perolehan jualan akhir tahun (YES) 2017. Seperti tahun-tahun lepas, Pusat Muzik Reco boleh tolong simpankan (hold) barang kecil-kecilan YES untuk ditunda pembeliannya ke bulan Januari. Boleh dikira sebagai pembelian pertama tahun 2018.


Kali ini barangnya ialah sebuah pedal tuner Korg Pitchblack Mini (tuner lagi, Korg lagi), daripada namanya ia merupakan tuner dalam format pedal mini. Calon lain untuk kategori ini ialah Pitchblack Advance (beza ~RM10), tapi PB-Mini dipilih atas faktor saiz.


Walaupun dalam format pedal mini, tapi PB-Mini ini boleh dikuasakan dengan dua biji bateri CR2032 selain opsyen 9V adapter. Juga memiliki penstabil supaya tidak tergolek atau tumbang apabila dipijak.


Tiga jenis DISPLAY modes (regular, strobe, half-strobe), dan CALIB untuk melaras pitch 440-449 Hz. Katanya true-bypass, jadi kalau tiba-tiba shit happens habis bateri semasa persembahan, signal chain tidak akan terganggu.

Tuner jenama Korg walau dalam apa saiz sekalipun memiliki respon yang cepat dan kejituan yang tinggi. Hampir kesemua tuner yang aku ada merupakan daripada jenama Korg (GA-1, Pitchclip, PitchHawk-G, dan Sledgehammer Pro) kecuali ada sebiji D'Addario NS Micro. Tuner jenis pedal ini memberikan respon yang lebih cepat berbanding jenis clip-on, dan pastinya ia akan bermastautin pada pedalboard utama.

_____
AADI: Setia dengan jenama Korg.

Wordless Wednesday: Korg R Us (Part 2)



Clockwise: MA-1, PC-1, AW-3G, PX-mini, SH-Pro, GA-1.
_____
Ada apa: Mrs. Ijau komplen "tuner lagi?"...

Ada Sesuatu Dari CK Music (Part 14)


Agak lama aku tidak berurusan terus dengan CK Music, lebih-lebih lagi musim jualan akhir tahun (YES) sebegini. Kali terakhir berurusan awal tahun 2014 untuk barangan YES 2013. Selepas itu untuk barangan YES CK Music biasanya aku akan memesan melalui Pusat Muzik Reco, Music Bliss atau yNot Studio yang menjadi sebahagian daripada wakil jualan.


Tapi semenjak webstore CK Music dikemaskini, pembelian atas talian kembali menjadi mudah (kalau zaman Bang Mizan dulu, aku order terus). Barangan di atas diterima semalam selepas pembelian Jumaat minggu lepas (black Friday?).


Tiada item "big guns" dipesan kali ni, item utama hanyalah sebuah tuner Korg Sledgehammer Pro (tuner clip-on lagi?) yang telah terGAS sejak tahun lepas.


Fokus utamanya ialah kejituan talaan berbanding multi-mode. Yang ada hanyalah mode chromatic, tiada mode guitar/bass (6E/5A/4D/3G/2B/1E) atau semitone (drop/capo) seperti yang ada pada model Sledgehammer biasa mahupun PitchHawk-G.


Pembelian sampingan pula ialah Music Nomad String Fuel Refill (dapat sticker), tali gitar Martin/Darco D9600 (10-52) dan beberapa keping pick CK Music sebagai penggenap bayaran. Bungkusan Martin/Darco ni dah lain, dah guna plastik kedap udara macam Ernie Ball berbanding kotak seperti batch lama.

Martin/Darco ni antara jenama tali gitar kegemaranku, bukan saja kekenyalannya boleh menyaingi Ernie Ball tapi harganya jauh lebih murah dan setakat ni belum pernah mengecewakan (karat sebelum guna).


Oh ya, terima kasih kepada Mr. Hong (webstore admin) kerana menunaikan hajatku untuk minta senaskah katalog YES CK Music untuk rujukan. Lebih afdal kalau ada naskah fizikal berbanding versi maya (versi PDF).

_____
Ada apa: Belek katalog, terGAS pula dengan kabinet Blackstar.

GAS Akhir Tahun


Musim tersebut datang lagi, biasanya inilah musim cuti sekolah, musim tengkujuh, musim mengawan kahwin, dan musim jualan akhir tahun (year end sale). Seperti tahun-tahun lepas, mulalah terGAS macam-macam. Antaranya...

1) Jim Dunlop Cry Baby Mini CBM95 - Aku tak pandai main pedal wah, Vox V845 pun dah jual. Tapi bentuk comel Cry Baby Mini ni sesuai untuk rig kecil-kecilan. Cuma harganya mahal sedikit berbanding Cry Baby saiz biasa (GCB95), patutnya lagi murah kan?

Image: Gear-Otaku.
2) Orange Micro Dark - Jangkaan untuk masuk pasaran Malaysia awal tahun depan. Jadi secara tak rasmi boleh dikeluarkan daripada senarai, selamat...

Image: Gear-Otaku.
3) Korg Sledgehammer Pro - Hampir tiap-tiap tahun aku beli tuner, dan hampir kesemuanya berjenama Korg (GA-1, Pitchclip, PitchHawk-G, ex-Pitchblack Poly). Tahun ni terGAS dengan model ni...

Image: CK Music.
4) Blackstar HT-112 (or HT-408) cabinet - Untuk digandingkan bersama dengan HT-5RH, sekarang cuma menggunakan kabinet 10" Vox V110NT.

Image: Dead Eye Guitars.
Kebelakangan ni banyak pedal-pedal yang aku dah jual, tinggalkan yang betul-betul digunakan sahaja (mostly Boss pedals). Dana-dananya boleh dikitar (GLTL) untuk perolehan barangan baru. Tapi, macam biasalah, faktor keperluan-kemahuan perlu diambil kira (secara serius) untuk melawan GAS.

_____
Ada apa: Akronim; GAS = gear acquisition syndrome, GLTL = gali lubang tutup lubang.

Gali Lubang Tutup Lubang Yang Serius


Mengiklankan gajet-gajet dan barangan muzik melalui group Jamtank jauh lebih efisyen berbanding group MUUV atau blog GKC. Dalam masa dua minggu sahaja aku berjaya menjual beberapa gajet (mostly pedals) yang jarang/tidak digunakan. Seperti biasa, dijual untuk projek "gali lubang tutup lubang", antaranya...


1) EHX Hot Tubes, aku tak sangka pedal ni menjadi rebutan ramai ketika aku mengiklankannya. Terpaksa melayan dua orang bakal pembeli dalam masa yang sama melalui Facebook Messenger, akhirnya pedal ni lari ke Kuantan.


2) Setelah TJ berjaya menjual pedal Zoom MS-70CDR kepunyaannya juga melalui Jamtank, aku mencuba nasib mengiklankan pedal aku. Beberapa jam kemudian ia berjaya dijual dan akhirnya merantau ke Arau,


3) Korg Pitchblack Poly lari ke Ipoh, melalui proses pertukaran (trade/swap) dengan Digitech Hardwire SC-2 Valve Distortion. A very good trade indeed, sebab bunyi SC-2 memang ohsem.


4) Behringer Ultra-G GI100 ni pula ke Johor Bahru. Aku agak terkejut kerana harga terkini/semasa gajet ni melonjak naik akibat kejatuhan nilai ringgit. Tak hairanlah pembeli dari JB tadi terus bersetuju dengan harga yang aku tawarkan.


5) Satu lagi pedal rebutan ramai ialah EHX East River Drive. Sama seperti kes Hot Tubes di atas tadi terpaksa melayan dua orang bakal pembeli sekaligus dan akhirnya berjaya menemui tuan barunya di Damansara. Pada mulanya aku agak keberatan menjual pedal ni kerana ia digunakan sebagai booster kepada Orange Micro Terror,


6) Seperti ERD, Vox Satchurator juga agak keberatan untuk dijual kerana ia dimiliki atas dasar koleksi. Tapi bak kata pepatah (entah siapa yang cipta), sekeras-keras tahi diteran, akhirnya di"lepas"kan juga... Begitu juga dengan pedal ni yang dah bermastautin di Batu Caves.


7) Setelah sekian lama terperap dalam axology, dijual dan dibeli semula, akhirnya Danelectro Coolcat Chorus ni lari ke Pudu.


8) Si kacang merah (Line 6 Pod X3) ni pula tak lari jauh, hanya ke Miri... Ditukar dengan amp Blackstar ID:Core Stereo 10 beserta tambahan tunai. Pembelinya juga berminat dengan Pod HD300 aku, tengoklah nanti...

Rehat sekejap, layan lagu *GLTL.




Jika hasil GLTL Dark Moon (LTD EC-256) beberapa bulan lepas disalurkan untuk memperolehi Blackstar HT-5RH, dana-dana hasil GLTL gajet-gajet di atas tadi pula "terlalu serius" sehinggakan berjaya menggali lubang baru...


*GLTL versi karaoke Salih Yaacob lagi "goyang", walaupun langsung tak ada muka Salih Yaacob dalam video ni (biasalah, standard karaoke).

_____
Ada apa: Meracun si Korawk.

Multi-Effects Versus Stompbox (Part 3)


Satu kelemahan kalau dah masuk khemah stompbox, pastinya akan terGAS untuk mendapatkan sebuah lagi stompbox lain, lepas sebuah, sebuah lagi, serius! Lama-lama tanpa disedari, ia beranak-pinak...

Tabalurut!
Mahu atau tidak, aku mesti melepaskan beberapa buah stompbox yang jarang atau tidak digunakan (trimming the herd). Hanya perlu tinggalkan stompbox yang asas sahaja untuk kegunaan masa-masa "kecemasan", kemudian kembali kepada khemah multi-effects.

_____
Ada apa: Gali lobang tutup lobang...

Pasca YES Reco


Seperti tahun lepas, masih lagi berpeluang memiliki barangan saki-baki stok jualan akhir tahun 2014 (YES) daripada Pusat Muzik Reco walaupun tempoh YES sudah tamat. Barangan berikut diterima Isnin lepas.

Harga tertera bukan harga YES.
Sebuah metronome Korg MA-1, setin pick Dunlop Kirk Hammett signature (KH01T088) dan tali gitar Good Strings (hehehe) sebagai penggenap bayaran.


Aku perlukan sebuah metronome untuk praktis tempo solo-solo ringkas, semenjak menyahut cabaran Azrol untuk mencuba beberapa solo-trade lagu-lagu "playsafe".


Juga boleh digunakan bersama-sama headphone untuk mode senyap, atau disambung pada input aux pada multi-effects, amp atau mixer. Tema warna merah/hitam serasi dengan amp Micro Cube GX. Saiz dan dimensinya lebih kurang sama seperti tuner Korg GA-1.


Pick tin Kirk Hammett pula dibeli semata-mata sebagai koleksi sepeti pick tin Papahet. Makin bertambah koleksi pick aku...

Masih ada lagi beberapa barangan (sedikit) saki-baki stok jualan akhir tahun di Pusat Muzik Reco, amat sesuai bagi mereka yang ingin membelanjakan bonus, hahaha!

_____
Ada apa: Another Korg stuff...

Wordless Wednesday: End 2014 Jamming Rig



D-tuned?
_____
Ada apa: 2014, tahun yang dorman untuk MUP.

Poli Hitam Kelam


Harta rampasan perang pertama untuk jualan akhir tahunPB-03) polyphonic pedal tuner, yang diperolehi daripada Pusat Muzik Reco beberapa minggu lepas. Korg sememangnya sinonim dengan penghasilan tuner yang jitu, pantas dan sensitif.


Ya sememangnya aku sudah memiliki beberapa buah tuner jenis clip-op (Korg Pitchclip, Korg PitchHawk-G, D'Addario NS Micro) dan jenis candybar (Korg GA-1), tapi inilah tuner pertama aku jenis pedal. Ironinya hampir semua tuner yang aku ada adalah berjenama Korg.


Rasanya tak perlulah aku ceritakan macam mana tuner ni berfungsi, kan? Tengok video di bawah ni pun dah cukup.


Semasa menala, tiada signal yang melaluinya (muted), oleh itu pedal ni juga sesuai dijadikan sebagai makeshift circuit breaker (pemutus litar?). Rasanya anda boleh fikirkan kegunaan praktikal circuit breaker semasa gig atau persembahan awam.


Satu lagi kelebihan yang ada pada Pitchblack Poly ni (yang mungkin juga ada pada pedal tuner jenama lain), ia mampu menerima arus masuk yang besar melebihi 600mA dan juga boleh menyalurkannya keluar (relay) kepada pedal lain dengan arus 200mA, arus yang sesuai untuk pedal sensitif kepada arus seperti Boss dan Digitech.

Spesifikasi lain boleh layari website rasmi atau baca manualnya.

_____
Ada apa: Kenapa perlu banyak tuner?

Vox amPlug 2 Metal


Satu daripada harta rampasan perang jualan akhir tahun daripada Pusat Muzik Reco semasa "Black Friday" minggu lepas. Walaupun dipesan oleh seorang rakan seMUUV, tapi setelah mendapat kebenaran untuk "memandu-uji"nya sebelum ia dituntut malam nanti, dapatlah juga modal buat entri untuk kali ni.

RM150 tu harga runcit.
Akupun sebenarnya pernah terGAS untuk mendapatkan amPlug 2 Metal (seperti dalam entri ni). Tapi kebetulan rakan ni juga berminat dengan amPlug yang sama, dapat jugalah dijadikan mangsa bahan ujikaji percubaan (trial) - kalau best, aku akan membelinya semasa "pusingan kedua" nanti. Kalau tak, faham-faham sajalah, hehehe... (Pok, if you're reading this, sorry~)


Input jack yang boleh dilaras pada empat darjah kedudukan (45°, 90°, 135° dan 180°) merupakan perbezaan utama antara amPlug 2 ni dengan amPlug generasi pertama yang memiliki input jack statik. Memiliki tiga tombol untuk melaras GAIN, TONE, VOLUME, juga memiliki tiga jenis preset modulation; CHORUS, DELAY, REVERB.


Dari segi bunyi, ia tak jauh beza daripada bunyi modelling US METAL (Rectifier) yang ada pada Vox StompLab, Valvetronix+ dan Korg Pandora Mini, mungkin disebabkan ia berkongsi teknologi yang sama kot? (Korg adik-beradik Vox). Walaupun tidak setanding dengan bunyi Rectifier yang ada pada Line 6 Pod HD-series, tapi untuk kegunaan santai atau warm-up sebelum gig, ia sudah mencukupi.

Yes, made in Japan.
Pendapat peribadi - Beli jika anda (1) suka gajet kecil-kecilan, (2) suka setup ringkas terus ke headphone tanpa sebarang pedal (3) seorang pengumpul (collector) barangan Vox. Jangan beli jika anda (1) mengharapkan kualiti bunyi berdefinasi tinggi seperti Line 6 Pod HD-series (2) dah ada efek mobile lain yang boleh digunakan bersama-sama headphone - seperti Pandora Mini, Pocket Pod atau amPhone.


Disebabkan aku sudahpun memiliki Pandora Mini yang memiliki modelling Rectifier yang lebih kurang sama kualiti bunyinya, jadi aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya pada "pusingan kedua" nanti.

_____
Ada apa: Ulasan temberang je ni...

Black Friday Haul From Reco


Pusingan pertama bersempena Year End Sale 2014. Barangan diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, kebetulan pula ia diterima pada hari Black Friday.

Abaikan harga pada label, itu harga runcit bukan harga YES.
Hanya pedal tuner Pitchblack Poly sahaja yang aku punya, tuner PitchHawk-G (aku dah ada) dan amPlug 2 Metal merupakan pesanan tumpangan daripada rakan MUUV. Manakala tali gitar akustik jenama Good Strings (duh~) sebagai penggenap bayaran.

Bila dah cuba "pandu uji" amPlug tu, macam hilang pula rasa GAS...

_____
Ada apa: Credits to Miss Ng of Reco.

Ada Apa Dengan 2014 CK Music Year End Sale?


Jualan akhir tahun CK Music kembali lagi, bermula semalam sehingga akhir tahun (kebetulan hari ni sindrom Tony Stark). Katalog jualan versi PDF boleh dimuat-turun di sini.

Imej CK Music.
Tapi semenjak YES tahun lepas, disebabkan tiada staff CK Music yang berkelapangan melayan pesanan dan karenah pembeli atas talian seperti aku (owh I miss Bro Amizan), adalah lebih mudah rasanya berurusan dengan outlet YES lain yang terlibat, contohnya Pusat Muzik Reco, atau mencuba nasib di Music Bliss dan Amplitude Music.

Imej cilok.
Dan seperti tahun lepas juga, tiada lagi rasa GAS terhadap gajet tahap "big guns", hanya berminat dengan gajet dan aksesori kecil-kecilan seperti amPlug 2, Pitchblack Poly (tuner lagi?) dan/atau mungkin sebuah metronome kecil.

_____
Ada apa: Korawk, side order?

Wordless Wednesday: Miku Stomp



Who's Miku?

_____
Ada apa: Japanese fetish...

Audisi Gitaris Baru?


Azrol mencalonkan seorang rakannya dari Kidurong untuk diaudisi, bukan sebagai pengganti tapi gitaris kedua - lagi ramai lagi meriah, kan? Menurut Azrol, skill mereka berdua seakan-akan setaraf (yang ni aku nak tengok).

Kami menggunakan sessi jamming Tupa Blacen Rock Santai di Dewan Balairaya Kampung Jepak Ahad lepas (akan ada entri lain) sebagai platform audisi.


Daripada kelengkapan yang dibawa, aku dapat rasakan rakan Azrol ni (walaupun pemalu) merupakan seorang gitaris yang serius. Gitar yang digunakan ialah Charvel Desolation DC-1 FR dengan pikap EMG 81/85 sebagai nadi.


Juga seorang penghuni kem stompbox, berketul-ketul pedal jenis stompbox dilekatkan pada Pedaltrain Jr. Dalam banyak-banyak pedal yang ada, Blackstar HT Metal tu membuatkan aku ternganga. Bekerja di sektor minyak dan gas di kawasan Kidurong, jadi tidak hairanlah dengan kelengkapan yang agak mewah.

Katanya sebelum ni biasa main dengan tuning drop-D dan drop-C, jarang main standard. Tapi senang-senang saja dapat main lagu Sejati dan beberapa lagu mainstream Metallica semasa audisi, cuma lagu-lagu Iron Maiden dan Bruce Dickinson (solo) agak asing baginya...

_____
Ada apa: Hasil audisi? Lulus.

Wordless Wednesday: Korg R Us



Clockwise: PC-1, AW-3G, PX-mini, GA-1.
_____
Ada apa: Pernah memiliki AX3000G suatu ketika dahulu.

Ada Sesuatu Dari Pusat Muzik Reco (Part 6)


Harta rampasan perang terakhir (kot?) untuk Year End Sale 2013 dituntut sendiri di pejabat pos Jumaat lepas yang juga kebetulan hari jadiku (kira hadiah hari jadi la ni).

Dan seperti Pathfinder Bass 10 yang diperolehi beberapa minggu lepas, bungkusan kali ni juga tidak diperolehi daripada CK Music (atas alasan yang sama), tetapi diperolehi daripada Pusat Muzik Reco, Melaka.

Thanks to Miss Ng of Reco for another smooth transactions.


Berisi dua gajet kegitaran, satu daripadanya ialah Korg PitchHawk-G yang telah diceritakan dalam entri semalam. Satu lagi ialah Zoom Multi-Stomp MS-50G, antara pedal efek yang aku telah terGAS sejak ia diperkenalkan beberapa tahun lepas.


Seperti biasa, disertakan juga dengan beberapa keping pick sebagai penggenap bayaran. Dunlop Ultex memang antara pick kegemaranku, pick Peavey tu bentuknnya nampak peliklah.


Pedal yang aku perolehi ni telahpun dikemaskini perisiannya kepada versi 2.0, dengan tambahan beberapa efek dan amp model berbanding sebelumnya.

Semasa YES 2012, aku pernah membeli dan mencuba pedal yang sama selepas dipesan oleh seorang rakan muzik amatur. Pada ketika itu aku rasa macam tak berbaloi memilikinya disebabkan aku sudah ada G2.1Nu dan kemudiannya Pod HD300. Untuk ulasan ringkas mengenai MS-50G ni bolehlah baca dalam entri tersebut.


Faktor logistik merupakan faktor utama kenapa aku membeli pedal ni (selain faktor koleksi). Ia akan dijadikan gigrig utama (efek yang dibawa semasa gig) menggantikan G2.1Nu dan gigrig #1.

Dengan adanya pedal ni, aku tidak perlu lagi membawa beg tambahan (untuk efek dan adapter) kerana ia muat dalam poket gigbag gitar. Dengan kata lain, menjadi seorang minimalist. Lagipun buat malu je bawa efek besar-besar tapi hanya main powerchords hehehe~ (tu belum lagi kes terkial-kial mencari setting semasa soundcheck).

_____
Ada apa: My simplest gigrig ever, I'm travelling light...

Odometer AADI

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (64) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (74) anniversary (180) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (12) artis tempatan (156) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (18) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (8) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (35) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (74) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (4) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (54) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (20) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (33) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (43) emo (283) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (181) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (14) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (55) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (61) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (59) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (182) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (294) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (10) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (28) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (311) konsert (118) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (18) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (40) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (35) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (30) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (70) melaka (13) membakut (46) memori (484) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (51) miri (22) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (20) mooer (2) motorhead (9) movie (117) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (236) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (45) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (47) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (65) shopee (56) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (36) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (33) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (7) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (22) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (69) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (36) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (39) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (493) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger