Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Sepetang Bersama Bro Jawank


Dihubungi oleh Bro Jawank minggu lepas mengatakan dia akan turun ke Bintulu untuk urusan rasmi, dan dalam kesempatan yang ada ingin menuntut gitar Harley Benton Belaga seperti dalam entri lepas.

Sempatlah meluangkan masa lepak bersama malam Isnin lepas (taklah petang pun, seperti tajuk) sambil bercerita perkembangan terkini dunia perhobian kegitaran dan keluarga masing-masing. Untuk urusan rasmi kali ini pun hanya satu malam di Bintulu, akan balik terus petang esok selepas selesai urusan. *Jadi, tak sempatlah jamming.

Aku rasa ini kali terakhir jamming bersama, April 2019.

Serius, sudah agak lama aku tak jumpa Bro Jawank, kali terakhir mungkin penghujung 2019 ketika dia masih lagi bertugas di Bintulu. Sebelum musim PKP dapat kembali bertugas di KL. Selepas itu kalau ada turun Bintulu, biasanya short notice dan tak sempat jumpa disebabkan kekangan masa.

Bro Jawank siap bawa hardcase Gator untuk gitar tersebut disebabkan gigbag Harley Benton yang dibekalkan memang nipis langsung tiada perlindungan tidak sesuai untuk transportasi. Maka selesailah tugas aku sebagai caretaker/custodian gitar tersebut untuk beberapa minggu.

_____
AADI: *Kalau turun hujung minggu dapatlah dirancang untuk jamming bersama.

Harley Benton Belaga


Memperolehi gitar Harley Benton Pro Series Fusion-III HH EB OCT terpakai ini melalui marketplace Facebook, seller nun dari Belaga yang jauhnya ~180 km dari bandar Bintulu. *Dihantar sendiri oleh seller beberapa hari lepas untuk proses transaksi.

Kata seller ia dibeli terus dari website Thomann kerana jenama Harley Benton ini eksklusif untuk Thomann dan belum ada lagi pengedar rasmi di Malaysia. Dilepaskan atas alasan standard "jarang dimainkan". Dengan kemasan metalik yang bernama gloss ocean turquoise, seakan-akan hijau Petronas.

Pemerhatian awal aku dapati gitar ini masih nampak baharu, fretboard masih mulus seperti belum pernah dimainkan, hardware krom masih berkilat, tiada calar dikesan pada badan, setup pun spot-on terus boleh main, jackpot! Harga unit baharu di website Thomann ialah USD298/EUR251.26 (~RM1170) dengan anggaran postage EUR60 (~RM280) ke Malaysia. Belum lagi masuk cukai 10% kan?

Buatan Indonesia berkemungkinan keluaran kilang Roxy Music. Daripada nombor siri (21)75753EEL00205 aku interpret sebagai keluaran 2021 dan unit ke-205. Kualiti pertukangannya sehebat gitar-gitar buatan kilang Cort, Samick dan World Musical Instruments Indonesia.

Spesifikasi penuh boleh rujuk website Harley Benton, tapi bagi aku spesifikasi paling menang - ebony fretboard, Graph Tech TUSQ nut, JN-07-CR staggered locking tuners, Blacksmith stainless steel frets, Wilkinson 50IIK tremolo dan pikap Roswell LAF. Kalau jenama terkenal (Cort, Ibanez, Jackson, LTD) dengan spesifikasi yang sama, pasti harganya mencecah atau melebihi RM3k.

Agak berat dan nampak berat untuk sebuah superstrat, badan daripada kayu nyatoh dengan neck maple yang chunky seakan-akan neck Les Paul, tapi bila ditimbang beratnya sekitar 3.6 kg sahaja.

Aku agak skeptikal dengan bridge jenis 2-point tremolo ala strat yang kebiasaannya akan ada skru pelaras action terpacak keluar. Tangan aku hanya "biasa" dengan dua jenis bridge gitar iaitu jenis locking (ala Floyd Rose) dan jenis fixed Tune-O-Matic. Tapi tremolo Wilkinson 50IIK ini semua skrunya jenis flushed dan tiada terpacak keluar selain senang dilaras untuk intonasi.

Ini lagi satu spesifikasi yang hanya ada pada gitar-gitar premium - truss rod wheel. Tidak perlu menggunakan pelaras truss rod pada bahagian headstock seperti gitar-gitar konvensional lain. Pikap-pikap Roswell LAF neck/bridge/mix 8.3/8.6/4.3 kΩ (split 4.3/4.4/2.3 kΩ) ini responsnya standard medium output PAF. Ditambah dengan neck tebal tadi, memang terasa memainkan sebuah Les Paul.

Isi perut yang kemas dari segi pematerian dan diikat dengan cable tie, kaviti juga bercat konduktif. Potentiometer tone adalah jenis push-pull untuk opsyen coil split pada pikap-pikap Roswell tadi.

Juga didatangkan dengan tremolo arm, kabel, beberapa Allen key, strap dan gigbag Harley Benton. Tapi gigbagnya nipis ala kadar saja. Okla daripada tak ada langsung kan? Gitar dengan kualiti sebegini layak dipadankan dengan gigbag setaraf Gator 4G-series.

*Sebenarnya ini bukan gitar aku, ia dibeli oleh Bro Jawank yang berurusan terus dengan seller. Aku hanya sebagai keldai pengantara dan custodian gitar ini sehingga ia dituntut oleh Jawank yang katanya akan datang ke Bintulu bulan depan.

Serius, dah lama tak jumpa Jawank sejak sebelum musim pandemik lagi. Selepas itu kalau dia turun Bintulu biasanya sekejap dan short notice, tak sempat jumpa. Mungkin boleh jadualkan sessi jamming bersama-sama kelak untuk memandu-uji gitar ini.

_____
AADI: Aku pula yang cemburu.

Boxing Diaries: June 2025


Bulan ini kembali jarang menyertai sessi latihan, selain cuti panjang (Gawai, Agong, Aidiladha), lutut aku pula kembali sakit selepas sessi beep test beberapa minggu sebelum cuti. Mahu tak mahu kena bawa berehat 1-2 minggu penuh.

Gambar hiasan, rekreasi AI (gambar asal di sini).

Ini empat orang remaja ahli PS Boxing yang menyertai Kejohanan Tinju Bakat Dan Remaja Sibu Peringkat Kebangsaan 2025 - Davidson, Richard, Oliver dan Brian.

Mereka ini antara rakan aku ketika sessi latihan dan sparring. Umur masih belasan tahun tapi masing-masing ada teknik tersendiri - David peek-a-boo Tyson style, Richard pula lincah Soviet style, manakala Oli dan Brian pula berlatar belakangkan Muaythai, terutama Brian yang pernah jadi juara remaja Muaythai dan berlatih sampai ke Thailand. Harapnya mereka cemerlang di Sibu.

Lain cerita, adalah tertengok satu perlawanan tinju antara dua influencer (pempengaruh?) minggu lepas. Serius, kalau kau ada latar belakang seni beladiri apa sekalipun, kalau *tak biasa sparring (atau bergaduh betul) memang akan nampak janggal dan lucu. Satu lagi, kalau main dalam gelanggang, stamina kena nombor satu, kalau tak memang kena "rope-a-dope"lah kau. Selebihnya malaslah aku nak komen.

_____
AADI: *"Everyone has a plan 'til they get punched in the mouth." - Mike Tyson.

DiMarzioed GRGR221PA


Menerima sebuah Ibanez Gio GRGR221PA untuk dipasangkan dengan set pikap DiMarzio D Sonic dan D Activator-X seperti yang diceritakan dalam entri semalam. Gitar milik seorang gitaris metal generasi muda Bintulu yang menyertai banyak band selain band utamanya Hemewrath.

Walaupun fizikal gitar ini masih nampak baru (keluaran 2022), tapi bridge, tombol-tombol logam dan segala skru pada pickup ring berkarat teruk. Fretboard kayu purpleheart nampak sehitam ebony dan reversed headstock Ibanez memang nampak ganas. Tiba-tiba aku terGAS kembali dengan model GRGR131EX.

Dalam spesifikasi, badan gitar ini berkayu okoume manakala permukaan atas adalah basswood dengan kemasan "poplar burl art grain" berwarna aqua burst (AQB). Dengan kata lain corak kayu cantik itu hanyalah imej ("art") dan bukannya corak urat kayu sebenar. Sebab itu ia agak ringan sekitar 2.9 kg sahaja.

Untuk sebuah Gio buatan China, pertukangan kayu memang kemas, sekemas full-fledged Ibanez buatan Indonesia. Cuma aku tak berapa berkenan dengan harga pasaran siri-siri Gio sekarang yang melebih tahap RM1k. Kalau 10-15 tahun lepas, harga sebuah Gio hanya sekitar RM600-900 sahaja.

Kaviti isi perut pun nampak kemas bercat konduktif, hanya wayar-wayar sahaja tidak dikemaskan, dibiarkan begitu sahaja. Comel pula warna kod wayar pikap Ibanez IBZ-6 pink (neck) dan hijau (bridge).

Menggunakan suis 5-arah Ibanez *3SWLGSC yang amat memudahkan kerja-kerja pematerian kerana telahpun ada label pada setiap terminal, seperti suis 3SWSLP5 pada Lagoon (RGA42FM) dan RG370AHMZ Nuing. Tidak seperti suis 5-arah tradisional yang sentiasa kena rujuk skematik supaya tak tersilap terminal.

Kerja-kerja pematerian hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit sahaja disebabkan faktor seperti perenggan di atas tadi. Seperti biasa, wayar-wayar dalam isi perut diikat kemas dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

Selebihnya banyak masa diluangkan untuk membersihkan gitar ini, fretboard dikondisi dengan produk kimia Jim Dunlop dan dalaman potentiometer disembur dengan electronic contact cleaner untuk menghilangkan bunyi-bunyian yang tidak diingini semasa memulas tombol.

Hanya action sahaja yang tidak dapat dilaras sepenuhnya kerana bridge sudah berkarat teruk terutama pada saddle tali tebal EAD. Ini biasanya terjadi disebabkan palm-mute yang ekstrim tetapi tidak dibersihkan selepas setiap kali penggunaan berat. Residu kulit dan peluh tertinggal pada permukaan mempercepatkan lagi proses pengaratan.

Dipasangkan juga dengan set tali baharu yang dibekalkan iaitu Dunlop DEN1156 (11-56), ditala dan diintonasi pada drop-B seperti diminta.

Feedback daripada tuan punya gitar - respon D Sonic memang tight manakala sustain D Activator-X agak panjang, kedua-duanya amat sesuai untuk muzik bertalaan rendah. Gitar ini juga katanya bakal beraksi untuk gig besar di Sibu bulan Julai nanti.

_____
AADI: *Rasa nak cari suis begini di Shopee.

Sepetang Di REG Studio (Part 6)


Sabtu (26/4/2025) - Diajak oleh Bro Eden untuk datang dan lepak di REG Studio sambil menyaksikan geng-geng Erectus praktis lagu-lagu baharu mereka sebelum proses rakaman tidak lama lagi. Taklah petang pun, sebenarnya lewat sedikit sekitar 9.00 malam.

Vokalis baru balik majlis raya?

Aku? Aku bukan ahli tetap Erectus, aku hanya sessionist untuk masa-masa kecemasan contohnya ini dan ini. Jadi tidaklah terlibat dalam sessi latihan dan rakaman kelak. Datang melepak dan berborak dengan Bro Eden di luar studio (aka REG café).

Ex-Francesco pun sudah tergantung di dalam bilik mixing studio. Semoga lebih berbakti di sini berbanding terperap dalam simpanan aku. Bro Eden juga ada bercadang ingin membuat livestream lagi, mungkin akan menjemput MUP ala reunion show lagi. Mungkin...

_____
AADI: Kalau line-up cukup.

Let-Go: Francesco (Part 2)


Sekali lagi mengucapkan selamat tinggal kepada bass bertali lima aku Francesco (BC Rich Warlock PFG Signature 5) yang telahpun berpindah milik kepada seorang rakan sepergitaran veteran Bintulu yang juga kini menjadi pengumpul gitar pelbagai jenama (termasuk ex-Sven aku).

Diperolehi kali pertama ketika Oktober 2018, kemudian dilepaskan pada Januari 2019, diperolehi kembali selepas musim PKP dengan pertukaran (trade) Playstation 4 Slim. Setelah hampir lima tahun dalam axology dan beberapa kali ingin dilepaskan, akhirnya tahun ini menjadi kenyataan.

Kali terakhir dibawa jamming ketika rehearsal bersama band Erectus hujung tahun lepas. Sebelum ini ia hanya dorman di rumah. Faktor saiz dan berat menjadi kekangan untuk ia selalu digunakan. Kini axology aku turun menjadi sembilan, tapi serius, kali ini dana-dananya akan dilaburkan semula untuk gitar lain, tak ada nak tipu-tipu diri.

_____
AADI: 2025 purging #1.

Bro Eden's Partscaster


Entri kali ini pula sebuah "partscaster" dihantar beberapa hari selepas EC-1000VB Azrol untuk servis pendawaian pikap. Ini merupakan gitar projek Bro Eden (tauke REG Studio, bassist Lost Infidels).

Seperti namanya, ia merupakan telecaster rojak, badan adalah daripada telecaster lama dicat semula. Neck, hardware dan elektronik pula merupakan barangan aftermarket.

Projek santai Bro Eden yang dikerjakan sejak hujung tahun lepas, katanya diinspirasi daripada telecaster Suhr Mateus Asato Classic T.

Neck berjenama "Suhr" dengan tuning machine "Fender". Apabila semua sudah siap *dipasang, barulah dihantar ke tempat aku untuk menghidupkan elektroniknya. Tertangguh sejak musim banjir hujung bulan lepas.

Pikap-pikap dan bridge klasik yang digunakan adalah berjenama Wilkinson. Aku agak bingung dengan bridge jenis klasik ini, macam mana cara untuk mengintonasinya? Kerana dua tali berkongsi satu skru.

Elektronik lain (suis, potentiometer, kapasitor) yang disertakan adalah jenis pre-wired. Sudah siap dipasang dan dipateri. Hanya tinggal memateri wayar pikap ke suis dan wayar output jack. Disebabkan itu, kerja-kerja pematerian tak sampai pun 15 minit.

Juga dipasangkan dengan set tali baharu Elixir Nanoweb 9-42, set terakhir daripada tiga set yang diperolehi dua tahun lepas. Cuba mengintonasi dan meninggi-rendahkan action seoptimumnya.

Respons pikap-pikap Wilkinson ini agak boleh tahan juga, fizikalnya pun agak kemas dan tegap berbanding jenama Belcat, G&B atau BHK/BHC. Sebelum ini aku agak skeptikal dengan jenama Wilkinson, lebih-lebih lagi yang mudah didapati di platform Shopee/Lazada.

Pernah juga terfikir untuk buat projek begini untuk kepuasan diri. Tapi kekangan utama aku ialah perkakasan, terutama perkakasan kerja kayu. Juga risau jika ia akan terbengkalai kemudiannya dan tiada nilai jualan semula.

_____
AADI: *Ada sedikit kesilapan disebabkan power tools.

Flashback Friday: Erectus SMR 2024


Video persembahan Erectus semasa gig Sarawak Metal Regime 2024 bulan Disember lepas yang dimuat naik dalam channel YouTube Azrol.


Syair Siulan Sayu.

Komander Teragung.

Saqang.

Speech, Puaka Dunia Part 1 - Amarah Duka.

The Ancient Throne Of Metal.

Gemersik Ritma.

_____
AADI: Aku pening efek lampu kelip-kelip atas pentas.

Blackouts EC-1000VB


Azrol menghantar EC-1000VB (ex-Deluxe aku) beberapa hari lepas untuk dipasangkan dengan sepasang Seymour Duncan Blackouts AHB-1N yang sudah lama terperap dalam stok peribadi aku.

Set EMG ALX/H1N sebelum ini didagangkan semula secara *trade-in dengan sedikit tambahan tunai untuk set Blackouts ini.

Pertama sekali lubang untuk potentiometer dibesarkan kerana alur skru pot 25k Blackouts ini berdiameter 3/8" (~9.52 cm) sama seperti diameter pot CTS. Step drill bits digunakan untuk kerja ini.

Blackouts ini jenis hardwired dan bukannya easy-connect seperti EMG. Skematik pendawaian pikap aktif sebenarnya sama sahaja seperti pikap pasif, hanya berbeza nilai pot (25k), tambahan wayar (merah) untuk disambung kepada terminal positif bateri 9V dan output stereo.

Azrol juga membekalkan suis toggle baharu Allparts untuk menggantikan suis lama yang bermasalah. Keseluruhan kerja-kerja pematerian mengambil masa sekitar sejam. Banyak masa dihabiskan untuk menyusun wayar supaya nampak kemas berbanding memateri. Seperti biasa, diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.

Ini projek yang tertangguh sejak tahun lepas, mulanya Azrol ingin mencari set EMG (81, 85 atau 60). Tapi aku menawarkan kedua-dua unit AHB-1N ini yang telahpun cemerlang dipandu uji untuk kedua-dua posisi neck dan bridge Shiro, pada harga yang lebih munasabah berbanding harga runcit terkini EMG.

Apa yang aku perasan, masalah utama jika menggunakan pikap pasif pada gitar ini kerana ia tiada wayar bumi (grounding) disambung pada bridge. Jadi tanpa grounding yang sempurna, humming pikap pasif memang pada tahap menjengkelkan. Pilihan ada dua, sama ada buat grounding terus ke bridge ataupun guna pikap aktif.

EC-1000VB ini sememangnya cemerlang dengan pikap aktif berbanding pasif, aku pernah memasangkannya dengan set EMG 81/85 Metal Works Gold dan set EMG 81/60 sebelum dilepaskan bersama-sama set EMG ALX/H1N.

Ini merupakan gitar utama Azrol untuk talaan rendah, digunakan ketika rakaman dan persembahan bersama-sama Larrong. Katanya feel dan mojo gitar ini memang berbeza berbanding M-103FM (ex-Mirage) dan DK2 (ex-Dinky).

_____
AADI: *Mungkin akan dipasang sama ada pada Tigera atau Horizon..

Sepetang Di Hijau Lounge


Memulakan 2025 dengan entri POV Sarawak Metal Regime 2024 minggu lepas. Entri ini bukan ulasan gig, lebih kepada pengalaman aku sebagai peserta dan penonton. Untuk ulasan yang menarik boleh layari website Malaysia Music Scene.

Sepanjang cuti sekolah dan Krismas kami sekeluarga bercuti di Kuching, hari Jumaat (27/12/2024) baru bertolak ke Sibu. Sudahpun menempah bilik keluarga di RH Hotel lebih awal supaya senang untuk aku berulang-alik ke lokasi gig Hijau Lounge yang berada di tingkat bawah hotel.

Kali terakhir aku ke Sibu empat tahun lepas ketika musim pasca PKP dalam perjalanan ke Kuching untuk urusan kesihatan Mrs. Ijau. Selepas itu dengan siapnya lebuh raya Pan Borneo, bandar Sibu tidak lagi dilalui (bypassed) setiap kali ke Kuching.

Sabtu (28/12/2024) - Geng-geng lain dari Bintulu katanya bertolak ke Sibu sekitar 9.00 pagi dijangkakan tiba di Sibu sekitar 11.00 pagi dan hanya akan berjumpa dengan mereka di lokasi pada sebelah petang.

Aku tidak dapat menyertai mereka untuk sessi ronda-ronda dan makan di bandar Sibu pra gig kerana aku ada urusan sendiri bersama keluarga pada sebelah pagi dan tengah hari.

Soundcheck dijadualkan pada pukul 4.00 petang, aku sudah berlegar-legar di lobi hotel sekitar 3.40 petang mengintai muka-muka yang dikenali yang keluar-masuk ke Hijau Lounge.

Ketika band Conception sedang soundcheck, ada kelibat Nas Korawk (Dj Nas?) sedang membuat liputan langsung (TikTok?) agak trendy gitu. Sementara menunggu ketibaan kontinjen Bintulu yang lain, aku sempat berborak dengan Nuing yang juga ada di lokasi kejadian.

Kontinjen Bintulu (Erectus, Lost Infidel, Curse Of God) tiba sekitar 4.30 petang, yang juga disertai oleh Asri (Cop Kids/Medusa) yang bertugas sebagai roadie/guitar tech tidak rasmi untuk Azrol dan Bro Eden.

Erectus memulakan soundcheck dengan sebuah lagu sahaja - Syair Siulan Sayu. Untuk persembahan penuh, Erectus akan memainkan enam buah lagu:

  1. Syair Siulan Sayu
  2. Komander Teragung
  3. Saqang
  4. The Ancient Throne Of Metal
  5. Gemersik Ritma
  6. Amarah Duka (Puaka Dunia Part 1)

Untuk gig kali ini Azrol menggunakan ex-Dinky aku (Jackson DK2 Dinky) yang sememangnya lebih serasi dengan Azrol, aku tidak menyesal melepaskan gitar ini kepadanya. Alim pula menggunakan Jackson JS32 Rhoads. Gitar cabang-cabang signature Erectus katanya tidak dapat lagi digunakan kerana sudah rosak akibat banjir.

Rig aku ringkas seperti yang dirancang ketika jamming beberapa minggu lepas - my trusty metallic forest Tommy (Ibanez SR300), wireless Joyo JW-03 dan Zoom MS-70CDR untuk fungsi compressor, sedikit drive dan tuner.

Lost Infidel band yang asalnya dari Kuching kini juga disertai oleh Bro Eden sebagai bassist, menggunakan bass Cort 5-string (A5?), Polytune 3 dan dua buah pedal Microtubes ke amp backline Hartke HD150.

Sessi soundcheck berakhir sekitar 6.00 petang, aku kembali naik ke bilik hotel untuk mandi, urusan keluarga dan rohani. Turun semula ke Hijau Lounge sekitar 7.30 malam.

Imej Malaysia Music Scene.

Aku tak banyak gambar menarik semasa kejadian, agak malas nak keluarkan kamera. Aku ingin enjoy sebagai penonton, harapkan gambar-gambar ehsan daripada Facebook rakan-rakan (yang public). Sekali lagi, entri ini hanyalah POV aku, untuk ulasan gig yang menarik boleh layari website Malaysia Music Scene. [Updated: Jika ada gambar-gambar menarik, akan aku tambah dari masa ke semasa]

Agak gembira dapat tengok bass ex-Clover aku (Ibanez GSR200EX) masih lagi berkhidmat dengan Curse Of God sejak dilepaskan pertengahan 2012 dulu. Bass ini juga digunakan oleh bassist/vocalist Severe Bleeding. Donny pun masih setia menggunakan Cort VX-2V-nya.

Penting berbekalkan sepasang earplug sebegini untuk menjaga kesihatan telinga dek PA system yang bingit. Dipakai ketika menonton band lain beraksi, tapi dibuka ketika membuat persembahan kerana ingin fokus dengan bunyi-bunyian di atas pentas.

Nuing mula lepak di atas setelah penat seharian di lokasi sejak sessi soundcheck petang tadi. Asri yang kini bertukar kareer daripada roadie/guitar tech menjadi juru kamera pula. Ruangan atas (mezzanine floor) ini dikhaskan untuk band berehat dan menyimpan kelengkapan.

Gig berakhir sekitar 11.40 malam, tapi melepak seketika dengan rakan-rakan di luar Hijau Lounge sebelum naik ke hotel selepas pukul 12.00 malam.

Post-mortem gig:

  1. Acara diadakan dalam suasana masih musim cuti Krismas, pengunjung yang datang tidak seramai yang dijangkakan. Mungkin ramai yang masih bercuti di luar kawasan.
  2. Metalhead Sarawak walaupun nampak ganas tapi memiliki mindset one of the best camaraderie in music. Selain keharmonian pelbagai kaum standard Sarawak, gig ini juga disertai oleh OKU - gitaris kidal Baksidik mengalami masalah penglihatan, manakala vokalis Lost Infidel masih lagi bertongkat selepas terapi kaki. Kalau bab usia tak perlu ceritalah...
  3. Lampu kelip-kelip, putar-putar ala disko semasa persembahan sedikit sebanyak mengganggu visual aku, biasalah mata dah tua, rasa nak pening pun ada. Kalau ada yang photosensitive epilepsy (PSE) sudah pasti akan sawan.
  4. Perlukan in-ear monitor (IEM) peribadi untuk persembahan pentas bingit sebegini. Selain untuk perlindungan telinga, juga supaya dapat fokus bunyi-bunyian tanpa mengharapkan sepenuhnya monitor atas pentas.

Inilah gig pertama aku di luar Bintulu dan secara rasminya menjadi penutup diari permuzikan aku untuk 2024. Erectus katanya selepas ini akan rehat daripada menyertai gig kerana ingin fokus dengan pembikinan lagu-lagu terbaharu yang kini dalam proses brainstorming. Semoga maju jaya.

_____
AADI: Teringat gig mula-mula berkongsi pentas dengan Erectus belasan tahun lepas.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime, boxing dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (110) 58 explorer (25) 7-string (17) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (18) ad mini (1) adiwira (63) adrian smith (22) after forever (6) ai (2) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amazon (3) amcorp mall (12) amplifier (173) amplitude music (3) amplug (8) andy james (4) angker (3) anime (73) anniversary (177) anthrax (1) arch enemy (3) arlo (11) artis tempatan (155) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (17) avem (5) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) bag/case (94) barbarik (7) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (29) beaufort (12) behringer (53) belajar gitar (12) bentley (18) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (330) bintulu buskers (6) black friday (11) black sabbath (3) blackstar (46) blades (5) blaze bayley (34) blind guardian (22) blogging blues (80) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (79) botb (21) bourns (5) boxing (72) brado guitars (7) braingell radio (16) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (66) bumi putra rockers (3) bundaberg (17) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (84) cheers (3) children of bodom (30) ck music (69) cleartone (3) cog (12) coke (4) coklat (20) cola (13) compilation (71) conception (2) console games (51) converse (4) cort (57) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (19) d'addario (63) dalat (12) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (32) davis (4) db music (13) dead eye guitars (95) dean (28) dean markley (5) decathlon (10) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (53) digitech (26) dimarzio (70) dio (4) disturbed (3) dk2 (7) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (6) dr j (6) dr strings (15) dr1432h (12) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dv mark (2) dvd (79) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (20) ec-256 (29) ec-257 (21) eclipse-ii (31) edwards (1) ehem (19) eksperimen (94) electro-harmonix (35) elixir (7) ella (6) elyana (4) emg (42) emo (279) energy drinks (52) engrish (9) entwistle (10) environment (38) epiphone (180) erectus (29) ernie ball (48) es-335 (2) esp/ltd (249) estock (72) evanescence (1) everlast (13) evh (2) exists (9) f-54 (10) f&n (19) fallout (21) family (76) fear factory (3) fender (23) filler entry (45) fishman (3) flashback friday (53) floor jansen (10) fontana (10) foo fighters (31) footwear (4) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (22) fusion (3) g-hr3-68 (10) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (60) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (133) gator (28) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (40) gibson (28) gig (129) gigrig (16) gitar kopak studio (1) goblinz (9) gotoh (13) grassroots (10) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (93) guitar service (49) guitar talk (62) gx-10 (1) hagstrom (10) hammerfall (19) harley benton (2) harmony (3) hartke (28) hashtag (3) headphone (11) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (68) herbal tea (13) heritage custom deluxe (10) hillsburg (2) historical (15) hootie (5) hotchix (39) hotel/resort (34) ibanez (241) icb200ex (15) iced earth (10) icon (57) imago (65) in flames (7) instagram (61) insulter (5) inverno (30) iron cross (9) iron maiden (179) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (293) j5 (15) jackson (78) james hetfield (3) jamming (166) jamtank (47) jepak (9) jim dunlop (84) jobranko (9) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (29) jr (27) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (22) js32t kelly (8) judas priest (8) kakis store (4) kamelot (29) karisma (4) kaset (39) kawan (393) kazanna (1) kempen (37) kerja (89) kerly (2) kesihatan (119) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (309) konsert (117) kopi (110) korg (53) kota kinabalu (16) kuala lumpur (42) kuala penyu (2) kuching (17) kucing (6) kundasang (3) kustom (4) lace (22) laney (39) larrong (10) lawas (5) lazada (39) lbs music (1) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (90) lil (33) limbang (7) limited edition (73) line 6 (52) linkin park (7) lipton (4) live album (23) livestream (2) local gig (4) loudness (7) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (95) m-50fr (29) mackie (1) mahogany (1) maiden tribute (30) majestica (5) makan/minum (591) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (14) marco hietala (28) marigold (3) marshall (22) martial arts (29) martin (1) martin/darco (11) masks (5) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (8) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (3) medeli (12) megadeth (69) melaka (13) membakut (46) memori (479) mercyful fate (11) metallica (106) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (9) mini entry (50) miri (20) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (12) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (115) mrs (22) muf (9) mug (3) mukah (14) mup (171) music bliss (37) music master (42) music nomad (3) music outlet (1) muuv (60) muww (2) mxr (17) my music (8) nanasmania (25) naruto (3) nat-geo (4) nestle (87) new album (33) new gear (271) newsted (3) nightfall (14) nightwish (19) ninetology (2) nirvana (16) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (125) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (33) nux (10) nylon maiden (2) of string (30) offspring (2) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (21) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (16) pandora mini (12) pantai (8) papar (1) pc games (86) pc stuff (40) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (374) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (71) pepatung (4) peristiwa (35) petaling jaya (19) pfg5 (21) phones (15) pic of the day (64) pick (72) pickup swap (108) pickups (234) pkp2020 (25) pkp2021 (21) pl1 (9) planet waves (19) playstation (42) plustop pro (1) pm2011 (8) pocky (11) pod hd (10) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (25) power root (11) preamp (7) prequel (5) prestige (10) prime domestic (3) promo disc (5) prs (9) ps boxing (46) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (8) rajinikanth (3) ramadhan special (117) ramli sarip (3) rammstein (10) randall (5) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (34) restring therapy (119) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rga42fm (5) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritj (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (14) roxette (2) roy khan (13) roy z (10) rp360 (9) sabahan (26) samson (4) samsung (4) sandman guitar (8) sarawak rock & mob (14) saxbys (4) schecter (5) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (64) shopee (54) sibu (10) sick puppies (5) signboard (18) silica gel (7) silvia (23) singapore (58) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (11) slipknot (2) smr (15) snark (9) so-cal (78) solar (1) sonata arctica (3) sony (35) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (32) squier (23) sr300 (54) stagg (12) star wars (27) starcraft (5) steam (21) stewmac (7) strap (36) street jam (2) strings (196) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (29) sundrop (7) sungai (12) super album (107) superlux (4) susu (19) sv guitars (3) swee lee (35) sx (10) sze chan (1) t-shirt (70) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (17) tc electronic (25) tech21 (13) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (13) the cranberries (2) the guitar addict (38) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (51) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (21) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (25) top 5 (4) tour de brunei (49) toys (20) trade (31) transformers (5) travel (121) tribute (67) trivium (21) tsb6 (7) tuner (39) tv (35) tyrantx (3) ugly kid joe (4) ultra swede (10) usm (10) vantage (4) vcd (5) victoria (14) vintage (8) vmntx (19) vox (76) warwick (15) wasp (3) wharfedale (6) wilkinson (1) wings (38) wireless (12) wonda (16) wordless wednesday (492) wrestling (16) ww2 (7) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (8) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (133) zoso music (10) zus (1) zz top (1)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger