Showing posts with label elixir. Show all posts
Showing posts with label elixir. Show all posts

Bro Eden's Partscaster


Entri kali ini pula sebuah "partscaster" dihantar beberapa hari selepas EC-1000VB Azrol untuk servis pendawaian pikap. Ini merupakan gitar projek Bro Eden (tauke REG Studio, bassist Lost Infidels).

Seperti namanya, ia merupakan telecaster rojak, badan adalah daripada telecaster lama dicat semula. Neck, hardware dan elektronik pula merupakan barangan aftermarket.

Projek santai Bro Eden yang dikerjakan sejak hujung tahun lepas, katanya diinspirasi daripada telecaster Suhr Mateus Asato Classic T.

Neck berjenama "Suhr" dengan tuning machine "Fender". Apabila semua sudah siap *dipasang, barulah dihantar ke tempat aku untuk menghidupkan elektroniknya. Tertangguh sejak musim banjir hujung bulan lepas.

Pikap-pikap dan bridge klasik yang digunakan adalah berjenama Wilkinson. Aku agak bingung dengan bridge jenis klasik ini, macam mana cara untuk mengintonasinya? Kerana dua tali berkongsi satu skru.

Elektronik lain (suis, potentiometer, kapasitor) yang disertakan adalah jenis pre-wired. Sudah siap dipasang dan dipateri. Hanya tinggal memateri wayar pikap ke suis dan wayar output jack. Disebabkan itu, kerja-kerja pematerian tak sampai pun 15 minit.

Juga dipasangkan dengan set tali baharu Elixir Nanoweb 9-42, set terakhir daripada tiga set yang diperolehi dua tahun lepas. Cuba mengintonasi dan meninggi-rendahkan action seoptimumnya.

Respons pikap-pikap Wilkinson ini agak boleh tahan juga, fizikalnya pun agak kemas dan tegap berbanding jenama Belcat, G&B atau BHK/BHC. Sebelum ini aku agak skeptikal dengan jenama Wilkinson, lebih-lebih lagi yang mudah didapati di platform Shopee/Lazada.

Pernah juga terfikir untuk buat projek begini untuk kepuasan diri. Tapi kekangan utama aku ialah perkakasan, terutama perkakasan kerja kayu. Juga risau jika ia akan terbengkalai kemudiannya dan tiada nilai jualan semula.

_____
AADI: *Ada sedikit kesilapan disebabkan power tools.

Chucky 2024


Sudah hampir penghujung 2024 baru tergerak hati mengeluarkan Chucky (Prestige Heritage Custom Deluxe MC) untuk dibawa jamming minggu lepas. Warna "metallic charcoal"nya kini sudah kehijauan dan secara rasminya menjadi IDK signature (self-proclaimed) *Mark VIII.

Suis toggle gitar ini selalu bermasalah antara sebab aku jarang menggunakannya, sudah tiga kali ditukar tapi tidak direkodkan dalam entri AADI. Suis yang ketiga ini aku guna jenis syaf panjang ala Gibson (tapi bukan Switchcraft) harapnya dapat bertahan lama.

Selepas jamming minggu lepas, ia dipasangkan set tali baharu Elixir Nanoweb (9-42) menggantikan set tali asal yang tidak pernah ditukar sejak dimiliki dua tahun lepas (D'Addario, 10-46?). Ditala dan diintonasi pada E-standard.

Saiz 9-42 lebih sesuai untuk gitar ini tidak seperti kedua-dua Les Paul yang aku miliki (Goldie, Tigera) yang lebih sesuai dengan 9.5-44 atau 10-46 untuk talaan E-standard. Mungkin kerana faktor bridge Bigsby yang membuatkan tali-talinya menjadi agak kenyal.

Dalam kesempatan yang ada, fretboard dirawat dan dikondisi dengan produk Jim Dunlop. Kini ia nampak lebih gelap seperti kayu ebony.

Antara kesimpulan pasca pandu-uji jamming minggu lepas:

  1. Beratnya 4.1 kg, lebih kurang berat abang long Goldie (4.0 kg), terasa jugalah lenguh-lenguh bahu menggalasnya untuk dua jam jamming.
  2. Ia tidak seresonans seperti kedua-dua Les Paul aku jika dimainkan seadanya secara akustik, tapi agak berbeza ketika diamplifikasikan. Kombo Seymour Duncan 59/JB memang cemerlang untuk aplikasi ini.
  3. Radius fretboard 15" agak rata seperti superstrat, bila sudah terbiasa dengan radius 12" terasa agak janggal.
  4. Aplikasi bridge Bigsby tona hanya dapat turun/naik satu fret (half-tone). Ia tidaklah secemerlang Floyd Rose atau tremolo fulkrum ala Strat, tapi ia bukan dicipta untuk aplikasi sebegitu.
  5. Selebihnya jika biasa menggalas Les Paul, tiada masalah untuk transisi kepada gitar ini.

Ia akan direhatkan seketika jika ada sessi jamming untuk memberi laluan kepada Swede (Hagstrom Ultra Swede) yang belum pernah dipandu-uji jamming. Lebih-lebih lagi selepas dipasangkan kombo DiMarzio PAF Pro/Super 3.

_____
AADI: *Mark VII, VI, V, IV, III, II, I.

Nanoweb


Selama 13+ tahun berhobi gitar, aku tak pernah beli tali gitar jenama Elixir, kalau pernah guna pun yang memang sudah dipasang pada gitar tertentu contohnya pada ex-Black Ice dan Shiro. Elixir ini jenama yang hype dengan teknologi sadurannya (coating) - Nanoweb, Polyweb, Optiweb, pada harga yang premium.

Maknanya inilah kali pertama aku membeli jenama Elixir ini, itupun tertarik dengan promo 2+1 set Nanoweb 9-42 ini pada harga "boleh tahan". Diperolehi daripada website Swee Lee dengan pengeposan percuma.

Bila tengok kotak, ia tidak kedap atau bermateri (seal). Di dalamnya ada tiga set (18 sampul) tali gitar dan nasib baiklah tiada karat dikesan, kalau tidak memang hangit satu badan.

Disebabkan kandungannya terdedah begini, ia tidak akan disimpan lama dalam stok peribadi. Ada peluang akan terus dipasang pada gitar-gitar aku. Aku tak peduli adanya teknologi saduran yang hebat, kerana daripada apa yang aku dengar, hanya tali EAD (wound strings) sahaja yang disadur, tali GBE (plain strings) tidak disadur.

_____
AADI: Rindu jenama SIT, Curt Mangan dan Kerly.

Mitutoyo Shiro


Sebelum bertukar hakmilik, Mr. A sudahpun memasangkan set tali baharu pada Shiro (ESP Eclipse-II) ini, katanya Elixir 10-52. Pengalaman aku, saiz 10-52 agak serba-boleh untuk gitar berskala 24.75" pada talaan yang selalu aku guna - Eb-standard/drop-C# dan E-standard/drop-D.

Tapi aku was-was dengan saiznya kerana terasa agak keras pada talaan Eb-standard berbanding 10-52 Ernie Ball dan Skull Strings yang pernah aku guna sebelum ini.

Aku tak pernah beli tali jenama Elixir, tapi ikut pengalaman pada tali bass ex-Black Ice, sadurannya akan mula "membulu" akibat selalu kena pick. Jadi kebarangkalian ini adalah tali jenama Elixir amatlah tinggi.

Untuk mengetahui diameter tali, aku menggunakan angkup digital Mitutoyo, pinjam opis punya. Aku ada angkup vernier versi Mr. DIY/Super Save, tapi untuk bacaan bawah 1 mm memang tak tepat dan jitu.

Selepas diukur ternyata set tali ini bersaiz 10-13-17-30-42-52, tapi entahlah kenapa tidak "feel" seperti dua jenama di atas tadi.

Mungkin akan dipasangkan dengan set Turbo Slinky (9.5-46) yang diperolehi beberapa minggu lepas. Ernie Ball ni tak boleh disimpan lama-lama dalam stok, nanti menyesal... Sempat menjenguk TOM bridge dan tailpiece, ternyata ia juga berjenama Gotoh.

Bersambung...

_____
AADI: Set Elixir dikitar semula untuk gitar lain.

Tiub-Tiub Panas


GAS pedal Electro Harmonix (EHX) yang tak sudah-sudah, kali ni EHX Hot Tubes. Seperti biasa diperolehi daripada Music Master Studio dengan harga penghabisan stok.


Pedal ini merupakan versi isu-semula (re-issue) daripada versi CMOS Hot Tubes dan bukannya versi Vintage Hot Tubes yang menggunakan tiub sebenar.


Tidak seperti East River Drive (ERD), pedal ini merupakan perolehan yang agak "trial and error". Aku bersedia menerima hakikat jika bunyi pedal ini tidak menepati citarasaku.


Sebagai pedal tunggal, bunyinya lebih ke arah "fuzz" berbanding bunyi "overdrive". Bunyinya akan mula menjadi "fuzzy" jika tombol OVERDRIVE dipulas lebih daripada separuh.

Bateri Mike Matthews.
Seperti sudah dijangkakan, bunyi "fuzzy" bukanlah cawan tehku (my cup of tea?). Sebagai pedal sokongan dengan ciri bunyi sebegini, ia lebih sesuai dijadikan sebagai pre-amp berbanding booster. Atau mungkin ia sesuai digunakan bersama-sama bass.

Tapi, itu semua pendapatku yang temberang...


Perolehan kali ini juga disertakan dengan sebungkus tali gitar Ernie Ball Coated Titanium RPS Hybrid Slinky (9-46) dan dua bungkus tali solo Ernie Ball dan Elixir bersaiz 32 (fifth string) yang dipesan sebagai gantian/backup.

_____
Ada apa: Harap-harap set Coated Slinky ini tidak menghampakan.

Bass Talk: Black Ice's Elixir Strings


Dalam entri lepas, aku ada mention pasal Black Ice aku guna Elixir strings kan? Seperti yang ditulis pada manual bass ni "uses Elixir strings", dan dari artikel blog Oriaj (pengguna tegar Elixir strings) ada mention pasal nanoweb/polyweb something... Tapi memang string bass aku ni ada macam salutan getah/plastik dan agak licin.

Mula mengelupas macam kulis ular.

Hasil hentaman pick Dunlop Tortex .88 mm (my fav) sebab selalu main lagu The Trooper (yang banyak guna A-string) waktu sessi jamming terlampau beberapa minggu lepas (dan sessi-sessi lain). Kelihatan selaput getah/plastik mula mengelupas macam kulit ular. Jadi daripada bukti-bukti ni memang sah Black Ice aku menggunakan Elixir strings seperti yang ditulis pada manual... Nanoweb or polyweb itu aku tak tau. But as we know, Elixir strings was rather expensive (worth RM100+ per set according to Dead Eye Guitars). So buying an Iceman bass was a good investment after all...

Closer shot.

Ya aku tau, walaupun Elixir strings tapi 'general housekeeping' aku tak pernah lupa... Sapu dan lap guna GHS Fast-fret (atau Dunlop Ultraglide 65) lepas main. Harap-harap string ni mampu bertahan sekurang-kurangnya setahun hehehe, sebab nak beli string bass yang best macam Elixir ni suatu pelaburan yang agak mahal ooo...

Owh btw, Bro Sub... If you're reading this, please bagi pendapat-pendapat yang bernas mengenai guitar/bass strings.

_____
Ada apa: Lepas ni nak tengok movie Clash Of The Titans. Kalau tak silap dulu aku pernah tengok filem ni versi 80an.

bass talk: iceman cometh!


review ini hasil nukilan seorang rookie bassist yg terlampau (yg xbrapa pandai main gitar/bass)

the latest addition in my arsenal... awal disember lps aku dah letgo bass crows aku, then dgn dana2 tmbhn aku upgrade dari GIO-soundgear series kpd iceman series plak stlh puas hati dgn pilihan survey... aku pilih ibanez iceman bass ICB200EX (ibanez lg... agaknya aku dah ngam dgn ibanez kot?)

kali ni aku order dgn calvin from dead eye guitars, satchman enterprise xde stok axe yg shape pelik2... this stock was taken from that country in the south. sbb kat bentley mmg model ni dah obsolete, yg ada pun maybe model ICB300EX yg harganya over RM2k (comes with hardcase)

yup, the gigbag was inclusive with this model... so xpyh tekial2 cari gigbag sbb mmg susah mau cari gigbag utk shape iceman ni (hardcase?)

resit, business card dan d'addario string set (ni string gitar bkn string bass). mula2 aku suruh belikan string ni sbb ada byk balance drp pembelian bass ni (sbb nak restring blk mephisto aku incase xjd nak letgo)... last2 calvin bg set string ni free - hadiah krismas katanya (hohoho!) balance yg lain kira tmbh kpd deposit yg sedia ada utk dean VMNTx ;)

d'addario XL nickel wound super light gauge (.009-.042) klu ikutkan price tag harganya RM21.50 mggu lps aku survey string ni kat zoso music RM29 (plng2 kurg pun RM27 je) but this one i got free! (hohoho!) thanks calvin... btw, ramai yg rekomen aku guna brand d'addario, tp aku xkisah pun apa2 brand string (d'addario, elixir, GHS, ernie ball, dunlop, dll) asalkan harganya berpatutan, sbb aku pun masih rookie dlm dunia kegitaran ni... blm ada lg favourite brand for accesories... so far, aku guna produk2 drp dunlop dan planet waves (chemicals, straps, picks)

ibanez iceman bass ICB200EX

"The Iceman has long been one of the more adventurous body styles from Ibanez. In the bass world, it means a massive piece of mahogany and high powered pickups to create tones that are absolutely earth shattering"

- artikel drp website ibanez

meet the iceman (spesifikasi)

  • brand: ibanez
  • model: iceman bass
  • model code: ICB200EX
  • made in: blkg headstock tulis made in china, tp ikut serial no. made in indonesia
  • serial no: J080757607 (sae jung plant, indonesia, july 2008, production number: 57607)
  • construction: bolt-on
  • body: mahogany (klu ketuk mmg bunyi berbeza dgn kayu basswood atau agathis)
  • neck: 3-piece ICB4 maple
  • fingerboard: rosewood with pearloid inlay
  • pickups: DCS4N & DCS4B passive
  • colour/finish: black
  • hardware: chrome
  • scale: 34"
  • fret: 22 medium
  • bridge: B10 with elixir string
  • price paid: RM1xxx + RM8x (poslaju)

utk spesifikasi lbh lanjut bleh check website ibanez (model ICB200EX dan ICB250EX spesifikasinya sama, cuma beza body artwork/decal shj) atau review kat ultimate-guitar (model lama ICB200)

kedudukan strap button yg agak ganjil... waktu test pakai strap mmg aku blm biasa dgn kedudukan strap button mcm ni, rasa xseimbang. button jenis mcm ni kena pasang straplock as a precaution... xblh lawan strap button mephisto aku yg tegap xpyh pasang straplock mmg susah strap nak tecabut (dan susah jugak nak pasang hahaha)

bateri 9V ni bknla utk pickup... sbb pickup bass ni passive. ekceli ia digunakan utk pre-amp PHAT II active bass boost "easily adds extra low-end power" - hah! mmg btl statement ni! mcm mau pecah speaker RQ-K12 waktu aku test full boost. wtf? bateri brand apa ni colorful? (lps ni aku kena stok bateri 9V cap ayam beli kat super-save)

bridge B10 yg sama mcm bridge crows aku dulu, so xjanggal la tgn waktu menggentel... tombol2 (knobs) yg agak kukuh berbanding GIO series (duh~). dari atas ke bwh - volume, balancer, PHAT II boost

headstock trademark ibanez... sama design dgn headstock utk siri2 gitar RG, RGA, GRG, GRX, X, FR, S, SV, SA dan GSA

tragedi headstock! - xnak aku cerita...

dlm manual dan info dari website ibanez, iceman basses come with elixir strings... aku xtau btl ke x, camna nak check string ni elixir? (oriaj - tolong explain, sbb kau kan suka elixir)

sound? waktu mula2 dpt mmg calvin sengaja longgarkan string supaya selamat waktu shipment. smpi2 kat rmh aku tune blk... mmg susah nak tune, check2 blk wtf? neck nmpk bengkok ke dpn, kena adjust trust rod bg tight sket, barula senang nak tune

oh lupa, sound... aku test direct kat RQ-K12 tanpa sbrg efek. yup soundnya lebih dlm berbanding crows dan klu pulas full tombol PHAT II boost mmg rasa nak pecah speaker. guna balancer - bridge pickup bunyinya lebih treble sesuai utk slap style (mcmla aku pndi style slap ni, sakit jari dan kuku dibuatnya), neck pickup bunyinya agak dlm dan smooth sesuai utk gentelan jari. levelkan dua2nya tgh2 sesuai utk guna pick... but that PHAT II boost was a nightmare! muahahaha... earth shattering speaker shatterer!

spt biasa aku akan bg nickname utk gitar/bass aku... utk iceman bass ni aku bg nick BLACK ICE, sbb ia merupakan iceman series (shape) dan berwarna hitam... dan jugak as a tribute to AC/DC latest album black ice (satu2nya album AC/DC yg aku ada dan enjoy dgr). next, nak try soundcheck dgn zoom B2 plak, but that was another story...

to be continued...

_____
p/s: oriaj - racun2mu sdh dpt penawarnya~

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger