Throwback Thursday: Pre-MUP Days
oleh Ijau D. Koceng 14 April 2016 pada 8:00 AM 2 komen:Jamming di Hepi;) makeshift studio, sekitar Oktober 2010. Baru berkenal-kenalan dengan Adi Herman dan Korawk.
Waktu ni walaupun dah ada gitar (digunakan oleh Adi), tapi belum pandai main gitar. Baru berjinak-jinak menggentel bass...
Hehehe... Kadang-kadang malu juga bila baca entri-entri lama, terutamanya yang ada gambar trobek.
_____
Ada apa: Iceman wooo~
Let-Go: Ibanez ICB200EX Iceman Bass
oleh Ijau D. Koceng 01 June 2011 pada 8:00 PM 6 komen:Selasa (31/5/2011) - Atas sebab-sebab peribadi, bass kegemaranku Ibanez ICB200EX Iceman bass aka Black Ice telah berpindah milik (let-go) kepada seorang bassist kidal, yang juga merupakan seorang rakan Facebook dan geng-geng underground Sabah.

Berada dalam axology aku selama setahun lebih, namun ia masih berkeadaan 9/10 walaupun selalu aku "belasah" tiap kali ada sessi jamming. Elixir strings yang ada pada bass ni pun belum pernah tukar semenjak aku beli sebab masih oke lagi (kecuali ada sedikit bulu-bulu coating).
Selamat tinggal Black Ice, harap kau akan terkenal (dengan gelaran Aisehmen) bersama tuan dan kugiran baru selepas ni.
Pencen? Eh belum pencen lagi... Tapi rehat untuk jangkamasa yang pendek (beberapa bulan). Selesai saja Projek Mega 2011 + aftermath, aku sambung balik muahahaha!~
_____
Ada apa: Ice ice baby...
Sessi Jamming Bombastik (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 08 February 2011 pada 1:00 AM 3 komen:Ahad 2/1/2011 - Hepi ;) makeshift studio was invaded by Geng Bomba! Nasib baik yang datang cuma dua orang. Ni mesti Bob Kandar yang suruh diorang datang sebagai sessi membalas lawatan aku dan Bob ke jamming studio Geng Bomba bulan Disember yang lepas.
Pada mulanya cuma aku, Bob Kandar, Azrol dan Hamdan saja jamming seperti biasa (line-up sessi jamming malam Krismas).

Siap-sedia pakai uniform lagi tu...

Taha @ Updoll Warhalf on bass, antara veteran yang agak terkenal
di Bintulu Rock scene suatu ketika dahulu (info dari Bob Kandar).

Azrol - berkebarangkalian menjadi gitaris tetap Hepi ;)
Satu perkara je yang aku tak puas hati dengan geng Bomba(stik) ni, diorang kuat komplen kat Hepi ;) makeshift studio ni tak boleh merokok sebab ada smoke detector. Aloo geng, dah ni bilik scientific equipments (UV-Vis, HPLC, AAS) sudah pasti ada smoke detector. Lagipun korang tu bomba, faham-faham sajalah...
_____
Ada apa: Bila dah terlampau crowded, macam tak Hepi ;) dah rasanya...
Guitar Talk: Family Portrait
oleh Ijau D. Koceng 13 January 2011 pada 10:00 PM 3 komen:[Filler entry] Gambar "keluarga" aku setakat November 2010, tak termasuk beberapa harta rampasan perang The 2010 Great Music Sale CK Music (Year End Sale) baru-baru ni.

Untuk 2011, dalam hati memang ada rasa nak menambah (atau menukar) ahli "keluarga". Ya, aku memang rakus (istilah yang "dikurniakan" oleh Oriaj), minggu lepas aku hampir-hampir order sesuatu dari tauke Dead Eye Guitars (DEG). Tapi syukur aku tabah menahan racun-racun berbisa.
Semuanya gara-gara sessi lawatan sambil belajar ke rumah gitaris utama kugiran Manggas waktu aku balik kampung penghujung 2010 lepas. Sempatlah juga "memandu uji" tiga gitar milik gitaris tersebut; PRS Paul Allender SE, Dean From Hell CFH dan Jackson RR24 (gitar paling premium yang pernah aku main).
Tapi disebabkan ada projek yang lebih besar untuk tahun 2011 ni, apa-apa perolehan yang memerlukan bajet yang besar (especially guitar) terpaksa ditunda tarikhnya atau dibatalkan terus. But, that was another story...
_____
Ada apa: Bulan Mac nanti genap dua tahun aku terjerumus dalam kancah kegitaran ni...
Bass Talk: Black Ice Turns One!
oleh Ijau D. Koceng 27 December 2010 pada 1:00 AM 1 commentAhad 26/12/2010 - Today marks the first anniversary of my beloved Black Ice (Ibanez ICB200EX Iceman Bass) in my possession. Aku menerimanya sehari selepas Krismas tahun lepas, setelah hampir sebulan menunggu selepas diorder dari Dead Eye Guitars (DEG).
Walaupun pada mulanya aku tak berapa berkenan dengan balance issue (neck dive) bass ni. Disebabkan tak puas hati, aku pernah mengiklankannya di Mudah.my seminggu selepas aku memilikinya. Dan ada seorang enthusiast dari Kuching yang dah berminat nak beli bass ni dari aku, tapi tak jadi disebabkan masalah harga. Mungkin jodoh aku memang dengan Black Ice ni.

Tapi bila dah selalu jamming guna bass ni, lama kelamaan akhirnya ia serasi dengan aku (in terms of ergonomics, playability and comfortability) walaupun aku belum pandai main bass. And with the new addition of Oren and Bass Blogger, the fury of it's PHAT II EQ (which has been dormant for so long) was now unleashed! Memang tak sia-sia keputusan aku untuk upgrade bass dari Crows kepada Black Ice...
Setakat ni Black Ice merupakan equipment aku yang paling lama bertahan, rekod sebelum ini dipegang oleh Behemoth, tapi akhirnya pergi jua. [Edited] Eh, silap! Rekod masih dipegang oleh Micro-Cube. Mungkin perangai rakus aku (seperti yang dilabel oleh Oriaj) bertukar-tukar equipment tetap ada, dan sememangnya ada hati untuk memiliki bass baru, adakah Black Ice bakal menerima nasib yang sama?
_____
Ada apa: Menurut Bob Kandar, bentuk Iceman agak "rare" di Bintulu.
Beg Cap Buaya (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 07 December 2010 pada 1:00 AM 4 komen:Sambung cerita pasal beg cap buaya ni dari entri semalam. Sememangnya ia beg jenama Gator, yang aku order daripada Dead Eye Guitars (DEG). Aku dah survey harga beg ni kat kedai-kedai muzik sekitar Malaysia (via email, webstore and Facebook), rata-ratanya ia dijual dengan harga RM1xx. Tak termasuk kos penghantaran dan harga potong leher untuk Sabah dan Sarawak.

Oke, it's a Gator economy gigbag GBE-EXTREME-1.
"Economy Gig Bag for Radically-Shaped Guitars Like the Flying V, Explorer, Jackson, BC Rich & Others"
- Info dari website Gator Cases.

Sebenarnya dah lama aku order beg ni, sebelum balik cuti raya yang lepas lagi. Waktu tu aku tengah mencari gigbag yang muat untuk menyimpan Abominations. Disebabkan masalah logistik oleh pihak supplier, selepas raya baru tauke DEG dapat shipment beg ni. Nasib baik aku order GC-V gigbag dari Guitar Collection.
Untuk tidak menghampakan tauke DEG aku tak cancel order beg ni, just carry-on with the order. Lagipun aku dah bagi sedikit deposit waktu order dulu. Harga? Harganya memang berpatutan (petua DEG supaya jangan dedahkan harga untuk tontonan umum di Internet).

Bila disukat dengan Abominations dari luar, nampak macam tak muat je... Aku dah mula resah, takut-takut tak muat. Tauke DEG ada bagitau yang dia pernah test beg ni dengan Jackson RR, memang muat. Tapi itu RR ekor kontot... Bukannya King V.

Extra protection layers for headstock and tuners.

Pergh!~ Cukup-cukup makan je ni...

A closer view.

Bila dizip, alahai... Cukup-cukup muat je, walaupun bukan perfect fit. Tapi kena zip pelan-pelan, kalau tak memang sah akan ada calar pada bucu ekor Abominations aku. Tapi rasanya biarlah Abominations aku guna GC-V gigbag saja, lagi selamat, dan yang penting perfect fit.
Jadi, aku nak buat apa dengan beg Gator ni? Disebabkan bentuknya universal empat segi, pastinya gitar-gitar biasa akan muat. Sebagai contoh:

Bila disukat dengan Replacement, memang lebih daripada muat.

Bila disukat dengan Black Ice, hehehe... Terlebih panjang dalam 3-5 inci.
Aku rasa kalau bass bentuk biasa P/J-bass atau Soundgear pastinya muat.
Antara kegunaan lain yang boleh dipikirkan - simpan seluar dan baju, tripod kamera, kabel-kabel tambahan, kayu hoki atau golf, sleeping bag (untuk budak kecik bolehlah kot), raket badminton/squash/tennis, joran, busur panah, shotgun, sniper riffle...
Aik? Apa aku melalut ni?
_____
Ada apa: Nasib baik aku bukan kaki pancing...
Sessi Jamming Metuk Ulau (Part 2)
oleh Ijau D. Koceng 22 October 2010 pada 1:00 AM 5 komen:Ahad 17/10/2010 - Sessi jamming yang sepatutnya dijadualkan semalam (Sabtu) terpaksa ditunda hari ni atas sebab-sebab tertentu. Kali ni jugak merupakan kali kedua Adi Herman (tauke blog Metuk Ulau) join kitorang jamming.
Kebetulan pulak sessi kali ni disertai secara impromptu oleh KORawk (tauke blog Geng Kereta Sapu) yang sepatutnya ada "aktiviti sosial" sepanjang hari di Pantai Tanjung Batu, tapi curi-curi masa datang ke Hepi ;) makeshift studio untuk join berhepi-hepi dihujung minggu. Tujuan utama KORawk datang sebenarnya adalah untuk topik [Entri-Mini] kat bawah.

Dari 3-piece sekarang dah jadi 4-piece, lagi meriah rasanya.
Line-up with simple rigs setup:
- Bob Kandar (drums)
- Adi Herman (guitar): Replacement -> MO-VM/BOD100 -> PA system
- KORawk (guitar): JS-series copy (Adi punya) -> Zoom G1N (Adi punya) -> PA system
- Aku (vocals/bass): Black Ice -> BOD100 -> BDI21 -> PA system
Pertama kali mencuba mikrofon Sony F-V120 untuk jamming, salah setting kat PA system vokal jadi tenggelam. Dalam sessi ni jugak aku dapat double-confirmed masalah MO-VM seperti yang aku merapu dalam entri ni.

Banyak cover lagu-lagu Iron Maiden - The Trooper, Wasted Years (dua lagu wajib), eksperimen lagu Fear Of The Dark dan Coming Home. Lagu lain aku main bass sangkut-sangkut, vokal pun hampeh... Takpe, yang penting hepi ;)
Bunyi gitar pun bercelaru sebab berkongsi output yang sama (PA system), rasanya kalau setiap gitar mempunyai output yang berlainan (with separate amps) mungkin lebih harmoni kot? Hah bab amp ni bakal menelan belanja yang banyak ni...

Senyum tandanya Hepi ;)
KORawk dah jatuh hati dengan makeshift studio kitorang, lain kali katanya kalau dia nak join jamming dia nak bawa equipment sendiri (macam Adi). Ini sudah bagus, kira aku boleh tumpukan perhatian sepenuhnya kepada bass sahaja, tak payah nak menyusahkan diri bawa kedua-dua bass dan gitar lagi.
[Entri Mini] Let-Go: Behringer USB Guitar Link UCG102
Aku ada iklankan UCG102 ni kat Facebook secara tertutup (closed-advertisement), maknanya promote di kalangan member tertentu saja, kalau-kalau ada yang berminat.

Item sold to *KORawk, katanya ada kawan nak beli, sebab harga pasaran tempatan mahal nak mampus. Barang ni tak sampai sebulan aku guna, jadi apa alasan kenapa aku nak let-go? Hehehe alasan yang sama sebab nak upgrade pi brand/model lain...
*KORawk ni merupakan orang tengah yang bertanggungjawab dalam proses let-go Dinoscars aku tempoh hari. Macam broker la pulak.
Dalam bulan ni saja dah tiga barang aku let-go, yang keempat menyusul kemudian... Apa nak jadi ni?
_____
Ada apa: Ranggi Metropolis? Hmmm... Idea yang bagus ni untuk lagu projek akan datang.
Ada Apa Dengan Headstock? (Part 3)
oleh Ijau D. Koceng 06 September 2010 pada 8:00 PM 0 comments[Filler entry] Lepas ni nak sambung kemas barang dan check rumah sebelum ditinggalkan cuti raya selama 10 hari mulai esok...

My only prized possessions (tinggal tiga je). Ada hati nak menambah lagi satu ni ;)
Abominations aku bawa balik bercuti, Black Ice dan Dinoscars pulak dah selamat aku simpan kat opis petang tadi. Aku rasa lagi selamat simpan kat opis daripada kat rumah, lagipun kat opis 24 jam ada guard (Bob Kandar seorang daripadanya).
_____
Ada apa: Behemoth dan Micro-Cube pun aku bawa balik sekali...
Sessi Jamming Yang Wasted
oleh Ijau D. Koceng 23 April 2010 pada 10:00 PM 2 komen:Sabtu lepas 17/4/2010 - Jangan salah paham, 'wasted' yang aku maksudkan bukanlah sessi ni yang wasted (terbazir), tapi sessi kali ni kitorang try cover lagu Iron Maiden kegemaran aku iaitu Wasted Years (berpandukan kepada DVD Guitar Techniques Of Iron Maiden dalam entri lepas). Bob Kandar memang tau lagu ni jadi drumroll tak menjadi masalah, cuma Azroy je tak tau lagu ni... Tapi kelebihan Azroy ni, bagi je dia dengar mp3 lagu ni 2-3 kali, cepat je dia dapat tangkap intro licks dan berpandukan bassline, senang-senang je dia buat solo sendiri...
Sessi bermula dalam pukul 7.30 malam dan berakhir dalam pukul 10.00 malam, biasanya kitorang akan berhenti bila Bob Kandar dah mula merungut penat nak ketuk drum. Mulanya Azroy datang dengan Shahrin... Tapi ntah apsal lepas setengah jam Shahrin kelam-kabut balik awal (awek call kot? Hahaha).
Equipments? Untuk sessi kali ni Kelly Kelly aku direhatkan, cuma guna Mephisto saja sebab aku tau Azroy suka main tremolo dan digandingkan dengan Behemoth (Satchurator dah dijual). And my Black Ice was hooked up with BOD100 (tak guna B2).
Seperti biasa, lagu Hati Emas, Sejati dan The Trooper dah jadi lagu wajib, jadi setiap kali ada sessi jamming pastinya kitorang akan main lagu ni.
Selain cover lagu-lagu Wings seperti Sejati, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, atas permintaan Bob Kandar kali ni jugak kitorang cover lagu Audioslave Be Yourself. Aku pun makin suka dengan lagu ni semenjak tengok HBK farewell speech on Raw, this song was his farewell theme song on Raw that night... So, I play this song as a tribute to HBK.
Lagu Be Yourself ni sebenarnya lagu kegemaran Bob Kandar, yela takkan manjang nak main lagu kegemaran aku je kan? Lagipun bassline lagu ni senang je BDGE ulang-ulang dari intro, verse, solo, bridge, outro sampai abis (macam lagu Zombie), antara kelebihan lagu-lagu Alternative, skali-skala main Alternative best jugak eh?... Walaupun lirik ada, tapi aku tak reti nak nyanyi lagu ni, jadi kira main instrumental sajalah. Azroy dapat cover hampir 80% guitar works Morello untuk lagu ni (ntah Azroy kenal ke tak siapa Tom Morello ni) kecuali part wah-wah solo, nanti nak kena ajar dia guna expression pedal kat Behemoth as a wah-wah pedal.
Lagu kegemaran Azroy? Dia lagu apapun dia suka main, sebab dia enjoy main gitar... Tapi awas kalau dia dah start main Metallica, tak terkejor aku yop!
Bob Kandar berkeras nak pose dengan Black Ice aku memandangkan Kelly Kelly direhatkan untuk sessi kali ni. Dan rungutan Bob Kandar (seperti biasa) pasal amp berasingan untuk bass tetap ada seperti sessi-sessi yang terdahulu... Ya aku tau, tunggu la bulan depan aku beli amp bass, 30+ watt rasanya cukup la kot untuk bilik kecik macam Hepi ;) makeshift studio ni. Mikrofon sendiri pun kena beli jugak ni nanti, mikrofon cilok dari bilik sebelah (bilik mesyuarat) yang aku guna ni macam dah kureng sikit.
Berbalik kepada lagu Wasted Years tadi, memainkan lagu ni merupakan suatu pengalaman yang baru untuk aku. Disebabkan bassline lagu ni lebih kompleks berbanding The Trooper, jadi susah aku nak tumpukan perhatian main bass sambil nyanyi sekaligus. Jadi seperti lagu Be Yourself tadi, lagu Wasted Years ni pun kitorang main secara instrumental sahaja - versi kitorang la bukannya 100% macam lagu asal, lagipun Azroy baru je dengar lagu ni 2-3 kali. Perlu banyak latihan lagi ni...
_____
Ada apa: Waktu ni aku masih lagi batuk-batuk, jadi tak berapa nak nyanyi sangat...
Bass Talk: Black Ice's Elixir Strings
oleh Ijau D. Koceng 04 April 2010 pada 2:30 PM 4 komen:Dalam entri lepas, aku ada mention pasal Black Ice aku guna Elixir strings kan? Seperti yang ditulis pada manual bass ni "uses Elixir strings", dan dari artikel blog Oriaj (pengguna tegar Elixir strings) ada mention pasal nanoweb/polyweb something... Tapi memang string bass aku ni ada macam salutan getah/plastik dan agak licin.
Mula mengelupas macam kulis ular.
Hasil hentaman pick Dunlop Tortex .88 mm (my fav) sebab selalu main lagu The Trooper (yang banyak guna A-string) waktu sessi jamming terlampau beberapa minggu lepas (dan sessi-sessi lain). Kelihatan selaput getah/plastik mula mengelupas macam kulit ular. Jadi daripada bukti-bukti ni memang sah Black Ice aku menggunakan Elixir strings seperti yang ditulis pada manual... Nanoweb or polyweb itu aku tak tau. But as we know, Elixir strings was rather expensive (worth RM100+ per set according to Dead Eye Guitars). So buying an Iceman bass was a good investment after all...
Closer shot.
Ya aku tau, walaupun Elixir strings tapi 'general housekeeping' aku tak pernah lupa... Sapu dan lap guna GHS Fast-fret (atau Dunlop Ultraglide 65) lepas main. Harap-harap string ni mampu bertahan sekurang-kurangnya setahun hehehe, sebab nak beli string bass yang best macam Elixir ni suatu pelaburan yang agak mahal ooo...
Owh btw, Bro Sub... If you're reading this, please bagi pendapat-pendapat yang bernas mengenai guitar/bass strings.
_____
Ada apa: Lepas ni nak tengok movie Clash Of The Titans. Kalau tak silap dulu aku pernah tengok filem ni versi 80an.
Sessi Jamming Yang Terlampau
oleh Ijau D. Koceng 22 March 2010 pada 2:00 AM 17 komen:Sabtu 20/3/2010 - Seperti yang dirancang, pukul 5.00 petang kitorang jamming lagi kat Hepi ;) makeshift studio. Bob Kandar terlampau teruja nak suruh aku debut my Kelly Kelly. Selain Azroy, sessi kali ni jugak ada lagi sorang gitaris jemputan, Shahrin (yang dah diracun oleh Bob Kandar). Jadi kali ni ada dua gitaris, ini sudah bagus!
Efek fotografi - disengajakan ataupun "hikmat laungan singa ganas" aku tu terlampau kuat?
Aku datang sejam lebih awal sebab nak soundcheck Kelly Kelly aku supaya serasi dengan setting Behemoth dan sound sytem (cap ayam) yang digunakan. Selesai je soundcheck aku pi makan dulu...
Untuk sessi kali ni, Bob Kandar suruh aku cari atleast empat lirik dan chords lagu-lagu Wings. Sejati pastinya dah biasa main dan hafal lirik serta chords. Aku print tiga lirik/chords lagu-lagu Wings daripada website MalayOLGA - Opera Hidup, Taman Rashidah Utama dan Belenggu Irama.
Bob Kandar - tukang ketuk merangkap tukang racun.
Azroy Hammett - Tukang "pandu uji" Kelly Kelly dengan jari-jemarinya yang pantas. Katanya best main gitar Jackson ni, tapi dia lebih suka main Mephisto aku sebab ada tremolo.
Shahrin - gitaris kidal undangan kali ni, setelah dipujuk-pujuk supaya bawa gitar sendiri. Hehehe mula-mula aku ingat Jackson Dinky, rupa-rupanya Santa Cruz (aku sikit lagi nak terbeli gitar macam ni dulu). Bukan setakat bawa gitar, dia jugak bawa effect pedal (Digitech Grunge) dan amp sendiri (Ibanez Toneblaster 15R - cukup ke 15 watt?), ni mesti termakan pujukan politik Bob Kandar ni...
Effect pedals yang digunakan - Vox Satchurator (backup pedal), Behringer BOD100, Digitech Grunge (Shahrin punya) dan Korg AX3000G @ Behemoth.
Hepi ;) in full strength:
Bob Kandar - Drums
Azroy - 1st Guitar
Shahrin - 2nd Guitar/Drums/Vocals
Aku - Bass/Vocals
Antara lagu-lagu yang kitorang cover kali (yang aku ingatlah)
- Tribute to Wings - Sejati (lagu wajib), Opera Hidup, Taman Rashidah Utama, Belenggu Irama.
- Hati Emas (lagu wajib)
- Beberapa lagu Metalika (tunggang-terbalik, hentam sajalah)
- The Trooper (enjoy beb cover lagu ni, up the Irons!)
- Fear Of The Dark (pun tunggang-terbalik, nak jadi lagu projek sessi akan datang)
- Dan beberapa lagu lain yang diorang main tanpa bassline, sebab aku tak tau lagu tu.
Gambar ni ada *orang komplen "tinggi sangat la bro, Kelly tak sesuai main tinggi macam tu, kena rendahkan lagi..." Sebenarnya disengajakan tinggi sebab nak cover perut >:) hehehe...
*Calvin of Dead Eye Guitars
Rehat pukul 6.30 petang, sambung balik pukul 7.00 malam dan kemudiannya berlarutan sampai pukul 10.00 malam! Hah! Memang terlampau! Habis sengal-sengal bahu aku berjam-jam pikul Black Ice.
Yang pastinya lagu Opera Hidup menjadi lagu febret untuk sessi kali ni, ntah 4-5 kali kot kitorang main lagu ni... Dan selalunya waktu penghujung-penghujunglah lagi enjoy main, makin serasi dan mantap. Agaknya ni kelebihan ada studio sendiri ni, boleh main sepuas hati dan terlampau...
Antara yang best sessi kali ni:
- Setting sound system memang best, especially for vocal (ehem)... Kurang feed-back, kurang reverb (echo), tarik pitch tinggi pun best (bukan falsetto eh).
- Sebab ada dua gitaris, jadi muzik makin kompleks, harmonics dan makin banyak variasi.
- Behringer BOD100 bass overdrive memang best, sound overdrive yang aku cari-cari selama ni. Senang-senang je dapat sound macam overdrive amp Warwick ala Marco Hietala. Walaupun aku guna bateri cap ayam (kedai RM2.00) tapi memang dapat bertahan main 4-5 jam.
- Amp gitar Ibanez 15 watt yang Shahrin bawa memang mampu sama level dengan bunyi drums, tapi kena pulas volume full blast la (yang pastinya memendekkan hayat speaker)... Kalau macam tu, amp 30-40 watt aku rasa cukup kot untuk main kat makeshift studio ni.
- Semua sekepala, minat genre muzik yang sama... So anything goes, goes well.
Bob Kandar dah sound lagi, minggu depan kalau line-clear nak ajak jamming lagi. Aku tak kisah, lagi selalu jamming lagi bagus sebab dapat improve skill dan keserasian antara bandmate...
Cuma yang tak best nak angkut semua equipment dari rumah - bass, gitar, pedal, kabel, dll... Nak simpan kat studio, almaklumlah studio kitorang ni jenis transformers - hari biasa jadi bilik analisis UV, hujung minggu convert jadi studio, habis main kena kemaskan nanti ada pegawai lain komplen. Aku lagi suka kalau aku cuma perlu bawa equipment yang aku guna sahaja (bassist equipment).
_____
Ada apa: Peduli apa orang nak kata, janji rok!
test power black ice
oleh Ijau D. Koceng 30 December 2009 pada 1:00 AM 2 komen:ahad 27/12/2009 - ptg lps ronda2 bintulu town memborong gula, bob kandar ajak pi makeshift studio kitorg, suruh bawa bass baru test power (aik? camna dia tau?) dan kebetulan dia dah ada kat situ tgh pukul2 drum (layan emo?)... nak jamming tp xcukup korum sbb xde lead guitarist. xpela atleast aku bleh test black ice aku, kira impromptu... start dlm 1700hrs, sanggup dtg wlupun hujan ;)
pndi main powerchords je ni harapkan distortions cover bunyi sumbang
(chords biasa masih lg terkial2)
sblm test black ice, smpt layan mephisto dan behemoth dulu... yg xpnh aku bawak pi jamming (atau smbg kat amp besar) sblm ni, tp xsmpi hati nak pijak2... so ltk la atas bench hahaha! yup aku main gitar mmg tggi, letak kat atas perut... ala2 style chris broderick, tom morello dan zachary hietala... rasa selesa main mcm ni (dlm masa yg sama nak cover perut boy-roy)
kehidupan sorg drummer yg terlampau (katanya nak tmbh 2 lg china cymbals, nak bg cukup korum)
to oriaj - klu kau prasan la... string ni mcm ada selaput lapisan nipis plastik/getah. adakah ia tanda2 string ni elixir?
lps 15-20 minit test power black ice ni, mmg ada pros dan cons
pros
- sound mmg power! deeper and more punch than crows... especially with pre-amp PHAT II bass boost, klu full crank mmg bergegar segala cymbal, cermin, dinding plywood... tp klu amp kecik rasa mcm nak pecah bunyinya. sound aku bg 11/10! klu guna amp besar la, klu amp kecik 10-15w maybe 6/10
- very attractive shape... pasti ada mata yg melirik
- pickups yg agak sensitif... best klu pndi main slap-pop style (yg menyakitkan jari2)
cons
- it's heavier than crows, maybe due to it's mahogany body
- lbh pnjg drp bass biasa, capaian makin jauh utk 1st-5th fret... kena tilt 45-60 darjah baru selesa dan senang nak capai
- xstabil... unbalanced, since strap button kat pangkal leher... klu free-hang kat bahu, kepala lbh berat drp bdn... headstock menjunam ke bwh, so kena support tmbh drp tgn kiri (rasanya gitar2 v-shape pun maybe mengalami masalah yg sama kot?)
- imho, mmg xselesa main berdiri sbb xbrapa ergonomik... cpt penat (dulu2 dgn crows jamming 1-2 jam pun xpenat)
- kena stok bateri 9V atleast sebiji, incase shit happens
ekceli aku xbiasa main bass mcm ni, drop smpi paras *tut* + membongkok sket = xselesa langsung... slalu aku main jazz style, tggi kat area perut (sama mcm main gitar) mmg selesa... tp sbb nak counter-unbalanced bdn bass terpaksala buat mcm ni. kena ambik masa utk biasakan diri
aik? sdh tukar jawatan ka? dgn bob kandar mcm ngam plak bass ni... maybe sbb bdn dia besar kot? balance dgn saiz (mula la aku meracun2 bob kandar)
kenari bob kandar - djarum black
(tu kat dlm bilik tu ada org tgh layan bass sorg2)
bob kandar insist aku supaya snap pic dgn pose mcm ni
sessi test power berakhir dlm 1930hrs... kdg2 rasa mcm something wrong bila xselesa main, is it worthed to sacrifice comfortabilty for a mere cosmetics? nnti klu2 nak beli gitar/bass baru kena pikir jugak faktor2 ergonomik selain harga, shape/design dan rarity
_____
p/s: tgk gaya bob kandar pun mcm berminat dgn bass ni...
bass talk: iceman cometh!
oleh Ijau D. Koceng 27 December 2009 pada 12:00 AM 3 komen:review ini hasil nukilan seorang rookie bassist yg terlampau (yg xbrapa pandai main gitar/bass)
the latest addition in my arsenal... awal disember lps aku dah letgo bass crows aku, then dgn dana2 tmbhn aku upgrade dari GIO-soundgear series kpd iceman series plak stlh puas hati dgn pilihan survey... aku pilih ibanez iceman bass ICB200EX (ibanez lg... agaknya aku dah ngam dgn ibanez kot?)
kali ni aku order dgn calvin from dead eye guitars, satchman enterprise xde stok axe yg shape pelik2... this stock was taken from that country in the south. sbb kat bentley mmg model ni dah obsolete, yg ada pun maybe model ICB300EX yg harganya over RM2k (comes with hardcase)

yup, the gigbag was inclusive with this model... so xpyh tekial2 cari gigbag sbb mmg susah mau cari gigbag utk shape iceman ni (hardcase?)

resit, business card dan d'addario string set (ni string gitar bkn string bass). mula2 aku suruh belikan string ni sbb ada byk balance drp pembelian bass ni (sbb nak restring blk mephisto aku incase xjd nak letgo)... last2 calvin bg set string ni free - hadiah krismas katanya (hohoho!) balance yg lain kira tmbh kpd deposit yg sedia ada utk dean VMNTx ;)

d'addario XL nickel wound super light gauge (.009-.042) klu ikutkan price tag harganya RM21.50 mggu lps aku survey string ni kat zoso music RM29 (plng2 kurg pun RM27 je) but this one i got free! (hohoho!) thanks calvin... btw, ramai yg rekomen aku guna brand d'addario, tp aku xkisah pun apa2 brand string (d'addario, elixir, GHS, ernie ball, dunlop, dll) asalkan harganya berpatutan, sbb aku pun masih rookie dlm dunia kegitaran ni... blm ada lg favourite brand for accesories... so far, aku guna produk2 drp dunlop dan planet waves (chemicals, straps, picks)
ibanez iceman bass ICB200EX
"The Iceman has long been one of the more adventurous body styles from Ibanez. In the bass world, it means a massive piece of mahogany and high powered pickups to create tones that are absolutely earth shattering"
- artikel drp website ibanez

meet the iceman (spesifikasi)
- brand: ibanez
- model: iceman bass
- model code: ICB200EX
- made in: blkg headstock tulis made in china, tp ikut serial no. made in indonesia
- serial no: J080757607 (sae jung plant, indonesia, july 2008, production number: 57607)
- construction: bolt-on
- body: mahogany (klu ketuk mmg bunyi berbeza dgn kayu basswood atau agathis)
- neck: 3-piece ICB4 maple
- fingerboard: rosewood with pearloid inlay
- pickups: DCS4N & DCS4B passive
- colour/finish: black
- hardware: chrome
- scale: 34"
- fret: 22 medium
- bridge: B10 with elixir string
- price paid: RM1xxx + RM8x (poslaju)
utk spesifikasi lbh lanjut bleh check website ibanez (model ICB200EX dan ICB250EX spesifikasinya sama, cuma beza body artwork/decal shj) atau review kat ultimate-guitar (model lama ICB200)



kedudukan strap button yg agak ganjil... waktu test pakai strap mmg aku blm biasa dgn kedudukan strap button mcm ni, rasa xseimbang. button jenis mcm ni kena pasang straplock as a precaution... xblh lawan strap button mephisto aku yg tegap xpyh pasang straplock mmg susah strap nak tecabut (dan susah jugak nak pasang hahaha)

bateri 9V ni bknla utk pickup... sbb pickup bass ni passive. ekceli ia digunakan utk pre-amp PHAT II active bass boost "easily adds extra low-end power" - hah! mmg btl statement ni! mcm mau pecah speaker RQ-K12 waktu aku test full boost. wtf? bateri brand apa ni colorful? (lps ni aku kena stok bateri 9V cap ayam beli kat super-save)

bridge B10 yg sama mcm bridge crows aku dulu, so xjanggal la tgn waktu menggentel... tombol2 (knobs) yg agak kukuh berbanding GIO series (duh~). dari atas ke bwh - volume, balancer, PHAT II boost

headstock trademark ibanez... sama design dgn headstock utk siri2 gitar RG, RGA, GRG, GRX, X, FR, S, SV, SA dan GSA


tragedi headstock! - xnak aku cerita...

dlm manual dan info dari website ibanez, iceman basses come with elixir strings... aku xtau btl ke x, camna nak check string ni elixir? (oriaj - tolong explain, sbb kau kan suka elixir)
sound? waktu mula2 dpt mmg calvin sengaja longgarkan string supaya selamat waktu shipment. smpi2 kat rmh aku tune blk... mmg susah nak tune, check2 blk wtf? neck nmpk bengkok ke dpn, kena adjust trust rod bg tight sket, barula senang nak tune
oh lupa, sound... aku test direct kat RQ-K12 tanpa sbrg efek. yup soundnya lebih dlm berbanding crows dan klu pulas full tombol PHAT II boost mmg rasa nak pecah speaker. guna balancer - bridge pickup bunyinya lebih treble sesuai utk slap style (mcmla aku pndi style slap ni, sakit jari dan kuku dibuatnya), neck pickup bunyinya agak dlm dan smooth sesuai utk gentelan jari. levelkan dua2nya tgh2 sesuai utk guna pick... but that PHAT II boost was a nightmare! muahahaha... earth shattering speaker shatterer!
spt biasa aku akan bg nickname utk gitar/bass aku... utk iceman bass ni aku bg nick BLACK ICE, sbb ia merupakan iceman series (shape) dan berwarna hitam... dan jugak as a tribute to AC/DC latest album black ice (satu2nya album AC/DC yg aku ada dan enjoy dgr). next, nak try soundcheck dgn zoom B2 plak, but that was another story...
to be continued...
_____
p/s: oriaj - racun2mu sdh dpt penawarnya~
Odometer AADI
Entri AADI Paling Popular Bulan Ini
-
Bungkusan eBay dari estock_deutschland yang diterima serentak dengan bungkusan manik-manik kraf minggu lepas, berisi album kelima HammerFal...
-
Hari ini katanya ulang tahun ke-20 album studio ke-14 Iron Maiden A Matter Of Life And Death . Antara album Iron Maiden yang aku ada dua ver...
-
Tarikh dah cantik, tempat pun masih cantik walaupun dah tukar lokasi dari Wisma Melayu ke Waterfront Esplanade. Tapi atas sebab isu jerebu...
-
Lima tahun memang terasa "wasted years" gara-gara penangan pandemik dan fasa pemulihannya (ayat cilok ). Begitu juga dengan album ...
-
Jadi, ada apa dengan headstock Jackson ni? Credits to Dead Eye Guitars . _____ Ada apa: ETA Monday next week...
Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)
Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...
Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?
-IDK-






