Sepetang Di Limbang (Part 2)


Oke, ini entri terakhir aku untuk tahun 2010 ni, walaupun masih banyak entri dalam bentuk draft tapi biarlah ia aku post tahun depan. Kalau sapa-sapa perasan, tahun 2010 ni aku cuba buat sehari satu entri. Kalau miss satu entri, aku akan cover hari berikutnya dengan entri berganda (double entry), walaupun ia hanyalah filler entry.

Enough with that rant, let's continue... Btw, sapa yang pernah tengok filem The Sleeping Dictionary? Ala, cerita Jessica Alba jadi *indu Iban. Oke, oke kita lupakan sekejap bab Jessica Alba pusing-pusing macam gasing tu...

*indu = gadis, awek (Iban)

Walaupun lokasi penggambaran filem The Sleeping Dictionary tu berada di Kuching, Matang dan Batang Ai, tapi (pada pendapat aku) design rumah residen British dalam filem tu adalah dicilok diambil dari design rumah dalam gambar di atas ni. Rumah sapa ni? Typical British colonial wood mansion.

Oke, sebenarnya entri ni merupakan kesinambungan daripada entri pasal tugu di Waterfront Limbang beberapa hari lepas. Dalam 1 km sebelum pusat Bandar Limbang, terletaknya Muzium Wilayah Limbang yang agak terkenal dengan design bangunannya ala-ala rumah residen era kolonial British. Aku ada cerita sedikit pasal muzium ni dalam satu daripada entri tour de Brunei aku tahun lepas.

Bagusnya Limbang ada muzium, Bintulu tadak muzium.

"Muzium Wilayah Limbang dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Adenan Haji Satem, Menteri Pembangunan Sosial pada tanggal 27 Ogos 1994. Muzium ini adalah merupakan kubu lama yang dibina dalam tahun 1897."

- sumber laman web Muzium Wilayah Limbang.

Satu lagi trademark Muzium Limbang ni ialah arca kerbau. Kerbau air atau water buffalo (Bubalus bubalis) sememangnya mudah dijumpai di daerah Limbang berbanding kawasan-kawasan lain di Sarawak.

Disebabkan aku taknak buang masa melawat masuk dalam muzium ni (lagipun tak best jalan sorang-sorang), aku cuma ambik gambar kawasan luar muzium (area kaki bukit). Dan akupun tak tau nak cerita apa pasal muzium ni, jadi kita layan gambar sajalah.

Replika tugu buaya.

Tadak kesedaran sivik sungguh! Maksud aku botol tu...

Replika tiang Pagul. Apa itu tiang Pagul?
Ada apa dengan tiang Pagul?

Papan tanda taman-taman negara di Sarawak tiru
design tiang Pagul ni, but that was another story...

Macam obelisk.

Vandalism? Atau signature artis yang membuat tiang ni?

Kalau buat rumah design macam ni nampak menarik juga kan?

Ni hype yang tak berapa best...

"Bangunan yang asal telah dirobohkan pada tahun 1989 dan dibina semula pada tapak yang sama dengan mengekalkan ciri-ciri asal bangunan."

- sumber laman web Muzium Wilayah Limbang.

Info lebih lanjut sila layari Wikipedia dan laman web Muzium Wilayah Limbang.

[Entri Mini] Selamat Tahun Baru 2011!

Seperti biasa aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 yang akan tiba beberapa jam saja lagi. Terima kasih atas sokongan (komen-komen) anda dalam blog Ada Apa Dengan Ijau? sepanjang 2010 ini. Tahun 2011 aku bercadang nak kurangkan berblog, mungkin dua tiga hari sekali baru ada entri (or worst, once a week) disebabkan ingin meluangkan lebih masa pada komitmen lain.

_____
Ada apa: Jessica Alba pusing-pusing macam gasing? o_O

May - Hakikat


Dah lama tak buat entri pasal CD kan? Oke, kali ni buat entri ringkas pasal CD, terutamanya CD dari artis tempatan. Kali ni album Hakikat daripada kugiran May. Sapa tak kenal May? Antara kugiran zaman Rock 80an yang masih bertahan sehingga kini (selain Wings dan Search).

CD ni aku beli sehari sebelum raya di Speedy Video 1Borneo, Speedy's 3 for RM30 promotion yang aku beli bersama-sama Bazooka Penaka dan Naga Kramat (dua-dua aku belum buat entri lagi, viral Wings dah habis).

Ini merupakan versi "special edition" sebab ada tambahan empat buah lagu yang dipetik dari album Juara Juara Rock. (P)&(C) 2003 BMG Music (M) Sdn. Bhd. Edaran Sony Music Entertainment Malaysia Sdn. Bhd.

Tracklist

  1. Dari Kacamata
  2. Sendiri
  3. Pelayaran
  4. Cintamu Mekar Di Hati
  5. Penghuni Kota
  6. Cintaku Sewangi Kasih
  7. Hakikat Perjuangan
  8. Grafiti
  9. Janji Ilahi
  10. Dalam Kembara
  11. Gadis Misteri*
  12. Bayangan Hidup*
  13. Derita Bangsa*
  14. Sketsa Sebuah Cinta*
    *Dipetik dari album Juara Juara Rock.

Entri ni bukan nak cerita pasal kugiran May atau review lagu-lagu dalam album ni satu persatu. Rasanya tak perlu aku cerita itu semua, disebabkan ramai geng-geng bloggers (Metal bloggers) pastinya meminati May.

Aku membesar di era Rock 80an, bila dengar lagu-lagu dari kugiran zaman tu, pastinya akan teringat nostalgia zaman kanak-kanak. Lagu-lagu May seperti Dari Kacamata, Pelayaran, Hakikat Perjuangan memang menjadi kegilaan remaja zaman tu (tak termasuk aku, aku zaman tu masih budak-budak lagi).

Dan tak lupa lagu-lagu ballad berhantu Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati dan Sketsa Sebuah Cinta (tadak dalam list, Gadis Bertudung Putih) yang selalu berkumandang di radio (lagu May tak kena gam macam Wings) pastinya aku akan teringat nostalgia waktu kitorang berpindah ke rumah baru dan majlis perkahwinan kakak aku circa 1988-1989 (tak lupa musim main layang-layang).

Bila dengar balik lagu-lagu dalam album ni, pengaruhi muzik Iron Maiden memang kuat. Ada beberapa lagu yang bunyi riff dan solo gitarnya seakan-akan bunyi album Piece Of Mind dan Powerslave. Tapi biasalah kan, kugiran-kugiran Rock 80'an dulu memang kuat dipengaruhi oleh muzik Iron Maiden...

Sapa-sapa yang ada info tambahan pasal album ni (versi asal), ruangan komen tersedia untuk anda, terima kasih.

_____
Ada apa: Lagu Pelayaran, dah kira jadi lagu wajib bila kitorang jamming.

Antara McDonald's Dan Tour De Brunei


Entri ni sepatutnya aku post sebelum entri Sepetang Di Limbang, sebab ni cerita area Miri.

Ahad 26/12/2010 - Bertolak dari Bintulu seawal 6.00 pagi, memandu hampir tiga jam untuk sampai ke Bandaraya Miri (kelajuan santai 80-90 km/j).

Dipendekkan cerita, sepanjang perjalanan dari bulatan terakhir di Bandaraya Miri sehingga Permyjaya, ada banyak banner iklan "McDonald's drive-thru kini dibuka di Permyjaya" digantung pada tiang lampu jalan. Wow! Ini sudah bagus! Waktu aku balik raya lepas belum ada lagi ni.

Towering sign, you won't miss it!

Aku boleh agak, selain penduduk tempatan area Permyjaya dan Senadin, sasaran utama Eljo Restaurant Sdn. Bhd. (pengusaha McD di Sarawak) membuka McD drive-thru di area Permyjaya ni ialah orang-orang dari Negara Brunei Darussalam yang selalu ke Miri pada hujung minggu dan musim cuti. Sebelum ni satu-satunya restoran McD yang ada di Miri ialah di Bintang Mall (formerly known as Bintang Plaza), and believe me, it's always crowded by our *dangsanak...

Rambang mata memilih menu breakfast dan snap gambar, sampai aku terlepas pandang tempat membuat pesanan (pedestal bertulis "sila pesan di sini" tu). Aku ingatkan order di kiosk yang macam McD drive-thru on the way pi 1Borneo, KK. Pasal malas nak tawaf lagi satu pusingan, aku park Imago depan restoran kemudian order secara manual di kaunter.

Macam cliché diner filem-filem Hollywood.

Kebiasaan kalau sarapan McD aku order Big Breakfast Set, tapi memandangkan aku tak nak buang masa eat-in, aku order Sausage McMuffin with egg, hash-brown + coffee sahaja (take away) sebab senang nak makan sambil memandu.

Memang strategik lokasi McD drive-thru ni, terutamanya kepada long distance driver (the lonely one - macam aku), sebab ia bersebelahan dengan stesen Shell. Kalau perjalanan balik Sabah, memang aku akan sampi area ni dalam pukul 9.00-9.30 pagi @ breakfast. Kalau perjalanan balik Bintulu akan sampai dalam pukul 12.30-1.30 tengahari @ lunch. Cool eh? Kini pemanduan tour de Brunei aku makin menarik.

Jadi, selepas-selepas ni kalau aku balik Bintulu, tak perlu singgah bandaraya Miri untuk isi petrol dan tak perlu menyusahkan diri mencari parking di Bintang Mall semata-mata nak makan McD. Just pump petrol here, drive-thru order or manual order, then on my way off to Bintulu. Boleh menjimatkan masa dalam sejam dua.

Dear Eljo Restaurant Sdn. Bhd. If you're reading this entry, please open up McD restaurant in Bintulu in the near future ^^

*dangsanak = sanak-saudara (Brunei)

_____
Ada apa: Fyi, seperti aku merapu dalam entri ni, di Bintulu tadak McD...

Sepetang Di Limbang


Ahad 26/12/2010 - Kebiasaannya waktu pemanduan trans-Borneo dari Bintulu ke Membakut (aka tour de Brunei), aku jarang berhenti di Bandar Limbang sebab tak nak buang masa, kecuali kalau lapar aku akan singgah di Plaza Limbang untuk beli Zinger dan Wedges KFC (senang nak makan sambil memandu).

Tapi kali ni ada sesuatu yang membuatkan aku terasa wajib berhenti di bandar Limbang, terutamanya di Dataran Jubli Emas atau lebih dikenali sebagai Waterfront Limbang (sekarang ni hampir semua bandar-bandar di Sarawak ada waterfront). Dan pastinya ia tidak ada kaitan dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Limbang beberapa hari yang lepas.

Kacau betul lah tong sampah tu!

Aku tiba di Bandar Limbang dalam pukul 12.30-12.45 tengahari, nak buat tajuk entri ni "Setengahari di Limbang" macam tak best la pula bunyinya kan?

The best thing about Limbang, orang-orang di sini berbahasa Melayu Brunei (bukan bahasa Melayu Sarawak) even the Chinese, Ibans and other local ethnics also speaks fluent Brunei. Tapi bukan macam loghat di Brunei Darussalam yang lemah-lembut, di Limbang diorang guna loghat yang agak kasar seperti di Membakut dan Beaufort... I feel just like home :) Jadi kalau jalan-jalan di Limbang aku tak guna bahasa Melayu Sarawak, better speak with my fluent native tongue.

Pemandangan Sungai Limbang dan Waterfront Limbang. Bangunan yang tingkapnya warna-warni tu aku lupa hotel apa, tapi bersebelahan dengan Plaza Limbang kira bangunan ni antara unofficial trademark Bandar Limbang (Deaf-Angel pastinya suka gambar-gambar macam ni).

Pemandangan kampung di seberang Sungai Limbang (aku tak tau apa nama kampung ni). This was a common sight throughout Sarawak, terasa macam pemandangan kampung *ehem-ehem* aku di Dalat je ;) Tapi fokus utama aku bukanlah Dataran Jubli Emas, Sungai Limbang mahupun kampung nun di seberang sana.

Balai Polis Pusat Limbang di seberang jalan daripada waterfront ni. Apa kaitan balai polis ni dengan fokus utama aku? Ya, di balai polis ni 48 tahun yang lalu pernah menyaksikan suatu peristiwa yang pastinya tak ramai di antara kita yang tahu (termasuk aku).

Oke, ada sapa-sapa tengok dokumentari "Return To Limbang" di History Channel? Kalau tengok bagus, kalau tak tengok maknanya anda bukan peminat sejarah atau channel 555. Kalau terlepas tapi nak tengok juga, seperti biasa tunggu siaran ulangannya.

"Royal Marine veterans recount their involvement in a largely forgotten but intense hostage rescue attempt in a small town in Sarawak, Malaysia."

- Sumber History Channel.

Sedikit sneak-peek dari YouTube.

Inilah dia yang aku cari-cari. Memang dah lama aku perasan tugu ni tiap kali melalui Limbang, mula-mula aku ingatkan ia merupakan tugu perasmian Waterfront Limbang, jadi aku malas nak ambil tahu. Sebab di Bandar Bintulu pun ada tugu macam ni, tugu perasmian menara jam.

Ia merupakan tugu peringatan kepada mereka yang terkorban dalam peristiwa Disember 1962. Aku bukannya nak cerita pasal peristiwa tu, yang tu kalau korang boleh baca dari capaian (link) rujukan yang ada dalam entri ni. Ataupun kalau jenis malas membaca, tengok saja dokumentari "Return To Limbang".

Image link from Once A Marine Always A Marine website.

"There is a memorial to all the dead in Limbang. The leader of the Limbang rebels was caught and tried and received an eleven year prison sentence. He lives (2007) on the outskirts of Limbang."

- Sumber Wikipedia.

Senarai sembilan orang yang terkorban dan tragedi tersebut, empat daripada Sarawak Constabulary (polis) dan lima daripada 42 Commando Royal Marine.

"This memorial is dedicated to the men of the Sarawak Constabulary and Royal Marines who were killed at Limbang in the gallant performance of their duty during the insurrection in December 1962"

Dah 48 tahun peristiwa ni rupanya...

Seriously, kalau bukan pasal tengok dokumentari "Return To Limbang" di History Channel, akupun tak tau pasal peristiwa ni sebab ia tidak dinyatakan dalam buku teks sejarah KBSM.

Dari apa yang aku dapat tau, pada 12 Disember tiap-tiap tahun akan ada yang meletakkan kalungan bunga di tugu ni untuk memperingati peristiwa tersebut. Adakah ia annual memorial ceremony? Akupun tak pasti, mungkin tahun depan kalau nak balik kampung hujung tahun, aku akan cuba memilih tarikh 12 Disember.

More info on Wikipedia and Once A Marine Always A Marine website.

Setelah lebih kurang 10-15 minit mundar-mandir di sekitar waterfront sambil berlagak seperti pelancong (tangkap beberapa gambar) akupun meneruskan pemanduan tour de Brunei menuju ke sempadan Limbang dan Temburong (Brunei Darussalam). Oh ya, sebelum tu aku sempat singgah sekejap di Muzium Bahagian Limbang tangkap beberapa lagi gambar, but that was another story...

Sekarang aku suka bab-bab sejarah ni (tapi waktu sekolah dulu antara subjek yang aku tak suka), terutamanya bab-bab yang berkaitan dengan Perang Dunia Kedua. Dan aku paling suka kalau ada gambar-gambar lama yang berkaitan. Ada masa nanti aku cari lagi lokasi-lokasi bersejarah di sekitar Borneo ni.

_____
Ada apa: Nanti aku nak singgah Tugu Peringatan Starcevich di Pekan Beaufort.

Bass Talk: Black Ice Turns One!


Ahad 26/12/2010 - Today marks the first anniversary of my beloved Black Ice (Ibanez ICB200EX Iceman Bass) in my possession. Aku menerimanya sehari selepas Krismas tahun lepas, setelah hampir sebulan menunggu selepas diorder dari Dead Eye Guitars (DEG).

Walaupun pada mulanya aku tak berapa berkenan dengan balance issue (neck dive) bass ni. Disebabkan tak puas hati, aku pernah mengiklankannya di Mudah.my seminggu selepas aku memilikinya. Dan ada seorang enthusiast dari Kuching yang dah berminat nak beli bass ni dari aku, tapi tak jadi disebabkan masalah harga. Mungkin jodoh aku memang dengan Black Ice ni.

Tapi bila dah selalu jamming guna bass ni, lama kelamaan akhirnya ia serasi dengan aku (in terms of ergonomics, playability and comfortability) walaupun aku belum pandai main bass. And with the new addition of Oren and Bass Blogger, the fury of it's PHAT II EQ (which has been dormant for so long) was now unleashed! Memang tak sia-sia keputusan aku untuk upgrade bass dari Crows kepada Black Ice...

Setakat ni Black Ice merupakan equipment aku yang paling lama bertahan, rekod sebelum ini dipegang oleh Behemoth, tapi akhirnya pergi jua. [Edited] Eh, silap! Rekod masih dipegang oleh Micro-Cube. Mungkin perangai rakus aku (seperti yang dilabel oleh Oriaj) bertukar-tukar equipment tetap ada, dan sememangnya ada hati untuk memiliki bass baru, adakah Black Ice bakal menerima nasib yang sama?

_____
Ada apa: Menurut Bob Kandar, bentuk Iceman agak "rare" di Bintulu.

Membakut, Here I Come! (Part 7)


Dah menjadi kebiasaan untuk aku balik kampung bercuti seminggu waktu hujung tahun, dan tahun ni tak terkecuali.

Minggu lepas dah hantar Imago aku pi Perodua Service untuk untuk major service @ 50,000 km, melayang juga RM3xx dibuatnya. Tapi takpa, aku memang puas hati dengan servis Sri Ting Auto, Bintulu (authorised service centre), staffnya yang mesra pelanggan dan yang penting bengkel ni memang hampir dengan opis aku berbanding authorised service centre yang satu lagi tu. Senang nak hantar servis waktu hari bekerja, hantar waktu pagi kemudian tengahari waktu lunch break baru pi ambil.

Pagi nanti, antara pukul 5.30-6.00 aku akan memulakan pemanduan tour de Brunei balik Membakut dan seperti biasa jika tiada arah melintang (imigresen dan feri lancar) dijangka sampai kampung aku dalam pukul 5.00 petang. Kali ni aku nak rasmikan passport antarabangsa aku yang baru (upgrade semata-mata pasal Maiden Singapore), sebelum ni aku guna passport terhad ke Brunei (warna biru).

Barang dah kemas (termasuk Replacement dan Micro-Cube) dan sebelum tidur, tengah sibuk pilih 10 audio CD untuk dibawa sebagai bekalan dan teman pemanduan (ye aku balik sorang, tak macam raya lepas balik berdua)... Yang pasti satu (atau lebih) daripadanya mesti CD Iron Maiden!

_____
Ada apa: 550 km...

Ada Apa Dengan Last Christmas?


Kalau entri Krismas tahun lepas aku letak lagu Krismas paling BEST! iaitu No Present For Christmas oleh King Diamond...

Imej link dari Wikipedia.

Krismas tahun ni aku letak lagu Krismas kedua yang aku suka - Last Christmas oleh Wham!

Video yang so~ 80's

Ntah apa yang best pasal lagu Last Christmas ni, tapi tiap kali aku dengar memang aku teringat zaman-zaman 80an sebab muziknya "menggambarkan" muzik era tersebut.

Kepada geng bloggers dan member-member yang menyambut Krismas especially Garyjazz, aku ucapkan selamat berKrismas sambil bergitar-gitaran hahaha!~

Gambar hiasan. Imej link dari blog Dead Eye Guitars.

_____
Ada apa: Kalau nyanyi carol versi Metal mesti gempak kan?

thE guitaR addicT! (Part 5)


Petang tadi aku menerima bungkusan dari Singapura, ni tadak kaitan dengan Konsert Iron Maiden bulan Februari nanti mahupun barang eBay, tapi kesinambungan daripada entri blog thE guitaR addicT! ni.

Cantik setem ni, pastinya Mhagnoth berkenan kan?

Kali ni Bro Sub ada bagi alamat, tapi alamat URL... Hahaha!

DR Neon Hi-Def Green dengan hype "The Luminescent String" .009-.042 gauge (atau lebih dikenali dengan string no. 9). Info dari website DR Strings, Neon series ni akan "glow in dark" bila disuluhi oleh lampu UV. Sesuai untuk mereka yang selalu main di kelab-kelab malam atau pentas gelap.

Imej link dari website rasmi DR Strings.

Ini merupakan pek strings yang keempat aku terima daripada Bro Sub selepas Dean Markley, DR Extra Life Evergreen dan Pyramid. Complimentary gift for an avid commentor of his blog.

Untuk menjimatkan kos pembungkusan, strings dibungkus secara berpasangan, dua strings dalam satu sampul. Simple act yet effective cost saving.

Memang hijaunya lebih cerah (fluorescent colour) berbanding DR Extra Life Evergreen. Pastinya akan lebih gempak jika ia dipasang pada gitar dengan fretboard dari kayu rosewood atau ebony berbanding maple.

Tapi aku belum terasa nak pasang strings ni kat Abominations atau Replacement dalam masa terdekat ni, sebab nak cuba kualiti strings Martin/Darco atau Pyramid dulu. Hehehe Extra Life Evergreen pun masih belum pasang.

Bro Sub, thanks again...

_____
Ada apa: Bertambah koleksi strings aku.

Scream For Me, Singapore? (Part 7)


[2010 Tribute to Iron Maiden viral entry #27]

Iklan sudah ada, dengan hype "The most devastating live show of force on earth!"... Kepada geng-geng bloggers (dan secret group kat Facebook) yang dah beli tiket konsert, tiket flight (yang dari Borneo la), buat passport (atau renew/upgrade macam aku), urus penginapan dan pending Borneo troops t-shirt project - are you ready?

Misi tambahan untuk 2011:

  • Misi 5 - Binocular. Nak cari teropong yang murah (atleast 3x zoom), biasalah aku beli tiket cikai duk jauh, time Murray/Smith/Gers solo nak juga teropong (walaupun kebarangkalian ada skrin besar).
  • Misi 6 - T-shirt Iron Maiden. Serius! Aku tadak t-shirt Iron Maiden or any rock band t-shirt(s) in general. Tapi memandangkan secret group kat Facebook dah rancang nak buat Borneo troops t-shirt (kira t-shirt rombongan Cik Kiah la ni) sudah kira lagi bagus, design dah ada dan memang ngam dengan tema ke"Borneo"annya. Apa-apapun lepas Krismas aku balik Sabah, nanti nak cari t-shirt kat Goblinz.

Kepada mereka yang banyak membantu secara langsung atau tidak, terutamanya Deaf-Angel untuk info pasal Bandar Singa dan Takilala yang tolong ambilkan tiket SISTIC di Compas Coaches, diucapkan ribuan terima kasih. We gonna make it~

Up the Irons! \m/

_____
Ada apa: Geng-geng bloggers yang dah confirmed pi konsert, sila tinggalkan mesej di ruangan komen.

Guitar Talk: Remembering My Ex-Axes (Part 2)


"Vote for your favourite band in town to perform the opening act for Wali Band Live! in Stadium Likas". Daripada 26 kugiran yang tersenarai, satu daripadanya ialah kugiran I'm Not Single. Aku tak minat pun Wali Band, tapi entri ni bukan pasal Wali Band.

Mat (bass), Zam (drums), Johanth (vocal, guitar), Pianz (lead guitar).
Imej link dari Facebook Wali Band Live! in Stadium Likas.

Hehehe... Memang Mephisto aku kelihatan gagah perkasa di situ. Aku tak menyesal let-go Mephisto kepada gitaris tersebut beberapa bulan yang lepas, sebab ia lebih priceless selalu turun-naik stage dan keluar-masuk studio di bawah jagaan gitaris tersebut berbanding di bawah jagaanku.

Aku tak banyak info mengenai kugiran I'm Not Single ni selain kedua-dua gitarisnya merupakan geng-geng sekampung aku. Apa-apa soalan boleh tanya Takilala atau Jairo, sebab diorang lebih rapat dan mengetahui underground scene di Sabah.

_____
Ada apa: Kalau diorang join guna hype Majestic East kan bagus, hahaha!

Sessi Jamming Bombastik


Sabtu 18/12/2010 - Dari pukul 12.00 tengahari sampai pukul 3.30 petang aku dan Bob Kandar "memandu uji" beberapa equipment baru terutamanya Oren dan sesuatu dari CK Music. Kali ni tadak gitaris, jadi sessi ni bukanlah sessi jamming.

Sebelah petang, tiba-tiba Bob Kandar ajak aku pi melawat studio membernya di kawasan perumahan Bomba Bintulu (kugiran geng-geng Bomba). Dengar-dengar diorang baru setup studio dan beli beberapa equipment baru, disebabkan ketiadaan amp bass, diorang request nak pinjam Oren aku.

Studio diorang ni lebih kepada studio hobi macam Hepi ;) makeshift studio, dan nampak lebih permanent tak macam Hepi ;) yang weekend-convertible...

Bass LTD B-50 yang disambung kepada Oren aku (tak sempat nak snap gambar Oren). Dan yang bagusnya diorang ada pemain tetap (drummer, guitarist, bassist), tak macam Hepi ;) yang kekurangan gitaris. Selalu jamming pun biasanya dengan khidmat gitaris jemputan.

Terkecuali Oren aku, satu-satunya amp yang ada dalam studio ni ialah Line 6 Spider III 15 watt dengan price tag Zoso Music RM599, damn! 15 watt cukup ke nak lawan bunyi drums? Ternyata amp ni memang cukup kuat tapi terpaksa full blast. Bila dah full blast bunyinya lebih kepada nyaring berbanding tepu (saturated), dan dengan keadaan studio yang tak menyerap bunyi (banyak elemen kayu), jadi pantulan bunyinya bergema-gema.

Iva drumset yang masih baru.

Bob Kandar ada cuba sedas-dua main drumset ni, katanya agak janggal main drumset baru, belum serasi. Pada pemerhatian aku, diorang main memang mantap, cuma kekurangan dari segi equipment (bass amp, PA system, microphone, extra cymbals) dan soundcheck setup (Digitech Death Metal connected to Insane channel on Spider III, wtf?).

Ibanez RG420EG SBK (Spider Black)

Btw, Ibanez RG420EG merupakan RG idaman aku suatu ketika dahulu, tapi model BAM (Bio Armour) bukan SBK.

Sempat la aku mencuba bass LTD B-50 diorang, disebabkan bentuknya agak biasa jadi ia seimbang dan selesa dimainkan sambil berdiri macam Crows aku dulu. Tak macam Black Ice aku yang memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan unbalanced neck-dive.

Bila dengar bassist diorang main lagu Hati Emas dengan groove Pop yang mantap (biasalah veteran), terasa diri ini amat kerdit (chewah~) masih banyak lagi yang aku patut belajar dan berlatih... Tunjuk ajarku sifu!~ Lagu-lagu lain yang dimainkan ialah Pelayaran, Sweet Child O' Mine dan Seek And Destroy.

Aku juga ada dengar rungutan diorang tentang harga equipment yang mahal di Bintulu ni. Bila Bob Kandar ceritakan pasal "lubang-lubang" macam mana aku dapat equipment dengan harga yang murah, diorang jadi berminat la pula... Ada peluang aku nak let-go beberapa equipment (especially pedals) yang aku jarang guna.

Ada masa, mungkin aku dah Bob Kandar datang melawat lagi studio ni, atau sekali-sekala join jamming sekaki...

_____
Ada apa: LTD bass? Not bad...

Ada Apa Dengan Nasi Goreng Hokkien?


Hujung-hujung minggu ni aku tadak mood nak taip buat entri panjang-panjang, walaupun ada banyak draft dah aku buat. Semalam lepas sessi "pandu uji" amp baru, pi keluar makan dengan *ehem-ehem* di Restoran Selera Kampung (cawangan Parkcity).

Aku order nasi goreng kampung (ekstra pedas) dan sup daging, *ehem-ehem* aku pula cuba order nasi goreng Hokkien sebab tak pernah order sebelum-sebelum ni.

Selama ni aku ingatkan nasi goreng Hokkien ni macam nasi-nasi goreng lain (especially nasi goreng Cina). Rupa-rupanya ia lebih gempak daripada nasi goreng yang lain. Senang cerita, ia seperti nasi goreng Pattaya (nasi goreng dalam telur bungkus), kemudian di atasnya dituang kuah ala-ala kuah mee goreng basah beserta udang, sotong, ayam dan sayur-sayuran.

Rasanya? Kalau dah biasa makan nasi goreng Pattaya dan mee goreng basah, bagi aku nothing special sebab ia adalah fusion antara dua masakan yang aku sebut tadi. Tapi dari segi kreativiti masakan dan hiasan memang aku bagi markah 9/10!

_____
Ada apa: Mesti diorang bersusah payah cari orang Hokkien nak suruh masak nasi goreng ni kan?

Ada Apa Dengan Toriton?


[Filler entry] Kalau blog Speedrider cerita pasal Tron, aku nak cerita pasal Toriton. Sebelum apa-apa, mai layan mamat Jepang ni nyanyi...

Sounds familiar? Toriton... Apa itu Toriton? Ada Apa Dengan Toriton? Sapa-sapa yang membesar di tahun 80an macam aku (especially 1986-87, aku baru darjah dua ni) pastinya tahu siri anime ni (yang dialih suara) suatu ketika dahulu. Here's the opening theme song...

Dulu ia disiarkan dalam pukul 5.30 petang di RTM1 (aku lupa hari apa, Selasa kot?), ngam-ngam timing aku baru balik sekolah petang (sekolah agama). Aku ingat ada satu episod sepupu aku rakamkan untuk kitorang (VCR beb, dulu mana ada Astro Max) dan kitorang akan menontonnya semula berkali-kali tanpa jemu siap, boleh hafal skrip...

Hehehe, budak-budak memang macam tu. Sekarangpun aku masih tak paham kenapa anak-anak buah aku tak jemu-jemu tengok VCD Tom & Jerry walaupun diulang berkali-kali... Padahal akupun dulu macam tu juga.

Dan aku jumpa cover version, in Metal! \m/

One of the best Metal cover (animetal) I've ever heard... Part "darooo..." ketara sangat "Osaka slang"nya. Browsing for more animetal cover in YouTube.

Info lebih lanjut pasal Toriton ni... Google/Wiki-lah sendiri.

_____
Ada apa: Sapa ingat Captain Future? G-Force? Galaxy Cyclone Blazer?

Bass Talk: Orange Crush Pix 50BXT Bass Amp


Setelah beberapa minggu berperap di rumah dan dimainkan dengan volume yang minimum, akhirnya Sabtu lepas (11/12/2010) aku dapat "pandu-uji" oren empat segi aku ni seperti biasa di Hepi ;) makeshift studio pada tahap volume 50%. Bila dah "pandu uji" baru boleh buat review kan?

Emblem Orange yang agak old-school.

"The ultimate combo practice amp, perfect for rehearsal or smaller gigs. The Orange Crush PiX combo combines portability with solid Orange construction and durability."

- hype dari DV247.com

Spesifikasi

  • Power: 50 Watts
  • Channel configuration: Clean thru overdrive
  • Speaker: 12" Orange design
  • Clean channel controls: GAIN and VOLUME
  • EQ: 3-band EQ LOW, MID, HIGH
  • Headphone output
  • Line output
  • Speaker output
  • AUX MP3 CD player input
  • Built-in guitar tuner
  • Weight: 18 kg
  • Dimensions : 42 x 48 x 27 cm
  • Serial number: F100410150
  • Made in: PRC
  • Price paid: RM7xx + RM8x (normal parcel post)

Bundled stuff - Power cable, manual, six units of thin picks (four Planet Waves, two Epiphone), business card Dead Eye Guitars (DEG), resit dan free gift. Seperti biasa, kalau aku beli barang daripada DEG pastinya akan dapat free gift. Kali ni dapat Planet Waves ergonomic peg winder. Aik? Aku dah beli benda ni sekali waktu beli Kelly Kelly dulu. Nanti-nanti aku nak jual kat Grune Katze Corner.

No-nonsense bass amp without any effects, just volume, EQ and gain knobs.

Terdapat dua input; (1) bass input dan (2) CD/MP3 input. Tiga output; (1) HEADPHONE - untuk headphone la apa lagi? (2) SPEAKER - external speaker, tapi tidak dinyatakan dalam manual spesifikasi dan impedence external speaker yang boleh digunakan (3) LINE OUT - unbalanced signal, untuk disambung uplink pada input speaker lain, mixer atau PA system.

Orange amps trademark, hieroglyphic symbols.
With built-in tuner, a bonus added feature for this amp.

Neat closed type backpanel.

Okela asyik cerita pasal spesifikasi saja, bagaimana dengan bunyi? Buat pertama kali aku dapat pulas full-blast tombol PHAT II pada Black Ice aku tanpa rasa ragu-ragu, dan amp ni memang dapat menampung bunyi low-end tanpa sebarang bunyi yang meragukan pada speakernya.

Dengan volume level 50% memang cukup untuk menandingi bunyi drums. Jadi 50 watt memang cukup kuat untuk sessi jamming yang akan datang. Dan disebabkan amp ni khas untuk bass, ia akan mengeluarkan bunyi low-end yang agak dalam dan kurang nyaring sekiranya digunakan untuk gitar. Dalam kata lain, tidak sesuai untuk gitar (kecuali terpaksa).

"Voice of the world London England" - yup, tapi made in PRC.

Pedal/stompbox untuk bass yang aku ada (B2, BOD100, BDI21, BLE100, Blogger) semuanya aku dah cuba dengan amp ni. Ternyata pedal BLE100 yang sebelum ni aku tak pernah cuba, amat berguna dalam rantaian efek bass.

Tapi bagi aku, rantaian efek yang ringkas sudah memadai untuk amp ni, tak perlu konfigurasi yang kompleks. Gabungan limiter dan overdrive sudah memadai.

Grill depan yang boleh dibuka dengan senang, sebab ia hanya menggunakan velcro. Di dalamnya terdapat 12" Orange design driver (speaker). Kalau nak tengok isi perut amp ni boleh baca entri ni. Biasanya cuma gitar saja yang aku bagi nickname, tapi disebabkan benda ni dah selalu aku gelar oren empat segi, kira aku bagi nickname OREN sajalah.

Kelebihan:

  1. Agak berbaloi untuk harga per wattage, berbanding jenama-jenama lain.
  2. Cool orange (orange in colour, not it's brand, pun intended), walaupun aku minat warna hijau, tapi warna oren ni nampak ceria.
  3. No built-in effects. Mungkin ada yang akan kata ia sebagai kelemahan, tapi bagi aku, amp bass yang ringkas adalah lebih bagus.

Kelemahan:

  1. Tidak mempunyai manual yang lengkap. Hanya sekeping kertas yang menunjukkan spesifikasi sahaja, manakala fungsi-fungsi tombol (knobs) dan input/output tidak dijelaskan.
  2. Cheap packaging. Hanya kotak dan sedikit polystyrene, tidak sesuai untuk sistem logistik yang agak kasar.
  3. Faulty upon arrival. Belum apa-apa dah rosak, nasib baik rosaknya tak teruk.

For more info, please visit official website for Orange Crush Pix 50BXT.

_____
Ada apa: Sejak Sabtu lepas entri ni dalam bentuk draft.

Ada Sesuatu Dari CK Music


Harta rampasan perang dari The 2010 Great Music Sale CK Music (aka CK Music's Year End Sale). Datang dalam dua kotak, kecil dan besar, yang dihantar oleh poslaju ke tempat kerjaku tengahari tadi.

Poslaju? Aku ingatkan diorang hantar guna KTM Distribution macam Satchurator aku tahun lepas. Tapi baguslah diorang guna poslaju sebab sampai hari berikutnya (benda ni dipos semalam) berbanding KTM Distribution yang memakan masa lima hingga tujuh hari bekerja.

Ya ya, kotak besar kat bawah tu dah kantoi sebab spesifik ada tulis nama benda. Kotak kecil kat atas tu biarlah rahsia buat masa ni (amboi), akan ada entrinya kelak...

Owh btw, credits to Bro Amizan of CK Music for this transaction. Aku faham waktu-waktu macam ni staff CK Music memang sibuk dengan Year End Sale. Dalam kesibukan melayan walk-in customer, online customer tidak dilupakan.

Sila layari website CK Music untuk meracun diri.

_____
Ada apa: CK Music rocks! \m/

Ada Apa Dengan Lee Pineapple?


[Nanasmania] Hehehe... Cerita jus nanas lagi. Kali ni Lee Pineapple Spring Jus Nenas (aku taip nenas bukan nanas sebab ikut apa yang tercatat pada tin).

"...cuba buat kajian bro, kenapa tin jus nanas mesti agak keras dari minuman lain, sebab gua biasa minum jus nanas dari pengeluar yg lain buatan Johor, tin dia memang keras"

- Komen Eddie Dewata Raya dalam entri F&N Fruit Tree.

Adakah jus nanas Lee ni yang dimaksudkan oleh Encik Eddie?

Manufactured by:
Lee Pineapple Co. Pte. Ltd.
Bt. 8 1/2 Jalan Skudai,
81300 Johor Bahru.

Rasanya? Memang tak jauh beza dari jus nanas F&N Fruit Tree, sama manis, sama masam, sama berserat dan memang best jika diminum dalam keadaan sejuk (recommended with ice). Aku rasa sumber nanas F&N Fruit Tree dan Lee Pineapple ni adalah dari tempat yang sama - Johor, Johorean pineapples kick-a$$!

Menjawab soalan Encik Eddie berkenaan kenapa jus nanas tinnya keras? Aku rasa ia ada kaitan dengan jus nanas itu sendiri yang mempunyai kandungan asid malik (malic acid) dan asid sitrik (citric acid) yang tinggi.
Ia merupakan asid semulajadi (dalam buah-buahan) yang secara tidak langsung berperanan sebagai sebagai pengawet asli (preservative). Sebab tu kalau kita baca pada label ramuan jus nanas, tidak akan ada ditulis pengawet atau pewarna tambahan. Ia juga mengandungi sejenis enzim yang dinamakan enzim bromelain, enzim yang membantu penghadaman protein bla bla bla... Google/Wiki sendirilah!

Aku rasa common sense kenapa jus nanas menggunakan tin keras berbanding tin aluminium seperti minuman/jus lain, mungkin ada kaitan dengan kandungan enzim dan asid yang tinggi dalam jus. Tak hairanlah kenapa jus nanas dalam kotak seperti Fontana dan Dimes rasanya tak sehebat (kick) jus nanas dalam tin. Nanti ada masa aku tanya orang-orang dari makmal makanan di tingkat atas (aku di tingkat bawah, makmal air).

_____
Ada apa: Amboi, kali ni dah ada fakta-fakta saintifik...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger